ppismp sem 1 tugasan agama-pengertian syahadah

16
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi dipanjatkan syukur kehadirat Ilahi, kerana diatas limpah serta rahmat kurniaanya dapatlah saya menyiapkan tugasan Pendidikan Agama yang diberikan kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Bin Mohd Arshad kerana memberikan saya tugasan ini serta membantu saya dalam menyempurnakannya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya kerana sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya kerjasama dan sifat bantu-membantu dapat menyumbang kepada penghasilan mutu kerja yang mantap. Berkenaan tugasan yang diberikan saya dapat menyimpulkan bahawa Konsep Syahadah merupakan satu konsep yang penting serta wajib difahami serta di ketahui dengan lebih lanjut. Sekiranya kita lihat pada masakini, faktor keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat umat Islam adalah kerana tidak menghayati erti serta hakikat sebenar syahadah beserta konsepnya yang seharusnya wajib diketahui. Justeru saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat cacat-celanya dalam saya menyiapkan tugasan ini.Diharapkan agar kita beroleh Rahmat serta keredhaaNya.Insya-Allah. 1

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 12-Jun-2015

2.618 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi dipanjatkan syukur kehadirat Ilahi, kerana diatas limpah serta rahmat

kurniaanya dapatlah saya menyiapkan tugasan Pendidikan Agama yang diberikan

kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing saya iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Bin Mohd Arshad kerana memberikan saya

tugasan ini serta membantu saya dalam menyempurnakannya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya kerana sudi

membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya kerjasama

dan sifat bantu-membantu dapat menyumbang kepada penghasilan mutu kerja yang

mantap.

Berkenaan tugasan yang diberikan saya dapat menyimpulkan bahawa Konsep

Syahadah merupakan satu konsep yang penting serta wajib difahami serta di ketahui

dengan lebih lanjut. Sekiranya kita lihat pada masakini, faktor keruntuhan akhlak dalam

kalangan masyarakat umat Islam adalah kerana tidak menghayati erti serta hakikat

sebenar syahadah beserta konsepnya yang seharusnya wajib diketahui.

Justeru saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat cacat-celanya dalam saya

menyiapkan tugasan ini.Diharapkan agar kita beroleh Rahmat serta

keredhaaNya.Insya-Allah.

1

Page 2: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN

1.Memberi pengertian syahadah

2.Memahami konsep syahadah

3.Hubungan syahadah dalam kehidupan

4.Memberikan contoh aktiviti seharian kesan daripada konsep syahadah.

2

Page 3: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

Pengenalan

Bersyukur kehadirat ilahi di atas limpah serta rahmat kurnia-Nya, dapatlah saya

menyiapkan tugasan yang diberikan.Pengertian syahadah merupakan suatu perkara

yang telah dibahaskan oleh para ulama, seperti yang kita ketahui bahawa terdapat

banyak kitab-kitab yang membahaskan perkara berkenaan syahadah. Syahadah bererti

ucapan adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi

Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya.

Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai

seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah yang indah ini. Oleh itu kita sebagai

seorang hamba sahaya ini harus menyedari hakikat yang sebenarnya Allah S.W.T telah

menetapkan syarat seseorang untuk memeluk Agama Islam agar mengucap dua

kalimah syahadah ketika melafazkan niat untuk memeluk Islam. Ucapan itu

sememangnya satu janji dan pengakuan kita kepada Allah dengan menagakui bahaya

Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah.Dan pengakuan bahawa Nabi

Muhammad S.A.W adalah utusan Allah yang wajar diikuti ajarannya.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa sekiranya kita mengamalkan dan menghayati

konsep akidah iu sendiri kita akan dapat membentuk suatu cetusan minda berkenaan

kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T, jika kita merenung ke langit dam memandang

gumpalan awan yang berterbangan di langit, tidakkah terdetik di hati kita bahawa

betapa besarnya kuasa Maha Pencipta. Awan dan langit itu tidak bergantung atau

disokong oleh mana-mana tiang yang seperti yang kita ketahui bahawa bumi itu

mempunyai tarikan gravity,namun awan dan langit tidak pernah jatuh atau runtuh.

Pernahkah kita memerima berita atau pengkabaran bahawa seseorang mememui

gumpalan awan yang jatuh ke bumi, tentu sekali tidak pernah sama sekali.

Begitu juga dengan kejadian makusia dan kelahiran manusia, seperti yang kita pelajari

daripada ilmu sains, bayi yang dilahirkan itu berasal dari setitis mani bapa(seperma)

dan telur ibu(ovum).Daripada titisan itu Allah jadikan segumpal daging yang dimana

daging itu rerus membesar dan membentuk rupa paras dan organ didalamnya mula

membentuk,begitu juga anggota badannya mula membentuk.Setelah sempurna lalu

3

Page 4: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

ditiupkan roh keatasnya maka terciptalah seorang bayi yang comel.Yang masih menjadi

pertanyaan ahli-ahli sains berkenaan bagaimana nyawa seseorang bayi dimasukkan

dan roh itu dijanakan.Semestinya sekiranya kita merenung dan berfikir berkenaan

perkara ini tentunya segalanya berbalik kepada kuasa Maha Pencipta yang tiada tolok

bandingnya.

4

Page 5: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

HUBUNGAN DAN IMPLIKASI SYAHADAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Oleh:Mohamad Syafie Samsir

‘Syahadah’(الشهادة) seperti yang disebutkan dan kita ketahui bahawa ia bererti satu

pengakuan dan ucapan yang sebenar-benarnya percaya terhadap keesaan tuhan yang

Maha Esa iaitu Allah S.W.T dan pengakuan yang sebenar-benarnya bahawa Nabi

Muhammad adalah utusan Allah. Terdapat pendapat lain yang mengatakan dari segi

bahasa bermaksud penyaksian, manakala dari segi istilah syarak bermaksud

penyaksian bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah dan Nabi

Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah.

Fiman Allah SWT :

Maksudnya :“Tiadalah orang-orang musyrik itu berhak meramaikan masjid-masjid Allah sedang mereka telah mengakui bahawa mereka sendiri tidak beriman, itulah orang-orang yang pekerjaan mereka terbuang percuma sahaja, dan mereka kekal di neraka”

( at-Taubah : 17)

5

Page 6: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

Seandainya syahadah lidahnya itu berlawanan dengan apa yang dipercayai oleh

hatinya maka syahadah itu dinamakan syahadah dusta (pengakuan dusta) kerana

mengkhabarkan sesuatu yang berlawanan dengan kepercayaannya. Ini dijelaskan oleh

Allah SWT dalam firmanNya :

Maksudya :“Apabila orang-orang munafiq datang kepada kamu, mereka berkata : Kami mengakui bahawa engkau sesungguhnya utusan Allah. Dan Allah mengetahui, bahawa kamu sesungguhnya utusanNya, dan Allah mengakui bahawa sesungguhnya orang-orang munafiq itu dusta.”

( al-Munafiquun : 1)

Pengucapan syahadah bukanlah hanya sekadar di bibir semata-mata, kalimah:

Maksudnya:Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah

Maksudnya: Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Konsep syahadah adalah satu konsep yang melengkapi seluruh aspek.Ini kerana,

ucapan pengakuan ini bukan hanya sekadar di bibir tetapi hendaklah disertai dengan

niat, bukti perbuatan dan sekaligus mengakuinya dengan hati.Andai hanya sekadar

dibibir maka janji itu hanya sekadar seperti melepaskan batuk di tangga,tiada

penghayatan dan iktikad sebenar.Syahadah juga merujuk pembahagian dua perkara

iaitu mentauhidkan Allah dan syariat Allah yang dibawa oleh Rasulnya iaitu Nabi

Muhammad s.a.w.

6

Page 7: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

Islam adalah nama sebuah agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad

s.a.w. Makna “Islam” itu sendiri digambarkan oleh Nabi Muhammad saw dalam banyak

sabda baginda. Imam al-Nawawi dalam Kitab hadis-nya yang terkenal, al-Arba’in al-

Nawawiyah, menyebutkan definisi Islam pada hadis kedua: “Islam adalah bahawasanya

engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahwa

sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, engkau mewajibkan solat, menunaikan

zakat, melaksanakan ibadah Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah --

jika engkau berkemampuan melaksanakannya.” (HR Muslim). Pada hadis ketiga juga

disebutkan, bahwasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Islam ditegakkan di atas

lima perkara iaitu bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah

utusan Allah, mewajibkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji ke Baitullah, dan

berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR Bukhari dan Muslim).

Menurut aqidah Islam,syahadah merupakan satu bentuk perjanjian antara kita dan Allah

S.W.T.Jika diteliti dalam kehidupan kita sebagai manusia, sememangnya kepercayaan

amat penting sesama manusia.Contoh termudah ialah antara suami isteri, sekiranya

antara mereka mempunyai kepercayaan yang kukuh maka rumahtangga yang dibina

akan berkekalan, sebaliknya jika tiada persefahaman dan kepercayaan antara satu

sama lain maka rumahtangga yang dibina akan retak dan berlaku perpecahan keluarga.

Seperti konsep syahadah dalam kehidupan, sebagai seorang hamba Allah S.W.T kita

seharusnya berpegang teguh pada perkara ini. Hubungan sesama manusia harus

dijaga maka seharusnya hubungan antara Allah juga harus dijaga. Bagaimana untuk

menjaga hubungan dengan Allah? Melalui amalan dan penghayatan terhadap Agama

Islam,maka hubungan manusia dengan Allah S.W.T dapat ditingkatkan. Seharusnya

kita harus sedar bahawa setiap yang berlaku dan setiap yang terjadi adalah daripada

Allah S.W.T, manusia hanya pengantara kepada manusia yang lain.

Bekenaan manusia sebagai pengantara, jika kita selami selain pengakuan terhadap

keesaan Allah,kita juga mengucap syahadah dengan mengakui bahawa Nabi

Muhammad adalah utusan Allah yang menjadi persuruhnya menyampaikan ajaran

Agama Islam.Sekiranya kita tidak percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh

Allah s.w.t, maka terbatallah syahadah kita. Ini kerana, apabila seseorang itu beriktikad

7

Page 8: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

mengakui bahawa Allah S.W.T merupakan tuhan yang maha berkuasa maka sekaligus

wajib mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah S.W.T. Maka barulah

sempurna pengakuan syahadah yang dinyatakan.

Keimanan kepada kenabian Nabi Muhammad s.a.w adalah satu-satunya pintu

masuk bagi manusia untuk dapat mengenal Allah dengan sebenar-benarnya dan untuk

memahami cara beribadah yang benar kepada Allah tuhan yang benar. Kerana itulah,

dapat difahami, mengapa Nabi Muhammad saw sangat gigih menyeru umat manusia

untuk beriman kepada Allah SWT dan mengakui bahwa dirinya adalah utusan Allah

yang terakhir. Nabi Muhammad s.a.w juga sangat keras dalam menyangkal

kemusyrikan dan menolak adanya nabi lagi selepas baginda. Baginda dilarang keras

berkompromi dalam soal ketuhanan, seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Kafirun.

Sebab, tugas utama semua nabi adalah menyeru kepada manusia agar hanya

menyembah Allah semata juga telah dinyatakan didalam surah An-Nahal ayat 36.

Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan

Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan terhad.

Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu pengutusan para rasul menunjukkan

kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia.

Sebagai kesimpulannya, adalah tidak sepatutnya manusia mengingkari rasul Allah .

Firman Allah SWT :

Maksudnya :“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika mana mereka berkata : Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia.”

( al-An’am : 91)

Dan sekiranya kita menuruti dan mempercayai kerasulan Nabi Muhammad, terdapat

pelbagai implikasi dan kesan beriman sebenar-benarnya kepada kerasulan Nabi

Muhammad s.a.w. Beriman dengan Nabi Muhammad SAW bererti mengimani secara

8

Page 9: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

mutlak, tuntas dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan oleh

baginda adalah datangnya dari Allah SWT. Beriman dengan Rasulullah tidak boleh

sama sekali dengan cara mempercayai dan mengambil sebahagian dan meninggalkan

sebahagian dari ajarannya. Sikap yang sebegini bukanlah merupakan keimanan yang

mutlak terhadap kenabian Rasulullah SAW. Al Qur’an banyak menyatakan dalil-dalil

tentang kesan keimanan kepada nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah Firman Allah

SWT :

Maksudnya : “Dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberikan rahmat.”

( Ali ‘Imran: 132)Firman Allah SWT :

Maksudnya :“Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.”

( Ali ‘Imran : 31)Firman Allah SWT :

Maksudnya :“Apa yang diberikan rasul kepadamu terimalah dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah.”

( al-Hasyr : 7)

9

Page 10: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

Dalam usaha meningkatkan keimanan seseorang individu itu perlulah benar-

benar mengakui bahawa pengakuan yang dilaksanakan mestilah memenuhi tuntutan

yang di nyatakan.Sekiranya dia masih ragu-ragu terhadap pengakuannya maka dia

masih belum mencapai takat keimanan yang sebenar. Ada kalanya seseorang yang

merasakan bahawa dia telah mencapai tahap dimana keimanannya sudah mantap,

namun seharusnya dia berusaha untuk memantapkan keimanan yang

dimiliki.Bagaimana untuk meningkatkan keimanan diri? Pelbagai amalan dan cara yang

telah disarankan oleh Agama Islam untuk meningkatkan iman dalam diri. Antaranya kita

menanamkan sifat yakin terhadap kekuasaan Allah, seperti yang diinyatakan dalam

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : “Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka”, nescaya mereka menjawab: “Allah”.

( az-Zukhruf: 87)

Firman Allah SWT lagi :

Maksudnya :“Dan jika kanu bertanyakan mereka tentang : Siapakah pencipta langit dan bumi ? Nescaya mereka menjawab : Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui. ( az-Zukhruf : 9)

Maka sekiranya kita sebagai umat Islam seharusnya percaya bahawa Allah itu satu-

satunya tuhan yang layak disembah dan tiada kuasa lain yang lebih besar

darinya.Mengamalkan cara hidup Islam dengan menunaikan setiap tuntutan dan

kewajipan dengan hati yang ikhlas dan penuh keredhaan.Anak-anak diberi didikan

Agama Islam yang secukupnya supaya tidak melencong jauh dari batasan Islam yang

10

Page 11: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

sebenar malah menturuti setiap hukum syarak yang telah ditetapkan.Menjadikan Islam

sebagai “A’ddin” yang hakiki. Maka selamatlah hidup diredhai oleh Allah S.W.T .

Seperti yang kita ketahui bahawa sekiranya kita berpegang teguh pada prinsip akidah

Islam dan Syahadah maka kita tidak akan terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Jika kita merenung jauh, apakah hubungan syahadah dalam kehidupan kita.Persoalan

ini telah lama timbul dan jawapan yang sebenarnya adalah kerana Allah S.W.T, andai

kita tidak berpegang teguh pada konsep syahadah yang sebenar maka kita akan lalai

dan memandang enteng hukum dan ketetapan Allah S.W.T.Kita lihat hubungan suami

isteri, sememangnya konsep syahadah digunakan dalam hidup berumahtangga.

Sekiranya seorang suami yang tidak mempercayai kesetiaan isteri dan begitu juga

sebaliknya maka ruma tangga yang dibina tidak akan bahagia kerana perasaan syak

wasangka yang timbul telah mengeruhkan keadaan. Begitu jua dalam urusan seharian,

seseorang majikan tidak akan dapat mendapat kepercayaan daripada kakitangan

bawahannya sekiranya dia sendiri tidak mempercayai dan menghargai kepercayaan

orang bawahannya.

\

11

Page 12: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

KESIMPULAN

Syahadah merupakan satu pengakuan yang membawa seribu erti dan makna. Dalam

Agama Islam perkara ini merupakan perkara asas dan paling penting dalam

memperkatakan soal Iman dan kepecayaan. Seseorang itu tidak dapat mencapai tahap

keimanan yang sempurna sekiranya, dia masih ragu dan goyah memegang hukum

syahadah.Apatah lagi meragui bahawa kekuasaan Allah S.W.T bukan yang utama.

Jadi dapat kita perolehi dari segenap pandangan dalam menghalusi perkara ini. Adakah

kita ini benar-benar berada dilandasan iman yang betul atau masih ragu serta bimbang.

Oleh itu kita seharusnya merenung kedalam diri kita adakah kita ini sudah benar-benar

sempurna iman kita.

Sememangnya kita kadang-kala tidak sedar akan cara kehidupan kita yang memesong

jauh dari akidah Islam yang sebenar. Ada kalanya kita merasakan yang kita lakukan

adalah benar namun ia sudah melanggar syariat Islam. Umat akhir zaman merupakan

umat yang kuat cabarannya,jadi dalam menghadapi cabaran dunia akhir zaman ini, kita

seharusnya melengkapkan diri kita dengan persiapan yang mantap agarm tidak hanyut

dalam dunia yang sememangnya fatamorgana.

Selama menjalani kehidupan di dunia yang begitu mencabar ini, kita harus sedar akan

setiap langkah dan ancaman daripara orang kafir yang menunggu masa untuk

menyesatkan uma Islam.Mereka mengetahui bahawa seseorang Islam yang tidak

berdamping dan berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah sangat mudah untuk

dipesongkan dan disesatkan.

Maka marilah kita bersama-sama merenung kedalam diri kita berkenaan kekuatan dan

kelemahan yang kita harus pelihara dan kita pertingkatkan agar kehidupan sebagai

khalifah Allah di muka bumi ini akan terus bahagia dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

12

Page 13: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

REFLEKSI

Apabila meneliti dan merenung kedalam pengertian syahadah yang sebenar, saya baru

menyedari bahawa setiap pengakuan dan ikrar yang dilafazkan bukanlah sekadar

dibibir sahaja.Ini kerana ia memerlukan keseluruhan bentuk pengakuan iaini mengakui

dengan lidah, beramal dengan perbuatan dan menyakini dengan hati.

Ketika menyiapkan tugasan ini saya menyedari bahawa, setiap yang kita janjikan harus

ditunaikan. Contohnya, dalam diri umat Islam apabila sudah mengucapkan kalimah

syahadah dia perlu menunaikan segala janjinya kepada Allah iaitu akan mematuhi

segala perintahnya dan meninggalkan larangannya.

Semasa mendapatkan maklumat berkenaan syahadah saya perlu meniliti terlebih

dahulu samada setiap bahan yang saya perolehi dakah benar-benar sahih dan betul.

Terdapat juga maklumat yang bukan berkenaan syahadah namun menyerupai

syahadah. Jika tidak diteliti dengan betul maka akan berlaku kesilapan yang mungkin

akan menyebabkan kesalahan dalam penyiapannya.Kebanyakan buku memberikan

konsep yang sama namun menampilkan contoh dan pandangan yang berbeza.

Secara tuntasnya, setiap yang berlaku adalah kerana kuasa Allah s.w.t. Sekiranya kita

cuba meraguinya maka akan tercalar iman kita.Tetapi kita boleh memperbaharui iktikad

kita dengan mengucapka ucapan syahadah dengan penuh kesedaran dan

keinsafan.Sesungguhnya Zaman akhir zaman ini banyak cabaran dan karenahnya.

Agak sedih sekiranya sesorang hamba Allah ini hanya tahu adanya tuhan dan tidak

mengetahui hakaikat sebenar tuhan dalam diri kita adalah satu perkara yang amat

mendukacitakan.

13

Page 14: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

BIBILOGRAFI

14

Page 15: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

Ramli Awang, 1997, Tasawwur Rabbani menurut Al-Quran dan Al-Sunnah, Al-

HIDAYAH PUBLISHER, SHAH ALAM.

Mustafa Haji Daud, 1995, Konsep Ibadat Menurut Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka,

SELANGOR DARUL EHSAN.

Imam Al-Ghazali,1995, Pedoman Amal Ibadat, Pustaka Ilmi, SELANGOR DARUL

EHSAN.

Fathi Yakan, 2004, Strategi Hidup Secara Islam Mengajak Umat Ke Jalan Allah,

Crescent News (KL) SDN.BHD., KUALA LUMPUR.

mpkt.edu.my/zawawi/sukatankpli.doc?

PHPSESSID=c14056c720a0a1025b74dd79f7c7f0a0 –

www.geocities.com/zuluitm2/HKR111Silibus.doc

www.e-infopsa.com/V3/_Muat%20turun%20modul/JKE/A1001%20-%20PENDIDIKAN

%20ISLAM%201/UNIT4.DOC

banihamzah.files.wordpress.com/2007/05/islamicworldview_ugm.doc

voucherflash.com/download/materi_tarbiyah/Tarbiyah.doc

15

Page 16: PPISMP SEM 1 TUGASAN AGAMA-PENGERTIAN SYAHADAH

LAMPIRAN

16