pendidikan sivik & kewarganegaraan

8
Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan dan tulis dalam ruangan yang disediakan. Bahagian A 1. Kepentingan mengamalkan sikap berdisiplin ialah A. mudah diterima dalam sesuatu kelompok. B. menghilangkan perasaan rendah diri. C. membentuk sahsiah diri yang baik. D. membentuk keyakinan diri. 2. Satu cara untuk mendisiplinkan diri di perpustakaan ialah A. bercakap sesuka hati. B. mengoyak gambar yang disukai yang terdapat dalam buku cerita. C. senyap dan meletakkan buku di tempat asal. D. membawa keluar bahan bacaan secara senyap tanpa pengetahuan guru. 3. Individu yang suka melanggar peraturan harus berubah dan _____________________. A. mengelakkan pembaziran. B. mempunyai masa rehat yang mencukupi. C. melakukan aktiviti yang disukai. D. menilai kesilapan yang pernah dilakukan. 4. Alya telah dinobatkan sebagai murid contoh di sekolahnya, pada pendapat kamu mengapakah dia dipilih? A. Dia menjadi murid kesayangan guru dan kawan-kawan. B. Dia rajin membuat kerja rumah. C. Penghargaan kerana dia seorang murid yang berdisiplin dan mengamalkan sikap terpuji. D. Dia suka mengampu guru besar. 5. Tempat beribadat ialah tempat untuk A. mengulangkaji pelajaran. B. beriadah. C. bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan. D. berbual-bual. 6. Adab ketika makan adalah seperti yang berikut, kecuali A. mengunyah makanan dengan perlahan tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat. B. tidak bercakap-cakap semasa mengunyah makanan. C. membaca doa sebelum makan. D. bergurau senda semasa makan.

Upload: mer-ebe-mx

Post on 19-Feb-2016

70 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pendidikan sivik

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan dan tulis dalam ruangan yang disediakan.

Bahagian A

1. Kepentingan mengamalkan sikap berdisiplin ialah

A. mudah diterima dalam sesuatu kelompok.B. menghilangkan perasaan rendah diri.C. membentuk sahsiah diri yang baik.D. membentuk keyakinan diri.

2. Satu cara untuk mendisiplinkan diri di perpustakaan ialah

A. bercakap sesuka hati.B. mengoyak gambar yang disukai yang terdapat dalam buku cerita.C. senyap dan meletakkan buku di tempat asal.D. membawa keluar bahan bacaan secara senyap tanpa pengetahuan guru.

3. Individu yang suka melanggar peraturan harus berubah dan _____________________.

A. mengelakkan pembaziran.B. mempunyai masa rehat yang mencukupi.C. melakukan aktiviti yang disukai.D. menilai kesilapan yang pernah dilakukan.

4. Alya telah dinobatkan sebagai murid contoh di sekolahnya, pada pendapat kamu mengapakah dia dipilih?

A. Dia menjadi murid kesayangan guru dan kawan-kawan.B. Dia rajin membuat kerja rumah.C. Penghargaan kerana dia seorang murid yang berdisiplin dan mengamalkan sikap terpuji.D. Dia suka mengampu guru besar.

5. Tempat beribadat ialah tempat untuk

A. mengulangkaji pelajaran.B. beriadah.C. bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan.D. berbual-bual.

6. Adab ketika makan adalah seperti yang berikut, kecuali

A. mengunyah makanan dengan perlahan tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat.B. tidak bercakap-cakap semasa mengunyah makanan.C. membaca doa sebelum makan.D. bergurau senda semasa makan.

7. Kita patut _________ masa yang ada kerana masa yang berlalu tidak akan kembali.

A. menghargaiB. melupakanC. melepaskanD. membiarkan

Page 2: PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

8. Bagaimanakah kita dapat menguruskan masa dengan baik semasa berada di rumah?

A. Menampalkan nota penting di dinding bilik.B. Meminta ibu mengingatkan kita tentang perkara yang perlu dilakukan.C. Menyediakan jadual aktiviti harian dan menampalkan di dinding bilik.D. Sentiasa mengunci jam loceng untuk mengingatkan diri perkara yang perlu dilakukan.

9. Pilih pernyataan yang benar tentang masa.

I. Masa ibarat besi keras.II. Masa tidak boleh dijual beli.III. Masa lapang boleh digunakan dalam pelbagai cara.

A. I sahaja. C. II dan III.B. I dan II. D. III sahaja.

10. Individu yang suka melanggar peraturan yang ditetapkan menunjukkan dia bersikap

A. tidak bertanggungjawab. C. tidak bertimbang rasa.B. tidak prihatin. D. tidak berdisiplin.

11. Sebelum melakukan sebarang aktiviti dalam bilik darjah ketika waktu senggang kita patut meminta __________ guru terlebih dahulu.

A. pesanan C. amaranB. teguran D. kebenaran

12. Susun situasi di bawah mengikut kepentingan masa.

I. Menonton televisyen.II. Mengulang kaji pelajaran.III. Bermain dengan kawan.IV. Menolong ibu.

A. III, IV, II dan I C. II, IV, III dan IB. I, II, III dan IV D. I, III, IV dan II

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Apakah kebaikan belajar secara kumpulan seperti gambar di atas?

A. Dapat menunjukkan kebolehan diri.B. Dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran.C. Dapat menambahkan bilangan kawan.D. Dapat mempengaruhi fikiran rakan-rakan yang lain.

Page 3: PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

14. Kata-kata hikmat manakah yang betul?

A. Masa itu waktu.B. Masa itu permata.C. Masa itu buku.D. Masa itu emas.

15. Mengapakah kita harus mengamalkan adab-adab berpakaian dalam kehidupan seharian?

A. Menunjukkan bahawa kita mempunyai banyak pakaian.B. Menunjukkan keperibadian dan sahsiah yang baik.C. Agar kita mudah didampingi.D. Supaya kita dihargai dan dipuji.

16. Waktu yang sesuai untuk pergi menziarah ialah

A. Waktu pagi. C. waktu senja.B. Waktu tengah malam. D. waktu tuan rumah sedang makan.

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa seperti gambar di atas ialah…..

A. membuat sebarang keputusan.B. mencari nafkah untuk sekeluarga.C. mengasuh dan mendidik anak.D. menyediakan makanan dan minuman untuk sekeluarga.

18. Apakah kesannya jika tidak menguruskan masa dengan baik?

A. Kita akan gagal dalam peperiksaan.B. Kita akan membazir wang dan tidak pandai berjimat cermat.C. Kita akan melakukan sesuatu perkara dalam keadaan tergesa-gesa.D. Kita akan membazir masa dan melakukan perkara yang tidak penting.

19. Tanggunjawab ahli keluarga harus dilakukan bersama-sama. Apakah kepentingannya?

A. Melicinkan tugas dan mewujudkan keharmonian rumahtangga.B. Menjaga nama baik keluarga.C. Agar menjadi ikutan keluarga lain.D. Melahirkan rasa bahagia ibu dan bapa.

Page 4: PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

20. Penyataan yang berikut adalah tanggungjawab sebagai bapa, kecuali

A. menjaga keselamatan keluarga. C. menyediakan tempat tinggal yang selesa.B. mencari nafkah. D. belajar bersungguh-sungguh.

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.

21. Apakah aktiviti riadah yang ditunjukkan dalam gambar di atas?

A. Senamrobik. C. BerkelahB. Berbasikal. D. Mendaki bukit.

22. Apakah yang akan terjadi sekiranya ahli keluarga tidak memainkan peranan masing-masing?

A. Rumahtangga menjadi porak peranda.B. Hidup dalam keadaan bahagia.C. Hidup dalam keadaan kesederhanaan.D. Hidup dalam keadaan berduka.

23. Apakah yang perlu disediakan agar kita dapat merancang aktiviti harian dengan lebih baik?

A. Jadual aktiviti harian.B. Jadual waktu belajar.C. Jadual waktu bermain.D. Jadual waktu mata pelajaran.

24. Antara yang berikut, yang manakah adab yang tidak baik?

A. Menjemput tetamu masuk ke dalam rumah.B. Tidak mendengar perbualan ibu bapa dengan tetamu.C. Menengking orang tua yang memandu kereta dengan perlahan.D. Tidak meludah di kawasan yang berhampiran dengan kita.

25. Apakah kesannya jika kita tidak mempunyai pengurusan masa yang baik di rumah?

A. Banyak masa terbuang begitu sahaja.B. Kita akan ketinggalan dalam segala bidang.C. Perlu lebih banyak menumpukan perhatian semasa berada di dalam kelas.D. Malas untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran.

26. Berikan maksud jiran dengan tepat.

A. Jiran ialah yang rapat dengan kita.B. Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal kita dan saling membantu antara

satu sama lain.C. Jiran merupakan ahli keluarga kita.D. Jiran terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum.

Page 5: PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

27. Kepentingan mengamalkan semangat kejiranan ialahA. menarik pelancong asing datang ke negara kita.B. mengisi masa lapang dengan menziarahi jiran.C. memudahkan kita meminta bantuan daripada jiran-jiran.D. mewujudkan suasana hidup yang harmoni.

28. Kita patut _________ anak jiran yang terjatuh di taman permainan dan memberitahu kepada ibu bapanya.A. membiarkan C. memujiB. memarahinya D. membantu

29. Sikap yang tidak patut ada bagi mewujudkan keharmonian bersama jiran ialah

A. toleransi. C. cemburu dan dengki.B. saling membantu. D. bertanggungjawab.

30. Mengapakah kita harus mengenali jiran kita?

A. Supaya senang meminta bantuan.B. Kerana guru memberi tugasan yang memerlukan kita menyerahkannya kepada jiran.C. Mewujudkan suasana harmoni dan kesepakatan.D. Supaya mudah kita mengintip pergerakan jiran.

(30 markah)

Bahagian B

A. Nyatakan dua peraturan bagi setiap tempat yang berikut.

1. Perpustakaan

a) ______________________________________________________

b) ______________________________________________________

2. Kantin

a) ______________________________________________________

b) ______________________________________________________

3. Makmal sains

a) ______________________________________________________

b) ______________________________________________________

4. Makmal komputer

a) ______________________________________________________

b) ______________________________________________________

5. Bilik kemahiran hidup

a) ______________________________________________________

b) ______________________________________________________

Page 6: PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

B. Tandakan (/) pada pernyataan yang benar dan (x) pada pernyataan yang tidak benar.

No. Pernyataan

1Seorang bapa melakukan kerja-kerja rumah, manakala tugas mencari nafkah diserahkan

kepada seorang ibu.

2 Seorang ibu perlu menyediakan makanan yang berzat untuk anggota keluarganya.

3Semua keputusan dalam sesebuah keluarga dibuat oleh seorang ibu kerana ibu menghabiskan

banyak masa di rumah.

4 Sikap buruk seseorang akan menjatuhkan maruah keluarga.

5 Mendidik anak merupakan tugas ibu sahaja.

6 Ibu bapa zaman sekarang tidak perlu mengambil tahu akan perlakuan anak-anak mereka.

7Seorang bapa perlu memastikan anggota keluarganya sentiasa berada dalam keadaan

sihat dan selamat.

8 Seorang bapa perlu keluar bekerja dari pagi hingga larut malam untuk menyara keluarga.

9Seorang anak yang menghadapi peperiksaan tidak perlu melakukan apa-apa kerja di

rumah.

10Ibu bapa tidak boleh menegur anak mereka yang membuat kesalahan kerana anak

mereka mungkin akan lari dari rumah.

(20 markah)