pernyataan profesional

17
INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012) PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012 (SEBELUM INTERNSHIP) Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada seorang mentor. Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu taklimat oleh unit praktikum telah diadakan pada 18 Jun 2012 bersamaan hari Isnin di Dewan Seri Melati. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Praktikum, Encik Taufik bin Ahmed Sepanjang taklimat, saya telah didedahkan dengan apa itu internship dan projek yang boleh dijalankan di sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh sepanjang hari taklimat dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan Internship dengan lancar. Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, terdapat banyak

Upload: menulis-dengan-hati

Post on 30-Jul-2015

3.022 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEBELUM INTERNSHIP)

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan

sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksana dan

menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di

dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya

sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat

kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada

seorang mentor.

Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu taklimat oleh

unit praktikum telah diadakan pada 18 Jun 2012 bersamaan hari Isnin di Dewan Seri

Melati. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Praktikum, Encik Taufik bin Ahmed

Sepanjang taklimat, saya telah didedahkan dengan apa itu internship dan projek yang

boleh dijalankan di sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh sepanjang hari

taklimat dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan Internship

dengan lancar.

Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut

Pendidikan Guru Kampus Ipoh, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan seperti

penyediaan portfolio, menyediakan kertas kerja untuk setiap projek atau program yang

telah dirancang serta cara untuk menguruskan sesuatu program dengan lancar dan

berkesan. Penyediaan portfolio adalah wajib bagi pelajar untuk menyimpan bahan bukti

dan bahan proses pendokumentasian sepanjang menjalankan Internship. Sebelum

menjalani Internship, saya bersama dua orang rakan saya telah merancang projek yang

akan dilaksanakan di sekolah kelak berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan

sepanjang menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Kampar. Kami telah

mengambil kata putus untuk menaiktaraf bengkel Kemahiran Hidup yang terdapat di

sekolah tersebut sebagai projek utama.

Page 2: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

Selain itu, semasa di sekolah nanti, saya juga perlu menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Namun, waktu pengajaran pada kali ini

telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu sahaja untuk memberi ruang masa

melaksanakan dan menyiapkan segala projek yang telah dirancang sebelum

memulakan Internship di sekolah masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran

pada kali ini juga adalah lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan

rancangan mengajar dalam bentuk bertaip. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa

bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik dan lancar.

Sepanjang menjalani Internship, saya juga telah bercadang untuk mengumpul data bagi

Kajian Tindakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu

di sekolah.

Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba pengalaman

sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan sesuatu program atau aktiviti

yang akan menjadi kebiasaan kepada saya apabila menjadi bakal guru yang sebenar

kelak. Saya juga berharap agar dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada

sepanjang menjalani praktikum pada semester yang lalu terutama dari aspek

komunikasi antara saya dengan murid serta guru-guru.

Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi peluang dan

membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan tahap keyakinan diri,

ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran sebagai seorang bakal guru

kelak, membentuk sifat kepemimpinan serta akhlak yang baik serta dapat memupuk

dan menerapkan nilai profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan bakal guru

yang produktif serta efektif kepada bangsa dan negara.

Page 3: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 1

Pada minggu pertama menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Kampar,

Perak, saya bersama dua orang rakan saya iaitu Noor Azrin binti Musa dan Siti Azlin

binti Iris telah melaporkan diri terlebih dahulu di pejabat dan kami telah berjumpa

dengan PK Pentadbiran Puan Nor Aznin binti Abd Rahim untuk membincangkan

mengenai projek internship. Selepas itu, kami telah berjumpa dengan Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Kampar iaitu Encik Mat Hussain bin Lateh bagi membincangkan

mengenai projek yang akan dijalankan sepanjang menjalani Internship selama sebulan

di sekolah. Saya dan dua orang rakan saya telah menyampaikan hasrat untuk

melakukan projek utama yang merupakan projek bersama iaitu menaiktaraf bengkel

Kemahiran Hidup sekolah tersebut dan alhamdulillah hasrat tersebut disambut baik oleh

guru besar kerana beliau juga mempunyai hasrat yang sama. Saya juga telah

membincangkan mengenai projek individu yang akan dijalankan di sekolah tersebut

iaitu melukis mural pada dinding bahagian hadapan sekolah dan gotong-royong

membersihkan kawasan persekitaran.

Pada hari pertama, saya dan rakan saya telah bertungkus lumus merancang dan

memulakan proses untuk membuat kertas kerja bagi projek utama kami. Kami telah

melawat bengkel Kemahiran Hidup terlebih dahulu untuk melihat keadaan bengkel

tersebut. Rakan saya telah melakar semula kedudukan bengkel tersebut untuk

menjadikan bengkel tersebut lebih kondusif dan selesa digunakan oleh para guru dan

murid semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kami juga telah

berbincang untuk melakukan perubahan kepada bengkel tersebut iaitu mengecat

bengkel, memindahkan beberapa perabot dan membuang barangan yang tidak boleh

digunakan lagi. Pada hari pertama juga, kami telah melantik badan pelaksana untuk

projek ini yang dibantu oleh dua orang guru Kemahiran Hidup iaitu Encik Mohamad

Naim bin Junaidi dan Encik Md Azri bin Saad.

Page 4: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

Sebagai setiausaha bagi projek ini, saya telah menyiapkan kertas kerja dan juga

borang soal selidik untuk diedarkan kepada beberapa orang warga Sekolah

Kebangsaan Kampar yang terdiri daripada guru, staff dan juga murid-murid.

Alhamdulillah segalanya selesai pada hari pertama menjalani Internship kerana dibantu

oleh rakan-rakan saya serta guru-guru di sekolah tersebut.

Proses pelaksanaan menaiktaraf bengkel Kemahiran Hidup berlangsung pada

hari kedua. Pada hari kedua, saya bersama dua orang rakan saya telah mengemas dan

membersihkan bengkel. Kami telah memindahkan dan mengeluarkan segala barangan

dan peralatan yang terdapat di dalam bengkel tersebut serta menyusun semula supaya

kelihatan lebih teratur dan kemas. Proses pembersihan bengkel ini juga telah dibantu

oleh beberapa orang guru dan pekerja di sekolah berkenaan dan kami berasa berbesar

hati dengan pertolongan yang telah diberikan. Kerja pembersihan bengkel tersebut

selesai pada jam tiga petang.

Projek menaiktaraf bengkel ini diteruskan pada hari ketiga iaitu kami telah

memulakan proses untuk mengecat bengkel Kemahiran Hidup. Alhamdulillah kerana

pihak sekolah sudi untuk memberikan tiga tin cat yang berwarna putih, coklat dan biru

serta beberapa peralatan yang lain yang telah memudahkan kami untuk mengecat

bengkel tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat kesilapan apabila cat yang telah dibeli

adalah salah. Namun, kami berjaya mengatasi masalah tersebut dengan

mencampurkan cat tersebut dengan cat putih. Kami telah mengecat kembali

keseluruhan bengkel Kemhiran Hidup tersebut supaya kelihatan lebih menarik dan

ceria. Saya dan rakan saya telah bekerjasama dengan baik dan dapat menyiapkan

proses mengecat dengan lancar dan baik. Setelah selesai mengecat bengkel tersebut,

kami meletakkan kembali perabot yang telah dipindahkan ke tempat asal.

Pada hari keempat, kami telah mengecat dinding utama di bahagian luar bengkel

kemahiran hidup dan juga mengecat syiling di dalam bengkel Kemahiran Hidup untuk

menjadikan bengkel kelihatan lebih besar dan luas. Walaubagaimanapun, proses

mengecat dinding tidak dapat dijalankan kerana kehabisan cat putih. Proses mengecat

Page 5: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

juga diteruskan dengan mengecat bingkai serta jaring yang terdapat di dalam bengkel

Kemahiran Hidup dengan cat minyak yang berwarna biru. Proses mengecat ini

mengambil masa yang agak lama kerana memerlukan terdapat banyak bingkai serta

jaring yang perlu dicat. Walaubagaimanapun, proses mengecat ini telah disambung

pada keesokan harinya.

Pada hari kelima menjalani Internship, saya dan dua orang rakan saya telah

meneruskan proses mengecat bengkel dan mengecat bahagian dinding yang masih

belum di cat. Proses mengecat dan membersihkan bengkel pada masa yang sama ini

mengambil masa sepanjang waktu persekolahan pada hari tersebut dan alhamdulillah

akhirnya proses mengecat bengkel Kemahiran Hidup selesai selepas empat hari

bekerja keras untuk membersihkan dan menaiktaraf bengkel Kemahiran Hidup. Minggu

pertama di sekolah telah banyak memberikan pengalaman berharga kepada saya

dalam usaha meningkatkan pelbagai kemahiran yang belum saya cuba sebelum ini.

Page 6: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 2

Program Internship di sekolah ternyata telah banyak membantu saya terutama

dalam aspek pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah di samping meningkatkan

kemahiran saya dalam pelbagai perkara. Di minggu kedua, saya dan rakan-rakan saya

telah meneruskan projek kedua kami iaitu projek individu iaitu melukis dan mewarna

mural bertemakan Budi Bahasa Budaya Kita seperti yang telah diminta oleh pihak

sekolah. Sebelum memulakan projek ini, saya telah menyiapkan kertas kerja pada

minggu pertama untuk memudahkan pelaksaan projek ini. Saya dan rakan saya telah

merancang pelbagai cara untuk melukis tiga buah mural pada dinding yang sama,

tetapi perancangan tersebut tidak dapat dilakukan kerana terdapat masala teknikal

yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, kami telah sepakat untuk melukis sebuah mural

yang besar di dinding utama sekolah berkenaan.

Proses melukis mural ini dimulakan dengan mengikis sisa cat lama pada dinding

supaya permukaan dinding apabila melukis dan mewarna mural tidak mengalami

masalah. Kemudian dinding telah dicat dengan cat berwarna putih untuk mencantikkan

dinding. Selepas selesai mengecat, kami telah cuba untuk melukis mural pada dinding

menggunakan teknologi LCD. Walaubagaimanapun, proses untuk melukis mural pada

waktu pagi tidak dapat dilakukan kerana pencahayaan telah menghalang LCD untuk

memancarkan gambar pada dinding. Akhirnya kami telah berbincang untuk melukis

mural tersebut pada waktu malam.

Pada hari pertama di minggu kedua ini juga, kami telah menyiapkan projek

mengecat meja di bengkel Kemahiran Hidup selepas berbincang dengan beberapa

orang guru untuk menjadikan bengkel tersebut lebih menarik. Kami juga telah mencuci

bengkel tersebut selepas selesai segala proses mengecat di bengkel tersebut.

Page 7: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama

daripada pelbagai pihak.

Proses melukis mural telah dilakukan pada waktu malam hari kedua di minggu

kedua menjalani Internship. Keadaan cuaca yang tidak menentukan menyebabkan

kami terpaksa menangguh proses melukis mural yang sepatutnya dijalankan pada hari

Isnin. Justeru, saya dan rakan saya telah menyiapkan projek individu masing-masing

iaitu melukis mural di hadapan bengkel Kemahiran Hidup, menyiapkan papan

kenyataan dan juga menyiapkan label untuk tumbuhan di taman herba berhampiran

bengkel Kemahiran Hidup. Proses melukis mural pada malam tersebut telah berjalan

dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan dengan bantuan seorang guru dan

seorang staf. Kami juga telah melukis mural berbentuk perkataan pada dinding di

sepanjang kelas berhampiran dewan tertutup sekolah. Proses melukis mural tamat

pada jam 11.30 malam.

Pada hari ketiga, kami telah memulakan proses mewarna mural seawal jam 8.00

pagi. Proses mewarnakan mural bertemakan Budi Bahasa Budaya Kita ini telah

mengambil masa yang sangat lama kerana masalah dari aspek kekurangan warna dan

juga kekurangan tenaga untuk menyiapkan mural tersebut. Walaubagaimanapun,

segala proses mewarna mural telah dibantu oleh beberapa orang guru, pekerja sekolah

serta murid-murid yang majoritinya berasa teruja apabila melihat mural tersebut. Projek

mural ini akhirnya telah berjaya disiapkan dalam masa satu hari sahaja dengan bantuan

daripada pelbagai pihak. Selain itu, pada hari ketiga juga, kami telah mengikuti latihan

rumah sukan masing-masing yang telah dijalankan pada jam 2.00-3.00 petang.

Pada hari keempat, kami telah menyiapkan projek mural Budi Bahasa Budaya

Kita secara keseluruhannya dan telah menambah mural berbentuk tulisan iaitu pantun

budi di sebelah mural Budi Bahasa Budaya Kita. Kami juga telah mewarna mural

berbentuk kata-kata hikmah sebagai mural sampingan di dinding pada setiap kelas.

Pada hari keempat ini juga, saya telah menjalankan projek individu saya iaitu gotong-

royong bersama lapan orang ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Gotong-royong selama

Page 8: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

satu jam itu bertujuan untuk membersihkan persekitaran bengkel Kemahiran Hidup.

Alhamdulillah objektif projek yang telah dijalankan telah berjaya dicapai dan murid-

murid telah memberikan kerjasama yang baik serta mereka sangat komited dalam

melakukan kerja.

Pada hari kelima, kami telah melukis mural sampingan di dinding yang

berhampiran dengan tangga sekolah dan mewarnakan mural tersebut. Mural tersebut

dapat disiapkan hanya dalam masa satu hari dengan bantuan daripada guru-guru dan

pekerja sekolah. Pengalaman di minggu kedua menjalani Internship di sekolah sangat

membantu saya dapat pelbagai aspek terutama kemahiran berkomunikasi.

Page 9: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 3

Pada minggu ketiga menjalani Internship, kami telah bertungkus lumus untuk

menyiapkan kesemua projek di sekolah termasuk projek individu. Kami juga sibuk

menyiapkan portfolio Internship. Saya juga telah melukis gambar mural alatan tangan

pada dinding bengkel Kemahiran Hidup. Selesai melukis, saya telah mewarna mural

tersebut dan telah dibantu oleh rakan saya. Projek ini telah berjaya disiapkan dalam

masa satu hari sahaja.

Pada hari kedua telah diadakan Senamrobik Serentak 1 Murid, 1 Sukan 1

Malaysia. Saya dan dua orang rakan saya telah ditugaskan untuk menjadi instruktor

sepanjang senamrobik tersebut dan itu merupakan pengalaman pertama saya menjadi

instruktor dan Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan dengan bantuan daripada

guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan. Program senamrobik tersebut

merupakan program yang dijalankan serentak di seluruh sekolah dan semua institusi

pendidikan di Malaysia untuk dimasukkan dalam Malaysian Book of Record. Walau

bagaimanapun, program ini perlu penambahbaikan dari aspek tempat pelaksanaan

kerana kawasan dewan yang digunakan semasa senamrobik dijalankan adalah tidak

sesuai kerana terlalu sempit. Selain itu, saya dan rakan saya juga telah melukis dan

menyiapkan logo sekolah sebagai projek sampingan sewaktu menjalani Internship.

Pada hari ketiga, saya telah mengajar di kelas 5 Delima dan mengumpul data

yang diperlukan untuk kajian tindakan saya. Maklumat yang dikumpul adalah

berdasarkan latihan menulis lima ayat berpandukan gambar menggunakan Kaedah

Segitiga yang telah diperkenalkan oleh saya sewaktu menjalani praktikum fasa ketiga di

sekolah berkenaan. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar kerana

murid-murid telah dapat mengaplikasikan kaedah tersebut semasa membina ayat.

Page 10: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

Selain itu, saya juga telah memulakan proses penulisan draf laporan bagi setiap projek

yang telah dilakukan bermula pada minggu pertama menjalani Internship.

Pada hari keempat, saya telah mengemaskini portfolio Internship seperti menulis

pernyataan professional untuk minggu kedua dan minggu ketiga. Saya juga telah telah

menyiapkan beberapa lampiran bagi setiap projek yang telah dilaksanakan. Pada hari

keempat juga, saya telah meneruskan proses mengumpul data murid-murid taun 5

Delima untuk kajian tindakan saya.

Pada hari kelima, saya telah mulakan proses menulis laporan selepas kesemua

projek yang dijalankan selesai.

Page 11: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEMASA INTERNSHIP)

MINGGU 4

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalani Internship di Sekolah

Kebangsaan Kampar. Hari pertama pada minggu terakhir ini dimulakan dengan

perhimpunan yang pada kebiasaannya dijalankan pada hari Isnin. Guru-guru telah

menyampaikan nasihat dan peringatan kepada murid-murid terutama berkaitan dengan

pelajaran mereka.

Pada minggu terakhir ini, pelbagai perkara perlu diselesaikan terutamanya saya

perlu menyiapkan portfolio Internship dan proses dokumentasi yang akan dijadikan

bahan bukti sepanjang menjalankan program Internship di sekolah sebelum diserahkan

kepada mentor dan guru besar sekolah untuk disemak. Pada minggu ini, saya perlu

menyiapkan kajian tindakan serta mengumpul data yang terakhir untuk dianalisis.

Selain itu, pada minggu ini juga saya diberikan peluang untuk menggantikan

beberapa orang guru yang tidak hadir ke sekolah dan peluang ini telah saya gunakan

sebaik yang mungkin untuk membantu murid-murid terutamanya murid tahun 6 yang

bakal menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September dari aspek kaunseling dan

memberi nasihat kepada mereka untuk berusaha dalam peperiksaan tersebut. Melalui

sesi kaunseling yang telah dijalankan di salah sebuah kelas tahun 6, saya telah dapat

mengenalpasti beberapa masalah dalam kalangan murid yang perlu diatasi dengan

segera supaya prestasi mereka tidak merosot.

Tuntasnya, segala pengalaman yang telah ditimba sepanjang menjalankan

Internship selama sebulan di sekolah, saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan

segala ilmu dan kemahiran apabila menjadi bakal guru kelak.

Page 12: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SELEPAS INTERNSHIP)

Selepas sebulan menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Kampar, terdapat

banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh. Melalui projek yang telah

dilaksana telah banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran saya dalam

pelbagai aspek. Sepanjang menjalani Internship, segala proses pelaksanaan projek

telah dapat dilakukan secara efisien dan lancar bermula daripada proses merancang

projek yang akan dijalankan di sekolah sehinggalah selepas tamat projek. Kerjasama

daripada rakan-rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi pelaksanaan

program selama sebulan ini.

Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang, mengurus dan

melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses

tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berada di

sekolah kelak. Selain itu, melalui projek yang dirancang juga telah membantu

meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak

sekolah.

Di samping itu, melalui Internship juga, saya telah dapat meningkatkan tahap

keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan orang lain. Ini sekaligus dapat

mengeratkan ukhuwah saya bersama guru-guru dan juga warga sekolah.

Sebulan berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat banyak

perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang menjalani Internship

terutamanya menyiapkan projek yang telah dirancang bermula minggu pertama

menjalani Internship. Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan walaupun terdapat

banyak kekangan yang terpaksa dihadapi oleh saya dan rakan saya.

Page 13: Pernyataan Profesional

INTERNSHIP | SK KAMPAR (2012)

Kesimpulannya, program Internship telah banyak membantu saya daripada

pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman

daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan sangat baik dan

memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala pengalaman

yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada

masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.