sifat-sifat insan moral

23
Sifat-sifat moral seseorang individu boleh dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran kejiwaaannya. Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing- masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Walau bagaimanapun, tiga prinsip utama telah dikemukakan sebagai panduan menentukan insan bermoral, iaitu: prinsip keadilan, prinsip alturisme dan prinsip autonomi. SIFAT-SIFAT INSAN MORAL

Upload: woeitian

Post on 26-May-2015

5.037 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

pendidikan moral -

TRANSCRIPT

Page 1: sifat-sifat insan moral

Sifat-sifat moral seseorang individu boleh dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran kejiwaaannya.

Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing-masing mempunyai fahaman yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, tiga prinsip utama telah dikemukakan sebagai panduan menentukan insan bermoral, iaitu: prinsip keadilan, prinsip alturisme dan prinsip autonomi.

SIFAT-SIFAT INSAN MORAL

Page 2: sifat-sifat insan moral

Woi.. prinsip moral tu apa haa?

Insan MoralSifat-sifat Insan Moral

Prinsip autonomi

Prinsip keadilanPrinsip

Altruisme

Nak tau.. baca le katbawah tu!

Page 3: sifat-sifat insan moral

PRINSIP AUTONO

MI

Page 4: sifat-sifat insan moral

Prinsip Autonomi

Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya.

• Konsep ini bermaksud, membenarkan seseorang individu tersebut untuk bebas membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik.

• Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan.

Page 5: sifat-sifat insan moral

Prinsip Autonomi

Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli.

Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil.

Individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah daridapa kuasa luar. 

Hei.. tak fahamsungguh budak ni ! Kamu ni tak reti moral ke?

Page 6: sifat-sifat insan moral

Prinsip Autonomi

Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara- perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain.

Sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu yang berkepentingan kepada diri sendiri, maka ia boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan konsep autonomi tersebut.

Page 7: sifat-sifat insan moral

Contoh 1: Nazri memilih tidak merokok kerana dia

sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan.

Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun.

Boring betui la kawandengan orang yang

tak ada prinsip moral nih !

Page 8: sifat-sifat insan moral

Contoh 2: Norhadi memilih tidak membakar sampah-sarap atau membuang sampah-sarap dengan merata-rata dan sesuka hati.

Hal ini kerana dia menyedari bahawa perbuatan ini akan menyebabkan bumi kita “sakit”.

Dia mempunyai ilmu pengetahuan tentang melindungi alam sekeliling dengan sempurna tetapi bukan disebabkan takut akan dihukum atau diberi dendaan oleh pihak berkuasa.

Page 9: sifat-sifat insan moral

Contoh 3: Habib memilih belajar dengan bersungguh-sungguh di samping membuat kerja rumah yang diberi oleh cikgu dan menghantar pada masa tetapnya. Selain itu, dia juga membuat ulangkaji setiap malam selepas habis makan malam.

Habib membuat demikian bukan disebabkan dia takut didenda atau dimarahi oleh guru atau ibu bapanya.

Dia  sedar bahawa sebagai seorang murid, tanggungjawabnya adalah belajar dan cuba mendapat keputusan yang baik.

Page 10: sifat-sifat insan moral

PRINSIP KEADILAN

Page 11: sifat-sifat insan moral

Prinsip keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua orang dengan cara yang saksama.• Dalam erti kata Iain, perbuatan dan

tindakan ketidakadilan tidak membawa apa-apa manfaat kepada sesetengah orang kerana dalam tindakan atau perbuatan ini, tetap ada sesetengah orang yang berasa tidak puas hati dan akan berasa marah terhadap orang yang mempraktikkan ketidakadilan ini.

Prinsip Keadilan

Page 12: sifat-sifat insan moral

Prinsip Keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan sebagai contoh dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.Konsep keadilan sepatutnya ada di mana ia melibatkan kesaksamaan atau keseimbangan yang sepatutnya.• Apabila membuat sesuatu keputusan

dalam dilema,kita boleh menggunakan prinsip moral yang paling asas, khususnya prinsip “keadilan” yang merupakan nilai asas dan juga ibu kepada nilai-nilai murni yang lain.

Prinsip Keadilan

Page 13: sifat-sifat insan moral

Apakah maksud keadilan?

Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, maka individu tersebut akan sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun.

Page 14: sifat-sifat insan moral

Contoh 1 :

Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja .

Perkara tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut.

Page 15: sifat-sifat insan moral

Contoh 2: Cikgu Habdi adalah guru Bahasa Melayu kelas 1A. Beliau melayani anak muridnya dengan sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. • Di samping itu, Habdi juga tidak memilih

kasih terhadap muridnya yang lebih pandai dan tidak memandang rendah terhadap anak muridnya yang kurang pandai. • Semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan di kelas, Cikgu Habdi akan memberi peluang kepada semua murid untuk mengeluarkan pendapat dan menjawap soalan yang dikeluarkan olehnya.

Page 16: sifat-sifat insan moral

Contoh 3: Amanda telah menjadi ibu kepada dua orang anaknya. Amanda sentiasa memberi hadiah atau barang yang terbaik untuk anak bongsunya dan sentiasa memarahi anak sulungnya . • Hal ini disebabkan anak bongsunya lebih

pandai daripada anak sulungnya. Dia sentiasa memburukkan nama anak sulungnya dan memuji anak bongsunya di depan jiran-jirannya. • Ibu Amanda ini telah melanggari prinsip

keadilan dan ini akan mendatangkan akibat yang buruk pada masa depan.

Page 17: sifat-sifat insan moral

Prinsip Altruisme

Page 18: sifat-sifat insan moral

Prinsip Altruisme

Prinsip ini merujuk kepada sebarang tingkah laku atau pertimbangan moral akan melibatkan atau berhubung kait dengan orang lain.

• Jika perasaan ini digunakan semasa membuat pertimbangan moral maka keputusannya adalah lebih berperi kemanusiaan dan bermoral.

Page 19: sifat-sifat insan moral

Prinsip Altruisme Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh

individu akan melibatkan orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan.

• Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain.

Page 20: sifat-sifat insan moral

Prinsip Altruisme Selain itu, prinsip ini juga bermakna

bahawa kita melayani orang lain sebagai sesuatu matlamat dan bukan sebagai alat kerana setiap orang mempunyai pandangan dan matlamat tersendiri.

• Matlamat orang lain tidak semestinya sama dengan diri sendiri dan dengan itu pandangan mereka perlu dihormati.

• Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa pandangan orang lain patut diterima jika kita menilaikan bahawa pandangan mereka adalah tidak logik atau munasabah dan dianggapkan tidak baik atau salah dari segi moral.

Page 21: sifat-sifat insan moral

Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain.

Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.

Page 22: sifat-sifat insan moral

Contoh 2 : Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma RM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq.

Wang tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka lagu.

Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah memang unik, seumur hidupnya belum tentu beliau akan menerima wang yang sebegitu banyak. Satu sen pun tidak diambilnya.

Tanpa apa-apa tujuan mencari nama atau mempromosi syarikat atau pertubuhan, gadis remaja itu mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya.

Page 23: sifat-sifat insan moral

RUMUSANIndividu yang bermoral perlu mengikuti

prinsip-prinsip moral, iaitu keadilan, alturisme dan autonomi.

Individu moral seharusnya peka dan memahami terhadap keperluan peraturan dalam masyarakat, mempunyai sifat-sifat peribadi mulia, mendokong etika seperti kemurahan hati, kemanusian, kerasionalan dan kesejagatan. Jika anda tidak

berpuas hati dengan pandangan atas, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur.