buku panduan pkg - rujuk

27
PKG PUSAT KEGIATAN GURU KONSEP DAN PENGOPERASIAN 1 / 27

Upload: aniza-idris

Post on 27-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PKG dan panduan pengoperasian serta konsep PKG

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Pkg - Rujuk

PKG PUSAT KEGIATAN GURU

KONSEP DAN

PENGOPERASIAN

 

 

1 / 27

Page 2: Buku Panduan Pkg - Rujuk

PENGOPERASIAN PKG PKG harus dikelolakan dengan baik untuk membolehkannya memainkan peranan

dengan berkesan. Pengelolaan yang baik membolehkan PKG berkembang dan

melahirkan satu identiti institusi pendidikan setempat yang benar-benar memahami

tentang kekuatan dan kelemahan sekolah kelompok.

Pengoperasian PKG secara umum merangkumi aspek-aspek pentadbiran umum,

struktur pengurusan PKG, serta perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

PENTADBIRAN UMUM

PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP.

Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai PKG dan staf sokongan. BTP

menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui BTPN. Kecemerlangan

pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa

Pengurusan Aktiviti dengan konsep kerja berpasukan dan rasa sepunya terhadap

PKG. Keadaan seperti ini memberi kesempatan kepada PKG merancang secara

bersama program yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan.

Rajah 6: Pola Pengoperasian PKG

Pengoperasian

Pentadbiran

Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti

Struktur Pengurusan

STRUKTUR PENGURUSAN Pengurusan PKG membantu memudahkan perancangan dan pelaksanaan

aktiviti teknologi pendidikan mengikut keperluan setempat. Aktiviti PKG membuka

ruang dan mendorong ke arah usaha bersama guru menyelesaikan masalah dan

keperluan ikhtisas mereka secara lebih terbuka.

2 / 27

Page 3: Buku Panduan Pkg - Rujuk

Struktur penyelarasan dan pengurusan yang dicadangkan bagi pengoperasian PKG

adalah seperti berikut :-

1. Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri Pengerusi : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

Tim. Pengerusi : Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah BTPN

Ahli Jawatankuasa : 1. Semua Ketua Sektor JPN

2. Semua Pegawai Pelajaran Daerah

3. Wakil Jemaah Nazir

4. Wakil Institut Pendidikan Guru

5. Wakil BTPN Cawangan (Sabah dan Sarawak)

6. Wakil PKG Daerah

2. Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah

Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah

Setiausaha : Pegawai PKG

Ahli Jawatankuasa : 1. Semua Pengerusi JK Pengurusan Aktiviti PKG

2. Pegawai BTPN Cawangan

3. Pegawai PKG

4 YDP PKPSM

5. YDP Majlis Guru Besar

            6. Wakil Majlis Guru Cemerlang 

3 / 27

Page 4: Buku Panduan Pkg - Rujuk

3. Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

Pengerusi : Pengetua/Guru Besar

Tim. Pengerusi : Pengetua/Guru Besar

Setiausaha : Pegawai PKG

Ahli Jawatankuasa : Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah

kelompok

4. Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa ini dibahagikan kepada 4 bidang:-

a. Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan

b. Jawatankuasa Pembangunan Pusat Sumber Sekolah

c. Jawatankuasa ICT

d. Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan Nota :-

i. Adalah digalakkan agar jawatan Pengerusi digilirkan kepada semua

Pengetua dan Guru Besar dalam kelompok berkenaan

ii. Seseorang guru boleh menyertai lebih daripada satu jawatankuasa

berdasarkan kepada kebolehan dan kemampuannya

4 / 27

Page 5: Buku Panduan Pkg - Rujuk

BIDANG TUGAS

Sesuai dengan semangat Pusat Kegiatan Guru, tugas dan tanggungjawab berkaitan

dengan perjalanannya adalah dikongsi bersama oleh beberapa Jawatankuasa dan individu

seperti berikut:-

• Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri

• Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah

• Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

• Jawatankuasa Kerja PKG

• Pegawai PKG

Nota :-

i. Tugas-tugas yang dicadangkan boleh ditambah mengikut keperluan-

keperluan khusus PKG yang berkenaan.

JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri bertanggungjawab

memastikan matlamat dan objektif PKG terlaksana berdasarkan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Di antara tugas-tugas Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

• Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknologi

Pendidikan di peringkat Negeri

• Bertindak sebagai badan perhubungan dengan agensi kerajaan,

swasta dan badan berkanun

• Menilai keberkesanan pelaksanaan program, rancangan dan aktiviti

PKG

• Memberi cadangan meningkatkan mutu perkhidmatan PKG dari

semasa ke semasa.

5 / 27

Page 6: Buku Panduan Pkg - Rujuk

JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH

Selaras dengan konsep desentralisasi PKG, Jawatankuasa Penasihat Teknologi

Pendidikan Daerah berperanan untuk menyelaras program dan aktiviti teknologi pendidikan

peringkat daerah. Antara bidang tugas Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-

• Menyelaraskan perancangan jangka pendek dan jangka panjang

aktiviti teknologi pendidikan daerah

• Mengadakan mesyuarat penyelarasan program dan aktiviti di peringkat

daerah

• Menganjur dan menggalakkan perbincangan dengan Pegawai PKG

untuk meningkatkan peranan PKG dari semasa ke semasa

• Bertindak sebagai badan perhubungan di kalangan PKG dan daerah

• Menilai keberkesanan pelaksanaan program rancangan dan aktiviti

teknologi pendidikan daerah

• Mengemukakan saranan secara bersama untuk mempertingkatkan

kualiti perkhidmatan untuk murid, guru, dan masyarakat.

JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG bertanggungjawab merancang aktiviti untuk

mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan

kesesuaian setempat. Berikut adalah antara tugas-tugas Jawatankuasa ini:

• Menerima cadangan yang dikemukakan di peringkat negeri dan daerah

dengan pengubahsuaian mengikut keperluan setempat

• Membantu dan memastikan PKG sebagai pusat rujukan yang lengkap

dan berfungsi

• Mengenal pasti pakar-pakar yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti

• Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulan

6 / 27

Page 7: Buku Panduan Pkg - Rujuk

JAWATANKUASA KERJA

Berdasarkan konsep dari guru, oleh guru, untuk guru, jawatankuasa kerja menjadi

tenaga penggerak utama bagi melaksanakan aktiviti PKG. Tugas-tugas pasukan kerja

antara lain meliputi:

• Merancang dan menyediakan strategi untuk melaksanakan aktiviti

yang dipersetujui bersama dengan bantuan kepakaran setempat

• Melaksanakan aktiviti yang dirancang hingga selesai

• Membuat pengesanan dan laporan terhadap setiap rancangan,

program, dan aktiviti yang dijalankan

• Melakukan tindakan susulan bagi mempertingkatkan mutu

perkhidmatan PKG

• Melibatkan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan

sosial

• Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti PKG dengan

kerjasama guru dari semasa ke semasa.

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG

Pegawai PKG perlu mahir dalam pelbagai bidang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti

yang dirancang. Selain itu, Pegawai PKG berperanan:

• Mengurus PKG dengan cekap dan berkesan bagi melicinkan

pelaksanaan aktiviti dan perkhidmatan

• Memberi khidmat nasihat penghasilan, penggunaan bahan dan

peralatan pengajaran dan pembelajaran

• Mengambil bahagian dalam sesi perancangan aktiviti secara

berpasukan

• Menjadi pemudah cara dalam program peningkatan profesionalisme

yang dijalankan

7 / 27

Page 8: Buku Panduan Pkg - Rujuk

• Menerajui dan mengendalikan aktiviti khas untuk kumpulan yang

mempunyai minat/ keperluan tertentu (special interest group)

• Menjadi agen perubahan bagi setiap pembaharuan pendidikan yang

bertujuan untuk disebarkan

• Mempromosi dan menggalakkan amalan teknologi pendidikan kepada

sekolah dan masyarakat setempat.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI

• Perancangan Aktiviti

• Jadual Pelaksanaan Aktiviti

• Proses Pelaksanaan Aktiviti

• Proses Pelaksanaan Aktiviti di Kawasan Pedalaman

• Proses Mengatasi Masalah

PERANCANGAN AKTIVITI

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menyediakan rancangan tahunan jangka

pendek dan jangka panjang. Jawatankuasa ini haruslah memastikan setiap aktiviti dapat

dilaksanakan mengikut perancangan.

Setiap Jawatankuasa Kerja hendaklah mengemukakan kertas cadangan dan

melaksanakan semua aktiviti mengikut keutamaan. Pegawai PKG menyediakan laporan

aktiviti. Langkah-langkah ini diterangkan dalam Jadual 1.

LANGKAH-LANGKAH KETERANGAN

8 / 27

Page 9: Buku Panduan Pkg - Rujuk

1.Mewujudkan Jawatankuasa

Pengurusan Aktiviti PKG

Jawatankuasa terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar sekolah kelompok; Guru-guru dan masyarakat sebagai ahli ; KPP BTPN sebagai Penasihat;

2.Menyediakan Rancangan Tahunan –

Jangka masa pendek/panjang

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG, Jawatankuasa Kerja, guru setempat

– Pegawai PKG sebagai Setiausaha

3.Menetapkan Jawatankuasa Kerja

Dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG. Pengerusi Jawatankuasa Kerja dilantik daripada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG.

4.Kertas Kerja rancangan setiap

jawatankuasa Kerja

Mengandungi:-

Matlamat, sasaran, aktiviti, perbelanjaan, tenaga, pakar, jangkamasa

5.Kelulusan oleh Jawatankuasa

Pengurusan Aktiviti PKG

Pengerusi Jawatankuasa Kerja membentangkan Kertas Kerja kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dan memaklumkan kepada PPD/JPN/BTPN

6. Pelaksanaan Program

a. Persediaan

b. Menjalankan aktiviti

c. Penilaian

Pengerusi Jawatankuasa Kerja membentangkan Kertas Kerja kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dan memaklumkan kepada PPD/JPN/BTPN

Tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dan Pegawai PKG

Pegawai PKG dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Kerja

7. Laporan kepada Jawatankuasa Pegawai PKG

9 / 27

Page 10: Buku Panduan Pkg - Rujuk

Pengurusan Aktiviti PKG,

Jawatankuasa Penasihat Teknologi

Pendidikan Daerah, dan BTPN

Jadual 1: Perancangan Aktiviti PKG

PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI

Dalam pelaksanaan aktiviti PKG [lihat Gambar rajah 6], semua aktiviti tersebut

adalah hasil dari keperluan guru yang diselaraskan dengan aktiviti yang dijalankan oleh

pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP ) dan

rangkaian, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan bahagian-bahagian lain Kementerian

Pelajaran.

Pada peringkat permulaan, guru mengadakan sesi sumbang saran di PKG bagi

mengemukakan cadangan aktiviti mengikut keperluan. Khidmat pakar perlu diambil kira

supaya setiap pelaksanaan program memenuhi matlamatnya. Cadangan aktiviti yang

dipersetujui bersama ini diikuti dengan pengagihan peranan dan penetapan kerja yang akan

dilaksanakan untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.Setiap pelaksanaan aktiviti diteliti dan dikaji melalui proses pengesanan untuk

pengubahsuaian bagi menentukan keberkesanan atau kejayaan aktiviti seterusnya.

10 / 27

Page 11: Buku Panduan Pkg - Rujuk

Gambarajah 7: Proses Pelaksanaan Aktiviti PKG

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

Untuk merangka perancangan aktiviti sama ada di peringkat negeri, daerah, atau

PKG adalah disyorkan supaya disediakan satu jadual pelaksanaan aktiviti. Berikut ialah satu

contoh jadual pelaksanaan aktiviti bagi tempoh satu tahun:

11 / 27

Page 12: Buku Panduan Pkg - Rujuk

BULAN JAWATANKUASA AKTIVITI

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti

Menilai program dan aktiviti yang dijalankan

Jawatankuasa

Pengurusan PKG

Merancang program aktiviti

Jawatankuasa Kerja Latihan dan Penghasilan

Memberi latihan lanjutan kepada Kakitangan Sumber

Jawatankuasa Pengurusan Pusat

Sumber

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah

Jawatankuasa Teknologi Maklumat

Program Galak guna ICT

Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan

Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan

Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Aktiviti

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menggariskan semua aktiviti yang akan

dilaksanakan sepanjang tahun, di samping memilih guru-guru berpotensi untuk dilantik

sebagai kakitangan sumber dan ahli pasukan kerja.

Jawatankuasa kerja berperanan menggerakkan aktiviti mengikut bidang yang telah

ditetapkan dan sentiasa mendorong guru-guru ke arah mencapai matlamat PKG melalui

pelbagai aktiviti.

12 / 27

Page 13: Buku Panduan Pkg - Rujuk

Setiap pelaksanaan aktiviti PKG harus diikuti dengan pengesanan dan penilaian

untuk menentukan tahap pencapaian. Pegawai PKG menyediakan laporan dan

dokumentasi untuk diteliti bagi menentukan arah, dasar dan perkembangan aktiviti

seterusnya.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah juga tertakluk kepada pertimbangan dari

segi faedah yang dapat diperoleh oleh guru dan murid, waktu dan jangka masa yang sesuai,

isi kandungan, tenaga mahir untuk menjalankan aktiviti, bilangan peserta dan kewangan.

PROSES MENGATASI MASALAH

Guru berusaha secara kolektif dalam mengatasi apa jua masalah pengajaran dan

pembelajaran di peringkat sekolah. Ruang penyelesaian masalah dibuka lebih luas mengikut

peringkat. Sebarang masalah yang sukar di atasi di peringkat sekolah akan dikemukakan

untuk tindakan selanjutnya kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG. Sekiranya

masalah di peringkat PKG masih belum dapat diatasi maka dimajukan pula ke peringkat

Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah dan begitulah seterusnya sehingga

ke peringkat Kementerian Pelajaran. Di Peringkat ini usaha penyediaan program dirangka

oleh bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan

aktiviti penyelesai masalah dan dapat pula melahirkan motivasi baru serta peka kepada

perubahan di kalangan guru.

Pegawai PKG akan terus memantau ke setiap sekolah untuk mewujudkan hubungan

terus serta memberi khidmat nasihat profesional yang diperlukan. Pihak sekolah pula akan

menghantar laporan kepada Pegawai PKG serta mengadakan perbincangan bagi

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

13 / 27

Page 14: Buku Panduan Pkg - Rujuk

Masalah di peringkat sekolah

Dapat

Bincang di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

Bincang di peringkat Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan

Daerah

Dapat diselesaikan

Dapat diselesaikan

Bincang di peringkat Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan

Negeri

Dapat diselesaikan

Bawa ke pihak Bahagian Kementerian Pelajaran yang

berkenaan

Tidak

Ya

Ya

Ya

Tidak

Tidak

Tamat

Ya

Tidak

Carta alir 1: Proses mengatasi masalah

14 / 27

Page 15: Buku Panduan Pkg - Rujuk

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

Setiap PKG dikehendaki memberi perkhidmatan dan menjalankan aktiviti yang dirancang pada setiap tahun berdasarkan fungsi dan peruntukan. Keputusan mengadakan aktiviti haruslah berdasarkan perkembangan pendidikan semasa dan keperluan sekolah dalam kelompok bagi meningkatkan profesionalisme guru.

Aktiviti dan perkhidmatan PKG boleh dilaksanakan mengikut keperluan ikhtisas Kurikulum, Pusat Sumber Sekolah, kegiatan Sosial / Komuniti, sebagai agen perubahan, sebagai agen penyelesaian masalah, sebagai pemangkin kecemerlangan guru dan sebagai B-Inkubator ( showcase inisiatif ICT )

KEPERLUAN IKHTISAS KURIKULUM

Untuk meningkatkan taraf profesionalisme keguruan serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, PKG boleh mengelolakan aktiviti ikhtisas seperti:

• memberi khidmat bantu tentang pedagogi kurikulum dan instruksi • memberi khidmat nasihat tentang pemilihan media dan kaedah pengajaran yang

berkesan • menganjur seminar, forum atau diskusi tentang pendekatan baru dalam pengajaran

dan pembelajaran • mengadakan bengkel pembinaan alat dan bahan bantu mengajar • mengadakan bengkel tunjuk cara penggunaan, kaedah dan teknologi baru dalam

pengajaran dan pembelajaran • menyediakan kemudahan sumber untuk menjalankan penyelidikan tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran • menyediakan peluang kepada guru untuk mencuba pendekatan baru dalam usaha

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran • membantu guru menyediakan data bank tentang soalan peperiksaan • menyediakan kemudahan kepada guru untuk membina item ujian atau soalan

peperiksaan • menjalankan aktiviti ikhtisas melalui Jawatankuasa Pengurusan Aktitiviti PKG

15 / 27

Page 16: Buku Panduan Pkg - Rujuk

Strategi, Kaedah dan sumber pengajaran dan pembelajaran:

• mengenalpasti dan membina koleksi bahan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran

• merancang dan mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

• menjalankan program inovasi bagi mencari kaedah pengajaran yang lebih sesuai mengikut keperluan dan perkembangan pendidikan

• mengenalpasti dan menyebarkan maklumat tentang amalan pengajaran terbaik dari sesebuah sekolah untuk dicontohi

• mendokumentasikan kaedah dan amalan pengajaran pembelajaran terbaik untuk disebarkan

Mendapatkan maklumat dan pengetahuan :

• aktiviti mengakses, mengguna dan menyebar maklumat, kemahiran dan pengetahuan dalam aspek-aspek pelaksanaan kurikulum

• Menambahkan kepekaan guru terhadap isu-isu semasa dan strategi pengajaran dan pembelajaran terkini

Mengesan pencapaian matlamat meningkatkan prestasi / kualiti PKG :

• menjalankan pemantauan, pengujian, pengumpulan data ke atas sumber pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanannya

• mengenalpasti PKG yang aktif dan berkualiti untuk dijadikan penanda aras dalam bidang-bidang tertentu

Penggunaan Inisiatif ICT dan Pembestarian Sekolah

• menjalankan khidmat konfigurasi rangkaian di makmal komputer • memantau penggunaan dan galak guna inisiatif ICT sekolah • membantu pelaksanaan program pembestarian Sekolah • menjalankan tugas sebagai meja bantuan (help desk) aras satu

16 / 27

Page 17: Buku Panduan Pkg - Rujuk

KEPERLUAN PUSAT SUMBER

Untuk membolehkan guru mendapatkan bahan-bahan rujukan dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, PKG harus mempunyai pusat sumber yang berkesan untuk:-

• membantu guru membuat rakam salin audio dan video • menyediakan kemudahan pra tayang sebagai persediaan untuk menggunakan

bahan TV Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran • menyediakan kemudahan untuk penerbitan bahan pengajaran video atau multimedia • membantu dan memberi khidmat nasihat dan menilai bahan media untuk

pembinaan koleksi PSS • memberi khidmat nasihat teknikal tentang pembelian alat media untuk kegunaan

PSS • menyebar maklumat tentang peralatan dan bahan bantu mengajar yang terdapat di

PKG • menyebar maklumat atau perkembangan tentang reka bentuk pengajaran dan

teknologi instruksional • menyedia kemudahan pinjaman peralatan dan bahan media di PKG

• mengadakan pertandingan bahan mengajar atau perisian multimedia • membantu Guru Perpustakaan dan Media menilai bahan media untuk

koleksi PSS

• mengadakan pameran dan bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh guru

Membina Koleksi Bahan Yang Lengkap

• bahan cetak • bahan bukan cetak

Penghasilan Bahan

• menyediakan peralatan yang diperlukan untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran seperti mesin cetak, alat menjilid, mesin photostat, laminator dan lain-lain.

• Mengenalpasti dan menggunakan kepakaran guru setempat dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.

17 / 27

Page 18: Buku Panduan Pkg - Rujuk

Bimbingan dan Khidmat Bantu

• memberi bimbingan nasihat dan rundingcara dalam penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

• memberi latihan dan bimbingan pengurusan sumber pendidikan kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

• mengendalikan program khidmat bantu penggunaan sumber pendidikan mengikut keperluan guru

• memberi khidmat pinjaman buku dan sumber pengajaran dan pembelajaran

KEPERLUAN KEGIATAN SOSIAL / KOMUNITI

Penganjuran hari keluarga guru , hari terbuka PKG dan program gotong-royong bersama masyarakat dapat :

• membina semangat kesepasukan, kesefahaman, kekitaan dan tanggungjawab dalam pendidikan

• memberi peluang guru-guru berkumpul secara informal dan formal untuk berbincang, menggunakan kemudahan rekreasi dan membuat kerja-kerja secara bergotong-royong

• membina kemahiran sosialisasi di antara pembuat dasar, perancang dan pelaksana kurikulum

• mewujudkan hubungan yang rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dan sekolah

• menggunakan kepakaran dari komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG.

18 / 27

Page 19: Buku Panduan Pkg - Rujuk

SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

• menjadi agen perubahan teknologi pendidikan yang aktif supaya matlamat pelaksanaan perubahan kurikulum yang baru tercapai.

• mengakses dan melaksanakan idea/inovasi baru atau amalan baru untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

• menyebar idea atau amalan baru tentang penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

• menjadi perintis kepada perkembangan atau amalan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

• bekerjasama dengan guru pakar, panitia sekolah atau PPD untuk mencetuskan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran

SEBAGAI AGEN PENYELESAIAN MASALAH

• membantu guru menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

• mengembling tenaga kepakaran setempat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran.

SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN GURU

• meningkatan kemahiran guru dalam teknologi pendidikan dan ICT • meningkatkan kemahiran merekabentuk pengajaran ( Classroom Instructional Design )

19 / 27

Page 20: Buku Panduan Pkg - Rujuk

SEBAGAI B-INKUBATOR ( Showcase Inisiatif ICT )

Melalui B-Inkubator sekolah-sekolah akan mendapat garis panduan yang betul untuk melaksanakan program pembestarian sekolah.

• mewujudkan ruang pameran bagi memaparkan model pembestarian sekolah.

Perubahan ke arah peningkatan kualiti pendidikan bertaraf dunia menuntut kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan semasa. Guru perlu juga mempunyai sikap positif, kreatif dan terarah kendiri. Semua ini merupakan cabaran kepada PKG dalam menjalankan peranannya sebagai agen perubahan dan peningkatan profesionalisme keguruan.

Justeru itu seharusnya setiap pihak yang terlibat mempunyai sikap positif serta bersedia menggembeling tenaga dan mencurah idea bagi mencapai matlamat dan objektif penubuhan PKG, agar ia dapat bergerak seiring dengan institusi pendidikan yang lain, berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

20 / 27

Page 21: Buku Panduan Pkg - Rujuk

LAMPIRAN

A. Cadangan Pelan Bertindak bagi mengatasi Masalah Kurikulum.

B. Surat Pekeliling KP(BTP) 8804/23 Jld. 1/(54)

C. Pelan lantai bangunan PKG

D. PKG – Bilangan dan Lokasi ( 1991 )

21 / 27

Page 22: Buku Panduan Pkg - Rujuk

LAMPIRAN A

CADANGAN PELAN BERTINDAK BAGI MENGATASI MASALAH KURIKULUM

Masalah pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid dalam pembelajaran boleh dilihat dari sudut sikap, kepemimpinan, kemahiran/ketrampilan dan kemudahan.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengatasi sebahagian daripada masalah-masalah yang mungkin timbul.

SIKAP CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Sikap . menyebarkan maklumat tentang inovasi kurikulum Profesionalisme melalui buku panduan, rancangan TV Pendidikan dan motivasi guru VCD Amalan Pengajaran Terbaik.

. mengadakan kursus latihan motivasi

. menyebarkan hasil inovasi guru supaya dicontohi.

. penilaian dan pengesahan kemahiran secara berterusan dan tindaksusulan

. mengadakan seminar dan kumpulan dinamik.

22 / 27

Page 23: Buku Panduan Pkg - Rujuk

KEPIMPINAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Kepimpinan . mengadakan bengkel penerangan klinikal yang berterusan

Pengetua,

guru besar

guru . mengadakan kursus kepeminpinan

. mengadakan lawatan ke PKG Contoh

. mengadakan sesi sumbangsaran antara guru,

pengetua dan guru besar untuk penyelesaian

masalah kurikulum

KEMAHIRAN/ CARA MENYELESAIKAN MASALAH

KETRAMPILAN

Peningkatan . mengadakan program peningkatan pengajaran dan

Kemahiran/ pembelajaran

Ketrampilan

. mengadakan bengkel penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dikenalpasti.

. berkongsi bahan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

. bersama mencari kaedah alternative yang sesuai dari sesuatu daerah atau kelompok PKG ( untuk dijadikan contoh )

. memberi peluang kepada guru mengembangkan idea yang telah diuji keberkesanannya kepada guru lain

. merekabentuk model tertentu bersama ibubapa bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran

23 / 27

Page 24: Buku Panduan Pkg - Rujuk

KEMUDAHAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Kemudahan fizikal . memberi kemudahan fizikal untuk menjalankan

Peralatan dan seminar/kursus/bengkel

Kepakaran

. memberi pinjaman buku, perkakasan dan perisian yang berkaitan dengan kurikulum

. memberi perkhidmatan sebagai pusat rujukan, direktori pakar dalam bidang yang tertentu, direktori alat/dokumen tertentuhudungan rangkaian antara PKG

. mengadakan kemudahan perkhidmatan kepakaran tempatan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

24 / 27

Page 25: Buku Panduan Pkg - Rujuk

LAMPIRAN B

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Jalan Ampang Tel : 03 - 2483422 50604 Kuala Lumpur Fax : 03 – 2480459 Ruj. Kami ; KP(BTP) 8804/23 Jld. 1 (54 ) Tarikh : 14 Ogos 1990 Semua Perngarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg . Datuk/Tuan,

Pusat Kegiatan Guru ( PKG )

Sukacita Bahagian ini menarik perhatian Y. Bhg Datuk/Tuan mengenai perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) atau Education Planning Committee (EPC) di dalam mesyuaratnya pada 26 Julai 1990 telah bersetuju supaya nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tarikh penguatkuasaan penggunaan nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah serta merta.

3. Penuduhan nama pusat Pendidikan Daerah (PSPD) kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah seperti alasan-alasan berikut :-

a) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) memberi satu gambaran yang sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat tersebut. Nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah adalah terlalu umun dan kegiatannya terlalu luas.

b) Pusat Kegiatan Guru (PKG) mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada peringkat awal ( Problems could be solved at source).

c) Pusat Kegiatan Guru (PKG) ini adalah merupakan pusat logistic bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan dikalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah professional dapat diadakan.

d) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) mencerminkan satu yang “neutral”. Ini akan membolehkan lain-lain Unit di Pejabat Pendidikan Daaerah untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Pusat

25 / 27

Page 26: Buku Panduan Pkg - Rujuk

Kegiatan Guru itu. Ini bermakna iannya tidak terhad penggunaanya kepada sebuah unit sahaja.

e) Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah sebenarnya satu lanjutan daripada konsep Pusat Sumber Sekolah, iaitu mana-mana kemudahan yang tidak terdapat di Pusat Sumber Sekolah, kemudahan-kemudahan itu dapat disediakan oleh Pusat Kegiatan Guru. Dengan cara ini alat-alat dan bahan-bahan boleh diperolehi dengan cara yang lebih ekonomik dan penggunaan yang lebih meluas.

f) Istilah “ Daerah “ yang digunakan kepada nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran (administrative district) kerana di dalam sesuatu daerah lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD. Oleh yang demikian nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah lebih sesuai dan boleh mengelakkan sebarang kekeliruan.

4. Sila maklumkan pertukaran nama ini kepada semua yang berkenaan di dalam negeri Y. Bhg. Datuk/Tuan.

Sekian untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Y. Bhg. Datuk/Tuan.

Terima kasih,

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

t.t.

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD

Ketua Pengarah Pendididkan Malaysia

s.k.

Y.B. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia.

Y.B. En. Woon See Chin, Timbalan Menteri Pendidikan

Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan

Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Ketua Setiausaha I dan II

Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II

Kementerian Pendidikan Malaysia

26 / 27

Page 27: Buku Panduan Pkg - Rujuk

Ketua Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pegawai Perhubungan Awam,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

27 / 27