persekitaran makro2

16
PERSEKITARAN MAKRO HASIL TULISAN ASAL : MIMI HAMIZA IBRAHIM 1.0 PENGENALAN Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal (Armstrong & Kotler, 2011). Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di dalam menguruskan sesuatu perniagaan atau organisasi adalah sangat penting dan ia menentukan kejayaan serta mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Persekitaran makro adalah persekitaran yang diluar kawalan syarikat tetapi syarikat perlu sentiasa mengawasinya kerana persekitaran ini boleh memberi peluang dan ancaman kepada syarikat atau organisasi (Armstrong & Kotler, 2011). Ekoran daripada kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada, para usahawan perlulah bijak untuk menanganinya dengan memahami elemen-elemen persekitaran makro tersebut. Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang (Mily, 2011). Bagi melihat kesan persekitaran makro terhadap sesebuah organisasi atau syarikat, organisasi yang telah dipilih adalah Syarikat Boon Siew Sdn Bhd. Ini kerana syarikat ini merupakan di antara syarikat yang terawal dan berkembang. Syarikat Boon Siew Sdn Bhd sinonim dengan motosikal Honda yang diasaskan oleh

Upload: nach-baharin

Post on 04-Dec-2015

95 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Sample Assignment

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEKITARAN MAKRO2

PERSEKITARAN MAKRO

HASIL TULISAN ASAL : MIMI HAMIZA IBRAHIM

1.0              PENGENALAN

Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka

masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal (Armstrong &

Kotler, 2011). Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di dalam menguruskan

sesuatu perniagaan atau organisasi adalah sangat penting dan ia menentukan kejayaan serta

mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Persekitaran makro adalah

persekitaran yang diluar kawalan syarikat tetapi syarikat perlu sentiasa mengawasinya kerana

persekitaran ini boleh memberi peluang dan ancaman kepada syarikat atau organisasi

(Armstrong & Kotler, 2011). Ekoran daripada kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal

persekitaran yang ada, para usahawan perlulah bijak untuk menanganinya dengan memahami

elemen-elemen persekitaran makro tersebut. Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen

persekitaran makro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu elemen

ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang (Mily, 2011).

Bagi melihat kesan persekitaran makro terhadap sesebuah organisasi atau syarikat,

organisasi yang telah dipilih adalah Syarikat Boon Siew Sdn Bhd. Ini kerana syarikat ini

merupakan di antara syarikat yang terawal dan berkembang. Syarikat Boon Siew Sdn Bhd

sinonim dengan motosikal Honda yang diasaskan oleh Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew.

Boon Siew Honda Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Malaysia yang dilesenkan untuk

memasang, mengedar dan menjual model-model motosikal Honda di Malaysia. Beliau

merupakan usahawan yang berjaya dan bijak mengambil peluang di dalam perniagaan

pengedaran motosikal. Beliau menyedari kelebihan motosikal Honda adalah ringan dan kecil

berbanding motosikal yang dikeluarkan oleh Eropah. Pada tahun 1958, Boon Siew melihat

populariti motosikal Honda Cub Super di mana pada waktu tersebut hanya diperkenalkan di

Jepun dan beliau percaya ia boleh mendapat sambutan di Malaysia. Pihak Honda Jepun, Honda

Motor Co Ltd telah melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia

dan pada waktu tersebut, hanya 50 unit sahaja motosikal Honda telah diimport ke Malaysia.

Sebuah kilang telah dibina di Pulau Pinang untuk memasang Honda Cub dan motosikal Honda

Page 2: PERSEKITARAN MAKRO2

yang dipasang di Malaysia telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub

menjadi motosikal yang paling laris di Malaysia dan Boon Siew telah diikhtiraf sebagai orang

pertama yang membawa motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara (Danny Tan, 2012).

Boon Siew Honda Sdn Bhd telah menjalankan usahasama antara Honda Co Ltd dan

Oriental Holdings Bhd yang mula beroperasi pada September 2008 dengan matlamat

mengukuhkan pengeluaran motosikal dan jualan di Malaysia serta untuk mencapai kepuasan

pelanggan yang lebih tinggi dan cekap. Pengeluaran motosikal Honda iaitu syarikat Oriental

Holdings Bhd telah memegang cawangan bagi memasang dan mengedar motosikal Honda sejak

tahun 1957 lagi. Sekarang ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn Bhd adalah bertindak

sebagai memasang Honda, sementara Boon Siew Honda Sdn Bhd mengedarkannya. Produk yang

dikeluarkan oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd antaranya adalah motorsikal jenama Wave Dash,

CRF 250L, CBR1000RR, EX5 Dream, Future, Gold Wing, Wave Dash SE, Wave 110, Wave

100, Icon dan CBR 250R. Ahli Lembaga Pengarah Boon Siew Honda Sdn Bhd adalah

dipengerusikan oleh Dato’ Loh Cheng Yean. Oriental Holdings Bhd dan Honda Motor Co Ltd

telah mengembangkan dan mempromosi jualan motosikal di seluruh Malaysia, Singapura dan

Brunei (Danny Tan, 2012).

2.0              ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO

2.1              Elemen persekitaran makro ialah ekonomi. Persekitaran ekonomi dapat dilihat melalui faktor-

faktor yang mempengaruhi kuasa beli pengguna dan corak perbelanjaan (Kotleret al, 2011).

Pemasar harus mengawasi pola utama pendapatan dan perubahan pola perbelanjaan pengguna.

Sebarang perubahan sama ada dalam bentuk positif dan negatif di dalam pembolehubah utama

ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan, kos hidup, simpanan dan pinjaman akan

memberi kesan terhadap pasaran (Azianlin, 2007). Kuasa membeli pengguna bergantung kepada

harga, pendapatan semasa, kredit dan tabungan. Contohnya, syarikat Honda Jepun iaitu Honda

Motor Co Ltd telah melantik Boon Siew Honda Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal motosikal

Honda di Malaysia kerana ia melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang akan berkembang

dan mempunyai pasaran yang besar di Asia dan dunia (Danny Tan, 2012).

2.2              Elemen persekitaran makro ialah teknologi. Banyak teknologi baru telah dicipta bagi

menggantikan teknologi lama. Kadar perubahan teknologi adalah cepat dan pantas pada masa

kini. Melalui perubahan dan inovasi teknologi ini, lebih banyak peluang dan pasaran baru dapat

Page 3: PERSEKITARAN MAKRO2

diwujudkan (Azianlin, 2007). Contohnya, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah menggunakan

pelbagai alatan yang lebih canggih antaranya mesin berbanding sebelumnya. Kesannya pelbagai

produk baru telah dicipta serta menambah produk yang sedia ada kepada yang lebih inovatif dan

produktif kesan daripada perkembangan teknologi. Antaranya produk motosikal Honda model

Wave yang dilihat telah diperbaharui daripada model Wave Dash kepada Wash Dash SE, Wave

110 dan Wave 100 (Danny Tan, 2012).

2.3              Elemen persekitaran makro ialah kebudayaan sosial. Persekitaran ini terdiri daripada institusi

dan pengaruh lain yang mempengaruhi asas, persepsi, keutamaan serta gelagat sesebuah

masyarakat. Individu yang dibesarkan dalam kelompok masyarakat membentuk nilai dan

kepercayaan mereka berdasarkan norma masyarakat tersebut. Kebudayaan sosial terdiri daripada

dua aspek iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat. Demografi berkait

rapat dengan data populasi seperti saiz, kepadatan lokasi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan,

penghijrahan populasi dan statistik lain yang berkaitan dengan populasi (Mily, 2011). Faktor

statistik demografi mudah diperolehi kerana ia adalah data pungutan kerajaan dan ia boleh

digunakan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kajian serta pengawasan terhadap

syarikat dalam demografi penting kerana populasi membentuk pasaran (Azianlin, 2007).

Contohnya, dalam aspek demografi di mana Boon Siew Honda Sdn Bhd mula beroperasi pada

tahun 1958 di Pitt Street, Pulau Pinang kerana pada ketika itu, bandar tersebut merupakan pusat

tumpuan ekonomi dan ia juga merupakan kawasan populasi penduduk yang tinggi (Mohammad

Fikri, 2011).

2.4              Eleman persekitaran makro ialah politik dan undang-undang. Persekitaran ini

merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang oleh pihak kawalan syarikat yang

memberi pengaruh atau had di dalam firma atau individu dalam masyarakat (Armstrong &

Kotler, 2011). Undang-undang di dalam persekitaran makro meliputi peraturan-peraturan yang

diperuntukkan oleh pihak kerajaan seperti reka bentuk produk dan menetapkan harga terhadap

barang kawalan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja seperti rangka undang-undang

yang diwujudkan yang memerlukan syarikat memenuhi atau mematuhi undang-undang yang

ditetapkan. Perniagaan juga dikawal oleh undang-undang yang sedia ada seperti Undang-Undang

Kontrak, Undang-Undang Jualan Barang-Barang, Undang-unang Sewa Beli, Undang-Undang

Perkongsian, Undang-Undang Syarikat dan sebagainya. Syarikat tidak boleh sesuka hati

melakukan sesuatu perkara bagi tujuan membaiki dan mengekalkan keadaan yang sedia ada

Page 4: PERSEKITARAN MAKRO2

(Azianlin, 2007). Contohnya Boon Siew Honda Sdn Bhd telah menetapkan undang-undang

syarikat melalui matlamatnya di mana bertujuan untuk mengukuhkan pengeluaran motosikal dan

jualan di Malaysia serta untuk mencapai kepuasan pelanggan yang lebih tinggi dan cekap semasa

melakukan usahasama bersama Honda Co Ltd dan Oriental Holdings Bhd (Danny Tan, 2012).

3.0              KESAN ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO KEPADA ORGANISASI

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah ekonomi di mana persekitaran

ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Faktor-faktor

ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran kerana ia boleh mempengaruhi

permintaan, kos, harga dan keuntungan. Antaranya perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila

pendapatan meningkat, kuasa beli juga akan meningkat (Girijasankar & Bhar, 2011). Contohnya,

semasa negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, industri automobil

menghadapi kesukaran apabila unit jualan semakin menurun. Boon Siew Honda Sdn Bhd turut

menerima kesan krisis ini di mana penjualan syarikat merosot daripada 78% unit menjunam

kepada 25% unit sahaja bagi tahun tersebut (Danny Tan, 2012).

3.1              Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah teknologi. Teknologi merupakan

tenaga yang paling dramatik yang memberi kesan kepada usahawan atau syarikat (Kotler at el,

2011). Dengan menukarkan teknologi boleh menjejaskan permintaan bagi produk dan

perkhidmatan firma, proses pengeluaran dan bahan-bahan mentah serta turut menjejaskan proses

dalam melaksanakan tugasan (Kotler et al, 2008). Menurut Yusof et al (2004) mengatakan

bahawa tindakan firma membawa masuk teknologi yang baru ke dalam firma yang mempunyai

teknologi yang lebih rendah, akan memberi kesan kejutan kepada firma tersebut. Tindakan ini

akan menyebabkan kesukaran kepada firma untuk saling menyesuaikan diri terutamanya jika

perubahan bertentangan dengan polisi atau objektif sebenar firma. Perubahan ini mengakibatkan

pembaziran dari segi masa, pengangguran, tenaga, wang dan juga sumber-sumber lain (Mily,

2011). Ia juga mengancam survival produk, firma atau industri. Perubahan teknologi telah

menyebabkan lebih banyak peluang dan ancaman kepada pemasar. Ini kerana peningkatan dalam

teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasaran. Contohnya,. Boon Siew Honda Sdn Bhd

telah meningkatkan dan mengembangkan penggunaan mesin seperti robot yang diimport dari

negara Jepun bagi tujuan mengeluarkan produk yang lebih bermutu dan berinovatif. Namun,

Page 5: PERSEKITARAN MAKRO2

kesannnya menyebabkan berlaku pengurangan dalam tenaga kerja yang membawa kepada

masalah krisis pengangguran di dalam negara (Danny Tan, 2012).

3.2              Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah kebudayaan sosial sama ada melalui

demografi atau kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh mempengaruhi pemasar

dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk yang

sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Sekiranya strategi yang digunakan tidak sesuai, ini akan

merugikan syarikat. Melalui kebudayaan pula, institusi dan kuasa-kuasa lain memberi kesan

kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku (Kotler et al, 2011).

Elemen persekitaran ini boleh memberi ancaman dan peluang kepada organisasi terutama dari

aspek keperluan dan kehendak pelanggan. Contohnya, sikap prejudis masyarakat di Malaysia

pada ketika dahulu terhadap negara Jepun ekoran kejahatan dan penyeksaan yang telah dilakukan

oleh Jepun semasa memasuki dan menceroboh Tanah Melayu. Kesannya dapat dilihat semasa

awal penubuhan Boon Siew Honda Sdn Bhd di mana mendapat pelbagai reaksi daripada

masyarakat serta tidak mendapat sokongan daripada ramai pihak. Ini kerana, ekoran daripada

budaya masyarakat pada waktu tersebut adalah prejudis kepada negara Matahari Terbit iaitu

Jepun (Danny Tan, 2012).

3.3              Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah politik dan undang-undang. Politik

dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada persekitaran makro di mana

setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan untuk memperolehi perhatian dan

sumber. Keadaan ini berlaku kerana para usahawan atau majikan telah menggunakan kekuatan

politik yang mereka ada. Para usahawan perlu menerima dan mematuhi polisi, undang-undang

dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan. Usahawan terpaksa menerima unsur-unsur

politik dan undang-undang yang dibuat atau telah di buat bagi tujuan pelaburan. Antaranya, ia

merujuk kepada berlakunya rasuah, ketidakstabilan dan keganasan di kawasan di mana

perniagaan dijalankan. Di kawasan yang risiko politik adalah tinggi, adalah sukar dan

mempunyai kos yang tinggi untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber yang

menyebabkan berlakunya penambahan kos untuk pelaburan baru (Kotler et al, 2011). Undang-

undang penting yang dilihat yang boleh menjejaskan perniagaan atau pelaburan termasuklah

undang-undang dalam bidang kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang

kompetitif. Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya mempengaruhi

objektif organisasi, dasar, keputusan, sekatan undang-undang dan juga undang-undang berkaitan

Page 6: PERSEKITARAN MAKRO2

cukai (Mily, 2011). Contohnya, melalui undang-undang halangan perdagangan dan tariff yang

dikenakan terhadap perkhidmatan dan barangan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa.

Keadaan ini bukan sahaja menyekat, malah menghalang sumber aliran bebas dari negara lain.

Contohnya, selaku pelindung kepada industri tempatan seperti industri automobil di Malaysia

yang telah dikenakan sekatan perdagangan. Keadaan ini turut memberi kesan kepada syarikat

Boon Siew Honda Sdn Bhd yang menjalankan eksport dan import barangan antarabangsa

(Danny Tan, 2012).

4.0              CADANGAN UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN

MAKRO DALAM ORGANISASI

4.1              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek

ekonomi. Organisasi atau syarikat perlu membuat analisa dan kajian terhadap dasar ekonomi,

sistem ekonomi dan persekitaran ekonomi sama ada pada tahap tempatan, nasional dan global di

mana operasi dan perkhidmatan mereka dijalankan. Ini kerana persekitaran ekonomi memainkan

peranan penting di dalam kegagalan dan kejayaan sesebuah organisasi atau syarikat. Syarikat

perlu mengenalpasti tahap keadaan ekonomi yang akan atau memberi lebih kesan kepada

organisasi dan syarikat serta harus meninjau, memantau, meramal dan mentafsir persekitaran

ekonomi sama ada diperingkat domestik atau dunia. Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji

suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan tetapi juga semasa perniagaan sedang

berkembang (Azianlin, 2007). Persekitaran ekonomi merangkumi semua produk dan penghasilan

dalam perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan penggunaan. Syarikat atau organisasi perlu

saling berhubungkait antara satu sama lain (Cheng Soon, 2009). Contohnya, Boon Siew Honda

Sdn Bhd telah mengembangkan perniagaannya di pasaran antarabangsa seperti di Brunei dan

Singapura kerana syarikat ini telah melakukan kajian dan pemantauan dengan melihat faktor

ekonomi negara tersebut yang berkembang dan maju. Keadaan ini memberi kesan ke atas

peningkatan di dalam permintaan dan boleh mengembangkan ekonomi syarikat (Danny Tan,

2012).

4.2              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek

teknologi di mana, penggunaan teknologi baru yang lebih konsisten dan efisen (Kotler et al,

2008). Syarikat perlu membuat perubahan kecil terhadap reka bentuk, produk formulasi dan

pengeluaran serta bahan dan pengedaran. Melalui ini, penciptaan teknologi baru selalunya

Page 7: PERSEKITARAN MAKRO2

mempunyai nilai ekonomi dan tiada saingan pada peringkat awal serta selalunya dimonopoli oleh

individu tersebut (Cheng Soon, 2009). Organisasi atau syarikat juga perlu bijak mengawal dan

memantau perubahan teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi

keperluan manusia. Ia bertujuan agar produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima

dipasaran sasaran. Ia boleh mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam pengeluaran

produk dan membawa kepada inovasi. Contohnya, kesan daripada kemajuan teknologi turut

memberi kesan kepada Boon Siew Honda Sdn Bhd dalam pengeluaran produk-produk. Ekoran

daripada perkembangan teknologi menyebabkan syarikat dapat mengeluarkan produk yang lebih

baik dan bermutu tinggi mengikut peredaran masa dan permintaan berbanding pada awal

pengeluaran produknya. Pada awal penubuhan, Boon Siew Honda Sdn Bhd hanya menghasilkan

satu produk sahaja iaitu Honda Cub. Namun, setelah dikaji dan wujudnya teknologi-tenologi

yang moden serta kecanggihan peralatan mesin yang ada, pelbagai model motosikal dapat

dihasilkan (Cheng Soon, 2009). Keadaan ini disebabkan kesan daripada perkembangan teknologi

yang banyak membantu dalam menghasilkan produk-produk yang lebih berkualiti.

4.3              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek

kebudayaan sosial seperti aspek demografi dan budaya. Dalam aspek demografi, organisasi atau

para usahawan perlu menilai perubahan demografi untuk mengenalpasti peluang perniagaan

yang ada.. Sesebuah syarikat perlu membuat pemantauan dan penyelidikan sama ada dalam

aspek lokasi, saiz, kepadatan, bilangan penduduk, kelas sosial, dan statistik lain berhubung

populasi penduduk dalam sesebuah negara atau kawasan. Ini kerana ia mempengaruhi

perkembangan sesebuah syarikat atau organisasi terutama dalam aspek jumlah kuantiti produk

yang akan dikeluarkan atau produk yang sesuai dikeluarkan kerana populasi membentuk pasaran.

Ini dapat dilihat melalui populasi penduduk di mana meningkatnya populasi menyebabkan kuasa

beli akan menjadi semakin besar. Selain itu, ke semua unsur ini menjadi faktor sumbangan

kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti syarikat . Ini menunjukkan para

usahawan perlu melihat faktor-faktor demografi terlebih dahulu sebelum membuka atau

memulakan operasi dalam perniagaan mereka Dalam kebudayaan pula, usahawan perlu menilai

dan memantau pertukaran cara hidup masyarakat bagi tujuan untuk mengenalpasti peluang

perniagaan. Usahawan perlu meramal dan menilai perubahan yang berlaku untuk memperolehi

kejayaan dan keuntungan. Usahawan juga boleh menggunakan informasi data yang ada dari

sumber umum dan sendiri untuk menilai perubahan ini (Kotler et al, 2008). Contohnya, pada

Page 8: PERSEKITARAN MAKRO2

awal penubuhan syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd, Honda Cub telah dipasarkan setelah

syarikat membuat pemantauan dan kajian bahawa produk tersebut akan mendapat sambutan yang

luar biasa. Ini kerana, motisikal terebut boleh membawa banyak muatan dan tahan lasak. Hasil

daripada kajian yang telah dilakukan pada waktu tersebut, syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd

melihat kenderaan ini akan dijadikan kenderaan untuk mengangkut muatan kepada masyarakat

terutama golongan petani serta ia juga murah berbanding motosikal lain. Syarikat telah membuat

pemantauan dan kajian terlebih dahulu tentang permintaan dan kehendak masyarakat. Manakala,

maintenance dan spare part juga murah dan senang untuk ditunggangi (Cheng Soon, 2009).

4.4              Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek

politik dan undang-undang. Organisasi atau syarikat perlu menilai dan mengawasi persekitaran

politik sepenuhnya untuk mengenalpasti ancaman dan peluang yang ada. Syarikat juga perlu

mengawasi apa yang sedang dan akan berlaku kerana ia akan memberi kesan, sama ada secara

langsung atau tidak langsung kepada syarikat. Ia juga bertujuan agar tindakan yang dilakukan

tidak mendatangkan sebarang masalah iaitu dengan membuat perancangan produk dan program

pemasaran syarikat. (Azianlin, 2007). Keadaan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di

dalam syarikat atau firma dan ia juga memberi peluang kepada usahawan untuk memulakan dan

mengembangkan perniagaan mereka. Menurut Hogan et al (1999), memperbaiki pengurusan

persekitaran undang-undang iaitu dengan cara meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis

panduan dan dasar-dasar dalam sesebuah syarikat atau firma yang wajib dipatuhi. Ini bertujuan

mewujudkan firma atau syarikat yang lebih berkembang dan maju (Kotler et al, 2011). Selain

itu, ia bertujuan mewujudkan atau mengenakan kawalan untuk menghadkan keuntungan yang

berlebihan serta menggalakkan penggunaan oleh pelanggan. Selain itu juga, ia bertujuan untuk

menggalakkan pelanggan atau pembekal membayar kos penuh dan mengenakan kawalan untuk

mencegah tingkah laku yang jahat. Ia juga bertujuan untuk memantau dan menguruskan prestasi

dan kualiti bagi memastikan standard yang boleh diterima. Contohnya, melalui elemen politik,

semasa awal penubuhan syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd, syarikat ini telah dilantik sebagai

pengeluar tunggal Honda di Malaysia. Kesannya tidak wujud persaingan di dalam pasaran

ekonomi tempatan. Keadaan ini baik untuk perkembangan ekonomi syarikat tersebut (Cheng

Soon, 2009).

5.0              KESIMPULAN

Page 9: PERSEKITARAN MAKRO2

Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan positif atau negatif kepada keupayaan

syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi dan berkembang, di samping mengekalkan

arusniaganya dengan pembeli dan pengguna sasaran. Perubahan sentiasa berlaku dalam

persekitaran sama ada secara mendadak, perlahan atau tidak menentu. Keadaan ini mampu

memberi kesan yang mendalam dan mengejut kepada syarikat atau organisasi. Oleh itu, apa yang

dapat dirumuskan, organisasi berada di dalam satu persekitaran yang luas. Dalam persekitaran

ini, wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal yang mana akan memberi

peluang serta ancaman kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi.

Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ia tidak berada dalam satu keadaan yang strategik

atau tidak berubah.

Untuk berjaya, sesebuah syarikat atau organisasi perlu mematuhi strategi persekitaran

syarikat atau organisasi serta di mana ia beroperasi atau dapat membentuk semula syarikat atau

organisasi tersebut dengan lebih baik melalui pilihan strategi yang berkesan. Apa yang dapat

dilihat, langkah yang perlu di ambil untuk mengurus elemen ini ialah dengan membuat

perancangan yang baik di mana syarikat atau organisasi perlu memahami persekitaran makro

terlebih dahulu. Ini kerana, syarikat atau organisasi bukan sahaja perlu mengkaji suasana

persekitaran semasa memulakan operasi syarikat atau organisasi, tetapi syarikat atau organisasi

perlu juga mengkaji semasa operasi syarikat atau organisasi sedang berkembang. Oleh itu,

syarikat atau organisasi dilihat gagal apabila strategi organisasi tidak sesuai dengan persekitaran

di mana syarikat atau organisasi beroperasi.

Dalam erti kata lain, syarikat atau organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran ini,

namun, syarikat atau organisasi tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini. Sesebuah syarikat

atau organisasi perlu mengetahui strategi perancangan yang perlu diselaraskan agar syarikat atau

organisasi boleh mendapatkan dan mengekalkan syarikat tersebut terutama dalam aspek berdaya

saing. Apa yang dapat dilihat, persekitaran makro terdiri daripada kuasa-kuasa yang berada di

luar syarikat atau organisasi dan secara amnya ia tidak boleh diubah oleh tindakan syarikat atau

organisasi tersebut. Persekitaran ini dilihat berhubung secara tidak langsung dengan syarikat atau

organisasi.

Menurut McLaughlin dan Kaluzny (1999), persekitaran makro boleh mempengaruhi

syarikat atau firma di dalam perkhidmatan yang dilakukan. Persekitaran makro dilihat banyak

mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam sesebuah syarikat atau firma dengan harapan

Page 10: PERSEKITARAN MAKRO2

usaha ini akan meningkatkan hubungan antara firma, pengurus dan pelanggan dengan memberi

manfaat dan kebaikan kepada semua pihak (Mohammad Fikri, 2011).

Kesimpulannya, setelah mengawasi serta mengetahui peranan dan pengaruh persekitaran

makro kepada syarikat, firma atau organisasi, terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung

yang boleh memberikan peluang dan ancaman untuk jangka waktu pendek atau panjang dan

menjadikan syarikat atau organisasi semakin kukuh atau sebaliknya bergantung kepada tindakan

dan pendekatan yang di ambil oleh organisasi. Oleh itu, syarikat atau organisasi perlulah

mengawasi sebarang perubahan yang berlaku di dalam elemen-elemen tersebut agar tidak

memberi kesan yang buruk kepada syarikat.