peribahasa-latih tubi

8
NAMA:................................................. PERIBAHASA Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________. A buta hati B buta huruf C buta kayu D buta gaji 2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ . A anak buah B anak emas C anak tunggal D anak bongsu 3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________. A otak cair B otak udang C mulut murai D mulut tempayan 4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah. A alas perut B ikat perut C perut busuk D perut kosong 5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga. A anak tut B anak tiri

Upload: nessha-pavithran

Post on 27-Sep-2015

267 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sharingxxx

TRANSCRIPT

NAMA:.................................................

PERIBAHASA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah

kerana dia _______________.A buta hatiB buta hurufC buta kayuD buta gaji

2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap___________________ .A anak buahB anak emasC anak tunggalD anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbualkerana adik ___________________.A otak cairB otak udangC mulut muraiD mulut tempayan

4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelumpergi ke sekolah.A alas perutB ikat perutC perut busukD perut kosong

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudahmendirikan rumah tangga.A anak tutB anak tiriC anak biniD anak beranak

6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampaijamuan mula dihidang.A langkah kananB langkah bendulC langkah seribuD langkah kiri

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminyawalaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.A geli hatiB makan hatiC cekal hatiD isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran JomHeboh.A harga diriB harga matiC tanda mataD tanda harga

9 Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telahdicerobohi pencuri.A pekak badakB lepas tanganC makan hatiD tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh parapenonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.A banyak mulutB berat sebelahC angkat kakiD lepas tangan

11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahumenyertai perlumbaan jalan kaki.A bagai cicak makan kapurB bagai kumbang putus taliC bagai itik pulang petang

D bagai balak terendam

12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.A bagai ayam disambar helangB bagai anjing dengan kucingC bagai katak di bawah tempurungD bagai melepaskan batuk di tangga

13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.A bagai bulan jatuh ke ribaB bagai kaca jatuh ke batuC bagai duri dalam dagingD bagai ayam disambar helang

14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.A bagai melepas anjing tersepitB bagai dihiris dengan sembiluC bagai ayam disambar helangD bagai kaca jatuh ke batu

15 Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.A seperti lipas kudungB seperti ayam berak kapurC seperti bulan penuh purnamaD seperti kera sumbang

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya_________________________________ .A bagai mendukung biawak hidupB bagai ayam mengeram telurC bagai pahat dengan penukulD bagai wau putus tali

17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilanugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.A bagai mencurah air ke daun keladiB bagai menghitung bulu kambingC bagai berumah di tepi pantaiD bagai anjing buruk kepala

18 Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak danjiran tetangganya __________________________________ .A seperti rumput di tepi jalanB seperti tikus jatuh ke berasC seperti mendukung biawah hidupD seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkokseperti __________________________________ .A bumi dengan langitB aur ditarik songsangC pinang dibelah duaD ular kena palu

20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telahmelupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .A enau dalam belukarB kacang lupakan kulitC aur dengan tebingD dakwat dengan kertas

21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana gagal memecahkanrekod dalam acara lompat tinggi.A makan hatiB iri hatiC ada hatiD buah hati

22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ke taman bunga.A ambil hatiB ambil langkahC ambil ringanD ambil angin

23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalampertandingan bercerita itu.A makan hatiB jatuh hatiC iri hatiD ambil hati

24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi_______________________ rakyat Malaysia.A buah tanganB buah mulutC buah hatiD buah pena

25 ___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminyatelah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.A Makan hatiB Hancur hatiC Besar hatiD Jatuh hati

26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuahrumah kosong.A Air mukaB Ada hatiC Ada harapanD Air tangan

27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankantugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.A duit hantaranB duit pecahC duit rayaD duit kopi

28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahuianak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.A ada anginB atas anginC naik anginD khabar angin

29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.A rambang mataB lupa daratanC serkap jarangD lipas kudung

30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program HariKokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.A pasang badanB pasang telingaC ambil beratD ambil hati

31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahumenggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.A seperti mencurah garam ke lautB seperti kera mendapat bungaC seperti Belanda diberi tanahD seperti hujan jatuh ke pasir

32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yangmencukupi kerana baginya _____________________________ .A tepuk dada tanya seleraB segan bertanya sesat jalan

C harapkan pagar, pagar makan padiD melentur buluh biarlah daripada rebungnya

33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketikamencari rumah rakannya di Kuala Lipis.A buang yang keruh ambil yang jernihB segan bertanya sesat jalanC sambil menyelam minum airD bagaimana acuan begitulah kuihnya

34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat,namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.A rambut sama hitam, hati lain-lainB sambil menyelam minum airC ukur baju di badan sendiriD tepuk dada tanya selera

35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royongbagai ____________________________________ .A cincin dengan permataB kucing dengan anjingC aur dengan tebingD isi dengan kuku

36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannyakerana dia yakin _________________________________ .A lain di mulut lain di hatiB tepuk dada tanya seleraC indah khabar daripada rupaD belakang parang diasah lagikan tajam

37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menurutisemua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.A seperti lembu dicucuk hidungB seperti anjing menyalak bukitC seperti tikus membaiki labuD seperti murai tercabut ekor

38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya_________________________________ kerana semua nasihatnya tidakmereka endahkan.A bagai haruan makan anakB bagai kambing dihalau ke airC bagai mencurah air ke daun keladiD bagai melepaskan batuk di tangga

39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan keranakemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.A bagai gergaji dua mataB bagai pahat dengan penukulC bagai kucing kehilangan anakD bagai telur di hujung tanduk

40 Subramaniam seperti _____________________________________ keranabanyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.A katak di bawah tempurungB ayam disambar helangC kera mendapat bungaD murai tercabut ekor