pernyataan profesional

Upload: lalitha-hasokar

Post on 07-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sebelum

TRANSCRIPT

Apa Yang Akan Dilaksanakan Sebelum Praktikum

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalanm program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini member tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara agensi-agensi KPM.

Saya Lalitha A/P Hasokar (940216-08-504o), guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2014 PISMP (BM/PJ/SEJ) akan menjalankan latihan praktikum fasa pertama saya di SJK (T) Lurah Bilut, Bentong selama 4 minggu iaitu mulai 15 Februari 2016 hinggga 11 Mac 2016. Saya sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan diharapkan dapat mengukuhkan lagi kompetensi saya dalam bidang ini. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjalani praktikum fasa. Pada praktikum fasa 1 ini saya dikehendaki mengajar subjek untuk major saya iaitu Bahasa Melayu.

Sebelum menjejakkan kaki ke IPG ini, saya pernah terdengar dan mendengar berkaitan latihan mengajar di mana guru pelatih akan pergi ke sekolah dalam tempoh masa tertentu untuk latihan mengajar sebelum ditauliahkan. Sebelum menjalani praktikum ini juga saya pernah bertanya kepada guru pelatih senior berhubung pandangan dan pengalaman mereka semasa menjalani praktikum di sekolah ini. Mereka berpendapat bahawa praktikum yang mereka jalani membawa pengalaman yang menyeronokkan dan seolah-olah sudah bekerja. Selain itu, berbagai ragam murid dapat mereka kenali dan belajar bagaimana mengatasinya. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 4 Februari 2016 di Bilik Kuliah B. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut. Sebelum menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah bagaimana mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman sesawang. Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan yang perlu mereka patuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Selain itu, saya turut merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid dalam pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Perhubungan yang positif dalam sesebuah organisasi amat penting dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi. Justeru, melalui praktikum ini saya akan membawa diri saya dengan menonjolkan perwatakan yang positif, menampilkan citra guru yang baik tanpa berpura-pura di hadapan mereka. Ini kerana kepura-puraan di hadapan orang hanya menyeksa diri dan tidak menampakkan keikhlasan. Oleh itu, apa yang baik dalam diri saya akan saya tonjolkan dan berikan dalam organisasi sekolah ini dan apa yang buruk saya akan atasi sebaik mungkin.

Melalui praktikum ini juga saya harapkan saya mampu untuk mengenali anak-anak didik saya secepat yang mungkin misalnya mengetahui nama-nama mereka. Selain itu, saya berharap agar saya dapat belajar pengurusan dan pentadbiran di sekolah ini. Misalnya, pengurusan aktiviti kokurikulum terutama dalam mengendalikan aktiviti, kehadiran murid, pengurusan alatan sukan dan lain-lain. Saya juga berharap agar dapat menerima seberapa banyak bimbingan daripada guru pembimbing pengajaran major dan minor saya berhubung pengurusan bilik darjah dan pengendaliannya.

Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 15 Februari 2016 hingga 11 Mac 2016 berjalan dengan baik sepertimana yang telah saya rancangkan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk Berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak.

Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberikan saya nilai tambah dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang berjiwa guru sebenar guru dan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam apa bentuk sekalipun.