bil 09 / 2009 edisi september -...

16
Bil 09 / 2009 Edisi SEPTEMBER Bil 09 / 2009 Edisi SEPTEMBER Projek Rumpai Laut PPK Semporna Kecemerlangan Projek Integrasi Ternakan Udang Marin Lahirkan Usahawan Di PPK Mersing Selatan Manfaat Daripada Buah Terung Ternakan Ayam Kampung Menguntungkan Para Penternak Hobi Jadi Kerjaya – Penternakan Arnab * * * * * Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Upload: haminh

Post on 22-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Bil 09 / 2009 Edisi SEPTEMBERBil 09 / 2009 Edisi SEPTEMBER

Projek Rumpai Laut PPK SempornaKecemerlangan Projek Integrasi Ternakan Udang Marin Lahirkan Usahawan Di PPK Mersing SelatanManfaat Daripada Buah TerungTernakan Ayam Kampung Menguntungkan ParaPenternakHobi Jadi Kerjaya – Penternakan Arnab

**

**

*

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Projek Rumpai Laut PPK SempornaOleh : Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)

MALAYSIA terkenal dengan perairan lautnya, terdapat air yang jernih serta keputihan pasirnya yang menarik.

Pada setiap tahun ribuan pelancong yang datang untuk melawat Malaysia. Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas adalah antara beberapa buah pulau yang menjadi tumpuan kewujudan terumbu karang yang mempesonakan dan menarik minat pencinta alam.

Rumpai laut sebenarnya mempunyai peranan ekologi yang sama seperti yang dimainkan oleh tumbuhan darat. Melalui proses fotosintesis, tumbuhan ini dapat menukarkan bahan bukan organik kepada bahan organik yang kemudiannya dapat digunakan oleh hidupan samudera yang lain. Oksigen yang dihasilkan boleh digunakan bukan sahaja oleh organisma samudera itu sendiri, malah juga oleh organisma yang hidup jauh di daratan.

Sebagai panduan didalam memelihara kesejahteraan alam, Pertubuhan Peladang Kawasan Semporna telah terpanggil untuk menjadi salah satu rangkaian pengkulturan rumpai laut khasnya didaerah Semporna. PPK membantu usahawan dan ahli yang berminat didalam projek ini agar dapat menikmati kehidupan lebih baik dengan pendapatan tetap RM600 hingga RM1,500 sebulan. Atas nasihat Lembaga Pertubuhan Peladang, Pejabat Daerah, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

dan Universiti Malaysia Sabah, projek ini terus mendapat sambutan yang menggalakkan khasnya kepada peserta dan usahawan yang benar-benar berminat.

PPK ini diterajui oleh En Sumarang Bin Chubung sebagai Pengurus Besar telah menjalankan projek tanaman rumpai laut ini secara berkelompok dengan penglibatan ahli Pertubuhan Peladang. Objektif yang sebenarnya adalah menjalankan usaha R&D untuk mengenal pasti spesis yang lebih bernilai komersil, menarik minat nelayan dan ahli untuk mengusahakan projek pengkulturan rumpai laut secara family farming serta meningkatkan sumber hasil perikanan/ akuakultur yang penting di peringkat nasional. Ia telah menjadi titik panduan kepada pengurus besar didalam menjayakan projek rumpai laut. Kini terdapat dua lokasi pengkulturan rumpai laut iaitu fasa 1 di Pulau Matapahi berkeluasan 200 ekar. Fasa 2 terletak Pulau Ligitan yang mempunyai keluasan 500 ekar.

Rumpai laut (seaweed) atau nama saintifiknya Euchema Cottonii (berwarna hijau, coklat dan putih) atau nama tempatan Agar-Agar. Ia tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut. Pengkulturan rumpai laut dimulakan di Sabah pada tahun 1978 oleh Aquatic Resource Limited, Hawaii dari Amerika Syarikat sehinggalah pada tahun 1980 diserahkan kepada Jabatan

Beri ta Transformasi Pertanian

� Lahir Peladang Progresi f

Perikanan Sabah. Di atas tanggungjawab pemeliharaan Agar-Agar memulakan kerja-kerja penyelidikan dan mengenal pasti tapak pengkulturan dan spesies rumpai laut yang bernilai komersial serta kaedah pengkulturan yang mudah, murah serta proses pengeringan.

Projek ini sesuai dilaksanakan di perairan Semporna yang mempunyai kriteria seperti :

a. Perairan laut terlindung b. Ketinggian ombak 1-2 kaki c. Saliniti 30-35 ppm d. Kualiti air laut yang baik e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang

KAEDAH PENGKULTURAN Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu :

3. Rawai (tangsi dan pelampung) 300’/unit (paling popular digunakan) pada kedalaman 2-5 m. Jumlah tanaman 6,500-9,500 pokok/ekar.

PRODUKTIVITI Purata produktiviti ladang rumpai laut di Semporna sebanyak 14,500 kg/ekar (rumpai laut basah).

HARGABerfluktuasi, pada mulanya RM0.80, RM1.00, RM1.20, sehingga kini mulai RM2.20, RM1.80, RM2.20 dan RM2.50/kg rumpai laut kering.

SUMBANGAN RUMPAI LAUT TERHADAP EKSPORTSub-sektor akuakultur menyumbang 10,705 tan metrik bernilai RM114 juta. Dianggarkan 60% dari nilai eksport tersebut dari akuakultur laut (ternakan udang : 48%, rumpai laut : 33%, ternakan ikan hidup : 14% dan moluska : 4%).

KEGUNAAN EKSTRAK RUMPAI LAUTRumpai laut diekstrak untuk menghasilkan Carrageenan. Antara lain kegunaannya sebagai bahan campuran dalam:-

1. Industri pembuatan cat. 2. Pembuatan shampoo, dakwat, tekstail, penyembur serangga. 3. Agen pembersih. 4. Sebagai bahan pengikat dalam industri pembuatan bahan letupan. 5. Sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan. 6. Industri farmasi (pengikat ubat-ubatan). 7. Bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan.

MASALAH INDUSTRI RUMPAI LAUTKeselamatan Gangguan lanun/perompak mengakibatkan pengkultur rumpai laut menghentikan usaha mereka kerana sering terjadi rompakan harta benda. Keselamatan yang tidak

1. Pancang (kayu belian dan tali nilon) ukuran 35’x35’/ unit pada kedalaman antara 0.3-1.5m. Jumlah tanaman 14,500 pokok/ekar.

2. Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength : 150-200 ibs) 15’x85’/unit pada kedalaman 3-10 m. Jumlah tanaman 7,700-11,500 pokok/ekar.

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f �

� Lahir Peladang Progresi fLahir Peladang Progresi f�

terjamin akan mempengaruhi bakal pengkultur yang ingin menceburi industri ini.

SikapAda beberapa nelayan yang mempunyai sikap negatif terhadap usaha yang dijalankan, di antaranya; tunggu dan lihat, tidak berkeyakinan, dengki/iri hati (tidak ingin melihat orang lain maju), sikap terlalu bergantung kepada bantuan/subsidi, tidak rajin dan komited terhadap kerja.

Tenaga Kerja Kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh para pengkultur rumpai laut menyebabkan kemajuan perusahaan menjadi lambat. Masalah ini diatasi dengan menggunakan tenaga kerja dari kalangan anggota keluarga.

PENYAKIT RUMPAI LAUT Ais-Ais (reput batang)Penyakit ini terjadi apabila tapak pengkulturan tidak mempunyai aliran arus air yang kuat dan pengawasan oleh pengkultur yang kurang memberikan perhatian kepada tanamannya.

Epiphytes (nama tempatan ‘sereng’)Menurut sumber warna putih pada batang rumpai laut disebabkan kandungan nutrien yang terlalu tinggi. Bagaimanapun kajian lanjut adalah perlu dijalankan penyebab penyakit ini.

PenyuGangguan penyu yang memakan tanaman rumpai laut akan menyebabkan ladang pengkultur rosak. Bagaimanapun jika ladang diusahakan secara berkelompok dalam jumlah yang luas gangguan ini tidak memberikan masalah besar kepada pengkultur.

Harga rumpai lautHarga benih berfluktuasi antara RM0.35-RM1.20 sepokok, demikian juga harga rumpai laut kering di antara RM0.80-RM2.20.

KEPENTINGAN EKONOMIa) Makanan pencuci mulut Rumpai laut mempunyai beberapa kegunaan kepada manusia sehari-hari. Manusia telah menggunakan rumpai laut sebagai makanan sejak berkurun-kurun. Manusia telah menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama Alga Merah dan Alga Perang boleh dijadikan sebahagian daripada diet. Cara memakannya berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing.

Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun ia mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi karbohidrat ini sukar dihadamkan. Sebagai contoh di Hawaii, rumpai laut yang dikenali sebagai ‘limu’ telah menjadi makanan kegemaran sejak turun-temurun. Dua spesies yang digemari ialah Entermorha Prolifera (Alga Hijau) dan Gracilaria Coronopifolia (Alga Merah). Di beberapa tempat di Kepulauan Britain, Porphyra (Alga Merah) yang dikenali sebagai ‘Purple Laver’ dimakan dengan beberapa cara. Alga Merah dibasuh dan direbus untuk dijadikan kek leper yang dikeringkan dan digunakan untuk membuat ‘blancmange’ dan makanan pencuci mulut yang lain. Di negara-negara ini, Palmaria (Alga Merah) atau lebih dikenali sebagai ‘dulse’ masih digunakan untuk membuat roti dan makanan pencuci mulut.

b) Membuat teh dan kandi Di Jepun, penyediaan makanan daripada rumpai laut merupakan satu seni. Beberapa spesies telah ditanam dan aktiviti ini merupakan tradisi yang telah lama diamalkan. Spesies Laminaria dan Alaria (atau ‘kombu’) dikeringkan dan dihancurkan sebelum dimakan. Tumbuhan ini turut digunakan untuk membuat teh dan kandi. Undaria atau ‘wakame’ ialah satu lagi kelpa yang sedap dimakan secara mentah. Porphyra digunakan untuk membuat ‘nori’ (kulit nipis) yang digunakan secara meluas dalam sup dan sebagai pembungkus ‘sushi’ (nasi rebus yang disertakan dengan ikan mentah dan landak laut).

Beri ta Transformasi Pertanian

Di Malaysia, beberapa spesies Caulerpa dan Gracilaria dimakan mentah oleh masyarakat Melayu tempatan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di Sabah, Eucheuma merupakan rumpai laut yang sangat digemari oleh masyarakat tempatan.

c) Makanan haiwan dan baja Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja. Sebagai makanan haiwan, makroalga seperti Ascophyllum, Laminaria dan Fucus boleh diberikan kepada kambing, lembu, kuda, ayam dan babi. Pertumbuhan haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan rumpai laut kaya dengan mineral dan vitamin. Lembu yang diberi makan rumpai laut juga didapati menghasilkan susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya ayam diberi makan rumpai laut, telur yang dihasilkan didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi. Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut sebagai baja. Rumpai laut yang biasa digunakan untuk tujuan ini termasuklah Fucus. Alga Perang ini kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan pertumbuhan. Rumpai laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan dengan bahan organik yang lain. Baja yang terhasil bukan sahaja memperkaya tanah dengan nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah.

d) Bidang perubatan Rumpai laut seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Sargassum, Turbinaria, Hormophysa dan Hydroclathrus telah digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolestrol plasma.

e) Menghasilkan bahan kimia Rumpai laut menghasilkan beberapa jenis bahan kimia bak kanji yang dikenali sebagai fikokoloid. Fikokoloid digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan makanan. Kemampuannya membentuk gel walaupun pada suhu rendah menjadikan fikokoloid begitu berharga. Bahan-bahan komersil ini banyak mempunyai kegunaan dalam industri terutama sebagai bahan penebal, pengampai, penstabil dan pembentuk gel. Salah satu fikokoloid yang terpenting ialah algin (yang terdiri daripada asid alginik dan garamnya alginat). Algin digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi dalam pembuatan hasil tenusu seperti aiskrim dan keju. Selain daripada itu, ia juga digunakan sebagai agen pengampai dalam pembuatan bahan pengilat, farmasi, dadah dan antibiotik.

Fikokoloid kedua yang boleh diperoleh daripada rumpai laut ialah karagenan. Bahan ini diperoleh daripada Alga Merah seperti Chondrus (‘irish moss’) di Atlantik Utara dan Eucheuma di kawasan tropika. Karagenan menyerupai Agar-Agar tetapi mengandungi kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel. Bahan ini digunakan sebagai agen penstabil dalam aiskrim, ubat gigi, sirap, ubat batuk, minuman keras dan hasil tenusu di samping membaiki tekstur roti dan sup.

KEPENTINGAN EKOLOGIEkologi samudera Rumpai laut memainkan peranan penting dalam ekologi samudera. Kewujudan rumpai laut terutama Alga Perang mempunyai kesan penenang terhadap laut. Tumbuhan ini kadangkala boleh hidup dengan begitu banyak hingga membentuk hutan di dasar laut dan bertindak sebagai benteng yang mampu membendung dan mengurangkan daya ombak.

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f �

Kecemerlangan Projek Integrasi Ternakan Udang Marin Lahirkan

Usahawan Di PPK Mersing Selatan

MEMPELBAGAIKAN kegiatan ekonomi Pertubuhan Peladang dalam perkongsian pintar

dengan melibatkan ahli mengusahakan projek yang berdaya maju dapat memberi faedah kedua-dua pihak terutama pihak PPK dan usahawan peladang.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Mersing Selatan dalam usaha membangunkan ekonomi dan taraf hidup ahli telah mengadakan perkongsian pintar dengan usahawan secara komersial di Tenglu Laut, Mersing yang di usahakan sejak tahun 1998 telah berjaya memberi pulangan yang menguntungkan kepada kedua-dua pihak.

Pada peringkat permulaan atas persetujuan kedua-dua pihak, PPK telah menyewa tanah ahli untuk membangunkan dengan projek ternakan udang terbahagi kepada empat fasa di mana setiap kolam berukuran 0.4-0.5 hektar, manakala fasa kedua sebanyak empat kolam yang melibatkan keluasan 2.8 hektar. Fasa ketiga melibatkan 5 kolam dengan keluasan empat hektar telah di bangungkan, manakala fasa ke-empat seluas 20 hektar akan dibangunkan dengan 27 kolam ternakan.

Dalam pembangunan fasa 1 dan 2, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperuntukan sebanyak RM 250,000 berbentuk grant untuk pembiayaan awal dan sebanyak RM 160,000 adalah modal PPK sendiri.

Manakala fasa ketiga, LPP memberi bantuan dalam bentuk grant bernilai RM 470,000 bagi membesarkan projek sementara fasa ke-empat sebanyak RM 520,000 telah diperuntukan oleh LPP pada tahun 2009.

Bagi memastikan projek yang diusahakan berjalan lancar dan memberi pulangan yang menguntungkan PPK mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan perikanan Daerah Mersing, Jabatan Perikanan Negeri Johor .

PPK juga menggunakan pelbagai teknologi terkini berdasarkan kesesuaian tempat. Beberapa teknik telah dicuba mengikut kesesuaian tanah dan air. Antara beberapa teknologi yang telah digunakan dalam memastikan projek berjaya ialah :

Oleh : Ridzaludin Bin Abd.Wahid.(PPK Mersing Selatan)

Mengamalkan sistem ternakan tertutup di mana sekeliling kawasan kolam dipagar bagi mengelakkan musuh perosak.Penggunaa pro biotik dalam ternakan Penggunaan supercharger untuk menambahkan oksigen dalam air.Penggunaan sistem central drain di tengah kawasan projek untuk kemudahan menyalir dan membuang air dari kolam.Penggunaan air tilapia ke kolam ternakan bagi

i.

ii.iii.

iv.

v.

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f�

menggalakkan pertumbuhan plankton.Penyediaan stoking benih antara 15-20 ekor/ meter.

Beberapa usahawan yang telah berjaya seperti Encik Zaki Bin Dakob merupakan siswazah IPTA sewaktu ditemui berkata, menternak udang harimau boleh mendatangkan pulangan yang lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh. Kerja tersebut menjadi lebih mudah dengan bantuan yang diberi oleh PPK. Kita tidak perlu mengeluarkan kos untuk menternak kerana semuanya dikeluarkan oleh PPK dan dikredit setelah pasaran dibuat. Pendapatan bersih semusim yang mengambil masa tiga hingga empat bulan mencecah RM10,000.00/kolam. Pungutan hasil dilakukan berperingkat-peringkat bagi memastikan udang menepati saiz sahaja dipasarkan. Sementara En. Mohd. Bin Mesan, merupakan pesara bekas tentera yang telah mengusahakan selama 15 tahun dalam ternakan udang marin dan ianya merupakan usahawan PPK yang berjaya .

Sebagai agen pemasaran udang harimau, PPK mengambil langkah proaktif dengan memasarkan 60% jualan hidup dan 40% jualan mati. Jualan udang hidup dihantar terus ke Singapura kerana permintaan yang tinggi dengan harga mencecah RM25.00 - RM 30.00/kg dan jualan udang mati dipasarkan sekitar Johor Bahru dengan harga sekitar RM18.00/kg.

Pada tahun 2008 PPK telah berjaya memasarkan hasil udang yang diusahakan sendiri sebanyak 13

vi.

Kejayaan dan keuntungan yang PPK perolehi daripada projek ternakan udang harimau yang dijalankan telah menarik minat ahli untuk mengusahakan sendiri projek tersebut. Atas bimbingan dan tunjuk ajar daripada PPK, seramai lapan orang usahawan telah berjaya mengusahakan kolam yang dilaksanakan secara usahasama dengan PPK. Usahawan individu juga berminat untuk mengusahakan projek tersebut di atas tanah sendiri. PPK bertanggungjawab menyediakan benih dan ubat-ubatan, selain memasarkan hasil keluaran udang harimau di kawasan berkenaan.

‘’Sehingga kini PPK telah berjaya mengusahakan 11 kolam ternakan, manakala usahawan sebanyak 12 kolam. Semua kolam PPK dikendalikan oleh seorang pengurus projek dan seorang penyelia dengan dibantu oleh tiga orang pekerja. Usahawan pula mengusahakan kolam mereka sendiri dengan bimbingan PPK. Pekerja akan ditentukan kolam masing-masing untuk diuruskan. Bayaran insentif diberi berdasarkan kutipan hasil yang diperolehi. Setiap pekerja akan dibayar RM0.15/kg berdasarkan kutipan hasil kolam masing-masing selain bayaran gaji bulanan sebanyak RM600.00 dengan purata setiap kolam mampu mengeluarkan hasil antara 2-3 tan,” katanya.

dengan harga sekitar RM18.00/kg.

Pada tahun 2008 PPK telah berjaya memasarkan hasil udang yang diusahakan sendiri sebanyak 13

diperolehi. Setiap pekerja akan dibayar RM0.15/kg berdasarkan kutipan hasil kolam masing-masing selain bayaran gaji bulanan sebanyak RM600.00 dengan purata setiap kolam mampu mengeluarkan hasil antara 2-3 tan,” katanya.

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f �

metrik tan dan milik usahawan sebanyak 15 metrik tan dengan pendapatan kasar RM513,000. Daripada jumlah tersebut PPK memperoleh keuntungan bersih berjumlah RM43,000 berbanding dengan usahawan yang memperolehi RM75,000. Perbezaaan keuntungan tersebut adalah disebabkan kos buruh yang terpaksa ditanggung oleh PPK.

Walaupun projek yang diusahakan menampakkan kejayaan, PPK juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah. Pada tahun 2006 kawasan tapak projek telah dilanda banjir besar selama seminggu menyebabkan PPK mengalami kerugian. Kesukaran mendapatkan benih udang yang berkualiti pada masa-masa tertentu. Pemilihan benih udang perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikannya terhindar daripada penyakit. Buat masa ini benih udang diperolehi dari Pusat Penetasan Pulau sayak Sg. Petani dan Hatcheri swasta di Johor.

PPK telah merangka rancangan jangka panjang bagi meningkatkan keberkesanan dan keupayaan projek. Antara perancangan yang diatur ialah:

Menjadikan projek ternakan udang marin sebagai teras kepada ekonomi PPK.Mewujudkan lebih ramai usahawan ternak air di kawasan baru.Membangunkan pusat penetasan anak benih udang harimau di Tanjung Arang di bawah Ncer.Membangunkan sebuah makmal udang harimau bagi rangkaian pantai timur yang merangkumi Kuantan dan Rompin.Sebagai pusat latihan kepada penternak udang harimau sekitar Johor.

i.

ii.iii.

iv.

v.

Buat masa ini PPK juga merancang untuk membuka sebanyak 30 kolam ternakan udang marin dan ikan siakap dalam kolam tanah. Dengan adanya projek ini dapat membantu peladang dari luar Johor yang ingin menceburi dalam bidang ternakan udang marin di PPK. Dengan langkah masa hadapan yang dirancang, PPK berharap projek ternakan udang harimau ini akan berkembang dan mewujudkan ramai usahawan. Projek yang diiktiraf sebagai projek contoh jabatan di Daerah Mersing ini akan terus dimajukan dan mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor.

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f�

�Lahir Peladang Progresi f

Manfaat Daripada Buah TerungOleh: Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)

KEMPEN bumi hijau kini sudah dikenali ramai masyarakat Malaysia. Mereka kini peka tentang

pentingnya kempen yang telah dijalankan oleh kerajaan di dalam mengurang kos perbelanjaan isi rumah. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini adalah dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik. Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk tanam tanaman makanan berkonsepkan laman dapur atau ‘edible landscape’, secara menanam tanaman bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi keperluan keluarga serta dapat menekankan konsep pengeluaran makanan untuk kegunaan sendiri. Justeru itu, kita akan melihat manfaat buah terung kepada mereka yang menanam terung khasnya di dalam menyahut seruan kerajaan ini.

Nama botaninya ialah Solanum Melongena L dan ia termasuk dalam keluarga Solanaceae ini adalah tumbuhan yang tumbuh menegak. Semua bahagian pokoknya diselaputi lapisan kelabu dan sesetengahnya adalah berduri. Tinggi pokok terung ini boleh mencecah sehingga 1 meter. Daunnya pula ringkas dan bersusun berselang–seli dan tangkai daunnya berukuran 10 sm panjang. Asal terung adalah dari sekitar kawasan antara negara India dan Myanmar. Tumbuhan ini banyak ditanam dan mempunyai variasi yang sangat luas. Ia memerlukan cuaca yang panas dan kini banyak ditanam di timur dan barat Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Terung mempunyai pelbagai bentuk dan jenis. Antaranya bulat, bujur dan berbentuk buah pir. Terung juga mempunyai warna yang pelbagai iaitu putih, hijau, kuning, ungu, hitam dan campuran warna. Buah Terung mengandungi vitamin A, B dan C, potassium, karotena, protein dan lemak. Selain itu ia juga mengandungi mineral besi, serabut niasin dan karbohidrat serta kaya dengan kalium untuk memulihkan paras natrium dalam badan.

http: / /www.lpp.gov.my

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f10

Semua bahagian terung digunakan dalam perubatan herba. Sesuai dengan sifatnya yang menyejukkan, buah terung menghasilkan beberapa kesan antiseptik yang dikatakan boleh mengurangkan demam, merendahkan tahap kolestrol darah dan sesuai sebagai diet untuk menolong mengawal tekanan darah tinggi. Ia juga dapat mengaktifkan peredaran darah, menyejukkan darah serta menyahkan toksin.

Ianya boleh dikisar dan kemudian diminum bagi mereka yang tidak lawas kencing. Ia juga dapat menghindarkan kesan-kesan hormon yang mengakibatkan beberapa jenis barah. Selain itu jika anda termakan cendawan beracun, terung adalah penawarnya. Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan.

Selain buahnya, daunnya juga boleh dijadikan ubat untuk kegunaan sendiri. Air rebusan daunnya boleh diminum untuk menyembuhkan luka dan juga pendarahan dalaman juga penyejuk kepada luka akibat terbakar. Bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes, asma, kolera, bronkitis, dan sakit atau susah buang air kecil boleh juga meminum air rebusan daun ini.

Sememangnya banyak kegunaan buah terung ini. Disamping khasiat yang banyak berguna untuk kesihatan kita, terung dapat dijadikan menu dalam masakan kita seharian yang serba ringkas dan menjimatkan.

Lahir Peladang Progresi f 11

TERNAKAN AYAM KAMPUNG MENGUNTUNGKAN PARA PENTERNAK

Oleh: Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)

PENTERNAKAN ayam kampung telah menjadi suatu kelaziman dikalangan peladang kita pada

masa kini. Penternakan ini dilakukan sejak zaman-berzaman lagi. Pada peringkat awal, tujuan ternakan adalah bagi mendapatkan sumber lauk-pauk untuk dijadikan makanan yang tinggi proteinnya untuk sesebuah keluarga.

Budaya Melayu juga dikaitkan dengan menyabung ayam (ayam laga) juga mempengaruhi sebilangan besar penduduk kerana pada zaman dahulu lagi ianya merupakan sejenis permainan tradisi yang melibatkan semua peringkat serta kedudukan atau pangkat. Pada masa kini, permainan sabung ayam telah diharamkan sejajar dengan perkembangan pengetahuan agama yang semakin berkembang dan adalah wajar permainan yang berunsur judi ini dihapuskan. Pepatah Melayu juga ada menyebut “Menang Sorak, Kampung Tergadai” yang terjadi kepada Pak Kadok. Mungkin kita kurang menyedari bahawa penternakan ayam kampung menpunyai potensi yang baik. Kita perlu mengkomersialkan bidang ternakan ini. Justeru itu, Tuan Haji Zanhuri Bin Mohd Ali telah mula terpanggil untuk menceburi bidang ternakan ayam kampung untuk di jadikan salah satu sumber rezeki beliau di masa hadapan dengan melihat

sendiri bagaimana permintaan ayam kampung yang menggalakkan. Bermula pada tahun 1992 beliau mula menceburi bidang ternakan ayam kampung. Pada tahun 2007 ini lah dimana Tuan Haji mula projek ternakan ayam kampung secara aktif lagi. Berbekalkan modal sebanyak RM 15,000 yang di peruntukan pinjaman di bawah Program Usahawan Peladang (PUP) dan dari sumber kewangan sendiri, Tuan Haji Zanhuri Bin Mohd Ali memulakan projek ini bersama-sama keluarganya. Beliau juga mempunyai 2 orang pekerja untuk membantu beliau didalam menguruskan kerja-kerja harian.

Diatas bantuan Lembaga Pertubuhan Peladang dan bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Selangor projek ini masih utuh dan berdaya maju. Berkat kesungguhan dan usaha beliau, kini telah lahirlah syarikat Proses Ayam Ahzan yang beralamatkan Lot 445 Kampung Melayu Tambahan 44200 Rasa, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Daging ayam kampung mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu dagingnya lebih pejal dan tidak mudah hancur. Aktiviti hariannya yang suka bergerak hampir sepanjang masa membuatkan struktur dagingnya bermutu tinggi dan sedap dimakan tetapi menyebabkan tumbesarannya menjadi agak perlahan.

http: / /www.lpp.gov.my

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f1� Lahir Peladang Progresi f1�

Oleh itu beliau menggunakan sistem pengurusan reban dan lepas didalam mencapai hasrat diatas. Pengguna dari kaum Cina adalah penggemar yang paling tinggi bagi daging ayam kampung.

Menurut beliau lagi, kacukan ayam kampung dengan baka ayam Perancis telah dilakukan bagi memberikan pengeluaran hasil yang tinggi. Ayam jenis ini dipanggil “Ayam Sasso” dan tidak memberi kesan kepada sifat-sifat semulajadi ayam kampung biasa kecuali saiznya yang lebih besar dari ayam kampung sebelumnya.

Penternakan ayam kampung dibuat berbagai cara tetapi yang paling penting ialah pada waktu malam ayam perlu dikurung didalam reban yang selamat daripada serangan musuh. Kebiasaannya ayam kampung dilepas bebas pada waktu siang hari disekitar kawasan rumah yang lapang atau secara ladang integrasi di ladang getah dan kelapa sawit.

Ayam-ayam yang diternak oleh Tuan Haji Zanuri akan diberi makan sekali sehari pada waktu pagi dan mencari makan sendiri pada waktu petang. Ayam akan pulang sendiri ke reban apabila hari

menjelang senja. Masalah yang seringkali dihadapi dalam sistem ternakan secara lepas bebas ialah musuh seperti musang, ular, anjing liar dan ayam bertelur dimerata tempat. Oleh itu pemantauan dilakukan dari masa ke semasa oleh beliau dan pembantunya.

Didalam mengatasi masalah ayam bertelur merata tempat, telur tersebut perlulah dipindahkan. Sekiranya induk ayam merajuk kerana pemindahan telurnya, penetasan tiruan hendaklah dilakukan dengan bantuan mentol lampu elektrik yang mengawal suhu secara automatik. Sememangnya sarang tempat induk ayam bertelur dan mengeram perlu disediakan dan dibiarkan ayam betina menentukan sendiri tempat yang disukainya. Pada peringkat awal penetasan, penterrnak hendaklah membuat pemantauan yang lebih rapi dan membuat pengasingan sementara dengan ayam yang lebih besar. Penjualan telur ayam kampung juga di lakukan oleh beliau jika terdapat permintaan daripada pelanggannya.

Ayam yang telah matang untuk di jual hanya dilakukan keatas ayam jantan sahaja. Ayam betina dan sebahagian kecil ayam jantan dikekalkan sebagai induk ayam. Tempoh matang ayam kampung ialah

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 1�

http: / /www.lpp.gov.my

setelah mencapai umur 5 bulan. Pemasaran lebih terjamin dan harganya tinggi berbanding ayam daging biasa.

Meskipun kerja menternak ayam kampung berisiko dari segi serangan musuh, memelihara ayam kampung cukup menjimatkan dimana kos makanan hanya 50% dari kos pemeliharaan ayam daging biasa dan harga reban juga lebih murah tetapi ada kalanya beliau terpaksa membeli makanan ayam walaupun harganya semakin mahal dari hari ke hari didalam menampung sumber makanan yang sedia ada.

Beliau perlu mengambil perhatian iaitu ayam kampung bukan semata-mata makan makanan seperti pelet, jagung, padi, beras dan serangga sahaja, malah ia juga memerlukan dedaun rumput. Sekiranya ayam tidak dilepas bebas, maka rumput perlu diberikan setelah rumput tersebut dicincang halus. Ayam betina juga memerlukan makanan tambahan seperti kulit siput dan kerang-kerangan untuk pembentukan telur

yang sempurna. Menurut beliau lagi, Ayam kampung juga tidak berisiko tinggi diserang penyakit. Ada kalanya pada waktu malam sebaik-baiknya dibuat unggun api berhampiran reban ayam bagi menghalau hidupan seperti agas, nyamuk dan musuh seperti musang dan ular.

Beliau berharap suatu hari nanti projek ini terus mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelanggan. Serta daging ayam kampung dapat menampung serba sedikit kekurangan ayam daging yang semakin meruncing walaupun telah terbukti bahawa daging ayam kampung lebih mahal daripada ayam daging. Pekara ini bukanlah menjadi isunya, tetapi khasiatnya yang tidak terkira apabila kita memakannya. Ternakan ayam kampung juga mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan oleh peladang sama ada secara komersial atau sebagai kerja sampingan.

1� Lahir Peladang Progresi f

Beri ta Transformasi Pertanian

Hobi Jadi Kerjaya – Penternakan Arnab Oleh: Johari Bin Rashid (Ibu Pejabat LPP)

PANTAI Remis nama sebuah pekan kecil yang terletak dipinggir laut Selat Dinding dalam Daerah

Manjung. Ia merupakan pekan para nelayan dan sudah semestinya makanan segar dari hasil laut cukup sinonim dengan Pantai Remis itu sendiri. Pelantar ikan yang terletak disebelah belakang pekan sering menjadi tumpuan peraih tempatan mahupun para pelancong yang sesekali singgah melihat keunikan sistem lelongan disamping memilih sendiri hasil segar khazanah laut yang baru lagi mengancam.

Laluan dari Pantai Remis menghala ke Lumut pastinya kita akan menempuh kampung yang pertama iaitu Sungai Batu. Arah sisi sebelah kiri, disitu kita boleh nampak dengan jelas satu papan tanda yang tertulis RIVERSTONE RABBIT FARM yang berlatar belakangkan wajah arnab tersenyum menggamit sesiapa yang memandangnya. Sehingga ini ramai pengunjung yang singgah untuk melihat lebih dekat sambil menikmati sendiri kemanjaan keletah arnab dari pelbagai species. Antara yang popular ialah kelompok Lob Ear, Anggora dan Lion Head.

Semua ini adalah hasil usaha beserta minat yang mendalam seorang usahawan projek kimpalan yang juga kontraktor kelas F yang pada asalnya cuma

berjinak-jinak dengan sepasang ‘ Lob Ear ‘ sebagai hobi. Lama kelamaan dengan sokongan isteri serta anak-anak hobi itu kian berkembang menjadi suatu projek penternakan. Terkumpul keseluruhan stok kini tidak kurang 300 ekor dalam penjagaan. Ringkasnya projek arnab ini memang punya masa depan dan ternyata mampu menjana pendapatan.

POTENSI, HARAPAN DAN MASA DEPAN.

Menurut keterangan En. Omar b. Ibrahim, beliau sebenarnya masih baru dalam bidang penternakan arnab ini. Banyak perkara yang berkaitan dengannya perlu diketahui melalui pembelajaran tak kira samada lawatan, kursus mahu pun menerusi pembacaan di buku atau majalah. Pengalaman yang ada walaupun singkat telah menemukan pelbagai macam kerenah yang antaranya begitu menyentuh perasaan seperti Tuhan sengaja memperlihatkan kepada manusia betapa ada makhluknya yang lain boleh membantu kita dalam mengimarahkan kehidupan kita di dunia ini. Dalam erti kata lain cabang usaha dalam meningkatkan ekonomi sebenarnya begitu hampir dengan kita. Paling penting kesungguhan dan keikhlasan ditambah dengan kaedah, pendekatan dan kreativiti seseorang pastinya kita mampu menyerlah. Cuba kita bayangkan, bermula pertengahan tahun

Lahir Peladang Progresi f 1�

http: / /www.lpp.gov.my

2007 yakni kira-kira 2 tahun kini stok semasa arnabnya menjangkau 300 ekor. Hasil yang telah dipasar bernilai lebih kurang RM10,000.00 (200 ekor dari pelbagai spesis). Maknanya projek ini cukup berpotensi andainya suatu susunan dapat dibuat dengan rapi melalui kaedah dan saluran yang betul. Sudah pasti Pertubuhan Peladang Kawasan Bruas/Pengkalan Bharu adalah agensi paling tepat berperanan membantu atau menyelaras usaha yang telah pun bermula agar digarap supaya berkembang menjadi industri yang mampu bersaing. Contoh bidang lain yang berkaitan selain jualan hidup ialah :-

MASALAH DAN CABARAN

Buat masa ini rata-rata penternak arnab gagal bersaing berpunca daripada faktor berikut :

Daging segar/sejuk beku - Pengeluar/Pengusaha Sate.Pembekal makanan ternakan (pellet) - Bina kilang kecil bagi tujuan pengeluaran makanan.

i)

ii)

Oleh kerana Pertubuhan Peladang Kawasan merupakan agensi yang dinaungi oleh Lembaga Pertubuhan Peladang maka matlamat untuk melahirkan usahawan sudah kenalah cangkuknya ibarat ikan termakan pancing. Kepada usahawan kecil yang ada disekitar kawasan Bruas/Pengkalan Bharu yang terlibat dengan penternakan arnab ini akan dikumpul dan dimajukan melalui penyatuan rangkaian yang lebih tersusun lagi mengesankan.

i)

ii)iii)iv)v)

Harga makanan (pellet) yang mahal dan sentiasa meningkat dari semasa kesemasa.Menternak pada skala kecil – tidak komersial.Gagal mencari ruang pasaran.Kurang pendedahan, cetek pengetahuan.Sukar dapat benih atau baka dari spesis terpilih.

KESIMPULAN

Secara umumnya penternakan arnab merupakan suatu bidang yang cukup berdaya maju. Malah ianya boleh dijadikan industri yang punya masa depan yang cerah. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sangat mengalu-alukan kegiatan seumpama ini terus berkembang dan mewarnai kehidupan masyarakat dinegara ini. Paling tidak usaha ini sedikit sebanyak mampu menyumbang dalam meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f1�

Penaung Puan Hajah Mariam Mas binti Yaacob

Penasihat Haji Arpan Shah bin Satu

Haji Ramli bin Salikan

Ketua Pengarang

Penyunting

Shahzunizam bin Zulkafli

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpu

r.

Grafik/IllustratorKamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my

Azizan bin Haji Othman

Rosmina Binti Ishak