pra3108.doc

71
PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral TAJUK 1 Pengenalan Kepada Kerohanian 1.1 SINOPSIS Tajuk ini membincangkan konsep kerohanian menurut pandangan Islam dan agama agama lain seperti pandangan agama Kristian, agama Buddha dan agama Hindu. Tajuk ini juga membincangkan Akta Pendidikan 1996 seksyen 50 (1) berkaitan pengajaran Agama Islam. Seterusnya perbincangan menjurus kepada aspek-aspek yang menjadi fokus utama di dalam Pendidikan Islam seperti keimanan, kemanusiaan, ketatanegaraan dan kemasyarakatan. Selain itu pelajar juga akan didedahkan dengan medium-medium penerapan kerohanian iaitu melalui ilmu, kemahiran, amali dan pembudayaan. 1.2 HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan konsep dan amalan kerohanian dan moral menurut kefahaman agama Islam dan agama-agama lain. 2. Dapat mengetahui dan memahami apakah fokus utama Pendidikan Islam Prasekolah. 3. Boleh melaksanakan penerapan kerohanian melalui ilmu, kemahiran, amali dan pembudayaan. 1.3 Kerangka Konsep Tajuk. 1

Upload: niza-wahida-w

Post on 02-Jan-2016

172 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PRA 3108. PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH

TRANSCRIPT

Page 1: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 1 Pengenalan Kepada Kerohanian

1.1 SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan konsep kerohanian menurut pandangan Islam

dan agama agama lain seperti pandangan agama Kristian, agama

Buddha dan agama Hindu. Tajuk ini juga membincangkan Akta

Pendidikan 1996 seksyen 50 (1) berkaitan pengajaran Agama Islam.

Seterusnya perbincangan menjurus kepada aspek-aspek yang menjadi

fokus utama di dalam Pendidikan Islam seperti keimanan, kemanusiaan,

ketatanegaraan dan kemasyarakatan. Selain itu pelajar juga akan

didedahkan dengan medium-medium penerapan kerohanian iaitu melalui

ilmu, kemahiran, amali dan pembudayaan.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan konsep dan amalan kerohanian dan moral menurut

kefahaman agama Islam dan agama-agama lain.

2. Dapat mengetahui dan memahami apakah fokus utama Pendidikan

Islam Prasekolah.

3. Boleh melaksanakan penerapan kerohanian melalui ilmu, kemahiran,

amali dan pembudayaan.

1

Page 2: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1.3 Kerangka Konsep Tajuk.

1.4 Pengenalan Kepada Kerohanian

Mari kita mulakan perbincangan dengan menghayati secara ringkas

tentang konsep kerohanian.

1.4.1 Konsep Kerohanian

Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan

dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang

berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan

tidak dapat dilihat dengan mata kasar kepada sifat dalaman yang melibatkan

semangat seseorang. Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad,

merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala

dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang

dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan

2

Subtajuk 3 Akta Pendidikan 1996

seksyen 50 (1)Pengajaran Agama

Islam

Subtajuk 1Konsep kerohanian

Subtajuk 4Fokus Pendidikan Islam-keimanan-kemanusiaan-ketatanegaraan-kemasyarakatan

Subtajuk 5Penerapan kerohanian melalui:-ilmu-kemahiran-amali-pembudayaan

Pengenalan kepada

kerohanian

Subtajuk 2 Pandangan mengikut

agama-agama

Page 3: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan

penaakulan strategik.

Rohani yang sempurna selalu dikaitkan dengan aktiviti beragama,

individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu

itu. Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang mempunyai

rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan kepercayaan umum

mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total.

1.4.2 Konsep kerohanian mengikut agama-agama

Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani

membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan

manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap

individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan

undang-undang.

Menurut sarjana Islam Al Ghazali (1058-1111) rohani sebagai perkara

yang terdiri daripada akal, hati, jiwa dan roh. Menurut al Ghazali (1058-

1111) lagi potensi ilmu ada di dalam roh insan dan melalui pendidikan

potensi itu akan dapat diserlahkan. Seterusnya Hasan Ali (1999) menambah

bahawa kerohanian berkait rapat dengan kejiwaan iaitu kecenderungan.

Menakala menurut Wahiduddin Khan, maksud kerohanian adalah keinginan

makhluk untuk berhubung dengan Penciptanya.

Mendidik kanak-kanak dengan perkara-perkara yang berkaitan

dengan rohani merupakan suatu kewajipan ibu bapa dan para guru yang

telah diamanahkan. Ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud

”wahai orang –orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari

api neraka” (Surah at Tahrim ayat 6). Menurut Islam, kanak-kanak dilahirkan

suci dengan membawa fitrah beragama. Maka kedua orang tuanya yang

bakal mencorakkan anak-anaknya samada menjadi Yahudi, Nasrani atau

Majusi. (Hadis riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah). Sayyidina Umar r.a

3

Page 4: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

berpesan ” ajarlah anak-anakmu dengan ilmu semasa, kerana sesungguhnya

mereka dicipta untuk suatu zaman yang bukan lagi zamanmu”. Imam al

Ghazali (450-505 H) mensyaratkan kanak-kanak mesti dididik sejak lahir oleh

wanita-wanita yang kuat beragama dan mulia tingkah laku. Seterusnya,

kanak-kanak perlu dididik dengan pelajaran agama, adab sopan, adab

makan dan minum, mencuci badan dan cara berwudhu’ yang betul serta

bersolat (Hamid 1990).

Di dalam agama Kristian pula ajarannya berpusat kepada empat tema

iaitu kemuliaan tuhan, imej Christ, rohaniah tuhan dan kehidupan abadi.

Dalam Perjanjian Baru, perkataan Yunani untuk utusan ialah aggelos, dari

mana kita dapat perkataan Inggeris angel. Perkataan ini juga digunakan

untuk kedua-dua utusan manusia dan rohaniah. Tuhan mengirim berbagai

jenis utusan. Pertama, utusan-utusan manusia yang bernubuat (2 Taw.

36:15-16). Kedua, ada juga utusan-utusan rohaniah yang diutus kepada

manusia dengan pesan atau fungsi khusus. Sebagai agen-agen Tuhan

mereka dikirim ke bumi untuk melaksanakan semua keputusan Tuhan

berkenaan hal-hal hukuman dan pembetulan manusia (Keluaran 12:23;

Mazmur 104:4; Ibrani 11:28). Malaikat juga membawa pesan kepada nabi-

nabi Tuhan dan melindungi umat Tuhan. Apabila para malaikat muncul

kepada manusia ini selalunya dalama rupa bentuk manusia. Anak-anak

rohaniah Tuhan juga ada disebut mempunyai pangkat dan kuasa berlainan

(Zakharia 1:9, 11; Yudas 1:9). Mereka “berkuasa” (2 Tes. 1:7); dipanggil

“pahlawan-pahlawan perkasa” (Mazmur 103:20); “kudus” (Lukas 9:26);

“pilihan” (1 Tim. 5:21). Bagaimanapun, mereka harus jangan disembah (Kol.

2:18; Wahyu 19:10).

 

Dalam agama Buddha, ajarannya pula menggalakkan para

penganutnya melatih diri sendiri supaya mendapat kesedaran untuk melihat

bukan sahaja sesuatu kejadian alam seperti yang berlaku pada diri sendiri,

malah keadaan yang berhubung dengan sesuatu kejadian itu.

4

Page 5: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi, maksud kerohanian

adalah menjauhkan diri dari perkara yang dianggap keduniaan.

Sementara kerohanian di dalam agama Hindu pula, menjurus kepada

kepercayaan dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula

(samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma)

seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang

lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan

antara Atman (roh diri) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan). Brahman,

Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya

iaitu Brahma: Pencipta Vishnu: Pemelihara Shiv Ini mewakili Triniti Hindu

atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam

semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga

kepercayaan utama: Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu

Pemusnah dan Pencipta Semula.

Sudahkah anda mendapat gambaran tentang konsep kerohanian

menurut perpektif agama-agama di atas? Cuba buat rumusan

terhadap pendapat-pendapat di atas dengan menggunakan peta

minda.

1.4.3 Akta Pendidikan 1996- Seksyen 50(1) Pengajaran Agama Islam

Akta Pendidikan 1996-Seksyen 50 (1) Pengajaran Agama Islam menyatakan

jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat 5 orang murid atau lebih

yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan

pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa

negeri.

Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat lengkap

berkaitan Akta Pendidikan 1996 di atas.

5

Page 6: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1.4.4 Fokus Pendidikan Islam

Secara umumnya Pendidikan Islam memberi tumpuan terhadap empat

bidang utama iaitu keimanan, kemanusiaan, ketatanegaraan, dan

kemasyarakatan. Mari kita sama-sama cuba hayati dan fahami penjelasan

bagi semua bidang tersebut.

1.4.4.1 Keimanan

Antara perkara yang dititik beratkan di dalam Pendidikan Islam ialah

keimanan kepada Allah swt. Beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala

bererti seseorang Muslim itu mempelajari, memahami dan mempercayai

dengan penuh yakin akan sesuatu yang wajib bagi Allah Subhanahuwata’ala

dari segala sifat-sifat kesempurnaanNya, dan sesuatu yang mustahil baginya

dari semua yang berlawanan dengan sifat-sifat wajib itu. Begitu juga, yakin

dengan sifat-sifat yang harus bagi Allah Subhanahuwata’ala. Dengan lain

perkataan, secara umumnya, seseorang Muslim wajib beri’tiqad bahawa

segala sifat kesempurnaan itu adalah hak Allah Subhanahuwata’ala semata-

mata, samada sifat-sifat itu yang berbentuk Uluhiyyah atau pun Rububiyyah.

Begitu juga sebaliknya, segala sesuatu yang tidak sempurna tidak layak

diletakkan kepada zat yang maha kudus itu.

Beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala juga bermaksud seseorang

muslim wajib beri’tiqad bahawa di sebalik alam kebendaan yang nyata ini,

sudah wujud suatu zat yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera lahiriah

manusia. Pada Zat itu terkumpul segala kekuasaan mutlak. Padanya sahaja

ada sifat-sifat maha kuasa, maha mengetahui, maha bijaksana dan maha

pentadbir. Zat itu adalah punca kejadian segala makhluk dan segala yang

akan berlaku ke atasnya. zat itu punca hidayah, nur dan al-haq bagi manusia

sejagat.

6

Page 7: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:

“Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang menghidupkan dan yang mematikan.

(Dialah) Tuhanmu dan Tuhan bapak-bapakmu yang terdahulu.”

(Surah ad-Dukhan: ayat 8).

Berdasarkan maklumat di atas, sila buat rujukan tambahan

mengenai konsep keimanan menurut Islam. Seterusnya

bincangkan tentang kepentingan memberi penekanan dalam

aspek keimanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak

prasekolah.

1.4.4.2 Kemanusiaan

Pendidikan Islam juga menekankan tentang nilai-nilai kemanusiaan

berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia.

Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik dan eksistensinya,

kehormatannya dan hak-haknya, dan juga memelihara darahnya, hartanya

serta kerabat keturunannya dalam kedudukan mereka sebagai individu

anggota masyarakat.

Perbincangan dan catatan nota

Sebagai seorang guru prasekolah, nyatakan langkah-langkah yang

boleh anda laksanakan dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai

kemanusiaan terhadap kanak-kanak.

Bincangkan bagaimana Pendidikan Islam memberi fokus tentang

ketatanegaraan dan kemasyarakatan?

Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan

teguklah sedikit minuman agar dapat memberi sedikit tenaga

kepada minda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Katakan

boleh kepada diri anda.

7

Page 8: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1.4.5 Penerapan Kerohanian

Secara umumnya sesuatu yang berbentuk rohani atau kerohanian boleh

diajar dan dipelajari. Dalam erti kata yang lain ia boleh diterapkan oleh

seseorang individu kepada individu yang lain melalui medium-medium atau

saluran-saluran tertentu. Antaranya melalui saluran ilmu, kemahiran, amali,

dan pembudayaan.

Ilmu berperanan sebagai pemangkin dalam mendidik rohani/jiwa ke

arah kebaikan. Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu

perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga

dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.

Ketika itulah ilmu berperanan untuk membentuk dan memandu manusia ke

arah kebaikan. Nabi bersabda yang bermaksud ‘sesiapa yang menghendaki

dunia maka dia perlukan ilmu, sesiapa yang menghendaki akhirat maka dia

perlukan ilmu, sesiapa yang mahukan keduanya maka dia juga perlukan

ilmu’, (hadis riwayat al Bukhari).

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 yang bermaksud “Tidakkah

kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk kamu apa

yang dilangit dan apa yang dibumi dan menyempurnakan untukmu nikmatnya

lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang

keesaan Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang

memberi penerangan”. Dari nas-nas di atas jelaslah bahawa ilmu

merupakan sebagai medium dalam mendidik jiwa kerohanian manusia ke

arah kebaikan dan ke arah kecemerlangan hidup dan mentauhidkan Allah

swt.

8

Page 9: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Penerapan kerohanian juga diterapkan melalui unsur-unsur

kemahiran, seperti kemahiran berenang, kemahiran memanah dan

menunggang kuda. Ini terserlah melalui kata-kata saidina Umar al Khattab “

ajarlah anak-anakmu memanah, berenang dan perintahkan mereka

melompat di atas punggung kuda” (al-Qardhawi 2002).

Penerapan kerohanian melalui amali dapat dilihat melalui arahan

latihan mendirikan solat oleh Rasulullah saw pada kanak-kanak melalui

sabdanya “ suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika umur mereka

tujuh tahun, dan pukullah anakmu yang meninggalkan solat ketika mereka

berusia sepuluh tahun”. (Hadis riwayat Abu Daud)

Perbincangan

Cuba anda jelaskan apakah yang dimaksud oleh Rasulullah saw

melalui maksud hadis: ”Bermainlah dengan anak-anakmu

sehingga 7 tahun pertama, ajarkanlah adab kepada anak-anakmu

sehingga 7 tahun kedua dan berkawanlah dengan anak-anakmu

sehingga tajuh tahun yang ke tiga”.

Nyatakan implikasi yang akan timbul jika nilai kerohanian

diabaikan.   

                    

                         

9

Page 10: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 2 Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah

2.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang pengenalan kepada kurikulum

Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamat dan objektif

kurukulum tersebut. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan kepentingan

Pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas

dari al Quran dan al Hadis serta pandangan daripada Khalifah Islam Saidina

Umar dan pandangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali. Perbincangan

seterusnya berfokus kepada kandungan-kandungan dan hasil pembelajaran

Pendidikan Islam Prasekolah iaitu akidah, ibadah, sirah dan akhlak, serta

Bahasa Arab, al Quran dan tulisan jawi.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan pengenalan tentang kurikulum Pendidikan Islam

Prasekolah, falsafah, matlamat, objektif dan kepentingan Pendidikan

Islam pada peringkat awal kanak-kanak.

2. Memahami dan menjelaskan mafhum nas-nas berkaitan kepentingan

Pendidikan Islam peringkat awal kanak-kanak.

3. Menghurai dan mengenalpasti kandungan dan hasil pembelajaran

Pendidikan Islam Prasekolah.

4. Memahami konsep-konsep akidah,ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan

Bahasa Arab al Quran dan tulisan jawi yang diguna pakai dalam

pendidikan Islam Prasekolah.

10

Page 11: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.3 KERANGKA KONSEP TAJUK INI

11

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH

Subtajuk 1

-Pengenalan-Falsafah-Matlamat-Objektif

Subtajuk 2Kepentingan Pendidikan Islam peringkat awal kanak-kanak berdasarkan:-Nas-nas al Quran-Nas-nas al Hadis-Pandangan Saidina Umar-Pandangan Imam Ghazali

Subtajuk 3 Kandungan dan Hasil

Pembelajaran Pendidikan Islam

PrasekolahAkidah: Rukun iman-Konsep-Merancang aktiviti-Menyediakan bahan-Pelaksanaan aktiviti

Sirah: Sirah Rasulullah-Merancang aktiviti-Menyediakan bahan-Pelaksanaan aktiviti

Ibadah: Rukun Islam-Konsep-Merancang aktiviti-menyediakan bahan-Pelaksanaan aktiviti

Akhlak:-Konsep-Merancang aktiviti-Menyediakan bahan-Pelaksanaan aktiviti

Bahasa Arab al Quran dan tulisan jawi:-Konsep-Merancang aktiviti-Menyediakan bahan-Pelaksanaan aktiviti

Page 12: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.3.1 Pengenalan

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah mengandungi lima

komponen utama iaitu akidah, ibadah, sirah rasulullah, akhlak dan bahasa

Arab, al Quran dan tulisan jawi. Ia disusun sebagai suatu transformasi dalam

mata pelajaran Pendidikan Islam. Skop kandungannya telah dikurangkan

setelah mendapat berbagai komen dari pelbagai pihak kerana standard yang

hendak dicapai banyak dan peratus pencapaian murid masih ditahap

minimum. Ia juga digubal agar wujud kesinambungan dan keselarasan dari

prasekolah ke tahun satu sekolah kebangsaan.

2.3.2 Falsafah

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berlandaskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan seperti berikut:

”Pendidikan di Malaysia adakah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2.3.3 Matlamat Pendidikan Islam Prasekolah

Pendidikan Islam Prasekolah melalui tunjang kerohanian, sikap dan nilai

bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun Iman,

rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah syahadah. Kanak-kanak

12

Page 13: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat,

mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian

mengikut adab adab Islam. Pendidikan Islam Prasekolah juga bertujuan

memperkenalkan kanak-kanak dengan asas bahasa al Quran, huruf hijaiyyah

dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan.

2.3.4 Objektif Pendidikan Islam Prasekolah

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada

kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai

objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani. Bagi

bidang Pendidikan Islam penekanan diberi terhadap aspek kerohanian iaitu

mengamalkan nilai murni dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

untuk murid beragama Islam.

Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Kerohanian, Sikap

dan Nilai khususnya komponen Pendidikan Islam, murid dapat mengetahui

asas rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah, dan melafazkan Dua

Kalimah Syahadah.

2.3.5 Kepentingan Pendidikan Islam peringkat awal kanak kanak

Pendidikan Islam pada peringkat awal merupakan sesuatu yang amat

penting. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu

proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan

individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di

persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan

mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan

sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di

masa yang akan datang (Department of Education and Science,1990).

13

Page 14: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang

kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan

baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka

tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam

mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk

dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan

pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan

fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan

penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya (Mastura Badzis 2009).

Prof. Madya Dr. Mastura Badzis

Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA)

Di dalam al Quran terdapat banyak dalil-dalil yang menunjukkan kepentingan

pendidikan Islam pada peringkat awal kanak-kanak. Antaranya ialah ayat 6

surah at Tahrim Allah berfirman ” Wahai orang orang yang beriman jagalah

dirimu dan seluruh ahli keluargamu dari api neraka”. Sural al Alaq ayat 1

bermaksud bacalah dengan namu tuhanmu yang telah menciptakan”. Di

dalam surah Luqman ayat 13 pula Allah telah merakamkan bagaimana

Luqmanul Hakim mendidik dan membentuk keperibadian anaknya dengan

katanya ” dan apabila Luqman berkata kepada anaknya dalam keadaan dia

menasihat dan mendidik anaknya, ”wahai anakku janganlah kamu

mensyirikkan Allah, sesungguhnya syirik itu merupakan suatu kezaliman

yang amat besar”.

Ayat dari surah Luqman itu jelas menceritakan bagaimana didikan yang

berkaitan dengan Pendidikan Islam atau akidah anak-anak telah ditekankan

dari tahap kanak-kanak kecil lagi. Ini terbukti dengan penggunaan lafaz arab

”Bunayya” kata nama yang membawa maksud kecil bermaksud wahai anak

kecilku.

14

Page 15: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Di dalam hadis nabi juga terdapat banyak arahan-arahan berkaitan

pendidikan Islam kepada kanak-kanak. Antaranya ialah sabda nabi saw

bermaksud

Saidina Umar r.a juga pernah berpesan "ajarilah anak-anakmu dengan

ilmu semasa, sesungguhnya anak-anakmu dicipta untuk suatu zaman yang

bukan lagi zaman kamu”. Sementara imam al Ghazali pula (450- 505 H) pula

mensyaratkan agar anak-anak dididik sejak lahir oleh wanita-wanita yang

kuat beragama dan mulia tingkah laku. Kanak-kanak juga perlu dididik

dengan ilmu agama, adab bersopan, adab berdepan dengan makan dan

minum, mencuci badan dan cara-cara berwudhuk dan solat (Hamid 1990)

Kesimpulannya, Islam amat menitik beratkan pendidikan dalam

kehidupan manusia bermula pada peringkat kanak-kanak lagi. Kanak-kanak

perlu diasuh dan dididik dengan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan agar

dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang berguna serta

mendapat kesejahteraan dan keredhaan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu,

menjadi kewajipan bagi para guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar

kepada mereka untuk mencapai ke arah itu.

Soalan Tutorial:

1. Perbincangan tentang pendidikan anak-anak menurut Islam.

2. Isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan awal kanak-

kanak

15

Page 16: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.4 Pengenalan Kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam

Prasekolah

Dalam kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah terdapat lima tajuk utama

yang diberi tumpuan, iaitu: akidah, ibadah, sirah Rasulullah, akhlak dan

bahasa Arab al quran dan tulisan jawi.

2.4.1 Akidah: Rukun Iman

Rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam

yang kita anuti. Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita,

maka barulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di

dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata

kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara

sam’iyyat (yang hanya didengar). Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran

pada awal surah al-Baqarah, ayat 3 bermaksud “ orang orang yang beriman

dengan perkara ghaib, dan mendirikan solat dan mereka menafkahkan apa

yang kami rezkikan”.

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan

melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah

orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang

itu belum dikatakan beriman dengan iman yang sempurna. Ketiadaan satu

sahaja dari tiga perkara tersebut, seseorang itu boleh digelar sebagai fasik,

munafik atau kafir. Rukun iman terdiri dari enam perkara iaitu percaya

kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada rasul, percaya

kepada kitab, percaya kepada hari kiamat dan percaya kepada qadha dan

qadar.

16

Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akidah.

Page 17: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.4.2 Ibadah: Rukun Islam

Perkataan 'rukun' jika diteliti dari sudut pengertiannya menerusi kamus-

kamus Arab, maka ianya bererti:

a. sesuatu yang menguatkan

b. yang mempertahankannya atau memuliakannya

c. bahagian yang penting dan terkuat.

Dari pengertian di atas dapat dikaitkan dengan rukun Islam itu sendiri

iaitu ianya bererti; Islam itu ada berbagai-bagai cabang dan bahagiannya.

Dalam ibadat pula ada bermacam-macam seperti mengucap syahadah,

mengerjakan solat, membayar zakat, berpuasa, menunaikan haji,

melaksanakan amar makruf dan nahi munkar, berjihad pada jalan Allah dan

sebagainya. Bahagian yang boleh menguatkan, mempertahankan,

memuliakan Islam itu adalah yang terkandung dalam rukun Islam. Bahagian

inilah yang penting dan terkuat. Rukun Islam dalam kontek ini merupakan

suatu konsep tersendiri yang amat luas pengertiannya. la adalah nilai Islam

itu sendiri pada diri seseorang. Rasulullah s.a.w. pernah menyebutkannya

sebagai tiang agama. Dalam kontek solat sebagai contoh, Rasulullah s.a.w.

bersabda yang bermaksud: Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang

mendirikannya, maka sesungguhnnya dia mendirikan agama. Sesiapa yang

meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama yang

terdapat di dalam dirinya. Rukun Islam terdiri dari 5 perkara iaitu mengucap

dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji.

2.4.3 Sirah: Sirah Rasulullah

Sirah rasulullah saw ialah perjalanan kehidupan rasulullah saw. Kanak-kanak

akan didedahkan dengan cara menyebut nama Rasulullah saw dan ahli

keluarga baginda yang terdekat seperti ibu rasulullah bernama Aminah,

17

Page 18: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

bapanya bernama Abdullah, datuknya bernama Abdul Muttalib, bapa

saudaranya bernama Abu Talib dan lain lain lagi. Juga cerita tentang

peristiwa kelahiran rasulullah saw. Perkara perkara yang berlaku ketika

rasulullah dilahirkan.

2.4.4 Akhlak

Bahagian akhlak pula, kanak-kanak akan diberikan contoh bagaimana akhlak

rasulullah saw semasa baginda menjalani kehidupan seharian. Akhlak-

akhlak tersebut ialah amanah siddiq (bercakap benar), fatonah (bijaksana),

penyabar dan lain-lain lagi.

Akhlak juga termasuk amalan-amalan seharian dan termasuk cara

bagaimana melafazkan doa, contonhnya doa penerang hati dan doa menaiki

kenderaan. Adab sebelum makan dan minum, semasa makan dan minum

dan adab selepas makan dan minum. Cara melafazkan doa sebelum dan

selepas makan, membezakan makanan yang halal dan makanan yang

haram, makanan yang baik dan berkhasiat, adab adab memasuki tandas dan

keluar tandas, doa masuk dan keluar tanda, adab menghormati ibu bapa,

ahli keluarga,guru dan rakan sebaya.

18

Bincangkan kaedah-kaedah yang sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akhlak. Sediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran bertajuk adab ketika makan.

Page 19: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

2.4.5 Bahasa Arab, Al-Quran dan Tulisan Jawi

Mengenalpasti bunyi huruf mengikut tanda bacaan yang betul. Tanda-tanda

bacaan tersebut ialah baris atas, baris bawah dan baris hadapan.

Mengetahui huruf jawi dan menghafal beberapa surah dari juzu’ Amma

seperti surah al Fatihah, surah al Ikhlas, surah an Nas dan surah al Falaq.

2.5 Rumusan

Selepas mengikuti isi kandungan dan aktiviti-aktiviti dalam tajuk ini

diharapkan anda telah dapat mengetahui dan memahami kurikulum

Pendidikan Islam Prasekolah, serta falsafah, matlamat dan objektif

kurukulum tersebut. Selain itu, dengan mengetahui kepentingan Pendidikan

Islam pada peringkat awal kanak-kanak berdasarkan nas-nas dari al Quran

dan al Hadis serta pandangan daripada Khalifah Islam Saidina Umar dan

pandangan Hujjatul Islam Imam al Ghazali, akan dapat membuka ruang

untuk anda mendalaminya lagi. Seterusnya semoga perbincangan tentang

kandungan-kandungan dan hasil pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah

iaitu akidah, ibadah, sirah dan akhlak, serta Bahasa Arab, al Quran dan

tulisan jawi akan memberi gambaran yang jelas kepada anda terhadap

komponen Pendidikan Islam Prasekolah.

Bagaimana keadaan anda sekarang? Masih mampu untuk

berbincang tentang tajuk yang seterusnya? Kalau badan terasa

letih dan otak pun terasa kurang motivasi, jangan memaksa diri.

Cuba rehat seketika dan teguklah sedikit minuman mudah-

mudahan anda akan berasa segar kembali. Kemudian boleh

sambung lagi...

19

Page 20: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

     

TAJUK 3 Pengenalan Kepada Perkembangan Moral

3.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep-konsep dalam

perkembangan moral, komponen-komponen moral dan teori-teori

berkaitan dengan perkembangan moral seperti teori psikoanalisis, teori

kognitif, teori Piaget, teori Kohlberg, teori pemelajaran sosial dan lain-lain

teori.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengkaji dan mengenalpasti konsep-konsep dalam perkembangan

moral dan komponen-komponen moral.

2. Merancang pengurusan pelaksanaan nilai-nilai Perkembangan

Kerohanian dan Moral dalam kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

3.3 KERANGKA TAJUK

20

Pengenalan kepada perkembangan Moral

Konsep Perkembangan

Moral

Teori-Teori Perkembangan Moral:-Teori psikoanalisis-Teori kognitif-Teori Piaget-Teori Kohlberg

Page 21: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

3.3.1 Konsep Perkembangan Moral

Moral ialah satu kesedaran tentang apa yang buruk dan apa yang baik, apa

yang betul dan apa yang salah. Perkembangan moral pula merujuk kepada

perolehan tentang apa yang betul dan apa yang salah berdasarkan kod-kod

etika masyarakat setempat.

Terdapat tiga komponen moral iaitu: afektif, kognitif dan tingkah laku.

Komponen moral afektif atau emosi mengandungi unsur-unsur perasaan.

Komponen moral kognitif mengandungi pemikiran atau konsep betul dan

salah. Manakala komponen moral tingkah laku menggambarkan bagaimana

kita bertingkah laku, contohnya apabila kita dihadapkan dengan cabaran-

cabaran untuk berbohong, menipu atau mencuri.

Kajian-kajian psikologi tentang perkembangan moral terbahagi kepada

dua kategori iaitu sesetengah kajian tertumpu pada isu-isu seperti kenapa

setengah kanak-kanak atau remaja mencuri, lari dari rumah, lepak dan

sebagainya, apakah faktor-faktor yang menerbitkan tingkah-laku tingkah-laku

tersebut serta apakah elemen-elemen yang mengikat kanak-kanak dan

remaja untuk bekerjasama, akur sesama sendiri dan sebagainya. Semua

persoalan ini tertumpu pada menjelaskan tingkah laku seseorang dalam

situasi-situasi moral serta tingkah laku moral.

3.3.2 Teori-Teori dalam perkembangan moral

3.3.2.1 Teori Psikoanalisis

Freud menekankan soal afektif moral yang sering diperolehi apabila kanak-

kanak berumur 5 atau 6 tahun iaitu semasa tahap falik. Superego akan

21

Page 22: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

menentukan cara-cara yang telah digunakan oleh ego untuk memuaskan

impuls id betul caranya. Superego akan menentukan cara-cara tersebut

diterima oleh masyarakat. Menurut Freud, kanak-kanak dipenuhi dengan id,

oleh sebab itu mereka sering bertingkah laku mengikut motif kendiri dan

lantaran itu ibu bapa amat penting untuk mengawal mereka.

Superego bertindak seperti ibu bapa di dalam kepala dan akan memberitahu

apa yang betul dan apa yang salah. Superego juga akan menerbitkan

emosi-emosi seperti rasa malu dan bersalah jika seseorang individu

melakukan tingkah laku yang salah.

3.3.2.2 Teori Kognitif

Teori ini menekankan soal penaakulan moral yang berlaku dalam tahap-

tahap invarian yang bermaksud tiap satu tahap bergantung pada perolehan

pada tahap sebelumnya. Dengan kata lain, proses- proses pemikiran akan

menentukan samada sesuatu itu betul atau salah. Salah seorang pelopor

teori ini adalah Jean Piaget (1869-1980).

3.3.2.3 Teori Kognitif Piaget

Piaget memperkenalkan teorinya berdasarkan pemerhatian semula jadi ke

atas kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral

kepada dua tahap iaitu:

1- Moraliti Heteronomus (6-10 tahun)

Kanak-kanak percaya yang undang-undang atau peraturan datang daripada

ibu bapa atau orang orang yang berautoriti yang lain. Peraturan juga dilihat

sebagai suci dan tidak boleh diubah. Oleh kerana kanak-kanak bersifat

egosentrik semasa ini, mereka hanya dapat melihat satu perspektif peraturan

sahaja. Pelanggaran peraturan adalah salah jika ia membawa kepada

22

Page 23: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

konsekuen yang merosakkan walaupun orang yang melanggar undang-

undang itu mempunyai niat yang baik.

2- Moraliti Autonomus atau Kerjasama (10-11 tahun ke atas)

Tahap ini dicirikan oleh kelenturan atau fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah

kurang egosentriknya dan mereka melihat peraturan sebagai persetujuan

antara individu-individu. Peraturan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang

tidak boleh berubah atau yang mutlak tetapi ia boleh berubah mengikut

individu. Misalnya Henry lebih tidak bermoral daripada John. Autoriti orang

dewasa sebagai punca ketaatan utama tidak lagi dihormati. Saling

menghormati dan kerjasama dengan rakan sebaya mula menjadi dasar

penaakulan moral.

3.3.2.4 Teori Kognitif Kohlberg

Lawrenc Kohlberg (1984) berpendapat moraliti juga berkembang mengikut

satu siri tahap. Ia berkembang secara universal dan dalam tiga tahap iaitu

tahap satu bagi awal kanak-kanak, tahap dua bagi masa kanak-kanak dan

tahap tiga bagi masa remaja. Dalam satu tahap pula terbahagi kepada dua

peringkat. Kohlberg membina teorinya berasaskan gerak balas kanak-kanak

terhadap satu set dilema. Kohlberg berpendapat bahawa kanak-kanak pada

tahap awal peringkat pertama berumur 7 tahun patuh kepada arahan kerana

tidak mahu didenda. Manakala pada peringkat kedua pula mereka mematuhi

peraturan untuk mendapat ganjaran, atau perkongsian untuk mendapat

balasan.

Sila rujuk buku-buku, jurnal, sumber-sumber utama dan sekunder lain

bagi mendapat penjelasan yang lebih mendalam berkenaan teori

perkembangan moral kanak-kanak.

23

Page 24: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 4 Pembentukan Perkembangan kerohanian dan

Moral peringkat Awal Kanak-kanak

4.1SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang teknik pengajaran yang terdiri

daripada bercerita, belajar melalui bermain, main peranan (masalah atau

dilema sosial), pemerhatian, latihan amali, hafazan, tunjuk cara, perbualan,

penjelajahan, soal jawab, lawatan, lakonan, puisi, nasyid, ICT,

sumbangsaran, projek, simulasi dan perbincangan.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan teknik-teknik pengajaran perkembangan kerohanian dan

moral peringkat awal kanak-kanak.

2. Membuat pemilihan yang baik tentang media, bahan yang hendak

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

24

Page 25: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini

25

Page 26: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.4 Pengenalan

26

Teknik Pengajaran

Bercerita

belajar melalui bermain

Main peranan

Pemerhatian

Latihan amali

Soal jawab

Tunjuk cara

Hafazan

Perbualan

Penjelajahan

Lawatan

Lakonan

Puisi

Nasyid

ICT

Projek

Sumbangsaran

Page 27: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Teknik pengajaran merupakan strategi atau taktik yang digunakan oleh guru

untuk mengelola dan melaksana kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.. Ia digunakan untuk menarik minat murid,

mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu murid.

4.4.1 Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk

membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu

yang dapat menarik minat dan perhatian murid.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa

dapat disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis dalam kalangan murid.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat

permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi

kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal

supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

27

Page 28: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-

murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak

disampaikan.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid

sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain

BBM.

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang

berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

4.4.2 Belajar Melalui Bermain

• Satu kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada murid-murid

melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura (bermain) di dalam

keadaan terkawal.

• Penggunaan kaedah ini berlandaskan prinsip” Bermain Sambil

Belajar”.

• Kaedah ini selaras dengan naluri semula jadi kanak-kanak iaitu Suka

bermain

• Menurut Froebel, kaedah ini boleh mengembangkan kemahiran

psikomotor, bahasa dan muzik dan ekspresi kendiri kanak-kanak.

• Membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak(JERIS)

• Biasanya dijalankan selepas penguasaan kemahiran tertentu.

• Permainan sesuai dengan objektif, pengalaman, kemahiran,kebolehan

dan kecenderongan murid.

• Guru merancang dan menyediakan alat permainan.

• Memberitahu murid tujuan,peraturan dan cara bermain.

28

Page 29: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Semasa permainan berjalan,guru hendaklah mengawal dan

memerhatikan murid .

• Pastikan setiap murid terlibat secara aktif dan bermain mengikut

peraturan

• Berbincang dengan murid tentang kesan permainan.

Faedah Bermain

• Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran

• Membantu perkembangan potensi murid secara menyeluruh.

• Murid bermotivasi untuk belajar dengan gembira dan berkesan.

• Memberi peluang murid berinteraksi satu sama lain dan

menggalakkan

• semangat kerjasama.

• Membantu murid dari segi kemahiran berkomunikasi.

• Membantu pembentukan “imaginative thinking” dan semangat

“adventure”

• Membantu perkembangan kreativiti murid.

• Memberi peluang murid berinteraksi satu sama lain dan

menggalakkan

• semangat kerjasama

4.4.3 Main Peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah

atau peristiwa yang dianggap penting.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang

ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan

skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan

situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan

kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara

spontan.

29

Page 30: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang

sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara

membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,

mendengar rakaman dan sebagainya.

4.4.4 Pemerhatian

• Bermaksud pengamatan kepada perlakuan murid

• Boleh dilakukan secara bersahaja tanpa pengetahuan murid

• Pemerhatian adalah kaedah yang terbaik untuk menilai perkembangan

sebab kanak-kanak boleh meluahkan perasaan, idea, pengetahuan

dan emosi mereka melalui tingkah laku

• Membantu membuat keputusan dengan betul

• Memahami perbezaan perasaan, sikap dan interpretasi orang lain

• Menjadi lebih prihatin

• Memberi ulasan dan penjelasan dengan tepat

• Membolehkan perancangan dibuat berpandukan kekuatan dan

keperluan kanak-kanak.

• Dapat mengenal pasti sejauh mana program yang dijalankan

menyokong perkembangan kanak-kanak.

• Menyediakan data untuk membuat keputusan-keputusan berkenaan

kanak-kanak dan kurikulum dan pelaporan (kepada ibubapa dan

pihak yang berkenaan

4.4.5 Latihan Amali

Dalam pelaksanaan Latihan Amali, bimbingan dan latihan lebih diutamakan

daripada penilaian. Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan

perkongsian pengalaman serta kepakaran antara guru dengan murid.

30

Page 31: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Tujuannya supaya murid memperolehi pengalaman secara praktikal.

Pengalaman langsung akan memberi keyakinan kepada murid untuk

melaksanakan ibadah seharian seperti wudhuk dan solat.

4.4.6 Hafazan

• Kemahiran menghafaz merupakan satu kemahiran tinggi

• Memerlukan daya ingatan yang kuat

• untuk mengekalkan hafazan dalam jangka masa yang lama, murid

perlu mengulang-ulangnya setiap masa

4.4.7 Tunjuk Cara

• Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

kemahiran guru menunjukkan cara melakukan sesuatu di hadapan

murid

• Kaedah ini melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi,aktiviti

penglihatan dan pendengaran murid serta aktiviti percubaan oleh

murid

Sebelum Tunjukcara

• Guru menentukan topik,objektif dan isi kandungan pelajaran.

• Alat-alat tunjukcara disediakan dan disusun menurut langkah

tunjukcara.

• Tempat tunjukcara perlu sesuai agar dapat dilihat oleh semua murid

dengan jelas.

• Aspek keselamatan perlu diambil perhatian .

• Sebelum tunjukcara guru perlu jelaskan kepada murid tujuan

tunjukcara dan apa yang perlu diperhatikan oleh murid

Semasa Tunjukcara

31

Page 32: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan

tentang tunjukcara yang dijalankan.

• Sekiranya murid memperlihatkan keraguan, guru menerangkan

langkah itu sekali lagi.

• Guru gunakan teknik menyoal untuk mendapat perhatian murid.

• Pastikan semua murid dapat melihat tunjukcara serta mendengar

penerangan guru dengan jelas.

• Guru kemudiannya meminta seorang murid melakukan tunjukcara

Selepas Tunjukcara

• Guru berbincang dengan murid tentang-bahagian-bahagian tunjukcara

yang penting.

• Berbincang dengan murid tentang tujuan tunjukcara agar murid dapat

membuat rumusan dengan tepat.

• Aktiviti pengukuhan selepas tunjukcara: murid membuat tunjukcara

dan mencatatkan langkah-langkah tunjukcara tersebut.

4.4.8 Perbualan

Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti

ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar

Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk

dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan

Setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi

menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian

penggunaannya.

4.4.9 Penjelajahan

32

Page 33: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.

Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan

atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.

Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.

Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk

menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana

pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat

melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.

Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan

yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan

kritis.

Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah

2. Mengkaji ramalan

3. Mengumpul maklumat

4. Menganalisis

5. Membuat rumusan

4.4.10 Soal – Jawab

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan

dalam bidang pendidikan

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia

adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan

murid secara berkesan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-

soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki

memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping

dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

33

Page 34: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid

2. Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan

kritis.

3. Untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang

diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan

pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran

yang lebih dinamik dan berkesan.

4.4.11 Lawatan

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan murid

memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar

Murid dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh

mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik

darjah

Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti

dirancang rapi dengan para murid perlu menjalankan aktiviti atau

melaksanakan tugasan semasa lawatan.

Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang

sering dijalankan seperti dalam tajuk sirah.

Ciri-ciri Penting

Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep

kerana pengalaman secara langsung

Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan

ini membawa kesan kepada pembelajaran

Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada murid untuk

memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang

berlaku

34

Page 35: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Kaedah ini juga menggalakkan murid untuk mengaitkan pengalaman

diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah

Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih

menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku

dalam proses mengumpul maklumat.

Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang murid mengalami situasi

sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-

perkara yang diajar

4.4.12 Lakonan

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang

berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan

audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur

bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan

linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan

dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk

menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang

dipelajarinya.

Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan

berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah

satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran

disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

4.4.13 Puisi

35

Page 36: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan

maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian

manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam

dalam seni lain seperti drama puisi, him atau lirik.

• Puisi merupakan bahan bacaan yang bertujuan sebagai alat hiburan

dan pendidikan yang penting, khususnya kepada murid.

• Puisi memainkan satu peranan yang penting dalam mendidik murid-

murid.

• Ia menjadi satu bahan penting dalam meningkatkan perkembangan

dan pemerolehan bahasa murid.

• Puisi juga dapat membantu murid untuk menambah ilmu pengetahuan

dan mengayakan pengalaman murid itu sendiri.

4.4.14 Nasyid

• Guru menyampaikan pengetahuan atau pelajaran dengan

menggunakan kata, huruf, nombor atau ungkapan yang dimelodikan

dalam bentuk nyanyian atau nasyid

• Tujuan memudahkan murid meningat atau menghafaz sesuatu

perkara

• Murid dapat melaksanakan tugasan atau menguasai kemahiran

secara relaks dan santai

• Guru boleh mencipta melodi sendiri atau menggunakan melodi sedia

ada untuk melafazkan

• BILA? – Waktu pertukaran sesi, menamatkan aktiviti, bersihkan kelas

dll

• Cth: menghafaz ABC, mengenal huruf hijaiyah, sifir, nasyid nama

rasul, nama bulan Islam dll

• Lirik mudah & ringkas

• Banyak ulangan – perkataan & rangkap

• melodi – berirama dan mudah dipelajari

• Kaitan dengan pergerakan anggota badan/pancaindera

36

Page 37: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Berbentuk cerita, drama atau mainan

• Ada unsur didaktik & amalan kehidupan seharian

• Menyediakan lirik kepada kanak-kanak

• Guru perlu nyanyi & gayakan dulu

• Tunjukcara berulangkali

• Nyanyi menghadap kanak-kanak

• Jangan paksa kanak-kanak – tempoh singkat

• Wujudkan kegembiraan sebelum & semasa menyanyi

• Lakukan pergerakan – kanak-kanak

Contoh nasyid

• Mengandungi frasa ucapan

• Selamat pagi, selamat datang @ selamat tinggal

• Juga mengandungi peringatan & panduan hidup

• Nilai-nilai murni, moral & nasihat

• Berkaitan dengan aktiviti seharian.

4.4.15 ICT

• Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian, dan berfikrah

untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran

• Ia digunakan untuk memperkenal, mengukuh dan menambah

kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

• ICT meliputi komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD)

bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat

Manfaat penggunaan ICT

37

Page 38: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran

• Memberi peluang pembelajaran yang sama

• Meningkatkan motivasi

• Membolehkan pembelajaran kendiri

• Mengakses maklumat yang sukar diperolehi

• Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar

• Melaksanakan eksperimen yang mahal, mustahil dan bahaya

• Meningkatkan kreativiti dan imaginasi

• Pembelajaran berkesan dengan bimbingan minimum

• Meningkatkan kemahiran ICT

4.4.16 Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming)

yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap

ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat

sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang

lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,

universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif

dan bukan pembelajaran secara analitis.

  Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid

Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk

dibincangkan dalam sesi umum.

Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak

Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan

Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

38

Page 39: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.

Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan

mencukupi

Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where?

How? )

Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik

Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai

kebolehan

4.4.17 Projek

• Kaedah Projek adalah penyiasatan secara mendalam, berkaitan

dengan topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian pelajar

terhadap topik.

• Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk

mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang

serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.

• Menyediakan murid agar dapat mengaitkan pengalaman luar sekolah

dengan aktiviti.

• Membantu pelajar bersedia menjalankan kajian dalam bidang sains

dan sains sosial.

• Contohnya mengaplikasikan Asas Akhlak Islamiah dalam kehidupan

seharian

Kriteria pemilihan Topik bagi Projek:

• Sejauhmanakah menariknya sesuatu topik bagi murid.

• Adakah topik tersebut berkaitrapat dengan dunia sebenar.

• Adakah pelajar mempunyai pengalaman sedia ada berkaitan dengan

topik yang diajar

39

Page 40: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

• Memudahkan murid agar mendapat pengalaman hands-on atau hands

experience/field work

• Sejauhmanakah murid bergantung pada orang dewasa atau buku

untuk mendapatkan maklumat.

• Adakah timbul pelbagai jenis soalan dalam kalangan murid berkaitan

dengan topik.

• Adakah wujud peluang bagi murid untuk menjalankan kajian untuk

persoalan mereka secara aktif.

4.4.18 Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir

menyerupai keadaan sebenar yang memerlukanmurid berinteraksi

sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat

keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar

seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan

individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan

peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada

murid mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan

dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan

menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber

motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran.

 

 

40

Page 41: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

4.4.19 Perbincangan

 

• Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan

mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih

murid mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas

(Kementerian Pendidikan 1990:85).

• Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan murid dibawah

penyeliaan dan kawalan seorang guru.

• Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama

dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu

perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum,

seminar, bengkel, bahas dan debat.

• Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi

mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan

sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat

melatih kepetahan murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

• Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh

murid sendiri.

• Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah

berikut :

• Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan

dijalankan.

• Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian

memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk

memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

• Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat

dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

• Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu

kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu

41

Page 42: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah

perkara yang betul.

• Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada

setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis

mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah

menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

TAJUK 5 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai : Pendidikan Moral

5.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang pengurusan Kurikulum

Perkembangan Kerohanian dan Moral yang berfokuskan kepada pusat

pembelajaran dan pengelolaan pengajaran kerohanian dan moral

42

Page 43: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

5.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti peralatan-peralatan yang sesuai di dalam sudut

perkembangan kerohanian dan moral

2. Menyusun atur bilik darjah bersesuaian dengan pengajaran dan

pembelajaran kerohanian dan moral

3. menyediakan persekitaran yang sesuai untuk menggalakkan

perkembangan kerohanian dan moral

4. Mengenal pasti pengelolaan pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai dengan kerohanian dan moral

5.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini

43

Page 44: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

5.3 Pengurusan Kurikulum Perkembangan Kerohanian dan moral

Pendidikan Islam prasekolah bertujuan untuk memberi kemahiran asas

Islam kepada murid serta membimbing mereka melakukan ibadah dan

berakhlak mulia, gembira melakukan amal soleh dan mengelak diri daripada

melakukan perbuatan mungkar. Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam

terdiri daripada aqidah, ibadah, akhlak, sirah, bahasa Al-Quran dan huruf

hijaiyah dan jawi

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam Bab 10,

akta pendidikan 1996: Pengajaran Agama Di Institusi Pendidikan

Seksyen 50 (1) – Pengajaran Agama Islam, jika di dalam sesuatu institusi

pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama

Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama

Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu institusi

pendidikan di -bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh

sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa

44

Pengurusan Kurikulum Perkembangan Kerohanian

dan moral

Pusat Pembelajaran Perkembangan Kerohanian

dan Moral

Pengelolaan Pengajaran kerohanian dan moral

Peralatan

Susun atur

Persekitaran Pembelajaran

Aktiviti Kelas

Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Individu

Aktiviti Berpasangan

Page 45: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang

ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan

yang tertentu.

Topik umum pendidikan Islam, Hasil pembelajaran (HP) boleh

disepadukan dengan komponen-komponen lain melalui tema. Manakala,topik

khusus, Hasil Pembelajaran (HP) tidak boleh disepadukan melalui tema

Pengelolaan pengajaran pendidikan moral pula dilaksanakan melalui

aktiviti yang berkaitan seperti bercerita, main peranan, permainan ,

pemerhatian, nyanyian, lakonan dan latihan amali. Pemupukan nilai adalah

berkaitan dengan perkembangan diri, diri dengan keluarga, diri dengan

masyarakat, diri dengan alam sekitar dan diri dengan negara.

5.4 Pusat Pembelajaran Perkembangan Kerohanian dan Moral

5.4.1 Susun atur

Tentukan ruang, alat dan bahan yang ada – dalam & luar prasekolah.

Keseimbangan antara ruang terbuka dan tertutup serta bahan.Pemisah

ruang perlu ada supaya ruang menjadi lebih kemas dan teratur. Cara

bagaimana untuk mengelaskan bahan. Cara bagaimana kedudukan bahan

dan peralatan diatur boleh menggalakkan pergerakan dan interaksi antara

kanak-kanak. Kanak-kanak boleh membuat refleksi kendiri (Ruang senyap).

Ruang-ruang tertentu yang disediakan akan membolehkan kanak-kanak

membuat eksplorasi bahan dan kedudukan guru, kanak-kanak dan bahan

boleh mempengaruhi pendekatan yang akan digunakan bagi memastikan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Susun atur yang baik

akan menggalak dan mengekalkan minat kanak-kanak semasa proses

45

Page 46: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

pengajaran dan pembelajaran berlangsung, meningkatkan penumpuan

terhadap pengalaman tertentu dan memastikan keselamatan kanak-kanak

semasa proses pembelajaran. Selain itu, boleh menggalakkan penglibatan

kanak-kanak umpamanya, menggunakan mainan/gambar yang digemari

kanak-kanak dan menggalakkan interaksi sosial antara kanak-kanak

5.4.2 Peralatan

Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat pembelajaran boleh membantu

memperkembangkan perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek

kerohanian ataupun moral. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti

kerusi, meja, almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam

pembelajaran seperti alatulis, carta wudhuk, sejadah, telekung dan juga dan

lain-lain bantu mengajar. Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dipandang

menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan perlu juga

memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alat-alat tersebut

perlu difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi dengan alat-alat

sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya.

Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia

tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan

bau yang menarik.

Kelengkapan-kelengkapan di prasekolah perlu menyokong aktiviti-aktiviti

yang dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih

baik menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass.

Bangku-bangku dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang

terlalu besar dan memuatkan ramai kanak-kanak tidak menggalakkan

pembelajaran.

46

Page 47: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Kebanyakannya prasekolah mempunyai almari dan rak-rak buku yang boleh

menyimpan buku-buku dan barang-barang kanak-kanak seperti alatulis,

Quran, sejadah, buku dan lain-lain.

5.4.3 Persekitaran

Wujud dua dimensi ke arah mencipta ruang yang selamat di mana

kanak-kanak boleh belajar dan berkembang. Dimensi atau rangka rujukan

pertama adalah bersifat psikologi dan yang kedua bersifat fizikal.

Keselamatan psikologi merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanak-

kanak tentang persekitaran mereka. Kanak-kanak dianugerahkan oleh

Tuhan peka kepada alam sekitar mereka. Mereka mengetahui sama ada

mereka berada di tempat yang menyenangkan, selesa dan tidak berbahaya.

Mereka dapat menangkap sama ada persekitaran yang membendungi

mereka, mengandungi individu-individu yang mereka yakini, iaitu individu

yang menghormat status dan keindividuan mereka. Kanak-kanak dapat

merasakan sama ada mereka diterima atau sebaliknya oleh individu dewasa.

Dalam persekitaran yang dianggap selamat dari segi psikologinya, kanak-

kanak tidak perlu berasa gementar, takut, bimbang, ragu dan risau tentang

perdampingan mereka sama ada dengan individu dewasa atau kanak-kanak

lain.

Dalam persekitaran yang dianggap selamat dari segi psikologinya,

kanak-kanak tidak perlu berasa gementar, takut, bimbang, ragu dan risau

tentang perdampingan mereka sama ada dengan individu dewasa atau

kanak-kanak lain.

Masa belajar di tadika berjalan dengan selesa, merangsang serta

menyeronokkan dan mereka bukannya bermenung menunggu ibu bapa akan

datang menjemputnya balik. Untuk kanak-kanak tadika, persekitaran yang

selamat menawarkan individu atau pendidik yang mempunyai ciri-ciri sahsiah

47

Page 48: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

yang merangsangkan, individu yang mesra, bertimbang rasa, bersifat

pendidik dan cekal. Guru-guru tadika membantu mewujudkan iklim tadika

yang positif dengan memberikan galakan dan mempercayai kebolehan tiap-

tiap kanak-kanak untuk berkembang. Salah satu caranya ialah mempastikan

setiap kanak-kanak berasa yakin untuk mengusahakan sesuatu atau

membuat penerokaan ke alam sekeliling tanpa berasa bimbang kalau-kalau

dimarahi oleh guru atau tersilap melaksanakan sesuatu.

Menurut pakar kanak-kanak tadika, sesebuah tadika yang baik

sewajarnya direkabentuk dengan selesa, selamat dan memberikan galakan

atau stimulasi untuk kanak-kanak. Ia juga perlu bertindak sebagai katalis,

memperkayakan konteks atau perhubungan dengan guru-guru dan

kakitangan tadika. Ia juga perlu mencipta persekitaran di mana lantai,

dinding, pintu dan alat-alat perabut menawarkan peluang untuk

pembelajaran. Rekabentuk yang kompleks diperlukan tetapi tidak wajib dan

biasanya tidak praktikal. Kos rekabentuk sedemikian rupa mestilah dinilaikan

dengan manfaatnya. Apa yang paling penting ialah persekitaran mesti

selamat, ekonomikal, ruangnya senang dijaga dan mempunyai kakitangan

yang mahir dan program pendidikan yang bernas dan bermakna.

5.5 Pengelolaan Pengajaran kerohanian dan moral

5.5.1 Aktiviti Kelas

Semua murid menjalankan aktiviti yang sama serentak. Pemupukan

kemahiran bersosial, pemupukan nilai murni seperti kerjasama, hormat

48

Berdasarkan pengalaman anda, adakah persekitaran yang dialami sewaktu kecil memberi kesan kepada keadaan kamu pada masa sekarang?

Page 49: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

menghormati, keadilan dan semangat bermasyarakat, pemupukan

kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dapat diterapkan dalam

kalangan murid

Perkara Yang Perlu Difikir

Penyediaan :bahan, pusat pembelajaran

Suara guru jelas dan mudah difahami

Kedudukan guru dan murid

5.5.2 Aktiviti Kumpulan

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi

kemasyarakatan dan dinamik kumpulan

Ciri-ciri penting

• Kumpulan kecil, bilangan ahli yang kecil

• Murid menjlnkan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil

• Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama

Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah

memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu

pelajar mencapai objektif spesifik

Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk

kerja kumpulan

Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan

Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi

tanggungjawab

Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk

Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar,

mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara

koperatif

49

Page 50: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

5.5.3 Aktiviti Individu

Aktiviti dilaksanakan mengambil kira keupayaan dan perbezaan individu

setiap murid. Murid akan menjalankan tugasan yang diberi secara

bersendirian. Murid berpeluang menjalankan aktiviti yang diminati

bersendirian mengikut keupayaan masing-masing. Murid akan banyak

berinteraksi dengan bahan dan berpeluang mendapat perhatian secara

personal daripada guru. Antara aktiviti yang boleh dilaksnakan ialah seperti

melukis gambar, menyusun gambar bersiri, menggunting/menampal dan

membaca buku.

Ciri-ciri Aktiviti Individu

Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang murid

Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada murid mengenai

penguasaan kemahiran dan pengetahuannya

Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran,

hasilan dan aktiviti-aktiviti

Kurang sesuai untuk murid yang memerlukan motivasi dan dorongan

daripada pengajaran aktif guru

Kebaikan Aktiviti Individu

Menumpukan kebolehan Istimewa yang ada padanya bagi

meningkatkan Kefahaman tentang sesuatu konsep

Murid bebas mencuba dan meneroka dengan gaya tersendiri

Mengaplikasikan kemahiran berfikir seperti membuat

Perbandingan, menganalisis dan menyelesaikan masalah

Peluang untuk mengukuhkan nilai murni seperti berdikarai, kerajinan

dan sayangkan hak sendiri serta menghormati hak orang lain

50

Page 51: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Murid mendapat perhatian secara personal daripada guru dan boleh

membuat keputusan.

5.5.4 Aktiviti Berpasangan

Aktiviti yang melibatkan dua orang murid saling bekerjasama

melaksanakan aktiviti seperti hafazan iaitu seorang murid menghafaz

manakala seorang lagi akan mendengar. Selepas itu, murid yang mendengar

tadi akan memberi maklumbalas terhadap bacaan rakannya.

Kepentingan Aktivti Berpasangan

Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal

berasaskan ungkapan ”two heads are better than one”.

Berfikir dan berbincang mengenai aktiviti yang dijalankan

Berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran bersama rakan

Mengkaji kelemahan dan kekuatan diri murid

TAJUK 6 Nilai yang perlu dipupuk (Berdasarkan KSPK)

6.1 SINOPSIS

51

Page 52: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Tajuk ini akan membincangkan tentang nilai yang perlu dipupuk kepada

kanak-kanak prasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan. Terdapat enam belas nilai-nilai murni yang perlu dipupuk

kepada kanak-kanak prasekolah iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Baik

hati, Bertanggungjawab, Berterima Kasih, Berhemah Tinggi, Hormat

Menghormati, Kasih Sayang, Keadilan, Keberanian, Kejujuran, Kerajinan,

Kerjasama, Kesederhanaan, Toleransi, Berdikari dan Berdisiplin.

6.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengkaji dan mengenal pasti Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

2. Memahami konsep nilai-nilai murni yang perlu dipupuk kepada kanak-

kanak prasekolah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK).

3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan

sebagai contoh yang baik.

52

Page 53: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

6.3 KERANGKA TAJUK

6.4. PENGENALAN

Nilai-nilai murni merupakan perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh

seseorang itu. Nilai-nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya

negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang.

Nilai-nilai murni yang ada pada seseorang bukan boleh dikuasai dalam

53

Kepercayaan Kepada Tuhan

Baik hati

Bertanggungjawab

Berdisiplin

Berdikari

Toleransi

KesederhanaanKerjasama

Berterima kasih

Hemah tinggi

Hormat Menghormati

Kasih sayang

Kerajinan

Kejujuran

Keberanian

Keadilan

NILAI YANG PERLU DIPUPUK

Sila rujuk buku-buku, jurnal, sumber-sumber utama dan sekunder lain bagi mendapat penjelasan yang lebih mendalam berkenaan nilai-nilai murni yang perlu dipupuk kepada kanak-kanak prasekolah.

Page 54: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

sekelip mata sahaja. Guru-guru prasekolah merupakan orang yang pertama

sebelum kanak-kanak ini melangkah ke sekolah rendah, oleh yang demikian

penerapan nilai ini boleh dipupuk dari awal lagi semasa pengajaran &

pembelajaran dan sebagainya. Ini perlu dilakukan untuk penghayatan

sepanjang hayat kanak-kanak ini.

6.4.1 NILAI YANG PERLU DIPUPUK

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala

suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan

prinsip Rukun Negara. Antara ciri-ciri orang yang percaya kepada Tuhan ;

Mempercayai Tuhan yang menciptakan alam ini.

Mentaati segala perintah suruhan dan perintah larangan.

Mempercayai adanya hari pembalasan.

2. Baik Hati

Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain

secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk

orang lain. Antara ciri-ciri orang yang baik hati adalah ;

Belas kasihan

Bertimbang rasa

Murah hati

Saling memahami

Sedia memaafkan orang lain.

3. Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta

kewajipan dengan sempurna. Ada beberapa ciri-ciri yang menunjukkan

apakah kita termasuk orang yang bertanggung jawab ataukah tidak. Antara

ciri-ciri orang yang bertanggung jawab adalah :

54

Page 55: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Memandang bahawa tidak ada orang yang terbebas dari kesalahan.

Displin terhadap aturan.

Berusaha menepati janji.

Senantiasa bersedia meminta maaf.

Bersedia menerima kritikan atas kesalahan yang dibuat.

Berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

4. Berterima kasih

Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan,

penghargaan dan sumbangan yang diterima. Didalam Hadis riwayat Imam

Tirmizi ada menyatakan:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia,

maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.”

Islam mengajar manusia jalan untuk menjaga hubungan dengan Allah, begitu

juga hubungan sesama manusia. Perkataan dan perbuatan yang diajar oleh

Nabi S.A.W. , pasti  membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

5. Hemah tinggi

Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut

diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli

masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri berhemah tinggi adalah ;

Bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi

Bersikap bersedia mengakui kesalahan dan kelemahan diri sendiri

Suka bergaul mesra dan tidak mementingkan diri sendiri.

6. Hormat menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi

layanan yang bersopan. Antara ciri-ciri hormat menghormati adalah ;

55

Page 56: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan

pangkat.

Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada

orang lain serta menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang

lain.

7. Kasih sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir

daripada hati yang ikhlas. Antara ciri-ciri kasih sayang ialah ;

Wujud penerimaaan dan penghormatan

Wujud pengiktirafan dan sentiasa prihatin

Wujud persefahaman dan permuafakatan

Sentiasa memelihara perpaduan dan persaudaraan

8. Keadilan

Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah. Merujuk Kamus Dewan

Bahasa dan Pustaka, pengertiaan adil ialah berpihak kepada yang benar dan

yang hak, berpegang pada kebenaran. Secara ringkasnya, adil bermaksud

menempatkan sesuatu pada tempatnya. Apabila sesuatu itu tidak diletakkan

pada tempatnya yang hak maka ia dikatakan sebagai zalim. Antara ciri-ciri

keadilan adalah ;

Mempertimbangkan sesuatu secara objektif, menyeluruh dan wajar.

Mengkaji, menyiasat dan meneliti sebelum keputusan diambil.

Tidak memihak kepada keluarga dan kawan.

Tidak buat keputusan terburu-buru.

Mementingkan kebenaran.

Tidak menyalahkan orang sebelum menyiasat.

Tidak membuat diskriminasi kaum/jantina.

56

Page 57: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam tindakan dan keputusan sama

ada dalam memberi ganjaran dan hukuman.

Tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana menguntungkan.

Menjatuhkan hukuman walaupun melibatkan keluarga.

Berhati-hati ketika menjalankan hukuman.

Bersikap berperikemanusiaan, adil dan tegas.

9. Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan

keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana.

Antara ciri-ciri keberanian adalah ;

Nilai ini merangkumi berani dengan tidak membuta tuli.

Berani kerana benar.

Berani mempertahankan pendirian.

Berani bertanggungjawab.

10. Kejujuran

Kejujuran adalah berkaitan dengan bercakap benar, bersikap amanah dan

ikhlas dalam setiap perlakuan. Antara ciri-ciri kejujuran ialah :

Mempunyai sikap bertanggungjawab ketika menjalankan tugas.

Menunaikan janji positif dan tegas.

Menyimpan rahsia yang diamanahkan.

Bercakap benar, jujur mengenai sesuatu perkara.

Menjaga harta benda yang diamanahkan dengan baik.

Menyampaikan berita yang diamanah dengan tepat.

57

Page 58: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

11. Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,

kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Sifat rajin berusaha itu perlu disemai pada setiap insan dari kecil lagi agar

sifat tersebut berkekelan sehingga dewasa.

12. Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama. Dengan

menerapkan konsep kerjasama maka kita akan mendapatkan kemudahan

dalam menyelesaikan pekerjaan atau tugasan yang berat atau memerlukan

kekuatan kumpulan.

13. Kesederhanaan

Besikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa

mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Agama Islam menganjurkan

agar umatnya sentiasa hidup sederhana dalam semua tindakan, sikap dan

amal. Islam adalah agama yang berteraskan nilai kesederhanaan yang tinggi.

Kesederhanaan adalah satu ciri yang umum bagi Islam dan salah satu

perwatakan utama yang membezakan dari umat yang lain.

14. Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan

hidup.

15. Berdikari

Kebolehan untuk mengurus diri dan menjalankan tugas yang diberikan.

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada

58

Page 59: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian

bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri

sendiri.

16. Berdisiplin

Mengikut arahan guru dan peraturan yang ditetapkan serta boleh

melengkapkan tugas yang diberi. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979,

menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan

sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah

laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Antara ciri-ciri

orang yang berdisiplin adalah ;

Bersikap realistik.

Sentiasa berfokus atau terarah.

Melakukan secara berterusan.

Kreatif dan berinisiatif;

http://sarjana.tripod.com/nilai3.html

http://www.scribd.com/doc/47526270/NILAI-MURNI-PENDIDIKAN-MORAL

http://tanlt.tripod.com/moral.htm

59

Apakah kepentingan untuk menerapkan nilai-nilai moral terhadap perkembangan moral kanak-kanak ?

Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam membimbing kanak-kanak dalam memupuk nilai-nilai moral dalam diri kanak-kanak?

Secara berkumpulan, bincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dilaksanakan untuk menerapkan nilai-nilai murni tersebut kepada kanak-kanak prasekolah.

Page 60: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

TAJUK 7Penaksiran Perkembangan Kerohanian dan

Moral

7.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang penaksiran perkembangan

kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah. Terdapat beberapa cara

dalam membuat taksiran iaitu melalui pelaksanaan pemerhatian, hasil

kerja, amali, hafazan surah dan doa, senarai semak dan pelaporan.

Melalui modul ini perbincangan mengenai penaksiran hanya tertumpu

kepada pelaksanaannya dari sudut pemerhatian sahaja. Pemerhatian

merupakan suatu cara pengesanan dan peningkatan potensi kanak-kanak.

Melalui modul ini, pelajar dapat memahami konsep penaksiran / pemerhatian

dalam perkembagan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah.

7.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti cara-cara mengesan perkembangan kanak-kanak

prasekolah.

2. Menerangkan pelbagai jenis pemerhatian dalam proses penilaian

kanak-kanak.

3. Meningkatkan potensi kanak-kanak prasekolah melalui pelbagai

kaedah pengajaran.

60

Page 61: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

7.3 Kerangka Konsep Tajuk Ini

61

PENAKSIRAN PERKEMBANGAN

KEROHANIAN DAN MORAL

Senarai semak

Senarai semak

1. Pelaksanaan1. Pelaksanaan

2. Pelaporan2. Pelaporan

PemerhatianPemerhatian

Hasil KerjaHasil KerjaAmaliAmali

HafazanSurah /doaHafazan

Surah /doa

Page 62: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

7.3.1 Pengenalan

Kanak-kanak adalah unik, dinamik, mempunyai keperluan dan ciri-ciri yang

berbeza. Bagaimana kita dapat mengenal pasti keperluan mereka yang

berbeza? Bagaimana kita menilai perkembangannya yang berterusan bagi

memenuhi keperluannya dan merancang pengajaran dengan berkesan?

Penilaian kanak-kanak merupakan proses yang berterusan dan memerlukan

strategi yang bersepadu serta dilaksanakan berdasarkan input daripada

pelbagai sumber. Salah satu cara membuat penaksiran perkembangan

kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah ialah melalui pemerhatian.

7.3.2 Konsep Pemerhatian

Salah satu cara membuat penaksiran perkembangan kerohanian dan moral

kanak-kanak prasekolah ialah melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah

memerhati secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan,

pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak. Perkembangan yang perlu

diperhatikan adalah daripada segi fizikal, emosi, bahasa, kreativiti, kognitif

dan sebagainya. Pemerhatian ke atas kanak-kanak itu perlu direkodkan

tanpa disedari oleh kanak-kanak. Mengikut NAEYC (1987), pemerhatian

merupakan asas kepada merekodkan perkembangan kanak-kanak.

Maklumatnya boleh digunakan di dalam “realistic curriculum” di mana

matlamat dan tujuan dirancang untuk keperluan individu bagi melihat

kekuatan dan minat mereka. Kurikulum mesti bersesuaian dengan umur dan

kebolehan individu.

7.3.3 Objektif Pemerhatian

1. Mengesan kebolehan, keperluan dan minat kanak-kanak prasekolah.

2. Menentukan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak prasekolah dari

62

Page 63: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

segi perkembangan yang menyeluruh.

3. Membuat perancangan berasaskan keperluan individu.

4. Memantau kemajuan secara berterusan.

5. Memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai pertumbuhan

kanak-kanak.

6. Membuat rujukan kepada ibubapa dan pakar mengenai kesihatan,

pertuturan dan mental.

7. Menyimpan rekod kemajuan kanak-kanak bagi tujuan bimbingan dan

penempatan yang akan datang.

8. Merancang persekitaran belajar yang sesuai dan berkesan.

Murid yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri – ciri berikut :

Masalah kelewatan penguasaan bahasa,komunikasi dan literasi

seperti sukar memahami apa yang diperkatakan,pelat dan gagap.

Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti :

-Sukar melihat perbezaan dan persamaan saiz,bentuk,warna dan

kedudukan objek.

-Tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf secara terbalik

-Sukar mengingat sesuatu yang dilihatnya

-Mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja

-Hiperaktif iaitu sentiasa bergerak, tidak boleh duduk diam dan

selalu resah.

Masalah berkaitan dengan pendengaran.

7.3.4 Cara Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Setelah mengenal pasti murid yang bermasalah pembelajaran,guru dan

pelaksanaan prasekolah harus merancang strategi untuk memenuhi

63

Page 64: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

keperluan pembelajaran mereka. Berikut adalah cadangan untuk membantu

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi

keperluan yang berbeza – beza.

1. Bagi murid yang memerlukan bantuan dari segi komunikasi, bahasa

dan literasi guru perlu menggunakan:

Komunikasi bukan lisan seperti lambang dan syarat

Bahan visual dan bertulis/ bercetak dalam pelbagai saiz dan format

Bahan komunikasi teknologi maklumat dan bahan teknologi yang lain

2. Bagi membina kefahamn melalui pengalaman semula sebenar ( hand-

on experience) dan deria,guru perlu menggunakan :

Bahan dan sumber yang murid gunakan melalui

penglihatan ,pendengaran, sentuhan dan bau.

Bahan komunikasi dan teknologi maklumat dan bahan teknologi yang

lain.

3. Bagi melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti fizikal dan

praktikal, guru perlu :

Mempunyai sokongan dan bantuan daripada orang dewasa yang lain

Menyesuaikan aktiviti dan persekitaran

Mempunyai bahan dan peralatan yang khas

Menghargai dan memuji usaha murid

Membantu murid menghargai dan menghormati sumbagan sendiri

dan

Orang lain

Memberi peluang kepada mereka meningkatkan kemahiran dan

pengetahuan

64

Page 65: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Murid pintar cerdas mempunyai ciriciri berikut:

Belajar dengan mudah,cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang

tinggi

Mempunyai kosa kata yang banyak, tepat dan mengekal/mengingat

apa yang dibaca dan didengar dengan mudah.

Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan

berupaya menyelesaikan masalah.

Penyesuaian sosial dan kawalan emosiyang baik.

Berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi.

Melebihi purata dari aspek ketinggian,berat badan,kekuatan dan

kesihatan..

65

Page 66: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

7.3.5 Cara Pemerhatian

SOSIOMETRI RUNING REKOD

DURATION REKOD

SENARAI SEMAK SKALA

PEMERINGKATAN

CARA MEMBUAT

PEMERHATIAN

REKOD ANEKDOT

REKOD PERISTIWA

INTERVEL REKOD

TIME SAMPLING

66

Page 67: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

7.3.6 Bidang Pemerhatian

- Sosial-Cara berinteraksi.

- Emosi-Tingkah laku bukan lisan

- Fizikal

- Intelek-keupayaan, keputusan dan masalah

- Rohani-mengamalkan perilaku yang berasaskan nilai

- Bahasa-perbualan, mendengar, menulis

- Kreativiti-cara menghasilkan sesuatu pergerakan

Pengalaman masa mengajar berasaskan sekolah

Pelajar membuat refleksi ke atas pengalaman mengajar

melalui taksiran yang dibuat berdasarkan pemerhatian

semasa mengajar kanak-kanak yang bermasalah.

Pelajar berbincang dengan rakan sebaya mengenai perkara di

atas dan membuat laporan bertulis kepada pensyarah.

7.3.7 Kepentingan menilai dan mengesan tahap perkembangan

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang normal dapat dikesan

secara menyeluruh. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesulitan

pembelajaran dalam aspek tertentu, guru boleh merujuk dan bekerjasama

dengan pakar kesihatan semoga bantuan dapat diberikan pada peringkat

awal lagi. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima maklumat baru ketika

guru mengajar. Oleh itu guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian

67

Page 68: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran

yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.

Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru

dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan

atau pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa

kumpulan kecil. Respons kanak-kanak semasa rutin harian dan aktiviti

memberi gambaran berkenaan status penerimaan. Guru perlu membuat

pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang

dikehendaki.

Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak

dalam pembelajaran daripada semasa ke semasa untuk meningkatkan

potensi kanak-kanak. Guru juga dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak

dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika. Kanak-kanak dapat

mengatasi masalah ‘tiada kawan’ contohnya, apabila guru memberi peluang,

masa dan bimbingan kepada mereka. Setiap catatan yang dibuat berkenaan

perubahan tingkah laku dan hasilan kerja kanak-kanak merupakan bukti yang

kukuh.

Rekod prestasi perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu

bapa sekurang-kurang dua kali setahun. Kanak-kanak yang mempunyai

masalah daripada segi kesihatan seperti lambat daripada segi

perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang berkaitan. Perkara

ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal. Kanak-kanak diberi

peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa yang telah dia

hasilkan.

Dengan cara begini mereka merasakan hasil kerjanya dihargai.

Secara tidak langsung ini dapat meningkat keyakinan diri mereka kerana

pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang lampau.

68

Page 69: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi

ganjaran serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan

atau sentuhan. Teguran yang positif serta membina dapat menyedarkan

murid berkenaan perlakuannya.

7.3.8 Teknik Penaksiran

Penaksiran Kemajuan Kanak-kanak ialah:

Membuat kajian untuk mengenalpasti perkembangan dan

kemajuan yang telah dicapai oleh kanak-kanak dari segi JERIS untuk

menjalankan tindakan susulan yang sesuai dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Disamping itu ia dapat mengkaji faktor-faktor penghalang proses

perkembangan sedia ada seperti pembentukan sikap, pengetahuan dan

lain-lain.

Langkah mengenalpasti pembentukan sikap, penguasaan

kemahiran, konsep dan pengetahuan yang telah dicapai oleh kanak-

kanak di dalam persekitaran yang tertentu selaras dengan

perkembangan dan pertumbuhan di samping mengkaji faktor-faktor

yang membantu / menghalang proses perkembangan sedia ada.

69

Page 70: PRA3108.doc

TEKNIK –TEKNIKPENAKSIRAN

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

1. Membuat pemerhatian

2. Mengumpul maklumat

3. Menilai hasil kerja.

4. Ujian (contoh lisan,

mendengar, melihat)

5. Penilaian kendiri kanak-kanak

AKTIVITI LATIHAN

Anda dikehendaki membuat rujukan perpustakaan berdasarkan teknik-teknik

penaksiran berikut:

- Membuat pemerhatian

- Mengumpul maklumat

- Menilai hasil kerja.

- Ujian (contoh hafazan surah dan doa)

- Penilaian kendiri kanak-kanak

Setelah anda melakukan rujukan perpustakaan,

2. Bincangkan dalam kumpulan kecil berkaitan tajuk-tajuk tersebut. Anda

digalakkan mengadakan perbincangan maya bersama rakan anda.

3. Buat catatan perkara-perkara utama yang telah dibincangkan itu dalam

bentuk pengurusan grafik/ peta minda.

70

Page 71: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Contoh peta minda:

71

Teknik-teknikPenaksiran

Page 72: PRA3108.doc

PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral

Kesimpulannya, Guru prasekolah perlu menguasai sepenuhnya aspek

teknik-teknik panaksiran dalam membuat taksiran ke atas kanak-kanak /

pelajar prasekolah. Penguasaan guru terhadap aspek tersebut adalah sangat

penting dalam usaha membuat penilaiaan yang tepat dan berkesan.

Sekarang bagaimana dengan anda? sudahkah anda dapat menguasai

teknik-teknik tersebut?

4.4 Rumusan

Setelah membincangkan tentang penaksiran perkembangan kerohanian

dan moral kanak-kanak prasekolah serta dapat mengetahui beberapa

cara dalam membuat taksiran, diharapkan anda boleh melaksanakannya

dengan baik dan berkesan apabila anda berada dalam lapangan yang

sebenar nanti. Semoga perbincangan / isi kandungan dalam tajuk ini

dapat membantu anda memahami konsep penaksiran / pemerhatian dalam

perkembagan kerohanian dan moral kanak-kanak prasekolah.

72