pmbngnan mdl insan

2
Pembangunan Modal Insan merupakan teras utama dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan berpandukan Misi Nasional. Program Pembangunan Modal Insan dalam Sains, Teknologi & Inovasi merupakan usaha dan pelaburan Kerajaan dalam bidang STI ke arah meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi sumber manusia bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Objektif Menambah kelompok kritikal saintis, jurutera dan penyelidik (RSE) dalam negara sehingga mencapai nisbah 50 RSE : 10,000 tenaga kerja dalam bidang keutamaan pada 2015. Meningkatkan kemahiran penyelidikan yang bermutu tinggi, bertaraf global, dan memenuhi kehendak pasaran (market driven research) Meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran pengurusan R&D EXPT Skim Jemputan Pakar Latihan Dalam R&D Skim ini membolehkan perkhidmatan seseorang pakar perunding diperolehi dan dimanfaatkan untuk memberi latihan kepada para penyelidik atau pegawai sokongan di Institusi Penyelidikan Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Awam . ATTH Skim Fellowship Penyelidikan Termaju Luar Negara Skim ini memberi peluang kepada saintis atau penyelidik daripada Institusi Penyelidikan Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk menjalankan kerja penyelidikan melalui penempatan (attachment) di pusat-pusat penyelidikan utama atau terpilih di dalam atau luar negara dengan tujuan menimba pengalaman penyelidikan dan mencari penyelesaian kepada masalah dalam projek penyelidikan yang sedang dijalankan.

Upload: julina-jul

Post on 13-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

modal insan

TRANSCRIPT

Pembangunan Modal Insan merupakan teras utama dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan berpandukan Misi Nasional. Program Pembangunan Modal Insan dalam Sains, Teknologi & Inovasi merupakan usaha dan pelaburan Kerajaan dalam bidang STI ke arah meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi sumber manusia bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.

Objektif

Menambah kelompok kritikal saintis, jurutera dan penyelidik (RSE) dalam negara sehingga mencapai nisbah 50 RSE : 10,000 tenaga kerja dalam bidang keutamaan pada 2015.

Meningkatkan kemahiran penyelidikan yang bermutu tinggi, bertaraf global, dan memenuhi kehendak pasaran (market driven research)

Meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran pengurusan R&D

EXPTSkim Jemputan Pakar Latihan Dalam R&DSkim ini membolehkan perkhidmatan seseorang pakar perunding diperolehi dan dimanfaatkan untuk memberi latihan kepada para penyelidik atau pegawai sokongan di Institusi Penyelidikan Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Awam .

ATTHSkim Fellowship Penyelidikan Termaju Luar NegaraSkim ini memberi peluang kepada saintis atau penyelidik daripada Institusi Penyelidikan Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk menjalankan kerja penyelidikan melalui penempatan (attachment) di pusat-pusat penyelidikan utama atau terpilih di dalam atau luar negara dengan tujuan menimba pengalaman penyelidikan dan mencari penyelesaian kepada masalah dalam projek penyelidikan yang sedang dijalankan.

MGTSkim Latihan Pengurusan R&D Luar NegaraSkim ini memberi peluang kepada pengurus R&D termasuk kajian dasar R&D, kajian penilaian projek R&D, pengurusan hak cipta/paten, pengurusan modal insan R&D menjalani latihan atau kursus pendek di luar negara (kurang dari 3 bulan) di pusat-pusat penyelidikan / Institusi Pengajian Tinggi terpilih di luar negara dengan tujuan meningkatkan kecekapan dan pengetahuan dalam pengurusan R&D tempatan.

LKTLatihan Kepakaran Teknikal Skim ini memberi peluang kepada kelompok RSE (penyelidik, saintis dan jurutera) di MOSTI untuk menjalani latihan membina kepakaran teknikal dalam bidang berkaitan sains, teknologi dan inovasi (STI). Program latihan boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau luar negara untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan.