perkembangan kreativiti dalam pendidikan prasekolah - bab 2 part jue

37
PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH -Peranan Guru- -Lukisan-

Upload: juwairiyah-muhamed

Post on 14-Aug-2015

68 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pra6

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

-Peranan Guru--Lukisan-

Page 2: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

PERANAN GURU

Page 3: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

Matlamat• Kurikulum Standard Sekolah Rendah :

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 4: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan :

Di dalam dokumen Kurikulum StandardPrasekolah Kebangsaan (2009), perkembangankreativiti merangkumi seni visual, pendidikanmuzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjangini lebih menekankan proses daripada produk.Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkanidea mereka secara kreatif dan melibatkan diridalam aktiviti kreativiti

Page 5: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi : - Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.- Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan sesuatu karya. - Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.

Page 6: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

Page 7: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

Strategi Pengajaran

• Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual mula diperkenalkan oleh PPK mulai kurikulum baru semakan semula.

• Pendekatan ini menjurus kepada teori Behaviorisme kepada teori Konstruktivisme yang mementingkan kemahiran kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.

• Beberapa pendekatan diserapkan dalam PSV agar proses pembelajaran akan berlaku secara afektif dan berkesan.

Page 8: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Subjek ini diajar secara bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.

• Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK).

• Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah.

Page 9: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Di antaranya ialah:

1. Pembelajaran masteri2. Kajian masa depan3. Konstruktivisme4. Belajar cara belajar5. Kecerdasan pelbagai6. Pembelajaran akses kendiri7. Kemahiran berfikir8. Teknologi komnunikasi dan maklumat (ICT)9. Pembelajaran konseptual10.Pembelajaran Kontekstual

Page 10: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

1.Pembelajaran Masteri• Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang

berfokus kepada penguasaan pelajar dimana murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran dahulu sebelum berpindah kepada unit yang lain.

• Pembelajaran ini diaplikasikan melalui pemulihan kepada murid yang lemah manakala murid yang sudah memahami pelajaran diberi pengayaan. Setelah semua murid dapat menguasai kemahiran yang diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain.

• Contohnya, sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik lakaran bentuk asas.

Page 11: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

2. Kajian Masa Depan• Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran

untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan.

• Hal ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

• Contohnya, murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.

Page 12: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Dalam aktiviti Kajian Masa depan, pelajar digalakkan menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan dari masa dahulu ke masa sekarang, dan seterusnya membuat ramalan tentang keadaan yang mungkin berlaku pada masa depan.

• Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan PSV dengan pelbagai bidang yang lain seperti pendidikan alam sekitar, sains, dan lain-lain.

Page 13: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

3. Pembelajaran Konstruktivisme

• Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

• Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

• Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

Page 14: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Aplikasi kontruktivisme :- Pencetusan Idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan tajuk penting. Pelajar diberi peluang untuk mencatat pengetahuan sedia ada sebelum aktiviti melukis.- Pelajar menjalankan eksperimen tak terbimbing untuk menguji sesuatu sebagai usaha sesuatu membina pengetahuan baru berteraskan pengetahuan sedia ada.- Melalui projek, pelajar mengadakan penyiasatan untuk menguji idea seni secara membina pengetahuan dan secara beransur-ansur membina insiatif sendiri.

Page 15: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

4. Kemahiran Belajar cara belajar- Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.- Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Page 16: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

5. Kecerdasan Pelbagai• Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik,

logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.

• Dalam P&P pendidikan Seni , kecerdasan visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang , warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan visual secara ruang secara grafik.

Page 17: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

6. Pembelajaran Akses Kendiri

• PAK ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar.

• Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. 

• Dengan ini murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.

Page 18: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Asas PAK:

1. Murid perlu pro-aktif dalam proses pembelajaran.2. Murid tidak seharusnya pasif (hanya memberi respon kepada rangsangan guru).3. Murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri.

• Ciri-ciri PAK :

-Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa tekanan-Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator-Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas-Belajar secara bersendirian / kumpulan-Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu-Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri

Page 19: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

7. Kemahiran Berfikir- Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah.- Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P.- Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian.- Kemahiran ini di aplikasikian dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. - Selain itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.

Page 20: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

8. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

• Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT.

• Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

Page 21: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

9. Pembelajaran Konseptual

• Pendekatan pembelajaran yang memberi penekanan pada penanaman konsep terlebih dahulu di awal proses pembelajaran.

Page 22: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

10. Pembelajaran Kontekstual• Pembelajaran kontekstual ialah

kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan.

• Melalui pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna.

• Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di kampung nelayan.

Page 23: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

Apresiasi Seni

• Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek kognitif.

• Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu.

Page 24: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas.

• Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

• Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Page 25: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.

• Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh.

• Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan.

• Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

Page 26: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

Objektif : a) Memahami aspek senib) Mengetahui pentingnya nilai seni

dalam kehidupanc) Menghasilkan karya (produk seni)d) Memahami seni dan hubungannyae) Membuat dan menggunakan

pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

Page 27: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

LUKISAN

Page 28: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling minimum.

• Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan.

• Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolej dan montaj.

Page 29: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Lukisan juga adalah satu karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata.

• Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel (contoh pensel B hingga 6B), pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat, krayon, pen marker, marker pelukisan dan kapur.

• Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.

• Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan.

• Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang olespresif dan nyata.

Page 30: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue
Page 31: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue
Page 32: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

Tekapan

• Adalah satu kaedah menggambar dengan cara menekap untuk mendapatkan ulangan imej yang sama.

Page 33: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue
Page 34: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

Cetakan

• Cetakan adalah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.

• Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.

• Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain

Page 35: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti

• Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat

• Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata

• Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.

Page 36: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue

• Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain

• Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat

• Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain

• Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu

Page 37: Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah - Bab 2 Part Jue