pertanian - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/nnanicfmarn6xtsobixcagrzpeipy6wg.pdf ·...

12
berita berita PERTANIAN Bil 12/2007 Edisi DISEMBER Bil 12/2007 Edisi DISEMBER Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas Industri Tanaman Nangka Pertubuhan Peladang Pengkulturan Rumpai Laut PPK Merbok PPK Sri Medan Membangun Bersama Ahli

Upload: truongxuyen

Post on 22-Apr-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

beritaberitaberita

PERTANIAN

Bil 12/2007 Edisi DISEMBERBil 12/2007 Edisi DISEMBERBil 12/2007 Edisi DISEMBER

• Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas

• Industri Tanaman Nangka Pertubuhan Peladang

• Pengkulturan Rumpai Laut PPK Merbok

• PPK Sri Medan Membangun Bersama Ahli

Page 2: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

Sektor pertanian yang di l ihat semakin berkembang masa kini dengan pelbagai projek pengeluaran yang berasaskan pertanian telah

membantu meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dan mengurangkan kos makanan yang diimport. Pada tahun 2000, jumlah import makanan adalah sebanyak RM 11.2 bilion berbanding dengan eksportnya, RM 6.9 bilion. Ini bererti defi sit perdagangan ialah RM 4.3 bilion. Peningkatan pengeluaran makanan dalam negara telah dapat mengurangkan defi sit tersebut kepada RM 2.6 bilion pada tahun 2005 dan pada tahun 2010 ia dijangka mencapai RM 0.4 bilion.

Melihat kepada peluang-peluang yang mampu menjana ekonomi, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanah Merah, Kelantan telah mengusahakan projek ternakan ikan keli dalam kanvas yang turut melibatkan ahli PPK. Keputusan untuk mengusahakannya diambil selaras dengan saranan kerajaan agar pengeluaran makanan dalam negara ditingkatkan bagi memenuhi permintaan dan mengurangkan pergantungan dari luar.

Selain daripada menyahut saranan kerajaan, PPK juga mempunyai objektif khusus dalam mengusahakan projek tersebut. Antara objektif tersebut ialah:

• Memajukan kawasan tanah terbiar milik peserta seluas 2 hektar untuk dijadikan kawasan pengeluaran makanan khususnya dengan ternakan ikan keli dalam kanvas.

• Menjadikan kawasan tersebut sebagai projek yang boleh melatih/membimbing peladang sekitar yang berminat untuk mengusahakan ternakair serupa.

• Mewujudkan skim payung atau perladangan kontrak (contract farming) kepada peladang sekitar untuk jaminan pemasaran hasil pengeluaran dan pemindahan teknologi.

• Membantu meningkatkan KDNK Negeri Kelantan khususnya dalam bidang pertanian dan industri asas tani.

Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvasprojek Oleh : Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

Tapak projek ternakan ikan keli dalam kanvas seluas 1.3 hektar itu terletak bersebelahan pejabat PPK. Kawasan tersebut amat sesuai untuk ternakan ikan air tawar kerana bentuk muka bumi yang rata membolehkan bekalan air bawah tanah mudah diperolehi. Di samping itu, kedudukannya yang berhampiran dengan jalanraya menyebabkan keperluan asas seperti elektrik dan air mudah diperolehi, manakala pemasaran hasil boleh dilakukan mengikut jadual.

Ikan keli dari sepsis eksotika (Clarias gariepinus) dan Afrika (lazera) yang dikenali sebagai African catfi sh, sharp tooth catfi sh atau Nile catfi sh diternak kerana permintaan yang tinggi untuk kegunaan restoran dan pengguna tempatan.

Ternakan ikan keli dalam kanvas dilakukan bagi mendapatkan hasil yang bermutu tinggi dan konsisten. Dengan kaedah ini ternakan dapat dilaksanakan secara berterusan kerana jadual serta kaedah pengurusannya dapat disusun dengan rapi menggunakan teknologi terkini di samping memudahkan kerja-kerja pengawalan penyakit dan musuh. Perlaksanaan projek adalah secara sistem perladangan berkontrak atau skim payung di mana peserta akan dibekalkan segala pengetahuan, teknologi dan pasaran. Seramai lima orang peserta yang terdiri daripada ahli PPK terlebih dahulu diberi latihan dan tunjuk ajar secara praktikal berkaitan kaedah dan penggunaan teknologi ternakan tersebut.

Ikan keli yang diternak lebih bersifat omnivore dengan menjadikan bahan buangan sayuran, invertibrat akuatik, ikan kecil dan puing (detritus) sebagai sumber makanan. Sementara itu terdapat beberapa ciri-ciri lain yang menjadikan ikan keli jenis tersebut pilihan kebanyakan penternak, antaranya ialah:

* Boleh matang dan mudah membiak di dalam kurungan , termasuk pembiakan aruhan.

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

2 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

3

Page 3: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

Strategi menambahkan sumber bekalan makanan dalam negara bukan sahaja dapat

mengurangkan tekanan infl asi barangan yang diimport bahkan juga oleh mainan pengeluar-

pengeluar makanan dalam negara sendiri.

* Boleh membesar dengan cepat.

* Boleh diternak dengan kepadatan tinggi, sama ada melalui sistem monokultur atau polikultur.

* Boleh tahan dan bertoleransi kepada pelbagai keadaan kualiti air, misalnya pada kemasinan air sehingga 29 bahagian perseribu (ppt).

Kolam kanvas dengan saiz 1.22 meter lebar dan 3.05 meter panjang dengan ketinggian 0.92 meter dibina secara berdampingan sebanyak dua baris dan setiap peserta diperuntukan sebanyak 18 kolam dengan kapasiti 112 ekor/meter persegi atau 600 ekor setiap kolam menjadikan jumlah ternakan 10,800 ekor sepusingan.

Anak ikan bersaiz 10 cm dimasukkan ke dalam kolam mengikut kapasiti yang disyorkan. Bagi memastikan ikan mampu hidup dan membesar tanpa gangguan, air kolam perlu ditukar dengan kadar sebanyak 30% sehari. Pemberian makanan rumusan yang dihasilkan daripada bahan-bahan tumbuhan dan haiwan serta vitamin dan garam galian adalah disyorkan. Makanan jenis ini digunakan kerana ia didapati lebih seimbang, bersih, mudah diperolehi dan disimpan serta mempunyai kadar penukaran makanan yang cekap.

Makanan yang dicadangkan hendaklah mempunyai kandungan protein mentah 25-30%, lemak 3%, gentian 8%, abu 16%, kelembapan 12% dan fosforus 1%. Makanan diberi dua kali sehari pada pukul 7.30 pagi dan 5.00 petang secara sedikit demi sedikit sehingga ikan berhenti makan. Kadar pemberian makanan ialah 3-12% berat badan ikan/hari bergantung kepada tahap penerimaannya dan peringkat pembesaran.

Bagi mengelakkan pencemaran air yang terjadi melalui tidakbalas daripada najis ikan dan lebihan makanan yang tinggal, penukaran air dilakukan dengan menggantikan separuh daripada air kolam sepusingan.sepusingan. dengan menggantikan separuh daripada air kolam dengan menggantikan separuh daripada air kolam

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

2 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

3

Page 4: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

dengan air baru. Ini boleh dilakukan sebulan sekali jika keadaan air menjadi sangat tercemar di mana warna air menjadi kehitaman. Bagi kolam yang mempunyai bekalan air yang cukup, penukaran air berterusan adalah digalakkan.

Ikan keli mencapai tahap matang dan boleh dipasarkan setelah tiga bulan diternak dengan saiz mencapai 25-30 cm panjang dan berat 200 gm seekor. Seminggu sebelum dipungut, paras air kolam dicadang diturunkan keparas sepertiga kolam supaya ikan dapat membentuk lapisan kul i t tebal bagi memudahkan pengendal ian semasa penuaian hasil. Ikan perlu diberi makan dua hari sebelum ditangkap. Kolam dikeringkan perlahan-lahan sebelum senja supaya hasil dapat diambil dalam keadaan cuaca persekitaran yang sejuk menggunakan pukat atau tangguk apabila paras air cukup rendah.

Hasil ikan keli yang dikeluarkan akan diambil oleh PPK Tanah Merah melalui sistem perladangan kontrak

dan akan dipasarkan terus kepada pemborong tempatan atau jualan terus dari ladang. Sepanjang tempoh perlaksanaan projek, peluang-peluang dan saluran kedua pasaran akan dibangunkan untuk menjamin peserta-peserta mendapat pulangan yang baik dan masalah lambakan dapat diatasi.

Secara purata, peserta ternakan ikan keli ini mampu memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM17,160 setahun atau RM3,432 seorang. Ini bermakna setiap perserta akan memperolehi tambahan pendapatan sebanyak RM3,432 setahun atau bersamaan RM286 sebulan.

Projek ternakan ikan keli dalam kolam kanvas yang diusahakan oleh PPK adalah untuk mengatasi masalah pengurusan dan pengawalan stok ikan serta penyakit dalam tanah. Ia juga dapat menggalakkan pengeluaran secara berterusan dan membantu ahli-ahli memperoleh pendapatan sampingan bagi meningkatkan ekonomi mereka.

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

4 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

5

Page 5: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

Oleh : Tajul Nizam Shahadan (Ibu Pejabat LPP)PERTUBUHAN PELADANG

PENGENALAN

Nangka atau nama saintifiknya Antocarpus heterophyllus adalah salah satu jenis buah yang tersenarai dalam Dasar Pertanian

Negara. Sejenis buah tropika yang berpotensi untuk pasaran domestik, eksport dan gantian eksport sama ada dalam bentuk segar atau diproses.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah memberi tumpuan terhadap buah nangka mulai tahun 2002 dengan membuat perancangan rapi yang melibatkan Pertubuhan Peladang dan ahli. Sehingga kini seluas 816 hektar (2,015 ekar) telah ditanam dengan tiga jenis nangka iaitu CJ-USM 2000, CJ3, dan CJ6. Penglibatan LPP dengan tanaman nangka ini bermula daripada peringkat penyediaan benih sehinggalah kepada pemprosesan dan pemasaran.

BENIH

LPP telah melantik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maran, Pahang bagi menyedia dan membekal benih pokok nangka untuk diedarkan kepada pertubuhan peladang/ahli seluruh negara. PPK Maran berupaya dan mempunyai kepakaran dalam penyediaan benih yang bermutu tinggi. Sehingga kini PPK Maran berjaya membekalkan 30,000 benih pokok setahun dan akan ditingkatkan kepada 40,000 pokok setahun.

Bekalan 40,000 pokok setahun ini sesuai untuk program pembesaran kawasan tanaman baru 350 hektar setahun di bawah Program Industri Nangka Pertubuhan Peladang.

INDUSTRI TANAMAN NANGKA PERTUBUHAN PELADANGPERTUBUHAN PELADANG

TANAMAN

Kawasan seluas 816 hektar telah ditanam dengan nangka di bawah 3 program iaitu Perladangan Pertubuhan Peladang, Ladang Usahawan Peladang serta Ladang Rakyat. Kesemua ladang-ladang tersebut dalam peringkat untuk mendapat pensijilan SALM.

Di bawah program Ladang Rakyat, nangka seluas 131.2 hektar telah ditanam di kawasan persekitaran rumah ahli. Program ini adalah untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai ahli dalam industri nangka pertubuhan peladang di samping menggunakan kawasan lapang di kawasan persekitaran rumah dengan tanaman yang mendatangkan hasil.

Ahli berminat akan dibekalkan anak pokok nangka yang perlu dijaga oleh ahli sendiri dengan khidmat nasihat daripada PPK. PPK akan membuat pemantauan dari masa ke masa.

PENGHASILAN

Buah nangka yang dikeluarkan daripada program ini akan dibeli dan dipasarkan oleh pertubuhan peladang. Ketika ini kuantiti pasaran ialah 1,682 mt/tahun dan akan meningkat kepada 29,023 mt/tahun menjelang 2010.

PEMASARAN

Ketika ini 80% penghasilan adalah dalam bentuk segar untuk keperluan domestik dengan permintaan yang menggalakan. LPP menerima banyak permintaan daripada pengeksport untuk bekalan nangka segar bagi pasaran di China, Hong Kong, Eropah dan Singapura.

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

4 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

5

Page 6: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

PEMPROSESAN

Sebahagian daripada buah nangka ini diproses sebagai minuman berbentuk kordial, halwa, jem dan ‘chip’. Pasaran buah nangka ini akan lebih meluas apabila dua buah kilang pemprosesan milik Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan Pertubuhan Peladang Kawasan Paya, Perlis beroperasi pada awal tahun hadapan.

Kedua-dua kilang ini akan memproses buah nangka dalam bentuk chip dan minuman kordial yang mempunyai kualiti eksport dengan memenuhi ciri-ciri GMP, HACCP dan halal.

LPP berasa yakin industri tanaman nangka Pertubuhan Peladang/ahli secara bersepadu ini mempunyai potensi yang baik dan memberi faedah kepada ahli-ahli peladang.

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

6 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

7

Page 7: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

P rojek pengkulturan rumpai laut merupakan sub sektor akualkultur yang turut memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi

negara. Pelaksanaan projek ini turut menyumbang kepada peluang-peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk luar bandar. Sama seperti projek-projek lain, pengkulturan rumpai laut merupakan salah satu projek yang boleh menjana pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya. Ini selaras dengan saranan kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, supaya setiap usaha tani dilakukan secara bersungguh-sungguh berdasarkan konsep “Pertanian Adalah Perniagaan”.

Di Malaysia, lokasi yang amat popular dengan projek pengkulturan rumpai ini terletak di Malaysia Timur iaitu di kawasan perairan Negeri Sabah seperti di Daerah Semporna dan kepulauan berhampiran dengannya yang mempunyai perairan laut terlindung, kualiti air laut yang baik dan dasar laut berpasir dan berbatu

karang. Sumber Jabatan Perikanan Sabah juga mencatatkan bahawa lain-lain kawasan yang turut mengusahakan projek ini ialah di Daerah Kunak, Lahad Datu, Kota Belud dan Kudat. Sumber data Jabatan Perikanan Semenanjung menunjukkan bahawa sehingga tahun 2004, terdapat 527 kawasan rumpai laut didaftarkan dengan keluasan 965 hektar melibatkan 390 orang penternak dan kesemuanya adalah di Negeri Sabah.

Sementara itu di Semenajung Malaysia, pengkulturan rumpai laut ini agak asing dan tidak banyak kawasan yang melaksanakannya sebagai satu industri. Ada kawasan yang menjalankan projek ini tetapi hanya secara kecil-kecilan sahaja. Ini kerana selain lokasi, faktor pengalaman dan pengetahuan amat penting bagi memastikan projek yang dilaksanakan tidak menemui kegagalan. Tambahan pula sekiranya projek dicadangkan untuk diusahakan ini terletak bukan di kawasan perairan yang sesuai sepertimana di perairan Negeri Sabah.

PENGKULTURAN RUMPAI LAUT PPK Merbok Oleh : Rosly Abdul Rahman (LPP Kedah)

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

6 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASIBERITA TRANSFORMASI

7

Page 8: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

Sungguhpun begitu, faktor kawasan perairan laut bukan penghalang bagi 8 orang usahawan peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok menerokai industri ini. Mereka mengusahakan pengkulturan rumpai laut di dalam kolam dengan keluasan keseluruhannya seluas 3 hektar. Projek ini telah mendapat sokongan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk menjadi projek perintis

dan akan dikembangkan sekiranya dilihat mempunyai potensi di masa akan datang. Bagi memastikan kejayaan, projek ini mendapat pengawasan sepenuhnya daripada PPK Merbok di mana ianya dijalankan di bawah konsep ladang kontrak.

Projek pengkulturan rumpai laut merupakan salah satu projek industri berasaskan pertanian yang dilaksanakan oleh usahawan peladang. Projek ini dijalankan di salah satu Unit Peladang PPK Merbok iaitu Unit Peladang Kampung Kuala Segantang Garam yang terletak di Mukim Bujang di Daerah Kuala Muda. Lain-lain projek pertanian yang diusahakan oleh ahli di bawah pengawasan PPK seperti projek akuakultur ternakan ikan dalam sangkar, ternakan kambing, ternakan ikan keli, tanaman nangka madu, projek mini estet padi dan projek ladang benih padi. Kesemua projek ini dipantau secara berkala oleh pengurusan PPK untuk menjamin projek tersebut diusahakan secara berterusan. Projek yang mendapat pembiayaan daripada Kerajaan melalui program Pembangunan Manusia Berasaskan

Komoditi (PMAK) Lembaga Pertubuhan Peladang tahun 2007 dan kerja-kerja asas infrastruktur mula dilaksanakan pada awal tahun 2007. Pengkulturan rumpai laut di dalam kolam akan mengambil masa selama kurang 3 bulan sebelum iaya dituai. Rumpai laut ini kemudiannya akan melalui proses penjemuran sehingga kering selama antara 3 – 4 hari sebelum boleh dipasarkan.

Peserta yang dipilih oleh PPK terdiri dari seorang mentor yang mempunyai pengalaman dan telah mengusahakan projek pengkulturan rumpai laut ini di kawasan Pantai Merdeka di bawah pengawasan Jabatan Perikanan Kedah. Sementara itu, 7 orang usahawan lagi merupakan mentee yang akan mengusahakan kolam masing-masing. Jenis rumpai laut yang dikulturkan di bawah projek usahawan PPK Merbok adalah daripada spesis Gracilaria.

Gracilaria merupakan bahan mentah utama yang digunakan di dalam industri memproses agar-agar. Ianya mempunyai nilai komersial yang amat tinggi di mana rumpai kering boleh mencecah harga RM2.00 setiap kilogram. Antara kegunaan lain rumpai laut adalah sebagai bahan campuran dalam industri pembuatan cat, syampu, dakwat, penyembur racun serangga dan bahan kosmetik.

Projek pengkulturan rumpai laut PPK Merbok ini diusahakan secara berkelompok oleh usahawan Haji Abu Mokhtar b. Haji Mustafa, Long bin Man, Mohamad Fakhori bin Mohd Saad, Baizuri bin Kasim, Che Ah

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

8 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

9

Page 9: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

binti Dali, Md Zin bin Lazim, Yusof bin Lat dan Ramli bin Mansor. Setiap seorang mengusahakan kolam dengan keluasan masing-masing 0.5 hektar. Encik Shaharudin bin Shafei bertindak sebagai mentor dan usahawan lainnya sebagai mentee. Projek ini mensasarkan peningkatan pendapatan setiap peserta daripada RM500.00 kepada RM1,000 seorang.

Perjalanan projek pengkulturan rumpai laut dalam kolam ini dipantau dan diawasi oleh 2 jawatankuasa yang ditubuhkan oleh PPK Merbok. Ahli Jawatankuasa Projek diketuai oleh seorang wakil Ahli Jemaah Pengarah yang dilantik dan pihak pengurusan PPK iaitu Pengurus Bahagian Projek sendiri dipilih sebagai setiausaha kepada jawatankuasa projek tersebut. Sementara itu peserta-peserta projek akan menjadi ahli-ahli kepada jawatankuasa projek. Jawatankuasa ini akan membincangkan tentang rutin dan bertanggungjawab terhadap perjalanan serta pelaksanaan projek pengkulturan rumpai laut.

Sementara itu, Jawatankuasa Teknikal juga diwujudkan dan melibatkan beberapa jabatan termasuk jabatan teknikal. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah LPP Negeri Kedah di mana Pegurus Besar PPK sebagai setiausaha kepada jawatankuasa ini. Keahlian lain jawatankuasa terdiri dari pegawai-pegawai Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Perikanan dan peserta-peserta projek. Tugas jawatankuasa ini adalah untuk membantu memberikan khidmat nasihat bagi menjamin kelancaran projek ini.

Usahawan PPK Merbok menggunakan kolam sedia ada yang sebelum ini digunakan untuk projek ternakan udang. Projek ini terpaksa diberhentikan disebabkan tidak memberi pulangan yang menguntungkan kepada pengusaha. Oleh yang demikian, kos keseluruhan projek rumpai laut dapat dijimatkan. Usahawan PPK Merbok memerlukan perbelanjaan hampir RM80,000 bagi keseluruhan projek. Dianggarkan sebanyak RM8,000 setiap sebuah kolam diperlukan bagi kerja-kerja mencuci dan mendalamkan kolam, membentuk ban dan cerun serta kerja-kerja berkaitan dengannya. Ban kolam perlu dimampatkan dan ditambah tanah merah serta manjajar kayu bakau bagi mengukuhkan strukturnya. Kolam juga memerlukan paip inlet/outlet jenis PVC dan enjin pam air. Benih rumpai laut diperolehi dari pengusaha di Pantai Merdeka dengan harga RM1,000 setan dalam anggaran 0.6 tan bagi setiap kolam 0.5 hektar. Dari segi aspek ekonomi, setiap kolam boleh menghasilkan 8 tan setahun atau 2 tan sepusingan atau RM4,000 sepusingan. Manakala perbelanjaan sepusingan termasuk input dan upah dianggarkan RM1,000. Setiap peserta mampu meraih pendapatan tambahan bersih sebanyak RM3,000 sepusingan atau RM1,000 sebulan. Ini selaras dengan matlamat peningkatan pendapatan kepada usahawan.

Aspek disiplin dalam melaksanakan projek ini amat tinggi. Seperti juga dengan industri pertanian lainnya, pengkulturan rumpai laut terdedah kepada serangan penyakit dan lain-lain serangan sekiranya tidak berdisplin dalam pengurusan berdasarkan amalan pertanian baik. Pengkulturan rumpai laut di

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

8 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

9

Page 10: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

ladang memerlukan pengawasan yang cukup rapi bagi memastikan ia tidak diserang penyakit. Salah satu penyakit iaitu ‘Ais-Ais’ boleh mereputkan batang rumpai laut. Bagi pengkulturan rumpai di perairan laut, penyu juga merupakan musuh utama yang gemar memakan rumpai ini. Selain itu, turut menjadi ancaman, adalah dari serangan “lumut sutera” dari kumpulan alga hijau yang boleh disamakan ancaman dengan “padi angin” dalam industri padi.

PPK Merbok memainkan peranan dalam pemasaran rumpai laut selaras dengan konsep ladang kontrak yang dipersetujui bersama-sama peserta. Oleh yang demikian peserta projek dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengeluaran hasil yang bermutu memandangkan aspek pemasaran telah diambil alih oleh PPK. PPK Merbok seterusnya akan memasarkan rumpai yang telah dikeringkan ke kilang pemprosesan rumpai yang terdapat di kawasan tersebut.

Dengan terlaksananya projek pengkulturan rumpai laut ini, faedah langsung yang diperolehi darinya iaitu dapat membantu pengeluaran projek pemprosesan agar-agar yang ada di kawasan setempat. Projek ini juga dapat memberi faedah tidak langsung kepada masyarakat dan negara seperti:

i. Mengurangkan jumlah tukaran wang asing daripada pengimportan agar-agar.

ii. Mengelak kerugian dan pembaziran yang berlaku kepada kolam udang terbiar dengan menggunakannya bagi menternak rumpai laut untuk industri agar-agar.

iii. Produk yang dikeluarkan tidak diragui satatus halal kerana diusahakan oleh usahawan Islam dan tidak menggunakan gelatin.

iv. Menerokai bidang baru dikalangan nelayan kerana produk rumpai laut berpontesi besar untuk dimajukan dan menambah pendapatan pengusaha.

Melihat dari skop menyeluruh, pengkulturan rumpai laut ini bukan sahaja antara projek baru kepada ahli PPK tetapi ia merupakan projek yang mempunyai nilai ekonomi jika diusahakan secara komersial dan mendatangkan keuntungan.

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

10 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

11

Page 11: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

Melihat kejayaan dalam membangunkan ekonomi ahli merupakan satu kepuasan yang tidak ternilai dan segala jerit perit hilang

bagaikan tidak terasa kepada pihak pengurusan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Medan.

Memang menjadi tunjang kepada PPK yang ditubuhkan pada 14 April 1982, pembangunan ekonomi ahli menjadi keutamaan. Dengan objektif untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli, PPK telah merancang dan melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi bagi menambah pengetahuan dan kemahiran, meningkatkan hasil pendapatan dan memperbaiki cara hidup ahli serta mewujudkan masyarakat yang progresif, berdikari, makmur dan bersatu padu.

Pada peringkat awal PPK Sri Medan diterajui 8 orang pengasas yang diketuai oleh Tuan Haji Misran bin Kadio dan dibantu oleh 5 anggota pengurusan. Modal saham awalnya hanya berjumlah RM11,225.00 dengan keahlian seramai 477 orang dari 12 unit peladang. Kini setelah 25 tahun penubuhannya modal saham telah meningkat menjadi RM454,223, manakala keahlian juga telah meningkat kepada 2,985 orang dari 24 unit peladang.

Pada awal penubuhan aktiviti perniagaan yang diceburi PPK adalah pemasaran kelapa sawit, pemasaran getah beku, projek ayam daging dan aktiviti kredit serta pemasaran hasil pertanian dan ternakan. Keuntungan awal yang diperolehi pada tahun penubuhannya adalah RM 15,051 melalui isipadu perniagaan bernilai RM102,735.00.

PPK SRI MEDANMembangun Bersama Ahli

Oleh : Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

Membangun Bersama AhliMembangun Bersama Ahli

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

10 BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

11

Page 12: PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/NNAniCFmARn6xTSObixCaGrZPeIPY6Wg.pdf · sekitar untuk jaminan pemasaran hasil ... khususnya dalam bidang pertanian dan industri

Penaung Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

Penasihat Haji Arpan Shah bin Satu

Hajah Mariam Mas bte Yaacob

Ketua Pengarang Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail

Penyunting Azizan bin Othman

Rohman bin Jasmani

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Grafi k/IllustratorRohman bin Jasmani

Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my

Melihat perkembangan yang ada, aktiviti perniagaan terus digiatkan hingga mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan. Berdasarkan situasi tersebut PPK telah mempelbagaikan perniagaanya melalui jualan input pertanian dan projek ternakan bebiri.

Aktiviti PPK telah dikembangkan dalam usaha meyakinkan ahli dengan menjalankan kerja-kerja kontrak dan lain-lain aktiviti sampingan hingga menjadikan isipadu perniagaan terus mencatatkan keuntungan walaupun kawasan pengendalian sentiasa dilanda banjir saban tahun.

Pada tahun 1989 dan 1990 merupakan zaman peralihan di mana PPK Sri Medan mula bergerak aktif. Keuntungan yang dicatat mencecah RM44,719 dan RM40,073.35 dengan penambahan aktiviti projek ikan dalam sangkar.

Manakala zaman kejayaan PPK Sri Medan bermula pada tahun 1991 hingga kini melalui pelbagai aktiviti perniagaan dan sosial. Aktiviti kedai peladang adalah antara perniagaan yang dijalankan. PPK turut membangunkan tanah terbiar ahli melalui Projek Mini Estet Tanjung Sri Muda dan Sri Dayung dengan tanaman kelapa sawit.

Aktiviti-aktiviti teras PPK telah menyumbang keuntungan yang besar melalui aktiviti pemasaran kelapa sawit, jualan input pertanian, kerja-kerja kontrak, semaian benih kelapa sawit, kedai peladang, saham dan pelaburan oleh ahli.

Kejayaan yang dicapai selama ini menunjukkan komitmen antara PPK dan ahli dalam menjayakan transformasi pertanian amat membanggakan. PPK sentiasa berkerjasama dengan ahli dengan menyalurkan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan sektor pertanian.

Berbekalkan sokongan tersebut, kegiatan ekonomi PPK dan ahli semakin berkembang sehingga pelbagai anugerah dan pengiktirafan diperolehi seperti Anugerah PPK Jaya Peringkat Kebangsaan 1997, Anugerah Pertubuhan Peladang Kategori A Seluruh Malaysia 1998, Sijil Penyertaan Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2002 Anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia dan lain-lain lagi.

Bebekalkan kejayaan yang dicapai selama ini, PPK Sri Medan akan meningkatkan komitmen untuk terus maju melalui hubungan baik dan sokongan yang diterima daripada ahli.

BeritaTRANSFORMASI Pertanian Edisi 12•2007 Lembaga Pertubuhan Peladang

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

BERITA TRANSFORMASILEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

12