bmm3171 strategi
DESCRIPTION
bmTRANSCRIPT
KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK
1.0 Pengenalan
Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan
dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini , apabila diaplikasikan dalam
bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan
tercapai.
Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah
meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan peranan penting bagi
menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik dapat
memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima maklumat
akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan
oleh pemberi maklumat.
Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik
1
Definasi
Pendekatan
strategi
Kaedah-.
teknik
2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
2.1 Pendekatan
2.2 Strategi
2
PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan
andaian yang saling berkaitrapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa
dan hakikat pembelajaran bahasa.
Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju
sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any
sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang
dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang
digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga,
masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum.
Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan
melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau
kejayaan.
2.3 Kaedah
2.4 Teknik
3
TEKNIK : Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang
segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan
dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan
bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang
diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud
jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi
faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.
.3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
3.1 Konsep pendekatan
3.2 Konsep strategi
4
KONSEP KAEDAH
PENDEKATAN
STRATEGI
TEKNIK
Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan mestilah
berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada
susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan
sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan satu pegangan dan falsafah bagi
memahami dan mendekati sesuatu perkara.
Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi
membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan
oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang
diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil
pembelajaran yang telah ditentukan
3.3 Konsep Kaedah
3.4 Konsep teknik
5
Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik
perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai
teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa,
bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika
belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang
digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan
menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang
mementingkan isi kandungan ataupun proses.
Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif pelajaran
spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai kaedah yang boleh
digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah penyiasatan,kaedah
dapatan dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini bermakna
sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan
dengan model dan prinsip.
4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai bahan
utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis
pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran.
Rajah 3 : Keberkesanan pendekatan
4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar
Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam bilik
darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi. Manakala
pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkan murid untuk
mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah
dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat .
6
PENDEKATAN
keaktifan pengajaran dan pelajar
cara pegelolaan
murid
cara-cara fakta
disampaikan
pelajaran mata
pelajaran
pelajaran bahasa
4.2 Cara- cara fakta disampaikan
Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan
seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa
dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang
komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan
deduktif. Cara –cara fakta lain yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke
susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak
4.3 Cara pengelolaan murid
Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah pendekatan
individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas
bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk
aplikasikannya dalam bilik darjah
4.4 Pengajaran bahasa
Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi,
pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua pendekatan ini
wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris.
4.5 Pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan
menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar.
7
5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran
Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa pendekatan dan
juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau pun objektif pengajaran.
Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar
pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecenderungan, bakat serta minat
selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang
lain. Contohnya bagi Kelas Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap
penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran
yang diperlukan.Oleh yang demikian guru perlu mencari jalanbagaimana unuk
mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input
kepada pelajar- pelajarnya
Rajah 4 : Strategi Pengajaran dan pembelajaran
8
Guru sebagai fasilitator, murid sebagai penontonInteraksi sehala sahajapencapaian murid diutamakanmurid pasif dan tidak kreatifciri kepimpinan guru bersifat autokratikmengutamakan keputusan ujian dan peperiksaankaedah keseluruhan kelas
Pemusatan guru
murid pemain utama, guru hanya pemimpin.interaksi dua hala.utamakan objektif pencaian muridmurid lebih kreatif dan beinisiatifdapat memupuk nilai - nilai murni seperti kerjasama
pemusatan murid Bergantung sepenuhnya kepada Bahan Bantu Mengajarutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan.Sesi pembelajaran lebih mearik, berkesan dan bermakna.Murid melalui pengalaman sebenar
Pemusatan bahan
6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran
Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah
tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang. Keutamaan adalah bagi
mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran
itu berjalan.
Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang baik dan proaktif
6.1 langkah-langkah yang teliti
Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang proaktif, guru
perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku keciciran ilmu ketika
menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-
langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan
aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.
9
Objektif yang tepat dan boleh
dicapai
Strategi yang
tersusun dan kemas
Langkah-langkah
yang teliti
Kaedah pengajaran yang baik
dan proaktif
6.2 Strategi yang tersusun dan kemas
Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam kaedah
pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin
dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar
perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan dijalankan
mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang
tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.
6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai.
Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya dengan
meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan
meletakkan sasaran atau objektif yang terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid.
10
7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran
Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan
melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar
yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
7.1 Tujuan – tujuan teknik
Rajah 6 :Tujuan teknik diadakan
11
Menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas.
Mengekalkan perhatian dan
memberi tumpuan
sepenuhnya ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran
Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai
pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru
Memberi satu pengalaman baru kepada murid untuk
diaplikasiakan semasa atau
selepas persekolahan
7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa
Rajah 7 : Jenis-jenis teknik
7.2.1 Teknik main peranan
1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik
darjah.
2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam situasi yang diberikan
3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip
4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau
mendengar melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru.
5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas
selesai aktiviti main peranan.
12
Teknik pengajaran
bahasamain
peranan
permainan bahasa
latih tubi
bercerita
inkuiri
perbahasan
kuiz sumbangsaran
soaljawab
simulasi
drama
perbincangan
forum
demontrasi
7.2.2 Permainan Bahasa
Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan
pemulihan.
Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka,
silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga
kekata dan sebagainya.
Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas.
Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan
intensif dan sebagai alat dianogstik.
Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
7.2.3 Latih tubi
13
Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan
kemahiran.
Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk
murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.
Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun
huruf-huruf.
Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan
maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.
7.2.4 Bercerita
Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.
Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan melalui
pementasan boneka.
Tujuan bercerita untuk:
Menimbulkan minat murid untuk belajar
Melatih kemahiran mendengar
Memupuk nilai-nilai murni
Memperkayakan pengalaman murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid
7.2.5 Inkuiri
Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan
yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan
14
7.2.6 Perbahasan
Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil
Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.
Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang hujah.
Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan .
Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan hujah yang
bernas, logik dan berfakta.
7.2.7 Kuiz
Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai
topik-topik tertentu.
Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira.
Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan
penggunaan bahasa yang tepat.
Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran berfikir
7.2.8 Sumbangsaran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid
Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam sesi
umum.
Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli berpeluang
memberi cadangan
15
7.2.9 Soaljawab
7.3.0 Simulasi
Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan keadaan
sebenar untuk menyelesaikan masalah.Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan
murid melakukan aktiviti secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah.Terdapat dua
jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan. Tujuannya ialah :
Murid dapat menguasai kemairan bertutur
Membina pemikiran yang kreatif dan kritis
Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi
Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa
Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian
16
Mewujudkan interaksi dua hala dan cara pembelajaran yang berkesan.
Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran
dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik di
samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras
pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan
pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan
7.3.1 Drama
Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan
matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu dengan orang lain
Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran.
Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
7.3.2 Perbincangan
17
Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas
Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi
idea ataupun masalah.
Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep
kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan memberikan
pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea.
Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan
terhadap hasil perbincangan mereka.
7.3.3 forum
Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea dan
mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan secara formal.
Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam pengajaran, di
mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka,
Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan
jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional.
Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan
mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
7.3.4 Demontrasi
Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang sesuatu aktiviti
yang dijalankan di hadapan murid.
Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk
melakukannya.
Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika melakukan
sesuatu aktiviti
Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh dan tepat
kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya.
Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu walaupun aras
pencapaian mereka rendah
18
Rujukan
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.
Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal
Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti,
Petaling Jaya.
Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.