pkg jejawi bengkel media pendidikan

21
KERTAS CADANGAN Tajuk: BENGKEL ASAS SUNTINGAN VIDEO KE ARAH PEMBESTARIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) DISEDIAKAN OLEH: AHMAD JUANDA BIN SAKARIA PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PUSAT KEGIATAN GURU JEJAWI 1

Upload: fu-rt

Post on 24-May-2015

462 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

KERTAS CADANGAN

Tajuk:

BENGKEL ASAS SUNTINGAN VIDEO KE ARAH PEMBESTARIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD JUANDA BIN SAKARIAPEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PUSAT KEGIATAN GURU JEJAWI

1

Page 2: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

KERTAS CADANGANBAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

Tahap Keutamaan Kategori

Sangat Penting Makluman

Penting Kelulusan

Biasa Perbincangan

PERMOHONAN UNTUK MELAKSANAKAN BENGKEL ASAS SUNTINGAN VIDEO KE ARAH PEMBESTARIAN SUMBER

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

1. DIKEMUKAKAN KEPADA :

Ketua Penolong PengarahBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

2. DIKEMUKAKAN OLEH :

Pusat Kegiatan Guru Jejawi Kangar, Perlis

3. TUJUAN :

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Perlis untuk Pusat Kegiatan Guru (PKG) Jejawi menjalankan Bengkel Suntingan Video ke arah Pembestarian Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Aktiviti ini dijalankan berdasarkan kepada Sasaran Kerja Tahunan Pusat Kegiatan Guru fungsi 8 di bawah aktiviti 8.2 (Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM dan Juruteknik

dalam bidang Media Pendidikan) bagi tahun 2013.

4. LATAR BELAKANG :

Guru merupakan salah satu ejen dalam penentuan tahap pencapaian pelajar. Oleh itu pendekatan pengajaran guru memberi kesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam mencorak pencapaian pelajar. Brophy (1998), mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Sekira ini terjadi guru dapat mencetus pencapaian murid yang cemerlang dan membanggakan.

Pendidikan masa kini mengalami pelbagai gelombang perubahan yang semakin ketara dan mencabar. Pelbagai pendekatan pengajaran perlu dilaksanakan oleh

2

Page 3: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

guru agar dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran guru sebenarnya turut memainkan peranan di dalam faktor pencapaian pelajar

Penggunaan pelbagai media (multimedia) seperti video merupakan salah satu daripada pendekatan pengajaran yang amat sesuai diaplikasikan di bilik darjah. Namun atas pelbagai kekangan, masih ramai guru yang tidak mempunyai kemahiran dalam menyunting video walau pun mempunyai pengetahuan asas dalam mengambil gambar video. Justeru perisian Pinnacles amat sesuai didedahkan kepada para guru kerana ianya lengkap bermula dari proses capture video, formatting, suntingan, effects, compositing dan render output kepada berbagai option. Proses kerja suntingan yang realtime, ringan dan menjadi pilihan para profesional.

5. ASAS PERTIMBANGAN / JUSTIFIKASI

5.1 Memberi pendedahan kepada Guru Bestari/Guru Penyelaras ICT dan juruteknik komputer sekolah tentang asas penyuntingan dan suntingan video.

5.2 Menggalakkan guru untuk menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan video.

5.3 Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran bestari yang mengintegrasikan kepelbagaian sumber dan media

6. MAKLUMAT PESERTA

Bil. Sekolah/Institusi Bilangan Peserta Catatan

1. Penceramah 1

2. PKG 3

3. Guru Bestari/Guru ICT 13

4. Juruteknik Komputer 5

Jumlah 22

7. ISI KANDUNGAN BENGKEL

7.1. Asas teknik rakaman video

7.2. Amali – Rakaman video

7.3. Memuat naik bahan video ke dalam PC

7.4. Teknik suntingan audio (Audacity)

7.5. Teknik suntingan video (Pinnacle)

7.6. Persembahan

3

Page 4: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

8. PELAKSANAAN BENGKEL

8.1 Tarikh cadangan 15 – 16 JULAI 2013

8.2 Masa 8.00 pagi – 5.00 PETANG

8.3 Tempat Makmal Komputer SK Jejawi

9. IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran kos keseluruhan kursus adalah RM 153.00 Berikut adalah butiran lengkap anggaran kos tersebut di bawah OS 29000 :

Bil. Perkara KuantitiKadar

TuntutanKos

1. Peserta Kursus 22 RM 12.00 RM 264.00

Jumlah Kos RM 264.00

10. KESIMPULAN

Permohonan bengkel ini amat penting untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT dan Juruteknik dalam bidang Media Pendidikan.

Pengetahuan ini diharap dapat digunakan oleh para peserta untuk menghasilkan pelbagai video yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

11. SYOR

Permohonan ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan bagi memastikan objektif kursus dapat dicapai.

12. PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN YANG DIPOHON:

PKG Jejawi mohon pertimbangan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis untuk meluluskan Bengkel Suntingan Video ke arah Pembestarian Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran dengan menggunakan peruntukan belanja mengurus BTPN Perlis seperti berikut:

4

Page 5: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

OS21000 RM

OS24000 RM

OS29000 RM 264.00

13. ULASAN KETUA UNIT

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

(ZAMZURI BIN GHAZALI)Penolong Pengarah,Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri PerlisTarikh:

14. PENGESAHAN PERUNTUKAN PENGURUSAN

Baki Peruntukan Terkini

OS21000 RM

OS24000 RM

OS29000 RM

T.T. Unit Kewangan

15. KEPUTUSAN / ULASAN KETUA PENOLONG PENGARAH BTPN

Permohonan untuk melaksanakan mesyuarat pada tarikh seperti tercatat di atas *diluluskan / tidak diluluskan dengan syarat memenuhi semua pekeliling kewangan dan arahan perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

………………………………….........(AHMAD ZAHIR BIN HAJI SAAD)Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Perlis

Tarikh:

5

Page 6: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

Lampiran 2JADUAL BENGKEL

BENGKEL SUNTINGAN VIDEO KE ARAH PEMBESTARIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN15 hingga 16 Julai 2013

TEMPAT : Makmal ICT, SK Jejawi

MASA/HARI

8.30 – 9.309.30 – 10.30

10.30 –

11.0011.00 – 0 1.00

01.00 – 02.30 02.30 – 04.30

04.30 – 05.00

15 Julai 2013

(Selasa)Perjalanan Ke Tempat Mesyuarat

Rehat

Makan Pagi

Rehat

Makan Tengah

Hari

Pendaftaran /Taklimat Urus setiaSLOT 1Microsoft Word Modul 1

Minum petang

16 Julai 2013

(Rabu)

SLOT 3Microsoft Word Modul 4 dan 5

SLOT 4Microsoft Word Modul 6 dan 7

SLOT 5Microsoft Word Modul 8

Penceramah : En. Mohd. Mohsan bin Hj. BahardinPegawai Teknologi Pendidikan BTPN Perlis

Fasilitator : En. Mohd. Fuard bin Kasri - Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN PerlisEn. Ahmad Juanda bin Sakaria - Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Perlis

6

Page 7: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

PERBANDINGAN ANTARA KELAYAKAN PEGAWAI DENGAN TAWARAN PAKEJKURSUS MICROSOFT OFFICE WORD DAN EXCEL 2007/2010 PERINGKAT ASAS DAN LANJUTAN

Bil. Nama Pegawai / Penceramah /

Penyelaras / Urusetia

Gred/ Kat

Jawatan

Ibu PejabatJIP ke

TK (KM) sehala

EPK/TPK (RM)

Pergi/Balik

Kelayakan Sehari (RM)

Pakej (RM)

sehari

Penjimatan Sehari (RM)

Elaun Makan

Sewa Hotel

Jumlah

( 7) + ( 8) ( 9 ) - ( 10 )

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 111 EN. AHMAD ZAHIR BIN SAAD DG48 KPP 50 70.00 60.00 170.00 230.00 170.00 60.002 EN. ZULKHAIRI BIN JAAFAR DGA34 BTPN Perlis 50 70.00 45.00 120.00 165.00 90.00 75.003 EN. ROSLAN BIN MAJID DGA34 BTPN Perlis 50 70.00 45.00 120.00 165.00 90.00 75.004 PN. NORHAFISYA BT ZABIDI DGA32 PKG Kangar 50 70.00 45.00 120.00 165.00 90.00 75.005 EN. MUZAINI BIN MANSOR DGA32 BTPN Perlis 50 70.00 40.00 90.00 130.00 90.00 40.006 PN. NOOR SALSABILA BT ME @ KHALID DGA32 PKG Arau 50 70.00 40.00 90.00 130.00 90.00 40.007 PN. SITI ROSHADAH BINTI RAMLI N17 PKG Kayang 50 55.00 40.00 90.00 130.00 90.00 40.008 PN. ALIZAWATI BINTI OMAR N17 BTPN Perlis 50 55.00 40.00 90.00 130.00 90.00 40.009 EN. EFFENDE BIN RAMLI N1 BTPN Perlis 50 55.00 40.00 90.00 130.00 90.00 40.00

10 EN. ABD SAMAD BIN MUSA R4 BTPN Perlis 50 55.00 40.00 90.00 130.00 90.00 40.00

JUMLAH 500.00

640.00

435.00

1,070.00

1,505.00

980.00

525.00

JUMLAH SEHARI 500.00

640.00

435.00

1,070.00

1,505.00

980.00

525.00

JUMLAH BESAR : 3 hari 500.00

640.00

1,305.00

3,210.00

4,515.00

2,940.00

1,575.00

JIP - JARAK IBU PEJABAT.TK - TEMPAT KURSUS.EPK/TPK - ELAUN PERJALANAN KENDERAAN/TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM DAN TERMASUK KENDERAAN JABATAN.(*) - POTONG MANA YANG TIDAK BERKENAAN.

7

Page 8: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

.Lampiran 3

SENARAI PESERTAKURSUS MICROSOFT OFFICE WORD DAN EXCEL 2007/2010

PERINGKAT ASAS DAN LANJUTAN

BIL NAMA PESERTA GRED UNIT/PKG

1. EN. AHMAD ZAHIR BIN SAAD DG48 KPP

2. EN. ZULKHAIRI BIN JAAFAR DGA34 Urus setia, BTPN Perlis

3. EN. ROSLAN BIN MAJID DGA34 BTPN Perlis

4. PN. NORHAFISYA BT ZABIDI DGA32 PKG KANGAR

5. EN. MUZAINI BIN MANSOR DGA32 BTPN Perlis

6. PN. NOOR SALSABILA BT ME @ KHALID DGA32 PKG ARAU

7. PN. SITI ROSHADAH BINTI RAMLI N17 PKG KAYANG

8. PN. ALIZAWATI BINTI OMAR N17 BTPN Perlis

9. EN. EFFENDE BIN RAMLI N1 BTPN Perlis

10. EN. ABD SAMAD BIN MUSA R4 BTPN Perlis

8

Page 9: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

Rujukan : BTPNPs 8871/1/1 Jld IV ( ) Tarikh : 12 april 2023

Ketua SetiausahaKementerian Pelajaran Malaysia Bahagian KewanganAras 6-8, Blok E12,Komplek Kerajaan Parcel E,PusatPentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 PUTRAJAYAu.p Fanny John Sipawi

Tuan,

PERMOHONAN BAGI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN SECARA PAKEJ BTPN PERLISKURSUS MICROSOFT OFFICE WORD DAN EXCEL 2007/2010PERINGKAT ASAS DAN LANJUTAN

Tuan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis akan mengadakan Kursus Microsoft Office Word Dan Excel 2007/2010 Peringkat Asas Dan Lanjutan Bagi Staf BTPN Dan PKG Negeri Perlis bagi meningkatkan pengurusan organisasi yang lebih berkesan. Kursus tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

3. Bersama ini disertakan dokumen berikut untuk tindakan pihak tuan.

3.1 3 salinan Lampiran B ( Borang KEW-Pakej)3.2 3 salinan perbandingan antara kelayakan pegawai dengan tawaran pakej

serta senarai nama yang telah disahkan3.3 3 salinan sebut harga pembekal makanan yang telah disahkan

4. Pegawai yang menguruskan kursus ini ialah Encik Zulkhairi bin Jaafar di talian 049761703 sambungan 116 atau 0194548862.

Kerjasama dan perhatian sewajarnya dari tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

( AHMAD ZAHIR BIN HJ. SAAD )Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

9

Page 10: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

LAMPIRAN B ( BORANG KEW-Pakej )

PERINGATAN :Sila baca Surat Pekeliling Kewangan Bil.11 Tahun 2008 dengan teliti sebelum permohonan ini dilengkapkan

PERMOHONAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN SECARA PAKEJ(MESYUARAT/KURSUS)[ Diisi dalam 3 naskah ]

BAHAGIAN 1

1. Nama Jabatan/Agensi:

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERLISKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2. Tajuk Kursus/Tugas Rasmi:

KURSUS PENGURUSAN STRESS DAN KONFLIK

3. Tarikh/Tempat:

11 HINGGA 13 JULAI 2012

HOTEL LANGKASUKA, LANGKAWI, KEDAH

4. Justifikasi permohonan diadakan selama 3 hari 2 malam kerana: ( Sila

kembarkan bersama jadual tugasan )

4.1

Terdapat kakitangan yang bekerja dalam keadaan stress dan memerlukan satu panduan yang berkesan untuk menghadapiStress dan konflik yang wujud dalam diri.

4.2

Bekerja dalam keadaan stress dan konflik bukan sahaja memberi gangguan kepada organ-organ vital indidvidu secara fizikal tetapi juga memberi kesan terhadap gangguan emosi, psikology dan mental.

4.3

Stress dan konflik yang dihadapi oleh sesaorang indivividu akan menyebabkan prestasi kerja dan produktiviti menurun.

4.4

Individu yang mengalami stress dan konflik diri haruslah mempunyai satu panduan yang konkrit bagaimana caranya untuk menghadapi situasi ini dengan betul dan berkesan.Satu kursus Pengurusan Stress dan Konflik perlu diadakan untuk mengatasi masalah ini.

4.5

Terdapat penjimatan kos pakej kewangan dalam perbelanjaan berhemah.

10

Page 11: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

5. Nyatakan jumlah peserta (5.1) dan bilangan bilik (5.2) dalam petak yang berkenaan. (Sila kembarkan salinan tawaran/sebut harga/Sijil Pendaftaran Kontraktor yang telah disahkan).

5.1. Penyediaan makan sahaja:

- seorang - RM

Seorang sehari

5.2. Penyediaan makan dan penginapan:

2 seorang -RM

170.00 Seorang sehari

28 berdua -RM

120.00 Seorang sehari

5.3 Pengangkutan: Kenderaan Sendiri, Tambang Bot dimasukkan bersama pakej

Nyatakan : Tuntutan elaun perjalanan mengikut arahan perbendaharaan yang berkuatkuasasemasa

6. Sumber Kewangan :

6.1 Nama Aktiviti/Penaja :LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

6.2 Pusat Tanggungjawab : BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

(a) Peruntukan diterima :

OS PERUNTUKAN DITERIMA

(RM)

BAKI PADA TARIKH PERMOHONAN TERMASUK

TANGGUNGAN

(RM)

KOS PAKEJ

(RM)

OS 21000

62,000.00 44,036.34 -

OS 24000

20,000.00 19,600.00 -

OS 27000

40,000.00 20,103.55 -

11

Page 12: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

OS 29000

62,000.00 43,974.00 11,100.00

BAHAGIAN II(PENGESAHAN UNIT KEWANGAN)( Akauntan / Penolong Akauntan )

Saya mengesahkan bahawa butir-butir kewangan seperti di para 8 di atas adalah

benar dan mencukupi bagi menampung kos pakej yang dipohon.

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

BAHAGIAN III(PENGESAHAN KETUA JABATAN)

( SUB / Pengarah / PPD / Timbalan )

7. Saya mengesahkan bahawa butir-butir yang dinyatakan di atas adalah

benar dan permohonan ini memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Di

samping itu saya juga mengesahkan bahawa kursus/tugas rasmi ini perlu

diadakan selaras dengan Sasaran Kerja Utama/Sasaran Kerja Tahunan

yang ditetapkan.

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

12

Page 13: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

BAHAGIAN IV

UNTUK KEGUNAAN BAHAGIAN KEWANGANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

8. Kelulusan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia:

Diluluskan / Tidak diluluskan

No. Rujukan:

Tajuk Tugas Rasmi/Kursus:

Tempat:

Tarikh: Hingga:

Kos Pakej: RM

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

13

Page 14: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

Ruj. Kami: BTPN(Ps)8800/41/10(60)Tarikh : 12 April 2023

Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN TEMPAT KURSUS DAN ASRAMA UNTUKKURSUS MICROSOFT OFFICE WORD DAN EXCEL 2007/2010PERINGKAT ASAS DAN LANJUTAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BTPN Perlis dengan kerjasama BTPN Kedah akan mengadakan kursus tersebut seperti berikut:

Tarikh : 3 hingga 6 Mac 2012 (Ahad – Rabu)Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar.Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 malamBilangan Peserta : 10 peserta

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi kebenaran untuk peserta kursus menggunakan tempat kursus dan asrama BTPN Kedah bagi tujuan tersebut.

4. Sebarang Pertanyaan berkaitan kursus ini, pihak tuan bolehlah menghubungi Urus setia kursus iaitu Encik Zulkhairi bin Jaafar di talian 049761703 atau 0194548862.

Bersama- sama ini disertakan jadual kursus tersebut untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Kerjasama tuan bagi menjayakan kursus ini diucapkan setinggi- tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

(AHMAD ZAHIR B. SAAD)

14

Page 15: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis.

AZS/zbjBAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

JALAN BEHOR PULAI01000 KANGAR, PERLIS

MEMO DALAMAN

Kepada : Nama seperti lampiran

Daripada : Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Rujukan : BTPN(Ps) 8802/1/3 (59)

Tarikh : 25 Februari 2013

Perkara : KURSUS MICROSOFT OFFICE WORD DAN EXCEL 2007/2010 PERINGKAT ASAS DAN LANJUTAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dijemput untuk menghadiri dan mengikuti kursus seperti berikut:

Tarikh : 3 hingga 6 Mac 2012 (Ahad – Rabu)Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar.Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 malam

3. Tujuan kursus tersebut ialah untuk memenuhi permohonan tuan berdasarkan pengisian Matrik Kompetensi pada tahun 2013.

4. Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki hadir dan membawa bersama komputer riba untuk kegunaan masing-masing semasa berkursus.

5. Makan, minum dan penginapan peserta disediakan. Tuntutan perjalanan secara berkongsi kenderaan bolehlah dibuat mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. Sebarang pertanyaan berkaitan kursus ini, tuan boleh menghubungi Encik Zulkhairi bin Jaafar di talian 049761703 atau 0194548862.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

15

Page 16: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

(AHMAD ZAHIR B. HAJI SAAD) Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis.

Ruj. Kami: BTPN(Ps)8800/41/10(60)Tarikh : 12 April 2023

Pengarah,Jabatan berkaitan,Alamat, 00000 Bandar dan Negeri

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN PENCERAMAH/ FASILITATOR UNTUKKURSUS MICROSOFT OFFICE WORD DAN EXCEL 2007/2010PERINGKAT ASAS DAN LANJUTAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BTPN Perlis dengan kerjasama BTPN Kedah akan mengadakan kursus tersebut seperti berikut:

Tarikh : 3 hingga 6 Mac 2012 (Ahad – Rabu)Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar.Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 malamBilangan Peserta : 10 peserta

3. Pihak kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada pegawai tuan, Nama dan bin/binti, Unit XXXX, Alamat Jabatan untuk menjadi penceramah/ fasilitator untuk kursus tersebut.

4. Kursus tersebut disediakan secara pakej. Makan minum dan penginapan disediakan oleh pihak penganjur. Tuntutan penceramah sambilan bolehlah dibuat di jabatan ini.

5. Sebarang Pertanyaan berkaitan kursus ini, pihak tuan bolehlah menghubungi Urus setia kursus iaitu Encik Zulkhairi bin Jaafar di talian 049761703 atau 0194548862.

Bersama- sama ini disertakan jadual kursus tersebut untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Kerjasama tuan bagi menjayakan kursus ini diucapkan setinggi- tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

16

Page 17: Pkg jejawi  bengkel media pendidikan

Saya yang menurut perintah

(AHMAD ZAHIR B. SAAD) Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis.

AZS/zbj

17