bil 2/2011 edisi februari -...

16
Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI

Upload: hakien

Post on 03-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI

Page 2: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Detik sejarah 14 Februari 2011

bukan sahaja merupakan Hari Ulangtahun ke 38 penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), malah pada tarikh tersebut juga, lahirnya Kor Tani Peladang secara rasminya. Majlis pelancaran Kor Tani Peladang LPP telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di majlis penuh gemilang yang berlangsung di Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor.

Kor Tani merupakan cetusan idea YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar yang mahukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa berada pada satu tahap yang tinggi dan mempunyai satu imej baru dari segi kekuatan dan ketrampilan dalam keberkesanan penyampaian dasar-dasar kerajaan khususnya terhadap usaha memajukan bidang pertanian. Lantaran itu, YB Menteri telah mengarahkan semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diberi tanggungjawab untuk menubuhkan pasukan Kor Tani mulai tahun 2011. Kor Tani akan bertindak sebagai agen penerangan kepada rakyat mengenai peranan Kementerian, Jabatan dan Agensi ke arah pembangunan pertanian.

Justeru, LPP mengambil langkah kehadapan dengan menyahut awal saranan YB Menteri untuk menubuhkan pasukan Kor Tani. Dinamakan sebagai Kor Tani Peladang, keanggotaannya dipilih

dari kalangan masyarakat peladang yang menjadi ahli kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara. Pada peringkat permulaan, seramai 350 orang telah dipilih menganggotai Kor Tani Peladang. Sasaran menjelang bulan Mac 2011, jumlah keahlian Kor Tani Peladang akan ditambah menjadi 1,500 orang.

Keanggotaan Kor Tani Peladang adalah di kalangan mereka yang berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun. Mereka merupakan kumpulan yang telah mendapat manfaat secara langsung dari program LPP dan Pertubuhan Peladang (NAFAS, PPN dan PPK) samada melalui penglibatan dalam projek pertanian, latihan mahupun mereka yang menjadi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang. Selain itu, Usahawan Peladang, bakal Usahawan Peladang, peserta ladang kontrak dan peserta Usahawan Industri Asas Tani (IAT) tergolong dalam sasaran keanggotaan Kor Tani Peladang.

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman

Kor Tani Peladang LPPAgen TrAnsformAsi PerTAniAnAgen TrAnsformAsi PerTAniAn

Page 3: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

Pengisian Program Latihan

Peserta Kor Tani Peladang LPP dikumpulkan melalui program latihan di Ulu Yam, Selangor. Pengisian program telah diatur bermula dari pendaftaran 350 orang ahli Peladang terpilih mulai 12 Februari 2011 dan diakhiri dengan pelancaran Kor Tani Peladang pada 14 Februari 2011. Pelbagai aktiviti disusun dan dijalankan meliputi modul kerohanian, fizikal, kenegaraan, pembinaan keperibadian dan khidmat komuniti sepanjang mereka berkampung di Nur Laman Bestari, sebuah tempat yang sesuai dilaksanakan aktiviti sedemikian.

Dalam modul kerohanian, para peserta yang beragama Islam, diwajibkan menunaikan solat secara berjemaah dan mengikuti kuliah subuh. Diaturkan juga program tahlil dan doa selamat sempena Ulangtahun ke 38 penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang.

Peserta berpeluang mendengar dan menghayati ceramah berkaitan membina sahsiah diri dan pembentukan ummah yang disampaikan dengan kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Isi kandungan ceramah meliputi perkara dalam pembentukan disiplin dalaman dan keperibadian

unggul, meningkatkan motivasi diri mengikut perspektif Islam, membina jati diri umat Islam sebagai umat ”ummatan wassata” (insan terpilih) dan ”khairun ummah” (umat terbaik) serta ceramah Maulidur Rasul.Modul pemantapan jati diri dan kenegaraan dijalankan melalui ceramah semangat patriotisme dan cintakan negara disampaikan oleh Biro Tata Negara (BTN). Antara pengisian ceramah termasuklah semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air; mengenang jasa-jasa pejuang tanah air; mengimbas

Objektif Penubuhan

Penubuhan pasukan Kor Tani Peladang menetapkan sasaran supaya keanggotaannya mempunyai ciri-ciri kecemerlangan diri dan pasukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan pemantapan jati diri serta digarap semangat patriotisme dan cintakan negara. Peserta turut dipertingkatkan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian menggunakan sains dan teknologi moden serta menggalakkan inovasi. Selain itu, mereka diberi peranan sebagai sukarelawan yang akan digemblengkan ketika berlaku bencana alam seperti banjir, kemarau, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

Konsep Kor Tani Peladang

Penubuhan Kor Tani Peladang mengambilkira Konsep Gagasan 1Malaysia dan berpandukan kepada Rukun Negara serta Dasar Pertanian Negara. Oleh yang demikian, penyertaan dalam Kor Tani Peladang secara menyeluruh melibatkan lelaki dan wanita dari pelbagai kaum serta sihat tubuh badan. Ahli pasukan Kor Tani Peladang didedahkan melalui program latihan sebagai salah satu kaedah memantapkan keperibadian dan ketrampilan mereka dalam beberapa aspek penting.

Page 4: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

kembali zaman kemelesetan dan zaman darurat; nikmat pembangunan, keamanan dan kemakmuran; serta pengaruh ancaman dalaman dan luaran terhadap kestabilan tanah air. Peserta juga diwajibkan mengikuti latihan asas kawad semasa berada dalam program latihan tersebut.

Keunikan pembentukan pasukan Kor Tani Peladang dilakukan melalui program gotong royong penyediaan makanan dan minuman bagi juadah makan tengahari selepas majlis pelancaran Kor Tani Peladang yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Penyediaan bahan memasak dilakukan secara berkumpulan bermula dari malam 13 Februari sehingga kerja-kerja memasak pada pagi 14 Februari 2011.

Pengharapan YB Menteri

Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Seri Noh Omar memuji tindakan LPP menubuhkan Kor Tani Peladang dan mengharapkan semua Jabatan dan Agensi mengikut langkah yang sama. Beliau berharap kumpulan ini akan menjadi penggerak dan pemangkin dalam kemajuan pertanian. Ini kerana

pertanian adalah sektor yang penting dalam sesebuah negara. Katanya, rakyat memerlukan bahan makanan dan tentunya bahan ini datang dari hasil tanaman.

Oleh kerana keanggotaan Kor Tani kebanyakan terdiri dari golongan muda, YB Menteri mengharapkan agar mereka lebih bermotivasi memartabatkan bidang pertanian. “Apabila kita sudah berjaya, kita mesti ada pewaris. Apa guna kita berjaya kalau kita tidak mempunyai pewaris. Kejayaan sesebuah agensi ini akan lebih berkesan kalau ada pewarisnya.

Sebab itu kita panggil generasi muda terlibat dalam bidang pertanian. Kita mahu mereka meneruskan kesinambungan yang kita bina selama ini dan menjadikan bidang pertanian sebagai perniagaan”, tegas YB Datuk Seri Noh Omar lagi.

Beliau seterusnya mengharapkan semangat gotong royong yang diterapkan dalam program latihan Kor Tani Peladang LPP ini akan mengwujudkan perpaduan di kalangan masyarakat. Atas dasar perpaduan inilah, menurut YB Datuk Seri Noh, kita mampu menghalau penjajah.

Page 5: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Oleh yang demikian, semangat gotong royong dan wujudnya perpaduan dalam satu pasukan amat penting dalam usaha memajukan bidang pertanian.

“Biasanya apabila berlaku banjir, pelbagai pihak akan turun memberikan bantuan. Tetapi amat kurang yang memberi bantuan apabila banjir telah pulih. Mangsa yang terlibat dengan

banjir terpaksa membersihkan rumah dan melakukan segalanya selepas itu. Oleh yang demikian, saya amat bersetuju dengan saranan Dato’ Haji Zainal Dahalan, Pengerusi LPP, bahawa Kor Tani ini mengambil bahagian mengadakan gotong royong membantu mangsa banjir di kawasan terlibat setelah banjir surut”, tambah YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Penutup

YB Datuk Seri Noh Omar yakin pasukan Kor Tani Peladang LPP akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain menjadi agen penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan, pasukan Kor Tani juga akan terlibat dalam aktiviti sosial dan kebajikan. Mereka akan digembleng bagi membantu rakyat memajukan bidang pertanian.

“Kita mahu melatih generasi muda dalam bidang pertanian kerana pada hari ini kita lihat Lembaga Pertubuhan Peladang berjaya menggembleng

Pertubuhan Peladang menghasilkan urusniaga sebanyak RM 3 billion setiap tahun”. Melalui penubuhannya, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberitahu pasukan ini boleh membantu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 menerusi bidang pertanian.

Keanggotaan Kor Tani diminta menyatakan pengkhususan minat mereka dalam bidang pertanian supaya mereka akhirnya dapat disegmenkan mengikut aktiviti yang dipilih untuk memudahkan tindakan selanjutnya.

Kemuncak kepada penubuhan Kor Tani Peladang LPP, mereka diberikan keutamaan untuk digemblengkan bersama-sama dengan pasukan Kor Tani dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir bulan Mac 2011 di MAEPS Serdang, Selangor. Ini merupakan salah satu bentuk penghargaan kepada mereka.

Page 6: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Kumpulanwang Modal Pusingan ini yang kemudiannya ditukar nama menjadi Tabung Kumpulanwang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P). Pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman mudah (softloan) ke atas projek-projek pembangunan Pertubuhan Peladang (PP) yang berdaya maju tetapi tidak memenuhi syarat kelayakan mendapat pinjaman daripada bank terutamanya cagaran atas pinjaman.

Dasar pembiayaan K3P adalah kepada PP untuk melaksanakan projek jangka pendek seperti projek kelompok/mini estet padi, pemasaran padi, pemasaran kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-lain untuk tempoh pinjaman tidak

melebihi satu tahun. Projek-projek melibatkan tanaman kelapa sawit, ternakair dan perniagaantani PP dikategorikan sebagai projek jangka sederhana di mana tempoh pinjaman tidak melebihi lima tahun. Peningkatan keperluan serta keseluruhan pinjaman adalah menggalakkan dari setahun ke setahun dan kemudahan ini bertepatan dengan tujuan ianya disediakan. Sejumlah RM 55.289 juta telah diluluskan dalam tempoh 3 tahun.

Bagi tahun 2010, LPP telah pun meluluskan RM16.89 juta dari tabung K3P ini untuk membiayai projek-projek pembangunan PP iaitu bagi membiayai 43 buah projek mengikut ketegori seperti jadual berikut :

Keperluan kewangan bagi sesebuah

Pertubuhan Peladang (PP) adalah amat penting berdasarkan kepelbagaian aktiviti samada tunai atau kredit. Asas kepada keperluan inilah, LPP yang pada mulanya mendapat peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan kumpulanwang Modal Pusingan Pembangunan untuk membiayai projek-projek Pertubuhan Peladang (PP).

Pertubuhan Peladang Melalui Pinjaman Kumpulanwang Pinjaman

Pertubuhan Peladang (K3P)

Bantuan Kewangan Bantuan Kewangan

Disediakan Oleh : Annie Laily Arif

Page 7: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Pembiayaan Projek K3P Mengikut Kategori Tahun 2010

KATEGORI BIL PROJEK

JUMLAH KELULUSAN (RM)

Pengeluaran Hasil Pertanian :

Mini Estet Padi

Ternakan

31

1

7.640

0.050

Jumlah Kecil 32 7.690

Pemasaran

Perniagaan

Lain-Lain

8

2

1

5.4

3.3

0.5

Jumlah Keseluruhan (juta) 43 16.89

Dana dari Tabung K3P telah berjaya membantu memenuhi keperluan kewangan PP dalam usaha meneruskan projek PP dan ahli-ahli yang terlibat dengannya. Pengurusan pembiayaan setiap projek PP diselaraskan oleh bahagian Perniagaantani Ibu Pejabat, manakala Unit Perniagaantani LPP Negeri akan bertanggungjawab membuat penyeliaan dan laporan prestasi projek fizikal serta pembayaran balik PP secara berkala. Sehubungan itu, Dasar dan peraturan K3P telah disediakan sebagai panduan yang perlu dipatuhi oleh PP dan LPP. Pengurusan K3P sentiasa mematuhi segala peraturan-peraturan yang berkaitan supaya dana Tabung ini meningkat dari tahun ke setahun bagi membantu keperluan kewangan

Page 8: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

PP dalam usaha-usaha penerusan projek untuk mendapat pembiayaan secara berterusan di masa hadapan. Beberapa strategi telah diatur untuk meningkatkan prestasi kutipan balik pinjaman dan secara tidak langsung memperkukuhkan kedudukan Tabung K3P seperti berikut :

• Menetapkan sasaran kutipan balik pinjaman, membuat pemantauan serta melaporkan prestasi mengikut negeri dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi LPP.

• Memanggil pengurus besar PP yang mempunyai tunggakan hutang lama.

• Mengeluarkan notis-notis tuntutan hutang secara berkala.

• Memberi kursus kepada pegawai terlibat untuk menambah pengetahuan berkenaan kutipan bayaran balik dan hutang-hutang lapok.

Peraturan dan tatacara pengurusan wang daripada Tabung K3P adalah bertepatan dengan keperluan PP yang mana telah menerima pembiayaan serta mendapat faedah daripadanya sejak beberapa tahun lalu. Inisiatif ini berterusan dengan Bahagian

Perniagaantani LPP Ibu Pejabat telah mewujudkan satu laman sesawang khas Tabung K3P.

Projek dan aktiviti yang boleh dibiayai oleh Kumpulanwang Pinjaman Pertubuhan Peladang adalah disenaraikan dalam Seksyen 6 Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 adalah seperti berikut :

• Meluaskan pengeluaran pertanian di kalangan peladang-peladang dan pekebun-pekebun kecil untuk mencapai perniagaan pertanian yang lebih luas dan meluas.

Page 9: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

• Mengadakan bekalan ladang dan keperluan luar harian termasuk lain-lain kemudahan yang dikehendaki bagi perladangan yang progresif dan kehidupan luar bandar yang lebih baik.

• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kredit bagi memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidang-bidang pertanian dan ekonomi.

• Menyediakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan, kompleks pengeringan, pengguangan dan lain-lain kemudahan.

• Menubuh dan mengendali loji-loji memproses dan kompleks- kompleks mengilang yang perlu bagi memproses hasil pertanian.

• Memudahkan pembentukan modal dan menggalakkan pelaburan dikalangan peladang- peladang melalui penyertaan ekuiti dalam usaha perdagangan dan pertanian perniagaan.

PP seharusnya meggunakan sepenuhnya kemudahan Tabung K3P bagi memastikan keperluan Pembiayaan Projek dapat disediakan secukupnya.

Page 10: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

Dari Laut..Penanaman rumpai laut

di Semporna telah dimulakan sejak 1970-an lagi. Diusahakan di peringkat awal secara projek demonstrasi serta sebagai projek percubaan alternatif kepada industri perikanan di Sabah.

Kunci kepada penghasilan rumpai laut yang tinggi kandungan nutrient adalah faktor kejernihan air laut dimana ia boleh membiakkan karang laut, rumpai laut dan plankton. Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan rumpai laut mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-

kemikal dan bio-teknologi. Ia boleh diistilahkan sebagai sayur-sayuran memandangkan tumbuhan ini mempunyai potensi yang besar untuk digunakan secara meluas sebagai makanan. Secara teknikal rumpai laut boleh ditakrifkan sebagai alga samudera dimana jasadnya dapat dilihat dengan mata kasar.

Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Rumpai Laut mengandungi lebih minerals dan vitamin dibandingkan dengan sayur-sayuran lain-lain. Di Asia, rumpai laut telah lama digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi dan masalah thyrold. Sayur dari laut

Disediakan Oleh : Annie Laily Arif

Khasiat Rumpai Laut Putih

Dari Laut..

Page 11: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

ini juga kaya dengan vitamin A, B, C dan E dengan kebanyakannya mengandungi Potassium, Kalsium, Sodium, Zat Besi, Iodine dan Chloride yang amat penting kepada tubuh manusia dan amat berguna untuk perkembangan otak dan fizikal.

Selaras dengan sokongan kerajaan yang telah mengistiharkan rumpai laut sebagai tanaman bernilai tinggi (High Volume Crops) dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) maka perairan Semporna, Sabah disasar menghasilkan 250,000 mt rumpai laut setahun. Melihat kepada perkembangan ini, maka Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semporna, Sabah perlu menyahut cabaran dan seruan kerajaan untuk menceburi pertanian bernilai tinggi ini.

Berdasarkan kepada potensi dan peluang yang mampu dijana, PPK Semporna mula memproses Rumpai Laut Putih sebagai produk terbaru makanan siap sedia. Berdasarkan permintaan yang sentiasa bertambah, PPK mengambil inisiatif menjalankan proses pengeringan Rumpai Laut sebagai makanan sedia dimakan. Bagi menjamin pembekalan permintaan produk ini, PPK telah meningkatkan kualiti dan daya tahan produk ini dipasaran.

Rumpai laut yang diproses oleh PPK Semporna adalah terjamin kualitinya di mana ia dituai jauh dari darat dan tidak tercemar. Selain dari putu, rumpai laut juga merupakan salah satu makanan utama kepada penduduk daerah Semporna.

Rumpai Laut mempunyai ke pelbagaian dari segi penggunaannya. Selain menjadi bahan makanan, ia merupakan bahan asas untuk pembuatan sabun, kosmetik, syampu dan gelatine. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut sushi dan bahan asas ubat gigi. Bahan utama yang diesktrak keluar dari rumpai laut adalah carrgeenan iaitu sejenis bahan yang menjadi penstabil makanan dan kosmetik.

PPK Semporna telah melaksanakan projek ini seluas 50 ekar dan dapat ditanam sebanyak 350 baris. Pengeluaran untuk satu pusingan yang mengambil masa kurang dari 45 hari untuk dituai adalah sebanyak 245,000

Page 12: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

metrik tan bagi keadaan basah. Apabila dikeringkan, ia akan menghasilkan 24,500 metrik tan rumpai laut kering. Dengan dibantu pengeluaran oleh 14 orang usahawan yang merupakan ahli PPK yang turut mengusahakan projek ini dengan menternak kira-kira 490 ratus baris rumpai laut berkapasiti 343,000 metrik tan. Setiap orang menternak lebih kurang 35 baris rumpai laut bersamaan 5 ekar yang ditanam secara berdekatan bagi membolehkan ternakan tersebut dapat dikawal dari segi serangan penyakit dan tumbesarannya. PPK Semporna menggalakkan usahawan untuk menceburi penternakan rumpai laut ini, secara tidak langsung ia juga membantu menambah pendapatan

usahawan dan meningkatkan taraf hidup mereka. Purata pendapatan yang diperolehi oleh setiap usahawan ialah RM 1,000.00 untuk satu pusingan.

Untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan sempurna, PPK Semporna turut memberi peluang kepada pengusaha rumpai laut ini menghadiri kursus-kursus yang berkaitan. Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan FAMA adalah antara penganjur kursus yang terlibat dalam usaha memastikan lebih ramai para penduduk tempatan menceburi bidang penternakan rumpai laut ini. Kursus ini disediakan dalam bentuk teori dan praktikal bagi memastikan kualiti dan hasil keluaran rumpai laut adalah bertepatan dengan kehendak pelanggan. Kursus-kursus ini juga turut membuka peluang kepada pengusaha untuk mempelbagaikan rantaian produk siap dan produk industri asas tani.

Sebagai penyelaras kepada Projek yang diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi, PPK Semporna telah melantik seorang pengurus projek iaitu Encik Afwan Bin Asim, untuk memantau dan memastikan kualiti pengeluaran yang dikeluarkan oleh usahawan terlibat menepati piawaian yang telah ditetapkan. Bagi memastikan perlaksanaan projek ini berjalan lancar, PPK Semporna mewujudkan satu barisan Jawatankuasa Projek untuk membantu Encik Afwan Bin Asim. Tuan Haji Adilun Bin Samaludin dilantik sebagai Pengerusi Biro dibantu oleh Encik Sumarang Bin Chunbung, Pengurus Besar PPK Semporna, Encik Marajukit Bin Sulani, Encik Abukasim Bin Linggu dan Encik Kasirun. Jawatankuasa ini akan memastikan projek dapat dilaksanakan seperti yang dirancang selaras dengan matlamat PPK untuk menjadikan projek ini sebagai projek utama (core project). Sekaligus berperanan untuk

memantau dan memastikan projek ini berjaya dilaksanakan.

Bagi memastikan kualiti produk ini adalah terjamin, PPK Semporna perlu memproses hasil tersebut dengan betul dan mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Cara memproses Rumpai Laut adalah seperti berikut :

• Setelah dituai rumpai laut akan dikeringkan di dalam beg plastik untuk memastikan kandungan air masin akan keluar dari rumpai laut berkenaan.

• Setelah dijemur selama 2 hingga 3 hari rumpai laut berkenaan akan mengeluarkan air yang berwarna kemerah-merahan.

• Seterusnya rumpai laut akan dibersihkan sekali lagi untuk memastikan rumpai laut berkenaan betul-betul tidak mengandungi air masin .

• Setelah dibersihkan, rumpai laut berkenaan akan dikeringkan sehingga ia betul-betul kering untuk diproses.

• Setelah rumpai laut berkenaan kering akan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan kemudian dibungkus dengan elok untuk dipasarkan.

Disamping mewujudkan kerjasama dengan agensi lain, PPK Semporna berusaha untuk menjadi pengeluar utama bahan mentah ini dimana setakat ini hanya ada 2 buah kilang sahaja di Semporna. Bagi mewujudkan rantaian pengeluaran dan pemprosesan produk hiliran, PPK Semporna terus memperkukuhkan proses penghasilan rumpai laut kering ini. PPK Semporna akan menjadikan produk ini sebagai produk akhir, produk katalis atau produk makanan komersial di Semporna.

Page 13: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

LPP Berjaya Memperolehi Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)MS ISO 9001:2008

Tahun Kuatkuasa : 2011

Skop Pensijilan :Penyediaan dan Penyampaian Perkhidmatan Urusan Pendaftar, Pembangunan dan Pengurusan Pertubuhan Peladang.

Meliputi skop LPP Ibu Pejabat :1. Permohonan dan Kelulusan Usahawan Peladang - Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang.

2. Permohonan dan Kelulusan Pendaftar Bagi Had Kuasa Pinjaman Luar dan Melabur – Bahagian Penyeliaan.

3. Pengisian Jawatan Lantikan Mengikut Waran Perjawatan yang Diluluskan oleh Perbendaharaan – Bahagian Khidmat Pengurusan.

4. Permohonan dan Kelulusan Projek Pengeluaran Bahan Makanan Asas yang Diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – Bahagian Pengeluaran Ladang.

5. Permohonan dan Kelulusan Pinjaman Kumpulan Wang Pinjaman Pertubuhan Peladang (K3P) – Bahagian Perniagaantani.

6. Permohonan dan Kelulusan Skim Sewa Pajak Tanpa Faedah (SSPTF) yang Diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun Kejenteraan Ladang (AKL) – Bahagian Kejuruteraan.

7. Perancangan dan Belanjawan Pembangunan – Bahagian Perancangan dan Penilaian. 8. Latihan kepada Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang – Bahagian Pembangunan Modal Insan.

9. Perolehan dan Anggaran Belanjawan Mengurus – Bahagian Kewangan.

PROGRAM TRANSFORMASI Pertubuhan Peladang

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman

Page 14: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

10. Penyelenggaraan Perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalaman – Bahagian Pengurusan Teknologi.

11. Maklumbalas Pelanggan (Aduan, Kajian Kepuasan dan Penghargaan Pelanggan) – Bahagian Hal Ehwal Korporat.

12. Pengurusan Audit Berkanun ke atas Pertubuhan Peladang – Bahagian Audit Pertubuhan dan Penguatkuasaan.

Hujung Tambak, Balai Raya Lama Kg. Hujung Tambak, Balai Raya Kg. Jawa, Balai Raya Kg. Melayu, Masjid Kg. Sg. Semaseh dan Balai Masjid Kg. Sg. Renggam

• 13hingga24Februari2011Expo Pertanian Parlimen Pasir Puteh, KelantanExpo ini diadakan di Gong Kulim, Tok Bali Kelantan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Haji Omar, Menteri

13. Urusan dan Khidmat Nasihat Perundangan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang – Cawangan Undang-Undang.

14. Pengurusan Audit Kewangan ke atas Hasil dan Belanja Lembaga Pertubuhan Peladang – Cawangan Audit Dalam.

Meliputi skop LPP Negeri :Pengurusan Perkhidmatan Audit Berkanun ke atas Pertubuhan Peladang.

Acara Transformasi

• 12Februari2011Gotong Royong Perdana LPP 2011Program ini merupakan aktiviti membantu mangsa banjir di bawah kawasan pengendalian PPK Bukit Gambir, Muar, Johor melibatkan seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada anggota LPP Ibu Pejabat, seluruh PPK/PPD dan PPN Johor serta pemimpin peladang setempat. Kawasan terlibat adalah Masjid Panchor, Masjid Kg.

……………………………………………………………………………………..............................

Page 15: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

Pertanian dan Industri Asas Tani bertempat di Tok Bali, Kelantan. LPP terlibat dalam gerai jualan dan seramai 4 orang usahawan peladang PPK menyertai program ini.

• 24Februari2011Majlis Perasmian Program MOA Bersama Rakyat di Kerdau, TemerlohPerasmian oleh oleh YB Datuk Seri Noh Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertempat di Tapak Pasar Malam Desa Murni Kerdau jam 8.30 malam. LPP mengembleng seramai 200 orang ahli peladang PPK Sri Kerdau, Temerloh untuk majlis perasmian tersebut. LPP juga terlibat mengembleng 8 orang usahawan peladang dalam gerai jualan.

• 25hingga27Februari2011Program MOA Bersama Rakyat di Jasin, MelakaProgram berlangsung di Padang Awam Chenderah dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Penyertaan LPP dan PP dalam pameran dan jualan produk pertanian.

• 26Februari2011Majlis Perasmian Program MOA Bersama Rakyat di Jasin, MelakaPerasmian oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Noh Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertempat di Padang Awam Chenderah jam 8.30 malam. LPP mengembleng seramai 300 orang ahli peladang PPK Jasin dan PPK Merlimau, Melaka.

• 1Mac2011Program Pengerusi LPP Bersama Ahli PPK Merlimau dan PPK JasinMajlis diadakan di Perkarangan PPK Merlimau, Melaka dihadiri oleh 200 orang ahli dari 4 Unit Peladang PPK Merlimau iaitu UP Merlimau Timur, UP Merlimau Barat, UP Merlimau Pasir dan UP Permatang Serai dan dari 3 Unit Peladang PPK Jasin iaitu UP Chenderah, UP Chin Chin I dan UP Chin Chin II.

Page 16: Bil 2/2011 Edisi FEBRUARI - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/pVCJkkZ4y33OdrjkUA910YAwqQR3Z7hu.pdf · mengambilkira Konsep Gagasan ... kelapa sawit, kerja kontrak dan lain-

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian16

Penaung :Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat :Haji Ramli bin SalikanHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Rosly bin Abdul Rahman

Penyunting :Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily bt Arif

Edisi Internet :Haninah bt Abd. RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik :Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C, Pusat Bandar Damansara,50460 Kuala Lumpur.

Edaran Majalah Transformasi :Nik Mazri bin Mat YusofMohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanShafrin Azhar bin Abdul GhaniAdnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari :Http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :OMR Press Sdn. Bhd.Tel : 03-8024 6396

“ Lahir Peladang Progresif ”

• 2Mac2011Program Ziarah Pengerusi LPP Kepada Ahli PPK Merlimau dan PPK JasinProgram ziarah terhadap keluarga tani di kalangan ahli PPK Merlimau dan PPK Jasin telah disempurnakan oleh Pengerusi LPP, Y.Bhg Dato’ Haji Zainal bin Dahalan.

• 3dan4Mac2011Program Ziarah Pengerusi LPP Kepada Ahli PPK Sri Kerdau, TemerlohProgram ziarah terhadap keluarga tani di kalangan ahli PPK Sri Kerdau, Temerloh telah disempurnakan oleh Pengerusi LPP, Y.Bhg Dato’ Haji Zainal bin Dahalan. Sebanyak 20 Unit Peladang terlibat dalam program ziarah ini.