hakikat insan

19
HAKIKAT INSAN OLEH HAJI AHMAD LAKSAMANA PENGENALAN KEPADA

Upload: abdulrahmankodir

Post on 22-Nov-2015

360 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Hakikat Insan

TRANSCRIPT

HAKIKAT INSAN

HAKIKAT INSAN oleh haji AHMAD laksamanaPENGENALAN KEPADAA BRIEF Intoduction TO the book

LATAR BELAKANG

1. Nama sebenar beliau ialah Hj. Ahmad Laksamana bin Omar

2. Beliau tinggal di No. 22324 Kg. Wakaf Setan, Kubang Krian, Kota Bharu, Kelantan.

3. Ajaran ini didapati tersebar di Kota Bharu dan di Markas No. 22324 Kg. Wakaf Setan, Kubang Krian, Kota Bharu, Kelantan.

4. Antara negeri-negeri lain dimana ajaran ini tersebar ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

CIRI-CIRI KESALAHAN

1. Diri batin kita adalah Tuhan.

2. Matlamat mengajar ilmu hakikat ialah untuk menjadi Allah pada zahir dan batin yakni pada diri zahir batin pada martabat kemuliaan Insan Kamil Mukamil, tiada sesuatupun pada dirinya kecuali Allah semata-mata kerana kita asal dari Allah maka kembali jadi Allah.

3. Tanpa Muhammad Wajib (tentu) Tuhan tiada.

4. Matlamat akhir pengajian makrifah adalah untuk kembali semula menjadi Tuhan pada martabat diri kita pada alam ghaib yakni Ahad.

5. Hakikat sembahyang itu berdiri menyaksikan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada kita adalah Allah (diri batin) dan Muhammad itu adalah diri zahir kita membawa dan menanggung rahsia Allah S.W.T.

6. Ajaran Ilmu Tajalli ini adalah berdasarkan Tasawuf Martabat Tujuh yang sama dengan Ajaran Taslim.

7. Mengguna hadis maudu'.

8. Diri zahir manusia dari Nur Muhammad. Zahir manusia ialah Muhammad.

9. Kalimah syahadah ditafsir menurut bilangan kalimah dan kalimah itu menurut bilangan huruf. Tiap satu huruf itu dengan kalimah-kalimah istilah martabat tujuh, kebatinan.

10. Zikir yang kemuncak ialah ah, ah, ah ( ) huruf pertama dan akhir daripada lafaz Allah ( ) ditafsirkan Alif - kemaluan lelaki, dan ha itu berlubang, alat kemaluan perempuan. Demikian juga sembahyang lima waktu terkandung dalam kalimah al-Hamdu ( ) lima huruf.

11. Tiada yang menyembah dan yang kena sembah.

FATWA TENTANG KESESATAN AJARAN INIMesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan, Warta pada 3 Julai, 1986.Setelah mengkaji isi buku 'Tajalli' dan Hakikat Insan' karangan Haji Ahmad laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir-butir upacara keugamaan yang mempunyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata-syirik, sesat, khurafat, kata-kata karut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar ugama Islam, dengan demikian. Jemaah Ulama bersetuju memfatwakan bahawa Haji Ahmad laksaman bin Omar mengamal dan menyebar ajaran sesat'.

Mahkamah Kadi Besar Kelatan mensabitkan tiga (3) kes iaitu di bawah Seksyen 68 [10(m 69 dan 74)] Undangundang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 dan menghukum:

i. Mengajar atau memberi penerangan Ugama tanpa kebenaran tauliah dari Majlis - dihukum denda RM250.00 atau sebulan penjara.

ii. Mengajar atau memberi penerangan yang berlawanan dengan hukum syarak - humum denda RM250.00 atau 3 bulan penjara.

iii. Mengeji dan mencaci Ugama Islam - dihukum denda RM1,000.00 atau 6 bulah penjara.

iv. Kejadian berlaku pada 4 Oktober 1985 jam (10.00 malam) atas aduan yang dibuat pada 5.10.1985 dan pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Kelantan.

FATWA AJARAN HJ. AHMAD LAKSAMANA BIN OMAR

Tarikh Keputusan:28 Jan, 1986

Keputusan:Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 28 Jan 1986 telah membincangkan fatwa mengenai ajaran Hj. Ahmad Laksamana Bin Omar. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 14 (3) Undang-Undang Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, Majlis menerusi Jamaah Ulama menetapkan Fatwa sebagaimana berikut:

Setelah mengkaji isu buku "Tajalli" dan "Hakikat insan" karangan Hj. Ahmad Laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir upacara keugamaan yang mempunyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata syirik, sesat, khurafat, kata-kata carut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar ugama Islam, dengan yang demikian Jamaah Ulama bersetuju memfatwakan bahawa Haji Ahmad Laksamana Bin Omar menganuti dan menyebar ajaran salah.

Fatwa-fatwa tersebut hendaklah tertakluk kepada semua orang Islam yang tinggal di dalam negeri selain daripada orang-orang Islam yang bukan Bangsa Melayu yang tertakluk kepada undang-undang diri selain daripada yang terdapat di Kelantan.

Sumber; http://muamalat.islam.gov.my/kategori-fatwa/akidah?page=17&%24Version=1&%24Path=%2F