pernyataan profesional

4
PERNYATAAN PROFESIONAL Pernyataan Sebelum Praktikum Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Perlaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM. Praktikum Fasa Dua dijalankan semasa semester 6 PISMP, iaitu dua bulan (8 minggu) bermula dari 26 Julai 2015 hingga 17 September 2015. Saya berasa agak teruja dan juga gementar pada masa yang sama. Walaupun ini merupakan kali kedua saya pergi ke sekolah saya juga mempunyai perasaan sebegini kerana saya akan mengajar murid dari sekolah dan kawasan yang berbeza dengan sekolah praktikum fasa 1 saya. Sebelum menjalani praktikum, saya telah melakukan persediaan dari segi mental dan juga fizikal. Hal ini kerana pada tempoh tersebut, saya bukan sahaja perlu mengumpul maklumat sekolah berdasarkan senarai semak yang disediakan oleh unit praktikum, malah saya juga perlu menghasilkan penulisan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Selain itu, saya juga perlu menulis rancangan pengajaran harian (RPH) bagi setiap kelas yang saya ajar.

Upload: janiceheuwaiyee

Post on 15-Apr-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hihi

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

Pernyataan Sebelum Praktikum

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam

program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif

dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Perlaksanaan program

peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran

dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui

perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM.

Praktikum Fasa Dua dijalankan semasa semester 6 PISMP, iaitu dua bulan

(8 minggu) bermula dari 26 Julai 2015 hingga 17 September 2015. Saya

berasa agak teruja dan juga gementar pada masa yang sama. Walaupun ini

merupakan kali kedua saya pergi ke sekolah saya juga mempunyai perasaan

sebegini kerana saya akan mengajar murid dari sekolah dan kawasan yang

berbeza dengan sekolah praktikum fasa 1 saya.

Sebelum menjalani praktikum, saya telah melakukan persediaan dari segi

mental dan juga fizikal. Hal ini kerana pada tempoh tersebut, saya bukan

sahaja perlu mengumpul maklumat sekolah berdasarkan senarai semak yang

disediakan oleh unit praktikum, malah saya juga perlu menghasilkan

penulisan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Selain itu, saya juga perlu

menulis rancangan pengajaran harian (RPH) bagi setiap kelas yang saya

ajar. Bagi praktikum ini, saya telah membuat beberapa persediaan. Antaranya

ialah pergi ke tempat sekolah tersebut untuk memahami persekitaran di

sekeliling sekolah tersebut. Saya telah pergi ke SJK (C) Chung Hwa Jerteh

untuk memahami persekitaran sekolah tersebut. Saya juga meminta tunjuk

ajar daripada senior tentang apa yang diperlukan semasa tempoh praktikum.

Dari segi kaedah pengajaran Pendidikan Jasmani pula, saya meminta tunjuk

ajar daripada guru saya yang telah mengajar subjek Pendidikan Jasmani

lebih daripada 10 tahun bagi tujuan memahami cara pengajaran yang sesuai

terutamanya bagi major saya iaitu Pendidikan Jasmani. Bagi elektif saya iaitu

Bahasa Cina, saya telah pergi ke kelas cikgu sekolah praktikum fasa 1

Page 2: Pernyataan Profesional

sebelum ini untuk memahami cara pengajaran guru dalam sesuatu kelas

Bahasa Cina.

Di samping itu, saya dan rakan-rakan yang berpraktikum di sekolah yang

sama telah berjumpa dengan pensyarah pembimbing bagi sesi perbincangan

tentang hal-hal praktikum.

Seterusnya, saya juga akan menjalankan pengajaran berkumpulan dengan

dua lagi rakan saya. Saya berharap saya dapat mempelajari sesuatu melalui

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan mereka. Selain itu, saya

juga berharap pensyarah pembimbing dan guru pembimbing dapat

mengenalpasti kelemahan saya semasa pengajaran dan dapat membantu

saya untuk menjadi seorang guru yang lebih baik dan cemerlang.

Pernyataan Semasa Praktikum

Saya telah menjalankan praktikum fasa 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Chung Hwa, Jerteh. Praktikum ini mengambil masa selama dua bulan iaitu

bermula pada 26 Julai 2015 sehingga ke 17 September 2015.

Sepanjang saya menjalankan praktikum, saya mendapati bahawa terdapat

beberapa kelemahan saya pada pengajaran terutamanya dari segi kawalan

kelas bagi kelas tahap 1. Selain itu, saya juga bergaul mesra dengan guru-

guru dan staf sokongan di sekolah ini melalui praktikum. Saya juga dapat

bijak menguruskan masa melalui praktikum ini.

Sepanjang praktikum ini, saya juga mempelajari beberapa cara yang

berkesan untuk mengawal keadaan kelas selepas diberi tunjuk ajar daripada

guru yang berpengalaman dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan juga

subjek Bahasa Cina di sekolah ini. Saya juga dapat mengaplikasikan

kemahiran yang dipelajari semasa di IPG dalam perancangan pengajaran dan

pembelajaran. Saya bukan sahaja perlu kreatif semasa merancang satu

aktiviti, malah saya juga perlu pandai mengawal kelas. Di samping itu, saya

juga menimba pengalaman yang banyak semasa tempoh praktikum di sini.

Hal ini kerana saya berpeluang untuk melatih murid yang menyertai sukan

bola tampar. Ini dapat memberi peluang belajar kepada saya terutamanya

dari segi kejurulatihan dalam sukan.

Page 3: Pernyataan Profesional

Secara keseluruhannya, saya dapat mempelajari banyak ilmu dan menimba

pengalaman yang amat berguna sepanjang saya menjalankan praktikum di

sekolah ini. Ilmu ini memberi manfaat kepada saya terutamanya apabila saya

menjadi guru yang sebenar di sekolah kelak.