persediaan rpi mengikut analisis kesalahan ujian diagnostik

6
Persediaan RPI mengikut analisis kesalahan Ujian Diagnostik

Upload: yamuna-nadarajan

Post on 04-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pemulihan, sem 5

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Persediaan RPI mengikut analisis kesalahan Ujian Diagnostik

Penghasilan RPI merupakan proses penting dalam usaha menyediakan program pendidikan yang berkesan dan bertepatan dengan berkeperluan khas murid yang berkenaan.

Matlamat utama pendidikan bagi murid berkeperluan khas adalah untuk menyediakan mereka agar dapat hidup dalam komuniti setempat.

Pihak sekolah perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kandungan kurikulum yang berkesan serta berkait rapat dengan keperluan setempat.

Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh:-

(i) pengetua atau guru besar (ii) guru penolong kanan pendidikan khas atau penyelaras program pendidikan khas, (iii) semua guru pendidikan khas, (iv) semua ibu bapa atau wakil (v) kumpulan multi-disciplinary mengikut keperluan (vi) murid

Elemen yang perlu diberikan perhatian semasa penyediaan RPI mengikut masalah secara umum

Sasaran jangka pendek yang ditentukan untuk atau oleh murid Strategi pengajaran yang akan digunakanKemudahan atau perkhidmatan sokongan yang perlu adaPenyemakan semula perancanganHasil pencapaian yang akan direkodkan semasa penyemakan semula rancangan pendidikan individu (dokumentasi)

Kerjasama melalui perkongsian maklumat, keputusan bersama, kebolehpercayaan bagi objektif pengajaran dan pembelajaran serta prosedur penilaian.

Meletakkan terlalu banyak sasaran pada masa adalah amat tidak sesuai.

Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku dan kemahiran sosial yang sesuai dengan keperluan murid.

Pembinaan RPI bagi murid berkeperluan khas adalah penting bagi memaksimumkan keberkesanan dan impak pelaksanaan aktiviti pembelajaran.

Tahap keberkesanan aktiviti ini pula bergantung pada ketelitian dan ketepatan RPI yang dihasilkan.