kertas kerja perancangan rangkaian pergerakan asas

Upload: noor-farhana-adnan

Post on 07-Jul-2015

1.208 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Kertas kerja ini diolah untuk merancang dan melaksanakan satu aktiviti rangkaian pergerakan asas bagi murid-murid Tahap Satu. Aktiviti ini diperkenalkan kerana ia adalah merupakan rangkaian pergerakan asas keseluruhan tubuh badan murid-murid. yang memberi aktiviti itu perhatian kepada menitikberatkan Semua

perkembangan jasmani, sosial dan mental sebagai satu percantuman. Matlamat Rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan adalah bertujuan untuk memberi tumpuan secara khusus terhadap komponen pergerakan asas iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Ia juga adalah sebagai pendedahan kepada murid-murid Tahap Satu supaya dapat mengaplikasikan jenis-jenis pergerakan asas tersebut dalam kehidupan seharian. Objektif: Pada akhir aktiviti ini, murid dapat: 1. melakukan rangkaian pergerakan asas dengan teknik dan gaya yang betul dan selamat. 2. memahami dan menyatakan kemahiran pergerakan asas dengan gaya yang betul dan selamat. 3. meningkatkan kreativiti dan nilai estetik semasa melakukan aktiviti pergerakan asas. Tarikh: Aktiviti rangkaian pergerakan asas ini akan di adakan pada 31 Julai 2008. Masa: Aktiviti ini akan dijalankan pada jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Tempat: Aktiviti ini akan dijalankan di Gimnasium Institut Perguruan Perlis, Perlis.

1

Kumpulan Sasaran: Kumpulan sasaran bagi rangkaian pergerakan asas ini ialah murid Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3). Panduan Pelaksanaan Demonstrasi i) Prosedur pelaksanaan demonstrasi a. Jenis-jenis Pergerakan Pergerakan 1 Pergerakan 2 Pergerakan 3 Pergerakan 4 Pergerakan 5 Pergerakan 6 Pergerakan 7 Pergerakan 8 Pergerakan 9 Pergerakan 10 : Mengimbang badan di atas sebelah kaki sambil memutar gelung menggunakan sebelah tangan. : Berlari sambil menggolekkan gelung : Berdiri lutut bengkok sambil menghayunkan gelung di keliling kaki. : Skip melalui gelung yang diputar. : Melutut/ duduk sambil melambung dan menyambut gelung di atas lombol. : Berguling sisi sambil melambung dan menyambut bola : Mengimbang di atas punggung (V) sambil menggolek bola (bulatan) : Berlari anak sambil menggelecek bola dengan kaki : Membongkok sambil mengimbang bola di atas tengkuk : Merangkak melalui skital sambil menggolekkan bola ke hadapan menggunakan tangan Pergerakan 11 : Mengimbang badan di atas lutut sambil melambung dan menyambut kayu Pergerakan 12 : Berjalan di atas bangku sambil memutarkan kayu dengan keduadua belah tangan. Pergerakan 13 Pergerakan 14 : Membongkok sambil menggolek kayu di celah kangkang. : Melungsur melalui anak tangga sambil mengimbangkan kayu di belakang tengkuk. 2

Pergerakan 15

: Menaik dan menurunkan badan sambil menghayunkan kayu di sisi badan.

Pergerakan 16 Pergerakan 17 Pergerakan 18 Pergerakan 19

: Skip sambil memutarkan tali : Membongkok sambil menghayunkan tali dalam bentuk 8 : Chasse sambil menghayun tali di sisi badan : Melompat di atas papan anjal sambil melambung dan menyambut tali

Pergerakan 20

: Melentik badan ke belakang sambil menngoyangkan tali di belakang kepala

b. Pelan Kedudukan Ujian Amali Pergerakan Asas Rujuk LAMPIRAN.

3

ii)

Senarai peralatan berat: 1. Bangku panjang 2. Tilam 3. Peti lombol 4. Tangga 5. Skital besar 6. Papan anjal

iii)

Senarai alatan tangan: 1. Gelung 2. Bola 3. Kayu 4. Tali

4

GAMBARAJAH LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan 1

Pergerakan 2

5

Pergerakan 3

Pergerakan 4

6

Pergerakan 5

Pergerakan 6

7

Pergerakan 7

Pergerakan 8

8

Pergerakan 9

Pergerakan 10

9

Pergerakan 11

Pergerakan 12

10

Pergerakan 13

.

Pergerakan 14

11

Pergerakan 15

Pergerakan 16

12

Pergerakan 17

Pergerakan 18

13

Pergerakan 19

Pergerakan 20

14

Rumusan: Pada 17 Julai 2008, Pn Lily Rozita binti Mohamad telah memberikan taklimat tentang kerja kursus Pendidikan Jasmani. Kami diberi tempoh 2 minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini adalah mengenai penyediaan kertas kerja untuk menyediakan perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Kami telah berbincang dan membahagikan tugasan kepada setiap ahli dalam kumpulan kami supaya lebih teratur dan sistematik. Terdapat 20 stesen yang mempunyai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap ahli dikehendaki melakukan 5 pergerakan di stesen yang telah ditetapkan. Setiap ahli perlu memanipulasikan alatan yang berbeza di stesen masing-masing. Untuk kumpulan kami, kami telah memilih 4 jenis alatan iaitu gelung, bola, kayu dan tali. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat, kami telah merujuk buku teks dan melayari beberapa laman web melalui internet untuk mencari idea dan pergerakan yang sesuai untuk setiap ahli. Selain daripada itu,kami telah berjumpa dengan Pn Lily dari semasa ke semasa untuk mendapatkan penjelasan dan idea bernas beliau serta kolaborasi. Kami telah banyak membetulkan kesalahan yang terdapat dalam kertas kerja seperti yang dikehendaki oleh Pn Lily. Banyak pandangan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah untuk membuat tugasan ini. Kami turut mempraktik pergerakan masing-masing supaya mendapat hasil yang terbaik. Kami juga meminjam alatan-alatan dari setor gimnasium untuk membolehkan kami membuat latihan di asrama dan menyiapkan tugasan dengan lebih efisien. Di samping itu, kami turut mengambil gambar setiap pergerakan yang dilakukan untuk dimuatkan di dalam kertas kerja yang akan dihantar kepada Pn Lily pada tarikh yang telah ditetapkan. Pada akhir tugasan ini, kami berasa amat berpuas hati dengan hasil kerja kami semua.Tugasan ini juga memberikan pengalaman baru kepada kami memandangkan ini adalah kali pertama kami menyiapkan tugasan untuk amali Pendidikan Jasmani. Kami dapat mengaplikasikan ilmu dan pengalaman ini pada masa akan datang kelak. Kami juga berharap Pn Lily berpuas hati dengan hasil kerja kami sekumpulan ini.

15