pl oum 1 falsafah, matlamat,konsep

16
TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1 Topik 1 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan falsafah, konsep, definisi, matlamat dan tujuan pendidikan luar; 2. Menghuraikan perkembangan sejarah pendidikan luar dari zaman purba hingga era moden; dan 3. Menyatakan jenis-jenis aktiviti pendidikan luar. PENGENALAN Pendidikan Luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Ia juga bertujuan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar merangsang pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal seperti berkayak, Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Upload: lancelot-enchen

Post on 30-Dec-2014

658 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep, Pendidikan Luar, Rekreasi Luar, Pengenalan Pendidikan Luar, Nota Pendidikan Luar, Falsafah Pendidikan Luar, Matalamat Pendidikan Luar, Konsep Pendidikan Luar

TRANSCRIPT

Page 1: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 1

Topik

1!

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan falsafah, konsep, de� nisi, matlamat dan tujuan pendidikan luar;

2. Menghuraikan perkembangan sejarah pendidikan luar dari zaman purba hingga era moden; dan

3. Menyatakan jenis-jenis aktiviti pendidikan luar.

! PENGENALAN

Pendidikan Luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Ia juga bertujuan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar merangsang pelajar untuk menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan � zikal seperti berkayak,

Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar

Page 2: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

2 ! TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR

pengendalian dingih, tali temali, bantu mula, keyakinan dalam air, ikhtiar hidup, menyelam, pengurusan perkhemahan, memanjat dinding, orientasi dan sebagainya.

Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerjasama secara berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan.

1.1 FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN LUAR

Dewasa ini, program–program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkat sekolah malahan keseluruhan masyarakat. Badan-badan kerajaan, kelab–kelab serta persatuan semakin aktif menganjurkan program pendidikan luar (PPL). Belanjawan yang besar diperuntukan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk kelab dan badan di bawah naungannya untuk melaksanakan aktiviti–aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya, bagi membentuk jati diri di kalangan ahlinya.

Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyebut berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Pendidikan luar penting dalam melaksanakan hasrat serta tujuan murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain memberi cabaran �zikal dan mental, aktiviti pendidikan luar mempunyai pendidikan yang tersirat. Dalam ertikata lain, pendidikan luar menyalurkan pendidikan secara langsung dan tidak langsung.

Page 3: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 3

Semasa aktiviti kembara, peserta terpaksa merentasi bukit bukau, danau dan sungai. Keadaan ini akan melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan–latihan ini akan membentuk mereka untuk menjadi kuat dari segi emosi, jasmani dan �zikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti �zikal yang terdapat dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk mengenali serta mengamati jenis-jenis !ora dan fauna yang terdapat di alam semula jadi.

Melalui aktiviti membaca peta dan kompas peserta dapat menganalisa dan mengkaji secara langsung corak struktur muka bumi sesuatu kawasan. Jurulatih yang mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi unsur-unsur batuan seperti jenis batuan setempat, dapat menerangkan kepada peserta tentang mineral yang terdapat di sesuatu kawasan. Dalam aktiviti kembara, aplikasi pendidikan matematik seperti mengira menggunakan kos, sin dan tangen boleh digunakan dalam aktiviti mengukur atau mengagak ketinggian. Banyak lagi disiplin ilmu yang boleh diaplikasikan dalam satu program pendidikan luar.

Kembara boleh membentuk pemikiran pelajar secara kreatif dan kritis. Apabila peserta berinteraksi dengan alam semula jadi pemikiran, mereka akan terangsang untuk menjadi lebih kreatif. Sepanjang pengembaraan pelajar boleh diminta menulis secara kreatif seperti membuat catatan perjalanan, sajak ataupun pantun. Pelajar yang ber�kiran kritis pula akan merasa tercabar dengan penemuan-penemuan baru yang dilihat dan diperhatikan di sepanjang aktiviti. Penganjur boleh menyediakan masalah yang membolehkan peserta mengamalkan kemahiran ber�kir.

Aktiviti kembara dapat menyemai nilai-nilai murni seperti:

Atas semua alasan ini, pendidikan luar merupakan salah satu jalan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

Page 4: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

4 ! TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR

menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1.1 Falsafah Pendidikan Luar

Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan prinsip, teori dan

berikut:

penerangan; dan

Dalam modul ini, kita akan membincangkan falsafah yang dikemukakan oleh tiga ahli akademik iaitu:

(a) John Amos Comenius (1592-1670) Huraian falsafah beliau adalah seperti berikut:

Prinsip sensory learning ditekankan;

Pelajar perlu diberi pengalaman sebenar untuk belajar dengan lebih bermakna;

Pelajar perlu menggunakan pancaindera untuk berinteraksi dengan alam sekitar dan pembelajaran yang sempurna; dan

Dalam membentuk kesediaan belajar yang baik, pelajar perlu berinteraksi dengan objek terlebih dahulu.

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778) Beliau menyatakan apa yang tertera di bawah:

books for all these...is but to teach us to use the reasons of others.”

Huraian falsafah beliau adalah seperti berikut:

Pendidikan luar merupakan pendidikan yang penting dan perlu selari dengan konsep pendidikan;

Pendidikan luar penting untuk mencapai kehendak pendidikan; dan

Pendidikan yang baik lebih berdasarkan pengalaman secara langsung.

Page 5: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 5

(c) Johann Henrick Pestalozzi (1746-1827) Beliau menyatakan apa yang tertera di bawah:

“Lead your child out into nature, teach him on the hilltops and in

given him more strength to overcome dif�culties. But in these hours of freedom let him be taught by nature rather than by you. Let him fully realise that she is the real teacher and that you, with your art, do nothing more than walk quietly at her side.”

Huraian falsafah beliau adalah seperti berikut:

Pendidikan perlu memberikan pengalaman secara langsung dan interaksi dengan bahan sebenar;

pembelajaran di dalam kelas contohnya latih mengajar, menanam pokok dan lain-lain lagi; dan

Pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar merupakan komponen penting dalam membuat kesimpulan dan genderalisasi.

Falsafah pendidikan luar adalah aktiviti pendidikan yang digunakan untuk belajar berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran sebenar. Pendidikan luar dapat merangsang kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.

1.1.2 Konsep Pendidikan Luar

menyatakan pendidikan luar adalah pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah dan berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti. Antara aspek perlu di�kirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah:

(a) Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan

keupayaan ber�kir serta menginterpretasi. Dengan kata lain, pembangunan kognitif melibatkan penjanaan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar membolehkan pelaksanaan

pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman

Page 6: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

6 ! TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR

dan penghayatan cara atau teknik pelaksanaan membawa kepada pelaksanaan yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan �zikal tetapi juga kekuatan kognitif. Dengan kata lain, pendidikan luar bukan sahaja memberi latihan �zikal tetapi juga unsur kemahiran ber�kir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti.

(b) Aspek kemahiran psikomotor Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang

mampu dipamerkan. Ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan.

Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokuskan dalam pendidikan luar ialah:

(i) Imej tubuh;(ii) Kawalan objek;(iii) Orientasi spatial (ruang);(iv) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor;(v) Perkembangan kemahiran; dan(vi) Kecergasan.

(c) Aspek afektif Matlamat utama yang diingini dalam hampir kesemua program pendidikan

luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, aspirasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.

Pendidikan luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain,

mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang dengan berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti �zikal. Aktiviti pendidikan luar akan

peserta akan membentuk persefahaman serta berperanan secara luaran dan dalaman diri.

Page 7: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 7

Rajah 1.1

Pendidikan luar dapat membantu pembangunan sosial. Ia membantu individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur, pendidikan luar berperanan sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.

Penglibatan pelajar di dalam aktiviti �zikal dapat memupuk integrasi antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti �zikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti �zikal membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka.

(d) Aspek Sosial

tingkahlaku sosial, iaitu domain sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif iaitu: berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakimi, memulakan dan menukar.

Dalam proses pembelajaran melalui pendidikan luar, manusia mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan daripada aspek pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan luar perlu berpaksikan ketuhanan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat), kemanusiaan (kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai murni dan sahsiah) dan kenegaraan (mengenali negara, semangat cintakan negara).

Dalam pendidikan luar pembentukan individu merupakan perkara penting dan tidak boleh ditinggalkan. Individu yang terbentuk dari pendidikan luar akan lebih mantap dari aspek mental, �zikal, emosi, kemahiran dan sosial. Pembentukan individu yang mantap merupakan asas kepada pembentukan masyarakat dan negara.

Page 8: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

8 ! TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR

Antara aspek yang perlu diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar bagi membina konsep keseluruhan pendidikan luar ialah:

1.1.3 Definisi Pendidikan Luar

Secara keseluruhan, dalam mende�nisikan pendidikan luar terdapat dua pendapat yang berlainan. Kedua golongan tersebut ialah:

Berdasarkan aktiviti

Berdasarkan psikologi

(a) Berdasarkan aktiviti

menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Mereka menggunakan persekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut

keluar ke alam semula jadi serta menyelesaikan masalah di sekitaran.

dengan menggunakan pancaindera sebagai alatan dan alam semula jadi

pendidikan yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam semula jadi. Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia tetapi antara manusia dengan manusia.

Golongan ini mende�nisikan pendidikan luar sebagai satu aktiviti �zikal tanpa melihat pendidikan luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang tersirat. Mereka melihat pendidikan luar sebagai aktiviti yang tertumpu kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain seperti aspek sosial, kognitif dan afektif (elemen tersirat).

(b) Berdasarkan psikologi Menurut the Outdoor Institute, pendidikan luar bertujuan memberikan

pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas dan membangunkan insan

pelajar akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk memerhati

luar sebagai mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang digabungkan untuk membentuk pendidikan insan yang seimbang.

Page 9: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 9

pendidikan luar adalah gabungan berbagai disiplin dalam pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan, program pendidikan luar adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas serta memantapkan lagi kurikulum pendidikan jasmani.

“Outdoor education is...a means of curriculum enrichment, whereby the process of learning takes place out of doors. Outdoor education broadly includes environmental education, conservation education, adventure education, school camping, wilderness therapy, and some aspects of outdoor recreation.”

1.1.4 Matlamat dan Objektif

Program pendidikan luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai matlamat

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang mengambil matapelajaran pendidikan jasmani ialah:

1. Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti-aktiviti pendidikan luar;

2. Pelajar dapat menguasai kemahiran–kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan diri;

3. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keprihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semula jadi termasuk isu alam sekitar;

4. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman–pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza–beza;

menghadapi cabaran-cabaran semasa;

kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme; dan

keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (1993)

Matlamat dan objektif program Bina Insan Guru yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ialah:

1. Penghayatan ciri insan berakhlak mulia;2. Pengamalan semangat berpasukan dan hidup sepakat;

Page 10: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

10 ! TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR

3. Pembinaan ketahanan �zikal dan mental;4. Penguasaan kemahiran interpersonal;

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (2000)

Matlamat pendidikan luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen besar iaitu:

1. Ketuhanan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat)

(a) Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta;(b) Meningkatkan kepercayaan kepada agama;(c) Meyakinkan kebesaran pencipta; dan(d) Mensyukuri kurniaan Pencipta kepada kita.

2. Kemanusiaan (pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan sahsiah)

(a) Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan alam sekitar sebagai perantara;

(b) Memberi kesedaran terhadap keperluan memelihara alam sekitar;(c) Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar;(d) Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar;(e) Meningkatkan disiplin di kalangan pelajar;(f) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar;(g) Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi dan bekerjasama; (h) Mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih

dewasa;(i) Mengalakkan pelajar menjalankan aktiviti riadah yang lebih berfaedah;(j) Memberi ruang kepada pelajar untuk muhasabah diri;(k) Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti pendidikan luar;

dan(l) Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang dan mengelolakan

program pendidikan luar.

3. Kenegaraan (semangat cintakan negara)

(a) Menanamkan sikap cinta dan sayangkan negara;(b) Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk; dan(c) Merangsang untuk mengurangkan polarisasi kaum.

Page 11: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 11

1.1.5 Tujuan Pendidikan Luar

pendidikan luar perlu menjawab persoalan: Apakah kehendak dan keperluan

diadakan. Di antara kategorinya ialah:

(a) Pendidikan luar yang bertujuan membina ketahanan �zikal. Pendidikan luar ini dilaksanakan bagi melihat keupayaan �zikal pesertanya. Peserta dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti �zikal. Program pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau persatuan-persatuan pendidikan luar di peringkat daerah atau negeri.

(b) Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu pengetahuan dan membentuk disiplin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan bercorak ini peserta kursus akan didedahkan kepada ilmu perkhemahan, disiplin dan cara menghormati uniform. Pendidikan luar ini dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

(c) Pendidikan luar yang bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisional di kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak bosan dan boleh berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar dapat berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar, contohnya pendidikan luar bagi subjek geogra�. Pendidikan luar ini lebih tertumpu kepada aktiviti akademi.

(d) Pendidikan luar yang digunakan untuk membentuk perpaduan. Ia lebih bertumpu kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan luar ini selalu dianjurkan oleh badan-badan belia dan perpaduan.

(e) Pendidikan luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar. Dalam setiap aktiviti pendidikan luar, pelajar akan dipimpin. Ini memupuk dan merangsang sifat kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti pendidikan luar ini adalah tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinan mereka.

(f) Pendidikan luar yang meneguhkan kepercayaan terhadap kewujudan pencipta alam. Pemerhatian keindahan serta sifat alam semula jadi akan meneguhkan kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap pencipta. Pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-persatuan agama.

(g) Pendidikan luar yang dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi. Peserta dapat mengurangkan rasa tertekan dengan menyertai aktiviti �zikal yang mencabar. Aktiviti ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada suasana lapang dan bebas.

Page 12: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

12 ! TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR

(h) Pendidikan luar yang merangsang pembentukan sahsiah yang baik di kalangan pelajar. Pelajar ditanam dengan nilai-nilai terpuji. Pendidikan luar ini bertujuan untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.

1.2 SEJARAH PENDIDIKAN LUAR

LATIHAN 1.1

Dalam melihat sejarah pendidikan luar, pengkaji perlu melihat kepada pendidikan luar di zaman purba dan di zaman moden.

1.2.1 Pendidikan Luar Zaman Purba

banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semulajadi untuk mendapatkan makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia.

Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan. Mereka tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba dilatih

dalam bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak merupakan permulaan pendidikan luar.

1.2.2 Pendidikan Luar Era Moden

pengakap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu, beliau telah menganjurkan banyak program pendidikan luar. Di peringkat awal, program pendidikan luar lebih tertumpu kepada kekuatan �zikal, kemahiran perkhemahan dan disiplin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga, program pendidikan luar dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri.

Page 13: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 13

Disiplin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan �zikal saja tetapi telah diluaskan kepada elemen kognitif dan afektif. Unsur-unsur nilai-nilai murni serta pembangunan sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas ke dalam aktiviti pendidikan luar. Penganjur pendidikan luar bukan lagi terdiri daripada persatuan beruniform malah persatuan-persatuan akademik seperti persatuan matematik, persatuan sains, persatuan agama Islam dan lain-lain lagi.

meluas. Kewujudan konsep adventure travel dan eco pelancongan telah merancakkan lagi industri pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan program pendidikan luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta. Atas kepercayaan alam sekitar yang segar boleh membantu menyembuhkan penyakit, dewasa ini pendidikan luar digunakan dalam industri kesihatan.

Asas (KPA) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah (KPLI) diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar (PPL). Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan.

mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar. Bagi pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia dan (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) major atau minor Pendidikan Jasmani, Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Semua guru pelatih major dan minor Pendidikan Jasmani dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Program tersebut mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.

institusi perguruan. Program ini yang wajib disertai oleh Guru Pelatih Kursus Diploma Perguruan dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah.

LATIHAN 1.2

Page 14: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

14 ! TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR

1.3 AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR

Aspek utama yang perlu diperhatikan dengan serius dalam aktiviti pendidikan luar adalah aspek keselamatan. Aktiviti pendidikan luar perlu di rancang dan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari aspek kemudahan, peralatan dan kepakaran. Secara keseluruhan aktiviti pendidikan luar perlu dirancang dan dilaksanakan berdasarkan objektif, tujuan dan konsep pendidikan luar.

Secara amnya, terdapat dua aktiviti pendidikan luar yang dilakukan - aktiviti air dan aktiviti darat:

1. Aktiviti Air

Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut seperti:

BerkayakSnorkellingBerakitKeselamatan air

2. Aktiviti Darat

Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung atau di atas gunung. Antara aktiviti darat ialah:

Perkhemahan;Kajian alam sekitar;Abseiling;

Perkhemahan solo;Membina istana pasir;Aktiviti berjalan berhalangan; danOrienteering.

LATIHAN 1.3

Senaraikan aktiviti air dan aktiviti di darat yang dilaksanakan dalam pendidikan luar?

Page 15: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR 15

RUMUSAN

Pendidikan luar adalah aktiviti �zikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan pendidikan (psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen utama.

Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat, pendidikan luar menggunakan sumber luar bilik darjah.

Alam semulajadi bertindak memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu.

Pendidikan luar meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologi serta penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.

Pendidikan luar membentuk insan yang mempunyai nilai dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat.

Pendidikan luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang dengan bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi.

Aspek efektif Aspek kognitif

1. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Apakah ciri-ciri falsafah yang baik?

2. Huraikan de�nisi pendidikan luar berdasarkan psikologi.

3. Apakah matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia yang mengambil mata pelajaran pendidikan jasmani?

huraikan kategorinya.

Page 16: Pl Oum 1 Falsafah, Matlamat,Konsep

16 ! TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN LUAR

1. Secara keseluruhan dalam mende�nisikan pendidikan luar terdapat dua pendapat yang berlainan. Nyatakan kedua golongan tersebut.

2. Berikan rumusan de�nisi pendidikan luar mengikut modul ini.

3. Secara am, matlamat pendidikan luar boleh dibahagikan kepada tiga komponen besar. Huraikan.

Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Pendidikan Malaysia.

Pendidikan Malaysia.

Principles and practices of outdoor/environmental education.

The administration of outdoor education programs. Dubuque, IA: Kendall-Hunt.

Teaching in the outdoors. Danville, IL: Interstate.

Rede!ning outdoor education, journal of environmental education

Pendidikan Luar.

RUJUKAN