pergerakan asas
DESCRIPTION
PJMTRANSCRIPT
-
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: Psikomotor 1. membaling objek seperti pundi kacang dan bola ke pelbagai arah, tepat ke arah sasaran dan pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter secara statik dan dinamik tanpa halangan dan dengan halangan. 2. mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke dalam pelbagai variasi aktiviti yang melibatkan kemahiran membaling pundi kacang dan bola. Kognitif 1. menyatakan 3 langkah keselamatan terhadap diri sendiri dan peralatan semasa melibatkan diri di dalam aktiviti membaling objek seperti pundi kacang dan bola. 2. menyatakan arah, kualiti dan tujuan membaling semasa melibatkan diri di dalam aktiviti permainan yang dilaksanakan oleh guru. Afektif 1. menunjukkan perasaan seronok melalui mimik muka dan sorakan. 2. menghargai usaha dan keupayaan diri dan rakan menerusi interaksi semasa melakukan aktiviti.
44
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tujang : Kemahiran Tajuk : Pergerakan Asas Sub tajuk / Kemahiran : Manipulasi Alatan - Membaling Tarikh : 7 Mac 2011 Masa : 8.10 pagi 8.40 pagi Tahun : 3 Maju Bilangan Murid : L - 15 P - 25
-
Penerapan nilai : Memberi kerjasama kepada rakan dan guru.
Kemahiran berfikir : Membuat ramalan / member sebab
Strategi utama : Kontekstual
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
Bahan Sumber P & P Bilangan Bahan Sumber P & P Bilangan
Skitel besar 6 Bola ringan (Air ball) 30
Bola kertas 50 Gelung 10
Bakul sampah 4 Mini bola baling 3
Pundi kacang 30 Alat perakam CD 1
45
-
Bahagian/ Masa Aktiviti Ciri Strategi
Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas
BSPP/ Catatan
Permulaan ( 5 minit )
1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian Memanaskan badan dan regangan Kitar Semula
Menghubungkait (Relating)
Bola kertas ditaburkan di atas lantai. Sepuluh orang murid dilantik sebagai
taggers Peranan taggers ialah sebagai
penghalang kepada murid-murid lain yang berperanan sebagai recyclers
Recyclers berjalan laju/pantas pelbagai arah dan berusaha untuk mengutip dan memasukkan sampah-sarap (bola kertas) ke dalam tong-tong kitar semula (bakul sampah) dan dihalang oleh taggers.
Recycler akan bertukar peranan apabila disentuh taggers
BSPP: 1. Bola kertas 2. Bakul sampah Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat menghubungkaitkan kepentingan perkara-perkara berikut:
a. mewujudkan kesediaan diri.
b. faedah kitar semula.
-
Bahagian/ Masa Aktiviti Ciri Strategi
Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas
BSPP/ Catatan
Perkembangan ( 10 minit )
Membaling objek ke arah sasaran Bombers
Mengalami (Experiencing)
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan (Kaca, Plastik dan Kertas)
Kaca dan Plastik berdiri di sepanjang garisan tepi gelanggang dan berperanan sebagai bombers.
Kertas akan berlari dari garisan permulaan di gelanggang zon selamat ke hujung kawasan permainan dan berpatah balik ke zon selamat di garisan permulaan.
Kertas akan berusaha untuk mengelakkan diri daripada dibom (dikitar semula) oleh Kaca dan Plastik.
Bombers (Kaca dan Plastik) bertanggungjawab untuk membaling : pundi kacang ke arah Kertas. bola angin (air ball) ke arah Kertas
(Sasaran adalah di bahagian pinggang dan ke bawah)
Ahli kumpulan Kertas mesti ke garisan permulaan semula apabila bola yang dibaling terkena pada mana-mana bahagian anggota badan.
Setiap kumpulan berpeluang berperanan sebagai bahan untuk dikitar semula.
BSPP 1. Skitel besar 2. Pundi kacang 3. Bola ringan (Air ball) Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami : perlakuan
membaling ke arah sasaran pada jarak tertentu.
perbezaan antara membaling pundi kacang dan membaling bola ringan.
-
Bahagian/ Masa Aktiviti Ciri Strategi Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas
BSPP/ Catatan
Kemuncak ( 10 minit )
Permainan bersyarat Vroom
Memindahkan (Transfering)
Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan
(Kaca, Plastik dan Kertas) Setiap kumpulan dibahagikan kepada
dua pihak. Kaca : pertahanan & penyerang Plastik : pertahanan & penyerang Kertas : pertahanan & penyerang
Pihak pertahanan akan mengawal zon A & B
Pihak penyerang akan berusaha untuk membaling bola kepada rakan semasa membuat hantaran.
Pihak penyerang juga akan memperolehi mata @ skor apabila berjaya melantun bola ke dalam gelung yang di letak di atas lantai zon C secara bertaburan.
1 mata @ skor bagi setiap kali bola berjaya dilantun ke dalam gelung.
Zon A
Zon B
Zon C
BSPP 1. Bola 2. Gelung 3. Papan skor Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami : perlakuan
membaling ke arah sasaran pada jarak tertentu dengan adanya penghalang.
situasi sebenar dalam permainan dengan aplikasikan kemahiran membaling, berkomunikasi dengan rakan dan mengamalkan nilai kerjasama dalam kumpulan.
-
Bahagian/ Masa Aktiviti Ciri Strategi Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas
BSPP/ Catatan
Penutup ( 5 minit )
Menyejukkan badan dan rumusan Action Song
Memindahkan (Transfering)
Murid dibahagikan kepada 4
kumpulan. Murid melakukan pergerakan-
pergerakan mengikut lirik dan rentak muzik.
Murid dari setiap kumpulan mengikut perlakuan ketua yang dilantik.
Murid memberi pandangan dan menjawab soalan-soalan bertumpu dan bercapah mengenai kemahiran membaling di dalam aktiviti. .
BSPP 1. Alat perakam CD Catatan: Menerusi aktiviti ini murid dapat memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa melakukan aktiviti .
Refleksi isi utama pengajaran :
50