bil 9/2010 edisi september -...

3
Bil 9/2010 Edisi SEPTEMBER Transformasi Lahir Peladang Progresif Projek Stesen Minyak PPK Merapoh Pasar Peladang PPK Hulu Selangor Tugas-Tugas, Larangan Dan Berhenti Daripada Jemaah Pengarah PPK Transformasi Lahir Peladang Progresif Projek Stesen Minyak PPK Merapoh Pasar Peladang PPK Hulu Selangor Tugas-Tugas, Larangan Dan Berhenti Daripada Jemaah Pengarah PPK

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Layarilah Laman Web LPP di http://www.lpp.gov.myUntuk Mendapat Informasi Terkini

Edisi InternetHaninah bt Abd. Rahman

Safari bin Abd Hamid

GrafikKamaruzzan bin Hanif

JurufotoIshak bin Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,50990 Kuala Lumpur

PenaungHaji Arpan Shah bin Haji Satu

PenasihatHaji Ramli bin Salikan

Haji Mohd Salim bin Haji Taha

Ketua PengarangRosly bin Abdul Rahman

PenyuntingAzizan bin Haji Othman

Shahzunizam bin Zulkafli

Edaran Majalah TransformasiNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim @ HashimNaharuddin bin Abd RahmanShafrin Azhar bin Abd Ghani

Adnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Dicetak Oleh:OMR Press Sdn. Bhd.Tel: 03-8024 6396

Lahir Peladang Progresif

Bil 9/2010 Edisi SEPTEMBER

Transformasi Lahir Peladang Progresif

Projek Stesen Minyak PPK Merapoh

Pasar Peladang PPK Hulu Selangor

Tugas-Tugas, Larangan Dan Berhenti Daripada Jemaah Pengarah PPK

Transformasi Lahir Peladang Progresif

Projek Stesen Minyak PPK Merapoh

Pasar Peladang PPK Hulu Selangor

Tugas-Tugas, Larangan Dan Berhenti Daripada Jemaah Pengarah PPK

2

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 3

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Oleh: Rosly bin Abdul [email protected]

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang juga Ketua Pendaftar Pertubuhan Peladang, Tuan Haji Arpan Shah bin Haji Satu mengajak semua

pihak sama ada pemimpin Pertubuhan Peladang (PP), ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), golongan masyarakat dan warga kerja LPP dan PP supaya bersama menggalas usaha menjayakan transformasi dalam usaha melahirkan satu pergerakan peladang yang unggul dan disegani ke arah melahirkan peladang progresif.

“Transformasi merupakan agenda yang cukup penting pada masa ini terutamanya kepada pergerakan Pertubuhan Peladang supaya kita dapat kekal relevan dan mampu bersaing pada masa hadapan”, ujar Haji Arpan Shah. Transformasi merupakan istilah yang cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat dan membawa makna yang cukup luas. Transformasi mengandungi maksud satu perubahan atau perpindahan. Dalam erti kata lain, sesuatu keadaan atau benda akan berubah bentuk atau corak secara jelas melalui proses transformasi ini. Proses ini biasanya berlaku secara dikawal, terarah dan terancang seterusnya mempunyai elemen tempoh masa. Perubahan yang diinginkan sudah tentu kearah yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Transformasi Lahir Peladang Progresif

Usaha LPP ini dilihat selari dengan agenda Kerajaan mentransformasikan negara ke arah mencapai Wawasan 2020 yang diimpikan oleh seluruh rakyat. Program Transformasi Kerajaan dilaksanakan melalui 4 tiang atau tonggak utama. Pertama; menjelmakan satu falsafah induk sebagai panduan bersifat merentas dasar serta pelaksanaan yakni 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Kedua; satu prakasa teras peranan Kerajaan yakni Program Transformasi Kerajaan ke arah penyampaian perkhidmatan berkesan. Ketiga; Program Transformasi Ekonomi melalui pengenalan Model Ekonomi Baru ke arah negara berpendapatan tinggi, terangkum dan mampan. Keempat; Rancangan Malaysia Ke-10 mensasarkan kelancaran pelaksanaan pembangunan Kerajaan.

1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

“Dalam konteks LPP dan PP, rakyat yang dimaksudkan adalah dikalangan para peladang terutamanya mereka yang bernaung menjadi ahli kepada Pertubuhan Peladang Kawasan”, kata Haji Arpan Shah. Masyarakat peladang sentiasa mengimpikan perkhidmatan yang berkesan diperoleh oleh mereka. Inilah matlamat atau pencapaian yang perlu diutamakan di mana menjadi cita-cita dan aspirasi masyarakat peladang kepada pergerakan Pertubuhan Peladang.

2

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

2

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 3

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif 3

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Tambahan, LPP turut menggunakan slogan 1 PP 1 Pergerakan bermatlamatkan menyatupadukan jalinan hubungan dan tindakan di antara PP dan peladang bagi meningkatkan semangat 1 Malaysia 1 matlamat ke arah Pertanian Menjana Ekonomi Negara. Dalam hal ini, peladang didahulukan, kejayaan PP diutamakan.

Masyarakat peladang mengharapkan satu perubahan yang jelas berlaku dalam pergerakan Pertubuhan Peladang. Oleh yang demikian, tentunya tanggungjawab dan amanah tersebut seharusnya dipikul bersama oleh semua pihak yang sayangkan pergerakan ini untuk terus membugar dan membajai perkhidmatan yang diberikan. Segala yang dipersembahkan mestilah mendahulukan kumpulan sasar dan setiap yang dizahirkan mengelakkan kepentingan peribadi dari mengatasi segala-galanya.

Program Transformasi Kerajaan

Kerajaan menyedari bahawa segala apa yang diaspirasikan tidak akan menjelma dan menjadi realiti tanpa pelaksanaan yang pantas, tepat dan berkesan. Bagi Haji Arpan Shah, ini merupakan tugas yang cukup berat kepada pemimpin peladang dan penjawat awam dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. “Melalui Program Transformasi, kita perlu lebih responsif terhadap aspirasi masyarakat peladang dan lebih prihatin kepada denyut nadi mereka. Kita perlu lebih sensitif dan mudah peka kepada kehendak dan keperluan mereka”, tambah Haji Arpan Shah lagi.