kesihatan dan keselamatan persekitaran

37

Click here to load reader

Upload: manroy

Post on 25-Jun-2015

430 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENGHARGAAN

,

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya

menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan

dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya

iaitu En. Faisal Bin Hj. Karim di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau

dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan

tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan

di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya

sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di

dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala

kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.

Terima Kasih.

Azman Bin Salleh

750312-02-5163

Azman Bin Salleh750312025163

1

Page 2: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

ISI KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN i

KANDUNGAN ii

1. PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

2. Jenis – Jenis Bahan Toksik

2.1 Pencemaran Toksik 2-5

3. Simptom – Simptom Jangkitan Toksik

3.2 Masalah – masalah yang dihadapi 6-8

3.3 Keracunan 8-11

4. Penyakit Akibat Bahan Toksik 10-20

5. Rawatan dan Pencegahan 21-25

6. BIBLIOGRAFI 26

Azman Bin Salleh750312025163

2

Page 3: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pengenalan

Bahan buangan toksik bermaksud bahan buangan yang mengandungi sifat-sifat fizikal, kimia atau

biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar dan boleh berlaku sama ada dalam jangka

masa pendek atau panjang. Ini kerana bahan buangan toksik berbahaya bersifat mudah terbakar,

mudah menghakis, beracun dan I atau mudah bertindakbalas atau meletup apabila bercampur

dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair, pepejal dan gas.

Info Alam

PEPEJAL MUDAH TERBAKARPEPEJAL: BOLEH TERBAKAR SECARA

SEPONTAN

CECAIR MUDAH TERBAKARPEPEJAL: BERBAHAYA APABILA

BASAH

BAHAN PENGOKSIDAAN BAHAN LETUPAN 

BAHAN BERJANGKIT BAHAN TOKSID BAHAN MENGAKIS

Azman Bin Salleh750312025163

3

Page 4: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Jenis-Jenis Bahan Buangan Toksik

Sisa Radioaktif oleh loji nuklear.

Azman Bin Salleh750312025163

4

Page 5: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Sisa Radioaktif oleh loji nuklear.

Pembuangan Sampah Sarap

Pembuangan Sampah Sarap

Azman Bin Salleh750312025163

5

Page 6: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Penggunaan racun dalam pertanian

Penggunaan racun dalam pertanian

Azman Bin Salleh750312025163

6

Page 7: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Kesan dari bahan radioaktif

Toksik dari asap rokok

Azman Bin Salleh750312025163

7

Page 8: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Di bawah ini adalah tanda-tanda jangkitan akibat dari toksik yang diperolehi dari

internet dan juga bahan bacaan yang berkenaan dengan toksik. Tanda-tanda di bawah ini

meliputi dari semua bahan toksik cecair, pepejal dan gas.

☻ Masalah kegagalan buah pinggang

Apabila terdedah dengan bahan toksik berkamungkinan seseorang akan mengalami kegagalan buah

pinggang untuk berfungsi dengan licin. Dengan kegagalan ini akan mengundang pelbagai masalah

kepada pesakit terutama pembuangan bahan toksik dari badan.

☻ Masalah keracunan

Simptom-simptom dalam keracunan biasanya tidak khusus . Beberapa sistem organ manusia

mungkin terjejas pada satu masa bergantung kepada jenis bahan racun yang terbabit . Pesakit akan

menemui ajal sekiranya saluran darah tersekat , penekanan fungsi pernafasan atau apabila mangsa

tersedak dengan bahan racun yang masuk ke dalam paru-paru . Sebab utama kematian akibat

keracunan ialah kesukaran bernafas .

Kanak-kanak yang mengalami keracunan akan mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darahnya

sekiranya punca lain tidak dapat dikenalpasti . Sekiranya kesukaran bernafas berlaku , keracunan

harus disyaki terutama apabila pesakit seorang yang tidak siuman , pesakit dikenalpasti mengalami

stres yang teruk , koma atau pesakit muda yang mengalami degupan jantung tidak menentu tanpa

diketahui punca sebenar .

☻ Masalah sistem saraf

Bahan toksik juga boleh menyebabkan masalah sistem saraf yang mana ia boleh mengundang

pelbagai penyakit berkaitan dengan saraf. Jika ia menganggu system saraf berkemungkinan

seseorang itu akan mendapat penyakit mental sama ada smenetara atau kekal.

☻ Sakit kerongkong

Sistem kerongkong akan menjadi tidak selesa dan sakit apabila terdedah pada bahan toksik. Ini akan

membuatkan seseorang hilang selera makan dan memberikan tekanan perasaan.

Azman Bin Salleh750312025163

8

Page 9: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

☻ Masalah pada hati

Bahan toksik yang masuk ke dalam badan kita juga boleh menyebabkan penyakit hati atau barah

hati yang sukar untuk diubati. Hati adalah satu organ yang amat penting bagi manusia dan perlu

dijaga dengan baik. Akibat kegagalan hati boleh mengakibatkan perlbagai penyakit yang serius

kepada seseorang.

☻ Masalah pernafasan

Sekiranya kita terkena bahan toksik secara berlebihan maka kita akan mengalami masalah dalam

pernafasan yang mungkin boleh membawa kepada kematian. Masalah pernafasan boleh dikesan

semasa kita tidur dimana bunyi dengkur yang kuat mungkin disebabkan oleh toksik yang berlebihan

di dalam badan menyukarkan kita bernafas dengan selesa.

☻ Masalah jantung

Bahan toksik tak kira dari jenis apa akan merosakkan jantung dan akan menyukarkan untuk darah

dipam ke seluruh badan. Ada pelbagai tanda yang menunjukkan jantung kita bermasalah tak kira

disebabkan oleh toksik ataupun sebab lain.

☻ Masalah paru-paru

Kesan bahan toksik juga boleh meberi kesan kepada paru-paru manusia akibat daripada bahan

toksik yang masuk ke dalam badan. Paru-paru yang bermasalah akan memberikan tekanan kepada

seseorang dalam menjalani kehidupan secara normal.

☻ Masalah kulit

Sekiranya kita terdedah pada sisa toksik radioaktif maka penyakit yang biasa di hidapi ialah

masalah kulit yang teruk. Penyakit kulit yang paling memberbahaya ialah barah kulit. Tanda-tanda

barah kulit lebih teruk daripada tandat-tanda penyakit kulit yang lain.

☻ Masalah berkaitan dengan organ badan gagal berfungsi

Azman Bin Salleh750312025163

9

Page 10: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Masalah organ badan gagal berfungsi dengan baik apabila kita terdedah kepada bahan toksik yang

terlalu banyak dan sudah tidak boleh dtampung oleh badan yang normal.

☻ Masalah berkaitan dengan penglihatan

Bahan toksik juga boleh menyebabkan sistem penglihatn menjadi lebih teruk seperti rabun dan silau

serta sebagainya akibat daripada bahan toksik.

☻ Masalah berkaitan mental

Bahan toksik akan menyebabkan seseorang tidak boleh berfikiran dengan waras dan rasional akan

menyebabkan seseorang mengalami masalah mental. Tekanan akibat daripada penyakit yang

disebabkan oleh toksik akan menambahkan lagi masalah dan membuat seseorang hilang kawalan

dan juga buntu mencari penyelesaian.

Ini sebagai maklumat tambahan dari internet berkaitan dengan keracunan

Antidepresi

(imipramine, triptylines )

Sawan , nadi tidak menentu dan perlahan , koma , pengsan , nadi pantas , pupil mata mengembang , kejutan .

Ubat sakit sendi seperti aspirin atau minyak gosok panas yang mengandungi salisilat metil

Muntah-muntah , bernafas dalam – dalam dan pantas , demam

Ubat selsema

(anthistamina )

Pening , bingung , meracau , pergerakan terhuyung-hayang, tiada kordinasi , pupil mata mengembang , kulit merah padam dan demam .

Ubat tidur/sawan yang mengandungi barbiturat

Tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , koma atau pengsan .

Ubat sakit jantung yang mengandungi digoksin

Rasa loya , muntah-muntah , nadi tidak menentu dan perlahan serta demam .

Zat besi Muntah-muntah , kejutan .

Narkotik seperti morfin dan kodein dalam ubat batuk

Koma atau pengsan , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , pupil mata mengecil .

Ubat penenang Pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi , tidak

Azman Bin Salleh750312025163

10

Page 11: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

bernafas atau pernafasan yang perlahan , koma atau pengsan , sawan .

Tumbuh-tumbuhan Simptom keracunan

Cendawan Muntah-muntah .

Kecubung Pupil mata mengembang , kulit merah padam , demam , nadi pantas , pening ,bingung , meracau , sawan .

Bahan-bahan yang disimpan di rumah

Simptom keracunan

Bahan asid / alkali seperti pencuci longkang, pengkakis

Melepuh di bahagian mulut , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , kejutan .

Peluntur-natrium hipoklorit Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , kejutan .

Asid borik Rasa loya , muntah-muntah , kulit merah padam .

Kamfor Rasa loya , muntah-muntah , pening , bingung , meracau , sawan , kejutan .

Disinfektan-fenol Melepuh di bahagian mulut , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , pening , bingung , meracau , koma atau pengsan , kejutan .

Minyak tanah dan cecair pemetik api

Rasa loya , muntah-muntah , sukar bernafas .

Ubat gegat Rasa loya , muntah-muntah .

Pengilap perabot dan pelarut- penipis cat

Muntah-muntah , sukar bernafas .

Turpentin Rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , sukar bernafas , pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi dan sawan .

Penyembur-freon Kejutan .

Azman Bin Salleh750312025163

11

Page 12: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Alkohol-metil, alkohol gosok Rasa loya , sakit kepala , koma atau pengsan .

Alkohol - minuman arak, minyak wangi

Rasa pedih/ panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , sawan , koma atau pengsan .

Racun Makhluk Perosak Simptom keracunan

Racun serangga Hidrokarbon: klordane, lindane

Muntah-muntah , sakit kepala , pening , bingung , meracau , sawan , sukar bernafas , nadi tidak menentu dan perlahan , kejutan .

Fosfat: diazinon, parathion Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , pergerakan terhuyung-hayang , tiada kordinasi , nadi tidak menentu dan perlahan , warna kebiruan di bahagian mulut .

Fluorid-racun semut, lipas dan tikus

Muntah-muntah , rasa pedih / panas seperti terbakar di bahagian mulut , perut , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan , nadi tidak menentu dan perlahan , sawan

Arsenik-racun tikus, herbisid Rasa loya , muntah-muntah , sakit kepala , kejutan .

Striknin-racun tikus Sawan , koma atau pengsan .

Karbon tetraklorid Muntah-muntah , tidak bernafas atau pernafasan yang perlahan dan kejutan .

Gas Simptom keracunan

Karbon monoksid Sakit kepala , pening ,bingung ,meracau , koma atau pengsan , kulit merah padam .

Sianid-fumigant Sakit kepala , muntah-muntah , sukar bernafas , nadi pantas , sawan , koma atau pengsan .

Bisa sengatan serangga Simptom keracunan

Himenoptera – lebah Sukar bernafas , rasa mual , muntah-muntah dan tekanan darah menurun yang boleh menyebabkan kematian .

Makanan tercemar Sakit perut , muntah dan cirit-birit selepas 3-24 jam terkemudian . Demam , muntah-muntah , lemah dan hilang selera makan melebihi tempoh 6 jam .

Azman Bin Salleh750312025163

12

Page 13: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Plumbum Kesakitan usus , abdomen , diarea , muntah teruk , tanda anemia , kurang selera makanan , garisan gusi kebiruan / hitam / kebiruan , anggota lumpuh / lemah , halusinasi , seizur , koma , mungkin kematian .

Salah satu penyakit yang disebabkan oleh toksik adalah seperti di bawah ini. Penyakit ini

disebabkan oleh bahan toksik yang terkandung dalam asap rokok ( gas ).

☻ Penyakit Jantung, Paru-paru dan Kanser dari toksik asap rokok.

Azman Bin Salleh750312025163

13

Page 14: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

* Nikotin dan karbon monoksida dalam rokok merosakkan endothelium yang menyediakan tapak

kepada pengumpulan plak. Toksin daripada asap tembakau merendahkan kolesterol baik dan

meningkatkan paras kolesterol berbahaya.

* Menyedut asap rokok akan mengurangkan vitamin dan nutrien tubuh yang akan melemahkan

sistem imun tubuh. Sistem imun yang lemah akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung,

peparu dan juga kanser

* Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) - ia merupakan kumpulan masalah kesihatan di

mana laluan udara tersekat dan menyebabkan kesukaran bernafas. Bronkitis kronik - penyakit di

mana laluan pernafasan menghasilkan lebih mukus yang memaksa perokok batuk lebih kerap.

Merokok juga dikaitkan sebagai penyumbang utama kepada emphysemia, iaitu penyakit yang

secara perlahan melemahkan keupayaan untuk bernafas. Merokok akan meningkatkan kadar

kemerosotan fungsi peparu tiga kali ganda lebih tinggi dan kesukaran bernafas bermula akibat

kemerosotan fungsi peparu.

Di dalam rokok juga terdapat beribu-ribu bahan kimia dan sebahagian besarnya memberi

toksik kepada tubuh. Bahan ini menjejaskan banyak aspek kesihatan daripada fungsi organ dalaman

tubuh hinggalah kepada sistem imun. Kandungan bertoksin daripada rokok boleh memasuki

segenap ruang tubuh dan boleh merosakkan dengan banyak cara.

Cara-cara mengawal penyakit ini dari terus merebak adalah seperti di bawah ini :

● Mengurangkan menghisap rokok ataupun berhenti terus dari menghisap rokok.

● Mengadakan kempen-kempen berkaitan dengan keburukan menghsiap rokok dan juga kesan

kepada tubuh badan.

● Mengedarkan poster-poster atau gambar-gambar kepada orang ramai akibat daripada toksik

daripada asap rokok yang dihisap oleh perokok.

● Memberikan kursus atau ceramah kepada murid-murid sekolah tentang kesan daripada asap rokok

terutama murid-murid sekolah rendah.

Azman Bin Salleh750312025163

14

Page 15: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

● Kerajaan juga boleh menaikkan lagi cukai import bahan bakar ini dengan harapan agar perokok

berasa rugi apabila perlu membeli rokok dengan harga yang lebih tinggi.

● Mencari alternatif untuk menghilangkan rasa ingin merokok dikalangan perokok tegar.

☻ Penyakit Hati dari toksik asap rokok

Pengumpulan toksin yang berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan, dimana kita akan

mudah letih, daya konsentrasi yang lemah, peningkatan berat badan serta risiko pelbagai penyakit.

Hati merupakan organ penting yang melibatkan tugas yang kompleks. Ini termasuklah memproses

ubatan dan toksin lain untuk disingkirkan daripada tubuh. Penyelidikan juga mendapati merokok

menukar keupayaan hati untuk menguruskan bahan-bahan tersebut.

Cara-cara mengawal penyakit ini dari terus merebak adalah seperti di bawah ini :

● Milk thistle dan dandelion adalah dua jenis herba popular dalam menyokong kesihatan hati.

Bahan aktif dalam Milk thistle iaitu silymarin bertindak sebagai antioksida untuk melindungi sel

hati daripada serangan radikal bebas akibat pengumpulan toksin berlebihan. Radikal bebas ialah

bahan yang sangat reaktif dan berupaya menyebabkan kerosakan dan kematian sel. Silymarin juga

boleh merangsang sintesis protein yang membantu merangsang penghasilan sel baru. Kajian

klinikal menunjukkan milk thistle mempunyai kesan yang positif dalam rawatan beberapa jenis

penyakit hati, termasuklah penyakit hepatitis, keradangan pundi hempedu dan sirosis hati.

● Kajian tentang keberkesanan akar dandelion juga merumuskan ia berupaya menggalakkan

pengaliran hempedu dan memperbaiki beberapa jenis keadaan seperti hepatitis, kongesi hati,

keradangan saluran hempedu, batu hempedu dan jaundis. Keberkesanan ini berkait rapat dengan

kebolehan dandelion untuk membekalkan nutrien kepada hati dan meningkatkan fungsi hati.

Penyakit akibat dari sinaran radioaktif

Azman Bin Salleh750312025163

15

Page 16: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Sejak akhir-akhir ini negara Peranchis dan China berlumba-lumba menguji senjata nuklear

mereka untuk mengetahui sejauh mana kekuatan dan kelebihan senjata tersebut. Namun kesan

selepas ujian tersebut menimbulkan pelbagai kesan negatif ke atas alam sekitar mahupun manusia.

Bahaya ujian ini jelas dapat dilihat dari peningkatan paras sinaran radioaktif seperti iodin 131 yang

terhasil daripada ujian nuklear, seterusnya menjejaskan kesihatan manusia.

Oleh itu adalah sepatutnya kita meningkatkan lagi kesedaran dan ilmu pengetahuan kita kepada

bahaya ujian nuklear yang dijalankan oleh mana-mana pihak. Pengukuran sinaran radioaktif

dilakukan dalam unit metrik yang dikenali segarai gray (Gy). Satu (1) Gy merujuk kepada tenaga 1

joule yang diserap oleh 1 kg tisu. Unit yang digunakan sebelum unit gray ialah rad atau rem.

Hubung kait antara unit gray dengan unit rad adalah 1 Gy bersamaan dengan 100 rad atau 100 rem

untuk sinar X dan gama. Alat umum yang digunakan untuk mengukur sinaran radioaktif ialah

Pembilang Geiger-Mueler yang merupakan pengukur kepada pengionan yang berlaku apabila

sinaran radioaktif memasuki alat pengukur.

☻Kesan sinaran radioaktif ke atas manusia menyebabkan Kanser.

Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi ion.

Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan atom lain di dalam sel untuk menghasilkan

kerosakan. Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam

sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku. Pada dos sinaran yang tinggi

(sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki kerosakan sehingga menyebabkan sel-sel mati atau

tak normal. Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain.

Dalam sesetengah keadaan, salah satu kesan dari pendedahan sinaran radioaktif ialah risiko untuk

mendapatkan penyakit kanser adalah lebih tinggi.

☻Kerosakan Organ

Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk

menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku dikenali sebagai penyakit sinaran

radioaktif.

Azman Bin Salleh750312025163

16

Page 17: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam penglibatan saluran penghadaman adalah

seperti loya, muntah dan lemah anggota badan yang terhasill akibat saluran pemakanan tidak dapat

berfungsi untuk menyerap sumber pemakanan. Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan

badan yang menentang jangkitan akan terjejas dan kebanyakan mangsa akan mati akibat jangkitan

kuman. Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima

sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun.

Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di sekeliling kita.

Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel bertenaga tinggi

dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang diinduksikan oleh sinaran kosmik

(seperti pembentukan C danH di dalam atmosfera oleh sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang

terdapat di dalam bumi (seperti uranium, thorium dan radon).

Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan yang diterima

oleh manusia. Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku akibat terdedah kepada sinaran

radioaktif. Untuk kanak-kanak, kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan sinaran radioaktif

yang tinggi ialah leukemia terutama sekali mielositik akut dan kronik.

Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko kemunculan

penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan pertama.Selain daripada

leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan apabila kanak-kanak terdedah

kepada sinaran radioaktif yang tinggi. Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser

paru-paru, usus, pundi kencing, tulang dan kulit.

Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif latar ini tidak dapat

dicegah, maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang akan meningkatkan sinaran latar ini

seperti ujian-ujian nuklear dan loji-loji nuklear perlu diharamkan.

Cara-cara mengawal penyakit ini dari terus merebak adalah seperti di bawah ini :

● Memberikan kesedaran kepada masayarakat tentang bahaya toksik daripada bahan radioaktif yang

boleh menyebabkan penyakit kanser dan sebagainya.

Azman Bin Salleh750312025163

17

Page 18: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

● Mengharamkan ujian-ujian nuklear dan juga loji-loji nuklear di seluruh dunia yang mana ia tidak

mungkin akan dapat dicapai oleh Negara-negara barat.

● Mengelak daripada melancong ke negara-negara yang terdedah kepada bahan radioaktif yang

melampau.

Berdasarkan daripada data-data yang diperolehi tentang penyakit-penyakit akibat daripada

bahan toksik maka rawatan dan bantuan yang boleh diberikan adalah seperti berikut.

Penyakit Kanser

Soo Ewe Jin, yang bekerja sebagai wartawan, didiagnosismenghidap kanser nasofarinks (hidung)

lima tahun yang lalu. Ini bukanlah kali pertama keluarganya mengalami kanser – kakaknya yang

keempat meninggal dunia pada tahun 1983 pada usia 34 tahun, dan bapanya meninggal dunia pada

Azman Bin Salleh750312025163

18

Page 19: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

tahun 1987, keduaduanya akibat kanser. Pengalamannya, ditambah dengan apa yang dilalui

isterinya, tercatat dalam buku terbitannya sendiri yang berjudul, "Face to Face with Cancer"

(Menghadapi Kanser). Ia boleh dibaca secara dalam talian di www.geocities.com/ejsoo.

( Dipetik dari internet )

Ada pelbagai prosedur yang membantu para pakar menentukan sama ada anda menghidap kanser,

dan membantu doktor anda menentukan rawatan yang terbaik. Antara ujian atau prosedur yang akan

anda diminta untuk menjalani ialah:

Biopsi: Apabila gumpalan atau tumor dikesan, sama ada ia mengandungi sel kanser tidak dapat

ditentukan serta-merta. Sampel tisu yang kecil daripada bahagian yang disyaki diambil dan dihantar

untuk diuji sama ada sel berkenaan adalah malignan (kanser) atau benigna (bukan kanser). Inilah

antara langkah pertama yang menentukan sama ada anda menghidap kanser ataupun tidak.

Imbasan: Dua jenis imbasan yang berbeza membantu ahli onkologi 'melihat' tumor untuk

menentukan saiznya dan lokasinya secara khusus. Ini sama ada pengimbasan CT, yang

menggunakan sinar X, atau ultrabunyi, yang pada dasarnya adalah teknologi sama yang digunakan

untuk mengukur perkembangan janin dalam kandungan. Ultrabunyi tidak menggunakan sinar X.

Kedua-dua kaedah pun tidak menyebabkan rasa sakit. Anda juga mungkin akan diminta untuk

menjalani ujian darah sebagai menyokong diagnosis tersebut.

Pembedahan lazimnya kaedah rawatan pertama bagi kanser setempat, iaitu sementara sel-sel

kanser belum merebak ke organ atau bahagian tubuh yang lain. Pembedahan radikal bertujuan

untuk membuang semua sel kanser, manakala pembedahan paliatif menolong melegakan atau

meringankan gejala seandainya tumor tidak dapat dibuang seluruhnya. Misalnya, pembedahan

paliatif bagi pesakit kanser hati mungkin termasuk pembedahan pintasan hati untuk melegakan

jaundis (penyakit kuning).

Kemoterapi ialah penggunaan ubat, yang biasanya diberikan secara suntikan, sama ada untuk

membunuh sel-sel yang tumbuh dengan cepat atau untuk mengawal pertumbuhan tumor.

Azman Bin Salleh750312025163

19

Page 20: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Rawatannya bersifat sistemik, iaitu diedarkan ke seluruh tubuh dan juga digunakan sebagai

prosedur yang dijalankan selepas pembedahan untuk menghapuskan apa-apa sisa sel kanser yang

tidak dapat dibuang

Keracunan akibat toksik.

Kawasan luar rumah melibatkan alam sekitar mengalami pencemaran pelbagai bahan kimia toksin

daripada sumber asli atau bahan buangan . Agen-agen ini didapati dalam air , tanah , udara dan

makanan . Pencemaran udara menjadi contoh yang paling nyata . Karbon monoksida , hidrokarbon

dan nitrogen dioksida adalah agen toksik yang biasa terdapat di udara

Kaedah pendedahan kepada keracunan .

Kaedah pendedahan atau penyerapan merujuk kepada cara di mana racun memasuki tubuh . Ia

dibahagikan kepada :

Pendedahan melalui mulut dengan menelan ( ingesi ) .

Keracunan sebegini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan menjadi punca utama dalam

kejadian keracunan pestisid . Racun yang ditelan akan dibawa ke perut . Malah sesetengah racun

boleh menembusi dinding perut dan meresap ke dalam saluran darah . Keracunan yang lebih serius

akan dialami sekiranya racun berada lebih lama di usus yang seterusnya banyak yang memasuki

saluran darah . Keracunan tidak akan berlaku sekiranya racun tidak menembusi dinding usus dan

tidak dapat meresap ke dalam darah . Sebaliknya , ia bergerak mengikut saluran usus dan keluar

melalui najis . Sebagai contoh , logam raksa .

Pendedahan melalui paru-paru dengan cara bernafas ke dalam mulut atau hidung .

Penghiduan racun berlaku semasa pengendalian bahan racun di dalam bangunan yang kurang udara

segar atau ketika penyemburan pestisid tanpa pemakaian pakaian lindung diri secukupnya .

Pengeluaran wasap beracun seperti karbon monoksida daripada alat pemanas minyak atau bergas

dan api boleh mencapai kepekatan tahap bahaya jika sirkulasi udara tidak sempurna yang

menyebabkan asap tidak dapat keluar .

Azman Bin Salleh750312025163

20

Page 21: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Racun yang berada dalam paru-paru akan meresap ke dalam saluran darah dengan cepat . Hal ini

disebabkan ruang udara dalam paru-paru berdinding nipis dan mempunyai aliran darah yang baik .

Hanya zarah yang terlalu kecil boleh meresap ke dalam paru-paru manakala zarah yang lebih besar

akan tersekat di bahagian mulut , tekak dan hidung serta berkemungkinan ditelan .

Pendedahan melalui kulit akibat sentuhan dengan cecair , semburan atau kabus .

Individu yang menggunakan pestisid boleh diracuni jika tersembur bahan tersebut ke atas kulit

ataupun memakai pakaian yang tercemar dengan bahan kimia . Ada sesetengah racun yang boleh

menembusi kulit . Kulit yang panas , basah , dan berpeluh lebih cepat ditembusi berbanding kulit

yang sejuk dan kering . Kulit yang rosak akibat terbakar atau tercalar juga lebih cepat ditembusi

berbanding kulit yang tidak rosak . Justeru , pembasuhan kulit disyorkan untuk mengeluarkan racun

di samping mencegah kemasukan dos beracun ke dalam tubuh .

Pendedahan dengan suntikan melalui kulit .

Suntikan melalui penggunaan jarum , pistol tekanan ( semasa melukis tatoo ) ataupun gigitan atau

sengatan serangga , ular berbisa dan ikan boleh menyebabkan keracunan . Tindakan racun adalah

lebih lambat sekiranya racun disuntik di bawah kulit atau ke dalam otot . Hal ini disebabkan racun

perlu menembusi beberapa lapisan tisu sebelum sampai ke saluran darah . Suntikan secara terus ke

dalam saluran darah mendatangkan kesan yang lebih cepat . Sejurus selepas racun memasuki

tubuh , racun akan disebarkan ke seluruh bahagian tubuh . Implikasinya bergantung kepada jenis-

jenis racun yang terbabit .

Pendekatan rawatan keracunan .

Antara pendekatan rawatan keracunan ialah bantuan sokongan yang bertujuan menstabilkan

keadaan mangsa diikuti pengeluaran racun daripada perut , usus di samping pada kulit dan mata .

Pendekatan seterusnya ialah pemberian penawarnya jika ada , penyingkiran bahan beracun yang

telah diserap oleh tubuh dan rawatan sokongan serta pemerhatian . Ia termasuk pengenalpastian

sistem jantung , pernafasan , peredaran darah dan aliran udara berfungsi dengan sempurna .

Azman Bin Salleh750312025163

21

Page 22: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Tindakan yang boleh diambil untuk menangani keracunan bergantung kepada kaedah pendedahan

kepada keracunan .

Toksik atau racun yang ditelan .

Mangsa tidak harus diberi apa-apa melalui mulut sekiranya racun itu adalah kategori ubat-ubatan

sehinggalah nasihat doktor diperoleh terlebih dahulu . Mangsa harus diberikan setengah gelas susu

atau air biasa dengan segera sekiranya racun tersebut bahan kimia yang digunakan dalam rumah

( umpamanya sabun ) melainkan sekiranya tidak sedar diri , tidak berupaya menelan atau

mengalami sawan . Ia bergantung kepada kepekatan kandungan bahan pencuci dalam perut . Kanak-

kanak disyorkan minum lebih daripada 60 ml ( 1 cawan ) dan orang dewasa pula kurang 150 ml

( 2 .5 cawan ) . Mangsa patut disuruh muntah jika keracunan melibatkan dadah , racun serangga dan

tumbuhan beracun . Mangsa keracunan produk petroleum dan produk kaustik tidak digalakkan

untuk muntah kerana mendatangkan kesan yang lebih buruk .

Toksik atau racun yang dihidu ( asap / gas ) .

Tindakan segera ialah membawa mangsa ke kawasan lapang . Tingkap dan pintu harus dibuka luas .

Mangsa yang terhidu gas beracun seperti karbon tetraklorid harus dipindahkan ke tempat berudara

bersih atau segar . Kepala dan dada mangsa yang masih sedar harus diangkatkan sedikit untuk

memudahkan pernafasan . Pakaian ketat harus dilonggarkan dan bantuan pernafasan diberikan jika

mangsa tidak dapat bernafas dengan baik sebelum pemerolehan bantuan lanjut . Kebiasaannya ,

mangsa keracunan gas perlu diuruskan dengan cermat agar badannya tidak bergoncang . Sekiranya

perlu , penolong mangsa boleh menggunakan alat seperti topeng gas .

Toksik atau racun yang terkena pada mata .

Biasanya , mata menjadi merah dan rasa pedih . Langkah yang diambil ialah mencuci mata dengan

menuangkan air suam dari bekas ( umpamanya gelas ) pada jarak 2-3 inci dari mata . Langkah ini

perlu dilakukan terus-menerus sekurang-kurangnya selama 15 minit . Mangsa harus mengelip -

Azman Bin Salleh750312025163

22

Page 23: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

gelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh . Kelopak mata tidak harus dibuka apabila mata

dibasahi dengan air . Seterusnya mangsa dibawa ke hospital rawatan dan penilaian selanjutnya .

Toksik atau racun yang terkena pada kulit .

Langkah segera ialah penanggalan pakaian yang tercemar diikuti pembilasan kulit dengan sebanyak

mungkin air selama sekurang-kurangnya 10 minit . Seterusnya , bahagian yang terkena racun harus

dicuci dengan sabun sekiranya kulit tidak melecur dan dijirus dengan air sebelum rawatan lanjut di

hospital .Sekiranya perlu , penolong mangsa boleh menggunakan pakaian pelindung khusus

( sarung tangan )

Langkah-langkah rawatan awal bila berlaku keracunan .

Ubat-ubatan Rawatan awal

Antidepresi

(imipramine, triptylines ) Ubat tidur/sawan yang mengandungi barbiturate

Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air. Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Ubat selsema

(anthistamina )

Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air .

Terapkan dengan air sejuk .

Ubat sakit jantung yang mengandungi digoksin

Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Zat besi Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam ½ gelas air .

Gunakan julap .

Azman Bin Salleh750312025163

23

Page 24: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Narkotik seperti morfin dan kodein dalam ubat batuk

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Ubat penenang Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air .

Gunakan julap .

Tumbuh-tumbuhan Rawatan awal

Cendawan Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Kecubung Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Terapkan dengan air sejuk .

Bahan-bahan yang disimpan di rumah

Rawatan awal

Bahan asid / alkali seperti pencuci longkang , pengkakis

Berikan air dan susu pada ketika ini .

Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jika terkena racun .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Peluntur-natrium hipoklorit Berikan air dan susu pada ketika ini .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Asid boric Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Kamfor Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Azman Bin Salleh750312025163

24

Page 25: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Disinfektan-fenol Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Minyak tanah dan cecair pemetik api Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Ubat gegat Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Pengilap perabot dan pelarut- penipis cat , turpentine

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air.

Gunakan julap .

Penyembur-freon Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Alkohol-metil , alkohol gosok Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam ½ gelas air .

Azman Bin Salleh750312025163

25

Page 26: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Alkohol - minuman arak, minyak wangi

Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Racun Makhluk Perosak Rawatan awal

Racun serangga Hidrokarbon: klordane, lindane

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Gunakan julap .

Rawat kejutan .

Fosfat: diazinon, parathion Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Rawat kejutan .

Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Fluorid-racun semut, lipas dan tikus Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Arsenik-racun tikus, herbisid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Gunakan julap .

Striknin-racun tikus Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Karbon tetraklorid Buatkan mangsa keracunan muntah kecuali jika mangsa tidak sedar diri atau mengalami sawan .

Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah .

Azman Bin Salleh750312025163

26

Page 27: Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran

OUM HBHE3203 : KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Rawat kejutan .

Gas Rawatan awal

Karbon monoksid , sianid-fumigant Pernafasan bantuan diberikan jika perlu .

Rawatan awal

Plumbum Penceghan pendedahan seterusnya . Doktor mungkin mempreskrib ejen kelat Penicillamine untuk ikat plumbum dan menolong badan mengumuhkannya pada kadar yang lebih cepat .

 

Rujukan

http://www.doe.gov.my/wiraalam/bab6/ms5.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

http://hope.malaysiaoncology.org/pdf/Hope_BM.pdf

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ong_kok.html

Azman Bin Salleh750312025163

27