pernyataan profesional

Upload: uma-vathy

Post on 06-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pernyataan profesional

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONAL

Saya Sasikala A/P Ganapathy. Saya merupakan pelajar PISMP semester 5. Bagi semester ini saya menjalankan Praktikum pertama saya di Sekolah Jenis Kebangsaan PalaniSamy Kumaran. Saya menjalankan praktikum pertama saya ini untuk 4 minggu (21 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015). Saya telah menduduki SPM pada tahun 2005 dan STPM pada tahun 2007. Selepas itu saya cuba untuk melanjutkan pelajaran tinggi saya. Tetapi, saya tidak dapat peluang untuk melanjutkan palajaran saya. Seterusnya, saya memohon untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Pejabat Daerah Hilir Perak.

Saya berpengalaman sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih selama empat tahun di dua buah sekolah tamil. Pada tahun 2008 saya mula berkerja di Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Ulu Bernam 2, Ulu Bernam, Perak. Saya berkerja di sekolah ini selama dua tahun. Iaitu, pada tahun 2008 dan 2009. Seterusnya, saya ditukar ke sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Rubana, 36000 Teluk Intan, Perak. Di sekolah ini juga saya berkerja untuk dua tahun, 2010 hingga 2011. Selepas itu, saya mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, 08000 Sungai Petani sebagai guru Pelatih.

Semasa berkerja sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) saya pernah menghadiri beberapa kursus. Guru besar sekolah menghantar saya untuk kursus-kursus. Saya juga menggunakan peluang itu untuk meningkatkan pengetahuan saya sebagai guru. Saya juga pernah menghadiri kursus KSSR untuk dua kali untuk matapelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Saya juga pernah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama empat kali di Hilir Perak di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sebuah Sekolah Kebangsaan. Melalui (PBS) ini saya dapat mengetahui suasana di setiap sekolah itu berbeza dan saya juga dapat berjumpa dengan murid-murid yang pelbagai dari segi kaum dan tingkah laku.

Saya pernah mempelajari pengetahuai asas computer. Pengetahuan itu banyak membantu saya untuk melengkapkan tugasan harian saya di Kampus dan untuk menjalankan praktikum saya di sekolah. Melalui pengetahuan computer ini saya yakin untuk membuat sesuatu kerja yang melibatkan teknologi.