persepsi guru terhadap peranan pusat kegiatan guru (pkg ... · terhadap peranan pkg sebagai pusat...

22
PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH DI ZON PKG BANDAR RENGGAM, KLUANG, JOHOR AZIZAH BINTI SHAHIDAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dodan

Post on 30-Mar-2019

300 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU DI

SEKOLAH DI ZON PKG BANDAR RENGGAM, KLUANG, JOHOR

AZIZAH BINTI SHAHIDAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH DI ZON PKG BANDAR RENGGAM, KLUANG JOHOR

Page 3: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen
Page 4: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH DI

ZON PKG BANDAR RENGGAM,DAERAH KLUANG, JOHOR

AZIZAH SHAHIDAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

ii

Page 6: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

iii

DEDIKASI

Buat suami tercinta,

Azi Asmawi bin Abdul Aziz

terima kasih atas restu dan doa yang senantiasa mengiringi hidupku.

Pengorbananmu inspirasi dan sumber kejayaanku.

Buat anak-anak tersayang,

Ahmad Idham, Nurul Aqila, Ahmad Izzuddin dan Ahmad Irfan

Pengertian kalian menguatkan azam dan tekadku

untuk terus berusaha hingga berjaya.

Buat pensyarah-pensyarah,

terima kasih atas didikan, bimbingan dan teguran yang diberikan

sepanjang saya menuntut ilmu di UTM.

Jasa kalian amat bererti bagi saya.

Buat teman-teman,

kenangan suka dan duka akan senantiasa dalam ingatan.

Page 7: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

iv

PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabat.

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada En. Abdul

Razak Idris selaku penyelia di atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang sangat

bermanfaat sepanjang masa saya menyiapkan tesis ini. Hanya Allah mampu membalas

jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penyelaras PKG Bandar Renggam,

Kluang, Johor Bahru dan pegawainya atas kerjasama dan bantuan mereka bagi

menjayakan kajian ini. Kerjasama dan bantuan daripada mereka amatlah dihargai.

Penulis turut merakamkan penghargaan kepada suami, ibu bapa dan rakan-rakan

yang sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat sepanjang penulis menyiapkan tesis

ini. Semoga Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan di atas sumbangan

yang tidak ternilai.

Page 8: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

v

ABSTRAK

Pusat Kegiatan Guru (PKG) merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan

yang berperanan sebagai pusat kegiatan profesional guru secara terancang dengan

mengadakan kegiatan-kegiatan pendidikan yang mengutamakan perkembangan

kurikulum dan teknologi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru

terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen

penyelesaian masalah dan agen perubahan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru

di sekolah. Seramai seratus lapan responden daripada tiga puluh lima buah sekolah di

dalam kawasan pentadbiran PKG Bandar Renggam, Johor telah dipilih secara rawak

sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik, temu bual dan

pemerhatian. Data yang diperoleh melalui soal selidik diproses menggunakan SPSS 15

untuk mendapatkan nilai min, peratus dan kekerapan. Kajian rintis telah dijalankan dan

nilai kebolehpercayaan yang diperoleh adalah 0.968. Hasil analisis yang dijalankan,

menunjukkan keseluruhan tahap PKG sebagai pusat ikhtisas dan kurikulum (3.54), pusat

sumber (3.44), agen penyelesaian masalah (3.44) dan agen perubahan (3.33) dalam

membantu meningkatkan pengajaran guru di sekolah berada pada tahap yang sederhana.

Oleh itu, diharapkan pihak PKG dapat mengambil maklumat ini sebagai langkah untuk

meningkatkan lagi peranannya bagi memastikan kualiti pengajaran terjamin.

Page 9: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

vi

ABSTRACT

Teacher Activity Centre (TAC) organizes educational activity which accentuate

curriculum development and education technology to fulfill its role as teacher ,

profesional activity centre. Therefore, this study was aim to look into teachers

perception on roles played by TAC as profesional and curriculum training centre,

resource centre, change agent and problem solving agent in enhancing teaching quality

at school. The study involved teachers who are under the supervision of Bandar

Renggam District Teacher Activity Centre in Johor. The respondents were one hundred

and eight teachers from thirty-five schools. The instruments used for this study were

questionnaire, interview and observation. The data gathered through the questionnaire

was analyzed using SPSS 15 to obtained values of mean, percentage and frequencies.

The result obtained from the pilot test showed that the reliability of the instrument was

0.968. From the analysis shown the overall roles played by the Bandar Renggam TAC as

profesional and curriculum training centre (3.54), source centre (3.44), change agent

(3.44) and problem solving agent (3.33) in a medium level. However, perhaps this study

can give more information to upgrade the role played of TAC for ensure quality

teaching.

Page 10: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI SINGKATAN x

SENARAI LAMPIRAN xi

1 PENGENALAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop kajian 7

1.8 Batasan kajian 7

1.9 Definisi istilah/operasional 8

1.9.1 Persepsi 8

1.9.2 Peranan 8

1.9.3 Pusat Kegiatan Guru 9

Page 11: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

viii

1.9.4 Kualiti Pengajaran 9 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 PKG di Malaysia 10

2.3 Matlamat PKG 11

2.4 Objektif PKG 12

2.5 Konsep PKG 13

2.5.1 Konsep Institut Pendidikan 13

2.5.2 Konsep Budaya Perkongsian 13

2.5.3 Konsep Pendemokrasian Pendidikan 14

2.5.4 Konsep Rangkaian dalam Pusat Sumber Pendidikan 14

2.6 Peranan PKG 15

2.6.1 Pusat Kegiatan Ikhtisas Kurikulum 15

2.6.2 Pusat Sumber 16

2.6.3 Pusat Kegiatan Sosial 16

2.6.4 Agen Perubahan 17

2.6.5 Agen Penyelesaian Masalah 17

2.7 Pusat Sumber 18

2.8 Teknologi Pendidikan 19

2.9 Tinjauan Kajian-Kajian Lepas 21

2.9.1 Kajian Luar Negara 21

2.9.2 Kajian dalam Negara 21

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka bentuk Kajian 23

3.3 Pensampelan Kajian 24

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 25

Page 12: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

ix

3.4.1 Data Primer 25

3.4.2 Data Sekunder 25

3.5 Instrumen Kajian 26

3.5.1 Soal selidik 26

3.5.2 Temubual 27

3.5.3 Pemerhatian 27

3.6 Kajian Rintis ` 28

3.7 Penganalisisan Data 28

4 ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Penganalisisan Latar Belakang Responden dan Prasarana PKG 31

4.3 Penganalisisan Data Penyelidikan 34

4.3.1 Dapatan Persoalan 1 34

4.3.2 Dapatan Persoalan 2 35

4.3.3 Dapatan Persoalan 3 38

4.3.4 Dapatan Persoalan 4 41

4.4 Kesimpulan 43

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 44

5.2 Rumusan Kajian 44

5.3 Perbincangan Hasil Kajian 45

5.3.1 Peranan PKG Sebagai Pusat Latihan Ikhtisas dan

Kurikulum Dalam Membantu Meningkatkan Prestasi

Pengajaran Guru 46

5.3.2 Peranan PKG Sebagai Pusat Sumber Bagi Mendapatkan

Maklumat/Rujukan Dalam Meningkatkan Kualiti

Pengajaran Guru 48

Page 13: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

x

5.3.3 Peranan PKG Sebagai Agen Penyelesaian Masalah Dalam

Membantu Menyelesaikan Masalah Pengajaran Guru 49

5.3.4 Peranan PKG Sebagai Agen Perubahan Dalam Kaedah

Pengajaran Guru 50

5.4 Cadangan-Cadangan 51

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 52

5.6 Penutup 53

RUJUKAN 54

LAMPIRAN 57-65

Page 14: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Taburan jantina mengikut bangsa 31

4.2 Taburan kelulusan ikhtisas mengikut tahap sekolah 32

4.3 Taburan sebab hadir ke PKG 32

4.4 Hasil dapatan prasarana PKG 33

4.5 Hasil dapatan peranan PKG sebagai pusat ikhtisas dan kurikulum 34

4.6 Hasil dapatan peranan PKG sebagai pusat sumber 36

4.7 Hasil dapatan peranan PKG sebagai agen penyelesaian masalah 39

4.8 Hasil dapatan peranan PKG sebagai agen perubahan 41

Page 15: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

xii

SENARAI SINGKATAN

PKG - Pusat Kegiatan Guru

PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

IT - Information Technology

P&P - Pengajaran dan pembelajaran

dll - dan lain-lain

PMD - Pusat Media Daerah

PSPD - Pusat Sumber Pendidikan Daerah

PSS - Pusat Sumber Sekolah

UTP - Unit Teknologi Pendidikan

BTPN - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

BPPP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang soal selidik 57 - 62

B Surat kebenaran KPM 63

C Surat kebenaran JPN 64

D Surat pengesahan pelajar

Fakulti Pendidikan, UTM 65

Page 17: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

Bab 1

Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Guru masa kini perlu berganjak untuk menghadapi cabaran era teknologi

yang semakin berkembang maju dengan pelbagai inovasi dan ciptaan baru dalam

bidang komputer dan telekomunikasi. Sehubungan dengan itu, Pusat Kegiatan Guru

(PKG) telah lama diwujudkan lanjutan daripada usaha memperluaskan lagi

penggunaan teknologi pendidikan melalui Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN).

PKG di Malaysia merupakan suatu konsep yang telah diketengahkan oleh

Kementerian Pendidikan merupakan satu usaha murni menggerakkan dan

mempertingkatkan aktiviti pendidikan dengan cara desentralisasi yang lebih berkesan

di peringkat daerah dan kawasan bagi mencapai matlamat pendidikan negara.

Matlamat khususnya ialah menubuhkan sebuah organisasi guru, untuk guru dan oleh

guru dengan usaha yang diberikan kepada guru (Bahagian Teknologi Pendidikan,

1992).

Page 18: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

2

PKG yang ditubuhkan pada 14 Ogos 1990 melalui surat Ketua Pengarah

Pendidikan KP (BTP) 8804/23/Jld.1(54) adalah untuk memenuhi hasrat kerajaan

mewujudkan satu tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti demi

mempertingkatkan taraf profesionalisme keguruan. Seterusnya, aspirasi guru untuk

meningkatkan tahap pengajaran dapat direalisasikan.

Berasaskan pekeliling KP (PP0 0050/126/1Jld.7(23) bertarikh 30 Oktober

1995, PKG diletakkan di bawah pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Negeri

(PSPN) di setiap negeri di Malaysia. Bagi pengurusan di peringkat kementerian pula,

PSPN berada di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan itu dan selaras dengan perkembangan

ilmu tanpa sempadan yang menekankan penguasaan teknologi maklumat (IT),

peranan PKG kini semakin diperlukan untuk membantu meningkatkan kualiti

pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru.

1.2 Latar Belakang Masalah

PKG merupakan satu jalinan rancangan prasarana pendidikan yang

memberikan perkhidmatan kepada guru-guru setempat tentang hal-hal profesional

berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PKG boleh diibaratkan `bank' bagi mencetus idea, inovasi dan kreativiti

selain sebagai pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain

itu, PKG sebagai agen perubahan berfungsi dalam pengemaskinian kaedah P&P yang

menekankan aspek penggunaan teknologi pendidikan bersepadu merentasi

kurikulum. Oleh itu, ianya berfungsi dalam mencetuskan usaha ke arah perubahan

kendiri, pengumpulan dan pengembangan idea, inovasi dan kreativiti berserta dalam

hal pembaharuan kaedah pengajaran, maklumat dan pengesanan serta penilaian.

Page 19: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

3

Dengan ini, PKG memudahkan pelaksanaan program-program perubahan dalam

proses peningkatan pendidikan sesuai dengan kehendak keperluan semasa.

Peranan PKG seterusnya diperluaskan sebagai agen penyelesai masalah dari

segi kemanusiaan, kemahiran dan kemudahan. Dari segi kemanusiaan, PKG

berfungsi dengan cara membina dan menyemarakkan sikap profesionalisme

keguruan, meningkatkan semangat berkhidmat dan keazaman guru serta memberi

khidmat nasihat atau bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Bagi

menyelesaikan masalah dari segi kemahiran, PKG dapat berfungsi dengan cara

mempraktikkan kaedah P&P berlandaskan sumber, merancang dan menghasilkan

bahan P&P secara perkongsian idea, tenaga dan kemahiran, penggunaan alat atau

bahan P&P dengan lebih cekap dan berkesan. Manakala dari segi kemudahan fizikal,

PKG menyediakan kemudahan tempat mengadakan diskusi, kursus, ceramah,

bengkel dan interaksi profesional, menghasilkan bahan P&P secara bersendiri atau

berkelompok serta mendapatkan sumber maklumat dan kemudahan meminjam buku

serta alat/bahan P&P.

PKG juga dijangkakan dapat berfungsi sebagai pusat sumber dan pengayaan

media yang boleh digunakan dalam pendidikan. Menurut Alimuddin (2002), peranan

PKG ini bermakna PKG merupakan pusat yang mengumpul dan menyebar maklumat

pendidikan terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat. Selain daripada itu,

PKG juga menjadi satu pusat bahan pengajaran yang terdiri daripada pelbagai jenis

dan bentuk yang boleh diguna dan dipinjam oleh guru.

Page 20: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

4

1.3 Penyataan Masalah

Penubuhan PKG pada tahun 1990 sebagai pusat perbincangan untuk guru-

guru setempat adalah untuk mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan negara

berlandaskan teknologi pendidikan. Ini merupakan satu usaha kerajaan bagi

menangani isu dan masalah yang berkaitan dengan pendidikan

Menyedari akan kepentingan dan peranan PKG di kalangan pendidik,

kerajaan Malaysia telah mengiktiraf PKG dengan mengurniakan Anugerah Inovasi

Perkhidmatan Awam pada tahun 1995. Namun begitu, dalam usaha meningkatkan

peranan PKG kepada sekolah, telah menampakkan kekurangan yang ketara.

Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, aktiviti pengajaran guru

banyak menumpukan buku teks dengan menggunakan teknik syarahan dan

penerangan. Guru dikatakan kurang inisiatif untuk menggunakan alat bantu

mengajar, alat pandang dengar dan sumber-sumber lain bagi menggalakkan

pelajarnya menajamkan kemahiran berfikir (Kementerian Pendidikan Malaysia,

1991). Laporan ini menggambarkan penggunaan PKG yang dapat membantu guru

menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajarannya amat

berkurangan. Hal ini turut dinyatakan dalam kajian lepas yang telah dijalankan oleh

Becker & Watt (1996), terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah

tradisional, sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional dan

kebimbangan guru-guru terhadap teknologi pendidikan telah menyebabkan mereka

tidak begitu rela membuat perubahan di dalam bilik darjah (Abdul Rahim, Ng dan

Toh, 1994).

Sementara hasil kajian Fouziah (2001) mendapati peralatan yang terdapat di

PKG masih belum mencukupi bagi memenuhi kehendak guru-guru setempat. Dalam

kajiannya juga menyatakan peranan PKG sebagai agen penyelesaian masalah masih

Page 21: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

5

pada tahap yang sederhana berikutan kurangnya kakitangan profesional dalam

membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru dengan cepat.

Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat dari persepsi guru terhadap

peranan PKG dalam membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

1. melihat dari persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan

ikhtisas dan kurikulum dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru di

sekolah.

2. melihat dari persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai pusat sumber untuk

mendapatkan maklumat/rujukan bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru

di sekolah.

3. melihat dari persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai agen penyelesaian

masalah dalam membantu menyelesaikan masalah pengajaran guru di

sekolah.

4. melihat dari persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai agen perubahan

dalam kaedah pengajaran guru.

Page 22: PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG ... · terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan agen

1.5 Persoalan Kajian

Amnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan

berikut:

1. Adakah dari persepsi guru PKG berperanan sebagai pusat latihan ikhtisas dan

kurikulum dalam membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru di sekolah?

2. Adakah dari persepsi guru PKG berperanan sebagai pusat sumber bagi

mendapatkan maklumat/rujukan bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru di

sekolah?

3. Adakah dari persepsi guru PKG berperanan sebagai agen penyelesaian masalah

dapat membantu menyelesaikan masalah pengajaran guru di sekolah?

4. Adakah dari persepsi guru PKG berperanan sebagai agen perubahan dalam

kaedah pengajaran guru?