perusahaan bakeri ahli ppk merlimau -...

3
Berita Transformasi Pertanian Oleh: Shahzunizam bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP) [email protected] M erlimau adalah salah satu pekan di Melaka. Terletak 22 kilometer di Tenggara bandar Bersejarah Melaka. Perjalanan dengan kereta ke Merlimau mengambil masa lebih kurang setengah jam dari susur keluar Lebuhraya PLUS. Selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9), kerajaan Melaka berhasrat untuk memberi perhatian yang serius ke atas usaha membangunkan sektor pertanian di Negeri Melaka termasuklah di Merlimau. Ini bukan sahaja dalam aspek fizikal projek pertanian tetapi juga memfokuskan kepada pembangunan usahawan tani sedia ada, baru dan usahawan di kalangan siswazah. Salah seorang Usahawan Siswazah Terbaik yang dilahirkan oleh kerajaan Negeri Melaka adalah Encik Roshelmy bin Md. Sharif. Beliau merupakan usahawan bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau. Encik Roshelmy berasal dari Kampung Air Tawar Merlimau begitu berminat untuk menceburi perusahaan bakeri yang menghasilkan pelbagai jenis kek, roti, pastri, biskut dan pelbagai jenis lagi. Beliau berbangga dengan hasil usahanya, walaupun kebanyakkan siswazah memilih untuk bekerja di pejabat kerajaan atau swasta. Encik Roshelmy yang kini berumur 38 tahun memulakan perusahaan bakeri sejak dua tahun lalu dirumah secara kecil-kecilan bersama-sama isterinya, Puan Marshidah binti Mansor. Perusahaan ini dimonopoli oleh masyarakat cina sedangkan permintaan terhadap makanan ini turut diperlukan oleh masyarakat melayu, maka beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang ini kerana mahu membuktikan bahawa kaum bumiputera boleh berjaya dalam semua bidang termasuklah didalam perusahaan bakeri. Dari titik tolak itu, beliau bertekad untuk bergelumang dalam bidang perniagaan perusahaaan bakeri. Perusahaan Encik Roshelmy dibantu sepenuh masa oleh isteri tersayang, Puan Marshidah Binti Mansor. Menurut beliau, “isteri saya amat meminati bidang ini dan telah mengikuti kursus insentif selama 4 bulan sehingga memperoleh pengalaman kemahiran bagi menghasilkan bakeri yang bermutu dan di minati oleh pelanggan”. Atas dasar ini juga, beliau berkongsi minat untuk bersama-sama menceburi bidang perusahaan bakeri ini dengan lebih mendalam lagi. Perusahaan Bakeri Ahli PPK Merlimau 10 Berita Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif

Upload: lyquynh

Post on 24-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perusahaan Bakeri Ahli PPK Merlimau - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/cmcvzCikPvMsldvCWjn9... · Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9), ... untuk bergelumang dalam bidang

10

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Oleh: Shahzunizam bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)[email protected]

Merlimau adalah salah satu pekan di Melaka. Terletak 22 kilometer di Tenggara bandar Bersejarah Melaka. Perjalanan dengan kereta

ke Merlimau mengambil masa lebih kurang setengah jam dari susur keluar Lebuhraya PLUS. Selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9), kerajaan Melaka berhasrat untuk memberi perhatian yang serius ke atas usaha membangunkan sektor pertanian di Negeri Melaka termasuklah di Merlimau. Ini bukan sahaja dalam aspek fizikal projek pertanian tetapi juga memfokuskan kepada pembangunan usahawan tani sedia ada, baru dan usahawan di kalangan siswazah.

Salah seorang Usahawan Siswazah Terbaik yang dilahirkan oleh kerajaan Negeri Melaka adalah Encik Roshelmy bin Md. Sharif. Beliau merupakan usahawan bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau. Encik Roshelmy berasal dari Kampung Air Tawar Merlimau begitu berminat untuk menceburi perusahaan bakeri yang menghasilkan pelbagai jenis kek, roti, pastri, biskut dan pelbagai jenis lagi. Beliau berbangga dengan hasil usahanya, walaupun kebanyakkan siswazah memilih untuk bekerja di pejabat kerajaan atau swasta.

Encik Roshelmy yang kini berumur 38 tahun memulakan perusahaan bakeri sejak dua tahun lalu dirumah secara kecil-kecilan bersama-sama isterinya, Puan Marshidah binti Mansor. Perusahaan ini dimonopoli oleh masyarakat cina sedangkan permintaan terhadap makanan ini turut diperlukan oleh masyarakat melayu, maka beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang ini kerana mahu membuktikan bahawa kaum bumiputera boleh berjaya dalam semua bidang termasuklah didalam perusahaan bakeri. Dari titik tolak itu, beliau bertekad untuk bergelumang dalam bidang perniagaan perusahaaan bakeri.

Perusahaan Encik Roshelmy dibantu sepenuh masa oleh isteri tersayang, Puan Marshidah Binti Mansor.Menurut beliau, “isteri saya amat meminati bidang ini dan telah mengikuti kursus insentif selama 4 bulan sehingga memperoleh pengalaman kemahiran bagi menghasilkan bakeri yang bermutu dan di minati oleh pelanggan”. Atas dasar ini juga, beliau berkongsi minat untuk bersama-sama menceburi bidang perusahaan bakeri ini dengan lebih mendalam lagi.

Perusahaan Bakeri Ahli PPK Merlimau

10

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Page 2: Perusahaan Bakeri Ahli PPK Merlimau - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/cmcvzCikPvMsldvCWjn9... · Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9), ... untuk bergelumang dalam bidang

11

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Perusahaan Bakeri Ahli PPK Merlimau

Encik Roshelmy berbangga dan bersyukur kerana dapat membuka sebuah syarikat yang diberi nama Shidaz Bakery and Enterprise yang bertempat di Pusat Persediaan Produk Makanan yang di sewanya. Beliau bersyukur kerana mendapat peruntukan Pembangunan Usahawan Peladang (PUP) daripada Lembaga Pertubuhan Peladang sebanyak RM30,000. Pinjaman ini digunakan dengan sebaiknya untuk meningkatkan keupayaan syarikat termasuklah mengubahsuai ruang banggunan selain membeli mesin dan peralatan yang diperlukan.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah memberi peluang kepada beliau didalam menyediakan tempat untuk menjalankan perusahaan bakeri. Beliau merasa bertuah kerana kerajaan negeri memberi perhatian kepada bumiputera sepertinya untuk mengembangkan perusahaan bakeri. Galakan daripada Jabatan Kerajaan sentiasa diperolehi melalui khidmat nasihat daripada Jabatan dan Agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, Pertubuhan Peladang Kawasan, FAMA dan Jabatan Pertanian yang sering membantu beliau untuk meningkatkan kefahaman dan tuju arah perjalanan perusahaan ini untuk berjaya hingga sekarang.

Encik Roshelmy dan isteri telah menghadiri beberapa kursus dan program untuk memantapkan serta mengukuhkan perusahaannya seperti Program Fast Track Halal MS 1500, Kursus Pelabelan dan Pembungkusan, Kursus Asas Usahawan Pasar Tani, Kursus Asas Perakaunan, Kursus Asas Kebersihan dan Keselamatan

11

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Page 3: Perusahaan Bakeri Ahli PPK Merlimau - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/cmcvzCikPvMsldvCWjn9... · Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9), ... untuk bergelumang dalam bidang

12

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

Makanan, Program Latihan Pembangunan Usahawan, Kursus Aneka Kek, Peningkatan Kualiti Produk Makanan Untuk Usahawan 1Malaysia dan lain-lain lagi.

Melalui kursus inilah beliau dan isteri mendapat idea untuk mencipta pelbagai jenis kek yang bermutu termasuklah kek coklat moist, kek buah, kek gulong, kek mentega, kek cawan, kek kukus, popia chips dan biskut cornflake. Kesemua ini adalah hasil innovasi dan kreativiti beliau dan isteri yang mempunyai citarasa tersendiri khasnya untuk pelanggan tetap dan baru.

Encik Roshelmy menerima tempahan biskut dan kek untuk majlis-majlis perayaan dan perkahwinan yang berpandukan kepada tempahan yang dikehendaki oleh pelanggan. Boleh dikatakan pendapatan bersih yang diperolehi oleh beliau adalah sekitar RM2000 hingga RM3000 sebulan bergantung kepada permintaan dan jualan pada bulan tersebut setelah ditolak upah dan lain-lain kos.

Beliau juga tidak lari daripada masalah yang terpaksa dihadapi didalam perusahaan bakerinya. Antaranya adalah kek yang disediakan tidak dapat bertahan lama kerana kek mempunyai jangka hayat yang pendek. Beliau kini sedang mencari alternatif yang terbaik untuk meningkatkan jangka hayat kek tersebut seperti melalui kaedah pembungkusan yang paling terbaik. Walaubagaimanapun, beliau perlukan perbelanjaan yang tinggi bagi mengatasi masalah yang dihadapinya ini.

Beliau juga menaruh harapan yang tinggi agar produk-produk ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada pelanggan. Beliau turut berharap kerajaan Melaka dapat membantu memperkenalkan perusahaan bakerinya kepada orang ramai. Ini secara langsung dapat menyemai minat dan permintaan yang tinggi terhadap perusahaan bakeri kepada pengguna yang senantiasa mahukan produk yang halal, bersih, sedap dan murah.

Bagi yang berminat untuk menempah boleh menghubungi sendiri Encik Roshelmy di talian 013-7343404/ 013-3993404 atau boleh datang ke Shidaz Bakery & Enterprise. Pusat Persediaan Produk Makanan (PUSPRO) FAMA. KM 26 Jalan Muar, Ayer Tawar, Merlimau Melaka.

12

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif