pernyataan profesional

3
PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM Praktikum merupakan subsistem dari perkuliahan bagi pelajar-pelajar IPG. Praktikum juga dikenali sebagai satu aktiviti terstruktur dan terjadual yang bertujuan untuk memberi pengalaman yang nyata dalam rangka meningkatkan pemahaman guru-guru pelatih tentang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pemikiran pelajar yang berbeza-beza tahap kematangannya memerlukan berbagai pendekatan berbeza. Guru dapat mempelbagaikan cara dan teknik di bilik darjah yang akhirnya mewujudkan budaya suka belajar dalam kalangan pelajar. Program praktikum fasa 1 saya diadakan di Sekolah Kebangsaan Parit Bulat, Muar, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah berstatus luar bandar dan ini merupakan praktikum pertama saya di kawasan luar bandar. Walaupun mengalami sedikit masalah dari segi kewangan dan penempatan, saya menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan berubah. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat berlangsung pada hari Rabu bersamaan 18/4/2015 menerangkan tentang persediaan dalam menghadapi praktikum fasa 1 disampaikan oleh pensyarah unit praktikum iaitu En. Asmadi. Program praktikum ini adalah untuk membentuk seorang guru yang cemerlang dalam bersedia menghadapi sebarang cabaran yang bakal dihadapi.

Upload: muhammad-haziq

Post on 26-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

fg

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUMPraktikum merupakan subsistem dari perkuliahan bagi pelajar-pelajar IPG. Praktikum juga dikenali sebagai satu aktiviti terstruktur dan terjadual yang bertujuan untuk memberi pengalaman yang nyata dalam rangka meningkatkan pemahaman guru-guru pelatih tentang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pemikiran pelajar yang berbeza-beza tahap kematangannya memerlukan berbagai pendekatan berbeza. Guru dapat mempelbagaikan cara dan teknik di bilik darjah yang akhirnya mewujudkan budaya suka belajar dalam kalangan pelajar.Program praktikum fasa 1 saya diadakan di Sekolah Kebangsaan Parit Bulat, Muar, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah berstatus luar bandar dan ini merupakan praktikum pertama saya di kawasan luar bandar. Walaupun mengalami sedikit masalah dari segi kewangan dan penempatan, saya menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan berubah.Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat berlangsung pada hari Rabu bersamaan 18/4/2015 menerangkan tentang persediaan dalam menghadapi praktikum fasa 1 disampaikan oleh pensyarah unit praktikum iaitu En. Asmadi. Program praktikum ini adalah untuk membentuk seorang guru yang cemerlang dalam bersedia menghadapi sebarang cabaran yang bakal dihadapi.Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal. Pengalaman Program Pengalaman Berasaskan Sekolah yang lalu, sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum fasa 1 ini iaitu selama sebulan, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Parit Bulat. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa begitu jauh, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal. Bagi praktikum pertama ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak. Rancangan Pengajaran Harian pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum serta pensyarah bimbingan En Ahmad Shafarin bin Shafie, saya kira tiada masalah dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai.Nama: Muhammad Haziq Bin ZuzlyNo. Kad Pengenalan: 930923-04-5217