persepsi guru terhadap peranan pusat kegiatan guru (pkg… · 2013. 11. 19. · yang berperanan...

22
PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH DI ZON PKG BANDAR RENGGAM, KLUANG, JOHOR AZIZAH BINTI SHAHIDAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

    DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU DI

    SEKOLAH DI ZON PKG BANDAR RENGGAM, KLUANG, JOHOR

    AZIZAH BINTI SHAHIDAN

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH DI ZON PKG BANDAR RENGGAM, KLUANG JOHOR

  • PERSEPSI GURU TERHADAP PERANAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

    DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH DI

    ZON PKG BANDAR RENGGAM,DAERAH KLUANG, JOHOR

    AZIZAH SHAHIDAN

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

    (Matematik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2008

  • ii

  • iii

    DEDIKASI

    Buat suami tercinta,

    Azi Asmawi bin Abdul Aziz

    terima kasih atas restu dan doa yang senantiasa mengiringi hidupku.

    Pengorbananmu inspirasi dan sumber kejayaanku.

    Buat anak-anak tersayang,

    Ahmad Idham, Nurul Aqila, Ahmad Izzuddin dan Ahmad Irfan

    Pengertian kalian menguatkan azam dan tekadku

    untuk terus berusaha hingga berjaya.

    Buat pensyarah-pensyarah,

    terima kasih atas didikan, bimbingan dan teguran yang diberikan

    sepanjang saya menuntut ilmu di UTM.

    Jasa kalian amat bererti bagi saya.

    Buat teman-teman,

    kenangan suka dan duka akan senantiasa dalam ingatan.

  • iv

    PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan

    salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabat.

    Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada En. Abdul

    Razak Idris selaku penyelia di atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang sangat

    bermanfaat sepanjang masa saya menyiapkan tesis ini. Hanya Allah mampu membalas

    jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

    Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penyelaras PKG Bandar Renggam,

    Kluang, Johor Bahru dan pegawainya atas kerjasama dan bantuan mereka bagi

    menjayakan kajian ini. Kerjasama dan bantuan daripada mereka amatlah dihargai.

    Penulis turut merakamkan penghargaan kepada suami, ibu bapa dan rakan-rakan

    yang sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat sepanjang penulis menyiapkan tesis

    ini. Semoga Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan di atas sumbangan

    yang tidak ternilai.

  • v

    ABSTRAK

    Pusat Kegiatan Guru (PKG) merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan

    yang berperanan sebagai pusat kegiatan profesional guru secara terancang dengan

    mengadakan kegiatan-kegiatan pendidikan yang mengutamakan perkembangan

    kurikulum dan teknologi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru

    terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen

    penyelesaian masalah dan agen perubahan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru

    di sekolah. Seramai seratus lapan responden daripada tiga puluh lima buah sekolah di

    dalam kawasan pentadbiran PKG Bandar Renggam, Johor telah dipilih secara rawak

    sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik, temu bual dan

    pemerhatian. Data yang diperoleh melalui soal selidik diproses menggunakan SPSS 15

    untuk mendapatkan nilai min, peratus dan kekerapan. Kajian rintis telah dijalankan dan

    nilai kebolehpercayaan yang diperoleh adalah 0.968. Hasil analisis yang dijalankan,

    menunjukkan keseluruhan tahap PKG sebagai pusat ikhtisas dan kurikulum (3.54), pusat

    sumber (3.44), agen penyelesaian masalah (3.44) dan agen perubahan (3.33) dalam

    membantu meningkatkan pengajaran guru di sekolah berada pada tahap yang sederhana.

    Oleh itu, diharapkan pihak PKG dapat mengambil maklumat ini sebagai langkah untuk

    meningkatkan lagi peranannya bagi memastikan kualiti pengajaran terjamin.

  • vi

    ABSTRACT

    Teacher Activity Centre (TAC) organizes educational activity which accentuate

    curriculum development and education technology to fulfill its role as teacher ,

    profesional activity centre. Therefore, this study was aim to look into teachers

    perception on roles played by TAC as profesional and curriculum training centre,

    resource centre, change agent and problem solving agent in enhancing teaching quality

    at school. The study involved teachers who are under the supervision of Bandar

    Renggam District Teacher Activity Centre in Johor. The respondents were one hundred

    and eight teachers from thirty-five schools. The instruments used for this study were

    questionnaire, interview and observation. The data gathered through the questionnaire

    was analyzed using SPSS 15 to obtained values of mean, percentage and frequencies.

    The result obtained from the pilot test showed that the reliability of the instrument was

    0.968. From the analysis shown the overall roles played by the Bandar Renggam TAC as

    profesional and curriculum training centre (3.54), source centre (3.44), change agent

    (3.44) and problem solving agent (3.33) in a medium level. However, perhaps this study

    can give more information to upgrade the role played of TAC for ensure quality

    teaching.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL ix

    SENARAI SINGKATAN x

    SENARAI LAMPIRAN xi

    1 PENGENALAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN 1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 2

    1.3 Pernyataan Masalah 4

    1.4 Objektif Kajian 5

    1.5 Persoalan Kajian 6

    1.6 Kepentingan Kajian 6

    1.7 Skop kajian 7

    1.8 Batasan kajian 7

    1.9 Definisi istilah/operasional 8

    1.9.1 Persepsi 8

    1.9.2 Peranan 8

    1.9.3 Pusat Kegiatan Guru 9

  • viii

    1.9.4 Kualiti Pengajaran 9 2 SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pengenalan 10

    2.2 PKG di Malaysia 10

    2.3 Matlamat PKG 11

    2.4 Objektif PKG 12

    2.5 Konsep PKG 13

    2.5.1 Konsep Institut Pendidikan 13

    2.5.2 Konsep Budaya Perkongsian 13

    2.5.3 Konsep Pendemokrasian Pendidikan 14

    2.5.4 Konsep Rangkaian dalam Pusat Sumber Pendidikan 14

    2.6 Peranan PKG 15

    2.6.1 Pusat Kegiatan Ikhtisas Kurikulum 15

    2.6.2 Pusat Sumber 16

    2.6.3 Pusat Kegiatan Sosial 16

    2.6.4 Agen Perubahan 17

    2.6.5 Agen Penyelesaian Masalah 17

    2.7 Pusat Sumber 18

    2.8 Teknologi Pendidikan 19

    2.9 Tinjauan Kajian-Kajian Lepas 21

    2.9.1 Kajian Luar Negara 21

    2.9.2 Kajian dalam Negara 21

    3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 23

    3.2 Reka bentuk Kajian 23

    3.3 Pensampelan Kajian 24

    3.4 Kaedah Pengumpulan Data 25

  • ix

    3.4.1 Data Primer 25

    3.4.2 Data Sekunder 25

    3.5 Instrumen Kajian 26

    3.5.1 Soal selidik 26

    3.5.2 Temubual 27

    3.5.3 Pemerhatian 27

    3.6 Kajian Rintis ` 28

    3.7 Penganalisisan Data 28

    4 ANALISA DATA

    4.1 Pengenalan 30

    4.2 Penganalisisan Latar Belakang Responden dan Prasarana PKG 31

    4.3 Penganalisisan Data Penyelidikan 34

    4.3.1 Dapatan Persoalan 1 34

    4.3.2 Dapatan Persoalan 2 35

    4.3.3 Dapatan Persoalan 3 38

    4.3.4 Dapatan Persoalan 4 41

    4.4 Kesimpulan 43

    5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 44

    5.2 Rumusan Kajian 44

    5.3 Perbincangan Hasil Kajian 45

    5.3.1 Peranan PKG Sebagai Pusat Latihan Ikhtisas dan

    Kurikulum Dalam Membantu Meningkatkan Prestasi

    Pengajaran Guru 46

    5.3.2 Peranan PKG Sebagai Pusat Sumber Bagi Mendapatkan

    Maklumat/Rujukan Dalam Meningkatkan Kualiti

    Pengajaran Guru 48

  • x

    5.3.3 Peranan PKG Sebagai Agen Penyelesaian Masalah Dalam

    Membantu Menyelesaikan Masalah Pengajaran Guru 49

    5.3.4 Peranan PKG Sebagai Agen Perubahan Dalam Kaedah

    Pengajaran Guru 50

    5.4 Cadangan-Cadangan 51

    5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 52

    5.6 Penutup 53

    RUJUKAN 54

    LAMPIRAN 57-65

  • xi

    SENARAI JADUAL

    NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

    4.1 Taburan jantina mengikut bangsa 31

    4.2 Taburan kelulusan ikhtisas mengikut tahap sekolah 32

    4.3 Taburan sebab hadir ke PKG 32

    4.4 Hasil dapatan prasarana PKG 33

    4.5 Hasil dapatan peranan PKG sebagai pusat ikhtisas dan kurikulum 34

    4.6 Hasil dapatan peranan PKG sebagai pusat sumber 36

    4.7 Hasil dapatan peranan PKG sebagai agen penyelesaian masalah 39

    4.8 Hasil dapatan peranan PKG sebagai agen perubahan 41

  • xii

    SENARAI SINGKATAN

    PKG - Pusat Kegiatan Guru

    PSPN - Pusat Sumber Pendidikan Negeri

    BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

    KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

    IT - Information Technology

    P&P - Pengajaran dan pembelajaran

    dll - dan lain-lain

    PMD - Pusat Media Daerah

    PSPD - Pusat Sumber Pendidikan Daerah

    PSS - Pusat Sumber Sekolah

    UTP - Unit Teknologi Pendidikan

    BTPN - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

    BPPP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

    SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

    SS - Sangat Setuju

    S - Setuju

    TP - Tidak Pasti

    TS - Tidak Setuju

    STS - Sangat Tidak Setuju

    UTM - Universiti Teknologi Malaysia

  • xiii

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang soal selidik 57 - 62

    B Surat kebenaran KPM 63

    C Surat kebenaran JPN 64

    D Surat pengesahan pelajar

    Fakulti Pendidikan, UTM 65

  • Bab 1

    Pendahuluan

    1.1 Pengenalan

    Guru masa kini perlu berganjak untuk menghadapi cabaran era teknologi

    yang semakin berkembang maju dengan pelbagai inovasi dan ciptaan baru dalam

    bidang komputer dan telekomunikasi. Sehubungan dengan itu, Pusat Kegiatan Guru

    (PKG) telah lama diwujudkan lanjutan daripada usaha memperluaskan lagi

    penggunaan teknologi pendidikan melalui Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN).

    PKG di Malaysia merupakan suatu konsep yang telah diketengahkan oleh

    Kementerian Pendidikan merupakan satu usaha murni menggerakkan dan

    mempertingkatkan aktiviti pendidikan dengan cara desentralisasi yang lebih berkesan

    di peringkat daerah dan kawasan bagi mencapai matlamat pendidikan negara.

    Matlamat khususnya ialah menubuhkan sebuah organisasi guru, untuk guru dan oleh

    guru dengan usaha yang diberikan kepada guru (Bahagian Teknologi Pendidikan,

    1992).

  • 2

    PKG yang ditubuhkan pada 14 Ogos 1990 melalui surat Ketua Pengarah

    Pendidikan KP (BTP) 8804/23/Jld.1(54) adalah untuk memenuhi hasrat kerajaan

    mewujudkan satu tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti demi

    mempertingkatkan taraf profesionalisme keguruan. Seterusnya, aspirasi guru untuk

    meningkatkan tahap pengajaran dapat direalisasikan.

    Berasaskan pekeliling KP (PP0 0050/126/1Jld.7(23) bertarikh 30 Oktober

    1995, PKG diletakkan di bawah pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Negeri

    (PSPN) di setiap negeri di Malaysia. Bagi pengurusan di peringkat kementerian pula,

    PSPN berada di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian

    Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan itu dan selaras dengan perkembangan

    ilmu tanpa sempadan yang menekankan penguasaan teknologi maklumat (IT),

    peranan PKG kini semakin diperlukan untuk membantu meningkatkan kualiti

    pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    PKG merupakan satu jalinan rancangan prasarana pendidikan yang

    memberikan perkhidmatan kepada guru-guru setempat tentang hal-hal profesional

    berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    PKG boleh diibaratkan `bank' bagi mencetus idea, inovasi dan kreativiti

    selain sebagai pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain

    itu, PKG sebagai agen perubahan berfungsi dalam pengemaskinian kaedah P&P yang

    menekankan aspek penggunaan teknologi pendidikan bersepadu merentasi

    kurikulum. Oleh itu, ianya berfungsi dalam mencetuskan usaha ke arah perubahan

    kendiri, pengumpulan dan pengembangan idea, inovasi dan kreativiti berserta dalam

    hal pembaharuan kaedah pengajaran, maklumat dan pengesanan serta penilaian.

  • 3

    Dengan ini, PKG memudahkan pelaksanaan program-program perubahan dalam

    proses peningkatan pendidikan sesuai dengan kehendak keperluan semasa.

    Peranan PKG seterusnya diperluaskan sebagai agen penyelesai masalah dari

    segi kemanusiaan, kemahiran dan kemudahan. Dari segi kemanusiaan, PKG

    berfungsi dengan cara membina dan menyemarakkan sikap profesionalisme

    keguruan, meningkatkan semangat berkhidmat dan keazaman guru serta memberi

    khidmat nasihat atau bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Bagi

    menyelesaikan masalah dari segi kemahiran, PKG dapat berfungsi dengan cara

    mempraktikkan kaedah P&P berlandaskan sumber, merancang dan menghasilkan

    bahan P&P secara perkongsian idea, tenaga dan kemahiran, penggunaan alat atau

    bahan P&P dengan lebih cekap dan berkesan. Manakala dari segi kemudahan fizikal,

    PKG menyediakan kemudahan tempat mengadakan diskusi, kursus, ceramah,

    bengkel dan interaksi profesional, menghasilkan bahan P&P secara bersendiri atau

    berkelompok serta mendapatkan sumber maklumat dan kemudahan meminjam buku

    serta alat/bahan P&P.

    PKG juga dijangkakan dapat berfungsi sebagai pusat sumber dan pengayaan

    media yang boleh digunakan dalam pendidikan. Menurut Alimuddin (2002), peranan

    PKG ini bermakna PKG merupakan pusat yang mengumpul dan menyebar maklumat

    pendidikan terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat. Selain daripada itu,

    PKG juga menjadi satu pusat bahan pengajaran yang terdiri daripada pelbagai jenis

    dan bentuk yang boleh diguna dan dipinjam oleh guru.

  • 4

    1.3 Penyataan Masalah

    Penubuhan PKG pada tahun 1990 sebagai pusat perbincangan untuk guru-

    guru setempat adalah untuk mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan negara

    berlandaskan teknologi pendidikan. Ini merupakan satu usaha kerajaan bagi

    menangani isu dan masalah yang berkaitan dengan pendidikan

    Menyedari akan kepentingan dan peranan PKG di kalangan pendidik,

    kerajaan Malaysia telah mengiktiraf PKG dengan mengurniakan Anugerah Inovasi

    Perkhidmatan Awam pada tahun 1995. Namun begitu, dalam usaha meningkatkan

    peranan PKG kepada sekolah, telah menampakkan kekurangan yang ketara.

    Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, aktiviti pengajaran guru

    banyak menumpukan buku teks dengan menggunakan teknik syarahan dan

    penerangan. Guru dikatakan kurang inisiatif untuk menggunakan alat bantu

    mengajar, alat pandang dengar dan sumber-sumber lain bagi menggalakkan

    pelajarnya menajamkan kemahiran berfikir (Kementerian Pendidikan Malaysia,

    1991). Laporan ini menggambarkan penggunaan PKG yang dapat membantu guru

    menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajarannya amat

    berkurangan. Hal ini turut dinyatakan dalam kajian lepas yang telah dijalankan oleh

    Becker & Watt (1996), terdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah

    tradisional, sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional dan

    kebimbangan guru-guru terhadap teknologi pendidikan telah menyebabkan mereka

    tidak begitu rela membuat perubahan di dalam bilik darjah (Abdul Rahim, Ng dan

    Toh, 1994).

    Sementara hasil kajian Fouziah (2001) mendapati peralatan yang terdapat di

    PKG masih belum mencukupi bagi memenuhi kehendak guru-guru setempat. Dalam

    kajiannya juga menyatakan peranan PKG sebagai agen penyelesaian masalah masih

  • 5

    pada tahap yang sederhana berikutan kurangnya kakitangan profesional dalam

    membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru dengan cepat.

    Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat dari persepsi guru terhadap

    peranan PKG dalam membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru di sekolah.

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

    1. melihat dari persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan

    ikhtisas dan kurikulum dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru di

    sekolah.

    2. melihat dari persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai pusat sumber untuk

    mendapatkan maklumat/rujukan bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru

    di sekolah.

    3. melihat dari persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai agen penyelesaian

    masalah dalam membantu menyelesaikan masalah pengajaran guru di

    sekolah.

    4. melihat dari persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai agen perubahan

    dalam kaedah pengajaran guru.

  • 1.5 Persoalan Kajian

    Amnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan

    berikut:

    1. Adakah dari persepsi guru PKG berperanan sebagai pusat latihan ikhtisas dan

    kurikulum dalam membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru di sekolah?

    2. Adakah dari persepsi guru PKG berperanan sebagai pusat sumber bagi

    mendapatkan maklumat/rujukan bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru di

    sekolah?

    3. Adakah dari persepsi guru PKG berperanan sebagai agen penyelesaian masalah

    dapat membantu menyelesaikan masalah pengajaran guru di sekolah?

    4. Adakah dari persepsi guru PKG berperanan sebagai agen perubahan dalam

    kaedah pengajaran guru?