insan bermoral

29
INSAN BERMORAL 1

Upload: hadihaimi

Post on 24-Jun-2015

847 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: insan bermoral

INSAN BERMORAL

1

Page 2: insan bermoral

Memelihara nyawa manusiaMengelak keruntuhan moral

Mengekalkan kerukunan sosialMengekalkan keamanan

Memelihara hak manusia

Terminologi khasPercaya pada pegangan

esteemRasa berkepentingan

Rasa bersalah dan berdosaMotivasi intrinsik

Penakulan moral

Emosi moral

Tingkahlaku moral

Dimensi Moral

Dimensi Moral

Bentuk Moral

Bentuk Moral

Etika prinsip

Etika situasiINSAN

BERMORAL

Keperibadian manusia Peraturan masyarakat

Meningkatkan taraf kehidupan

Membangun intelek

2

Kandungan moral

Page 3: insan bermoral

• Banyak pandangan berkenaan dengan konsep moral dan pendidikan

• SUGARMAN (1973) berkata , pandangan individu akan mempengaruhi cara pemikiran dan hidupnya seterusnya mengaktifkan kemoralannya

• Cara guru atau ibubapa mendidik anaknya dipengaruhi oleh pemikirannya terhadap konsep kemoralan

Pengenalan 3

• Bagi ibubapa yang melihat kemoralan sebagai kewajipan untuk patuh patuh kepada undang-undang, akan bertindak seperti diktator dalam mengajar nilai kepada anak-anaknya

.

• Jika ibubapa menganggap kemoralan suatu yang lebih fleksibel, mereka akan lebih rasional dengan juga memberi pilihan kepada anaknya untuk menentukan baik dan buruk

• Bagi ibubapa yang melihat kemoralan sebagai kewajipan untuk patuh patuh kepada undang-undang, akan bertindak seperti diktator dalam mengajar nilai kepada anak-anaknya

.

• Jika ibubapa menganggap kemoralan suatu yang lebih fleksibel, mereka akan lebih rasional dengan juga memberi pilihan kepada anaknya untuk menentukan baik dan buruk

Page 4: insan bermoral

4

Dalam bab ini, kita akan berbincang tentang konsep moral dari sudut kandungan, bentuk dan dimensi.Di hujung perbincangan kita bakal melihat hubungan antara tiga aspek tersebut dalam pembentukan insan bermoral

Dalam bab ini, kita akan berbincang tentang konsep moral dari sudut kandungan, bentuk dan dimensi.Di hujung perbincangan kita bakal melihat hubungan antara tiga aspek tersebut dalam pembentukan insan bermoral

Page 5: insan bermoral

KANDUNGAN MORALKANDUNGAN MORAL

Kandungan moral boleh dibahagikan kepada:

Undang-undang masyarakat

Keperibadian manusia

5

Page 6: insan bermoral

PERATURAN MASYARAKAT

Manusia memerlukan peraturan bagi menetapkan had tertentu terhadap kebebasan mereka supaya ianya terjamin

D. EMMET (1966) di dalam bukunya “Rules, Roles and Relations” menegaskan

Peraturan tidak wujud dengan sendiri, tetapi hasil kombinasi daripada informasi dan pengalaman lama serta baru yang dilalui dalam kehidupan.

manusia cenderung melihat kepada adat istiadat dalam berhubung sesama manusia.

. walaubagaimanapun, kita harus memahami fungsi peraturan masyarakat yang universal dan bermoral

6

Page 7: insan bermoral

Manusia mulanya terdedah dengan adat istiadat (customary rules) kemudiannya membentuk undang-undang dalam masyarakat.

Ianya tidak hanya memberikan panduan tetapi juga menganjurkan bagaimana untuk bertingkah laku

7

Page 8: insan bermoral

Adat istiadat VS adat reflektifAdat istiadat VS adat reflektif

Adat istiadat(Customary Morality)

Adat istiadat yang ditetapkan oleh nenek moyang. Individu harus patuh kerana ianya dikira sebagai norma. Ianya tidak boleh dibantah dan dicabar Harus patuh kepada lingkungan adat yang ditetapkan

Adat reflektifReflective Morality

Adat yang memerlukan penilaian moral yang rasional.

Penilaian diperlukan bagi memikirkan rasional disebalik peraturan.

Menitikberatkan penilaian sebelum sesuatu adat dipraktiskan

8

Page 9: insan bermoral

ANTARA ADAT ISTIADAT/PERATURAN MASYARAKAT

• Sesetengah kumpulan masyarakat melarang pemberian hadiah jam ketika sambutan hari jadi (tanda kematian)

• perempuan (isteri) hanya duduk dirumah mengurus keluarga dan tiadak bekerja

• Dilarang memakai pakaian berwarna merah ketika menghadiri majlis pengkebumian keluarga

• Dilarang membuka payung di dalam rumah (tanda nasib malang)

• dilarang berkahwin jika lelaki berkongsi nama keluarga yang sama (risiko kecacatan bayi)

• perkahwinan anak dikawal orang tua

Page 10: insan bermoral

Adat istiadat hanya mempertahankan keutuhannya dengan mengatakan ‘inilah’ cara kita dididik’ patuhilah ia tanpa ada ruang untuk membantah

Dalam sistem moral, perlakuan manusia diikat dengan peraturan

Kepatuhan yang konsisten kepada norma masyarakat menjadikan seseorang bermoral

10

Page 11: insan bermoral

Kepentingan Peraturan masyarakat

• Meningkatkan taraf kehidupan manusia

• Meningkatkan kapasiti intelek ke tahap yang berkesan

• Memelihara nyawa manusia• Mempertahankan hak manusia

dan kebajikannya• Mengelakkan keruntuhan moral

dalam masyarakat

• Menghasilkan keadaan masyarakat yang seimbang

• Mewujud dan mengekalkan sistem sosial

• Mengekalkan keamanan dalam masyarakat

• Mengekalkan keamanan sosial

11

Page 12: insan bermoral

• Walaubagaimanapun, adalah sesuatu yang sukar untuk mematuhi semua peraturan masyarakat yang ditetapkan , dimana ada sahaja kecenderungan untuk mencabarnya.

• Di Malaysia, peristiwa 13 May 1969 menjadi bukti konflik akan terjadi apabila undang-undang negara dicabar.

• Nilai seperti toleransi, kerjasama harus dipraktiskan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum supaya keselamatan rakyat tidak tergugat..

• Objektif peraturan masyarakat ialah bagi mengekalkan keamanan dalam masyarakat di mana setiap individu mempunyai hak .yang saksama

12

Page 13: insan bermoral

ADAT PERPATIH

•Adat Perpatih diperkenalkan di Negeri Sembilan.

• adat ini dipraktikkan oleh 12 kumpulan/suku kumpulan (the biggest family unit) iaitu Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumboh, Mungkal, Tiga Nenek, Sri Melenggang, Sri Lemak, Batu belah, Tanah Datar, Anak Melaka, Anak Acheh and Tiga Batu.

ADAT ISTIADAT

• Adat perpatih mempunyai undang-undang yang unik berkenaan dengan perkahwinan, perceraian dan hata pusaka.

Page 14: insan bermoral

Contohnya:

•Lelaki tidak boleh berkahwin dengan perempuan dari suku kaum yang sama

• Lelaki yang sudah berkahwin dikehendaki tinggal bersama keluarga isterinya.

• Perkahwinan antara sepupu dilarang

• Harta dalam Adat Perpatih dibahagi kepada 4; harta pembawaan (harta dimiliki isteri sebelum berkahwin), harta dapatan (harta dipunyai isteri selepas berkahwin) , harta carian (harta dimiliki pasangan selepas berkahwin) and harta pesaka (harta yang diwarisi).

• Harta yang didapati sewaktu perkahwinan dikongsi   

•  harta pusaka dipusakai satu pihak

• harta persendirian diambil semula setalah kematian isteri

Page 15: insan bermoral

PERIBADI MANUSIA

• Individu harus memiliki peribadi mulia yang menjadikannya insan bermoral

• Kenyataan ini disokong oleh ramai ahli falsafah

J.D WALLACE (1978) menyatakan peribadi mulia penting bagi individu meneruskan kelangsungan hidupnya dalam masyarakat

Z.FENG (1993) menyatakan perkembangan peribadi seorang murid dalam pembelajaran harus menjadi fokus objektif pengajaran Pendidikan Moral

15

Page 16: insan bermoral

• Richard B.Brandt (1979) • Dalam bukunya “A theory of the Good and the right “

menamakan sistem ini sebagai kod etika tetapi tidak semua orang memiliki kod etika ini.

• Individu harus didedahkan dengan pelbagai sumber, pengajaran, pendidikan moral sebelum mereka memiliki peribadi mulia.

16

Page 17: insan bermoral

Brandts memperkenalkan enam kod etika yang harus dimiliki.

Motivasi Intrinsik • Individu mempunyai keinginan intrinsik samada untuk melakukan sesuatu atau tidak menurut kehendaknya . Contohnya keenggananya untuk menyakiti orang lain, memungkiri janji, semuanya didorong oleh motivasi.

• Individu itu juga berharap agar orang lain juga terdorong untuk melakukan perkara yang sama

17

Rasa bersalah dan berdosa

•Apabila seseorang berkelakuan berlawanan dengan motivasi intrinsiknya, dia akan rasa berdosa dan bersalah.

• Rasa berdosa mempengaruhi tingkah laku manusia dan lebih berkesan dalam mengawal tingkah laku seseorang terutama dalam berhubung dengan individu yang lain

Page 18: insan bermoral

Rasa berkepentingan

•Rasa berkepentingan adalah perasaan dimana individu merasakan sesuatu perbuatan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab dirinya.

•Seseorang itu mungkin menyelamatkan nyawa individu yang lain apabila melihat nyawa rakannya dalam keadaan terancangKerana memikirkan menyelamatkan nyawa adalah sesuatu yang amat penting

18

Perlakuan terpuji

•Perlakuan terpuji adalah akibat rasa esteem diri yang amat tinggi di luar jangkauan perlakuan asas individu

• Contohnya pengorbanan askar boleh dikira sebagai terpuji disebabkan kesediaannya untuk berkorban masa dan nyawanya.

Page 19: insan bermoral

Terminologi (Istilah Khusus)

• Dengan mengetahui istilah khusus dalam moral seperti penilaian moral, nilai-nilai murni, individu dapat memahami konsep etika dan menghargai konsep dan pengajaran nilai-nilai murni seterusnya membawanya menjadi insan bermoral

19

Believe justification (Mempunyai pegangan)

Individu harus mempunyai tempat bergantung atau pegangan hidup supaya hidupnya lebih bermakna.

Salah satu daripada pegangan hidup adalah agama.Dengan berpegang kepada agama, kelakuannya adalah berasaskan rasional bukannya emosi semata-mata.

Page 20: insan bermoral

BENTUK MORAL

BENTUK MORAL

Apabila berhadapan dengan isu atau dilema moral, insan moral dapat membuat pertimbangan dan tanggapan berhubung dengan situasi yang melahirkan masalah itu, iaitu berdasarkan etika situasi tetapi keputusan yang diambilnya hendaklah ditentukan oleh prinsip moral keadilan dan kepedulian (altruisme), iaitu etika prinsip. (Situational Ethics and Principled Ethics)

20

Page 21: insan bermoral

DUA BENTUK ETIKA IALAH

BENTUK ETIKA PRINSIP

BENTUK ETIKA SITUASI

21

Page 22: insan bermoral

BENTUK ETIKA PRINSIP22

Bentuk etika insan moral yang berdasarkan prinsip termasuklah prinsip keadilan dan kepedulian.

Keadilan

dimaksudkan sebagai kewajipan untuk memberi perlakuan yang sama kepada semua orang dalam memberikan apa yang baik dan apa yang buruk berdasarkan keperluan dan kemampuan. Kewajipan ini patut tidak ada kecualiannya. Keadilan merujuk kepada fikiran yang rasional. Prinsip keadilan mempunyai kaitan dengan autonomi atau kebebasan. Individu yang adil perlu ada kebebasan kerana tindakannya tidak dianggap moral jika dia membuat sesuatu berikutan paksaan dari luar atau kepatuhan membuta buli terhadap sesuatu autoriti atau kuasa luar.

Page 23: insan bermoral

Kepedulian : merupakan prinsip yang dikaitkan dengan perasaan moral yang suci dan jernih. Oleh kerana apa sahaja yang dilakukan oleh individu dalam bidang moral

melibatkan orang lain, adalah lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika hubungan itu berdasarkan belas kasihan serta mengambil berat kebajikan orang lain. Kepedulian juga menjauhkan

individu daripada kejahatan dan terlalu mementingkan diri.

BENTUK ETIKA PRINSIP

Page 24: insan bermoral

Etika Situasi  Etika situasi menyatakan bahawa setiap situasi itu adalah unik dan berlainan dalam semua segi daripada semua situasi lain di dunia. Tindakan seseorang itu dalam satu-satu situasi mesti ditentukan sendiri berdasarkan pertimbangan bebas dan kebebasan memilih tanpa paksaan dari luar. Namun sebenarnya walaupun setiap situasi itu unik dan berbeza tetapi terdapat norma-norma moral umum yang menjadi dasar melakukan sesuatu.

24

Page 25: insan bermoral

CONTOH ETIKA SITUASI

Pada awal tahun 1960 an, seorang wanita bernama Sheri Fishbein dari Arizona, USA menjangka dia mungkin mengandungkan anak yang mengalami kecacatan kerana telah mengambil Thalidomide. Dia telah meminta mahkamah membenarkan doktor dan pihak hospital menggugurkannya kerana undang-undang melarang perbuatan pengguguran. Suaminya telah membawanya ke Sweden dan kandungannya telah digugurkan. Embrio itu didapati cacat sekali. Tetapi tidak siapa yang mengetahui secara pasti. Dalam kes seperti ini pilihan seseorang itu harus berpandukan prinsip-prinsip moral.

25

Page 26: insan bermoral

DIMENSI ETIKA

Ada 3 dimensi yang terlibat, iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral.

Penaakulan Moral (Moral Reasoning)

Setiap insan moral berupaya membuat penaakulan moral, iaitu suatu proses di mana seseorang individu memperkembangkan kebolehan membuat pertimbangan dan/atau keputusan moral yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan pandangan orang lain dalam suatu situasi moral.

Proses penaakulan moral melibatkan pertimbangan secara objektif dan adil tentang segala fakta berkaitan situasi moral yang dihadapi serta mengambil kira prinsip-prinsip moral sejagat. Keputusan moral yang dicapai hendaklah konsisten, objektif dan sejagat bagi sesuatu situasi yang serupa.

Page 27: insan bermoral

Menurut ahli psikologi seperti Piaget (1968) dan Kohlberg, proses penaakulan moral melibatkan perkembangan moral secara berperingkat, dari peringkat seorang mematuhi peraturan moral supaya tidak dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa sehingga ke peringkat dia, sebagai orang yang berautonomi (bebas), akan menepati peraturan moral selaras dengan prinsip-prinsip moral yang sejagat. Individu yang tidak berupaya membuat penaakulan moral akan menjadi seorang yang tidak rasional dan akan bertindak secara buta tuli.

PENAAKULAN MORAL

Page 28: insan bermoral

Emosi Moral

Emosi moral memberi perangsangan kepada seorang untuk bertindak secara bermoral dengan yakin dan merupakan sesuatu yang tidak dapat diketepikan dalam suatu keputusan dan tindakan moral kerana manusia mempunyai perasaan. Walau bagaimanapun bukan semua perasaan boleh dikatakan sebagai emosi moral. Emosi moral hanya merujuk kepada perasaan yang "betul" yang melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi.

Untuk menyuburkan emosi moral, seseorang perlu:

•Memahami perasaan orang lain serta diri sendiri dalam sesuatu situasi moral.

•Berupaya menyatakan dengan jelas perasaan-perasaan yang timbul dalam situasi itu.

•Membuat keputusan berdasarkan perasaan yang betul bukan perasaan yang tidak munasabah dalam situasi itu

Page 29: insan bermoral

Tingkah Laku Moral

Tingkah laku moral ialah segala yang dilakukan oleh individu berkaitan dengan peraturan moral. Peraturan moral menentukan tingkah laku semasa dan memberi panduan kepada individu pada masa depan dan juga merupakan asas bagi nilai tingkah laku yang lepas.

Tingkah laku moral tidak terhad kepada mematuhi sesuatu peraturan semata-mata kerana ia satu peraturan, tetapi haruslah berdasarkan pemahaman sebab yang baik dan munasabah. Tingkah laku adalah penting. Orang yang mempunyai penaakulan moral tetapi tanpa tingkah laku akan menjadi orang yang "cakap tak bikin". Begitu juga orang yang mempunyai emosi tanpa tingkah laku hanya mementingkan keselesaan diri sendiri sahaja.