persekitaran penjagaan kanak-kanak

31

Upload: cik-siti

Post on 10-Aug-2015

476 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kepentingan Persekitaran Selamat, Pengawasan terhadap kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak
Page 2: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu.

Page 3: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• perkembangan ialahperubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal.

• Secara keseluruhannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

Page 4: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Pengurusan penjagaan bayi dan kanak-kanak yang cekap dapat membantu memaksimumkan perkembangan bayi dan kanak-kanak secara menyeluruh.

Pengurusan yang baik dan cekap akan mengambil kira matlamat yang ingin dicapai untuk kebaikan anak didiknya.

Page 5: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Apabila ibu bapa meninggalkan anak-anak mereka kepada pengasuh, mereka perlu berasa;

1. Pengasuh ada ilmu dan kemahiran

2. Anak mereka akan selamat ketika bersama pengasuh.

3. Anak mereka akan gembira bersama pengasuh.

• Oleh itu pengasuh perlu menyediakan persekitaran yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak jagaannya.

Page 6: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Untuk menyediakan persekitaran yang berkualiti bermakna perlu;

1. Selamat 2. Bersih 3. Pemilihan perabot yang bersesuaian 4. Penggunaan alatan yang selamat 5. Langkah keselamatan yang baik • Persekitaran berkualiti juga akan membuatkan kanak-

kanak berasa berharga dan mendapat pengalaman pembelajaran.

Page 7: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Persekitaran yang selamat penting bagi bayi dan kanak-kanak kerana mereka mudah ditimpa kemalangan seperti;

1. Terbakar

2. Tercekik

3. Luka atau cedera kerana jatuh

4. Keracunan

5. Kejutan elektrik

6. Luka kerana hirisan seperti pisau, gunting

Page 8: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Ramai berpendapat menjadi pengasuh yang baik adalah yang boleh berinteraksi dengan kanak-kanak dengan mesra.

• Banyak lagi peranan dan tanggungjawab seorang pengasuh yang baik iaitu perlu ada kemahiran seperti:

1. Boleh memastikan dan mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.

2. Memastikan persekitaran yang bersih dan kemas.

3. Bekerjasama dengan ibubapa.

4. Mengetahui keperluan kanak-kanak.

5. Bekerjasama dengan rakan sekerja.

6. Menjadi kerahsiaan maklumat peribadi kanak-kanak.

Page 9: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Bayi dan kanak-kanak tidak tahu dan tidak faham akan ‘bahaya’.

Bayi dan kanak-kanak tidak tahu bahawa setiap tingkah laku atau tindakan akan ada kesannya.

Mereka hanya mempunyai naluri ingin tahu dan ingin cuba.

Page 10: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Oleh itu pengasuh perlu;

1. Mempunyai dan menggunakan peralatan yang selamat dan bersesuaian

2. Memastikan keputusan dan tindakan mereka tidak akan memudaratkan bayi dan kanak-kanak jagaan mereka.

3. Memastikan langkah-langkah keselamatan diambil dan dipraktikkan.

4. Mengawasi perlakuan bayi dan kanak-kanak yang tidak dapat diramal seperti tiba-tiba mereka membaling permainan atau memasukkannya ke dalam mulut.

Page 11: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Ruang dan persekitaran perlu bagi membolehkan kanak-kanak membuat penerokaan dengan selamat dan bebas.

Keadaan sekitar juga merupakan cabaran kepada kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran baru.

Kanak-kanak belajar melalui membuat dan melibatkan dirinya sendiri.

Oleh itu persekitaran perlu dapat memenuhi naluri ingin tahun kanak-kanak.

Page 12: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Antara ciri-ciri persekitaran adalah meliputi perkara berikut;

1. Bangunan yang sesuai

2. Keperluan tandas untuk kanak-kanak

3. Bekalan air

4. Ruang belajar dan rekreasi

5. Bilik sakit/rehat

6. Dapur

7. Stor

8. Langkah keselamatan

Page 13: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Antara objektif persekitaran pusat jagaan kanak-kanak adalah;

1. Mengembangkan kebolehan kanak-kanak

2. Berdikari

3. Berdisiplin

4. Mengembangkan minat

5. Bekerjasama

6. Membina sosio-emosi yang positif

• Persekitaran boleh dibahagikan kepad dua bahagian iaitu dalaman dan luaran.

Page 14: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Untuk persekitaran yang selamat di dalam bangunan atau rumah jagaan bayi dan kanak-kanak, pengasuh perlulah;

1. Memerhatikan tingkah laku kanak-kanak dengan teliti

2. Memastikan susun atur dalaman bersesuaian dengan keperluan bayi dan kanak-kanak.

3. Memastikan keperluan yang bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak.

Page 15: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Bahagian dalaman sesebuah rumah atau pusat jagaan bayi dan kanak-kanak perlu;

1. Menggalakkan pembelajaran kanak-kanak 2. Selamat, selesa, berwarna-warni, tenang dan mencabar. 3. Susunan perabot dan alatan mengikut kesesuaian bilangan

kanak-kanak, umur mereka dan kreativiti 4. Ruang kreatif untuk aktiviti seni 5. Ruang bacaan 6. Ruang senyap untuk kanak-kanak yang ingin bersendirian

seketika

Page 16: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Kawasan luar perlulah selamat, menarik dan menyenangkan kanak-kanak untuk bermain dan bergerak

Kawasan luar yang menarik dengan pelbagai tanaman

Kawasan luar perlu dipastikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan di sekeliling selamat untuk kanak-kanak

Bahaya tersembunyi seperti parit, kolam air, batu batan dan sinki juga perlu dikenal pasti

Page 17: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Aktiviti-aktiviti luar boleh menjadikan kanak-kanak aktif disamping dapat mempelajari kawalan motor kasar.

• Kawasan luar perlu disediakan dengan aktiviti seperti permainan pasir, tanah liat dan permainan air.

• Kanak-kanak juga akan mempelajari tentang benda hidup seperti pokok dan haiwan.

• Disamping aktiviti di luar rumah atau bangunan, lawatan juga boleh dirancang.

• Aktiviti lawatan perlu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali dan melihat dengan lebih dekat senario di luar.

• Aktiviti lawatan luar akan memberi peluang kanak-kanak menimba pengalaman secara terus.

Page 18: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Aktiviti luar/lawatan yang akan dibuat perlu perancangan berikut;

1. Pengawasan yang teliti oleh pengasuh

2. Pemilihan tempat yang sesuai

3. Mendapat kebenaran

4. Penyediaan kenderaan/pengangkutan

5. Perancangan perbelanjaan

6. Penyediaan barangan keperluan

Page 19: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria.

perkembangan fizikal kanakkanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor.

Page 20: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanakkanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation).

Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti.

Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut

manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek dipersekitarannya.

kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka.

Page 21: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak- kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah.

Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah.

Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran kanak-kanak.

Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.

Page 22: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Keluarga memainkan peranan penting dalam masyarakat. Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya. Di antara fungsi keluarga dalam masyarakat adalah seperti berikut:

a) kawalan tingkah laku seksual

b) mensosialisasikan anak

c) memberi sokongan emosi d) mengenakan kawalan sosial

e) memberi jagaan terhadap anak

f) memberi kerjasama ekonomi

Page 23: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapatkan makanan, minuman, perlindungan dan kasih sayang. Mereka mudah dipengaruhi. Peranan keluarga adalah menyalurkan budaya, seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa. Memang ada agen sosialisasi lain seperti rakan sebaya, sekolah, media massa. Walau bagaimanapun keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

Page 24: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi

• Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.

• Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.

• Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu.

• Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat.

Page 25: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.

Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat tertentu.

Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak

Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.

Page 26: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Pemupukan (persekitaran) dimana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan

Page 27: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Teori Perkembangan Kognitif Piaget

Fitrah perkembangan kanak-kanak membina tahap pemahaman terhadap persekitaran berdasarkan 4 tahap perkembangan kognitif. Manakala proses membina pemahaman pula amat berkait rapat dengan konsep ‘Organisasi’ dan ‘Adaptasi’.

Kanak-kanak bukan sekadar mengorganisasi segala pemerhatian dan pengalaman semata-mata, malahan turut mengadaptasikan pemikiran dengan memuatkan idea-idea bagi memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu perkara. Proses adaptasi akan berlaku dalam dua keadaan, iaitu ‘Proses Asimilasi’ dan ‘Proses Akomodasi’.

Page 28: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

• Proses Asimilasi merujuk kepada proses penambahan maklumat baru atau memperkaya sturuktur kognitif sedia ada. Contoh, Zahra ternampak seekor burung dan menyebutnya sebagai burung. Dalam keadaan ini, asimilasi telah berlaku iaitu maklumat diserap melalui pandangan dan sebutan tanpa sebarang pengubah suaian.

• Proses Akomodasi merujuk kepada proses pengubah suaian

skemata sedia ada untuk memperoleh maklumat baru. Berdasarkan contoh di atas, pada hari yang lain, jika ibu Zahra terdengar Zahra menyebut kambing apabila ternampak burung, ibunya membaiki keadaan tersebut dengan mengatakan bahawa itu adalah burung kerana ia boleh terbang dan berkicau, tidak berkaki empat dan tidak berbadan besar.

Page 29: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Bila mana kanak-kanak memperoleh maklumat baru :-

• Akan berlakunya ketidak seimbangan

(disequilibrium) dalam pemikiran. • Bagi memperoleh semula keseimbangan

(equilibrium), kanak-kanak perlu mengadaptasi dan mengorganisasi pada skemata (Struktur kognitif yang mengorganisasi dan menginterpretasi semua pengalaman kanak-kanak).

Page 30: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan

perasaan, idea dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai

kecerdasan ini, ialah :-

• Gemar pada sukan, rekreasi dan aktiviti mencabar • Gemar bergerak dan rasa cepat bosan bila duduk • Menggerakkan badan atau menyentuh objek lain bila

bercakap • Suka pada aktiviti kemahiran seperti jahitan atau

kraftangan • Pandai meniru karektor atau perlakuan orang lain

Page 31: Persekitaran Penjagaan Kanak-kanak

Pusat penjagaan perlu menyediakan persekitaran berkualiti kerana kanak-kanak sentiasa ingin tahu apa yang boleh mereka lakukan dengan objek yang ada di sekeliling mereka.