presentation1 a kidah
TRANSCRIPT
AQIDAH ISLAMIYAH
MAKSUD AKIDAH
Akidah dari segi bahasabererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yg. menjadi pegangan yang kuat
MAKSUD AKIDAH
Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan
keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
Kesimpulan Aqidah Islam ialah
Kepercayaan yang teguh dalam hati terhadap seuatu yang benar dan hak
Aqidah adalah sesuatu yang paling asas dan dasar dalam Islam
Tak munkin terurai dengan pertukaran masa dan tempat kecuali atas kehendak sendiri dengan izin Allah
keimanan an, keyakinan kepada prkara-perkara ghaib yang berpaksikan kepada keyakinan terhadap Allah s.w.t. yang Maha Esa
AKIDAH ISLAM
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah.
Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
Aqidah Islam ialah aqidah yang menyemai keyakinan tentang kewujudan Allah s.w.t. serta menjelaskan dan menyatakan kepada muslim mengenai rukun iman menjadi teras kepada aidah yang sahih.
.
Aqidah yang sahih ialah
aqidah yang disampaikan kepada manusia yang bersumberkan kepada wahyu assamawi yang datang daripada Allah s.w.t.
Contoh soalan objektif
“ Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt”
Kenyataan di atas merupakan maksudA. tauhidB. Ilmu kalamC. Ilmu aqidahD. Ilmu usuluddin
Ilmu Tauhid Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt
yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin Suatu ilmu yang menerangkan tentang
kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya
Ilmu Makrifat Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara
yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt
Ilmu Kalam Sesuatu ilmu yang membahas
tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Akidah Suatu ilmu yang membahas tentang
perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt
Contoh Soalan struktur
Susun mengikut urutan urutan yang betul kedudukan rukum iman berikut
Percaya kepada AllahPercaya kepada kitabPercaya hari akhiratPercaya kepada malaikatPercaya kepada qada’ dan qadarPercaya kepada Rasul
Bersasarkan dari ayat Al-Quran dan hadith
dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah
6 perkara iaitu: Percaya kepada Allah Percaya kepada Malaikat Percaya kepada Kitab Percaya kepada Rasul Percaya kepada Hari Kiamat Percaya kepada Qada’ dan Qadar
Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah
Percaya Kepada Allah SwtErti beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala.
Beriman dengan Allah juga bermaksud:
Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang ) bertaqwa –
(Surah Al-Baqarah:21)
Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi langit dan planet-planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah swt
Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.
Mempelajari dan memahami ajaran Allah Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah swt
Nama dan Tugas Malaikat Jibril – Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada
nabi-nabi & rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada manusia
Mikail – Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah
Israfil – Meniup sengkekala apabila tiba masanya Raqib – Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh
manusia Atid – Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh
manusia Mungkar – Menyoal manusia di dalam kubur Nakir – Menyoal manusia di dalam kubur Ridhwan – Mengawal syurga Malik – Mengawal neraka
Antara tugas-tugas Malaikat seperti: Membawa wahyu kepada para Nabi dan
Rasul Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah Memikut Arsy Berdoa untuk orang-orang beriman Peranan Malaikat di Akhirat seperti
memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya
Hikmat Beriman Kepada Malaikat Seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi
oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku yang berkelakuan baik, menjaga tutur kaya yang walau dimana dia berada
Seseorang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak laku yang tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid
Seseorang muslim akan sentiasa melakukan apa yang disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat di dalam kubu
Percaya Kepada Kitab Orang-orang Islam wajib percaya
bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia
Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:
Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti) Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa
Ibrani) Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani) Al-Quran : Nabi Muhammad saw (dalam
bahasa Arab)
Firman Allah swt yang bermaksud: ”Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu
(menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan”
(Surah Al-Baqarah: 213)
Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu
Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul: Siddiq – Benar pada segala
percakapan, perkhabaran & perbuatan Amanah – Jujur dan tidak membuat
kesalahan Tabligh – Menyampaikan semua
perintah Allah kepada manusia Fathonah- Bijaksana
Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain
Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya yang wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah
Dari segi keaslian : al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli
Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu sahajaBahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakainnya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia
Hikmah Beriman Dengan Kitab-kitab Menunjukkan bahawa agama yang dating daripada Allah adalah
satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datAng daripada Allah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab al-Quran
Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datAng daripada Allah
Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan
pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama
Semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain.
Percaya Kepada Hari Akhirat Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah
yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat.
Lima fasa pola beriman kepada hari Akhirat: Tahap kehancuran makhluk yang ada di muka bumi.
Terjadi gempa bumi, di mana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, bintang-bintang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk sama ada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal
Hari kebangkitan di mana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar
Diperlihatkan seluruh amal perbuatan di dunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi sama ada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah
Hari menghisab di depan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi keputusan yang paling adil tanpa ada penganiayaan
Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijanjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka
Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya
alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia
Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan hari Akhirat dan segala isi kandungannya
Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan kejahatan
Beriman Kepada Qada Dan Qadar'
Maksud Takdir Takdir ataupun ketentuan Allah
terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua:
Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia
Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan
oleh Allah, kerana Allah Maha Adir dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita
Peringkat-Peringkat Iman Iman Taqlid – Iman ikut-ikutan, hanya semata-mata
mengikut pendapat orang lain Iman Ilmu – Beriman semata-mata kerana berilmu dan
berdasarkan pada fikiran tidak terletak di hati Iman A’yan – Iman yang terletak di dalam hati. Iman ini
dimiliki oleh orang-orang soleh Iman Hak – Iman sebenar yang terlepas dari nafsu
syaitan. Iman ini dimiliki oleh golongan muqarabbin, iaitu orang yang hampir dengan Allah
Iman Hakikat – Iman peringkat tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Iman ini hidup semata-mata untuk Allah dan Rasul serta hari Akhirat seperti para sahabat nabi
Iman Bertambah Dan Iman Berkurang Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang
mengikut amalan. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:
Melawan hawa nafsu Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban
semata-mata kerana Allah Memperbanyakkan amalan-amalan sunat Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda
kebesaran dan kekuasan Allah
Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia
Akidah Sebagai Asas Akidah Sebagai Penentu atau
Pendorong Penyelewengan Dan Kerosakan
Akidah Melalui Percakapan atau ucapan Melalui Perbuatan Melalui Iktikad dalam hati
Pembinaan Akidah Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan
memahami konsep akidah secara khusus Membersihkan hati dengan cara meninggalkan
dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah
Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam
Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik
Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah Bertawakal kepada Allah
Kesimpulan Secara keseluruhannya, konsep
akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.