peringkat2 kemahiran mendengar dan bertutu dr blog

14
FUNGSI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Fungsi Kemahiran Mendengar Fungsi yang diterangkan di sini boleh didefinisikan sebagai tugas, peranan, kewajiban dan juga peranan (Kamus Dewan, 2008 :153). Manakala definisi bagi fungsi kemahiran mendengar ialah peranan, tugas dan kewajiban dalam kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran yang terdalam kemahiran lisan.Terdapat beberapa fungsi bagi kemahiran mendengar, antaranya ialah : Dapat menguasai kemahiran lain Sebagaimana yang kita semua ketahui, kemahiran yang paling penting berbanding kemahiran-kemahiran lain ialah kemahiran mendengar. Untuk menguasai kemahiran lain seperti bertutur, membaca dan juga menulis, individu tersebut perlulah menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu. Apabila individu dapat kuasai apa yang didengar misalnya bunyi-bunyi haiwan dan cara menyebut nama haiwan tersebut secara automatik pada peringkat yang seterusnya individu tersebut dapat mempelajari cara bertutur apa yang didengar dengan betul. Seterusnya, apabila individu tersebut dapat bertutur seterusnya individu tersebut

Upload: dustin-cooper

Post on 16-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

FUNGSI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURFungsi Kemahiran MendengarFungsi yang diterangkan di sini boleh didefinisikan sebagai tugas, peranan, kewajiban dan juga peranan (Kamus Dewan, 2008 :153). Manakala definisi bagi fungsi kemahiran mendengar ialah peranan, tugas dan kewajiban dalam kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran yang terdalam kemahiran lisan.Terdapat beberapa fungsi bagi kemahiran mendengar, antaranya ialah :Dapat menguasai kemahiran lainSebagaimana yang kita semua ketahui, kemahiran yang paling penting berbanding kemahiran-kemahiran lain ialah kemahiran mendengar. Untuk menguasai kemahiran lain seperti bertutur, membaca dan juga menulis, individu tersebut perlulah menguasai kemahiran mendengar terlebih dahulu. Apabila individu dapat kuasai apa yang didengar misalnya bunyi-bunyi haiwan dan cara menyebut nama haiwan tersebut secara automatik pada peringkat yang seterusnya individu tersebut dapat mempelajari cara bertutur apa yang didengar dengan betul. Seterusnya, apabila individu tersebut dapat bertutur seterusnya individu tersebut dapat mempelajari kemahiran membaca dan seterusnya ke peringkat menulis. Dapat berinteraksi dengan orang lain.Kemahiran bertutur diistilahkan sebagai keiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa. Ini bermakna apabila individu dapat menguasai kemahiran mendengar, individu tersebut dapat mentafsirkan apa yang didengarnya dan bertindak memberi respon. Sebagai contoh apabila individu ditanya sama dia telah makan ataupun belum, apabila individu tersebut mendengar apa yang diujarkan kepadanya individu tersebut akan mula mentafsir dan memahami apa yang diujarkan kepadanya. Setelah memahami apa yang diujarkan secara tidak langsung individu akan bertindak balas dengan menjawab soalan yang diajukan kepadanya itu. Ini secara tidak langsung berlakunya interaksi antara si pendengar dan juga penutur.Fungsi Kemahiran Bertutur.Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri. Jika kita mengetahui fungsi kita bertutur, ia akan sedikit sebanyak akan membantu kita menyusun ujaran kita dengan lebih baik serta memilih laras bahasa yang sesuai digunakan dalam konteks pertuturan tersebut. Secara umumnya terdapat beberapa fungsi dalam kemahiran bertutur antaranya adalah seperti berikut :Bertutur berperanan untuk memberitahu dan menjelaskan maklumatBertutur berperanan untuk memberi maklumat yang dimaksudkan di sini ialah penutur mengujarkan sesuatu untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ini menunjukkan tugas kita sebagai penutur adalah untuk memperjelas maklumat yang hendak kita sampaikan tersebut bermakna dan juga mudah untuk diingati. Bagi mencapai objektif ini, kita perlu mengaplikasikan tiga perkara yang terdapat dalam ujaran bermaklumat. Antara perkara tersebut ialah memberitahu pendengar perkara yang akan perkatakan, ujarkan, atau memaklumkan perkara tersebut serta menyimpulkan perkara yang telah kita perkatakan tersebut. Jadi, melalui objektif.Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bermatlamatkan supaya murid berbincang serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara. Jadi, sebagai seorang pendidik, tujuan bertutur adalah amat penting kerana mempunyai perkaitan yang rapat dengan peranan guru itu sendiri sebagai penyampai maklumat serta ilmu pengetahuan terhadap murid-murid. Untuk menyampaikan maklumat secara berkesan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah dengan memulakan sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian pendengar serta membuatkan mereka hendak terus mendengar. Seterusnya, penutur perlu menyusun isi penting ujaran dengan jelas serta memastikan ia berurutan antara satu sama lain. Selain itu, penutur seharusnya menggunakan bahasa secara natural serta tidak bersifat emotif serta kurangkan penggunaan bahasa yang bersifat terlalu terlalu teknikal dan berbunga-bunga. Penutur juga sepatutnya menggunakan gambar, rajah, carta, poster dan sebagainya untuk membantu bagi menjelaskan maklumat, menarik minat pendengar di samping dapat mengukuhkan isi penting yang disampaikan. Bertutur berfungsi untuk mempengaruhiBertutur berfungsi untuk mempengaruhi membawa pengertian kepada ujaran penutur yang mengkehendaki pendengar mengubah persepsi ataupun fikirannya mengenai sesuatu perkara atau mempengaruhi pendengar mengambil langkah bagi membuat keputusan mengenai sesuatu perkara. Seseorang guru perlulah mempunyai kemahiran mempengaruhi yang tinggi terhadap murid-muridnya terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini penting kerana untuk mempengaruhi serta mendorong murid untuk terus belajar serta melakukan semua aktiviti yang diarahkan bukan satu tugas yang mudah.

Dua perkara penting yang berkaitan dengan bertutur yang berfungsi untuk mempengaruhi ialah dengan memastikan kehendak serta keperluan pendengar. Hal ini penting untuk memotivasikan pendengar melakukan sesuatu tindakan dan ia perlu disertakan dengan alasan yang munasabah serta menepati keperluan pendengar. Menurut ahli psikologi berpendapat bahawa keperluan manusia terbahagi kepada beberapa kategori. Kategori yang dimaksudkan ialah psikologi, keselamatan, dimiliki dan disayangi, sanjungan kendiri dan juga keupayaan kendiri. Seterusnya, perkara yang kedua yang ditekankan ialah menyediakan hujah yang relevan. Bagi mencapai matlamat bertutur untuk mempengaruhi pendengar terhadap sesuatu , maka penutur terlebih dahulu perlu bersedia dengan pendapat yang relevan. Bagi mengemukakan pendapat yang releven, ia memerlukan kemahiran serta pengalaman. Guru yang berpengalaman biasanya tidak menghadapi masalah dalam memberi hujah, fakta dan alasan untuk mempengaruhi dan memotivasikan murid mereka. Ini menunjukkan kepakaran seseorang guru dalam bidangnya membolehkan mereka memperjelas fakta serta mencadangkan sesuatu yang baik. Bertutur menimbulkan keseronokan.Bertutur untuk menimbulkan keseronokan atau santai merujuk kepada pertuturan menyebabkan pendengar seronok dan terhibur. Fungsi pertuturan untuk menimbulkan keseronokan atau santai adalah tujuan sampingan kepada peranan yang sebenar. Bertutur dapat beri kelebihan kepada pihak penutur serta pendengar iaitu pendengar berupaya untuk memberi perhatian yang lebih terhadap penutur yang dapat menghiburkan mereka. Melalui pertuturan ini, penutur boleh memperkembangkan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan, nilai murni melalui aktiviti bertutur sebagaimana yang terkandung dalam HSPBMSR. Berfungsi sebagai alternatif mewujudkan perhubunganBagi tujuan sosial, murid haruslah dilatih bertutur melalui fungsi ini. Fungsi ini amat penting dalam kehidupan seharian manusia untuk membantu seseorang tersebut hidup dalam masyarakat dengan selesa serta mesra. Dalam hal ini, penekanan utama adalah diberikan terhadap pengucapan bertatasusila bagi menjamin keharmonian perhubungan serta perpaduan dalam masyarakat. Antara contoh pengucapan yang bertatsusila yang dimaksudkan adalah melahirkan rasa simpati terhadap orang lain. Ini merupakan salah satu objektif yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan melalui kemahiran bahasa ini murid akan dapat menghayati serta mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan juga kewarganegaraan. Contoh lain ialah dapat menumpang kejayaan, menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain dan lain-lain lagi.PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURPeringkat kemahiran mendengar.Peringkat secara definisinya ditakrifkan sebagai had yang dicapai dalam sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yang dicapai; tingkat kemajuan; tahap dan lain-lain (Kamus Pelajar Edisi Kedua : 2008). Secara umumnya, kemahiran mendengar dalam peringkat penguasaan terdiri daripada tiga tahap. Peringkat penguasaan yang dimaksudkan di sini ialah tahap-tahap kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mengamalkannya. Dalam erti kata yang lain, murid-murid perlu menguasai setiap tahap dalam kemahiran mendengar dan juga bertutur sebelum dilabelkan sebagai mahir. Seterusnya, perbincangan mengenai peringkat penguasaan ini dimulakan dengan kemahiran mendengar barulah diikuti dengan peringkat penguasaan kemahiran bertutur. (Dr. Ali Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007 : 40) menjelaskan bahawa peringkat penguasaan kemahiran mendengar meliputi tiga tahap iaitu merangkumi murid-murid yang mempelajarinya serta guru-guru yang mengajar. Secara khususnya, murid-murid perlu menguasai dua peringkat kemahiran mendengar.Peringkat pertama yang perlu dikuasai ialah menerima serta membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama dengan contohnya. b - pbagi dan pagi

d - ldari dan lari

s - tberas dan berat

g - kgali dan kali

Seterusnya ialah peringkat kedua iaitu memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa, ayat. Dengan itu, pemahaman mengenai bunyi bahasa adalah dipengaruhi oleh pengetahuan, pengalaman budaya serta sikap murid-murid yang bertindak sebagai pendengar. Jadi untuk memastikan murid-murid memahami bunyi bahasa murid seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai sistem bahasa yang didengar. Seterusnya ialah pengetahuan mengenai situasi berlakunya pertuturan yang didengar serta pengetahuan sedia ada seperti fakta serta budaya bahasa yang didengar serta cara bahasa tersebut digunakan.

Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar berdasarkan perkembangan murid. Pada peringkat yang pertamanya dikenali sebagai peringkat awal. Peringkat ini melibatkan beberapa kemahiran mendengar yang perlu dikuasai oleh murid. Antara kemahiran mendengar tersebut ialah mengecam, mengajuk serta memilih bunyi seperti bunyi binatang. Selain itu, kemahiran-kemahiran mendengar yang lain iaitu mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat serta melakukan sesuatu yang disuruh. Di samping itu, menjalankan perintah, bertindak balas terhadap soalan-soalan mudah serta mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat. Seterusnya pada peringkat pertengahan pula, kemahiran mendengar yang perlu dikuasai ialah mengecam serta mengingat fakta serta butiran secara tepat dan terperici. Selain itu, murid juga perlu mengenal maklumat khusus, mengesan urutan serta mengenal sebab dan akibat sesuatu perkara. Di samping itu, pada peringkat ini, kemahiran mendengar yang perlu dikuasai ialah mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi dan juga mengenal sikap serta perasaan yang bercakap. Peringkat yang terakhir iaitu peringkat ketiga,peringkat maju yang melibatkan tujuh kemahiran mendengar. Kemahiran pertama ialah mengenal isi-isi penting. Ini perlu bagi mengetahui apa yang tersirat apa yang didengari. Seterusnya, kemahiran mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap serta kemahiran memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Kemahiran lain pada peringkat ini juga ialah mentafsir maksud orang yang bercakap, mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Kemahiran terakhir yang perlu dikuasai dalam peringkat maju iaitu mentafsir tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa.

Peringkat penguasaan kemahiran mendengar juga melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar. Terdapat tiga peringkat dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu peringkat pra mendengar, peringkat semasa mendengar dan peringkat selepas mendengar. Terdapat empat aktiviti dalam peringkat pra mendengar seperti memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar. Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan yang ringkas mengenai apa yang hendak diperdengarkan. Aktiviti arahan yang jelas mengenai tugasan serta memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti serta memastikan murid bersedia untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti bagi peringkat semasa mendengar pula ialah memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan dan juga mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin ketika aktiviti dijalankan. Pada peringkat terakhir aktiviti yang boleh dijalankan ialah memberi jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid mengenai bahan rakaman yang didengar dan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan rakaman. Seterusnya, memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan serta menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan.

PERINGKAT PENGUASAAN KEMAHIRAN BERTUTUR Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku dalam tiga peringkat iaitu peringkat, peringkat pertengahan dan juga peringkat maju. (Dr. Ali Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007:44) menjelaskan setiap peringkat penguasaan melibatkan kemahiran berlainan yang dikuasai oleh murid-murid.Peringkat awal penguasaan kemahiran bertutur, murid perlu menguasai sembilan kemahiran. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah melafazkan pengucapan bertatasusila, mengajuk perkataan serta ayat-ayat yang didengar dan menyoal untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi, mengemukakan soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu. Kemahiran selanjutnya yang perlu dikuasai ialah dengan mengemukakan soalan-soalan mudah berdasarkan situasi yang tertentu,dapat bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Pada peringkat pertengahan pula, murid perlu menguasai sepuluh kemahiran yang terdiri daripada kemahiran melakukan deskripsi mengenai objek atau gambar, bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri, mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa serta memberi satu siri arahan untuk melakukan sesuatu. Kemahiran seterusnya yang perlu dikuasai ialah membaca iklan dan peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah, menyoal dan menjawab soalan berkaitan peribadi seseorang , suasana persekolahan, persekitaran, suasana di rumah dan sebagainya. Di samping itu, kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid pada peringkat ini juga ialah mengambil bahagian dalam perbualan mudah serta dapat membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju pula dua belas kemahiran yang perlu mereka kuasai. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah dapat mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya. Peringkat maju ini, murid seharusnya dapat bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan ataupun dialog serta bertanya untuk mendapatkan maklumat juga merupakan antara kemahiran yang biasanya dikuasai pada peringkat maju ini. Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menghuraikan proses, kejadian, prosedur dan peraturan, memberitahu arah atau hala sesuatu tempat serta memberi ceramah atau syarahan juga adalah salah satu daripada kemahirannya. Selanjutnya, murid mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar, dan sebagainya serta mengambil bahagian dalam drama atau lakonan juga antara kemahiran peringkat maju. Peringkat maju ini turut menekankan kemahiran menyampaikan komen, laporan atau ulasan serta mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.