kenali pkg anda · 2016. 1. 11. · buletin pkg kalumpang 2015 ms2 kandungan perkara ms kandungan 2...

24
Edisi Terhad November 2015 Kenali PKG Anda

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Edisi Terhad November 2015

    Kenali PKG Anda

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS2

    KANDUNGAN

    Perkara MS

    Kandungan 2

    Dari Meja Ketua PKG

    2

    Kenali PKG Anda 3

    Laporan Aktiviti 4

    Projek Khas 16

    Aktiviti Sekolah 18

    Takwim Aktiviti 2015 21

    Info Umum 22

    Penaung:

    Pn Nik Asma bt Nik Ahmad

    (KPP BTPN Selangor)

    Penasihat:

    En. Hamzah bin Salleh

    (Pengerusi JKPA PKG Kalumpang)

    En. Wahi bin Abd Wahid

    (PTP UPS BTPN Selangor)

    Penerbit & Editor:

    Mohd Sujang Ahmad Zaini

    (Ketua PKG Kalumpang)

    Kumpulan Pengarang:

    Zuraida Khalid (SMK Kalumpang)

    Khairil Azam Yahya (SK Lmbh Beringin)

    Rekabentuk:

    Mohd Amin Othman (PKG Kalumpang)

    Maziah Mohamed (SK Hulu Bernam)

    Halim Damad (SK Kerling)

    Pegawai & Staf PKG

    Kalumpang

    Ketua PKG / PTP1:

    Mohd Sujang Ahmad Zaini

    Noor Hafiza Abdul Raub (PTP2)

    Norazlina bt Samsud-din (PTN17)

    Mohd Amin bin Othman (FT17)

    DARI MEJA KETUA PKG

    Sambil melangkah jauh ke alaf baru, ia menjadi jelas

    bahawa keperluan bilik darjah abad ke-21 adalah sangat

    berbeza daripada keperluan bilik darjah abad ke- 20. Dalam

    bilik darjah abad ke-21, guru adalah fasilitator kepada pembelajaran murid dan pencipta kepada persekitaran bilik

    darjah yang produktif di mana murid boleh membangunkan

    kemahiran yang diperlukan mereka di tempat kerja.

    Fokus bilik darjah abad ke-21 adalah pada murid, di mana

    mereka dapat mengalami persekitaran sebagaimana mereka

    akan masuk sebagai pekerja abad ke-21. Kolaboratif kurikulum berasaskan projek yang digunakan di dalam

    kelas ini membangunkan kemahiran berfikiran aras tinggi,

    kemahiran komunikasi yang berkesan, dan pengetahuan teknologi yang murid perlu di tempat kerja dalam abad ke-

    21.

    Murid tidak lagi belajar setiap mata pelajaran secara

    berasingan. Sebaliknya, mereka bekerja melalui projek

    antara disiplin yang menggunakan maklumat dan kemahiran

    daripada pelbagai mata pelajaran dan menunjukkan beberapa standard akademik

    yang penting.

    Jika murid ingin menjadi ahli

    yang produktif di tempat kerja

    abad ke-21, mereka mesti bergerak di luar kemahiran

    abad ke-20 dan menguasai

    perkara-perkara di abad ke-21.

    Guru-guru diamanahkan

    dengan penguasaan kemahiran

    ini, juga perlu menjadi model kepada kemahiran ini di dalam

    kelas. Ciri-ciri bilik darjah abad ke-21 akan menjadi sangat

    berbeza daripada dalam bilik darjah yang lalu kerana

    tumpuan diberikan kepada melahirkan murid yang mempunyai produktiviti yang tinggi, komunikator yang

    berkesan, pemikir kreatif, dan mahir teknologi.

    MOHD SUJANG AHMAD ZAINI Ketua PKG Kalumpang

    [email protected]

    019-6319222

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS3

    KENALI PKG ANDA

    Sejarah PKG PKG ditubuhkan pada tahun 1978 dengan nama Pusat

    Sumber Tempatan. Nama tersebut ditukar kepada Pusat Media Daerah pada tahun 1981 seterusnya kepada Pusat

    Sumber Pendidikan Daerah (1986). Pada 26 Julai 1990,

    nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru. PKG Kalumpang memulakan operasi di PSS SK Kalumpang

    sehingga tahun 1991. Bermula dari tahun 1992, PKG

    Kalupang berpindah ke bangunan yang baharu dalam

    kawasan SK Kalumpang.

    Visi PKG Menerajui transformasi generasi bestari melalui

    teknologi pendidikan.

    Misi PKG Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti

    pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan

    Fungsi PKG.

    Matlamat PKG Untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-

    sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-

    guru berdasarkan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan merealisasikan potensi dan

    individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah

    dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang

    kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

    Fungsi PKG 1. Memantau dan menilai keperluan

    dasar teknologi pendidikan.

    2. Memberi khidmat sokongan ict untuk pengajaran dan pembelajaran.

    3. Memantau dan memberi khidmat sokongan pelaksanaan pembestarian

    sekolah mengikut kelompok.

    4. Membantu penyediaan, penerbitan dan menilai keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam

    pelbagai media.

    5. Memantau dan memberi khidmat sokongan program literasi maklumat

    dan teknologi pendidikan serta

    pembangunan pusat sumber sekolah.

    6. Menyebar dan membudaya

    penggunaan bahan sokongan

    pengurusan pendidikan serta

    pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai media.

    7. Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    8. Membantu khidmat kepakaran dan

    nasihat bagi mempertingkatkan

    inovasi dan kreativiti teknologi

    pendidikan di sekolah.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS4

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    BENGKEL PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI DENGAN PENDEKATAN ZPD

    Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk

    memastikan penggunaan bahasa Malaysia

    sebagai bahasa pengantar di semua sekolah

    kebangsaan dan sekolah menengah serta

    memastikan murid boleh menguasai bahasa

    Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih

    dan betul.

    Bahagian Teknologi Pendidikan KPM telah

    menyedia dan membekalkan bahan digital

    pengajaran dan pembelajaran ke semua

    sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan

    perisian kursus pendidikan khusus bagi

    mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa

    Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD

    Stand-alone yang dapat dijalankan di semua

    komputer. Bahan diterapkan dengan unsur

    didik hibur di samping menitikberatkan

    kemahiran berbahasa.

    Bahagian Teknologi Pendidikan KPM melalui

    PKG telah mengedarkan CD perisian MBMMBI

    untuk matapelajaran BM Tahun 5 dan 6,

    Pendidikan Khas BM dan BI Tahap 2, BM Tahap Menengah Rendah dan English

    Education Software (Lower Secondary).

    Pengedaran dibuat pada penghujung tahun 2014.

    Bagi memastikan guru-guru berkenaan

    kompiten dalam penggunaan bahan tersebut,

    PKG Kalumpang telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Bahan MBMMBI Bekalan 2014.

    Peserta sasaran ialah guru-guru ahli PKG

    Kalumpang yang mengajar matapelajaran

    berkenaan. Ia telah diadakan pada 26 Mac 2015 di PKG Kalumpang. Fasilitator bengkel ialah

    En. Mohsan bin Hj Bahardin, Pegawai

    Teknologi Pendidikan BTPN Selangor telah

    hadir sebagai penceramah bengkel serta memberi sedikit panduan teknikal penggunaan

    bahan.

    Semasa bengkel diadakan, para peserta telah

    didedahkan dengan isi kandungan bahan, cara

    penggunaan dan mengisi soal selidik

    penggunaan secara manual dan secara atas

    talian. Peserta juga diminta untuk menghasilkan

    satu rancangan pengajaran harian berdasarkan

    kepada CD MBMMBI yang dibekalkan.

    Adaklah diharapkan penggunaan bahan yang

    dibekalan itu akan dapat membantu dalam

    proses PdP guru-guru berkenaan.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS5

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE

    PKG Kalumpang telah mengadakan

    beberapa siri pendedahan, latihan dan

    bengkel bagi membantu warga sekolah

    melaksanakan program Frog VLE untuk

    kumpulan sasar iaitu guru, pelajar dan ibu

    bapa. Ia juga bagi memenuhi hasrat KPM

    untuk meningkatkan bilangan laman dan

    kandungan pembelajaran yang dibangunkan

    dan dimuat naik ke VLE mencapai bilangan

    sebanyak 10,000 laman. Di samping itu juga

    adalah diharapkan peratus murid yang

    mengaktifkan ID menggunakan Frog VLE

    mencapai sekurang-kurangnya 5 minit

    setiap minggu.

    Antara pendedahan yang telah dibuat ialah

    Bengkel Penghasilan Laman Pembelajaran

    Frog VLE untuk guru BM dan PJK sekolah-

    sekolah ahli PKG Kalumpang yang telah

    diadakan pada 27 - 28 April 2015 di PKG

    Kalumpang. Sebanyak 16 laman

    pembelajaran telah berjaya dihasilkan

    meliputi matapelajaran Bahasa Malaysia

    dan PJK sekolah rendah dan menengah.

    Bahan yang telah dihasilkan telahpun

    dimuatnaik ke Frog Store dalam aplikasi

    Frog VLE. En Mohd Sujang Ahmad Zaini,

    Ketua PKG Kalumpang telah bertindak

    sebagai fasilitator bengkel.

    Adalah diharapkan program-program yang

    dianjurkan termasuk program promosi dan

    galakguna, beberapa program yang

    berkaitan akan dapat membantu

    meningkatkan penggunaan Frog VLE dalam

    kalangan warga sekolah dan ibubapa

    mencapai KPI Frog KPM. Di antaranya

    ialah Program Gerak Gempur Frog dan

    Analisa Mingguan Penggunaan Forg dan

    1BestariNet.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS6

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS

    Khidmat Bantu Bersepadu Pusat Sumber

    Sekolah (PSS) merupakan satu usaha

    Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

    memastikan kemajuan pembangunan PSS bagi

    meningkatkan literasi dalam kalangan murid dan

    guru serta menyokong proses pengajaran dan

    pembelajaran melalui penggunaan sumber

    pendidikan. Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2000

    bertarikh 20 April 2000, telah menyatakan

    bahawa semua pihak perlu mempertingkatkan

    usaha bagi menaik taraf PSS dari segi

    kemudahan fizikal, alatan, bahan serta

    penggunaan PSS dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Program ini diharap akan dapat

    memartabatkan PSS sebagai nadi utama

    pengajaran dan pembelajaran ke arah

    kecemerlangan pendidikan.

    Khidmat bantu dijalankan bertujuan untuk

    memberi khidmat bimbingan dan panduan

    pengurusan dan pemerosesan bahan sumber

    pendidikan serta urusan pengendalian PSS yang

    lebih berkesan. Objektif utamanya ialah

    meningkatkan pengurusan PSS secara

    keseluruhan khususnya dalam pengurusan

    bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta

    sistem pentadbiran. Selain itu ianya juga dapat

    meningkatkan penggunaan PSS dalam kalangan

    guru dan pelajar sejajar dengan keperluan

    pendidikan dan ICT masa kini. Seterusnya

    meningkatkan kadar pembacaan dalam kalangan

    pelajar sekolah selaras pelaksanaan dan hala tuju

    Aktiviti Galakan Membaca iaitu Program

    NILAM.

    PKG Kalumpang telah menganjurkan 3 program

    khidmat bantu PSS iaitu di SJKT Ladang Escot

    pada 14 Mei 2015, di SK Kalumpang pada 28 –

    30 April 2015 dan di SK Lembah Beringin pada

    11 – 13 Ogos 2015. Ia melibatkan seramai 11

    orang GPM dan 5 juruteknik komputer sekolah

    ahli PKG Kalumpang. Tujuan utama program

    khidmat bantu PSS ini diadakan adalah untuk

    membantu PSS sekolah terbabit dalam aspek

    meningkatkan kualiti pengurusan, pemantauan

    dan dokumentasi, menambahbaik dan memberi

    keceriaan wajah baru kepada fizikal PSS

    dsb. Program ini juga memberi peluang kepada

    guru-guru GPM berkongsi ilmu dan

    pengalaman masing-masing dalam memastikan

    kecemerlangan pengurusan PSS pada masa akan

    datang.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS7

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT PKG KALUMPANG

    Program pemilihan tokoh NILAM telah diadakan sejak

    tahun 2003. Anugerah NILAM merupakan satu cara

    mengiktiraf usaha gigih murid menjalankan aktiviti

    pembacaan. Pengiktirafan ini berdasarkan kriteria

    pembacaan yang terancang. Pengiktirafan berdasarkan

    kriteria pembacaan yang berkualiti. Ia juga merupakan

    suatu usaha “bench-marking” untuk menentukan

    kemahiran yang perlu ada pada pembaca bestari. Di

    peringkat BTPN Selangor, setiap daerah dikehendaki

    menghantar calon bagi 2 kategori dari sekolah rendah dan menengah iaitu Bahasa Malaysia dan

    Bahasa Inggeris.

    Pada 7 April 2015, PKG Kalumpang telah mengadakan Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam peringkat

    sekolah ahli PKG. Penilaian dibuat untuk 2 kategori iaitu:

    1. Sekolah Rendah Kebangsaan (BM & BI) – 2 calon

    2. Sekolah Menengah Kebangsaan (BM & BI) – 2 calon

    Seramai 23 orang murid telah mengambil bahagian dalam program ini melibatkan sekolah rendah dan

    menengah. 4 orang tokoh NILAM dari sekolah rendah dan menengah telah dinobatkan mengikut

    kategori di atas:

    Kategori Pemenang Sekolah

    BM SM 1. Chong Kar Ling

    2. Puat Lu Hui

    SMK Kalumpang

    SMK Kalumpang

    BI SM 1. Syazwan Ihsan bin Zainal Azman SMK Kalumpang

    BM SR 1. Nurikmal Aini bt Mohd Aminuddin

    2. Muhammad Amin bin Amir Hussein

    SK Hulu Bernam

    SK Kalumpang

    BI SR 1. Nur Syazanani binti Mohd Shahril

    2. Tanusha a/p Selvam

    SK Kalumpang

    SJKT Ldg Kerling

    Puan Noor Hafiza Binti Abdul Raub PTP1 PKG Kalumpang telah mengetuai bengkel ini sambil

    dibantu oleh 11 orang GPM sekolah ahli.

    Semua peserta yang berjaya layak akan mewakili PKG ini ke peringkat daerah yang akan diadakan di

    PKG Kalumpang pada bulan Mei 2015. Hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh Pn Noor

    Hafiza Abdul Raub, PTP2 PKG Kalumpang. Dalam ucapannya, beliau berharap agar dari program ini

    akan lahir tokoh-tokoh NILAM yang dapat mewakili Daerah Hulu Selangor ke peringkat negeri dan

    seterusnya ke peringkat kebangsaan kelak. Beliau juga menasihati kepada semua peserta supaya

    meningkatkan keterampilan diri dengan banyak meneroka ilmu melalui pelbagai jenis sumber bacaan.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS8

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH

    Pemilihan Tokoh NILAM Daerah adalah

    bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada

    murid yang telah berjaya mengikuti Program

    NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah

    ditetapkan dan seterusnya menjadi wakil yang

    benar-benar mantap dan berkemampuan bagi mewakili daerah Hulu Selangor ke

    pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Negeri dan seterusnya ke peringkat

    Kebangsaan.

    Ia juga merupakan satu pengiktirafan kepada para pelajar yang telah berusaha melibatkan diri

    dalam Program NILAM di peringkat sekolah masing-masing. Pertandingan dikategorikan

    kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah dan sekolah rendah.

    Selain daripada itu, majlis juga akan mengiktiraf seorang pelajar sebagai Tokoh NILAM

    Daerah bagi setiap kategori.

    Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Hulu Selangor telah diadakan di BTPN Selangor pada 22 -

    24 Mei 2015. Semua pegawai dan staf PKG Serta JU PSS Daerah Hulu Selangor terlibat

    dalam program ini.

    Keputusan pemilihan adalah seperti berikut:

    Kategori Pemenang Sekolah

    BM SM

    Muhamad Zuhairi bin Azman

    Syarifah Nurul Balqis bt. Syed Abdul

    Mutalib

    SMT KKB

    SMK Serendah

    BI SM Kurnia b. Rozliham

    Raadhika a/p Aruniasalam

    SMK Bukit Sentosa

    SMK Sungai Choh

    BM SR Azizul Zafran b. Aliyuzar

    Noramylea Husna bt Mohd Zahari

    SK Tmn Bunga Raya 1

    SK Antara Gapi

    BI SR Addiena bt Jauhari

    Nayli Farzana bt Mohd Hafiz

    SK Bukit Sentosa

    SK Bukit Sentosa

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS9

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    BENGKEL PENDEDAHAN FROG VLE UNTUK GPM GPM tidak semestinya hanya bergelumang

    dengan kerja-kerja mengurus PSS sahaja.

    Mereka juga perlu mengikuti setiap

    perkembangan dan perubahan semasa dalam

    dunia pendidikan. Selain perlu celik ICT,

    mereka juga perlu kompiten dalam

    menggunakan berbagai aplikasi ICT yang

    digunakan oleh guru-guru lain. Sebagai salah

    seorang agen kepada budaya literasi maklumat,

    maka sudah sewajarnya GPM menguasai segala

    kemahiran dan kompiten ICT.

    Justeru GPM juga perlu sekurang-kurangnya

    tahu meneroka kandungan dashboard ffog

    masing-masing. Seterusnya perlahan-lahan

    menyertai rakan-rakan lain menggunakan pentas

    frog untuk membantu aktiviti mempromosi PSS,

    menyumbang bahan laman pembelajaran,

    menggunakannya dalam PdP dsb.

    Satu bengkel kemahiran penggunaan plantar

    frog VLE kepada GPM sekolah-sekolah ahli

    PKG Kalumpang telah diadakan pada 27 – 28

    Julai 2015. Ia telah dihadiri oleh semua 11 orang

    GPM sekolah-sekolah ahli PKG Kalumpang.

    En. Mohd Sujang Ahmad Zaini, PTP1 PKG

    Kalumpang telah bertindak sebagai penceramah

    dalam bengkel ini.

    Dalam bengkel ini, para peserta telah diberi

    kemahiran membina laman pembelajaran

    menggunakan beberapa jenis widget yang

    sesuai. Di akhir bengkel para peserta telah

    mempersembahkan hasil bahan yang mereka

    bina untuk diulas serta diberi penambahbaikan.

    Adalah diharapkan melalui bengkel ini, GPM

    telah memperolehi sedikit kemahiran

    menggunakan Frog VLE dalam pengurusan PSS

    dan dalam PdP mereka. Seterusnya akan

    menambah seorang lagi warga guru yang boleh

    tampil menggunakan Frog VLE dengan penuh

    yakin.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS10

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    BENGKEL PENDEDAHAN INSTRUMEN SSQS

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    (KPM) melaksanakan penarafan

    pembestarian sekolah menggunakan

    Smart School Qualification Standard

    (SSQS) bagi memenuhi komitmen

    dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

    Malaysia 2013-2025 dan pelaporan

    kepada Mesyuarat Jawatankuasa

    Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang

    dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha,

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    serta Mesyuarat Flagship Coordinator

    Committe (FCC) yang dipengerusikan

    oleh Y Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

    lndikator dan instrumen SSQS telah

    dibuat penambahbaikan dengan

    memasukkan elemen penggunaan Frog

    VLE pelantar pembelajaran maya

    (Virtual Learning Enviroment) dan

    Pusat Sumber Sekolah (PSS).

    lnstrumen penarafan SSQS bagi tahun

    2015 dijalankan secara atas talian

    melalui Portal BTPN Selangor.

    Penarafan SSQS ini akan diselaraskan,

    dipantau dan dibimbing

    pelaksanaannya oleh pegawai di

    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)

    dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh

    pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah

    bermula dari 1 – 30 Ogos 2015. Jumlah

    Responden adalah 62 orang terdiri daripada

    Pentadbir, Guru GPM, Guru (30 orang) dan Murid

    (30 orang).

    Bagi melicinkan pelaksanaan pengisian SSQS di

    peringkat sekolah, PKG Kalumpang telah

    mengadakan sesi bengkel pendedahan dan

    tatacara penggunaan instrumen SSQS 2015. Ia

    telah diadakan pada 17 Julai 2015. Ia dihadiri oleh

    semua GPB/GICT sekolah-sekolah ahli PKG

    Kalumpang. Fasilitator bengkel ini ialah En Mohd

    Sujang Ahmad Zaini PTP 1 PKG Kalumpang.

    Adalah diharapkan pencapaian penarafan SSQS

    bagi sekolah-sekolah ahli PKG Kalumpang pada

    tahun 2015 ini akan bertambah baik dari

    pencapaian pada tahun 2014.

    Menjelang tarikh tutup pengisian instrumen,

    100% responden sekolah ahli telah berjaya

    melaksanakan pengisian. Manakala SJKT Ladang

    Changkat Asa telah dipilih untuk program

    pemverifikasian SSQS.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS11

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    MESYUARAT JKPA PKG KALUMPANG BIL 2/2015

    Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti

    (JKPA) PKG merupakan sebuah

    jawatankuasa kerja yang antara lain

    berfungsi sebagai pengantara peringkat

    tinggi antara pihak PKG dengan pihak

    sekolah. Ia dianggotai oleh Pengetua atau

    Guru Besar sekolah ahli PKG. Jawatankuasa

    ini juga bertanggungjawab untuk merancang

    aktiviti bagi membantu mempertingkatkan

    proses pengajaran dan pembelajaran

    mengikut keperluan dan kesesuaian

    setempat.

    PKG Kalumpang telah menganjurkan

    Mesyuarat JK Pemuafakatan PKG Bil

    2/2015 pada 20 Oktober 2015. Ia dihadiri

    oleh 7 orang dari 11 orang ahli. Mesyuarat

    dipengerusikan oleh Pn Haslina bt

    Abdullah, GPK SK Kalumpang.

    Dalam mesyuarat tersebut beberapa perkara

    telah diperbincangkan. Antara lain ialah

    pembentangan pelaporan pemantauan ICT

    dan PSS, analisa penggunaan Frog VLE,

    Program NILAM, pembudayaan Teknologi

    Pendidikan dalam PdP guru oleh En Mohd

    Sujang Ahmad Zaini.

    Dalam mesyuarat kali ini juga telah

    dibincangkan perancangan aktiviti JKPA

    bagi tahun 2016. Antara lain ialah

    mewujudkan bank soalan digital bagi

    beberapa mata pelajaran, bengkel-bengkel

    ICT untuk guru-guru tertentu, pembugaran

    aktiviti NILAM sekolah, pembinaan bahan-

    bahan pengajaran digital dan sebagainya.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS12

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    MESYUARAT GURU PENYELARAS BESTARI BIL 2/2015

    PKG Kalumpang telah mengadakan

    Mesyuarat JK GPB PKG Kalumpang Bil

    2/2015 pada 19 Oktober 2015 bertempat di

    Bilik Mesyuarat Bitara 2 PKG Kalumpang.

    Kesemua 11 orang GPB sekolah-sekolah

    ahli PKG Kalumpang telah menghadiri

    mesyuarat tersebut. Mesyuarat

    dipengerusikan oleh En Mohd Sujang

    Ahmad Zaini (PTP1 PKG Kalumpang).

    Antara perkara yang diperbincangkan dalam

    mesyuarat tersebut adalah:

    1. Pelaporan pemantauan ICT 2015

    serta tindakikut

    2. Pelaporan aktiviti ICT PKG 2015

    dan sekolah serta tindakikut

    3. Pengurusan inisiatif ICT Sekolah

    2015

    4. Perancangan ICT Sekolah 2016

    5. Perancangan PKG 2016

    Ahli mesyuarat juga telah diminta untuk

    mengambil tindakan dengan mengemaskan

    segala peralatan dan bahan menjelang cuti

    persekolahan yang panjang. Disamping itu

    persiapan juga perlu dilakukan sekurang-

    kurangnya pada minggu akhir cuti sekolah

    agar peralatan sudah siap sedia digunakan

    sebaik saja sesi persekolahan bagai tahun

    2016 dimulakan.

    Dalam perancangan aktiviti 2016 pula, GBP

    telah mencadangkan supaya pihak PKG

    melaksanakan beberapa kersus dan bengkel

    bagi memperkasakan kompetensi GPB

    kususnya dalam beberapa alpikasi ICT.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS13

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    MESYUARAT JURUTEKNIK KOMPUTER BIL 2/2015

    PKG Kalumpang telah

    mengadakan Mesyuarat JK

    Juruteknik Komputer Sekolah ahli

    PKG Kalumpang Bil 2/2015 pada

    20 Oktober 2015 bertempat di Bilik

    Mesyuarat Bitara 2 PKG

    Kalumpang. Kesemua 5 orang JTK

    sekolah-sekolah ahli dan seorang

    JTK PKG Kalumpang telah

    menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Mohd Sujang Ahmad

    Zaini (PTP1 PKG Kalumpang).

    Antara perkara-perkara yang diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah:

    1. Pelaporan pemantauan ICT 2015

    2. Pelaporan aktiviti ICT PKG 2015

    3. Pengurusan aset ICT Sekolah

    4. Peranan dan tanggungjawap JTK

    5. Perancangan ICT Sekolah 2016

    6. Perancangan PKG 2016

    Semua JTK juga telah diminta untuk mengambil tindakan dengan mengemaskan segala

    peralatan dan bahan menjelang cuti persekolahan yang panjang. Disamping itu persiapan juga

    perlu dilakukan sekurang-kurangnya pada minggu akhir cuti sekolah agar peralatan sudah

    siap sedia digunakan sebaik saja sesi persekolahan bagai tahun 2016 dimulakan.

    Mesyuarat juga ada membincangkan isu, cadangan dan cabaran yang JTK bawa ke dalam

    mesyuarat kali ini khususnya yang menyentuh kebajikan dan masa depan kerjaya mereka.

    Semoga mesyuarat kali ini akan membantu sedikit sebanyak semua JTK dalam memastikan

    pengurusan inisiatif ICT di sekolah masing-masing akan berjalan lancar.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS14

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    BENGKEL PEMBUGARAN FROG UNTUK GPB

    Kementerian Pendidikan Malaysia telah

    memperkenalkan VLE Frog ini semenjak

    tahun 2012. Penggunaan VLE Frog dalam

    kalangan guru masih belum konsisten dan

    menyeluruh. Terdapat beberapa cabaran

    dalam mengimplementasi VLE Frog ini

    dalam PdP guru. Sesuatu perlu dilakukan

    supaya pihak guru mampu menggunakan

    Frog VLE secara optimum dan mampu

    membawa kebaikan khususnya kepada

    semua murid.

    Salah satu strategi bagi memastikan isu

    berkenaan dapat diatasi ialah dengan

    memastikan Admin Frog VLE sekolah dapat

    memainkan peranan dan tanggungjawab

    mereka dengan cekap dan efisyen. Ada

    beberapa isu perlu diselesaikan lebih awal

    oleh admin berkenaan supaya usaha

    penggunaan oleh guru dan murid tidak

    terjejas hingga terhalangnya pencapaian KPI

    penggunaan Frog VLE sekolah.

    Antara isu yang dikenalpasti ialah, ID

    pengguna yang tidak aktif, perpindahan

    masuk dan keluar guru/murid, pengurusan

    data pengguna, pengurusan aktiviti

    galakguna, pengurusan data, maklumat ,

    sistem dokumentasi dsb.

    Bagi membantu para admin mengurus isu-isu

    yang timbul, satu bengkel yang berkaitan

    telah diadakan. Bengkel Pembugaran VLE

    Untuk Admin Frog Sekolah telah diadakan

    pada 18 September 2015 bertempat di PKG

    Kalumpang. Semua 11 orang admin Frog

    sekolah ahli PKG Kalumpang yang rata-

    ratanya GPB telah hadir. Bengkel telah

    dipimpin oleh En. Mohd Sujang Ahmad

    Zaini, PTP1 PKG Kalumpang. En Hanif

    Harun dari BTPN Selangor telah sudi hadir

    bagi memantau perjalanan bengkel.

    Dalam sesi bengkel, para peserta

    mengulangkaji tugas-tugas teknikal sebagai

    admin seperti pengurusan ID dan kata laluan

    pengguna, membina tugasan untuk murid,

    mengurus dashboard sekolah dsb. Beberapa

    orang peserta juga sempat berkongsi ilmu

    yang mereka perolehi dari kursus VLE

    anjuran PPD yang mereka telah perolehi.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS15

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    BENGKEL PENGURUSAN FAIL PSS

    Sebagai salah sebuah sektor yang turut

    mengurus aset dan bahan di sesebuah

    sekolah, sistem perekodan perlu ada dan

    sentiasa dikemaskinikan. Ini bagi

    memastikan semua dokumentasi, data,

    maklumat dan sebagainya disimpan atau

    difailkan secara sistematik. Proses

    menyimpan segala rekod dan dokumen

    untuk rujukan dengan selamat, mudah

    diperolehi dengan cepat bila dikehendaki

    dan proses ini meliputi Klasifikasi,

    Penyusunan, Penyimpanan Dan Pelupusan.

    Ciri-ciri fail yang baik adalah bersistem,

    mudah diperolehi, mudah dirujuk dan

    selamat.

    Semasa pemantauan PSS oleh PKG,

    didapati ada GPM yang gagal untuk

    mengurus fail di PSS dengan baik mengikut

    standard yang telah ditetapkan. Ada juga

    GPM yang kurang arif atau kurang

    pengetahuan dalam hal-hal perfailan ini.

    Bagi membantu GPM menambah ilmu

    dalam bidang ini, PKG Kalumpang telah

    menganjurkan Bengkel Pengurusan Fail

    PSS yang telah diadakan pada 14 – 15

    September 2015 bertempat di Bilik Kuliah

    PKG Kalumpang. Bengkel telah

    dikendalikan oleh En Mohd Sujang Ahmad

    Zaini (PTP1 PKG Kalumpang).

    Dalam bengkel itu, GPM telah didedahkan

    dengan perkara-perkara berikut: 1. Punca

    Kuasa, 2. Ciri-ciri dan Prinsip Sistem fail, 3.

    Pengkelasan fail mengikut Arkib Negara, 4.

    Jenis-jenis Fail dan sifat-sifatnya, 5.

    Pengurusan surat-surat, 6. Pengurusan

    penyimpanan dan pengambilan fail, 7.

    Pengurusan fail-fail yang perlua ada dalam

    PSS.

    Adalah diharapkan GPM akan dapat

    mengurus fail-fail yang ada di PSS dengan

    lebih cekap dan efisen seterusnya dapat

    meningkatkan pengurusan serta

    perkhidmatan dengan lebih sempurna

    kepada semua pengguna PSS.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS16

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    BENGKEL FROG VLE UNTUK GURU-GURU SJKT

    Trasformasi pendidikan merupakan teras

    utama dalam Pelan Pembangunan

    Pendidikan Malaysia. Kandungan anjakan

    dalam kerangka pelan berkenaan tidak

    menghadkan jenis dan lokasi sekolah. Ia juga

    bakal mencerminkan landskap pendidikan di

    Malaysia di masa-masa yang akan datang.

    Pendidikan di Malaysia sedang bergerak ke

    arah Pendidikan Abad Ke 21.

    Justeru, usaha-usaha ke arah meralisasikan

    konsep asas pendidikan bekenaan sedang

    giat dijalankan. Setelah beberapa tahun

    keperluan asas ICT disempurnakan di semua

    sekolah, ia diiring pula dengan beberapa

    aplikasi PdP berasaskan ICT secara atas

    talian untuk dipraktikkan dalam PdP mereka.

    Frog VLE telah diperkenalkan di sekolah-

    sekolah sejak awal 2012 dan pelaksanaaan

    secara meluas bermula dari 2013.

    Pencapaian penggunaan Frog oleh sekolah

    adalah berdasarkan setakat mana para guru

    dan pelajar menggunakannya dalam proses

    PdP masing-masing. Satu tahap KPI tetah

    ditentukan untuk dicapai iaitu minimum 5

    minit dan 20% dari enrolmen sesebuah

    sekolah dalam seminggu.

    Sungguhpun begitu penggunaan Frog VLE

    dalam beberapa sekolah menjadi isu. Ia

    disebabkan masalah prasarana ICT sekolah

    itu sendiri. Antaranya dari segi peralatan dan

    capaian internet disamping ketidakyakinan

    guru untuk melaksanakan Frog VLE dalam

    PdP mereka.

    Bagi membantu sekolah-sekolah berkenaan,

    PKG Kalumpang telah melaksanakan satu

    projek khas iaitu Penggunaan Frog Vle

    Dalam Pdp Guru-Guru Di SJKT. Program ini

    melibatkan 4 orang guru dari setiap SJKT

    ahli PKG Kalumpang. Guru-guru yang

    terpilih telah diberi kursus khas Frog VLE

    melalui 3 Fasa. Adalah diharapkan bahawa

    selepas ini penggunaan Frog VLE dalam

    kalangan guru di SJKT akan meningkat dan

    digunakan secara konsisten dalam PdP

    masing-masing. Seterusnya KPI Frog

    sekolah akan dicapai pada setiap minggu.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS17

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    PROGRAM HAND HOLDING FROG VLE

    VLE Frog adalah satu sistem berasaskan web

    yang menyerupai dunia pendidikan sebenar

    dengan mengintegrasikan pendidikan

    konvensional dalam persekitaran maya.

    Sebagai contoh, guru boleh berkongsi

    maklumat, memberi tugasan, membuat ujian

    dan menanda tugasan secara maya manakala

    pelajar pula boleh menyiapkan kerja rumah

    dan melihat keputusan mereka melalui VLE.

    Guru boleh memuat naik bahan pengajaran

    untuk kegunaan pelajar. Guru boleh saling

    berkongsi sumber pengajaran dan

    pembelajaran sesama guru-guru serta pelajar.

    Tugasan boleh diberikan secara atas talian

    kepada pelajar dan guru juga boleh

    menyemak tugasan yang diberi serta

    memberi maklumbalas secara atas talian.

    Bagi memantapkan lagi penggunaan Frog

    VLE dalam kalangan warga sekolah, satu

    program khidmat bantu yang dinamakan

    “hand holding Frog VLE” telah diadakan.

    PKG perlu menganalpasti 2 sekolah untuk

    dilaksanakan program ini dalam sebulan.

    Antara aktiviti dalam program ini ialah

    pendedahan kepada guru memberi tugasan

    kepada murid. Murid menerima dan

    melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru.

    Murid mengembalikan semula tugasan untuk

    disemak oleh guru dan guru mengembalikan

    semula tugasan kepada murid bersama

    komen dan markah tugasan.

    Antara objektif program ini ialah: 1.

    Meningkatkan pencapaian KPI Frog VLE

    sekolah. 2. Memberi kayakinan kepada guru

    untuk menggunakan Frog VLE. 3. Memberi

    bimbingan dan khidmat bantu. 4.

    Memastikan guru menggunakan Frog VLE

    secara konsisten. 5. Memastikan pentadbor

    sekolah memainkan peranan masing-masing.

    Program ini telah dimulakan dari Julai

    hingga November 2015. Semua sekolah ahli

    PKG Kalumpang telah terlibat dengan

    program ini. Semoga melalui program ini,

    penggunaan Frog sekolah akan meningkat

    dan mencapai KPI yang telah ditetap setiap

    minggu.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS18

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M)

    Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2015

    merupakan salah satu program Kementerian

    Pendidkan Malaysia di bawah Program

    Gerakan Tabiat Membaca bertujuan

    membina tabiat membaca dalam kalangan

    murid sekolah dan pembelajaran sepanjang

    hayat. Program Kem Membaca 1 Malaysia

    telah dimulakan kali pertama pada 2009

    sehingga kini. Semua sekolah diarahkan

    untuk mengambil bahagian dalam

    melaksanakan program ini. KM1M Tahun

    2015 telah dilaksanakan pada bulan April

    iaitu 21 hingga 23 APRIL 2015

    Ia merupakan salah satu usaha Kementerian

    Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat

    membaca dalam kalangan murid dengan

    hasrat mewujudkan budaya membaca dan

    budaya ilmu dalam kalangan rakyat

    Malaysia. Sekolah perlu mengadakan

    aktiviti-aktiviti galakan membaca secara

    berperingkat dan berterusan meliputi aktiviti

    asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti

    pengayaan. Justeru itu, satu strategi yang

    berkesan perlu dilaksankan untuk

    memperhebatkan lagi pencapaian Program

    NILAM ke tahap yang lebih baik dan

    menyeluruh.

    Di antara objektif program ini ialah:

    1. Membina dan mengukuh budaya

    membaca di kalangan pelajar.

    2. Menanam sikap menghargai dan cintakan

    ilmu.

    3. Pembelajaran secara didik hibur di luar

    kelas melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan

    dengan pembacaan.

    4. Penghayatan kepada konsep pembelajaran.

    Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh

    sekolah:

    Perasmian KM1M 2015, Bacaan Serentak 33

    minit 58 saat, Kem Penulis Muda, Resensi

    Buka, Bacaton, Pidato, Pertandingan

    Bercerita dsb. Sekolah telah diminta untuk

    membuat dokumentasi program. Dokumen

    telah dihantar ke PKG dan PPD untuk

    dokumentasi peringkat daerah dan zon.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS19

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    PELANCARAN PROGRAM NILAM SEKOLAH

    NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca

    merupakan satu usaha KPM untuk membina

    tabiat membaca dalam kalangan murid

    dengan hasrat mewujudkan masyarakat

    Malaysia yang cintakan budaya membaca

    dan budaya ilmu. Program NILAM ini

    merangkumi rancangan membina tabiat

    membaca secara terancang dan berterusan

    melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di

    sekolah. Ia merupakan program penilaian

    pembacaan yang berterusan sepanjang tahun

    dan pelaksanaan dilakukan oleh murid-

    murid yang berada di Tahun 1 hinggalah

    tamat persekolahan mereka.

    Bagi memastikan program NILAM ini terus

    menerus memberi impak kepada warga

    sekolah, maka program-program yang

    menjurus kepada aktiviti promosi perlu

    dijalankan dari semasa ke semasa. Selain

    itu, ianya juga boleh dilihat sebagai

    pemangkin kepada aktiviti sedia ada bagi

    menjamin program NILAM ini mendapat

    tempat di hati pelajar.

    Antara aktiviti promosi yang wajib

    dijalankan oleh pihak sekolah ialah majlis

    Pelancaran Program NILAM. Ia diadakan

    sebgai pembuka tirai dalam usaha untuk

    meningkatkan minat membaca dalam

    kalangan murid. Majlis ini biasanya

    diadakan di wal tahun persekolahan. Ia

    dipenuhi dengan beberapa acara yang

    menonjolkan kreativiti murid yang

    menyertai program NILAM ini. Antaranya

    seperti promosi buku, resensi buku,

    bercerita, pidato, pemberian anugerah,

    gimik pelancaran dsb.

    Adalah

    diharapkan

    melalui

    pelancaran

    program

    NILAM

    peringkat

    sekolah ini

    akan dapat

    menaikan lagi pencapaian pembacaan murid

    khususnya bagi pembacaan tahap emas dan

    nilam Jauhari serta Rakan Pembaca.

    Seterusnya mewujudkan saingan yang

    positif dalam usaha untuk mencongkel

    bakan Tokoh NILAM Sekolah untuk di

    ketengahkan di peringkat zon, daerah,

    negeri dan kebangsaan.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS20

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    Pemberian sesuatu anugerah kepada kita,

    merupakan satu bonus dan pengiktirafan

    kepada usaha keras yang kita telah

    lakukan. Kita akan merasa puas dan

    bangga bila usaha ikhlas yang kita buat

    mendapat perhatian dan penghargaan dari

    pihak-pihak tertentu. Ia juga akan menjadi

    pembakar semangat dan motivasi kepada

    kita untuk kita lebih baik dan beberapa

    langkah kehadapan dari orang lain.

    Pada tahun 2015 ini, PKG Kalumpang dan

    beberapa sekolah ahli telah menempa

    beberapa kejayaan cemerlang khususnya

    dalam bidang ICT dan Pusat Sumber.

    Kejayaan ini dijelmakan melalui

    kemenangan dalam beberapa pertandingan

    yang dianjurkan di peringkat negeri dan

    daerah. Tidak kurang juga kejayaan-

    kejayaan yang bukan dalam bentuk

    pertandingan akan tetapi melalui kejayaan

    PKG dan sekolah-sekolah ahli mencapai

    KPI tahunan yang telah ditetapkan.

    Kejayaan yang dicapai bukanlah boleh

    diperolehi dengan jalan mudah. Sebaliknya

    ia menuntut kepada banyak kerja keras dan

    pengorbanan. Gandingan yang mantap dan

    kerjasama yang jitu antara pegawai dan

    staf, semua ahli jawatankuasa termasuk

    pihak-pihak luar juga merupakan faktor

    penyumbang kepada kejayaan berkenaan.

    Justeru PKG Kalumpang dengan rasa amat

    bangga, ingin mengucapkan syabas dan

    tahniah kepada warga sekolah ahli yang

    telah berjaya mendapat anugerah dan

    mencapai KPI yang telah ditetapkan

    samada oleh pihak sekolah mahupun

    pihak-pihak yang berkepentingan. Semoga

    kejayaan yang telah diperolehi akan

    menjadi pemangkin untuk lebih maju dan

    hebat di masa-masa yang akan datang.

    Semoga sekolah-sekolah lain akan

    melipatgandakan usaha untuk cuba

    menyaingi kehebatan sekolah-sekolah lain.

    Anatara kejayaan yang dicapai:

    PKG Kalumpang: Naib Johan PKG

    Cemerlang 2015 Negeri Selangor dan

    Anugerah Khas Kecemerlangan

    Pengurusan NILAM Negeri Selangor

    SK Lembah Beringin: Anugerah Khas

    PSS Cemerlang Daerah Hulu Selangor

    SMK Kalumpang: Anugerah Khas

    Pencapaian NILAM Cemerlang Daerah

    Hulu Selangor

    SJKC Kalumpang: Anugerah Khas

    Pencapaian NILAM Cemerlang Daerah

    Hulu Selangor

    Top Ten Pencapain Terbaik Penggunaan

    Mingguan Frog VLE Sekolah-sekolah

    Daerah Hulu Selangor: SK Lembah

    Beringin, SK Kerling, SJKT Ldg Changkat

    Asa, SJKC Kerling

    Syabas dan tahniah.

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS21

    TAKWIM AKTIVITI PKG 2015

    Tarikh Aktiviti Sasaran

    16.3.2015 20.10.2015

    Mesyuarat JK Pemuafakatan PKG Pengetua / Guru Besar

    2.3.2015 20.10.2015

    Mesyuarat Guru Perpustakaan Media GPM

    2.3.2015 19.10.2015

    Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari / ICT GPB / GICT

    6.3.2015 20.10.2015

    Mesyuarat JTK JTK

    8 – 9.4.2015 Bengkel Hot Potatoes GPB

    18.9.2015 Bengkel Pembugaran Frog VLE GPB

    29.7.2015 Bengkel Pembugaran SSQS GPB

    26.8, 29.9 & 7.10.2015

    Bengkel Frog VLE Guru-guru SJKT SJKT

    7.4.2015 Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM GPM

    28 – 30.4.15 Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Kalumpang

    11 – 13.8.15 Bengkel Khidmat Bantu PSS SK Lmbh Beringin

    27 – 28.4.15 Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran GPB

    27 – 28.7.15 Bengkel Frog VLE GPM

    26.3.2015 Bengkel Pemantapan MBMMBI Guru BM & BI

    14 – 15.9.15 Bengkel Pengurusan Fail PSS GPM

    Ogos - Nov Program Hand Holding Frog VLE

    Jan - Nov Pemantauan dan Khidmat Bantu ICT

    Jan - Nov Pemantauan dan Khidmat Bantu PSS

    Jan - Nov Pemantauan dan Khidmat Bantu TeknoPen

    Jan - Nov Pemantauan dan Khidmat Bantu MBMMBI

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS22

    Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

    Kembali Menemui Penciptanya En Suhaimy bin Ramly, Guru Besar SK Kalumpang telah kembali

    kerahmatullah pada 9.2.2015

    Allahyarham meninggal dunia akibat menderita penyakit barah

    kerongkong. Allahyarham juga merupakan Pengerusi JKPA PKG

    Kalumpang sejak tahun 2014.

    Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan roh-roh orang yang

    beriman.

    Pn Elizabeth Tan Lai Peng Guru Besar SJKC Kalumpang telah meninggal

    dunia pada 7.6.2015

    Mendiang meninggal dunia kerana menderita penyakit barah otak.

    Mendiang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan

    aktiviti Teknologi Pendidikan di SJKC Kalumpang berjalan dengan

    jayanya.

    Berpindah Keluar

    Nama Jawatan Pindah

    En Zakaria bin Ismail Guru Besar SK Hulu Bernam

    Guru Besar SK Batang Kali

    Berpindah masuk ke sekolah yang baharu

    Nama Jawatan

    Pn Azizah bt Hassan Guru Besar SK Lembah Beringin

    En Mohd Rusli bin Husin Guru Besar SK Hulu Bernam

    En Hamzah bin Salleh Guru Besar SK Kalumpang

    En Norazimi bin Mohd Yusuf Guru Besar SK Kerling

    En Choo Soo Cheong Guru Besar SJKC Kerling

    En Perumal a/l Raman Guru Besar SJKT Ladang Kalumpang

    En Kumar a/l Satambrum Guru Besar SJKT Ladang Kerling

    Pn Ung Bee Keow SJKC Kalumpang

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS23

    JK Pemuafakatan PKG JK PEMUAFAKATAN AKTIVITI

    Pengerusi : Guru Besar SK Kalumpang Naib Pengerusi : Pengetua SMK Kalumpang

    Setiausaha: PTP1 PKG Kalumpang

    Pen Setiausaha: PTP2 PKG Kalumpang

    Bendahari: Guru Besar SK Lmbh Beringin AJK:

    : Guru Besar SK Hulu Bernam

    : Guru Besar SK Kerling : Guru Besar SJKC Kalumpang

    : Guru Besar SJKC Kerling

    : Guru Besar SJKT Ldg Changkat Asa : Guru Besar SJKT Ldg Kerling

    : Guru Besar SJKT Ldg Escot

    : Guru Besar SJKT Ldg Kalumpang

    JK PEMUAFAKATAN GPM

    Pengerusi : GPM SMK Kalumpang Naib Pengerusi : GPM SK Hulu Bernam

    Setiausaha: GPM SK Kerling

    Pen Setiausaha: GPM SK Lembah Beringin

    Bendahari: GPM SJKC Kalumpang AJK:

    :GPM SK Kalumpang

    :GPM SJKC Kerling :GPM SJKT Ldg Escot

    :GPM SJKT Ldg Kalumpang

    :GPM SJKT Ldg Changkat Asa :GPM SJKT Ldg Kerling

    JK PEMUAFAKATAN GPB

    Pengerusi: GPB SK Lembah Beringin

    Naib Pengerusi: GPB SK Hulu Bernam

    Setiausaha: GPB SMK Kalumpang Pen Setiausaha: GPB SK Kalumpang

    Bendahari: GPB SK Kerling

    AJK: :GPB SJKC Kalumpang

    :GPB SJKC Kerling

    :GPB SJKT Ldg Escot

    :GPB SJKT Ldg Kalumpang :GPB SJKT Ldg Changkat Asa

    :GPB SJKT Ldg Kerling

    Bekalan Netbook 1M

    Sekolah penerima: o SK Kalumpang (41 unit) o SK Hulu Bernam (41 unit o SJKC Kalumpang (41 unit) o SJKT Kalumpang (41 unit) o SMK Kalumpang (82 unit)

    Objektif: o Membantu sekolah ahli

    melaksanakan inisiatif ICT yang telah ditetapkan

    o Guru dan pelajar menggunakan kemudahan prasarana dan inisiatif ICT yang ada di sekolah secara

    aktif

    o Menyemai Kreativiti dan inovatif dalam proses PdP

    o Membantu mencapai KPI penggunaan Frog VLE

    o Menerapkan budaya ICT dalam PdP

    o Melaksanakan inisiatif Kelas dan Pembelajaran Abad 21

    o Sebagai “Mobile Komputer Lab” di sekolah

  • Buletin PKG Kalumpang 2015 MS24

    Hakcipta Terpelihara PKG Kalumpang @ 2015