perkembangan kreativiti kanak.docx

7
PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 , kreativiti bermaksud kemampuan mencipta. Pengertian tentang kreaviti yang dikemukakan oleh beberapa orang pakar. Menurut June King Mc Fee kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan  perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lep as iaitu memberi makna baru. E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan,  percubaan, pen erokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa men cuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. Donald W. Mac Kinnon.(1962) individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan, kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian. Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kitakepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusirangsangan tertentu. Kreativiti ialah semangat y ang tidak boleh diajar tetapi boleh dis emai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan  potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap  berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

Upload: amar-nazirul-haziq

Post on 14-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

7/27/2019 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perkembangan-kreativiti-kanakdocx 1/7

PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK 

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 , kreativiti bermaksud kemampuan mencipta. Pengertian

tentang kreaviti yang dikemukakan oleh beberapa orang pakar. Menurut June King Mc Fee

kreativiti bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan

mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang

diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi makna baru.

E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian, penemuan,

 percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari

kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

Donald W. Mac Kinnon.(1962) individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta

mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri

dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan,

kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian.

Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan,

sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kitakepada satu cara pemikiran

di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusirangsangan tertentu.

Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda.

Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi

kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan

 potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap

 berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

Page 2: PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

7/27/2019 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perkembangan-kreativiti-kanakdocx 2/7

Ciri -Ciri Kr eativiti 

Melalui pembacaan saya, penghasilan kreativiti memaparkan 4 ciri yang utama iaitu:

Mempunyai Tujuan. Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi

 biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam

 proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan

dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan

 pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan

atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu

aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya

upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri.

Berskala dan bernilai. Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang

kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk 

menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea

menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan

dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif 

 bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat

 berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.

Pengurusan Imaginasi. Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan

sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini

melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental

yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap

memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku

apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru

atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan.

Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat

analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.

Bersifat Asli. Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini

 bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun

 berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu :

Page 3: PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

7/27/2019 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perkembangan-kreativiti-kanakdocx 3/7

1.  Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya

sendiri yang terdahulu.

2.  Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya.

3.  Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana

 pihak dalam mana-mana bidang.

Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada

 peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain

atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.

Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:

  Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak 

mudah mengalah.

  Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang

yang diceburi.

  Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada

tahap kecemerlangan.

  Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.

  Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan

toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.

Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of activities built

arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu

koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini

menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.

Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema

ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran danmengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan

mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep

yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema

menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi

Page 4: PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

7/27/2019 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perkembangan-kreativiti-kanakdocx 4/7

 pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat

mengikut tahap umur kanak-kanak.

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman

melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru

dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran

 bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar 

 belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu

haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami.

Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap

sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.

Berikut merupakan matlamat pendekatan bertema iaitu :

a)  Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kodusif dalam proses pengajaran

dan pembelajaran

 b)  Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan

c)  Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan

 pengalaman lalu

d)  Dapat menghadapi cabaran

e)  Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan

f)  Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal

g)  Menyemai nilai empati,harmoni dan pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya

h)  Untuk membangunkan pembelajaran mnyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dan

kemahiran

Page 5: PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

7/27/2019 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perkembangan-kreativiti-kanakdocx 5/7

Kekuatan Pendekatan Bertema 

1.  Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan

verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan

tema yang diberi. Sebagai contoh apabila kank-kanak itu sedang marah mereka akan

mengetuk gendang dengan kuat atau tidak melukis dengan bersungguh-sungguh. Dalam

hal ini guru perlu memainkan peranan yang penting dalam memberi motivasi dan

mendidik kanak-kanak ini mengawal emosi mereka agar mereka lebih tenang. Guru juga

 boleh membantu dan memberi nasihat sekiranya kanak-kanak ini mengalami maslah yang

sukar untuk diselesaikan.

2.  Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang

tinggi. Aktiviti-aktiviti p&p seperti berlakon, bernyanyi, membina diorama dan lain-lain

lagi dapat menarik minat murid untuk lebih bersemangat untuk belajar. Di samping lbih

menarik minat ia juga dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak tersebut. Oleh itu, guru

 perlulah merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang pelbagai dan menarik dalam

meningkatkan kreativiti murid.

3.  Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Apabila guru

merancang dan menjalankan aktiviti p&p yang menarik seperti berlakon, bernyanyi dan

sebagainya ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Sifat malu dapat

dihapuskan dan mereka akan lebih yakin apabila disuruh untuk berlakon ataupun

 bernyanyi di hadapan kelas. Keyakinan diri sangat penting dan perlu disemaikan dalam

diri kanak-kanak agar mereka dapat memotivasikan diri mereka untuk berhadapan

dengan masyarakat luar.

4.  Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru. Kanak-kanak 

 juga berpeluang untuk memberikan dan mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing

melalui aktiviti berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukanakan

oleh guru. Kanak-kanak juga dapat belajara untuk menerima dan menghormati idea atau pendapat yang dikemukakan oleh ahli kumpulan yang lain. Hal ini dapt membantu

mereka meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal kanak-kanak tersebut.

5.  Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Melalui

 pendekatan bertema ini guru dapat menilai kefahaman konsep kanak-kanak tersebut

dengan menyediakan aktiviti-aktiviti seperti ujian, kuiz, perbahasan dan sebagainya.

Page 6: PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

7/27/2019 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perkembangan-kreativiti-kanakdocx 6/7

Guru dapat melihat dan menilai adakah murid-murid telah menguasai isi pembelajaran

 pada hari tersebut. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat murid-murid yang masih tidak 

menguasai guru perlu mengajar semula agar mereka faham dan menguasai isi

 pembelajaran yang disampaikan.

I su A tau Cabaran Pendekatan Bertema 

1.  Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran. Pendekatan bertema ini

memerlukan guru yang menguasai kesemua bidang atau tema seperti masyarakat,

komunikasi dan persekitaran. Sekiranya guru tersebut tidak dapat menguasai bidang-

 bidang ini adalah sukar untuk guru tersebut untuk menggunakan pendekatan bertema ini.

2.  Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan. Cabaran yang timbul dalam

 pendekatan ini adalah membentuk ahli kumpulan kanak-kanak. Kanak-kanak apabila

membentuk kumpulan mereka akan memilih rakan-rakan yang lebih rapat. Hal ini kerana

mereka merasakan bahawa rakan-rakan yang rapat ini lebih disenangi dan dipercayai.

Oleh itu, guru seharusnya membantu dalam membentuk kumpulan yang pelbagai

kecerdasan bukannya berdasarkan rakan rapat kerana apabila kumpulan tersebut

kesemuanya ahli pandai, kanak-kanak yang kurang pandai akan ketinggalan dan tidak 

dapat menguasai pelajaran. Apabila sebuah kumpulan mempunyai ahli yang pelbagai

kecerdasan mereka akan saling membantu antara satu sama lain.

3.  Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza. Seperti

yang sedia maklum pendekatan ini memerlukan hasil pembelajaran yang pelbagai dalam

 bidang mata pelajaran yang berbeza-beza. Hal ini akan mendatangkan kepada kanak-

kanak kerana terlalu banyak hasil pembelajaran yang perlu dikuasai dalam sesebuah sesi

 p&p. oleh itu, guru perlu kreatif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai

 bagi membantu kanak-kanak ini menguasai hasil pembelajaran yang berbeza-beza.

4.  Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza. Pendekatan

 bertema ini menggalakkan guru menentukan hasil pembelajaran yang pelbagai dalam

mata pelajaran yang berbeza-beza. Dalam hal ini, guru sukar untuk membuat penilaian

terhadap kanak-kanak tersebut kerana penilaian bagi setiap pembelajaran juga berbeza-

 beza mengikut matapelajaran. Contohnya Sains boleh dinilai melalui pemerhatian,

Matematik dinilai melalui latihan atau kuiz dan lain-lain lagi. Hal ini akan menyebabkan

Page 7: PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

7/27/2019 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK.docx

http://slidepdf.com/reader/full/perkembangan-kreativiti-kanakdocx 7/7

kanak-kanak akan terpaksa menguasai kesemua hasil pembelajaran pada masa yang

sama. Oleh itu, guru seharusnya memikirkan cara atau teknik bagi membuat penilaian

terhadap kebolehan-kebolehan yang pelbagai.