mutiara syahadah

67
MUTIARA SYAHADAH SYAHADATAIN Z u "e wZ &Z y Z Z Z Z 侚  ¬¿©› ¬Á 侚 ê äš ê &Z ¬Á ASHHADUALLAILAHAILLALLAH WA ASHHAANNAMUHAMMADURRASULULLAH Syahadatain adalah merupakan asas yang terpenting sekali bagi tertegaknya Islam secara menyeluruh pada diri setiap manusia. Islam tidak akan tertegak jika tidak ditegakkan empat rukun yang lain ( solat, puasa, zakat dan haji) dan empat rukun tidak akan tertegak jika tidak sempurna syahadatainnya bahkan tidak ada Islam sebelum adanya syahadatain. Islam bermula dengan syahadatain diikuti dengan syariat yang sahih, iktiqad yang tepat dan ubudiyyah kepada Allah s.w.t.. Syahadatain melambangkan jiwa islam yang syumul, seumpama nyawa nadi kepada badan seluruhnya. Setiap anggota daripada badan tiada berperanan lagi sebagai seorang manusia yang hidup jika tiada nyawa. Begitulah kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah, merupakan nyawa bagi setiap aspek atau bahagian dari Islam. Setiap ibadat atau amalan orang Islam yang tidak keranaNya, diibaratkan seperti menanam benih yang mati. Oleh itu, sebarang amalan oleh orang-orang yang tidak mempedulikan # pemilikan pengetahuan serta pengalaman dan pemeliharaan akan syahadatain tidak ada harga di sisi Allah s.w.t. kerana ia dianggap sebagai bangkai seperti firman Allah: Maksudnya: Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan (yang baik- baik) lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. (Al-Furqan:23) Begitulah juga dengan amalan-amalan kebajikan yang dikerjakan oleh kebanyakan orang Islam, sekiranya tidak disertakan dengan ruh syahadatain adalah tidak diterima sama sekali oleh Allah. Rugilah tempoh hidup yang diberikan oleh Allah kerana manusia tidak menggunakannya sebagaimana yang telah ditunjuki oleh baginda Rasulullah s.a.w.. Islam yang diajarkan oleh Rasulullah bukanlah sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang iaitu terletak pada hati, kerana jikalau demikian semua orang kafir menjadi Muslim. Sebenarnya Islam terletak pada syahadatain. Menerima syahadatain adalah dengan serentak melalui lidah, hati dan anggota. Maknanya dilafazkan dengan lidah # ditasyhidkan dengan hati dan diamalkan dengan anggota serta dipelihara akan apa yang diucapkan itu pada setiap masa, waktu dan keadaan walau di mana jua berada. Keingkaran salah satu dari ketiga-tiga perkara itu atau meninggalkan satu daripadanya maka batallah syahadah tersebut. Kalimah Taqwa Firman Allah: 1

Upload: matnorqq

Post on 11-Jun-2015

2.852 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mutiara Syahadah

MUTIARA SYAHADAH

SYAHADATAIN

侚Z uÂ"e ¬¿©› wZ ¬Á&Z y 侚Z êZ äšZ êZ ¬Á&Z

ASHHADUALLAILAHAILLALLAH WA ASHHAANNAMUHAMMADURRASULULLAH

Syahadatain adalah merupakan asas yang terpenting sekali bagi tertegaknya Islam secara menyeluruh pada diri setiap manusia. Islam tidak akan tertegak jika tidak ditegakkan empat rukun yang lain (solat, puasa, zakat dan haji) dan empat rukun tidak akan tertegak jika tidak sempurna syahadatainnya bahkan tidak ada Islam sebelum adanya syahadatain.

Islam bermula dengan syahadatain diikuti dengan syariat yang sahih, iktiqad yang tepat dan ubudiyyah kepada Allah s.w.t.. Syahadatain melambangkan jiwa islam yang syumul, seumpama nyawa nadi kepada badan seluruhnya. Setiap anggota daripada badan tiada berperanan lagi sebagai seorang manusia yang hidup jika tiada nyawa. Begitulah kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah, merupakan nyawa bagi setiap aspek atau bahagian dari Islam. Setiap ibadat atau amalan orang Islam yang tidak keranaNya, diibaratkan seperti menanam benih yang mati. Oleh itu, sebarang amalan oleh orang-orang yang tidak mempedulikan # pemilikan pengetahuan serta pengalaman dan pemeliharaan akan syahadatain tidak ada harga di sisi Allah s.w.t. kerana ia dianggap sebagai bangkai seperti firman Allah:

Maksudnya: Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan (yang baik-baik) lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.

(Al-Furqan:23)

Begitulah juga dengan amalan-amalan kebajikan yang dikerjakan oleh kebanyakan orang Islam, sekiranya tidak disertakan dengan ruh syahadatain adalah tidak diterima sama sekali oleh Allah. Rugilah tempoh hidup yang diberikan oleh Allah kerana manusia tidak menggunakannya sebagaimana yang telah ditunjuki oleh baginda Rasulullah s.a.w..

Islam yang diajarkan oleh Rasulullah bukanlah sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang iaitu terletak pada hati, kerana jikalau demikian semua orang kafir menjadi Muslim. Sebenarnya Islam terletak pada syahadatain. Menerima syahadatain adalah dengan serentak melalui lidah, hati dan anggota. Maknanya dilafazkan dengan lidah # ditasyhidkan dengan hati dan diamalkan dengan anggota serta dipelihara akan apa yang diucapkan itu pada setiap masa, waktu dan keadaan walau di mana jua berada. Keingkaran salah satu dari ketiga-tiga perkara itu atau meninggalkan satu daripadanya maka batallah syahadah tersebut.

Kalimah Taqwa

Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya amalan yang diterima oleh Allah ialah amalan orang-orang taqwa.

(Al-Maidah:27)

1

Page 2: Mutiara Syahadah

Makna taqwa itu ialah memelihara diri yakni memelihara diri dari jatuh ke dalam perkara-perkara yang tidak diredhai Allah. Makna orang yang taqwa ialah orang yang sentiasa memelihara diri dari perkara-perkara yang dilarang Allah dan sentiasa pula berada di dalam keredhaan Allah. Di antara sifat-sifat orang yang bertaqwa ialah:-

1. Ia suka membelanjakan (menderma) hartanya untuk fakir miskin dan kemaslahatan umum seperti mendirikan sekolah, rumah sakit, rumah anak yatim, masjid, jihad fisabilillah dan sebagainya. Bukan sahaja ia menderma di waktu lapang malahan juga di waktu kesempitan.

2. Ia boleh menahan amarahnya kepada sesama manusia, serta memaafkan kesalahannya. Jika ia marah kepada seseorang, tiadalah ia terburu nafsu melepaskan amarahnya, melainkan difikirkan terlebih dahulu serta ditimbangkannya dengan fikiran yang waras.

3. Jika ia berbuat kejahatan (yang haram), lekas ia ingat akan Allah serta minta ampun kepadaNya. Sekali-kali ia tiada terus-menerus berada di dalam kejahatan itu.

4. Ia takut kepada siksaan TuhanNya, sedangkan TuhanNya itu tidak kelihatan olehnya.5. Ia penuh ketakutan kepada saat (kiamat) dan juga kepada segala macam siksaan serta

kegemparan yang berlaku pada hari kiamat tersebut.6. Ia datang kepada TuhanNya dengan membawa hati yang bertaubat.7. Jika mereka di timpa musibah (bala) mereka terima dengan hati yang sabar dan iman

yang teguh, sehingga kedukaannya itu lenyap dari hatinya dalam masa yang singkat.

Taqwa merupakan perkara paling utama yang mesti diperolehi oleh setiap orang Muslim lagi Mukmin dengan cita-cita dan usaha yang gigih bagi mendapatkannya. Maka berusaha bagi mendapatkan ‘ruh taqwa’ itu adalah suatu hal yang amat sulit lagi sukar umpama mendaki gunung yang curam. Dengan yang demikian itu menghadapkan diri kepada ‘ilmu’ yang dengannya itu dapat memberikan jalan petunjuk kepada Taqwa adalah amat perlu sekali. Di dalam usaha mendapatkan sifat-sifat taqwa, Allah memerintahkan di dalam firmanNya:-

Maksudnya: Ketahuilah kamu bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Allah .

Maka yang lebih utama di sini bagi mendapatkan jalan taqwa iaitu mengetahui, mengenal dan meyakini akan Ketuhanan Allah s.w.t. dengan bersungguh-sungguh. Pegangan yang kejap terhadap Ketuhanan Allah di atas iman dan Amal akan membuahkan hasil yang baik iaitu taqwa. Maka jalan untuk mendapatkan buah yang baik hendaklah dengan melalui syahadah.

“Apakah yang dimaksudkan dengan kalimat ‘taqwa’?”

Firman Allah:

Maksudnya: Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (syahadah); sedang mereka lebih berhak dengan taqwa itu dan menjadi ahlinya.

(Al-Fath:26)

2

Page 3: Mutiara Syahadah

Dimaksudkan dengan kalimat taqwa di sini ialah syahadatain. Dan orang yang bertaqwa iaitu orang yang dirinya zahir dan batin diresapi dengan syahadatain; dalam erti kata lain orang yang bertaqwa ialah orang yang menerima akan dia dua kalimah syahadah, memiliki pengetahuan yang berhubung dengan syahadatain seta beramal akan segala tuntutan-Nya sepenuh dirinya rohani dan jasmani pada setiap masa, waktu dan ketika tidak kira walau di mana berada.

Lambang keagungan syahadatain ini dijelmakan melalui insanNya yang tersangat mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w. diikuti oleh para Rasul dan para Nabi, para sahabat, Tabiin, Tabiin Ittabiin dan para solehin (sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran terdiri dari empat golongan iaitu para Anbia’, Siddiqin, Syuhada’ dan Solehin) dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Khalifah Allah di atas muka bumi ini, memerintah dan mentadbir amanah Allah yang lahir dari jiwa taqwa yang murni berlandaskan kalimat taqwa yang agung iaitu Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.

Justeru itu, orang-orang yang mengikuti akan Sunnatullah dan Sunnah Rasulullah yang menerima kembali akan kalimah yang agung itu rohani dan jasmani serta memelihara akan dia berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah (Hadis) akan terzahir pada dirinya ‘Ruh Syahadah’ yang nurani yang dibangsakan kepada Rasulullah s.a.w.. Barang mana manusia yang mendapat seperti tersebut di atas itu jadilah ia seorang ‘Khalifah’ menggantikan Allah mentadbir bumi ini bagi menyatakan ‘Ad-Din’ pada dirinya serta mentarbiah mengikut panduan Ad-Din seperti Allah tetapkan dan luluskan di atas makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya mengikut kemampuan dan ketinggian pangkat masing-masing di sisi Allah.Penggantian ini masyhur dengan nama “Khalifah” seperti mafhum firman-Nya:

ä¹Ã¾‹ keêZ ç• ç¾“ £‰ çœZMaka mereka-mereka yang menerima serta menunaikan sepenuh tenaga di diri seperti

Allah kehendaki dikenal dengan nama ‘Ahlillah’ atau orang-orang rohani, iaitu mereka-mereka yang telah dikhotobkan oleh Allah melalui firman-Nya:

äÀ“ZÂFey âÁÀ“ 侚Z çFeMaksudnya: Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya.

Demikianlah mereka yang benar-benar mentahqiqkan akan dua kalimah syahadah ini pada dirinya dengan bersungguh-sungguh melalui Iman dan Amal akan memberikan pulang hasil yang baik seperti firman Allah:

Maksudnya: Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Allah mengumpamakan kalimat yang baik, seperti sebatang pohon yang baik, pokoknya tetap (di bumi), sedang cabangnya (menjulang) ke langit.

(Ibrahim:24)

Maka yang dikehendaki dengan pohon yang baik iaitu kalimah taqwa yakni kalimah ‘Lailahaillallah’ (Syahadah Tauhid) yang diikrarkan dengan lidah; dan yang dikehendaki dengan pohon kayu itu tetap di bumi iaitu menyungguhkan dengan penuh keikhlasan akan # mentasdikkan Maknanya yang benar iaitu; “Zat yang Maha Kaya daripada tiap-tiap barang yang lain daripadaNya dan berkehendak tiap-tiap barang lain daripadaNya itu kepadaNya”.

Sekiranya diikrarkan dengan lidah semata-mata tanpa # ditashdidkan di dalam hati jadilah pohon kayu itu nyata pada zahirnya nampak indah dan baik, tetapi apabila ditiup angin kencang dengan mudah sahaja ia akan tumbang oleh kerana pokok itu tidak tetap berada di bumi.

3

Page 4: Mutiara Syahadah

Dengan demikian kekuatan pokok kayu itu terletak pada kekuatan akar pokok yang tetap di bumi, lagi dalam akar itu masuk ke dalam bumi maka bertambah kuatlah pokok kayu itu akan tetap di bumi dan cabangnya pula akan jauh menjulang ke langit.

Perhatikanlah akan orang-orang yang diri mereka sentiasa berada di dalam lingkungan syahadatain sehingga Allah mengumpamakan sepohon kayu yang baik yang mana pokoknya tetap di bumi sementara cabangnya menjulang ke langit. Ia sentiasa menghasilkan buah yang baik – sentiasa berasa di dalam kebajikan – hasil dari benih dan pokok yang baik yang sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t., kerana Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Justeru itulah mereka menjadi cahaya dalam kegelapan, membawa sinar kegemilangan dalam membimbing ummah ke jalan ‘Siratul Mustaqim’ sebagaimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta pengikut-pengikut sahabatnya.

Lidah mereka sentiasa basah dengan zikrullah dan perkataan yang keluar dari lidah mereka sentiasa mendapat keredhaan Allah itu menusuk ke setiap pelusuk jantung hati manusia dan menjadi penawar bagi hati yang hampir melupai Allah agar segera kembali kepada Tauhid yang hakiki. Mereka tidak mensia-siakan lidah yang Allah kurniakan kepada mereka dengan menggunakan sebaik mungkin, mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah pada Af’alNya, SifatNya dan ZatNya.

Begitulah juga dengan kaki, tangan, mata, hidung, telinga mereka sentiasa merasai akan keAgungan Tuhan Rabbul Jalil dan sentiasa berasa dijalanNya lagi diredhaiNya. Bukan itu sahaja malahan segala darah, segala angin, segala kulit, segala urat, segala tulang, segala sendi, segala daging, segala ‘ain, segala bulu dan segala roma mereka semuanya menghadapkan diri kepada Allah semata-mata (Seluruh diri zahir dan batin menghadap Allah).

Inilah keadaan diri orang-orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. yang mana seluruh juzuk anggotanya menyertai Tauhid kepada Allah. Makrifat mereka terhadap Allah s.w.t. adalah hasil daripada perhubungan mereka dengan Rasulullah s.a.w. melalui ucapan dua kalimah syahadah yang mereka terima dengan jalan yang sahih (perhubungan yang sampai kepada Rasulullah), beramal dan beriman seperti yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya serta memelihara akan dia dengan bersungguh-sungguh.

Begitulah kemuliaan yang Allah kurniakan kepada mereka yang sentiasa berada di dalam lingkungan syahadatain. Sesungguhnya syahadatain merupakan sebatang pokok kayu yang subur manakala amalan-amalan lainnya adalah merupakan dahan-dahan, ranting-ranting, dedaun, bunga-bunga serta buah-buahnya. Perumpamaan orang yang memiliki serta memelihara kalimat taqwa ini samalah seperti sepohon kayu yang lengkap dengan rahsia-rahsianya sedangkan orang-orang yang mengambil bahagian-bahagian lain daripada pokok tersebut dengan meninggalkan ibunya, merekalah orang-orang yang rugi.

Sebaliknya kalimat yang buruk lagi keji (kufur, maksiat, fasiq dan zalim), Allah umpamakan mereka seperti firman-Nya:

Maksudnya: Umpama kalimat yang buruk, seperti sebatang pokok yang buruk, uratnya terbongkar dari atas bumi, tidak ada baginya tempat tetap (di muka bumi).

(Ibrahim:26)

Apa yang dimaksudkan dengan kalimat yang keji itu ialah kalimat Lailahaillallah yang tiada padanya makna yang sebenarnya, berserta dengan yang tiada dilakukan penafian akan Ketuhanan selain Allah, Tuhan yang wajib disembah. Maknanya lidahnya hanya tahu

4

Page 5: Mutiara Syahadah

mengikrarkan kalimat itu tanpa disertai dengan tashdid yang membenarkan akan Ketuhanan Allah s.w.t.

Inilah golongan yang diperdayakan oleh syaitan, diharu-birukan dan disesatkannya. Maka nyatalah mereka-mereka ini adalah terdiri dari orang-orang yang berbuat amal ibadat yang tidak benar, dan mereka-mereka ini adalah seperti Dajjal iaitu setengah daripada tentera Dajjal seperti sabda Nabi s.a.w.;

Maksudnya: Aku takut atas kamu lain daripada Dajjal itu terlebih sangat takut daripada Dajjal yang sebenar.

Ini ialah kerana Dajjal yang sebenar itu sudahlah tentu nyata wujudnya. Adapun orang yang sesat yang lain daripada Dajjal itu tiada nyata Dajjal; maka rupanya pada zahirnya kelihatan sangat benar tetapi pada hakikatnya iaitu pada batinnya tersangat sesat lagi menyesatkan akan dirinya dan juga menyesatkan orang lain seperti berkata Syeikh Zabidi, maksudnya:

“Binasa yang amat besar ialah orang yang mengajar ilmu yang tiada benar atau benar ilmu yang diajarkannya itu tetapi yang membawa kepada dunia dan mengambil akan kemegahan dunia dan kemuliaan; dan yang terlebih besar pula kesalahannya daripada orang yang mengajarkan ilmu yang tiada benar dan yang tiada tahu asal-usul ilmu tersebut dari mana datangnya, di mana ia berada dan ke mana tujuannya, serta jahil pula ia dan berpegang ia pada iktiqad yang salah serta tiada mahu ia berubah kepadanya. Inilah yang memberi fitnah yang besar bagi sekelian alam ini, dirinya itupun menjadi fitnah segala orang yang berhajat ia pada agama”.

Begitulah keadaan diri manusia yang tidak diresapi dengan ‘Ruh Syahadah’ yang menjadikan mereka itu seperti sepohon kayu yang buruk yang tidak bernilai bagi menghasilkan buah yang baik. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai tapak yang kukuh sehinggakan urat-urat pokok itu tercabut dan terbongkar dari atas bumi. Maka mudahlah diri mereka dirasuki oleh kekufuran dan kesesatan terhadap Allah ‘Azza Wajalla. Kebaikan dan kebajikan yang mereka lakukan hanyalah kelihatan pada zahir semata-mata sedangkan pada hakikatnya rohani mereka telah dikuasai oleh ‘Nurul Zulmah’ yang sentiasa berhadapan kepada segalah jenis bentuk kejahatan dan kemungkaran.

Keadaan diri mereka yang diumpamakan oleh Allah itu disebabkan oleh keengganan mereka untuk kembali menerima kalimat taqwa, iaitu syahadatain sebagai sumber inspirasi dalam menerangi hidup mereka. Mereka tidaklah membawa apa-apa sinaran cahaya kepada ummah bahkan menjadi ‘parasit’ dan musuh kepada orang-orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya.

Justeru keengganan mereka mendapatkan ‘Nur Syahadatain’, maka Allah mengazabkan mereka di dunia ini lagi daripada mendapat nikmat Iman, Islam dan Ihsan dan Allah menyesatkan orang-orang yang aniaya dan memperbuat apa-apa yang dikehendakiNya menurut hikmahNya, firman-Nya:

Maksudnya: Barang siapa yang tiada diberi Allah cahaya, tiadalah ia mendapat cahaya.(An-Nur:40)

Ingatlah kedegilan seseorang manusia itu untuk kembali semula kepada syahadatain akan membawa penyesalan terhadap dirinya selama-lamanya di dunia dan di akhirat. Menolak

5

Page 6: Mutiara Syahadah

atau enggan menerima kalimat taqwa itu bererti ia menolak Ketuhanan Allah dan kebenaran Rasulullah s.a.w.. Janganlah menyalahkan qada’ dan qadar Tuhan sekiranya ia dilontarkan ke dalam api neraka kelak, firma Allah:

Maksudnya: Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntung lah orang yang mensucikan jiwa itu, sesungguhnya merugikan orang yang mengotorinya.

(Asy-Syam:8:10 * )

Allah menyesatkan dan menunjuki siapa saja yang dikehendakiNya.

Firman Allah:

Maksudnya: Ia menyesatkan siapa saja yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa saja yang dikehendakiNya.

(An-Nahl:93)

Maka al-hidayah yang bererti menunjukkan; semua orang berbahagi sama di dalamnya baik mukmin mahupun kafir, kerana Allah menunjukkan kepada manusia terhadap manhajNya (pedoman), dengan mengutus para rasul dan menurunkan wahyu tetapi manusia dengan ikhtiar dan kebongkakannya lebih menyukai kesesatan daripada kebenaran. Ini dapat di lihat daripada kerakusan manusia terhadap keduniaan dan kelazatannya, mengagung dan memburu dunia dengan penuh ketamakan dan kesombongan. Siang dan malam fikirannya penuh dengan jalan-jalan dan usaha-usaha untuk mendapatkan dunia seolah-olah ia mahu menjadikan dunia dan keseluruhannya itu hak miliknya. Ia lupa terhadap diri dan tanggungjawabnya di dunia ini akibat dikuasai ikhtiarnya yang inginkan kesedapan dan keseronokan dunia langsung menolak kebenaran yang datang dari Allah s.w.t.. Akhirnya ia longlai dalam dakapan kesesatan dan kemungkaran sehingga tibalah saat kematiannya.

Tentang kelompok yang menolak kebenaran ini, berpaling dari Allah, dan mendustakan para Rasul, Allah berfirman:

Maksudnya: Dan adapun kaum Tsamud, maka Kami telah menunjukkan kepada mereka (jalan yang benar dan sesat), tetapi mereka lebih menyukai kesesatan daripada kebenaran.

(Fushilat:17)

Yakni, mereka memilih kekufuran daripada beriman. Mereka bertuhankan hawa nafsu mereka dengan bersandarkan ajaran Iblis Laknatullah. Mereka mentaati petunjuk hawa nafsu mereka dengan didorongi oleh Iblis dan kuncu-kuncunya. Mereka menutup hati mereka daripada menerima kebenaran dengan mengingkari Sunnatullah dan Sunnah Rasulullah. Kufur yang dibenci Allah telah dihiasi dengan keindahan dan kelazatan oleh Iblis sedangkan syahadah yang diperintahkan oleh Allah dihiasi dengan ketakutan dan keburukan oleh Iblis Laknatullah.

Mengapa Manusia Itu Sesat Dan Enggan Menerima Kembali Dua Kalimah Syahadah.

6

Page 7: Mutiara Syahadah

Setiap zarah denyutan yang nyata pada diri samada pada ruh atau jasad zahir atau batin dinamakan ‘gerak’ atau ‘perbuatan’ atau ‘kelakuan’ atau ‘hal’. Gerak jasad tanda bagi nyata hidup jasad dipanggil juga gerak nadi atau gerak tabii yakni semula jadi. Pada jasad itu anasir tanah, air, api dan angin.

Jika berhenti gerak itu dipanggil mati jasad. Gerak ini dikurniakan oleh Allah tatkala serentak dengan ciptaan jasad Adam oleh segala malaikat. Oleh sebab itu campuran jasad anasir tanah, air , api dan angin yang berasal dari ‘Nurulzulmah’ walau pada zahirnya kelihatan baik, tetapi pada batinnya jahat. Maka gerak jasad juga dipanggil gerak yang berhadap kepada zulmah atau gerak yang dikuasai oleh zulmah atau gerak zulmah atau gerak jahat. Bala tentera yang Allah sertakan bagi menjadi tetamu kepada zulmah tersebut ialah ‘Waswasil Khannas’ daripada pihak dalamnya, ‘Azazil dan segala anak cucunya daripada Al-Jin, Iblis, Syaitan dan yang seumpamanya, daripada pihak luarnya. Sesiapa yang dikuasai oleh gerak jasmani atau tabii maka ia sentiasa berhadap kepada kebendaan yang membawa kepada kufur dan maksiat walaupun zahirnya pandangan terhadap setiap suatu itu baik.

Salah satu daripada empat kelakuan ini akan nyata pada diri yang dikuasai oleh gerak zulmah iaitu apabila:*

1. Bercakap ia berdusta samada dengan Allah atau sesama manusia2. Apabila berjanji ia menyalahi samada dengan Allah atau makhluk.3. Apabila di amanah ia khianat samada dengan Allah atau sesama makhluk.4. Apabila bersalah di atas kebenaran ia berdegil sama ada kebenaran dari Allah atau

sesama makhluk.

Tiap-tiap mereka yang dikuasai oleh gerak jasmani yang berusaha menghiasi jasmani dengan segala yang elok pada pandangan zahir atau berusaha mempraktikkan keindahan gerak jasmani, membentuk suatu cara tertentu, bartaulan-taulan dengan pula dengan segala taulan yang menjadi bala tenteranya atau berhenti kepada faham kuat yang ada pada tabii itu boleh menghasilkan sesuatu atau menampakkan suatu kejayaan atau memberi bekas, maka sesungguhnya dia menempah tiket murtad atau kufur – Na’uzubillah. Pada jasmani itu Allah kurniakan mulia, hina, paling hina dan agung hina. Mulia itu ibarat beriman atau cenderung kepada baik; hina, paling hina dan agung hina ibarat segera kepada jahat dan segera pula terjun mendalami kepada jahat.

Diri mereka yang telah diresapi dengan nurulzulmah menjadikan dunia dan kecintaannya serta hawa nafsu mereka dihadapan dan mereka membelakangkan Allah. Sungguhpun perintah Allah mereka laksanakan tetapi hati mereka tetap ditumpukan terhadap dunia lantaran pemerintahnya terdiri dari ‘Ahli Dunia’ iaitu nafsunya dan ‘Azazil serta kuncu-kuncunya. Allah, pada mereka adalah Tuhan yang kedua untuk disembah sedangkan dunia dan kelazatannya adalah Tuhan yang pertama yang perlu diikuti. Oleh yang demikian, baik yang kelihatan pada mereka sebenarnya adalah palsu dan sebesar-besar pembohongan.

Pada mereka ini, apakala disuruh menerima kembali akan dua kalimah syahadah, mereka akan berkata, “kami telah pun menerima sejak kami di dalam perut ibu kami lagi atau sejak kami kecil lagi lantaran ibu bapa kami juga telah Islam”. Ataupun kata mereka, “Kami telah pun Islam kerana kami daripada keluarga Islam iaitu berketurunan Islam sejak dari datuk nenek kami lagi”. Itulah alasan keengganan dan keingkaran yang mereka sering berikan untuk kembali menerima syahadatain. Sedangkan menerima kembali syahadatain adalah wajib sekali seumur hidup setelah sampai peringkat akil baligh dengan meniatkannya fardhu ke atas dirinya kerana Islam itu bukanlah lahir dari keturunan ibu-bapanya tetapi adalah dipusakai daripada Rasulullah s.a.w. melalui warasatul anbiya (pewaris nabi-nabi) yang ada sehingga ke hari kiamat.

7

Page 8: Mutiara Syahadah

# Orang-Orang Yang Akan Dikehendaki Allah Untuk Mendapatkan Kesesatan.

Firman Allah:

Maksudnya: Ia menyesatkan siapa sahaja yang dikehendaki dan menunjuki siapa saja yang dikehendaki.

(An-Nahl:93)

Allah menolong bagi mendapatkan kesesatan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menolong untuk mendapatkan petunjuk (kebenaran) sesiapa yang dikehendakiNya.

Jadi, masyi’ah (kehendak) Allah di dalam hidayah (petunjuk) dan dhalal (menyesatkan) adalah mutlaq, tidak dipersoalkan apa yang Dia perbuat. Tetapi Allah juga bersifat adil, maka tidak mungkin Allah menyesatkan orang yang berhak mendapat petunjuk, dan tidak mungkin Allah memberikan petunjuk kepada orang yang berhak mendapatkan kesesatan, kerana firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak menganiayai seseorang walaupun seberat zarah.(An-Nisa:46)

Dan firmanNya lagi:

Maksudnya: Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya.(Fushilat:46)

Adapun orang-orang yang akan dikehedaki Allah untuk mendapatkan kesesatan adalah mereka yang lari dari kebenaran, yang berpaling dari petunjuk, dan menutup semua pintu yang ada di dalam dirinya yang akan menghantarnya kepada keimanan dan keselamatan, bahkan tidak ada sama sekali di dalam diri mereka kesediaan untuk menerima manhaj iaitu syahadatain yang diturunkan Allah kepada RasulNya, atau yang telah digariskan di dalam kitabNya. Mereka itu tuli, bisu dan buta, lalu mereka tidak dapat berfikir lagi.

Telinga yang Allah kurniakan kepada mereka, mereka tidak menggunakannya untuk mendengar kalimah dan seruan Allah bahkan mereka mengingkarinya dengan memekakkan teling mereka dari ayat-ayat Allah itu. Mereka tidak menggunakan mulut mereka untuk mengucap dua kalimah syahadah serta beramal dengannya. Mereka ada mata tetapi mereka tidak gunakannya untuk melihat kebenaran ayat-ayat Allah serta melihat keagungan dan kebesaran Allah di alam maya pada ini. Mereka ada akal tetai mereka tidak gunakan untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan dan memberi mereka rezeki. Yang mereka tahu hanyalah menurut sahaja kemahuan hawa dan nafsu mereka semata-mata dengan membelakangkan agama Allah.

Kalau mereka mengingkari Allah dan menolak agamaNya, maka bagaimana Ia akan menunjuki mereka, sedang Allah berfiman:

Maksudnya: Dan Allah tidak menunjuki kaum yang kafir.(Al-Baqarah: 264)

Kalau mereka orang-orang yang fasiq dan tidak mahu mentaati Allah di dalam kehidupan mereka, maka bagaimana Allah akan menunjuki mereka, sedang Allah berfirman:

8

Page 9: Mutiara Syahadah

Maksudnya: Dan Allah tidak menunjuki kaum yang fasiq.(Al-Maidah:108)

Kalau mereka orang-orang yang zalim kepada Allah, zalim kepada hambaNya dan kepada dirinya, maka bagaimana Allah akan menunjuki mereka, sedang Ia berfirman:

Maksudnya: Dan Allah tidak menunjuki kaum yang zalim.(Al-Baqarah:258)

Tentang mereka ini Allah berfirman:

Maksudnya: Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaan bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal mereka.

(Muhammad:8-9)

FirmanNya lagi:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.

(Az-Zumar:3)

Maka dapatlah difahami bahawa Allah s.w.t. memiliki kehendak mutlak dan di dalam segala sesuatu. Firman Allah:

Maksudnya: Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuatNya, dan merekalah yang akan ditanyai.

(Al-Anbiya:23)

Hal ini tidak syak lagi, adalah sebahagian dari keagungan RububiyyahNya dan kesempurnaan UluhiyyahNya. Tetapi kehendak Allah ini disertai dengan keadilanNya, kerana itu, tidak mungkin, dan Ia Maha Kuasa yang Ia akan menyesatkan orang yang berhak mendapatkan petunjuk, dan tidak mungkin pula, dan Ia Maha Kuasa yang Ia akan menunjuki orang yang berhak mendapatkan kesesatan.

Adapun orang-orang yang dikehendaki Allah akan mendapatkan kesesatan dan ditolong untuk mendapatkannya, adalah mereka yang berpaling dari dua kalimah syahadah, yang mengingkari kebenaran, yang menutup pintu hidayah dan berusaha terus-menerus dalam kekufuran serta membangkang Allah dan RasulNya.

Firman Allah:

Maksudnya: Dan katakanlah ; “Kebenaran itu datangnya dari Rabb mu; maka barangsiapa yang ingin (berima) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”. Sesungguhnya kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gelojakmya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum degan air seperti

9

Page 10: Mutiara Syahadah

besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dari tempat istirehat yang paling jelek.

( * )

Allah Menunjuki Sesiapa Sahaja Yang DikehendakiNya.

Adapun al-hidayah yang bererti pertolongan dan dorongan untuk melakukan kebaikan maka ia khusus bagi orang-orang yang mahu beriman kepada Allah dan RasulNya dan menyerah kepada petunjukNya serta membenarkan Sunnatullah dan Sunnah RasulNya #. Seakan Allah berfiman kepada mereka: “Ketika kamu percaya kepda Ku, dan datang menyerah sepenuhnya kepadaKu, maka sungguh aku menolong kamu dalam persoalan ini, dan Ku tetapkan kamu atas kebaikan ini”.

Tentang kelompok ini, Allah berfirman:

Maksudnya: Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka, dan Ia memberikan kepada mereka (balasan) ketaqwaannya.

(Muhammad:17)

Yakni: Allah menolong mereka untuk mendapatkan petunjuk dan mendorong untuk melakukan kebaikan serta menyampaikan kepadaNya. Berdasarkan penjelasan di atas maka makna firman Allah:

Maksudnya: Ia menyesatkan siapa sahaja yang dikehendaki dan menunjuki siapa saya yang dikehendaki.

(An-Nahl:93)

Adalah: Ia menolong untuk mendapatkan kesesatan siapa saja yang dikehendaki, dan menolong untuk mendapatkan petunjuk (kebenaran) siapa saja yang dikehendaki.

Siapakah Orang-Orang Yang Akan Dikehendaki Allah Untuk Mendapat Petunjuk

Orang-orang yang akan dikehendaki Allah untuk mendapatkan petunjuk adalah, mereka yang membuka hatinya kepada petunjuk, yang membuka akalnya kepada kebenaran, yang mencari dan menerima manhajNya dengan ikhlas dan jujur, dan tunduk kepada agamaNya dengan penuh ketaatan dan penyerahan, yang mahu menerima bimbingan dan panduan dari orang-orang yang berilmu (alim), yang mahu menerima kembali akan dua kalimah syahadah supaya kembali hidup hatinya yang hampir melupai Allah dan yang telah terhijab oleh kesombongan dan kebongkakan sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya:

Maksudnya: Ajarkanlah orang yang hampir mati dengan kalimah Lailahaillallah.(Hadith: Muslim)

Maka makna ‘hampir mati’ iaitulah orang-orang yang diri (diri) mereka telah hampir-hampir melupai Allah s.w.t. serta perjanjian mereka semasa berada di alam arwah yag mana mereka telah bersumpah dihadapan Allah Rabbul Jalil, mengaku ketuhanan Allah s.w.t. sebagaimana berikut:

10

Page 11: Mutiara Syahadah

“Allah mengumpulkan seluruh manusia, membariskan mereka di dalam kumpulan-kumpulan menurut puak-puak atau zaman-zaman tertentu dan memberikan mereka bentuk akal manusia dan kebolehan untuk bercakap. Kemudia Allah mengambil perjanjian dari mereka dan membuat mereka mengakui persaksian terhadap diri mereka sendiri dan Allah bertanya: “Bukankah Aku ini Tuhanmu?”. Mereka menjawab: “Benar, Engkaulah Tuhan yang Maha Esa”. Kemudian Allah berfirman: “Aku akan menjadikan bumi dan langit dan bapamu Adam sebagai saksi di atas ucapan kamu semua semoga kamu tidak mengatakan di Hari Kiamat bahawa kamu tidak mempunyai pengetahuan berkenaan hal ini. Jadi ingatlah bahawa tiada sesiapa yang berhak disembah melainkan Aku dan tidak ada Tuhan kecuali Aku. Kamu tidak berhak mensyirikkan Aku dengan sesiapapun. Aku akan mengutuskan rasul-rasul Ku yang akan memperingatkan perjanjian kamu dengan Aku. Aku juga akan mengutuskan kitab-kitab Ku kepada Kamu”. Kepada firman Allah tersebut, seluruh manusia menjawab: “Kami bersaksi ke atas perkara ini. Engkaulah Tuhan kami. Kami tidak mempunyai Tuhan selain dari Allah”.”. (Athar dari Ubaiy ibn Ka’ab).

Maka kembali kepada menerima semula syahadatain adalah wajib sekali seumur hidup apabila sampai peringkat akil baligh sebagai memperbaharui semula perjanjian mereka semasa berada di alam arwah dihadapan Allah s.w.t.. Mereka yang enggan memperbaharui semula (ditalqin) akan dua kalinah syahadah adalah sama seperti orang yang mengingkari perjanjian mereka sendiri tatkala dihadapan Allah s.w.t. ketika di alam arwah dahulu. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bai’ah (berjanji setia, patuh) kepada enggkau (Ya Muhammad), sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar janjinya, maka akibat buruk akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan pahala yang besar kepadanya.

(Al-Fath:10)

Orang-orang yang bersetia teguh dengan Nabi Muhammad (iaitu bahawa mereka akan menolongnya dan mempertahankan agama yang dibawanya dengan harta dan jiwa raga mereka), maka sebenarnya mereka bersetia dengan Allah, kerana Nabi Muhammad itu hanya semata-mata utusanNya. Mereka berjabat tangan dengan Nabi Muhammad sebagai menguatkan setia itu, maka seolah-olah tangan Nabi Muhammad yang di atas tangan mereka itu ialah tangan Allah (Allah Maha Suci dari tangan seperti manusia). Sebab itu adalah maksudnya, bahawa bersetia dengan Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah seperti bersetia dengan Allah. Oleh sebab itu, wajiblah mereka menepati setia itu dengan sepenuh-penuhnya.

Orang-orang yang mengaku dirinya Islam sebenarnya hendaklah bersetia pula dengan Allah iaitu dengan mengucap dua kalimah syahadah. Jika dimasa Nabi Muhammad, dimasa baginda masih hidup untuk diterima bai’ah dari para sahabat, bagaimana pula dizaman selepas baginda s.a.w.? Sudah tentulah daripada Ulama pewaris Nabi yakni yang mewarisi pusaka daripada Rasulullah s.a.w.. Iaitulah pusaka wali agama Islam – pusaka Iman, pusaka Islam dan pusaka Ihsan (Pusaka Ad-Din). Maka hendaklah diketahui bahawa tidaklah termasuk Ulama-ulama su’ atau ulama dunia atau ulama kebendaan sebagai pewaris Nabi. Jadi bai’ah ini ialah ‘Bai’ah tanda menerima Agama Islam’. Oleh yang demikian itu wajiblah ke atas kita menepati setia iaitu dengan menurut peraturan-peraturan yang telah termaktub di dalam Al-

11

Page 12: Mutiara Syahadah

Quran. Hal ini tak ubah seperti seseorang yang masuk ke dalam sesuatu perkumpulan, maka seolah-olah ia telah bersetia menurut peraturan kumpulan itu. Maka begitulah halnya dengan kita yang masuk agama Islam, bererti kita bersetia akan menurut peraturannya. Oleh sebab itu wajiblah kita mengetahui apa-apa peraturan yang termaktub di dalam Al-Quran supaya dapat kita sempurnakan setia kita itu. Orang-orang Islam yang tidak mengetahui isi Al-Quran samalah dengan orang yang masuk ke dalam suatu perkumpulan tanpa mengetahui peraturannya.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah melakukan bai’ah. Kadang-kadang bai’ah untuk menegakkan rukun Islam, ada bai’ah untuk tetap berpegang dengan sunnah, bai’ah untuk tetap teguh berpegang dengan taqwa, bai’ah untuk ikut hijrah dan berjihad, bai’ah untuk sentiasa tetap dalam jihad. Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mensyaratkan kepada Jarir ketika beliau melakukan bai’ah dan baginda s.a.w. bersabda:

Maksudnya: Berilah nasihat itu kepada setiap orang Islam.

Ini adalah satu gambaran yang amat hebat yang menggambarkan perjanjian setia diantara mereka dengan Rasulullah s.a.w.. Setiap orang dari mereka merasa ketika meletakkan tangannya pada tangan beliau bahawa tangan Allah di atas tangan mereka. Allah turut hadir menyaksikan perjanjian setia itu dan tanganNya terletak di atas semua tangan orang-orang yang berjanji setia itu………….. Alangkah hebat, alangkah besar dan alangkah mulianya perjanjian itu!

Gambaran ini akan mencabut dari jiwa manusia segala fikiran dan keinginan untuk memungkiri janji setia itu walaupun Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi bersama mereka kerana Allah tetap hadir selama-lamanya. Allah yang mengambil dan memberi janji setia itu, maka Dialah juga yang menjaga dan mengawasinya.

Sesungguhnya orang-orang yang memungkiri janji setia mereka itu akan rugi dari segenap segi. Dialah yang akan rugi kerana membatalkan perjanjian atau aqad perniagaan yang menguntungkan diantaranya dengan Allah. Tiada suatu janji setia diantara Allah dengan mana-mana hambanya melainkan pihak hambalah yang mendapat keuntungan, menerima pengurniaan Allah, sedangkan Allah Maha Kaya dari semesta alam. Dan hamba itulah yang akan rugi apabila ia memungkiri dan merombakkan ikatan janji setianya dengan Allah. Dialah yang akan terdedah kepada kemurkaan dan hukuman Allah atas kemungkirannya yang tidak disukainya itu, kerana Allah sukakan sifat yang setia dan orang-orang yang setia.

Demikianlah Allah menyebut balasan janji setia itu dengan ungkapan yang umum iaitu pahala yang amat besar tampa memperincikan dan tanpa membutirkannya. Balasan itu ialah pahala yang amat besar menurut perhitungan, pertimbangan dan gambaran Allah yang tidak dapat difahami oleh penghuni-penghuni bumi yang serba miskin, terbatas dan fana.

Bai’at

Bai’at dari perkataan ( ÚäšZ al-bai’) dengan erti jual beli. Seorang mukmin bererti telah melakukan aqad jual beli dengan Allah, iaitu menjual harta dan kekayaannya, diri dan nyawanya kepada Allah yang sememang sedia untuk membeli harta dan kekayaannya, diri dan nyawanya dengan nilai yang tidak ternilai, iaitu dengan syurga. Kesediaan Allah Maha Pencipta Yang Maha Sempurna lagi Maha Kaya akan menyedarkan dengan lebih mendalam tentang Rahmat dan KemurahanNya. Biasanya, manakala seseorang itu mencipta sesuatu maka ia akan menjualkan hasil ciptaannya dengan harapan mendapat keuntungan yang sehabis mahal, tetapi tidak demikian halnya dengan Allah Maha Pencipta manusia dan alam semesta ini. Allah mencipta manusia bukan untuk dijual atau digadainya bagi mendapatkan

12

Page 13: Mutiara Syahadah

faedah-faedah dan kepentingan diriNya, sebaliknya Allah mencipta manusia untuk dibelinya pula ciptaanNya itu dengan harga yang tidak ternilai oleh manusia itu sendiri. Tidakkah tergambar dan berasa berapa Rahmat dan Kemurahan Allah kepada manusia.

Jadi bai’at mengandungi ikatan perjanjian jual beli dengan Allah; Iman kepada cri-ciri aqidah Islam adalah ikatan atau simpulan perjanjian jual beli dengan Allah. Seseorang Muslim yang mukmin ialah orang yang telah memetirikan atau menyimpul ikatan perjanjian jual beli dengan Allah, untuk menjual harta dan dirinya kepada Allah yang memang besedia untuk membeli jualan tersebut.

Kandungan Bai’at

Dari perkataan “al-bai’ ÚäšZ” lahirlah istilah “al-bai’at æ·Ã¤šZ” iaitu ikatan janji setia atau ikatan sumpah setia. Iman yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai bai’at mengandungi pengertian: Ikatan janji setia atau ikatan sumpah setia dengan Allah untuk menjualkan harta dan dirinya kepada Allah yang sememangnya bersedia untuk membelinya dengan syurga. Bai’at ini tentunya mempunyai “kandungan-kandungan” dan “tuntutan-tuntutan”. Perkara yang terkandung di dalam Bai’at dan menjadi tuntutannya yang mesti dilaksanakan dengan kuat kuasanya ialah tersimpul dan terangkum dalam “Jihad” dalam dua hal: Jihad Lahir dan Jihad Batin atau jihad di medan perang dan jihad di medan nafsu, jihad yang sementara dan jihad yang berterusan sentiasa dengan konsep dan pengertiannya, serta penjelasannya luas seperti yang dibentang oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Allah telah merumuskan gambaran aqidah sebagai Bai’at dalam Al-Quran sebagaimana firmanya:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, harta dan dirinya dengan syurga yang diuntukkan bagi mereka;(Mereka yang) berjuang di medan perang pada jalan Allah, lalu membunuh dan dibunuh, sebagai janji yang haq ke atas Allah dalam (kitab) Taurat, Injil dan al-quran. Maka siapakah yang lebih tepat dengan janjinya dari Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kami yang telah kami lakukan (memeteraikan) antara kamu. Dan yang demikian itu adalah kejayaan yang besar; Mereka yang bertaubat; Mereka yang mengabdi; Mereka yang memuji; Mereka yang mengembara; Meraka yang rukuk dan sujud; Mereka yang menyuruh kepada ma’ruf dan menegah dari yang mungkar; Merka yang menjaga batas-bats Allah. Maka sampaikanlah berita bembira kepada para mukminin.

(At-Taubah: )

Ayat di atas dengan jelas menegaskan bahawa Iman kepada ciri-ciri aqidah sebagai Bai’at atau ikatan janji setia untuk menjualkan harta dan dirinya kepada Allah yang sedia membelinya dengan harga yang tidak ternilai. Tuntutan yang dimestikan oleh ikatan janji setia ini ialah: Jihad.

1. Jihad Fi Sabilillah di medan perang dengan musuh yang lahir..2. Jihad Fi Sabilillah di medan perjuangan nafsu dengan musuh yang ghaib dan batin.

Dengan penjelasan lain bahawa aqidah keimanan yang merupakan ikatan Bai’at itu memastikan tuntutan: Hijrah dan Jihad. Ketiga-tiga ciri berikut adalah merupakan ciri-ciri keperibadian setiap muslim dan mukmin yang tulin dan sejati iaitu:

1. Aqidah Iman2. Hijrah

13

Page 14: Mutiara Syahadah

3. Jihad

Orang demikian itu seperti diisyaratkan oleh Al-Quran: Maksudnya: Sesungguhnya orang yang beriman, berhijrah dan berjihad ke jalan Allah

dengan harta dan dirinya, merkea itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

(Al-Baqarah:217)

Memperbaharui Bai’at

Bai’at atau ikatan janji setia atau sumpah setia degan Allah ini perlu diperbaharui selalu. Kalimah Syahadah adalah lafaz bai’at yang sah dan rasmi. Dan lafaz tersebut sentiasa diulangi ucapannya. Dalam sehari semalam tidak kurang dari sembilan kali yang sudah mesti dilafazkan. Ucapan lafaz syahadah yang sentiasa diulangi itu mengandungi erti bahawa setiap Muslim mestilah memperbaharui bai’atnya, iaitu memperbaharui kesedaran dan keazamannya.

Bai’at ini juga perlu disaksikan. Pada zaman Rasulullah maka Rasulullah-lah yang menjadi saksi kepada setiap bai’at yang dilakukan ataupun wakil-wakil baginda yang diizinkan. Begitulah penyaksian ini terus-menerus dijalankan hinggalah keakhir zaman sebagai tradisi Islam.

Bai’at di dalam sembahyang yang mesti dilakukan sebanyak sembilan kali sehari semalam iaitulah setelah menyebut atau mengatakan “Assalaamu a’laika ayyuhan nabiy……” (Salam sejahtera ke atas Nabi iaitu dengan menghadirkan ruhani Rasullah sebagai saksi) dan “Assalamu a’laina wa a’la i’ba …………” (salam sejahtera ke atas kami diri orang-orang soleh dan diri orang yang baik-baik iaitu juga sebagai saksi) barulah dilakukan/dinyatakan bai’at dengan dua kalimah syahadah.

Setiap Muslim boleh menjadi saksi dalam melakukan bai’at, tetapi yang lebih layak malahan lebih berhak untuk menjadi saksi ialah merkea yang mewarisi para anbiya (Warasatul Anbiya). Semakin tinggi ia mewarisi maka semakin layak dan berhak menjadi saksi, kerana merekalah yang lebih tinggi dan lebih kukuh kesetiaan kepada bai’ahnya, juga lebih banyak dan lebih padat dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan seperti yang dipastikan oleh bai’atnya. Orang-orang yang sedemikian merupakan orang-orang yang akan dapat memberikan kesan-kesan psikologi kepada orang yang membuat bai’at supaya tetap dan terus setia kepada bai’at dan tuntutannya.

Dalam satu-satu keadaan atau suasana tertentu umat Islam atau sebahagian daripada mereka perlu membuat bai’at secara khusus akan mengkhususkan bai’at. Bai’at khusus ini ialah bai’at atau menyimpul janji setia dengan Allah untuk menjual harta dan dirinya demi kerana melaksanakan sebahagian dari ciri-ciri dalam tuntutan bai’at, seperti tercatat dalam sejarah Rasulullah; iaitu Bai’atul Aqabah petama, Bai’atul Aqabah kedua, Bai’atur Ridwan dan bai’at selepas menawan Kota Mekah dari tangan Kaum Musyrikin.

Konsep bai’at ini telah difahami oleh para ulama warisan anbiya pada sekian peringkat zamannya. Sebagaimana Al-Quran dan uswah hasanah dari sunnah Rasul itu dijamin kekal maka demikianlah juga para warisannya tetap kekal sepanjang zaman. Para ulama warisan anbiya inilah juga sebagai badalnya (penggantinya) terus membuka pintu bai’at kepada umat Islam dan membai’atkan mereka yang berazam untuk memperbaharui bai’atnya dengan Allah untuk menjualkan harta dan dirinya kepada Allah yang sememangnya bersedia untuk membelinya dengan harga yang tidak ternilai. Dalam sejarah dakwah Ilallah dan Jihad Fillah

14

Page 15: Mutiara Syahadah

banyak para ulama yang membai’atkan umat Islam untuk menjalani jalan Allah dan berjihad kepadaNya, dan telah terbukti kesan dan pengaruhnya yang mengkagumkan.

Mengapa Amalan Bai’ah Ditinggalkan?

Amalan bai’ah menerima Islam ditinggalkan pada zaman khalifah-khalifah kerajaan Islam. Adapun pada zaman Khalifah Ar-Rashidin, manusia memeluk agama Islam biasanya kerana terpaksa oleh peperangan, bukan secara berlemah-lembut dan jelasnya bukti kebenaran Islam, bukanlah kerana patuh dan cinta kepada kebenaran Islam. Adapun pada zaman khalifah-khalifah seterusnya, ia ditinggalkan kerana kebanyakan mereka adalah zalim dan fasiq. Oleh itu mereka tidak mengambil berat untuk mendirikan sunnah-sunnah Islam samalah seperti keadaan yang terdapat dimasa kini. Oleh kerana pemimpin-pemimpin yang ada bukanlah dari jenis pemimpin zuhud atau pemimpin akhirat, maka amalan yang telah menjadi sunnah itu terus ditinggalkan.

Begitu juga dengan persoalan yang bersangkut dengan bai’ah untuk tetap berpegang dengan taqwa telah ditinggalkan. Pada zaman khalifah Ar-Rashyidin ia tidak dilakukan kerana kebanyakan para sahabat telah memperolehi cahaya iman dan petunjuk dengan bersahabat serta bergaul dengan Nabi s.a.w.. Malah dididik dan ditarbiah oleh Nabi sendiri. Maka mereka merasa tidak perlu lagi untuk melakukan bai’ah dengan khalifah-khalifah.

Adapun pada zaman khalifah-khalifah selepas khalifah Ar-Rashidin, ia tidak dipraktikkan kerana bimbang akan berpecahnya persatuan umat dan merebaknya fitnah-fitnah bai’ah (dengan guru dan syeikh) boleh menimbulkan sangkaan seolah-olah mereka melakukan bai’ah untuk khalifah. (Fitnah politik)

Maka pada zama itu golongan tasauf telah menggantikan amalan bai’ah itu dengan amalan yang dinamakan khirkhah (istilah sufi: ijazah yang merupakan pakaian istimewa para ikhwan yang diberikan kepada mereka yang sudah berbai’ah), kemudian apabila upacara rasmi melakukan bai’ah untuk jawatan khalifah telah lenyap, maka golongan tasauf telah mengambil peluang untuk terus mengamalkan dan menghidupkan kembali amalan bai’ah atau berjanji setia itu.

Hingga kini amalan bai’ah tersebut tidaklah begitu meluas melainkan hanya golongan ahli tasauf (sufi) dan golongan-golongan tariqat. Sebenarnya dimasa kini amalan bai'ah ini begitu penting memandangkan iman orang-orang Islam telah begitu tipis dan tidak bermaya untuk menegakkan agamaNya didirinya dan juga masyarakat serta tidak berkemampuan lansung untuk menetang kezaliman manusia kafir dan yang kufur.

Mubai'ah untuk menambahkan iman dan menyatu padukan barisan peperangan pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.. Mubai'ah ini dilakukan dengan menjunjung Al-Quran ketika tentera Islam berpecah-belah ketika mereka hampir untuk memasuki Kota Mekah dengan tujuan untuk menyatupadukan mereka di atas satu barisan. Janji setia atau mubai'ah kaum Muslim kepada Rasulullah s.a.w. yang bersejarah itu dilakukan oleh tentera-tentera Islam di bawah sebatang pohon. Peristiwa itu dikenali dengan nama “Bai’atur Ridwan” – janji setia yang diredhai Allah. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah rela (suka) terhadap orang-orang mukmin, ketika mereka bai'ah (berjanji setia) dengan engkau di bawah pohon kayu, lalu Dia mengetahui apa-apa yang dalam hati mereka, kemudian Dia menurunkan ketenangan ke dalam hati mereka dari memberi ganjaran kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.

(Al-Fath:18)

15

Page 16: Mutiara Syahadah

Oleh yang demikian, demi untuk menyatupadukan kembali umat Islam yang kini telah jauh berpecah-belah di dalam berbagai fahaman parti politik, pertubuhan-pertubuhan Islam, badan-badan dakwah, tariqat-tariqat dan yang seumpamanya, maka kembali kepada mubai'ah adalah sebai-baiknya dengan menghidupkan kembali sunnah Rasulullah s.a.w. Memerangi puak-puak kuffar adalah tanggungjawab semua umat Islam dan itu adalah tugas yang wajib dituntut dan ditunaikan. Manakala ada golongan orang-orang Islam yang takut untuk bangun memerangi kaum kafir adalah terdiri daripada orang-orang Islam yang ‘dayus’ yang hanya Neraka Jahanam layak bagi tempat tinggal mereka.

Umat Islam zaman kini adalah dalam keadan tertekan dan huru-hara. Terlalu banyak kedapatan dakwaan-dakwaan dan fahman-fahaman keagamaan yang diutarakan. Masing-masing ingin dan cuba menonjolkan fahaman yang dibawanya. Maka dengan itu, terjadilah kekeliruan pada mereka yang jahil di dalam bidang keagamaan dan cabang-cabangnya. Yang mana satukah perlu diikuti? Kekusutan itu semakin bertambah pada mereka apabila melihat bertambah negara-negara Islam yang ditindas dan kalah di dalam permainan politik dan juga medan peperangan. Timbul petanyaan di dalam diri mereka apakah Allah tidak memberi pertolongan kepada orang-orang Islam tersebut?

Jawapannya bukanlah Allah tidak memberi pertolongan kepada negara Islam yang tertindas atau negara Islam yang kalah di dalam permainan politik atau pada orang-orang Islam itu sendiri, tetapi adalah kerana negara-negara Islam atau orang-orang Islam itu sendiri yang tidak mahu mengambil iktibar dari seruan Rasulnya dan juga Al-Quran. Agama yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk ditegakkan di atas muka bumi ini adalah Agama Tauhid yang bersendikan Iman, Islam dan Ihsan, mentauhidkan Rububiyyah dan UluhiyyahNya melalui RasulNya yang mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa cahaya yang benar yang menyuluh kesegenap penjuru kegelapan, yang dapat menghancur dan membinasakan segala jenis bentuk syirik, kemungkaran dan kezaliman.

Maka inilah dia agama yang telah ditnggal dan di anak tirikan oleh manusia-manusia yang bernama ‘Islam’. Nah! Terimalah akibat daripada perbuatan mereka sendiri. Tuhan yang mereka sembah sebenarnya bukanlah Allah yang Maha Agung, tetapi mereka menyembah hawa nafsu mereka sendiri, membai'ati petunjuk wali syaitan mereka yang mereka agung-agungkan itu. Maka berkecamuklah isi perut mereka apakala diserang oleh musuh-musuh Allah, kerana diketika itu mereka tidak ada persediaan walaupun mempunyai senjata yang canggih. Kelalaian dalam menyerah diri kepada Allah membuatkan mereka terkial-kial dan kaku untuk melakukan sesuatu. Semua yang dibuat tidak kena, musuh tetap menyerang, akhirnya mereka tumbang dalam kekalahan perjuangan. Inilah akibat dari mereka yang sering mengingkari sunnatullah dan sunnah RasulNya. Fiman Allah:

Maksudnya: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan peresiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiayaiNya.

(Al-Anfaal:60)

Maka kewajipan mempersiapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri adalah dituntut oleh agama dan hukumnya wajib. Untuk sentiasa mendapat kemenangan umat Islam hendaklah sentiasa di dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan samada musuh itu dari dalam dirinya sendiri atau dari pihak luar. Ayat di atas menunjukkan

16

Page 17: Mutiara Syahadah

dengan jelas kewajipan mengadakan persediaan pertahanan diri pada setiap orang Islam sebagai suatu sunnah Rasulullah s.a.w..

Di dalam ayat di atas ada disebutkan ‘kekuatan’ yang ditafsirkan oleh ulama-ulama ialah kekuatan ruhani atau kekuatan yang bersendikan dengan Iman, Islam dan Ihsan menuju kepada Allah melalui Rasulullah s.a.w. dan tidak lain daripada itu. Ini bermakna setiap kekuatan yang bersendikan ruhani mestilah melalui Rasulullah s.a.w. supaya ia sampai dan mendapat keredhaan Allah. Dalam erti kata yang lain setiap amalan yang ingin diamalkan supaya terzahir pada diri kekuatan seperti yang difirmankan Allah itu hendaklah ada salasilahnya yang nyata tempat ambilannya sehingga kepada Rasulullah supaya jangan dan tidak teripu dengan istidraj atau seumpamanya.

Dan dalam firmanNya lagi “Dan daripada kekuatan angkatan berkuda” ertinya kekuatan angkatan berkuda itu ialah kekuatan kebendaan atau material seperti kereta kebal, kapal perang, kapal terbang perang, peluru berpandu, senapang dan yang seumpamanya. Dan salah satu daripadanya ialah seni mempertahankan diri yakni yang menolak segala kejahatan dan menerima segala kebaikan pada zahir dan batin – jadi matlamatnya iaitu “supaya kamu dapat menggerunkan dengannya itu”, maksudnya iaitulah kekuatan rohani dan kekuatan zahir itu supaya kamu dapat menggerunkan musuh-musuh Allah dan juga musuh kamu.

Musuh-musuh Allah yang dimaksudkan itu ialah bukan sahaja orang-orang yang tidak menyembah Allah tetapi termasuk juga musuh-musuh yang di dalam diri kita sendiri, yang sentiasa mengajak kita menderhakai Allah dan RasulNya. Musuh-musuh itu ialah Waswasilkhannas dari pihak dalamnya dan Azazil serta kuncu-kuncunya, Syaitan dan Al-Jin dari pihak luarnya. Maka mereka inilah yang menyebabkan manusia itu jadi kafir, murtad, fasiq, maksiat dan zalim.

Manusia itu memerlukan suatu kekuatan yang denganya dia dapat menolak segala bentuk kemungkaran dan kedurhakaan terhadap Allah s.w.t. serta dapat melepaskan diri dari dikuasai dan dirasuki oleh hawa nafsunya yang bersekongkol dengan musuh-musuhnya itu. Kekuatan itu ialah kekuatan keruhanian yang dibangsakan terus kepada penggerak Allah iaitulah kekuatan Iman, Islam dan Ihsan. Tanpa kekuatan ini mana-mana manusiapun tidak akan terdaya melawan atau menolak segala jenis bentuk kejahatan yang ada di dalam dan di luar dirinya melainkan ia perlulah menyatakan dengan bersungguh-sungguh ‘Ad-Din’ sepenuhnya pada dirinya zahir dan batin pada semua tempat, masa dan semua waktu serentak melalui anggota, lidah dan hati pada mentauhidkan Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah s.w.t.

Manusia Manakah Yang Akan Diberi Petunjuk Oleh Allah S.W.T.

Gerak ruhani ialah suatu hal atau suatu barang yang telah Allah kurniakan pada ruh sama dengan kejadiannya yang Allah jadikan itu. Ruh itu dijadikan oleh Allah daripada ‘Nur’ atau ‘Cahaya’ yang dibangsakan kepada cahaya terus dari Allah iaitu ‘Latifatur Rabbaniyyah’, maka gerak ruh juga adalah gerak yang dibangsakan terus kepada penggerak Allah. Ruh tiada menerima mati setelah dia dijadikan oleh Allah. Penggerak terus dari Allah itu iaitu daripada sifat-sifat Iradah iaitu sifat ma'ani iaitu jenis sifat yang nampak pada khorij dan pada zihim sekiranya Allah zahirkan Keagungan dan Kebesaran ZatNya bagi dilihat oleh seseorang hamba yang menjadi pilihanNya seumpama Nabi kita Muhammad s.a.w.

Dengan sebab itulah ruh itu mengaku beriman dengan Allah semasa ia ditanya oleh Allah ketika dialam arwah dulu. Maka gerak atau perbuatan amalannya berada di dalam keredhaan Allah, tidak jatuh kepada jahat sekali-kali dan bala tentera yang bertaulan dengannya juga daripada jenis ruh seumpama kejadiannya juga iaitu segala malikat. Tiap-tiap yang dibangsakan terus kepada Allah itu iaitulah tiap-tiap yang baik lagi sempurna, kerana

17

Page 18: Mutiara Syahadah

Allah itu ialah yang baik lagi sempurna dan Dia tiada akan menerima melainkan tiap-tiap yang baik lagi sempurna.

Pada ruhani itu Allah kurniakan mulia, paling mulia, agung mulia dan maha mulia. Jika seseorang dikuasai oleh gerak ruhani, nescaya nyatalah Iman dan Taat pada dirinya. Maka maqam Iman dan Taat mulia itu ialah orang-orang awam (yang menerima akan dua kalimah syahadah), Iman dan Taat paling mulia ialah orang-orang soleh, Iman dan Taat maha mulia ialah Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan Iman dan Taat yang agung mulia itu ialah Rasulullah s.a.w..

Diri orang-orang yang ruhani menguasai jasmani adalah orang-orang yang mendapat petunjuk dari Allah. Inilah orang-orang yang beruntung kerana apakala cahaya telah menguasai kegelapan maka hilanglah gelap itu dan tampaklah sirna kecemerlangan pada ruhani dan jasmaninya. Cahaya yang nyata pada dirinya itu adalah cahaya yang datang terus dari Allah yang membimbing dan memandunya mengikut kehendak yang empunya cahaya itu, firman Allah:

keêZy \Z¿±šZeÂœ 侚ZMaksudnya: Allah memberi cahaya langit dan bumi.

Diri orang yang telah diterangi oleh cahaya itu menjadikan hati nuraninya terang benderang terbuka oleh sinar cahaya kesedaran, kerana dia telah pergi jauh menghindari gelap-gelita tipu daya. Jadi apabila cahaya itu mulai cerah menjadi nyata, maka manusia dalam gerak perbuatannya waspada setelah ia memerhatikannya itu dengan penuh kekuatan # . Maka akan terbimbing dan terpupuklah cahaya iman, Islam dan ihsan pada dirinya hasil dari mujahadahnya melalui nur syahadatain yang dinaungi oleh cahaya yang agung dari Allah.

Sebahagian daripada jiwa mereka yang telah terpancar cahaya keagungan Ilahi itu dalam mencapai usahanya ketingkat ‘mikraj’nya tidak lagi dengan jalan tahap demi tahap pada tangga yang biasa, melainkan dapat dilakukan seketika dengan tidak membuang banyak waktu, di mana mereka mencapai makrifah dari Yang Maha Suci dan keyakinan bahawa kekuasaanNya itu Maha Luas mengatasi segala apapun yang telah disifatkannya. Dengan cahaya itu segala-galanya tampak dengan jelas dan dapat dimengerti oleh penglihatan perasaan atau penglihatan akal; iaitu dengan “semaraknya sinar WajahNya yang membakar segala apa yang nampak”.

Mereka yang telah melintas lebih jauh dari lain-lainnya, diantaranya dinamakan ‘Al-Khawas’ atau pilihanNya yang terpilih. Mereka inilah yang sudah terbakar oleh sorot WajahNya yang Maha Agung, dan lalu diliputi oleh keindahan dan keelokkannya, hingga menjadi lebur sama sekali di dalam zatnya sendiri. Oleh kerana semadi-diri sendiri sudah tidak ada lagi tempatnya sebab dirinya itu adalah fana. Tiada ada yang tetap tinggal kekal melainkan Yang Maha Tunggal, Yang Haq sebagaimana difirmankan Allah dalam ayat:

Maksudnya: Janganlah engkau sembah Tuhan yang lain, bersama Allah. Tak ada Tuhan selain daripadaNya. Tiap-tiap sesuatu akan binasa, kecuali zat Allah. Hukum-hukum terserah kepadaNya, dan kamu bakal kembali kehadiratNya.

(Al-Qashash:88)

Maka mereka-mereka inilah yang mempusakai warisan dari Allah yang namai akan dia ‘Pusaka Wali Agama Islam’ yang mana Allah wariskannya kepada hamba-hambaNya yang soleh sahaja. Pusaka warisan yang diterima melalui talqin dua kalimah syahadah inilah yang dikhotobkan oleh Allah dengan kata ‘Khalifah’ iaitu Allah kurniakan kepada mereka itu mengenal, tahu serta kenal ZatNya dan patuh kepada perintah-perintahNya sama seperti berada di alam ruh; ertinya bagi khalifah Allah itu Allah kurniakan sama sahaja keadaannya

18

Page 19: Mutiara Syahadah

samada semasa mereka di alam ruh mutlaq atau sesudah ruh itu diperintahkan berada di alam jasad. Ruh itu tetap berada di dalam kelakuan aslinya, suci murni dan tiada hijab diantaranya dengan Allah walaupun pada bab makrifah dengan Allah atau patuh pada perintah Allah. Geraknya mengikut pangkat-pangkatnya masing-masing yang Allah kurniakan itu.

Maka jadilah mereka ‘Uswatun Hasanah’ kepada mereka-mereka yang bukan seumpama mereka itu. Allah mengarahkan pula kepada mereka itu mengajak mereka yang bukan seperti mereka kembali berhadap dalam keadaan asli dengan kembali kepada asli seumpama mereka itu melalui “Talqin” yang dikhaskan kepada mereka itu dan mereka yang bukan seumpama mereka itu iaitu mereka-mereka yang ruhaninya dihijab oleh Allah daripada berada di dalam keadaan asli. Allah arahkan pula mereka-mereka ini menerima talqin daripada ‘khalifah’ atau penggantinya yang dilantik khas dan am yang berhubung sehingga kepada Rasulullah s.a.w..

Talqin semula kalimah syahadah mengaku menerima barang-barang yang terkandung di dalamnya di atas makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya barang yang diterima pada zahir dan batin seumpama Khalifah Rasulullah dan seumpama Rasulullah itulah yang dinamakan Amalan Pusaka Khalifah Wali Agama Islam.

Mereka-mereka yang melaksanakan sepenuhnya di diri zahir dan batin sekeliannya itu sehingga berada pada tahap keasliannya seperti di alam ruh itu dinamakan ‘Ahlillah’ atau ‘orang-orang ruhani’ dan gerak mereka pula dinamakan gerak ruhani. Kurniaan itu samada dengan jalan yang paling mudah sebagai badal mutlaq atau khalifah seumpama lagi Rasul dan yang dikurnia sebagai jemaah ikutan yang berhubung menerima semula talqin daripada mereka itu walaupun sedikit.

Manakala puak-puak yang bukan dikurniakan sebagai khalifah mutlak itu ialah mereka-mereka yang bakal menjadi khalifah. Puak inilah yang dinamakan puak-puak yang berhadap kepada jasmani ataupun tabii dan puak-puak inilah dinamakan dengan ‘Ahli Zulmah’ atau hijab dengan Allah atau puak kebendaan. Puak-puak inilah puak yang mati gerak ruhaninya atau dikuasai oleh gerak jasmani. Puak-puak inilah yang diarahkan oleh Allah berhadap semula kepada khalifahNya mentajdidkan semula talqin mubai'ah dan pandang semula ke tempat asal di alam ruh serta berada semula mentauhidkan Af’al Allah, Asma’ Allah, Sifat Allah dan Zat Allah pada semua kelakuan, semua tempat, semua masa, semua pangkat berada melalui anggota dan hati dengan menjadikan khalifah Allah sebagai Uswatun Hasanah supaya jadilah dirinya seumpama khalifah Allah selama-lamanya.

Syahadah dan Pengertiannya.

Seseorang yang bernama Muslim lagi Mukmin itu wajiblah mengetahui akan pengertian yang terkandung di dalam ‘dua kalima syahadah’. Pengertian ini wajib diketahuinya sehingga membolehkan ia meyakini tentang dua kalimah syahadah yang dilafazakannya itu. Oleh kerana syahadah merupakan asas agama maka kegagalannya memahami dan mengetahui akan pengertiannya itu bermakana tiadalah ada iman pada dirinya dan tiadalah amal diatasnya. Maka gugurlah gelaran Muslim dan Mukmin terhadap dirinya lantaran kejahilannya itu. Dalam menangani perkara syahadah ini bukanlah suatu hal yang boleh dipermainkan atau diperolok-olokkan kerana ia menilai seseorang itu samada Islam atau kafir. Fiman Allah:

侚Z êZ äšZê äœ} ⾓£•Maksudnya: Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah.

Maka yang dimaksudkan dengan ‘ketahui’ di atas ialah mengetahui, mengenal dan meyakini akan dia dengan bersungguh-sungguh akan syahadah yang dilafazkannya itu serta

19

Page 20: Mutiara Syahadah

ditashdidkan akan makna dan makninya itu. Ketahui yang tersebut di atas itu bukanlah sekadar mengetahui makna zahiriahnya semata-mata tetapi termasuklah juga mengetahui makna Ketuhanan yang hakiki sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Termasuk dalam kata ketahui itu ialah mengetahui akan fardu syahadah, kesempurnaan syahadah, rukun syahadah, sah syahadah, batal syahadah serta beberapa perkara syahadah. Janganlah ada seperti sesetengah orang yang mengambil tahu akan terjemahnya sahaja kemudian mendakwa mereka itu telah Islam dan beriman. Sesungguhnya penyaksian tentang adanya Allah dan RasulNya itu hendaklah dengan Ilmu, Iman dan Amal dan bukan sekadar ucapan di bibir mulut sahaja.

Makna Syahadah

Erti syahadah iaitulah ‘pengertian’ akan sesuatu dengan dalil yang putus. Makna ‘pengertian’ itu ialah mempelajari, mengetahui, memahami, menghayati dan memiliki sesuatu perkata itu dengan bersunguh-sungguh berdasarkan fakta-fakta yang tepat lagi sahih dan muktamad (dalil aqli dan naqli) sebada Nabi s.a.w.:

Maksudnya: Apabila engkau ketahui seperti matahari, maka naik saksilah engkau.

Jadi apabila ia melihat bahawasanya yang kelihatan itu adalah matahari, maka hendaklah dinafikan selain dari penyaksian matahari itu. Bagaimanakah hendak ia nafikan yang kelihatan itu bukan matahari sedangkan yang nyata itu adalah matahari, maka mataharilah yang mesti disaksikan melainkan orang-orang bodoh sahaja yang tidak berakal yang akan mengatakan itu bukan matahari.

Makna Asyhadu ( ¬Á&Z )

Asyhadu pada bahasa terkandung tiga makna. Penggunaan tiga-tiga itu terdapat di dalam Al-Quran:-

i) Melihat kebesaran Zat Yang Maha Tinggi yang diistilahkan di dalam Al-Quran:

Maksudnya: Yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan (kepada Allah).

ii) Mengaku ketuhanan Allah, firman Tuhan:

Maksudnya: Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil.

iii) Daripada perkataan sumpah yang telah digambarkan dalam Al-Quran:

Maksudnya: Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu mereka berkata, “Kami mengakui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah. Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar RasulNya; dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang munafiq itu benar-benar orang pendusta”.

20

Page 21: Mutiara Syahadah

Perkataan orang-orang munafiq iaitu ‘nasyhadu’ itu ialah sumpah. Ulama Harfiah berkata apabila orang mengatakan asyhadu itu bererti ia telah bersumpah. Diantara keriga-tiga maksud pengertian tadi mengandungi makna yang lengkap. Manusia dianggap telah bersumpah apabila ia telah ‘bertasyhadu’ (bersaksi) dan ia tetap menyaksikan apabila ia seorang yang menegakkan Lailahaillallah seperti hadis:

Maksudnya: Kamu hendaklah menyaksi seperti terang matahari ataupun tidak usah.

Maka kata asyhadu itu ialah ‘aku naik saksi’ atau ‘aku bersaksi’ iaitu ‘aku bersumpah’. Saksi di sini bererti mengetahui dan mengenali (iaitu dengan sumpah) dengan sebenar-benarnya akan barang yang hendak dipersaksikannya itu. Apabila sudah diketahui dan dikenalinya barulah boleh ia naik saksi atau bersumpah menyatakan itu benar. Selagi ia tidak mengetahui dan mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan yakin, ia tidak boleh mengatakan ‘aku naik saksi’ kerana mustahil ia bersaksikan sesuatu yang ia tidak tahu dan kenal kerana yang demikian itu ia dikira sebagai saksi penipu atau pembohong.

Oleh yang demikian itu pastikanlah seseorang itu jika hendak bersaksi yang ia benar-benar arif dalam perkara yang hendak dipersaksikannya itu supaya ia tidak dipanggil saksi munafiq (kerana bercakap dusta). Jika telah menjadi saksi munafiq tidak ada gunanya lagi ia mengucap syahadah kerana penyaksiannya telah batal.

Dengan yang demikian itulah orang yang bersyahadah dipanggil orang yang bersaksi disebabkan dia mengkhabarkan atau memberitahu dengan dalil-dalil aqli dan naqli tentang apa yang disaksikannya itu maka tidak adalah syahadah pada dirinya seperti orang menanam benih yang mati di tanah yang gersang.

Pengertian Syahadah Tauhid

Kalimah yang pertama dipanggil ‘Syahadah Tauhid’

侚Z êZ äšZ êZ ¬Á&ZMaksudnya: Aku naik saksi Zat yang terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainNya dan

berhajat kepadaNya akan tiap-tiap barang yang lain daripadaNya.

Syahadah ini dipanggil syahadah tauhid kerana ia merupakan pengakuan hamba kepada Khaliknya yang mengaku bahawa ketuhanan Allah s.w.t. itulah yang sebenar-benarnya dengan menafikan yang selain daripadaNya. Orang yang mengucapkan syahadah tauhid ini adalah orang yang mengEsakan Af’al Allah, Asma Allah, Sifat Allah dan Zat Allah s.w.t.. Jesteru itu kewajipan mempelajari dan mengetahuinya adalah sangat-sangat dituntut oleh Syarak kerana dikhuatiri orang yang tidak mengetahui dan memahaminya akan tergelincir kepada syirik. Nauzubillah.

Di dalam syahadah tauhid ini terdapat dua ibu # kepada sifat kesempurnaan ketuhanan yang Maha Agung sedangkan sifat-sifat ketuhanan yang lain adalah pecahan dari dua sifat ini. Sifat yang pertama ialah: “Zat yang terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya”. Sifat yang kedua ialah: “Berhajat kepadaNya tiap-tiap barang yang lain daripadaNya”.

Mengetahui dan mengenali kedua-dua ibu # sifat bagi sifat kesempurnaan Tuhan ini adalah wajib kerana disinilah merupakan asas bagi seseorang itu untuk berada pada Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Disinilah dapat diketahui seseorang itu beriman ataupun tidak. Jahil, malas atau enggan mempelajari serta memahami akan makna yang terkandung di dalam syahadah Tauhid ini bererti akan membawanya kepada Syirik Rububiyyah dan Syirik Uluhiyyah.

21

Page 22: Mutiara Syahadah

Ubudiyyah seseorang yang mengaku dirinya Islam terhadap Tuhannya bergantung sejauh mana tingginya kedudukan Tauhidnya di sisi Allah s.w.t.. Penilaian ubudiyyahnya adalah disegi iman dan amalnya. Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan KhalifahNya di atas muka bumi ini, seseorang itu haruslah sentiasa berada di dalam Tauhid yang hakiki kerana jika ia lari dari Tauhid ia akan ketemu syirik. Oleh itu seseorang itu perlulah berusaha dengan gigih mencarinya.

Pengertian Tauhid Rububiyyah

Beriman kepada tauhid rububiyyah bererti mempercayai Allah sebagai Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu. Ini juga bererti mengimani bahawa tidak ada saingan dalam pemerintahanNya, Allah adalah pemberi segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan melainkan dengan seizinNya. Firman Allah:

Maksudnya: Jika menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNya.

(Yunus:107)

Beriman dengan tauhid rububiyyah juga bererti beriktiqad bahawa Allah ialah Tuhan yang Menciptakan alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada tiap-tiap barang yang lainNya. Ia tidak berhajat kepada sesuatu yang lainNya. Ia mentadbir segala-galanya di atas sifat kesempurnaanNya ke atas sekelian makhlukNya. Dan Tuhan tidak mengambil faedah di atas perbuatan dan hukum. Harus juga bagi Allah membuat segala yang harus wujud atau meninggalkannya. Dan lagi kuat yang dihantarkan kepada sekelian makhlukNya itu tidak memberi bekas. Sesungguhnya Allah lah yang memberi bekas.

Pengertian Tauhid Uluhiyyah

Pernyaksian terhadap rububiyyah Allah menuntut manusia untuk beriman kepada Tauhid Uluhiyyah melalui ibadah. Ibadah dalam ertinya yang sebenar, iaitu setiap perbuatan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Oleh itu maksud tauhid uluhiyyah ialah seseorang itu mentauhidkan Allah dari segi ubudiyyah, iaitu peribadatan atau sembahan.

Beriman kepada uluhiyyah Allah bererti beriktiqad bahawa hanya Allah berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan ditumpui untuk meminta. Ini bererti meletakkan seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah laku di atas petunjuk dan perintah Allah semata-mata. Tauhid Uluhiyyah juga menuntut seseorang meyakini # kemutlakan kekuasaan Allah atas segala sesuatu di dalam alam semesta ini. Keyakinan ini menetapkan bahawa hanya Allah yang berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk yang diciptaiNya.

Inilah yang dimaksudkan berhajat kepadaNya akan tiap-tiap barang yang lainNya. Seluruh makhlukNya menumpukan sepenuhnya diri mereka kepada Zat Yang Maha Agung itu kerana Dialah Raja di atas sekelian yang wujud di alam semesta ini. Baharunya alam ini menunjukkan adanya yang Maha Pencipta dan yang berkuasa di atas ciptaanNya itu. Seluruh perbuatan makhluk tidak memberi bekas dan Dialah yang memberi bekas. Dialah yang ditumpui dan Dialah yang dihajati untuk mendapat dan menghasilkan sesuatu. Sesungguhnya sekelian makhluknya itu adalah lemah dan tak bermaya.

22

Page 23: Mutiara Syahadah

Beriman kepada tauhid uluhiyyah bermaksud menolak segala sesuatu selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah Lailahaillallah. Kerana tauhid uluhiyyah inilah, maka Allah telah mengutuskan Rasul-rasulNya, firman Allah:

Maksudnya: Dan tiada Kami mengutus seorang Rasul sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah olehnu akan Aku.

(Al-Anbiya:25)

Dan firmanNya lagi:

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): senbahlah Allah dan jauhilah Taghut.

(An-Nahl:36)

Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah Adalah Asas Keimanan

Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui tauhid rububiyyah dang mempercayai qudrat Allah, tadbirNya dan rezekiNya. Tetapi mereka mengingkari di dalam iktiqad, perkataan dan perbuatan terhadap uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada selain dari Allah, mengakui hukum dan undang-undang yang lain daripada Syariat Allah dengan lidah dan hati.

Keselarasan diantara tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah amatlah penting demi memastikan keimanan yang jati terhadap Allah. Ini adalah kerana tauhid rububiyyah adalah merupakan keyakinan yang bulat dalam bentuk pengakuan bahawa Allah adalah sumber # cipta. Sedangkan tauhid uluhiyyah pula adalah satu pengakuan bahawa yang wajib disembah hanyalah Allah, tidak ada sesuatu yang lain yang berhak disembah dan dipatuhi selainNya.

Tauhid rububiyyah melahirkan keimanan kepada tauhid uluhiyyah. Tauhid uluhiyyah pula adalah pengEsaan Allah dengan amal perbuatan dang tingkah laku para hamba. Amal perbuatan ini membezakan diantara Muslim dan bukan Muslim.

Kedua-dua tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah adalah asas kepada keimanan seseorang abid. Ini adalah kerana keyakinan yang teguh terhadap tauhidullah menjadi satu simpulan (tambatan) yang kukuh di dalam jiwa seseorang. Simpulan inilah yang dinamakan Iman. Firman Allah:

Maksudnya: Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan putus.

(Al-Baqarah:256)

Makna Lailahaillallah – Nafi dan Isbat

Hendaklah diketahui terjemah kalimah 侚ZêZ äšZê pada bahasa Melayu itu “Tiada Tuhan Melainkan Allah”.Ertinya: Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar itu melainkan Allah. Ertinya: Tuhan yang sebenarnya itu hanya satu sahaja. Iaitulah yang bernama, dengan nama tiada lainnya sekali-kali.

- Maka kalimah “La” (ê) itu menunjukkan atas nafi, ertinya meniadakan.- Kalimah “Ilaha” (äšZ) itu manfiyi, ertinya yang dihukum tidak adanya

23

Page 24: Mutiara Syahadah

- “Illa” (êZ) menunjukkan atas is-tisna ertinya kecuali (melainkan). Iaitu barang yang kemudian daripada yang dahulu.

- Kalimah “Allah” (侚Z) itu mus-tastna ertina yang dikecualikan. Iaitulah yang dikeluarkan daripada nafi yang dahulu. Ertinya: Yang diisbatkan kemudian daripada nafi.

Apabila telah diketahui akan demikian itu maka ketahuilah bahawasa nafi itu terdahulu atas yang disembah dengan sebanar waqi’. Maka tatkala itu makna perkataan kita “Tiada Tuhan melainkan Allah” itu, ternafi yang disembah dengan sebenar-benarnya pada hakikat; melainkan Allah. Allah sahaja yang tidak ternafi. Maka jika orang berkata bahawasa “Yang disembah dengan sebenar pada hakikat yang lain daripada Allah”, itu tidak sekali-kali, maka tidak sah menafikannya. Kerana menafikan barang yang tidak ada itu adalah tahshihul bashil, ini adalah mustahil. Nescaya kami berkata: “ Makna menafikan demikian itu mengkhabarkan dan mengiktikadkan tidak adanya. Bukan maknanya meniadakan barang yang tidak ada. Sah dijadikan nafi itu berhadap kepada barang yang di dalam zihin mukmin itu ia mentashwir atas jalan fardhu dan taqrir akan beberapa tuhan yang disembah dengan sebenar kemudian ia menghukum atas kekeliannya dengan nafi (tidak ada) melainkan Allah sahaja yang tidak ternafikan.

Tidak hasil rad di atas kuffar (menolak dan mengembalikan perkataan mereka yang kafir) melainkan dengan iktibar waqi’. Tidak dijadikan nafi itu berhadap kepada barang yang di dalam zihin kafir kerana bahawasa barang yang di dalam zihin kafir daripada berhala dan umpamanya tsabit tidak sah nafinya (ertinya kerana berhala) dan lainnya daripada barang yang disembah dengan tiada sebenar itu ia ada pada khorij dan barang yang tidak sah dinafikan. Bahawa yang dikatakan ia sebagai Tuhan itu sebenarnya memang sudah nafi. Jadi tidak sah menafikan yang sudah nafi. Hasil kesimpulannya yang dinafikan itu salah satu dari dua perkara:a. Segala Tuhan yang disembah dengan sebenar pada waqi’ yang lain daripada Allah

Ta’ala.b. Barang yang pada zihin Mukmin yang mentsahwir (terkhayal) akan banyak yang

disembah sebenar.

Maka salah satu dari dua itulah yang dinafikan. Kemudian mengisbatkan Allah Ta’ala. Ertinya: Dihukum Allah itu “Ada” dan “Dialah Tuhan Yang Sebenarnya”.

Wajib atas yang berkata ‘Lailahaillallah’ (侚ZêZ äšZê) melahzahkan bahawasa Allah itu “Tiada Dinafikan Daripada Mulanya”.

Ertinya: Tiada masuk Allah Ta’ala itu di dalam zihin perhimpunan segala Tuhan yang dinafikan itu dahulu daripada dinafikan dan tatkala dinafikan. Kerana bahawasa jika ia berniat Allah itu masuk di dalam jumlah segala Tuhan yang dinafikan nescaya ia menjadi kafir. Maka katanya ‘Illallah’ (侚ZêZ) Ertinya: Melainkan Allah itu qarinah atas barang yang berkehendak pada permulaan daripada bahawasa Allah itu tidak masuk di dalam segala Tuhan yang dinafikan itu.

Kemudian hendaklah diketahui bahawasa mentauhidkan Allah dengan kalimah “侚ZêZ äšZê “ itu manakala disebutkan atau dituliskan ditakdirkan kemudian daripadanya akan “侚Z uÂ"e ¬¿©›”. Jika tidak ditakdirkan demikian nescaya bersatu tauhid kita dengan seumpama Yahudi, seperti sebahagian mereka telah menyebutnya.

Wajib atas tiap-tiap mukallaf menerima sekelian yang didatangkan oleh rasulullah s.a.w. berupa sekelian pekerjaaan dan mempercayai apa saja yang dikhabarkannya.

2 # (Dasar) Ibu Sifat Ketuhanan

24

Page 25: Mutiara Syahadah

Perkara yang perlu diketahui di sini ialah himpunan sifat ketuhanan bagi Allah iaitu wajib, mustahil dan harus di dalam ucapan Lailahaillallah. Maka sifat ketuhanan itu terbahagi dua iaitu Istigna’ dan Iftiqar kerana ketuhanan yang dikatakan itu ialah:

Maksudnya: Tiada Tuhan yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainNya dan berkehendak kepada Tuhan itu oleh tiap-tiap segala barang yang lainNya melainkan Allah Ta'ala itulah Tuhan yang kaya Ia daripada tiap-tiap segala barang yang lainNya dan berkehedaklah Ia oleh tiap-tiap segala barang yang lainNya.

( * )Istighna’

Maka yang dikatakan Istighna’ itu ialah kaya Tuhan daripada tiap-tiap barang yang lainNya dan nyatalah wajib bagi Allah sebelas sifat dan mustahillah bagi segala lawannya iaitu:

1 Sifat Nafsiah (Sifat Diri)

Makna nafsiah itu iaitu kelakuan yang sabit bagi Zat selama ada zat, pada hal tiada dikeranakan dengan suatu kerana yakni kerana sifat yang lainnya. Dan ianya yang menunjukkan atas yang bersifat dengan dia diri zat bukan makna yang lebih atas zat.

1) Wujud (Ada) mustahil Adam (Tiada)

4 Sifat Salbiah (Sifat penolak yang menafikan segala sifat yang tidak layak bagi Tuhan)

Makna salbiah iaitu yang menunjukkan di atas menafikan sesuatu yang tidak layak dan tidak patut bagi Zat Allah Ta'ala.

1) Qidam (Sedia) mustahil Huduths (Baharu)2) Baqa (Kekal) mustahil Fana (Binasa)3) Mukholafatuhu lilhadits (Menyalahi) mustahil Mumaatsalatahu lilhawadits (Bersamaan)4) Qiyamuhu binafsihi (Berdiri Allah dengan sendiriNya) mustahil Qiyamuhu bigahirihi

(Berdiri dengan pertolongan orang lain)

3 Sifat Ma’ani (Sifat Ma’ana – Sifat yang mempunyai makna yang tetap)

Makna ma’ani iaitu tiap-tiap sifat yang Qadim lagi maujud yang berdiri dengan Zat Allah Ta'ala yang mewajibkan Ia akan hukum.

1) Sama’ (Mendengar) mustahil Shaman (Tuli)2) Bashar (Melihat) mustahil ‘Umyun (Buta)3) Kalam (Berkata-kata) mustahil Pukmun (Kelu/Bisu)

3 Sifat Ma’nawiyah (Sifat-sifat yang bergantung atau berhubung dengan sifat ma’ani).

Makna ma’nawiyah iaitu kelakuan yang wajib bagi Zat selama Zat itu bersifat dengan ma’ani dikerana dengan suatu kerana.

25

Page 26: Mutiara Syahadah

1) Kaunuhu Sami’un (Yang Mendengar) mustahil Ashammu (Yang Tuli)2) Kaunuhu Bashirun (Yang Melihat) mustahil ‘Amaa (Yang Buta)3) Kaunuhu Mutakallimun (Yang Berkata-kata) mustahil Abkam (Yang Bisu)

Sekiranya Allah tidak bersifat dengan sifat yang wajib (mustahil) maka tidak kaya Ia daripada tiap-tiap yang lain daripadaNya.

*Sifat ertinya ialah sesuatu hal atau keadaan yang terdapat pada Zat, tetapi boleh dipisahkan daripada zat. Dengan lain perkataan kalau sifat itu tidak ada maka zat itu boleh terus ada.

Selain dari yang tersebut, ada pula yang termasuk dalam kata ‘Kaya’ itu (Sifat Istighna’) iaitu 3 perkara:

1. Bahawa Allah tiada wajib menjadikan alam ini, mustahil pula kalau wajib Ia menjadikannya. Kerana jika takdirnya wajiblah Allah menjadikannya pasti tiada terkaya Allah dari tiap-tiap yang lain daripadaNya kerana pasti ada waktu itu Allah perlukan sesuatu untuk mengisi kehendakNya.

2. Bahawa Allah tiada mengambil sebarang faedah dari ketaatan hambaNya, mustahil pula kalau Ia mengambil faedahnya. Kerana jika Allah mengambil faedah pasti tiada terkaya Allah. Ternyata yang Allah memerlukan sesuatu untuk tercapai tujuanNya.

3. Makhluk dengan qudratnya tidak akan mampu memberi kesan, mustahil pula kalau qudratnya itu mampu memberi kesan dengan sendirinya. Kerana ketika Allah perlu mengadakan sesuatu dengan memakai perantaraan.

Dengan ini jelaslah bahawa sifat Istighna’ itu berjumlah 28 sifat keseluruhannya dan yang wajib diketahui oleh setiap orang.

Iftiqar

Maka yang dikatakan iftiqar itu ialah berhajat setiap yang lainnya kepadaNya; iaitulah setiap makhluk sentiasa memerlukan sesuatu dari Allah – Tuhannya. Yang terkandung di dalam sifat iftiqar ialah 9 sifat yang wajib dengan 9 sifat yang mustahil sebagai lawannya iaitu:

1 Sifat Salbiah

1) Wahdahiyah (Esa) mustahil Ta’adud (Berbilang-bilang)

4 Sifat Ma’ani

1) Qudrat (Kuasa) mustahil ‘Ajuz (Lemah)2) Iradat (Berkehendak) mustahil Karaahah (Tidak Berkehendak)3) Ilmu (Tahu) mustahil Balaadah (Bodoh)4) Hayat (Hidup) mustahil Maut (Mati)

4 Sifat Ma’mawiyah

1) Kaunuhu Qadirun (Yang Kuasa) musathil ‘Ajizun (Yang Lemah)2) Kaunuhu Muridun (Yang Berkehendak) mustahil Kasrihun (Yang tak Berkehendak)3) Kaunuhu ‘Alimun (Yang Tahu) mustahil Jaahilun (Yang Bodoh)

26

Page 27: Mutiara Syahadah

4) Kaunuhu Hayyun (Yang Hidup) mustahil Mayyitun (Yang Mati)

Kerana jika Allah tidak bersifat dengan 9 sifat yang demikian itu pasti membawa erti tidaklah berhajat yang lain kepada Allah lagi dan tiadalah terwujudnya alam dan makhlukNya disebabkan Allah itu bersifat lemah!

Selain dari yang tersebut itu, ada pula yang termasuk di dalam sifat Iftiqar itu juga.

1. Seluruh alam jagat ini dikira baharu, tidak abadi, mustahil ia qadim.2. Seluruh Makhluk ini tiada dapat memberi kesan dengan tabii atau nature mustahil ia

mampu meberi kesan.

Dengan yang demikian terdapat 22 aqaid yang terkandung di dalam makna berkehendak (berhajat) kepadaNya akan tiap-tiap barang yang lainNya.

Apabila dihimpunkan 28 aqaid pada Istighna’ dan 22 pada Iftiqar jadilah aqaid Iman yang terkandung di dalam kalimah Lailahaillallah 50 aqaid kesemuanya.

Seperkara lagi yang perlu diketahui seseorang itu hendaklah menafikan selain daripada Allah. Penafian ini tidaklah termasuk menafikan matahari, tokong, cahaya, kuasa ghaib dan yang seumpamanya sebagai Tuhan kerana benda-benda ini semuanya memang bukan Tuhan yang tak perlu dinafikan lagi. Tetapi yang hendak dinafikan itu ialah sekiranya kalau-kalau ada zat yang menyerupai Allah s.w.t.. Makna Zat Allah itu ialah diri Allah itu sendiri sedangkan kalimah ‘Allah’ (侚Z) itu adalah nama yang khusus bagi zat itu. Maka yang disembah itu bukan nama ‘Allah’(侚Z) itu ataupun sifatNya atau Af’alNya (perbuatanNya) tetapi Zat Allah itu sendiri. Dengan sebab itulah kita perlu mengetahui dan mengenali sunguh-sungguh akan Allah supaya kita tidak menyembah yang lain dari ZatNya, wallahu ‘aklam.

Syahadah Rasul

侚Z uÂ"e ¬¿©› wZ ¬Á&Z Maksudnya: Dan aku naik saksi Nabi Muhammad (termasuk 25 Rasul-rasul) itu adalah

persuruh Allah – yang diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia dari syirik Allah kepada Tauhid Allah (iaitu dari zulmah kepada cahaya, dari kejahilan kepada mengetahui dan dari kafir kepada Islam).

( * )

Apabila seseorang itu naik saksi atau memberi pengakuan atau bersumpah bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka hendaklah diiktiqadkan juga sekelian Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang sebanyak 124, 000 itu kesemuanya pesuruh Allah. Muhammad di situ bererti penghulu sekelian nabi-nabi dan rasul-rasul. Beriman dengan Nabi Muhammad juga bererti beriman dengan rasul-rasul dan nabi-nabi yang lain juga kerana mereka juga pilihan Tuhan yang diutuskan di atas muka bumi ini untuk mengajak umat-umat mereka kepada Tauhid Allah. Disamping itu juga ia termasuk di dalam keimanan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul yang terkandung di dalam Rukun Iman.

Makna beriman dengan para Nabi dan rasul tidaklah hanya sekadar mempercayai mereka itu utusan Allah serta menghafal nama-nama mereka itu kemudian dikatakan sudah beriman, tetapi yang dimaksudkan beriman dengan para Nabi dan rasul itu ialah menyedari dan meyakini khittah yang mereka bawa, dan supaya mengambil iktibar tentang kesucian, kebijaksanaan, cara-cara perjuangan, akhlak dan keteguhan iman para Rasul Allah itu.

27

Page 28: Mutiara Syahadah

Sesungguhnya segala kelakuan dan perbuatan mereka itu adalah mengikut wahyu dari Allah dan bukan mengikut hawa nafsu mereka sebagaimana manusia biasa.

Seterusnya kita hidup suburkan sifat-sifat para Rasul itu dalam diri kita sendiri seperti:

Adam Sifat “Sesat-surut, terlangkah kembali”Nuh Sifat tahan jiwa syukurIdris Keahlian dan ketaatanIbrahim Sifat keberanian yang sampai kepada berani menghamburi api dan sangat

percaya kepada pembelaan Allah.Yusuf Tetap suci dalam menghadapi fitnah dan rayuan wanita dan tipu-daya harta.Daud Tetap khusyuk dan taatnya dalam rayuan kekayaan dan kekuasaan.Sulaiman Keadilan dan kerendahan hati dalam kekuasaanya yang tidak terbatas.Saleh, Hud & Syuib

Cara mereka menegakkan hujjah.

Ayyub Kesabaran dan bertambah teguhnya Iman dalam melalui berbagai musibah dan rayuan syaitan.

Musa Kebulatan dan kekuatan jiwa juangnya menghadapi Fir’aun yang boleh berbuat sekehendak hatinnya.

Harun Kebijaksanaannya ditengah intipan dan kecurigaan musuh.Isa Jiwa taqwa dan keberaniannya menghadapi kekuatan senjata dan

kekejaman Yahudi.Muhammad Cara baginda membangunkan dan membentuk umat yang # meciptakan

bahagia di dunia dan di akhirat.Dan lain-lain lagi.

Seterusnya pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu utusan Allah juga berserta segala syariat yang dibawanya adalah benar dan datang dari Allah, maka melaksanakan segala syariat itu adalah wajib, enggan atau engkar bererti kafir. Orang yang enggan atau ingkar atau separuh ingkar tidak ada gunanya melafazkan kalimah syahadah Rasul itu kerana hatinya menolak sedangkan lidahnya sahaja yang bersetuju. Orang yang demikian ini tidaklah perlu lagi bersumpah dengan syahadah tersebut kerana pada hakikatnya dia telah pun menjadi kafir.

Oleh itu apakala ia mahu mahu kembali kepada syahadah rasul itu hendaklah hatinya turut sama menerimanya serta redha dengan syariat Muhammad itu. Menerima dan redha bererti ia perlu melaksanakan syariat pada dirinya zahir dan atin, keluarga, masyarakat dan negara setrusnya dengan menegak yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w bukanlah hanya sekadar mengenal bahawa baginda anak Abdullah, ibunya Aminah, lahirnya di Kota Mekah, matinya di Kota Madinah, dan mengagumi kekeramatannya saja, tetapi ialah mentaati kepimpinan dan jalan hidup yang dibawanya berupa suara wahyu dan petunjuk. Untuk itu kita sebagai umatnya yang bersumpah setia mengakui kerasulannya wajiblah meneladani:-

i) betapa Rasulullah beribadah menjaga hubungan akhlak dan keperibadiannya dengan Allah.

ii) betapa ia membentuk peribadi-peribadi, keluarga dan masyarakat yang bermutu, iman, cekap dan dinamis

iii) betapa baginda mengatur masyarakat sehingga menjadi pemimpin umat yang berjiwa hidup dan mengantarkan umat kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

iv) Betapa baginda mengakkan hujjah kebenaran Islam.v) Betapa baginda memimpin perjuangan mengakkan hak, keadilan dan persamaan hidup.

28

Page 29: Mutiara Syahadah

vi) Betapa ia menuntun alam fikiran, perasaan dan kejiwaan yang suci, hidup dan mempunyai daya guna yang besar.

vii) Bertapa ia mencipatakan sistem masyarakat Islam yang benar-benar memberi bahagia dan rahmat di bawah lindungan redha dan ampunan Allah.

viii) Betapa ia dengan Tuhannya, dengan keluarganya, dengan wanita-wanita, dengan masyarakat, dengan hukum, dengan orang asing dan sebagainya.

Oleh yang demikian itu orang yang mengucapkan syahadah Rasul itu adalah orang yang benar-benar tahu dan kenal akan barang yang di atas tadi. Dengan itu pengakuannya tentang kebenaran Muhammad dan rasul-rasul itu adalah memang benar.

Maka dalam kalimah ‘ ‘ * itu terdapat Aqaidul Iman iaitu 4 sifat yang wajib pada hak rasul dengan 4 sifat yang mustahil sebagai lawannya, iaitu: 1. Siddiq (benar) mustahil berdusta2. Amanah (dipercayai) mustahil berkhianat3. Tabligh (menyampaikan) mustahil menyembunyikan4. Fatanah (Bijaksana) mustahil bodoh

Termasuk juga satu sifat yang harus pada hak rasul dengan satu sifat yang mustahil sebagai lawannya, iaitu:-

Semua rasul adalah berperangai seperti manusia, mustahil mereka tiada berperangai seperti itu.

Selain dari yang tersebut, ada pula dimasukkan rukun-rukun Iman sebanyak 4 perkara lagi dengan 4 perkara yang mustahil sebagai lawannya, iaitu:-

1. Percaya kepada malaikat, mustahil tiada malaikat.2. Percaya kepada Kitab-kitab, mustahil tiada kitab.3. Percaya kepada rasul-rasul, mustahil tiada Rasul.4. percaya kepada hari kiamat, mustahil tiada hari kiamat.

Kerana perkara-perkara ini semuanya telah disampaikan dan didengar dari Nabi Muhammad s.a.w.

Bila seseorang itu melafazkan syahadah rasul hendaklah terhimpun 18 Aqaidul Iman dalam hatinya, maka barulah sempurna syahadahnya itu. Oleh itu bagi mereka yang jahil dalam memahami akan Aqaidul Iman di atas itu nyatalah sia-sialah segala amalannya dan hanya mendapat penat dan letih sahaja serta dihumbankan Allah ke dalam nerakaNya, Na’uzubillah.

* Dua kalimah Syahadah

侚Z uÂ"e ¬¿©› wZ ¬Á&Z y 侚Z êZ äšZ êZ ¬Á&ZMaksudnya: Aku naik saksi zat yang terkaya daripa tiap-tiap barang yang lainNya dan

berhajat kepadaNya akan tiap-tiap barang yang lainNya. Dan aku naik saksi Nabi Muhammad (termasuk rukun iman) itu adalah pesuruh Allah – yang diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia dari syirik Allah kepada Tauhid Allah.

29

Page 30: Mutiara Syahadah

Iaitulah mengetahui, mengenal dan mengakui akan ketuhanan Allah s.w.t dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w serta membenarkannya. Dalam erti kata lain menafikan * kepada sesuatu selain zat Allah dan menetapkan bahawa sifat ketuhanan yang* layak bagi Allah sahaja, Zat yang Wajibul Wujud. Disamping mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan dari Allah yang mengeluarkan manusia dari zulmah kepada cahaya, dari kejahilan kepada mengetahui dan dari kafir kepada Islam, serta beriman dengan para Nabi dan rasul, para malaikat, kitab-kitab, hari kiamat dan* mengamalkan tuntutan hukum Islam serta syariatnya mengikut sebagaimana Allah dan RasulNya telah tetapkan berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis, ijma’ dan qias.

* dan Mereka yang Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah

Seseorang yang ingin mengucapkan dua kalimah syahadah itu hendaklah ingat bahawa ia telah bersumpah tidak ada Tuhan yang lain yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sebagai mengotakan sumpahnya itu hendaklah benar-benar melaksanakan segala suruhan Allah dan RasulNya serta meniggalkan segala larangan mereka itu pada dirinya zahir dan batin, keluarganya, masyarakatnya dan negaranya. Ingatlah menyebut kalimah syahadah ini bukanlah sekadar melafazkannya dengan lidah sahaja tetapi hendaklah dibenarkan di dalam hati dan dilaksanakan melalui anggotanya segala tuntutan agama pada setiap masa, waktu dan ketika tidak kira di mana berada sekalipun.

Sebaliknya orang-orang yang ingkar atau separuh ingkar atau seumpamanya untuk melaksanakan titah perintah Allah dan RasulNya maka mereka itu termasuklah golongan hamba dan umat yang celaka lagi derhaka, firman Allah:

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat-ayatNya dan RasulNya kamu mempersenda-sendakan? Tiada makna kamu meminta uzur (maaf) kerana kami telah menjadi kafir setelah beriman.

(At-Taubah:66)

Orang-orang yang sedemikian ini tidaklah layak mereka itu tinggal di dunia yang dimiliki oleh Allah Zat Yang Maha Berkuasa kerana kedegilan mereka dan carilah dunia lain yang tidak ada tuannya supaya mereka boleh menjadi tuannya di sana dan melakukan apa saja yang disukainya. Di sini tidak mungkin, sedangkan mereka makan rezeki yang dikurniakan Allah, hidup dan bergerak dengan kekuasaanNya, manakan bisa mereka boleh bertindak sesuka hati mereka melainkan mereka terpaksa akur dan tunduk serta patuh dengan hukum-hukum yang telah ditetapkanNya. Kerana keingkaran mereka itu mereka dibala oleh Allah, ditahan nikmat Iman ke atas mereka, ditutupkan pintu petunjuk dan hidayahNya dan dibukakan pintu kesesatan kepada mereka, sehinggalah mereka bersedia untuk membuka kembali pintu hati mereka kepada menerima segala ketentuan-ketentuan dan hukum-hukum Tuhan di atas muka bumi ini, firman Allah:

Maksudnya: Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.

(Al-Maidah:50 * )

FirmanNya lagi:

30

Page 31: Mutiara Syahadah

Maksudnya: Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa hanya kepada Allah lah mereka kembalikan.

(Ali-Imran: * )

Tugas Seorang Saksi

Wahai orang-orang yang bersyahadah! Ingatlah, ketika engkau mengucapkan “Ashhadu” (¬Á&Z ) bererti engkau telah membuat pengakuan dengan bersumpah akan ketuhanan Allah s.w.t. dan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebenar-benarnya yang engkau saksikan. Tahukah engkau apa ertinya ‘saksi’ itu? Saksi itu ialah seorang yang benar-benar melihat, mengetahui dan mengenal akan barang yang disaksikannya itu bukan dengan mendengar perkhabaran dari orang lain. Sebab itulah orang yang bersyahadah dipanggil orang yang bersaksi kerana dia mengkhabarkan atau memberitahu apa yang diketahui olehnya. Orang yang bersyahadah itu adalah memang orang yang mempercayai akan kebenaran apa yang dikhabarkannya.

Saksi terbahagi kepada beberapa golongan:-

Saksi Fasiq – Iaitu seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah dengan lidahnya tanpa mengetahui akan makna (huraian) yang terdapat di dalam syahadah itu (iaitu tidak mentashdikkan # maknanya di dalam hatinya. Ia kekal di dalam mengerjakan dosa-dosa terhadap Allah samada dosa kecil dan juga dosa besar di samping melakukan ketaatan kepada Tuhannya mengikut kefahamannya sendiri dan terikut-ikut dengan apa yang orang lain buat tanpa suatu tuntutan ilmu yang khas di dalam babnya; mengucap syahadah itu bersendirian tanpa menerimanya dari mana-mana guru mursyid.

Saksi Palsu – Iaitu seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah tetapi tidak membenarkan maknanya itu di dalam hatinya sekadar melepaskan diri dari dikatakan orang kafir. Saksi sebegini ialah seorang yang derhaka kepada Allah keran ia tidak mahu melaksanakan amal ibadah sebagaimana dirinya seorang yang bersyahadah. Ia mengelakkan dirinya daripada menunaikan segala tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Bila ada sesuatu kepentingan ia akan cepat-cepat menonjolkan dirinya dikhalayak ramai untuk menunjukkan keislamanya. Lain yang dilafazkannya di mulut dan lain yang dilakukannya. Ia akan memberi alasan dan mencari helah untuk mengelakkan dirinya dari menyempurnakan tanggungjawabnya itu. Ia bertuhankan akal fikiran dan nafsunya sendiri. Majlis-majlis ilmu adalah merupakan musuh kepadanya dan syahadah yang ada padanya itu adalah syahadah palsu yang pura-pura semata-mata. Inilah yang dikatakan saksi munafiq.

Berkata Syeikh Sanusi r.a. “Dan sesungguhnya telah menyatakan segala Imam ikutan

kita bahawasanya tak dapat tidak hendaklah difahamkan akan maknanya dua kalimah syahadah itu dengan sebenar-benarnya, dan jika tidak difahami dengan sebenar-benarnya, * akan maknanya dua kalimah itu mescaya tidak mendapat manfaat apa-apa orang itu * terhadap kalumah yang diucapkannya itu melainkan ia kekal di dalam neraka”.

Berkata Syeikh Muhammad Panjiji di dalam ‘ * Hasyiah Sanusi’, “Kerana bahawasanya * ulamak yang diredhai Allah Ta'ala daripada mereka itu, sesungguhnya telah *

31

Page 32: Mutiara Syahadah

berkatalah mereka itu sekalian atas bahawasanya, “Barangsiapa orang yang bebal (bodoh) yang tiada tahu ia akan makna dua kalimah itu nescaya tiada diperolehnya baginya (tidak ada padanya) agama Islam akan tetapi orang itu daripada kafir Majusi jua ia * iaitu tidak boleh dimakan sembelihannya, tiada halal menikah dia, tiada boleh ia menerima pusaka dan tidak boleh dipusakai akan hartanya itu oleh kaum kerabatnya yang Islam kerana ia telah menjadi kafir”.

Berkata ulamak yang lain pula, “Barangsiapa orang yang tiada tahu akan maknanya dua kalimah itu maka dia itu adalah terdiri dari orang yang kafir jua dan dikekalkan di dalam neraka sekalipun ia sembahyang lima waktu sehari semalam, puasa di bulan ramadhan dan naik Haji ke Baitillahilharam.

Maka kedua-dua saksi di atas adalah termasuk di dalam kata-kata ulamak tersebut iaitu mereka menjadi kafir dan kekal di dalam neraka kerana buta dan tulinya mereka dalam mengenal akan dua kalimah itu. Ia menjadi saksi palsu kerana membuat pengakuan palsu serta membohongi Allah dan RasulNya. Ia telah melakukan pembohongan yang amat besar kerana mengaku mengenal mereka padahal ia jahil tentang keduanya itu. Ia sebenarnya hanya kenal nama ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ sahaja dan tidak pula berusaha untuk mendekatinya dengan menyerahkan dirinya kepada guru mursyid agar dirinya dapat dibimbing dan dipandu ke arah mentauhidkan Allah s.w.t. dan mengisbatkan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. di dalam mengetahui dan mengenal akan dua kalimah tersebut.

Jesteru itu barangsiapa yang ingkar ia dalam mengendalikan dirinya agar dapat belayar dengan sempurnanya di dalam lautan samudera dua kalimah syahadah, maka bersiap sedialah ia untuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya. Sungguhpun dua kalimah syahadah itu singkat dan sedikit sahaja hurufnya, namun ia mencakupi seluruh perkara mengenai Zat Allah dan RasulNya yang wajib diketahui dan dipercayai oleh seluruh umat yang beriman.

Saksi Hakiki – Iaitu seseorang yang mempelajari Aqaidul Iman yang terkandung di dalam dua kamilah syahadah itu, mengimaninya serta mengamalkan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w serentak melalui lidah, anggota dan hati di semua tempat, semua masa dan dalam apa jua keadaan sekalipun (mentauhidkan Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah). Menerima akan dua kalimah syahadah melalui sanad yang sahih (ketika sampai umur akil baligh) dari guru mursyid yang berhubung tangan sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Penerimaan syahadah dengan cara begini (Ijazah) adalah perlu kepada guru itu adalah sebagai saksi tanda kita menerima Islam, firman Allah:

Maksudnya: Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil

Guru yang dimaksudkan di sini ialah “Ulamak” yang menjadi pewaris pusaka (pusaka Iman, Islam, Ihsan) daripada Rasulullah s.a.w. Mereka ini adalah terdiri daripada golongan ahli sufi yang sebenarnya (mahir dalam ilmu fiqh, ilmu tauhid dan ilmu tasauf serta mengamalkannya) iaitulah yang dipanggil “Ahlillah” dan “Ahli Akhirat”. (Guru ini tidak termasuk Ulamak Su’ – ulamak dunia, ulamak bisu atau ulamak kebendaan). Wallahu’aklam.

Kesimpulan dari huraian saksi ini nyatalah untuk menjadi saksi yang benar-benar tulen bukanlah dengan melalui jalan mudah atau memadai sekadar melafazkan syahadah dengan lidah sahaja tanpa ada sebarang saksi, tetapi jauh daripada itu. Yang menerima syahadah dengan lidah jasmani semata-mata tetapi ruhani juga perlu menerimanya serentak kerana untuk menyatakan iktiqadnya bukanlah anggota jasmani tetapi ruhaninyalah yang

32

Page 33: Mutiara Syahadah

bertanggungjawab. Maka saksi yang menyaksikan dua kalimah syahadah itu adalah kedua-duanya sekali dan serentak iaitu jasmani dan ruhaninya. Saksi yang sebenarnya yang menyatakan aqaidul iman itu ialah ruhaninya jesteru kedua-duanya itu adalah perkara ghaib sedangkan jasmani itu tempat (saksi) untuk menyatakan (menzahirkan) aqaidnya itu yakni menjalankan aqaidul iman itu.

Sehubungan dengan perkara di atas jelaslah pengucapan atau penyaksian akan kalimah syahadah itu ialah dengan ruh (£JŠMyHe), dengan fikiran * ( ), dengan perasaan * ( ) dan dengan amalan * ( ). Wallahu’aklam.

* pengertian Dua Kalimah Syahadah

Dua kalimah syahadah adalah dua kalimah yang tersangat hebat dan lagi maha agung. Kalimah ini jugalah yang menentukan keislaman dan kekafiran seseorang itu. Kalimah ini jugalah yang meliputi sekelian alam semesta. Dengan memiliki dua kalaimah syahadah ini jugalah seseorang itu diangkat menjadi Khalifah Allah bagi memerintah dan mentadbir alam yang maha luas ini. Dengan akhir kalimah ini jugalah seseorang itu akan ditempatkan di dalam syurga yang berkekalan. Subhanallah! Tidaklah dapat digambarkan betapa mulianya akan dua kalimah ini kerana ia merangkumi akan segala-galanya yang terdapat di alam maya pada ini. Bagi orang-orang yang celik mata hatinya maka akan ketaralah keagungan dan kemuliaan dua kalimah ini. Maka yang buta mata hatinya akan terus tetap dengan kedegilan dan kesombongan mereka terhadap kalimah ini. Jesteru itulah rahsia kemuliaan dan keagungan dua kalimah ini hanya Allah bukakan dan tunjukkan kepada mana-mana manusia yang bersedia membukakan pintu hatinya kepada menerima hidayah Allah Ta'ala, serta yang sanggup kembali semula kepada fitrahnya, iaitu kembali mengaku akan ketuhanan Allah s.w.t serta membenarkan Nabi Muhammad s.a.w itu sebagai utusan Tuhan.

Kemuliaan dua kalimah syahadah ini tidak ada tolak bandingnya; dengan kerana itulah Allah mewajibkan sesiapa jua samada lelaki atau perempuan menuturkan dua kalimah ini sekali seumur hidup dengan meniatkannya fardhu setelah sampai akli baligh (berakal dan sampai umur). Penerimaan dan melafazkan melafazkan dua kalimah ini hendaklah dilakukan pada yang ahli pada babnya iaitu ulamak-ulamak yang sahih yakni sahih salasilahnya hingga kepada Rasulullah s.a.w. Ulamak-ulamak atau ahlinya yang fasiq atau yang ‘asi tidak layak mengajarkan akan dua kalimah ini kepada yang ingin menerimanya kerana si penerima itu akan turut menjadi fasiq atau ‘asi sebagaimana orang yang mengajarkannya. Oleh yang demikian merujuk kembali kepada guru-guru atau ulamak-ulamak yang muktabar adalah penting sekali supaya dirinya yang mengaku Islam dan beriman itu mengikuti jejak langkah ulamak yang menjadi pewaris Rasul itu, dan akan dapat memelihara Iman dan Islam pada dirinya ruhani dan jasmani.

Bagaimana pula keadaannya akan diri orang-orang yang tidak mengikuti sunnah ini, iaitu sebagaimana tersebut di atas? Atau yang dilahirkan di dalam keluarga Islam – iaitu Islam baka atau Islam keturunan atau Islam tok nenek? Mereka ini dikira menderhaka ( * ) sepangjang hidupnya walaupun ia mengamalkan segala hukum-hukum Islam dan sekiranya ia mati ia dikira mati dalam keadaan mendehaka, firman Allah

Maksudnya: Dan kami dapati amal yang mereka kerjakan (yang baik-baik) lalu Kami pastikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.

Ada diantara mereka yang mengatakan kami telah dan sering menyebutnya di dalam sembahyang kami dan sebagainya; maka dikatakan kepada mereka bahawa ibadat

33

Page 34: Mutiara Syahadah

sembahyang itu atau lain-lain ibadat itu datangnya setelah ia menerima terlebih dahulu akan dua kalimah itu yakni diIslamkan terlebih dahulu dirinya maka barulah datangnya ibadat-ibadat lain. Menerima dua kalimah syahadah itu bukanlah dilafazkan semata-mata tetapi hendaklah # ditasdidkan (dibenarkan) di dalam hati akan makna dan makninya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh sedangkan amal ibadat itu bukanlah sebahagian daripada Hakikat Iman tetapi jadi syarat kesempurnaan Iman.

Al-Imam As-Sanusi

“Bagi seseorang yang berakal, hendaklah memperbanyakkan menyebutnya (dua kalimah syahadah) dengan menghadirkan dalam hatinya akidah-akidah Islam yang terkandung padanya sehingga sebati, maknanya dengan daging dan darahnya. InsyaAllah, ia akan diperlihatkan berbagai rahsia keajaiban yang tidak terhitung”.

(Ummulbarahin – Imam As-Sanusi)

Menurut hadis Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: Sebaik-baik apa yang aku katakan dan Nabi-nabi sebelumku ialah; kalimah tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa yang tidak ada bersekutu baginya.

(Riwayat Imam Malik – Mutawatta’)

Mengapakah Perlu Menerima Kembali Dua Kalimah Syahadah ini?

Mengucap dua kalimah syahadah bersendirian atau dengan ikut-ikutan dengan meniatkan telah Islam tidaklah termasuk di dalam syarat-syaratnya. Kalimah yang beitu agung bukanlah boleh dijadikan bahan senda gurau sahaja. Sekiranya dibenarkan ucapan itu besendirian sahaja siapakah pula yang akan menjadi saksi bagi membernarkan keislamannya itu? Atau bolehkah ia mengambil sebarangan orang untuk mejadi saksinya? Bukankah orang yang tiada hubungan dengan Rasulullah itu terdiri dari orang-orang yang ‘asi atau saksi-saksi yang fasiq?

Firman Allah:

Maksudnya: Pada hari kiamat Kami panggil manusia dengan imamnya . (Al-Isra:71)

Sesungguhnya tiap-tiap manusia ada penjaganya. Adam menjadi penjaga bagi umat-umatnya. Idris bagi umat-umatnya dan begitu jugalah dengan umat-umat yang lain, mereka bersama-sama Rasul mereka. Pada hari kiamat kelak mereka ini akan dibangkitkan bersama-sama Rasul (Imam) mereka itu serta mengikuti akan sunnah yang dibawa olehnya. Bermulanya dengan adam dan zamannya berlalulah masa demi masa, zaman demi zaman, dari satu Rasul ke satu Rasul yang lain bersama dengan umat mereka sehingga tiba kepada zaman Nabi besar kita Muhammad s.a.w.. Maka beruntunglah umat-umat yang berada dimasa dan sezaman dengan baginda s.a.w.. Sesungguhnya Muhammad itu menjadi Imam bagi seluruh umat manusia sehingga hari kiamat. Umat yang berbahagia ialah umat yang mengambil kembali sunnah baginda melalui tangan sahabat-sahabat baginda, Tabi’in-tabi’in, Tabi’in-ittabi’in dan seterusnya berhubung tangan melalui Ulamak-ulamak yang menjadi pewaris kepada Nabi s.a.w., seperti sabda Nabi s.a.w.:

34

Page 35: Mutiara Syahadah

Maksudnya: Ulamak-ulamak itu ialah mewarisi pusaka (syahadatain – pusaka Iman, Islam dan Ihsan) daripada Rasul.

Kini masa diantara kita dengan Nabi Muhammad s.a.w. telah melebihi 1400 tahun, suatu jangka masa yang terlalu jauh. Rasulullah telah meniggalkan kita bersama-sama dengan sunnahnya yang tak pupus dek zaman dan tak lapuk dek masa iaitulah Al-Quran dan As-Sunnah (Al-Hadis) serta para pejuang Sunnatullah dan Sunnahnya Rasulullah s.a.w. yang masih wujud lagi sehingga ke hari kiamat. Sesungguhnya mereka-mereka inilah pejuang warisan sejati yang menjadi pewaris Nabi s.a.w. yang menerima kembali warisan Pusaka Addin daripada Rasulullah s.a.w., berjanji setia dengan baginda (sebenarnya berjanji setia dengan Allah) melalui ikrar dua kalimah syahadah; menjadikan baginda guru yang agung serta contoh tauladan yang sebaik-baiknya pada zahir dan batinnya bersepakai seumpama barang yang Allah kurniakan kepadanya, walaupun sebesar zarah, di atas makna sekeliannya dan juzuk-juzuknya sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: Ya Tuhan Kami! Dan berikanlah apa yang telah engkau janjikan kepada Rasul-rasulmu, dan jangalah engkau hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya engkau tiada memungkiri janji.

(Ali Imram:194)

Siapkah yang harus kita ikuti bagi mencontohi jejak langkah Rasulullah s.a.w.? Iaitulah ulamak-ulamak pewaris Nabi yang terdiri daripada golongan ‘Ahlillah’ yang tepat iktiqadnya di atas mazhab Usuluddin, yang sah syariatnya di atas mazhab Fekah dan yang benar ubudiyyahnya (Ihsan) di atas mazhab Tasauf dan beramal akan mereka itu pada zahir dan batinnya seumpama Rasulullah, sahabat-sahabat dan para soleh. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung.(Al-Qalam:4)

Allah memuji Nabi Muhammad s.a.w.: Sesungguhnya baginda mempunyai akhlak keagamaan yang agung dan budi pekerti yang mulia, kerana Allah telah menghimpunkan kepada dirinya ketinggian martabat dengan mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Alangkah agungnya kurnia serta pangkat yang disandang oleh baginda dari Tuhan yang Maha Tinggi lagi Mulia. Sesungguhnya diantara budi pekertinya yang mulia ialah bersifat sebagai orang alim, penyantun, sangat pemalu, kuat beribadat, pemurah, penyabar, suka bersyukur, merendah diri, zuhud yakni tidak mementingkan kemewahan dunia, belas dan kasihan, baik pergaulannya dengan beradab sopan dan lain-lain sifat yang mulia dan perangai yang sangat terpuji lagi diredhai. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya pada diri Rasulullah terdapat contoh yang baik untuk kamu (teladani), iaitu bagi siapa yang mengharapkan (pahala dari) Allah dan (menemui) hari kemudian dan yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya.

(Al-Ahzab:21)

Iaitu pada diri Muhammad terdapat contoh-contoh dari jejak langkah, perjalanan dan riwayat hidupnya yang penuh dengan sifat-sifat yang baik, terpuji dan mulia untuk dituruti dan diteladani.

35

Page 36: Mutiara Syahadah

Contoh-contoh yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. sungguh jelas sekiranya engkau mahu dan suka meneladaninya. Dan kamu pasti dapat meniru jejak langkahnya yang baik sekiranya kamu bersedia mengorbankan masa dan wang ringgit kamu bagi menghadiri majlis-majlis taklim dari guru-guru yang alim yang berhubung kembali melalui guru-guru mereka sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w.. Jalan untuk menjejak perjalanan Rasul itu bukanlah dengan hanya mendengar cerita-cerita atau membaca dari buku-buku sejarah semata-mata tetapi hendaklah menerima kembali terlebih dahulu akan pusaka daripada baginda s.a.w. iaitu Pusaka Addin melalui ucapan talqin dua kalimah syahadah dari pewaris baginda. Maka dengan mengikuti jejak tersebut pasti kamu akan terhindar dari siksa yang kamu takuti.

Rasulullah s.a.w. sebenarnya telahpun berjuang menegakkan agama Allah dan mempertahankannya bermati-matian. Baginda sendiri pernah pergi berperang di dalam banyak medan peperangan memimpin bala tenteranya. Di dalam perang Ahzab baginda sendiri turut keluar besama sahabat-sahabatnya menghadapi musuh disebalik parit dan longkang besar (khandak). Malah di medan perang uhud baginda teguling kerana terkena pukulan musuh menyebabkan luka-luka dimukanya dan patah gigi serinya, disamping kehilangan bapa saudaranya iaitu Hamzah b. Abdul Mutalib yang gugur mati syahid di medan perang dan kerap baginda menahan sahaja perasaan kurang senang yang berkobar-kobar di dalam jiwanya. Tujuannya semata-mata mengharapkan pahala daripada Allah, serta banyak bersyukur di atas nikmatNya dan redha menerima nasib yang ditakdirkan Allah keatasnya.

Perjuangan Rasulullah s.a.w. di medan perang tidak pernah menggunakan ilmu supaya badannya menjadi kebal, supaya badannya tak terjejas oleh senjata, atau boleh menghilang, tidak kelihatan dan lain-lain ilmu yang ganjil-ganjil. Kecualilah Tuhan memberinya mukjizat, itu sebagai tanda menguatkan kerasulannya. Tetapi adakah semata-mata berdasarkan kekuatan semangat dan fizikal sahaja Rasulullah bertempur di medan perang itu? Adakah apabila mendengar adanya perang terus sahaja mencapai senjata lalu pergi bertempur di medan perang dan mengharapkan Allah memberi kemenangan?

Sebenarnya Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan contoh teladan yang baik iaitu menyuruh para sahabatnya menyiapkan diri dengan ilmu peperangan berserta dengan alat kelengkapan perang supaya pihak musuh sentiasa gentar dengan orang-orang Islam. Suruhan ini setelah turunnya ayat: Surah Al-Anfal:60:-

Maksudnya: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persipan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.

(Al-Anfal:60)

Mereka persiapkan yang perlu disiap sediakan bukan setakat persiapan kelengkapan perang sahaja, tetapi termasuk juga kekuatan keruhanian yang berteraskan kekuatan Iman, Islam dan Ihsan. Latihan untuk mendapatkan kekuatan ini bukanlah semata-mata mengharapkan hasil datang dari berzikir sahaja, tetapi hendaklah dijalankan melalui latihan yang sebenarnya seumpama seolah-olah berada dimedan perang dalam keadaan membesarkan Allah, bertakbir dalam mentauhidkan Allah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah terhadap para hulubalang perangnya. Maka dengan yang demikian itu barulah terzahir segala kekuatan samada kekuatan jasmani ataupun kekuatan keruhanian pada diri pejuangnya itu. Iman mereka bertambah teguh dan yakin dan hilang rasa gentar untuk berjuang di medan jihad. Dikala itu, bagi pejuang hulubalang jihad itu hilanglah kekhuatiran terhadap apa jua jenis senjata sekalipun kerana jiwa mereka telah dikuasai oleh Iman yang tinggi – kerana

36

Page 37: Mutiara Syahadah

sesungguhnya tiada suatu senjatapun yang memberi bekas melainkan Allah menghendaki mereka syahid!

Dalam menjadikan dirinya contoh teladan yang baik kepada umatnya, terutama dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t., tidaklah sampai baginda mengasingkan diri daripada masyarakat dengan bertapa di gua-gua sehingga beberapa tahun lamanya untuk mendapatkan hikmah kebatinan; berkelana sebagai fakir yang merempat dengan pakaian compang-camping yang tak terurus – konon-kononnya telah mencapai darjah ‘fakir’; memaksa diri dengan amalan kepadrian – tidak berkahwin kerana berkahwin itu menyusahkan diri untuk beribadat kepada Allah (ruhaniah); melampau-lampau dalam agama dengan memandang dirinya sahaja yang betul dan sesetengah amalan ahli tarikat yang sesat kerana mereka itu menyamarkannya sebagai syariat sedangkan dia bukan syariat, sehingga ada pula yang bersependapat apabila seseorang itu sudah samai ke maqam makrifat tidak perlu lagi kepada syariat, dan ada yang mengambil jalan mudah dengan melompat terus mempelajari Ilmu Hakikat tanpa ada asas syariat dan tauhid kerana kata mereka inilah ilmu yang sebenarnya; dan sesetengahnya pula beramal dan bergantung dengan amalan-amalan yang diterima dalam mimpi dan sebagainya. Kalaulah hal-hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pasti ada diabadikan di dalam kitab suci Al-Quran atau tersebut di dalam hadis sahih.

Sesungguhnya Allah memperingati kepada orang-orang yang menghendaki dan mengharapkan pahala dari Allah, dan percaya pula akan adanya hari akhirat, hendaklah memperbanyakkan zikir mengingati Allah. Kerana sesiapa yang selalu mengingat Allah pasti menjadi orang yang patuh dan taat kepada Allah, dan terlaksanalah contoh dari Rasul itu diteladani.

Jenis Golongan Yang Ditegah Oleh Allah Mengikuti dan Mencontohinya.

Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang menjualkan perjanjian Allah dan persumpahan mereka – dengan wang yang sedikit – mereka itu tiada mendapat bahagian mereka di akhirat, Allah tiada berkata-kata dengan mereka, tiada dipandangNya mereka pada hari kiamat, tiada dibersihkanNya daripada dosa dan bagi mereka itu seksa yang pedih.

(Ali-Imran:77)

Ulamak Dunia – Iaitu orang yang mengetahui hukum yang zahir seperti mengetahui halal dan haram, sah dan batal, makruh dan mubah, sunat dan fardhu, rukun dan syarat, dan yang mengetahui hukum yang ada pada dunia seperti hukum nikah – sah dan batalnya; dan hukum berniaga sah dan batalnya, halal dan haramnya, dan mengetahui hukum antara perbantahan segala manusia serta kasih akan dunia dan kemulaannya.

Bahawasanya Allah mengancam orang yang memungkiri janji dengan penyeksaan yang pedih, tidak akan memberikannya rahmat atau belas kasihan dan tidak akan mendengarkan rayuan minta keampunan. Perbuatan memungkiri janji atau berkhianat itu akan mengakibatkan bencana yang amat besar dan dosanya pun lebih besar dari segala dosa yang besar. Kerana bilamana seseorang itu telah mungkir dengan janjinya, hilanglah kepercayaan orang kepadanya. Sedang kepercayaan itu pula adalah barang yang sangat berharga. Dialah yang dapat menjamin kekalnya perhubungan manusia dan terkawal * perpaduan serta keamanan dan ketenteraman hidup.

37

Page 38: Mutiara Syahadah

Inilah apa yang berlaku kepada ulamak dunia, ramai diantara mereka yang mensia-siakan kepercayaan orang ramai sehinggakan ramai yang terpengaruh dengan mereka ini untuk menolak kebenaran yang sebenarnya. Ilmu yang ada pada mereka tidak digunakan bagi mengajak manusia kepada Allah, tetapi disalah gunakan untuk kepentingan keduniaan mereka. Hilangnya kepercayaan orang itu adalah disebabkan banyaknya janji-janji yang tidak mereka tepati dan banyaknya amanat-amanat yang tidak mereka tunaikan. Maka bilamana kepercayaan orang telah mula luntur, alamat perpaduan akan menjadi lebur sebagaimana runtuhnya perpaduan umat Islam hari ini akibat peranan ulamak-ulamak ini yang rakuskan kemuliaan dunia yang berupa bangkai itu!

Keimanan diertikan juga dengan kepercayaan. Dan keimanan terhadap Allah tidak dapat dipertemukan dengan keingkaran atau pengkhianatan terhadap janjiNya. Kedua-duanya saling bertentangan. Tegasnya, tidak dapat dikatakan seseorang itu beriman selagi ia khianat atau mungkir terhadap janjinya. Ulamak-ulamak yang mendakwa diri mereka ulamak dan yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan telah lalai dan cuai dalam menunaikan tanggungjawab mereka lantaran mereka takut ditimpa kesusahan akibat dari mengatakan benar; mereka bimbang hilang kesenangan duniawi yang mereka nikmati dan sedang kecapi sekiranya mereka menegakkan api kebenaran yang haq. Biarlah tunaikan janji Allah sedikit-sedikit sahaja dan mengatakan kebenaran yang perlu-perlu sahaja supaya tidak tertekan dan ditindas oleh pemerintah yang seumpamanya. Allah telah mengecap golongan ini dengan firmanNya:

Maksudnya: Dan mereka berkata demikian semata-mata dusta terhadap Allah padahal mereka mengetahui.

(Ali-Imran:75)

Sesungguhnya mereka telah banyak mendustakan ayat-ayat Allah iaitu dengan meberi tafsiran-tafsiran yang sesuai dengan pendapat dan nafsu mereka dan juga yang diminta oleh pihak pemerintah. Ini sering berlaku terutama bilamana keadaan sedang terdesak oleh suatu keadaan, sedang dihadapannya tersergam kemewahan, terbentang nikmat-nikmat yang kebetulan sedang dinikmati dan dimiliki oleh orang lain yang dapat membutakan mata hati serta mengkhayalkan fikiran mereka, ingin pula ia untuk menikmatinya dengan kata mereka untuk merasai nikmat dunia. Mereka ini diumpan dengan ganjaran-ganjaran yang lumayan dari golongan tertentu bagi mengeluarkan fatwa-fatwa untuk kepentingan golongan tadi. Lalu dicipta dan dikaranglah akan risalah-risalah serta buku-buku yang diarahkan oleh golongan tadi dengan pembiayaan beribu-ribu ringgit, dan disebarkanlah ke sana ke mari untu mempengaruhi umat manusia supaya mahu mengikut teorinya, mahu menjadi peserta rancangan yang diusahakannya, dan berbangga-banggalah mereka bahawa rancangan mereka telah berjaya.

Inilah dia golongan-golongan ulamak yang mendapat bayaran dari pemerintah. Ia sembunyikan isi Al-Quran dan tiada diterangkannya kepada manusia kerana takut akan diberhentikan dari pangkatnya dan hilang ganjarannya, apa lagi jika perbuatan pemerintah itu terang-terangan bertentangan dengan petunjuk Al-Quran. Maka ulamak-ulamak seperti inilah yang dinamakan yang menjual ayat Al-Quran dengan harga murah dan wang yang sedikit. Ulamak yang seperti ini tidak mahu mengeluarkan fatwa yang haq bila bertentangan dengan peraturan pemerintah, tetapi ia hanya mengeluarkan fatwa apabila perkara itu menguntungkan pemerintah biarpun ragu-ragu.

Mereka ini sanggup melemparkan janji mereka dengan Allah dibelakang punggung mereka, dan mereka menjual isi kitab itu dengan harga yang murah seolah-olah Kitab Allah itu tidak mempunyai nilai di sisi mereka sebab itulah mereka sembunyikan isinya dan tiada

38

Page 39: Mutiara Syahadah

mereka amalkan kerana takut akan rendahnya darjat mereka atau kurang gaji yang didapatinya, bila diterangkan kepada manusia. Mereka hanya pandai berkata-kata perkara-perkara yang disuruh sahaja sedangkan mereka sendiri takut untuk melaksanakannya. Allah mengecam di dalalm firmanNya:

Maksudnya: Bahkan! Mereka itu berdusta. Barangsiapa setia dengan janjinya lagi takut maka sesungguhnya Allah mengasihi (memberi pahala) orang-orang yang takut itu.

(Ali-Imran:76)

Ingatlah wahai ulamak-ulamak dunia, kamu telah melakukan satu kesalahan dan dosa terhadap penganiayaan kamu terhadap orang-orang yang mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar dari kamu. Segala amanat yang diletakkan di atas kepala kamu telah kamu khianatkan demi kepentingan pihak pemerintah yang berhati dunia. Sepatutnya kamu menunaikan hak orang tepat pada waktunya tanpa menunggu tuntutan bertalu-talu adalah adat lembaga dan satu sunnah yang diamalkan oleh orang-orang soleh yang beriman dan cara itulah pula yang menjadi pengajaran agama.

2 Macam Janji Yang Sering Dimungkiri Oleh Ulamak Dunia

1. Janji kepada sesama manusia; yang merupakan sebarang perjanjian atau amanat yang dipertaruhkan menjadi harapan kepada umat manusia untuk mengepalai mereka sebagai pemimpin ummah kearah menuju Islam yang hakiki; tetapi inilah yang mereka mungkiri, sebaliknya mereka mengepalai nafsu mereka sendiri dan nafsu pemerintah yang mereka berada dibawahnya dengan wang yang sedikit.

2. Janji kepada Allah Ta'ala: iaitu perkara yang mesti ditunaikan oleh setiap orang Mukmin kepada Allah, dengan mengikuti perintahNya dan mengamalkan syariat yang disampaikan oleh rasulNya. Tetapi malangnya mereka hanya bercakap kepada orang ramai sahaja sedangkan dihadapan pemerintah atau raja mereka tunduk membisu seribu-bahasa, mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang mereka perkatakan; mereka membaca doa dihadapan pemerintah atau raja lebih khusyuk daripada mereka berdoa dihadapan Allah s.w.t.. Maka dengan sebab itulah Allah s.w.t. mengecap mereka sebagai pendusta.

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan

Maksudnya: Tidak ada keimanan bagi orang yang tidak punya amanah, dan tidak ada keagamaan bagi orang yang tidak menepati janji.

Bahkan orang yang demikian itu munafiq namanya – sebagaimana yang dikatakan oleh Nabi s.a.w.:

Maksudnya: Tandanya orang yang munafiq itu tiga; Jika berkata dusta, jika berjanji mungkir, dan jika diberi kepercayaan khianat.

Hindari diri kamu wahai manusia dari ulamak-ulamak jenis ini kerana tercium baunya saja sudah cukup untuk membinasakan iman kamu. Mereka inilah yang menyebabkan runtuh dan hacurnya kerajaan Islam dahulu-kala dan dimasa kini, keadaan yang sedang berlaku. Mereka inilah jenis manusia kikir yang menyembunyikan isi alqurang demi menjaga

39

Page 40: Mutiara Syahadah

kepentingan diri mereka. Jadikanlah garis panduan di atas sebagai pemisah diantara kamu dan mereka agar terperlihara Iman, Islam dan Ihsan kamu!

Pengertian Ulamak

Pengertian ulamak adalah dari kata jamak (plural) dari perkatan ( * ). Walaupun dari segi bahasanya ia merujuk kepada orang yang berilmu, akan tetapi penggunaannya dari segi tradisional berakarkan penggunaan yang diamalkan oleh Al-Quran, Rasulullah s.a.w.. Pengertiannya yang khusus dan istilah boleh difahami dari sumber-sumber yang telah dijelaskan, penggunaan perkataan ini di Alam Melayu banyak merujuk kepada penggunaannya di dalam konteks maksud tradisional atau ilmu agama secara khusus. Firman Allah:

Maksudnya: Dan perumpamaan-perumpamaan yang demikian itu Kami buatkan untuk manusia. Dan tiada yang memikirkan melainkan orang-orang yang berilmu pengetahuan.

(Al-Ankabut:43)

Perumpamaan-perumpamaan yang ditampilkan di dalam Al-Quran ialah untuk memberi pendekatan kepada manusia, yang mempunyai fahaman yang sangat jauh dari kebenaran. Perumpamaan-perumpamaan yang serupa itulah yang akan menghuraikan apa jua masalah yang mereka hadapi, dan menerangkan kepada orang-orang yang kurang faham akan hukum-hukum Allah. Adapun yang dapat memahami kesimpulan dan pengajarannya serta meperhatikan pengajaran tersebut hanyalah orang-rang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan suka merenungkan kesudahan sesuatu perkara.

Adalah diriwayatkan dari Jabir, bahawasanya Nabi s.a.w. setelah membaca ayat ini lalu baginda bersabda:

Maksudnya: Orang alim itu ialah orang yang difahamkan Allah Ta'ala, lalu beramal dengan mentaatiNya dan menjauhi kemukaanNya.

(Riwayat Al-Bukhari)

Yakni orang yang alim ini ialah orang yang mentalitinya terbentuk oleh ajaran Allah yang benar, yang memiliki cahaya kebenaran dan kekuatan yang haq, dan yang dapat mengeluarkan manusia daripada syirik kepada Tauhid Allah.Firman Allah:

Maksudnya: Hanyasanya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambanya ialah para ulamak (orang-orang yang berpengetahuan).

(Al-Fatir:28)

Orang-orang takutkan Allah (menghindarkan diri dari seksaNya) dengan mentaatiNya, tidak lain hanyalah para ulamak yang mengetahui kekuasaan Allah di atas segala sesuatu disamping meyakini adanya seksa yang dikenakan kepada orang-orang yang berbuat maksiat.

Mengikut kata Ibnu Abbas: Orang yang alim itu ialah orang yang mengetahui tentang Tuhan yang Pengasih kepada hambaNya, orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, menghalalkan apa yang dihalalkanNya, mengharamkan apa yang diharamkanNya, memelihara pesananNya dan dia yakin bakal menemuai Tuhan yang mengira amalannya.

40

Page 41: Mutiara Syahadah

Kata Hasan al-Basri pula: Orang alim ialah orang yang takutkan Tuhannya yang pengasih dalam keadaan tidak kelihatan, dan gemar kepada perkara yang Allah gemar kepadanya, dan menjauhi perkara yang Allah murka kepadanya.

Peranan Ulamak

Firman Allah:

Maksudnya: Sesugguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah.( * Al-Fatir:29)

Yakni membaca yang dimaksudkan itu ialah ‘mengikut dan menurut’ kerana membawa Al-Quran sahaja tanpa mengamalkan isinya tidaklah mendatangkan manafaat dan faedah. Ada hadis yang menyebutkan:

Maksudnya: Boleh jadi ada si pembaca Quran, sedangkan Quran itu pula melaknatnya.

Kenyataan ini mebawa erti, bahawa para ulamak itu ialah yang arif dan berilmu mengenai kitab suci Al-Quran yang dibacanya dan mengamalkan pengajarannya. Andaikata mereka tidak berbuat demikian para ulamak yang dikatakan orang yang berpengetahuan itu akan dilaknat oleh Quran.

Ibnu Rajab al-Hanbali (736 Hijrah) menerangkan bahawa para Ulamak silam membahagikan “ulamak” kepada 3 kategori

1. Alim tentang Allah dan alim tentang perintahNya.2. Alim tentang Allah, dan tidak alim tentang perintahNya.3. Alim tentang perintah Allah dan tidak alim tentang Allah.

Yang paling sempurna ialah yang pertama iaitu yang takut kepada Allah, mengetahui hukum-hukumNya.

Syeikh Mohd. Ali As-Sabani dalam kitabnya Safwatu’t-Tafasir, menghuraikan ayat yang bermaksud;

‘Hanyasanya yang takut kepada Allah ialah para ulamak’menegaskan bahawa: “Ulamak itu takut kepada Allah kerana mereka benar-benar tahu akan Allah”.

Ibnu Kathir mengatakan bahawa: Ulamak takut kepada Allah mereka orang yang arif akan Allah. Kerana semakin sempurna pengetahuan seseorang tentang Allah semakin bertambahlah perasaan takutnya kepada Allah.

Ibnu Tamiyah dalam bukunya Raf’ul Malam’am a-immati’l-A’lam menulis:“Orang-orang Islam wajib bersetia dengan Allah dan RasulNya. Selepas itu mereka wajib bersetia dengan para Mukmin seperti yang disebutkan oleh Al-Quran. Khasnya para ulamak sebagai pewaris para Nabi yang diibaratkan oleh Allah sebagai binatang-binatang yang menjadi petunjuk di daratan dan di lautan”.

Rasulullah menegaskan bahawa ulamak pewaris Nabi; Mereka itu tentulah orang-orang yang mewarisi lmu yang dibawa dan diajarkan oleh Rasulullah iaitu ilmu agama.

41

Page 42: Mutiara Syahadah

Syeikh Abd. Aziz al-Badr (Ulamak Iraq) di dalam kitabnya Al-Islam Bainal Ulamak wal Hukkum telah menamakan orang-orang yang terkhusus (yakni mendalaminya) sebegai ulamak fuqaha dan mujtahidin. Ulamak berdasarkan ayat 28 surah Fatir dan berdasarkan Al-Hadis riwayat Muslim dan Bukhari yang bermaksud:

“Allah merenggut ilmu dengan renggutan begitu sahaja dari orang ramai, tetapi Allah merenggut ilmu dengan mengambil (nyawa) ulamak”.

Manakala fuqaha pula berdasarkan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat dan Al-Hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa yang Allah berkehendakkan kebaikan untuknya, difahamkannya tentang agama dan Allah ilhamkan kepadanya kewarasan”.

Adapun mujtahid ialah dari perakuan Baginda s.a.w. terhadap ucapan Mu’az bin Jabal apabila diutuskan ke Yaman beliau ditanya: “Apabila engkau tidak dapati hukum dalam Al-Quran dan Sunnah maka atas dasar apakah engkau akan mengadili perkara (tertentu)?” Beliau menjawab: “Ajtahidu Ra’yi wala alwi”, yakni saya akan berijtihad dan tidak akan melengah-lengahkan.” (Riwayat Abu Daud dan Baghawi).

Kenyataan ulamak pewaris Nabi disebut oleh ulamak Islam adalah berdasarkan Al-Hadis berkenaan, Al-Hadis itu menjelaskan bahawa para Nabi tidak meniggalkan dinar dan dirham tetapi yang mereka wariskan ialah al-ilmu. Alif lam dalam perkataan al-ilmu di sini mempunyai ertinya yang tersendiri dalam ilmu balaghah. Ilmu yang diwariskan itu ialah ilmu Ad-Din. Ilmu inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam al-Hadisnya yang bermaksud:

“ Dari setiap generasi akan tampil tokoh yang paling baik mendukung (ajaran) ilmu agama ini. Mereka menyanggah usaha menyelewengkan ajarannya oleh orang-orang yang sesat, menolak pengeliruan orang yang keliru serta ta’wil orang-orang yang jahil”.

Dalam Al-Hadis riwayat Abi Musa r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Hidayah dan al-ilmu yang aku diutus membawanya oleh Allah umpama hujan yang turun menimpa bumi. Ada (yang menerima) tanah yang baik. Tanah (tersebut) menerima (menyerapi) air lalu menumbuhkan tanaman dan rumput-rumput yang banyak. Ada yang menimpa tanah yang (ajaib) setakat boleh menakungkan air sahaja. Takungan ini memberi faedah kepada orang ramai. Ia menjadi sumber minuman bagi mereka dan bagi ternakan serta tanaman mereka. Ada pula yang menimpa tanah Qian iaitu yang tidak dapat menakung air, tidak pula menumbuhkan apa-apa tanaman. Demikianlah perumpamaannya; orang-orang yang mengetahui agama Allah kemudian mengambil manfaat dari ilmu yang Allah utuskan aku membawanya, lalu mereka pelajari dan mengerjakannya. Dan demikian pulalah perumpamaannya orang yang tidak mengangkatkan kepalanya, tidak menerima petunjuk Allah yang aku diutuskan kerana membawanya.“Muttafaqun alaihi”(Minhaj as-Salihin oleh Syeikh Izzuddin Baliq, hl 2051)

42

Page 43: Mutiara Syahadah

Ilmu inilah yang disuruh disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan katanya: “Sampaikahlah tentang (ajaranku) walaupun satu ayat (atau perkataan)”.

Beberapa Perkara Yang Berhubung Dengan Syahadah

Fardu Syahadah1. Mengikrarkan dengan lidah2. Mentasahdidkan # dengan hati akan maknanya

Kesempurnaan Syahadah1. Ilmu dengan dalil2. Diikrarkan dengan lidah3. Ditashdidkan # dengan hati4. Yakin hati.

Rukun Syahadah1. Mengisbatkan Zat Allah.2. Mengisbatkan Sifat Allah3. Mengisbatkan Af’al Allah4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah s.a.w.

Sah Syahadah1. Diketahui2. Diikrarkan3. Ditashdidkan4. Diamalkan

Membinasakan Syahadah2. Menduakan Allah3. Syak hati kepada Allah4. Menyangkal dirinya dijadikan Allah.5. Tiada ditashdidkan.

Pembaahagian Syahadah1. Syahadah Tauhid2. Syahadah Rasul

Syarat Syahadah

Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengikrarkan dua kalimah syahadah itu hendaklah mengikrarkan akan dia oleh orang yang kuasa dengan sebenar-benarnya. Maka kata sesetengah ulamak dari jumhur ulamak Asy’ari r.a. (qaul yang rojeh) iaitu menjadi syarat melakukan hukum yang bangsa dunia halnya dan tiada menjadi rukun Iman yang akhirat. Mengikut jumhur ulamak Maturidi r.a. pula tiada menjadi syarat itu tetapi menjadi rukun bagi mahiyah (æÄ£›) Imam yakni tiada sah Iman yang bangsa dunia dan Iman yang bangsa akhrat melainkan dengan ikrar dua kalimah syahadah sekalipun jikalau wujud # tashdid yang putus. Maka qaul yang kedua yang dimuktamadkan oleh Imam Abu Hanifah r.a.. Maka atas qaul yang awal lagi muktamad itu apabila # tashdid seseorang dalam hatinya yang putus halnya, tiada ikrar ia dengan dua kalimah syahadah halnya tiada mungkar ia dengan ikrar

43

Page 44: Mutiara Syahadah

jikalau disuruh ia dengan ikrar (yakni barangsiapa ada di dalam hatinya tashdid dan tiada pada lidahnya ikrar bukan kerana keluar yang mengahkan dia dan bukan kerana eggan atau bantahan), maka iaitu mukmin kepada Allah s.w.t. halnya dan tiada mukmin kepada manusia yakni kepada hukum syarak (iaitu mukmin pada batin jua kerana apa pada hatinya hakikat Iman dan tiada mukmin ia pada zahir kerana tiada tanda). Maka tiadalah diperlakukan atasnya segala hukum Islam seperti yang tersebut, tetapi adalah ia di dalam akhirat daripada isi syurga jua dan lepaslah ia daripada kekal di dalam nereka.

Dan barangsiapa tiada ada di dalam hatinya # tashdid, tatapi ada pada lidahnya ikrar seperti kelakuan orang munafiq, maka orang itu tiada mukmin pada batin (disisi Allah) kerana ketiadaan # tashdid. Adalah ia di dalam akhirat daripada isi neraka jua dan kekal di dalamnya kerana kufurnya. Akan tetapi dihukum ia mukmin ia pada zahir (di dunia) kerana ada ikrar, maka diperlakukanlah atasnya di dalam dunia segala hukum Islam yang telah tersebut itu. Dan tiada dihukumkan atasnya pada zahir dengan kufur melainkan apabila diketahui akan dia alamat yang menunjukkan atasnya disebut ikrarnya seperti sujud kepada berhala atau membuang Al-Quran pada tempat yang najis, maka pada ketika itu duhukumkan atasnya dengan kufur dan tiadalah diperlakukan segala hukum Islam tersebut itu.

Hakikat Iman

Makna Hakikat Iman pada loghat iaitu # tashdid ertinya membenarkan suatu samada yang dibenarkan itu Nabi atau lainnya. Makna hakikat Iman pada syarak atas perkataan segala ulamak muhaqiqin daripada Asy’ari dan Maturidi r.a. iaitu menyungguhkan dan membenarkan akan Nabi Muhammad s.a.w. dengan hati pada tiap-tiap barang yang dibawa oleh baginda s.a.w. daripada pekerjaan agama Islam dengan pengetahuan yang darurat sekira-kira mengetahui akan dia segala orang yang awam yang tiada berkehendak kepada dalil.

Maka adalah hakikat Iman kata mereka tiada bersusun iaitu # tashdid di hati jua akan yang tersebut itu. Adapun ikrar dengan dua kalimah syahadah iaitu bukan hakikat Iman hanya adalah ia jadi syarat pada melakukan segala hukum Islam di dalam dunia jua. Kata Syeikh Sa’idduddin di dalam syarah ‘Aqaid.. Qaul inilah yang dipilih oleh Abu Mansur Maturidi dikerana # tashdid di dalam hati itu sungghpun ia hakikat Iman, tetapi adalah ia batin tersembunyi. Maka tak dapat tiada baginya daripada ada alamat menunjukkan ia atasnya iaitu ikrar dengan dua kalimah syahadah supaya diperlakukan atasnya segala hukum Islam di dalam dunia.

Adapun dalil yang menunjukkan atas bahawasanya Iman itu # tashdid di dalam hati bukan ikrar dengan lidah iaitu:

Maksudnya: Merekalah yang disuratkan Allah di dalam hati mereka itu Iman.

Maksudnya: Dan hatinya tetap ia dengan Iman

Maksudnya: Tatkala masuk Iman di dalam hati kami.

Dan kata sesetengah ulamak seperti Imam Abu Hanifah dan Jemaah Asy’arob bahawasanya hakikat Iman itu bersusun daripada dua perkara:

1. # Tashdid hati akan yang tersebut itu2. Ikrar lidah dengan dua kalimah syahadah.

44

Page 45: Mutiara Syahadah

Maka atas qaul ini barangsiapa ada # tashdid di dalam hatinya akan yang tersebut itu tetapi tiada ada pada lidahnya ikrar dengan dua kalimah syahadah padahal kuasa ia atas ikrar orang itu tiada mukmin ia pada hukum zahir dan batin. Maka tiadalah ia daripada isi syurga hanya adalah ia daripada isi neraka dan kekal di dalamnya selama-lamanya.

Inilah dua qaul yang kedua daripada dua qaul yang masyhur daripada hakikiat Iman. Maka atas dua qaul ini adalah amal soleh itu jadi syarat sempurna Iman jua bukan rukun Iman.

Maka barangsiapa ada di dalam hatinya # tashdid akan yang tersebut itu, dan ada pada lidahnya ikrar dengan dua kalimah syahadah, dan tiada ia mengerjakan amal, maka orang itu mukmin jua tetapi tiada sempurna Imannya lagi derhaka ia sebab meniggalkan amal. Dan jika dikerjakan amal soleh, maka jadi sempurnalah Imannya. Tetapi jikalau ada ia mengerjakan pekerjaan yang mengkafirkan seperti sujud bagi berhala dengan ikhtiarnya atau membuangkan mushaf kepada segala tempat yang kotor dengn ikhtiarnya atau mengata kalimah kufur dan yang seumpamanya daripada perkara yang mengkafirkan, maka orang itu jadi kafir.

Dan jika ditakdirkan baginya ada ikrar dan tashdid dan amal sekalipun dari kerana bahawasanya syarak menjadikan ia akan pekerjaan yang tersebut itu alamat tanda mendustakan Nabi pada tiap-tiap barang yang datang ia dengan dia daripada agama maka jadi batal syarak ikrarnya dan # tashdidnya dan amalannya dengan alamat yang tersebut itu. Tetapi jika diketahui bahawa sujudnya itu tiada kerana membesarkan dia, dan tiada kerana mengiktiqadkan uluhiyyah padahal adalah hatinya tetap dengan # tashdid, maka tiadalah dihukum atasnya dengan kufur pada batin hanya dihukum atasnya dengan kufur pada zahir jua. Maka tiadalah diperlakukan atasnya segala hukum Islam yang tersebut itu. Demikianlah daripada Ibnu Hajar di dalam Tuhfah.

Syarat Lainnya bagi Syahadah

2. Disyaratkan ikrar dua kalimah syahadah itu dengan yakin dan jikalau bersamaan di dalam maknanya sekalipun, atas qaul yang rojeh.

3. Disyaratkan pula ikrar itu dengan bahasa Arab jikalau kuasa.4. Disyaratkan pula tertib ikrarnya yakni ikrar syahadah kepada Allah s.w.t. dulu

kemudian baru ikrar kepada Nabi Muhammad s.a.w.5. Disyaratkan pula muwallat (berturut-turut) antara dua kalimah syahadah atas qaul

Syeikh Ramli yang rojeh, dan setengah ulamak tiada menjadi syarat ia.6. Disyaratkan pula ikrar itu dihadapan raja atau naibnya atau qadhi (bukan yang fasiq

atau ‘asi) supaya zahir ia di dalam maksum (terpelihara) darah dan hartanya.

Kata Jumhur ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Imam Abu Mansor Maturidi, Syeikh Sanusi, Syeikh Muhammad Panjiji, ‘Abdussalam dan yang lain-lainnya r.a., wajib atas tiap-tiap orang yang mukallaf itu ikrar dengan lidahnya serta dengan niat dalam hatinya dalam enam perkara:

1. Ikrar dengan dua kalimah syahadah2. Ikrar dengan selawat dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w.3. Mengikrarkan a’uzubillahi minassyaito nirrojim (âË®šZ ãµÃ²šZ 㛠侚£…d“Z)4. Mengikrarkan Bismillah hir Rahman nir Rahim (âÊ®šZ ã¿Š®šZ 侚Z â±…)5. Mengikrarkan istighfar serta niat taubat daripada dosa besar dan dosa kecil.6. Mengikrarkan Alhamdulillah serta niat syukur kepada Allah s.w.t.

45

Page 46: Mutiara Syahadah

Hendaklah ikrar orang yang mukallaf itu terkandung keenam-enam perkara di atas serta diniatkannya wajib itu sekali di dalam seumur hidup. Dan apabila tiada mengikrarkan dalam enam perkara itu maka Iman orang itu sah jikalau ada ia asa anak cucu orang yang Islam, tetapi berdosa ia sebab meningalkan yang wajib iaitu meninggalkan ikrar dengan niat.

Kelebihan Dua Kalimah Syahadah

1. Hurufnya sebanyak 24 huruf dan kesemua hurufnya itu tiada bertitik kerana isyarat kepada sayugianya barangsiapa mengata dengan dua kalimah syahadah hendaklah dengan ikhlas hatinya.

2. Dan tiada sekelian daripada hurufnya bertitik itu isyarat kepada bahawasanya sayugia bagi barangsiapa mengata dua kalimah syahadah itu bahawa hendaklah suci hatinya daripada tiap-tiap barang yang lain daripada Allah Ta’ala.

3. Dua kalimah syahadah itu dua puluh empat huruf bahawasanya malan dan siang itu 24 jam, maka tiap-tiap satu huruf itu menutupi ia akan dosa tiap-tiap saat.

4. Dua kalimah syahadah itu 7 kalimah dan kerana maksiat itu tiada sunyi ia melalui datan ia daripada anggota yang tujuh jua; iaitu dua tangan, dua mata, dua kaki, lidah, perut, telinga dan kemaluan.

5. Isyarat pula tujuh kalimah itu kepada tujuh pintu Neraka Jahanam dan terkunci ketujuhnya serta tertutup sekelian pintu neraka itu terhadap orang-orang yang mengata dua kalimah syahadah itu. Maka inilah kurnia Allah bagi orang yang mengata akan tujuh kalimah syahadah ini mengikut perkataan ulamak.

6. inilah kalimah yang dinamakan dia Kalimatul Iman, Kalimatuttauhid, Kalimah * , Klaimatut Tayyibah, dan Kalimatus Syarifah.

7. Sedikitt kalaimah dan hurufnya tetapi banyak gunanya. Faedahnya itu terlalu banyak dan tiada boleh dihinggakan melainkan Allah sahaja yang mengetahuinya.

8. Inilah kalimah yang ringan pada sebutannya tetapi berat pada timbangannya.9. maka sayugianya atas orang yang berakal bahawa membanyakkan daripada menyebut

akan dia hal keadaan menghadirkan bagi barang yang meliputi atasnya daripada segala simpulan Iman dan sekurang-kurangnya menyebut pada segala Fuqaha 313 kali pada sehari semalam dan sekurang-kurangnya pada ahli Tasauf 12,00, dan yang dikehendaki di sini menghabiskan waktunya dan masanya (pada tiap-tiap waktu dan ketika) sehinggalah bercampur dengan daging dan darahnya. Dan yang afdhal bagi orang Islam bahawa ‘dimadkan’ dia melainkan disuruh oleh gurunya mempercepatkan dia.

46