insan moral.ppt new

Upload: eric-chiam

Post on 15-Jul-2015

100 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KURSUS KOD KURSUS

: ASAS PENDIDIKAN MORAL : MOK 2102 W

KONSEP MORALy Kesedaran tentang ajaran atau pegangan

berkenaan dengan baik atau buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.y Kawalan tingkahlaku yang berlandaskan

standard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang individu.

Konsep Insan Moraly Menurut John Wilson (1973), komponen yang

perlu ada dalam diri seorang insan bermoral dikategorikan sebagai konsep iaitu peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan.

y Seorang insan bermoral juga perlu mempunyai

pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, tahu berinteraksi dengan orang sekelilingnya dan bertindak mengikut pertimbangan yang telah difikirkan atau keputusan yang telah dibuat.

y Lickona (1991) pula menyatakan untuk menjadi

seorang yang bermoral, seseorang itu perlu mengetahui kebaikan, menginginkan kebaikan dan melakukan kebaikan.y Walker et. al. menggambarkan domain moral

terdiri daripada emosi moral, perlakuan moral, pemikiran moral, komitmen dan keperibadian mulia.

y Insan moral sebenarnya hanya menerima nilai-

nilai murni dan peraturan masyarakat yang diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar.y Insan bermoral perlu peka dan memahami

keperluan terhadap peraturan dalam masyarakat

Terdapat 3 dimensi dalam konsep insan moral iaitu penaakulan moral, emosi moral, dan tingkah laku moral.

Penaakulan moraly Penaakulan moral iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas). y Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran

Contoh Penaakulan moraly Contoh 1 y :Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati

terhadap sepasang suamiisteri yang terlibat dalam pengedaran dadah walaupun pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak kecil yang masih memerlukan perhatian. Keputusan yang dibuat oleh hakim adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh Penaakulan moraly Contoh 2: y Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir

tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya. Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru kelasnya. Walaubagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil, guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah.

Emosi moraly Emosi moral ialah seperti suara batin, iaitu

kehalusan perasaan individu yang mengandungi rasa bersalah, malu, bimbang serta perasaan simpati dan empati, prihatin, belas kasihan y Emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial.

Contoh Emosi moraly Contoh 1: y Perasaan empati dan simpati akan menyebabkan

seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri

Tingkah laku moraly Tingkah laku moral ialah individu yang dapat

bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan yang berlandaskan penaakulan dan emosi moral.

Contoh Tingkah laku moraly Contoh 1: y Seorang murid memulangkan dompet yang dijumpai

di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas.y Contoh 2: y Seorang pelajar memimpin orang buta menyeberang

jalan.

Contoh Tingkah laku moraly Contoh 3: Dia tidak terjebak dalam rasuah walaupun

pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama.

y Individu yang bermoral seharusnya peka dan

memahami terhadap keperluan peraturan dalam masyarakat, mempunyai sifat-sifat peribadi mulia, mendokong etika seperti kemurahan hati, kemanusian, kerasionalan dan kesejagatan.

Insan guru yang seimbang dari segi Keilmuan Kerohanian dan kemahiran Tanggungjawab

Keilmuany Ilmu yang secukupnya dalam P&P y Menjawab soalan daripada murid dengan tepat y Keyakinan

Kerohanian dan Kemahirany Mempunyai rohani yang mukhlak sebagai model

kepada muridy Mempunyai kemahiran untuk pelbagai masalah

yang timbul dalam kelas

Tanggungjawaby Tanggung jawab kepada agama,bangsa dan

negara y Pelajar kita berasaskan ajaran agama y Melahirkan bangsa yang berilmu dan berakhlak mulia y Melahirkan insan yang berkebolehan mengembangkan dan memajukan negara kita

KesimpulanInsan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

Tamat Terima Kasih