transformasi pertanian -...

20
TRANSFORMASI PERTANIAN Edisi APRIL 2015 Lahir Peladang Progresif MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN LPP KE-42 1 PEMUTUAN PADI SEBENAR 3 KURSUS MANDATORI AHLI JEMAAH PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG 13

Upload: tranduong

Post on 31-Jan-2018

279 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

Bagaimana kita mencukupi

kepada penduduk dunia yang semakinbekalan makanan

meningkat?

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGMenara LPP, No. 20, Jalan Sul tan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur.Tel : 03-2610 9600 | Faks : 03-2697 0987 | Emel : [email protected]

Dunia memerlukan lebih banyak makanan. Pada 2060, akan ada 10 bilion orang di planet kita. Bagaimana kita menyediakan cukup makanan berkualiti tinggi dan memelihara alam sekitar kita? Pada Lembaga Pertubuhan Peladang, kami percaya jawapannya ada dalam potensi penanaman tumbuhan. Kami membangunkan benih baru yang lebih tinggi menghasilkan dan cara yang lebih baik untuk melindungi tanaman dari serangga, rumpai dan penyakit. Jadi petani boleh mendapatkan lebih banyak daripada tanah ladang yang sedia ada dan tanah baru yang kurang ke dalam penanaman. Ia hanya satu cara di mana kita membantu pertumbuhan di seluruh dunia untuk memenuhi cabaran ini pada masa akan datang ini berkembang lebih pesat.

www.lpp.gov.my

TRANSFORMASIPERTANIAN

Edisi

APR

IL 2

015

La h i r Pe l a d a n g P r o g r e s i f

MAJLIS SAMBUTANULANG TAHUN LPP KE-421PEMUTUAN PADISEBENAR3KURSUS MANDATORIAHLI JEMAAH PENGARAHPERTUBUHAN PELADANG13

Page 2: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

PenaungDato’ Arpan Shah bin Satu

PenasihatDato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha

Mohd Naser bin Harun

Ketua PengarangNik Mohd Shaharil bin Nik Md. Hashim

PenyuntingRosli bin Yaakub

Mohd Asyraf bin Mohd Fauzi

Edisi InternetHaninah binti Abdul Rahman

Shahzunizam bin Zulkafli

GrafikAzizan bin Othman

Kamaruzzan bin Hanif

JurufotoMuhammad Afiq bin Azman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang

No. 20, Menara LPP,Jalan Sultan Salahuddin,

50480 Kuala Lumpur.

EdaranNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul Rahman

Shafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Rekabentuk dan cetakan oleh:Giga Wise Network Sdn Bhd

Tel: 03-5191 1115www.gigaprint2u.com

1 MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KALI KE-42

3 PERMUTUAN PADI SEBENAR

5 PENANAMAN DAN PASARAN CILI

10 PUSAT PENGUMPULAN HASIL LADANG PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) KUALA LANGAT MEMBANTU MEMERANGI ORANG TENGAH

13 KURSUS MANDATORI AHLI JEMAAH PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG MEMANTAPKAN PENGURUSAN

16 PROGRAM YB MENTERI BERSAMA PEMIMPIN PELADANG DAN NELAYAN ZON TIMUR

15 PERMUTUAN PADI SEBENAR

Editorial Kandungan

1713

3

6

Page 3: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 1

Pada tanggal 14 Februari 2015 adalah ulang

tahun penubuhan Lembaga Pertubuhan

Peladang, (LPP) kali ke-42. Majlis sambutan

bagi meraikan ulang tahun penubuhan LPP kali

ke-42 ini telah dilangsungkan pada 26 Februari 2015

bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP.

Majlis sambutan ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani.

Sambutan ulang tahun ini dapat memberi kesedaran

kepada anggota LPP, anggota Pertubuhan

Peladang, masyarakat peladang dan orang ramai

mengenai penubuhan LPP yang merupakan tonggak

penggerak kepada pertubuhan peladang dan

sektor pertanian di dalam negara. Sambutan bukan

sahaja disambut oleh anggota LPP ibu pejabat,

malah sambutan juga turut disambut oleh semua

pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri dan

pertubuhan peladang di seluruh negara.

Pelbagai program telah direncanakan pada majlis

sambutan kali ini, terdapat program disediakan

sebelum dan semasa majlis perasmian sambutan

ulang tahun tersebut. Antara programnya adalah

Sambutan bukan sahaja disambut oleh anggota LPP ibu pejabat, malah sambutan juga turut disambut oleh semua pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri dan pertubuhan peladang di seluruh negara.

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KALI KE – 42

temu ramah di siaran Radio Nasional pada 12

Februari 2015 yang melibatkan Encik Nasir Harun,

Pengarah Bahagian Perniagaantani di LPP. Program

temuramah di Selamat Pagi Malaysia di siaran RTM

1 yang melibatkan Tan Sri Dato Zainal bin Dahalan,

Pengerusi LPP dan Dato’ Arpan Shah bin Satu,

Ketua Pengarah LPP yang telah diadakan pada

14 Februari 2015. Kedua-dua program temuramah

ini adalah untuk memberikan maklumat kepada

orang ramai mengenai peranan LPP dalam sektor

pertanian, serta kerjayaan yang dicapai sepanjang

42 tahun penubuhan LPP .

Page 4: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 20152

Selain itu sambutan juga dibuat menggunakan

media cetak pada “Advertorial” yang mempaparkan

kejayaan dan sumbangan LPP dalam sektor

pertanian dan pembangunan negara. Akhbar yang

telah digunakan adalah akhbar Utusan Malaysia,

bekerjasama dengan PPN Perak, PPN Johor, PPN

Selangor, NAFAS dan PASFA. Bagi media massa

siaran “Crewler” di stesen tv bagi kenyataan

sambutan ulang tahun Lembaga Pertubuhan

Peladang ke-42 manakala menggunakan siaran

radio di slot “Hari Ini Dalam Sejarah” berkaitan ulang

tahun Lembaga Pertubuhan Peladang ke-42 yang

akan disiarkan pada 14 Februari 2014.

Beberapa pengisian program juga diadakan pada

25 dan 26 Februari 2015. Pengisian pertama adalah

pameran dan jualan di booth usahawan yang

diadakan di perkarangan concorse LPP, dimana

program ini melibatkan pelbagai usahawan dan

produk. Antara produk yang dipamerkan ialah

makanan basah, makanan kering, makanan segar,

buah-buahan dan produk-produk usahawan.

Seminar keusahawanan telah diadakan khusus

kepada usahawan muda dan ahli kortani LPP

selama dua hari iaitu bermula pada 25 dan 26

Februari 2015. Antara penceramah jemputan yang

telah mengendalikan “Bicara Usahawan” adalah Tan

Sri Muhamad Ali Hashim, Dr Azizan Osman dan Irfan

Khairi. Program ini dapat membantu peserta dalam

memperkukuhkan bidang keusahawanan dan cara

menghadapi cabaran.

Majlis sambutan ini secara langsung dapat memberi

kefahaman orang ramai tentang peranan LPP

dengan lebih jelas.

Page 5: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 3

PEMUTUAN PADI SEBENARTentukan pendapatan pesawah tinggiMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan pada November 2013 penyelarasan harga padi sebanyak RM1,200/tan bagi seluruh negara dan kearah pemutuan padi sebenar tahun 2016.Namun begitu, kerajaan akan melaksanakan

pemutuan padi sebenar secara berperingkat-

peringkat dalam tempoh 2 tahun bagi memastikan

peladang mendapat maklumat serta pemahaman

berkaitan perkara tersebut.

Demi memastikan pemutuan padi sebenar kualiti

hasil padi hendaklah sentiasa diambil berat dan

serius oleh peladang-peladang agar tidak mengalami

masalah peratusan pemotongan hasil padi yang

tinggi dikenakan.

Penerangan mengenai pemutuan sebenar

akan dipergiat melalui pertubuhan-pertubuhan

peladang bertujuan untuk memupuk kesedaran

tentang kepentingan amalan pertanian baik untuk

peningkatan hasil padi dan ke arah penuaian padi

berkualiti dan seterusnya akan meningkatkan hasil

serta pendapatan peladang-peladang.

Page 6: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 20154

Tanggungjawab peladang tidak hanya tertumpu

kepada penjagaan tanaman sahaja tetapi peladang-

peladang hendaklah sentiasa memantau kerja-

kerja sebelum dan semasa penuaian agar ia dapat

dilaksanakan dengan sempurna selain hadir ke

kilang atau pusat jualan untuk mengetahui sendiri

proses pemotongan dan membuat rundingan harga

padi bersama pengilang.

Terdapat empat komponen utama dalam menentukan

pemotongan padi iaitu wap basah, hampa atau

kekotoran, padi hijau atau muda serta padi rosak.

Faktor yang menyebabkan peningkatan wap basah

adalah petak yang tidak dikeringkan awal sebelum

penuaian manakala pemotongan padi disebabkan

oleh padi hampa atau benda asing termasuk hampa

berat atau hampa ringan, kulit luar, sekam, tangkai

padi, batang padi dan serangga.

Bagi komponen kadar kekotoran pula disebabkan

oleh peladang tidak menjalankan kawalan rumpai

serta jentuai yang terlalu laju semasa penuaian

manakala faktor biji padi yang rosak serta hitam

tidak akan menghasilkan beras yang baik sekiranya

dikeringkan kerana dikategorikan sebagai padi rosak

selain dari serangan perosak dan penyakit padi serta

penuaian lewat yang melebihi tahap matang 100%

sehingga kondisi padi menjadi patah.

Faktor bagi komponen padi muda atau hijau yang

menyebabkan pemotongan padi adalah kerana

jika ia dituai terlalu awal akan menghasilkan beras

berkapur dan mudah patah apabila dikilangkan.

Peladang-peladang khususnya yang mengusahakan

industri padi perlulah memainkan peranan penting

melalui pengawalan faktor-faktor penyebab dengan

melakukan penjagaan tanaman yang sempurna

serta dalam memastikan peratus pemotongan hasil

padi tidak tinggi serta sentiasa memantau proses

penuaian dan jualan hasil padi.

Page 7: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 5

Cili merupakan salah satu bahan makanan dikalangan masyarakat Malaysia. Ia tidak dapat dinafikan apabila kebanyakkan masakan di negara ini sering menggunakan cili sebagai bahan dalam masakan khusus bagi mereka yang gemar rasa pedas. Cili atau nama saintifik “Capsium” ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga “Solanaceae”. Cili dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas di serata dunia terutamanya di kawasan beriklim tropika. Ia terdiri daripada pelbagai spesis dan varieti. Namanya berasal dari bahasa “Nahuatl” melalui perkataan Sepanyol Chile. Di Malaysia, cili ditanam di tanah rendah dan kawasan pengeluaran utama adalah di Johor, Kelantan dan Perak. Umumnya penduduk Malaysia menggunakan 33,000 tan cili setahun berdasarkan maklumat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Cili merupakan sejenis tanaman yang tumbuh

menegak berakar tunjang, batang bercabang

berwarna hijau dan daun berwarna hijau muda ke

hijau tua. Manakala bunga yang terdapat di pokok cili

adalah berkelopak lima berwarna putih dan buahnya

berbentuk tirus memanjang. Pensenyawaan bagi

pokok cili adalah persenyawaan sendiri.

PENANAMAN DANPASARANCILI

Jenis – Jenis CiliBerikut adalah cili – cili yang terdapat di Malaysia

1. Cili Merah

2. Cili Hijau

3. Cili Benggala

4. Cili Padi

Page 8: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 20156

PENANAMAN DAN PENJAGAAN CILI

Penanaman cili boleh dibuat melalui dua kaedah.

Kaedah pertama adalah penanaman secara ladang.

Pemilihan tanaman menggunakan kaedah ladang

perlu dilihat melalui beberapa perkara sebagai

contoh lokasi ladang tersebut perlu berdekatan

dengan jalan raya, mudah untuk mendapatkan

bekalan air dan elektrik, tanaman tidak terdedah

dengan haiwan perosak, tidak terlindung daripada

matahari, tidak mudah ditengelami oleh air dan

tapak ladang perlulah luas dan segi empat tepat.

Apabila anak benih mencapai umur 6 minggu,

ia sudah boleh diubah terus ke batas. Sebelum

mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak

benih senang digali. Kemudian gali anak benih

dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.

Jarak tanaman mesti di antara 90 cm (30inci) antara

pokok dan 150 cm antara baris (Sumber: Jabatan

Pertanian). Cara membaja tanaman adalah tabur

baja NPK blue special dengan nisbah 12:12 17:2 di

keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10

gm sepokok setiap dua minggu.

Bagi kaedah kedua pula adalah penanaman di

dalam pasu atau polibag. Tanaman kaedah ini

sesuai untuk pengeluaran skala kecil. Di mana

boleh ditanam di halaman rumah dan di kawasan

yang kecil. Walaubagaimanapun tanaman ini telah

digunapakai untuk pengeluaran skala besar pada

masa kini ini kerana ia lebih mudah dan jimat. Cara

penanamannya adalah dengan menggunakan

kaedah tanah campuran mengandungi tiga bahagian

tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos

dan satu bahagian pasir. Diisikan pasu tersebut

dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm

(2 inci) dari permukaan pasu. Bagi cara membaja

pada pasu bunga ia perlu ditabur sebanyak 1 sudu

teh atau 5 gm baja NPK Blue Special 12:12 : 17:2 di

sekeliling pokok setiap minggu yang berbeza. Bagi

membaja di polibag iaitu gunakan baja cecair A+B

sepanjang penanaman cili.

Manakala kaedah yang terbaru yang telah

digunapakai secara meluas ketika ini, ia dipanggil

tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat

kerana tidak menggunakan tapak yang banyak

dan mudah dijaga dan hasil pengeluaran agak

memberangsangkan. Tetapi kos menggunakan

kaedah ini lebih tinggi sedikit berbanding dengan

kos dua kaedah di atas. Pertubuhan Peladang

Kawasan (PPK) Hulu Langat menggunakan sistem

fertigasi sebagai salah satu projek mereka.

Kos Pengeluaran Am Bagi Keluaran Cili

Dalam setiap pengeluaran barangan komoditi

sudah tentu mempunyai kos pengeluaran. Seperti

juga pengeluaran cili terdapat beberapa kos yang

terlibat. Kos yang yang pertama akan dihadapi oleh

pengusaha adalah kos tetap iaitu bayaran cukai

tanah, alat–alat pertanian dan sistem pengairan

terutama bagi yang menggunakan kaedah tanaman

secara ladang. Kos kedua pula adalah kos

pengeluaran, contoh kos pengeluaran adalah seperti

kos racun kimia, pengangkutan, alat–alat ladang,

pemasaran dan bijih benih. Kos yang terakhir adalah

kos upah bagi tenaga kerja yang memungut hasil

tanaman.

Page 9: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 7

Penyakit Pokok Cili Dan Cara Merawat

Pokok cili merupakan pokok yang begitu sensitif

kerana ia mudah dijangkiti oleh penyakit. Antara

penyakit yang menyerang pokok cili ialah kerinting

daun, kulat, penyakit akar, bintik hitam, dan buah

reput serta ulat pengorek buah. Penyakit kerinting

daun adalah penyakit yang selalu menyerang

pokok cili. Pokok cili yang diserang akan berdaun

kecil, berkedut dan kerinting. Langkah awal yang

perlu diambil adalah mencabut, memusnahkan dan

membakar pokok cili tersebut.

Apabila pokok cili kering, mati dan daun kering

menunjukkan tanda-tanda pokok cili tersebut telah

dijangkiti oleh kulat. Pokok boleh dirawat dengan

menggunakan racun yang bersesuaian. Manakala

bagi penyakit akar berpunca daripada bakteria,

pokok akan kelihatan segar pada waktu pagi dan

layu pada waktu tengahari dan akan kembali segar

pada waktu malam.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2014 7

Pasaran Cili Dan Produk Cili

Sektor pertanian negara semakin berkembang

dengan ditambah lagi galakkan dan sokongan

daripada pihak kerajaan masa kini, seterusnya akan

memberi perkembangan positif dalam pengeluaran

sektor pertanian negara. Malaysia masih

mengimport cili dalam bentuk kering mahupun

segar dari luar negara, ini disebabkan hasil keluaran

cili di Malaysia masih belum mencukupi untuk

menampung keperluan masyarakat di Malaysia.

Keadaan ini menunjukkan pasaran cili di Malaysia

terbuka dengan luas dan akan memberi pulangan

positif kepada pengusaha cili.

Kebanyakkan cili di Malaysia dieksport ke negara

Singapura, ini kerana pasaran di sana lebih tinggi

berbanding harga pasaran di pasaran Malaysia.

Kebanyakkan Pengusaha akan menjual hasil

kepada pemborong dan pemborong akan menjual

kepada peruncit. Harga pasaran cili merah Malaysia

dilihat terus meningkat, ia berlaku disebabkan oleh

permintaan yang begitu tinggi.

Selain dipasarkan sebagai cili segar, hasil cili juga

boleh dipasarkan dalam bentuk cili kering, cili boh,

cili jeruk, cili kisar serbuk cili dan sos cili, kesemua

produk tersebut diproses daripada cili segar. Seperti

kita ketahui cili mengandungi bahan perasa pedas

“capsaicin” yang sangat popular digunakan sebagai

bahan pedas dalam kebanyakkan jenis makanan

terutama sambal belacan, kerepek pedas, asam

pedas dan sebagainya. Pasaran yang begitu luas

ini secara langsung akan dapat meningkatkan

pendapatan di kalangan pengusaha cili di Malaysia.

Page 10: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 20158

Lawatan Pameran KrafJalan Conlay

Lawatan PPIN

Majlis TilawahAl-Quran MKSR

Maulidur Rasul

Page 11: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 9

Mesyuarat Exco Pertanian MOA

Mesyuarat Peladangnita

Puspanita Maulidur Rasul

Seminar Agropreneur Muda Kortani

Page 12: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201510

PUSAT PENGUMPULAN HASIL LADANG PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) KUALA LANGAT MEMBANTU MEMERANGI ORANG TENGAHPPK Kuala Langat telah membuka sebuah Pusat Pengumpulan Hasil Ladang bermula pada Februari 2015 dengan pembukaan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang tersebut, ia dapat membantu para peladang dalam memasarkan produk pertanian mereka. Antara produk pertanian yang ditempatkan pusat pengumpulan hasil ladang adalah cili, timun dan buah-buahan.

Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat

telah mula beroperasi pada 9 Februari 2015. Projek

yang diselenggara oleh Encik Sakran Samsuddin

Pengurus Besar PPK Kuala Langat dan dibantu oleh

Pengurus Projek Encik Ahmad Firdaus Abdul Halim.

Peruntukkan diperolehi dari Lembaga Pertubuhan

Peladang di Bawah Program Khas “Jihad Memerangi

Orang Tengah” berjumlah RM 100,000. Bangunan

Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala

Langat telah dibina di alamat PT 373, Jalan Kebun

Baru, Teluk Panglima Garang, 42500 Teluk Panglima

Garang, Selangor dengan saiz bangunan 75 kaki X

45 kaki, tanah tapak bangunan ini adalah hak milik

Lembaga Pertubuhan Peladang.

Objektif pertama penubuhan Pusat Pengumpulan

Hasil Ladang PPK Kuala Langat ialah untuk menjadi

ruang pasaran yang stabil kepada peladang, dengan

menghantar hasil pertanian ke Pusat Pengumpulan

Hasil Ladang pasaran akan menjadi stabil disebabkan

ruang pasaran produk petani yang telah disediakan

oleh pihak pengurusan Pusat Pengumpulan Hasil

Ladang PPK Kuala Langat. Objektif kedua adalah

salah satu kaedah dalam jihad memerangi orang

tengah, contoh Pusat Pengumpulan Hasil Ladang

dapat memerangi orang tengah dengan peladang

menghantar produk mereka terus ke pusat

pengumpulan untuk dipasarkan tanpa melalui orang

tengah atau peraih untuk memasarkan produk

mereka dipasaran. Objektif terakhir ialah untuk

memasarkan produk secara berterusan iaitu dengan

menggunakan pasaran yang telah disediakan oleh

pihak PPK Kuala Langat di mana produk dapat

dipasarkan secara berterusan. Berikut adalah

pasaran yang disediakan Pusat Pengumpulan Hasil

Ladang, PPK Kuala Langat :

Page 13: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 11

Pasaran Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat

05

04

03

02

01 Jualan Borong kepada Pengguna

Jualan di Hypermarket

Jualan kepada Pemborong dan Agen Pemasar

“Contract Marketing” dengan Pengeksport dan Pemborong

Ladang Kontrak NAFAS

Pusat Pengumpulan Hasil Ladang

Matlamat utama Pusat Pengumpulan Hasil Ladang

PPK Kuala Langat adalah untuk memasarkan

produk cili, oleh yang demikian matlamat pertama

yang ditetapkan adalah memasarkan cili sebanyak

3 tan sehari ke pasaran. Antara contoh pasaran cili

yang telah dipasarkan oleh Pusat Pengumpulan

Hasil Ladang PPK Kuala Langat adalah pasaran

awam (kedai runcit dan syarikat catering),

Hypermarket (Segi Fresh dan Giant) dan Pasar

Tani (Putrajaya, Kuala Langat, Banting dan Klang).

Matlamat kedua pula adalah meningkat pendapatan

peladang sehingga mencecah RM 3500.00 sebulan,

matlamat ini akan disokong dengan pasaran yang

begitu luas untuk memasarkan produk peladang

dengan stabil. Pada masa ini pendapatan petani

RM 3500.00 kebanyakkan mereka adalah peladang

yang mengeluarkan produk cili, ia berikutan Pusat

Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat

memberi tumpuan pada produk cili buat masa ini.

Matlamat terakhir ialah menstabilkan harga produk

dengan mewujudkan kontrak dengan peladang.

Di mana harga distabilkan melalui kontrak, pada

ketika ini produk harga cili telah ditetapkan sebanyak

RM 4.00 sehingga RM 6.00 mengikut permintaan

pasaran cili.

Pembukaan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK

Kuala Langat telah dapat menyelesaikan beberapa

isu yang telah dihadapi oleh peladang dengan

orang tengah dan cara untuk memasarkan produk

mereka. Sebelum ini petani mengalami masalah

untuk memasarkan produk mereka di pasaran

kerana hasil produk petani tidak dapat memenuhi

permintaan pasaran, melalui penubuhan Pusat

Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat

peladang tidak menghadapi masalah kerana produk

peladang digabungkan dengan produk peladang

lain. Masalah kedua peladang sebelum ini adalah

harga produk yang tidak tetap ini berlaku apabila

tiada ikatan kontrak dan dipengaruhi permainan

harga oleh orang tengah. Masalah ketiga adalah

terma dan syarat yang ditetap oleh pasar raya

adalah ketat di mana para peladang tidak dapat

untuk memenuhi syarat yang ditetapkan berbanding

selepas penubuhan Pusat Pengumpulan Hasil

Ladang PPK Kuala Langat kerana keluaran dapat

dibuat dengan skala yang besar.

Setiap pengoperasian kilang atau perniagaan

perlu mempunyai strategi dan cara sendiri bagi

memastikan operasi berada di tahap yang terbaik,

bagi Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala

Langat akan melaksanakan dua fasa. Berikut adalah

strategi yang akan dilaksanakan:

Page 14: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201512

Fasa Pertama: 3 bulan pertama

- produk ditawarkan Cili Gred A dan Timun Gred A dan B

PESERTAPUSAT PENGUMPULAN

HASILPASARAN

Fasa Kedua: 3 hingga 6 bulan

Ditambahkan produk :

- Terung

- Cili

- Timun

- Bendi

- Kacang Panjang

Pada permulaan projek ini hanya tertumpu pada

cili gred A sahaja yang akan diterima oleh Pusat

Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat

untuk dijual di pasaran, walaubagaimanapun

pada ketika ini gred B dan C telah mula diterima

berikutan diatas permintaan pasaran. Cili Gred

A selalunya akan dipasarkan di pasar raya besar

manakala kebanyakan cili gred B pembelinya terdiri

terdiri daripada kedai runcit. Gred bagi cili tersebut

ditentukan berdasarkan speksifikasi yang telah

ditetapkan oleh pihak Pusat Pengumpulan Hasil

Ladang PPK Kuala Langat. Setiap gred cili akan

diasingkan terlebih dahulu oleh peladang sebelum

dihantar ke pusat pengumpulan hasil ladang PPK

Kuala Langat.

Dengan wujudnya Pusat Pengumpulan Hasil Ladang

PPK Kuala Langat, ia dapat memerangi orang tengah

yang sering mendatangkan masalah kepada para

peladang dengan menetapkan harga dengan kadar

yang rendah dan berubah-ubah. Bagi pasaran pula,

peladang tidak perlu bimbang lagi dengan adanya

pasaran yang luas melalui projek pusat pengumpulan

hasil ladang PPK Kuala Langat dan seterusnya

dapat memenuhi kehendak pasaran yang sebelum

ini tidak dapat dimasuki oleh peladang. Dengan ini

dapat membantu meningkatkan pendapatan petani.

Page 15: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 13

Pengalaman dan ilmu merupakan satu kelebihan, namun pelbagai cara boleh digunakan mendapatkan ilmu. Salah satu cara adalah dengan menghadiri kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan. Oleh itu satu kursus mandatori telah dilaksanakan untuk ahli jemaah pengarah pertubuhan peladang. Kursus ini telah disaranankan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, di mana kursus mandatori ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan di kalangan ahli jemaah pengarah PPK yang telah dilantik melalui mesyuarat agung tahunan, lalu dapat memberi impak kepada Pertubuhan Peladang yang bermatlamat bertransformasi dalam bidang pertanian dapat dicapai

KURSUS MANDATORI AHLI JEMAAH PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG MEMANTAPKAN PENGURUSAN

Page 16: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201514

Bagi kursus mandatori tahun ini seramai 1,932

orang peserta yang terpilih menghadiri kursus ini

terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah lantikan

PPK. Keutamaan yang diberikan di dalam kursus

ini ditekankan kefahaman dalam membaca dan

memahami laporan PPK serta tugas Ahli Jemaah

Pengarah, seterusnya ia dapat membantu Ahli

Jemaah Pengarah membawa kemajuan PPK pada

masa akan hadapan.

Objektif kursus mandatori dilaksanakan untuk

memberi kefahaman kepada Ahli Jemaah Pengarah

mengenai penjalanan PPK, oleh itu Ahli Jemaah

Pengarah dapat membuat perancangan yang jelas

mengenai hala tuju PPK. Kursus ini juga memberi

penerangan mengenai tanggungjawab Ahli Jemaah

Pengarah. Dengan pemahaman ini ia dapat

membantu melancarkan lagi penjalanan operasi

di PPK mereka. Seterusnya kursus mandatori ini,

memberi kefahaman yang jelas terutama cara-

cara membaca laporan akaun dan akhir sekali

memahami prosedur undang-undang berkaitan

dengan perjalanan PPK.

Pengisian kursus mandatori Ahli Jemaah

Pengarah telah dibentuk kandungannya selaras

dengan objektif kursus di atas. Antaranya adalah

penerangan tentang perkara-perkara yang berkaitan

dengan pengurusan iaitu perjalanan PPK termasuk

sejarah penubuhan PP, penerangan mengenai

pembangunan dan kecemerlangan PP, penerangan

tentang undang-undang yang digunakan

di PPK, memahami perlembagaan PP dan perkara-

perkara penting dalam kelulusan pendaftar,

penerangan mengenai kepimpinan dari sudut

Keutamaan yang diberikan didalam kursus ini ditekankan kefahaman dalam membaca dan memahami laporan PPK serta tugas Ahli Jemaah Pengarah, seterusnya ia dapat membantu Ahli Jemaah Pengarah membawa kemajuan PPK pada masa akan hadapan.

Page 17: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 15

tugas dan tanggungjawab Ahli Jemaah Pengarah

dan mengenai kesalahan – kesalahan yang lazim

yang berlaku dalam pengurusan PP. Seterusnya

pengisian melibatkan operasi dan kewangan PP

tentang pengenalan asas perakaunan dan kewangan

PP, asas dalam penyediaan belanjawan PP, dan

kefahaman membaca dan menganalisa kewangan

PP.

Konsep yang diterapkan dalam kursus mandatori

yang pertama menggunakan syarahan yang

dibentangkan penceramah yang dilantik terdiri dari

pegawai-pegawai yang telah berkhidmat bersama

PPK atau PP. Konsep yang kedua adalah akan

dibuat perbincangan di antara penceramah dan

peserta tentang isu-isu terkini tentang perjalanan

PPK dan PP. Penggunaan persembahan LCD juga

digunakan semasa syarahan disampaikan kepada

peserta kursus mandatori.

Perlaksanaan kursus mandatori ini secara langsung

dapat membina keyakinan, kemahiran dan

keupayaan dalam memahami tatacara pengurusan

PP dan perakaunan PP dengan baik dan lancar

seterusnya memberi kemajuan kepada PPK dan

transformasi dalam bidang pertanian dapat dicapai.

Page 18: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201516

PROGRAM YB MENTERI BERSAMA PEMIMPIN PELADANG DAN NELAYAN ZON TIMUR

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan kerjasama agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), MADA dan KADA, telah menganjurkan “Program YB Menteri Bersama Pemimpin Peladang Dan Nelayan Zon Timur” yang diadakan pada 1 dan 2 Mac 2015 bertempat di Bukit Gambang Resort, Pahang.

Page 19: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 17

Program ini telah mengumpulkan kesemua pemimpin

peladang yang berada di zon timur meliputi negeri

Pahang, Terengganu dan Kelantan, iaitu seramai

736 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jemaah

Pengarah dan Ketua Unit Peladang PPK seliaan LPP,

Ahli Jemaah Pengarah dan Ketua Unit Peladang

PPK seliaan MADA, Ahli Jemaah Pengarah dan

Ketua Unit PPK seliaan KADA dan Ahli Lembaga

PNK seliaan LKIM menyertai program ini.

Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman

mengenai dasar dan program transformasi baharu

yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani. Melalui anjuran ini nanti

penerangan dipanjangkan kepada Ketua Unit

Peladang dan Ahli Persatuan Nelayan Kawasan

dapat disampaikan dengan lebih jelas dan

memudahkan mereka untuk lebih memahami

tentang dasar baru dan program transformasi oleh

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam pembentangan kertas program ini telah

dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani, mengenai pelaksanaan

dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan

oleh Kementerian Industri dan Asas Tani. Ini diikuti

dengan sesi panel bersama Ketua Jabatan dan

Agensi dibawah Kementerian Industri dan Asas Tani

dengan pemimpin peladang yang terlibat. Antara

dasar yang akan dibentangkan:

a) Sektor Tanaman

•Program Tanaman Semula Pokok Buahan

Terpilih.

•PembangunanTanahTerbiar.

•Pelancaran “Urban Farming Horticulture Atau

Hortikultur Bandar”

b) Sektor Ternakan

•Mewujudkan Pusat Persembelihan Berpusat

di Setiap Daerah

c) Sektor Ternakair

•Pengharaman Penggunaan Pukat Tunda Saiz

Mata 38MM.

•PembatalanLesenPengusahaLautDalamYang

Memajak Bot Mereka Kepada Pengusaha

Vietnam Atau Menggunakan Nelayan Asing

Sepenuhnya.

•Mewujudkan Dasar 50% Pengeluaran Ikan

Darat Dan 50% Pengeluaran Ikan Hasil Laut

Page 20: TRANSFORMASI PERTANIAN - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/O8I6zvvELYslK5szSDsxlpGAuavIy9Lj.… · tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat kerana tidak menggunakan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201518

d) Sektor Pemasaran

•Merealisasikan Permit Import (AP) Kepada

Semua Syarikat Berminat Bagi Mengelakkan

Monopoli. AP Yang Dibuka Adalah Ayam,

Lembu, Kambing, Kopi, Kelapa, Kobis Dan

Babi

•MelaksanakanPenubuhanAgrobazaar

•JihadMemerangiOrangTengahdiSub-Sektor

Padi dan Beras, Perikanan, Sayuran dan

Buah-Buahan.

•ProgramRantaianNilai

•ProgramJimatBelanjaDapur

•UsahasamaKerajaanMalaysiaDenganAcheh

Dalam Pembangunan Pertanian

Selain itu diterangkan juga penyertaan golongan

muda dalam pertanian dengan mewujudkan unit

Agropreneur Muda, ia merupakan persedian program

bagi meremajakan bidang pertanian. Seterusnya

dasar penyediaan kertas “Agriculture Transformation

Programme” (ATP), dasar ini menyatakan peranan

dan sasaran Jabatan dan Agensi. Program

dianjurkan adalah untuk meningkatkan pengetahuan

Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang

dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Persatuan

Nelayan mengenai dasar kerajaan.

Penganjuran program ini akan dilakukan di setiap

zon iaitu Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara.

Dengan adanya program seperti ini setiap maklumat

dapat disampai secara terus kepada pihak terlibat, ia

lebih cepat dan efektif seterusnya pihak yang terlibat

lebih memahami. Oleh itu perlaksanaan setiap

program dapat diselaraskan dengan dasar yang

telah dibentuk oleh pihak Kementerian Pertanian

Industri dan Asas Tani dalam memacu transformasi

dalam sektor pertanian negara.