perkembangan pendidikan kewarganegaraan di indonesia

11
Pendidikan Moral Di Malaysia Perbezaan Pendidikan Moral di Malaysia dan Pendidikan Pancasila di Indonesia Nama Ahli Kumpulan No Matrik Nurul Nazirah Binti Ali D20131063342 Nadhirah Binti Hamzah D20131063333

Upload: nadhirararah

Post on 26-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perkembangan Pendidikan Moral di Indonesia (Pancasila)

TRANSCRIPT

Pendidikan Moral Di MalaysiaPerbezaan Pendidikan Moral di Malaysia dan Pendidikan Pancasila di Indonesia

Nama Ahli KumpulanNo Matrik

Nurul Nazirah Binti AliD20131063342

Nadhirah Binti HamzahD20131063333

Isi Kandungan

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN DI INDONESIAPendidikan kewarganegaraan ataupun dikenali sebagai Pancasila mempunyai dua era transformasi, iaitu sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan. Banyak perubahan yang dilakukan terhadap pendidikan kewarganegaraan di mana sebelum mencapai kemerdekaan, terdapat banyak pengaruh dari Hindia Belanda dan selepas Indonesia mencapai kemerdekaan, banyak peraturan dan prinsip yang baru telah dicipta supaya tidak lagi terdapat pengaruh Hindia Belanda yang menjajah negara Indonesia. Sebelum mencapai kemerdekaanSebelum negara Indonesia mencapai kemerdekaan, pendidikan kewarganegaraan telahpun wujud dengan nama Burgerkunde. Istilah ini berasal dari Hindia Belanda yang merupakan negara Barat yang menjajah Indonesia pada waktu itu. Terdapat 2 buku rasmi yang digunakan,iaittu Indische Burerschapkunde dan Rech en Plich. a. Indische Burerschapkunde membicarakan masalah-masalah masyarakat warganegara seperti pengaruh barat,bidang sosial,ekonomi, hukum, tatanegara dan kebudayaan, masalah pertanian dan perburuhan,dan industri dan perdagangan. Buku ini juga mengandungi tatacara dewan rakyat,masalah pendidikan, kesihatan masyarakat, pajak tentera dan angkatan laut.b. Rech en Plich mengandungi pertubuhan yang membicangkan hak-hak setempat masyarakat, hak-hak ke atas tanah, eigondom Eropah iaitu hak atas sesuatu benda untuk menggunakan kenikmatan tanpa batasan dan penggunaannya tidak bertentangan dengan undang-undang atau peraturan-peraturan umum yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan tidak mengganggu orang lain. Selain itu, masalah kedaulatan raja terhadap kewajipan negara semasa pemerintahan Hindia Belanda, masalah undang-undang, sejarah alat pembayaran dan kesejahteraan negara.

Kedua-dua buku ini ditulis supaya masyarakat Indonesia memahami hak dan kewajipan mereka terhadap pemerintah Hindia Belanda, tidak menentang pemerintahan Hindia Belanda dan harus memberikan sokongan dan patuh terhadap pemerintahan Hindia Belanda dalam jangka waktu masa yang lama.Pada tahun 1932, pemerintah Hindia Belanda telah mengeluarkan peraturan yang dipersetujui oleh Volksraad yang bermaksud Dewan Rakyat di negara Belanda. Peraturan itu mengutarakan bahawa setiap guru harus memiliki lulusan. Guru sekolah persendirian atau swasta tidak boleh mengajar di sekolah dan guru yang berhak mengajar adalah lulusan dari sekolah atau maktab perguruan sahaja.

Selepas mencapai kemerdekaanPada tahun 1957, pendidikan sivik ini diberi nama Kewarganegaraan . Kandungan mata pelajaran ini hanyalah membahaskan cara memperoleh dan kehilangan sebagai seorang warganegara Indonesia. Tahun 1961 pula, istilah civics dan pendidkan kewarganegaraan digunakan secara bertukar-pakai (interchangeably). Civics banyak membahas tentang sejarah kebangkitan nasional (nasionalisme), undang-undang dasar ; uud, pidato-pidato berkaitan politik kenegaraan yang bertemakan nation and character building( negara dan pembentukan peribadi). Pada tahun 1968, istilah Civics ditukar kepada Pendidikan Kewarganegaraan Negara. Kurikulum yang terkandung dalam Pendidkan Kewarganegaraan Negara ini mempunyai unsur dan berdasarkan prinsip Pendidikan Moral Pancasila. Tahun 1989, termaktub Undang-undang No. 2 mengenai Sistem Pendidikan Nasional (SPN)yang menentukan bahawa Pendidikan Kewarganegaraan Negara , pendidikan Pancasila dan Pendidikan Agama harus digabung dan dimuatkan ke dalam kurikulum pelajaran. Pendidikan Kewarganegaraan Negara terus mengalami perkembangan. Menurut Ali Emran (1976: 4) isu-isu Pendidikan Kewarganegaraan Negara terbahagi secara berperingkat :1. Sekolah dasar (sekolah rendah ): Pengetahuan mengenai kewarganegaraan negara, sejarah Indonesia dan ilmu Bumi (Geografi)2. Sekolah Menengah Pertama (Sekolah menengah rendah) : Sejarah kebangsaan, zaman pasca kemerdekaan, Undang-undang Negara tahun1945, Pancasila,dan ketetapan oleh Majelis Permusyarawatan Rakyat 3. Sekolah Menengah Atas : Huraian-huraian pasal Undang-undang 1945 yang digabungkan dengan tatanegara, sejarah, ilmu bumi dan ekonomi.Pada tahun1970, Pendidikan Kewarganegaraan Negara dimasukkan ke dalam mata pelajaran Ilmu Pengetahuan Sosial (IPS) . Pada tahun 1972, dalam seminar di Tawagmangu Surakarta, telah menetapkan Istilah Kewargaan Negara (IKN) sebagai pengganti Civics, dan Pendidikan Kewarganegaraan Negara kepada istilah Civic Education (Pendidikan Sivik). Istilah Kewarganegaraan Negara lebih bersifat teoritis, manakala Pendidikan Kewarganegaraan Negara lebih bersifat praktis. Oleh itu, kedua-duanya saling memerlukan dan berkait rapat. Perkembangan matapelajaran Pendidikan Kewarganegaraan Negara sangat bergantung kepada perkembangan Ilmu Kewargaan Negara.Pada tahun 1994, Kurikulum 1994 mengintegrasikan pengajaran Pendidikan Pancasila dan Kewargaan kepada istilah Pendidkan Pancasila dan Kewargangeraan (PPKN).

Perkembangan Pendidikan Kewargaan Negara semasa transisi DemokrasiPerkembangan Pendidikan Kewargaan Negara pada sistem pemerintahan baru ini lebih diutamakan kepada faktor kepentingan kepada negara membangun (state building), pembangunan bangsa (nation building). Hal ini demikian,kerana kemerosotan nilai estetika dan moral yang berlaku dalam negara yang sudah hilang semangat kesetiaan, pengorbanan,kejujuran dan keihklasan. Hukum dalam negara lebih kepada sebagai alat kekuasaan berbanding kepada untuk keadilan dan kebenaran, vandalisme, paternalisme) pilih kasih dan absolutisme (realiti politik) yang semakin berleluasa. Selain itu, posisi dan peranan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) yang dijadikan alat kekuasaan negara berbanding untuk melindungi dan mempertahankan negara.Situasi-situasi ini telah menyebabkan perubahan kepada kurikulum Pendidikan Pancasila dan Kewargaan Negara (PPKN) dan pelaksanaan pelajarannya lebih menekankan kepada statuq quo atau legitimasi dan justifikasi (pembenaran). Hal ini supaya dapat meningkatkan semangat kewarganegaraan dalam setiap rakyat kepada negara mereka. Semasa era reformasi, tentangan terhadap mata pelajaran PPKN semakin hebat. Pedoman Penghayatan dan Pengamalan Pancasila (P4) atau dikenali sebagai Eka Prasetya Pancakarsa, iaitu sebuah panduan tentang pengamalan Pancasila dalam kehidupan bernegara semasa sistem pemerintahan yang baharu mempunyai masalah dalam kandungannya kerana tidak memberikan gambaran yang jelas mengenai nilai-nilai Pancasila. Perubahan Undang-undnag No. 2 pada tahun 1989 yang diubah kepada No. 2 pada tahun 2003 tidak lagi dinyatakan Pendidikan Pancasila dan ditukar kepada hanya Pendidikan Kewarganegaraan. Pada tahun 2004 pula, kurikulum 2004 memperkenalkan istilah baru untuk menggantikan PPKN kepada Kewarganegaraan atau Pendidikan Kewarganegaraan. Perubahan nama ini juga diikuti dengan penambahan isi yang lebih jelas mengenai politik, hukum dan moral. Berikut adalah kronologi sejarah perkembangan nama pendidikan kewarganegaraan di Indonesia :1. 1954 - Pendidikan kemasyarakatan integrasi negara, ilmu bumi dan kewarganegaraan2. 1957/1962 - Civics 3. 1960 an - Pancasila dan Undang-undang Dasar 19454. 1970 - Filsafat Pancasila 5. 1973 - Pendidikan Kewarganegaraan civics dan Hukum 6. 1975/1984 - Pendidikan Moral atau PMP 7. 1989-1990 an - Pendidikan Kewiraan 8. 2000-sekarang - Pendidikan Kewarganegaraan

Sumber-sumber lain yang melibatkan perkembangan ilmu Pendidikan Kewarganegaraan 1. Tahun1962 - Pendidikan Kewarganengaraan diperkenalkan sebagai program kurikulum dalam mata pelajaran Civics dalam kurikulum Sekolah Menengah. Mata pelajaran ini mempunyai material seperti pemerintahan Indonesia berdasarkan Undang-undang Dasar 1945 (Dept.P&K: 1962). 2. Tahun 1968 dan 1969 - Istilah Civics dan Pendidikan Kewarganegaraan digunakan secara bertukar-pakai (interchangeably). - Kurikulum Sekolah Dasar pada tahun 1968 pula menggunakan istilah Pendidikan Kewargaan Negara. Kandungan mata pelajaran tersebut mengandungi sejarah negara Indonesia, kawasan geografi Indonesia, dan civics (diterjemahkan sebagai pengetahuan kewargaan negara).- Kurikulum Sekolah Menengah Pertama 1968 menggunakan istilah Pendidikan Kewarganegaraan Negara Berisikan Sejarah Indonesia dan Konstitusi Undang-undang Dasar 1945- .Tahun 1968, Kurikulum Sekolah Menengah Atas 1968 mengandungi topik utama berkaitan Undang-undang Dasar 1945 dalam mata pelajaran Kewargaan Negara.- Kurikulum SPG pada tahun 1969 mata pelajaran Pendidikan Kewargaan Negara mengandungi sillabus berkenaan sejarah Indonesia, konstitusi, pengetahuan kemasyarakatan dan hak asasi manusia.3. Tahun 1975, kurikulum 1975 menggunakan istilah daripada Pendidikan Kewargaan Negara diubah menjadi Pendidikan Moral Pancasila (PMP) yang mengandungi material Pancasila sebagaimana yang terkandung di dalam Pedoman Penghayatan dan Pengalaman Pancasila atau P4.4. Pada tahun 1989, Undang-Undang Nombor 2 mengenai sistem Pendidikan Nasional kemudian diperkenalkan pula mata pelajaran Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan atau PPKn.5. Tahun 1975/1976 muncul mata pelajaran Pendidikan Moral Pancasila (PMP) di mana visi dan misinya berorientasikan pada value inculcation (penerapan nilai) dengan kandungan nilai-nilai Pancasila dan UUD 1945. Pendidikan Kewargaan Negara (PKN) ditukar kepada Pendidikan Moral Pancasila (PMP) menurut Kurikulum tahun 1975/1976 dan Kurikulum tahun 1984 kerana paradigma civic education (pendidikan sivik) belum berkembang sepenuhnya mengikut perkembangan kurikulum semasa.6. Kurikulum PMP 1984 diubah menjadi Kurikulum Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan (PPKn) tahun 1994, akan tetapi paradigmatik civic education semasa zaman tersebut juga belum disebarkan ideologi dengan berkembang. Pendidkan moral Pancasila yang disampaikan melalui PPKn di sekolah dan penataran P-4 di berbagai lapisan masyarakat diwujudkan namun tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dan tidak bermakna.7. Perubahan Undag-undang No. 2 tahun 1989 yang diubah kepada Undang-undang No. 2 tahun 2003 tidak dinyatakan lagi sebagai pendidikan Pancasila dan hanya disebut sebagai Pendidikan Kewarganegaraan sahaja. Kurikulum 2004 memperkenalkan istilah Pengganti PPKn dengan kewarganegaraan atau Pendidikan Kewarganegaraan. Perubahan nama ini juga diikuti dengan perubahan isi Pendidikan Kewarganegaraan yang lebih jelas mengenai politik, hukum dan nilai-nilai moral.