perutusan ketua pengarah pelajaran malaysia sempena hari ... · pdf file“keranamu...

6
PERUTUSAN Y. BHG. DATO’ Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. 1 Marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya kita dapat berhimpun untuk memperingati hari kemerdekaan negara buat kali ke-49. Sesungguhnya kemerdekaan ini sangat bermakna kepada kita kerana kemerdekaan, kedaulatan, dan kemakmuran negara terus terlindung dan terpelihara. Nikmat yang sedang kita kecapi tidak ternilai harganya dan bukanlah diperoleh dengan cara yang mudah tetapi hasil daripada pengorbanan dan perjuangan para pemimpin kita pada masa lampau. 2 Sempena Hari Kemerdekaan Ke-49 ini juga, warga pendidikan berasa bertuah kerana kerajaan telah memberikan peruntukan yang besar kepada pembangunan pendidikan di bawah RMKe-9. Peruntukan

Upload: nguyendang

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia sempena hari ... · PDF file“Keranamu Malaysia” dan memperkukuh keazaman 4. untuk menghadapi dan mengatasi cabaran demi cabaran yang

PERUTUSAN

Y. BHG. DATO’ Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

sempena

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49

TAHUN 2006 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

sejahtera.

1 Marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat

Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya kita dapat

berhimpun untuk memperingati hari kemerdekaan negara

buat kali ke-49. Sesungguhnya kemerdekaan ini sangat

bermakna kepada kita kerana kemerdekaan, kedaulatan,

dan kemakmuran negara terus terlindung dan terpelihara.

Nikmat yang sedang kita kecapi tidak ternilai harganya

dan bukanlah diperoleh dengan cara yang mudah tetapi

hasil daripada pengorbanan dan perjuangan para

pemimpin kita pada masa lampau.

2 Sempena Hari Kemerdekaan Ke-49 ini juga, warga

pendidikan berasa bertuah kerana kerajaan telah

memberikan peruntukan yang besar kepada

pembangunan pendidikan di bawah RMKe-9. Peruntukan

Page 2: Perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia sempena hari ... · PDF file“Keranamu Malaysia” dan memperkukuh keazaman 4. untuk menghadapi dan mengatasi cabaran demi cabaran yang

ini adalah bagi memastikan bahawa pembangunan modal

insan mengikut wawasan negara dapat direalisasikan.

Atas rasa tanggungjawab ini, pihak kementerian akan

terus berusaha ke arah membangunkan sistem

pendidikan berkualiti bertaraf dunia.

3 Pihak Kerajaan sentiasa menyedari bahawa perpaduan

merupakan aset utama kekuatan negara ini. Sehubungan

dengan itu, agenda Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dilihat sebagai langkah bijak untuk

memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat

dipupuk seawal usia lagi. Kita berharap agar sekolah

kebangsaan akan menjadi institusi yang akan menjadi

pilihan utama rakyat Malaysia. Sesungguhnya telah

menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan semangat

setia kawan dan muhibah sentiasa dikekalkan seperti

yang telah dipelopori oleh tokoh-tokoh tanah air terdahulu.

4 Pihak Kementerian Pelajaran juga sentiasa peka akan

prinsip ekuiti dalam pendidikan. Sehubungan itu, usaha

berterusan dijalankan bagi merapatkan jurang pendidikan

antara sekolah di luar bandar dengan sekolah di bandar

agar semua murid tanpa mengira kaum dan kedudukan

menikmati peluang dan kemudahan pendidikan yang

sama. Kementerian sentiasa memberi keutamaan kepada

usaha bagi memastikan tidak ada lagi masalah keciciran

yang berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah. Oleh

2

Page 3: Perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia sempena hari ... · PDF file“Keranamu Malaysia” dan memperkukuh keazaman 4. untuk menghadapi dan mengatasi cabaran demi cabaran yang

itu, Kementerian telah mengambil langkah proaktif

dengan melaksanakan peluasan program prasekolah dan

pelaksanaan program Kelas Intervensi Awal Membaca

dan Menulis atau lebih dikenali sebagai KIA2M.

5 Kementerian Pelajaran juga turut memberikan tumpuan

kepada usaha memartabatkan profesion keguruan agar

profesion ini sentiasa dihormati dan dipandang tinggi

bersesuaian dengan amanah yang dipikulnya. Usaha

memartabatkan profesion keguruan ini dilaksanakan

menerusi menaiktaraf Maktab Perguruan kepada Institut

Pendidikan Guru (IPG), menambahbaik sistem pemilihan

calon guru, menambahbaik perjawatan dan kebajikan

guru, dan menambahbaik penempatan guru. Justeru,

Kementerian Pelajaran menaruh harapan yang tinggi agar

guru-guru terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi

melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang

kurikulum, kokurikulum, sahsiah, dan kepemimpinan serta

mempunyai semangat jati diri yang kental dan patriotik.

6 Kementerian Pelajaran sentiasa mendukung aspirasi

negara bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan

seperti yang termaktub dalam Perlembangaan Malaysia.

Sehubugan itu, diharapkan semua pihak akan dapat

mengguna dan mengamalkan penggunaan bahasa

Melayu yang betul dan tepat. Kita juga akan

menggerakkan jentera pendidikan agar hasrat kerajaan

3

Page 4: Perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia sempena hari ... · PDF file“Keranamu Malaysia” dan memperkukuh keazaman 4. untuk menghadapi dan mengatasi cabaran demi cabaran yang

untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kecintaan

terhadap Bahasa Kebangsaan tercapai. Rasa cinta akan

Bahasa Kebangsaan ini juga secara langsungnya akan

memastikan kelangsungan perpaduan dalam kalangan

rakyat di samping dapat memupuk jati diri yang

berteraskan wawasan negara.

7 Kementerian Pelajaran Malaysia akan turut memastikan

bahawa perancangan dan pelaksanaan agenda utama

pendidikan dalam RMK-9 dilaksanakan secara

bersepadu, berhemah dan bersungguh-sungguh. Hal

yang sedemikian ini akan memperlihatkan keprihatinan

kita dalam menyahut seruan kerajaan khususnya dalam

memastikan pembangunan modal insan dapat dicorakkan

mengikut wawasan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia,

setiap daripada kita sama ada pada peringkat

pengurusan, pelaksana, pendidik atau murid-murid

perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab yang

telah diamanahkan bukan sahaja untuk mempertahankan

kemerdekaan negara tetapi perlu memastikan

pengisiannya terjamin kukuh dengan berlandaskan

prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam

Rukun Negara.

8 Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ini, marilah

kita bersama-sama terus menghayati tema kemerdekaan,

“Keranamu Malaysia” dan memperkukuh keazaman

4

Page 5: Perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia sempena hari ... · PDF file“Keranamu Malaysia” dan memperkukuh keazaman 4. untuk menghadapi dan mengatasi cabaran demi cabaran yang

untuk menghadapi dan mengatasi cabaran demi cabaran

yang mendatang. Sahutlah cabaran pendidikan negara ini

dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi. Saya

berdoa agar nikmat kemerdekaan yang kita kecapi

selama ini akan berterusan dan berpanjangan agar dapat

dinikmati pula oleh generasi yang akan datang.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-49.

KERANAMU MALAYSIA!

5

Page 6: Perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia sempena hari ... · PDF file“Keranamu Malaysia” dan memperkukuh keazaman 4. untuk menghadapi dan mengatasi cabaran demi cabaran yang

MATAN PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49

TAHUN 2006

1 Kesyukuran sempena kemerdekaan negara dan kemerdekaan

sangat bermakna. Tokoh-tokoh kemerdekaan juga perlu diingati

sepenjang masa.

2 Warga pendidikan bertuah kerana kerajaan memberikan

peruntukan yang besar dalam RMK-9. Situasi ini menggambarkan

kepentingan Kementerian Pendidikan dalam arus perdana

kemajuan negara.

3 Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan yang amat berkaitan dengan

perpaduan dalam kalangan rakyat.

4 Pendemokrasian pendidikan menjamin peluang menimba ilmu yang

terbuka kepada semua tanpa unsur prejudis dan proses awal untuk

membasmi buta huruf menjelang tahun 2020.

5 Pemartabatan profesion perguruan agar profesion ini sentiasa

dihormati di samping menegaskan bahawa guru sebagai agen

utama negara bagi menyemai semangat patriotik.

6 Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan agar kualiti bahasa terpelihara

di samping kepentingan bahasa sebagai alat perpaduan dan

pembinaan jati diri.

7 Kementerian Pelajaran akan memastikan pelaksanaan RMK-9

dijalankan secara terurus dengan semua pihak memainkan

peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

8 Penghayatan tema Hari Kemerdekaan di samping memperkukuh

keazaman untuk menghadapi cabaran dan berharap agar nikmat

kemerdekaan berpanjangan.

6