95822952 pergerakan-asas

207
1 .PERGERAKAN ASAS PENGENALAN Melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan akan dapat membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang. Adalah tidak mustahil kanak-kanak yang didedahkan dengan kemahiran gimnastik pendidikan akhirnya dapat menguasai semua kemahiran-kemahiran asas gimnastik dan akhirnya dapat melahirkan warganegara atau atlet yang berbakat di dalam gimnastik kelak. Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satu bidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan itu secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat. Rajah 1.1: Pergerakan Asas PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. 1.2.1 Konsep

Upload: erwin-joseph

Post on 30-Nov-2014

12.919 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 95822952 pergerakan-asas

1

.PERGERAKAN ASAS

PENGENALAN

Melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan akan dapat membantu menyuburkan perkembangan diri seseorang. Adalah tidak mustahil kanak-kanak yang didedahkan dengan kemahiran gimnastik pendidikan akhirnya dapat menguasai semua kemahiran-kemahiran asas gimnastik dan akhirnya dapat melahirkan warganegara atau atlet yang berbakat di dalam gimnastik kelak. Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999).  Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satu bidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan.  Sehubungan dengan itu secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat.

Rajah 1.1: Pergerakan Asas

PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

1.2.1   Konsep

Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor; gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

Page 2: 95822952 pergerakan-asas

2

ARAH

Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan.

Rajah 1.2: Arah Pergerakan

HALUAN

Haluan melibatkan corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.

Rajah 1.3: Corak haluan pergerakan lokomotor

MASA

Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

1.2.2   Bentuk Pergerakan Lokomotor

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah:

BERJALAN

Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

Jalan berundur dan kemudian ke hadapan

Page 3: 95822952 pergerakan-asas

3

Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan

Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan

Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan

1.3   PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

1.3.2   Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan aktiviti pergerakan bukan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah:

DUDUK

Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

Duduk dalam keadaan bersila

Duduk dalam keadaan melunjur

Page 4: 95822952 pergerakan-asas

4

Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan

Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit

Duduk dalam keadaan kaki ke atas dengan gaya mengayuh basikal

Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki

Duduk melutut

Duduk mendekam

BERDIRI

Di antara aktiviti berdiri yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

Berdiri lurus

Page 5: 95822952 pergerakan-asas

5

Berdiri dengan membongkok kehadapan

Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan

Page 6: 95822952 pergerakan-asas

6

Berdiri dengan memusing pada paras pinggang

Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan

Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri

Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki

Berdiri  dengan memusing tangan kekiri  dan kekanan

BERPASANGAN

Antara aktiviti berpasangan dan berkumpulan dalam pergerakan bukan lokomotor ialah:

GUSTI TANGAN

Page 7: 95822952 pergerakan-asas

7

TURUN NAIK PASANGAN

ENJIT-ENJIT SEMUT

TEPUK AMAI-AMAI

Page 8: 95822952 pergerakan-asas

8

MENARIK SETEMPAT

MENGILAS SAMBIL MENEPUK TANGAN

MENARIK DAN MENAHAN RAKAN

Page 9: 95822952 pergerakan-asas

9

Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti lokomotor dalam pendidikan jasmani antaranya ialah

TEKAN TUBI

 

1.4   MANIPULASI ALATAN

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah

1.4.1   Konsep

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.

Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi  alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan–mata, kaki–mata dan lain-lain.

Page 10: 95822952 pergerakan-asas

10

1.4.2   Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat

Kemahiran manipulasi alat yang diajar diperingkat pra dan sekolah rendah ialah:

MEMBALING DAN MELAMBUNG

Di antara aktiviti membaling yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula

Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

Melambung bola serendah yang boleh dan menyambut semula

Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula

Meleretkan bola kesasaran

Page 11: 95822952 pergerakan-asas

11

Menggolek relung

Membaling pundi kacang ke pasangan

Membaling pundi kacang melintasi satu garisan

Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan atau sasaran lain

Membaling pundi kacang sejauh yang boleh

MENYAMBUT

Diantara aktiviti menyambut yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

Page 12: 95822952 pergerakan-asas

12

Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula

Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula

Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh pasangan

Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL

Diantara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:

Memukul alatan dengan tangan

Memukul alatan dengan genggaman

Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran

Melambung belon keudara dan kemudian memukul

Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi

dan bawah bahu.

Page 13: 95822952 pergerakan-asas

13

Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu melantun dengan alatan

Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A lambungkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu

Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A leretkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu

AKTIVIT-AKTIVITI LAIN

Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti manipulatif alat dalam pendidikan jasmani antaranya ialah:

MENYEPAK

MENAHAN

Page 14: 95822952 pergerakan-asas

14

MENGELECEK

TOPIK 2   PERSEPSI MOTOR

 

PENGENALAN

Pendidikan pergerakan asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang kearah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estatik. Memandang kepentingan ini, tujuan pendidikan pergerakan di peringkat pra sekolah ialah membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat dengan betul mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul. Manipulasi alat membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan bila pelajar dewasa.

Dengan kata lain, pergerakan ini perlu didedahkan kepada pelajar dari pra sekolah. Pendidikan pergerakan ini adalah bagi membina insan yang segak dan bergaya serta mengamalkan cara hidup yang sihat.

 

2.1   KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi. Persepsi motor membolehkan kanak-kanak:

Merasa kehadiran dirinya dalam ruang

Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau belakang

Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan

Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca, mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Oleh itu kemahiran persepsi perlulah diajarkan kepada kanak-kanak semenjak pra sekolah atau tadika lagi. Kemahiran persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra sekolah:

Mengimbang

Kesedaran badan

Kesedaran ruang

Kesedaran arah

Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

Page 15: 95822952 pergerakan-asas

15

MengimbangImbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar kesimbangan akan tercapai. Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada dalam satu garis. Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh.

Terdapat dua jenis imbangan iaitu:

Imbangan Statik-Kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.

Imbangan Dinamik – Mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari.

Imbangan penting dalam kehidupan seharian kerana dengan berada dalam kedudukan imbangan yang stabil, kita dapat menggunakan kuasa yang sedikit dalam melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, duduk dan lain-lain. Menjalankan aktiviti dengan imbangan yang betul  juga akan mengurangkan risiko kecederaan atau kepenatan. Dalam permainan dan sukan, imbangan penting dalam memantapkan perilakuan dan membentuk gerakan.

Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan Jasmani

Imbangan Dinamik Guru boleh merancang aktiviti mengimbang dinamik dengan meminta pelajar berjalan diatas bangku atau meniti diatas tali, berjalan menggunakan kaki tempurung, ketinting dan lain-lain.

Rajah 2.1: Meniti di atas bangku

Page 16: 95822952 pergerakan-asas

16

Rajah 2.2: Meniti di atas tali

Imbangan menggunakan kaki tempurung

Page 17: 95822952 pergerakan-asas

17

Lompat ketinting (imbangan dinamik)

Imbangan Statik

Guru boleh merancang aktiviti mengimbang statik dengan meminta pelajar menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan sebelah kaki untuk mengimbang.

Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-lain.

Mengimbang badan menggunakan buai dalam keadaan pegun (imbangan statik)

Aktiviti KumpulanBagi menjadikan aktiviti imbangan lebih menarik, guru boleh merancang pelajar menjalankan aktiviti dalam bentuk kumpulan. Antara aktiviti imbangan dalam bentuk kumpulan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah:

Page 18: 95822952 pergerakan-asas

18

Tolak patung

Ketintingan bertiga

Page 19: 95822952 pergerakan-asas

19

Meniti diatas tali bersama rakan

Ayun kaki serentak

Page 20: 95822952 pergerakan-asas

20

Berdiri diatas papan imbang

Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi boleh menarik minat pelajar. Kanak-kanak boleh membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang beraksi mengimbang badan dalam aktiviti persembahannya.

Laluan ImbanganBagi menjadikan aktiviti lebih menarik guru boleh membina laluan imbangan dan pelajar diminta melalui laluan imbangan ini.

Page 21: 95822952 pergerakan-asas

21

Contoh laluan imbangan

Kesedaran Tubuh BadanKesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Perkara yang penting tentang kesedaran ini ialah:

Bentuk dan saiz tubuh badan

Bahagian-bahagian tubuh badan

Keupayaan melakukan gerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan

Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza

Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung kepada kesedaran tubuh badan. Terdapat pelbagai cara untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak contohnya dengan arahan aktiviti atau soalan yang berkaitan pergerakan tubuh badan seperti kepala, tangan, kaki dan lain-lain bahagian tubuh badan.

Page 22: 95822952 pergerakan-asas

22

Berjalan

Golek balak

Page 23: 95822952 pergerakan-asas

23

Lompat bintang

Dirian bangau

Membongkok

Page 24: 95822952 pergerakan-asas

24

KESEDARAN RUANGRuang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita. Ruang membolehkan manusia dan objek lain bergerak kesana-sini. Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

Pelajar perlu di sedari dengan pergerakan tubuh badan dan ruang sekitar. Perkara seperti ini merupakan konsep asas yang perlu di terokai oleh kanak-kanak. Pelajar perlu diajar memenuhi ruang di persekitaran dengan pelbagai cara contohnya pelajar  di minta berbaring dalam keadaan pelbagai arah. Aktiviti ini membolehkan pelajar kita mengetahui atau menyedari ruang diri persendirian.

Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui ruang diri

Bergerak bagai burung terbang (ruang am)

Page 25: 95822952 pergerakan-asas

25

KESEDARAN ARAH Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah didalam ruang persekitaranya. Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Kesedaran hala datar ialah kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang kiri kanan di sisi tubuh badan seseorang. Dengan kesedaran ini, pelajar akan dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua belah arah secara serentak atau berasingan.

Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak. Permainan seperti angle in the snow di mana dalam permainan ini kanak-kanak disuruh berbaring dalam keadaan terlentang dan mengerakkan kaki serta tanggan membentuk gerakan membulat bergantung kepada arahan oleh guru.

Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat membentuk perkembangan kesedaran arah. Umpamanya bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah boleh membina kesedaran arah.

Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)

Melompat kanggaru pelbagai arah (Kesedaran ruang)

Kordinasi Kordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan badan. Kordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan angota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda. Kesemua faktor ini akan menghasilkan kecekapan yang tinggi dalam gerakan. Dengan

Page 26: 95822952 pergerakan-asas

26

kata lain tujuan melakukan sesuatu pergerakan akan tercapai jika kordinasi di antara pergerakan bahagian-bahagian badan di sempurnakan dengan baik.

Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Kordinasi boleh di capai dengan menyediakan latihan yang sistematik. Jika seorang pelajar mempunyai kordinasi, mereka akan dapat menjalankan aktiviti seperti menangkap bola, menahan bola, menyangga bola, melakukan rejaman serta apa saja aktiviti sukan dengan baik dan tepat.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek dalam hoki

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam bola dengan baik dalam permainan bola sepak.

Page 27: 95822952 pergerakan-asas

27

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola pada sasaran yang tepat dalam permainan skuasy.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola dengan tepat ke arah sasaran.

Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang membantu pelajar membentuk kordinasi yang baik di kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:

Page 28: 95822952 pergerakan-asas

28

Page 29: 95822952 pergerakan-asas

29

Page 30: 95822952 pergerakan-asas

30

Page 31: 95822952 pergerakan-asas

31

Page 32: 95822952 pergerakan-asas

32

Page 33: 95822952 pergerakan-asas

33

Page 34: 95822952 pergerakan-asas

34

Page 35: 95822952 pergerakan-asas

35

Page 36: 95822952 pergerakan-asas

36

Page 37: 95822952 pergerakan-asas

37

Page 38: 95822952 pergerakan-asas

38

 TOPIK 3   PERGERAKAN PENDIDIKAN

PENGENALAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.

 

3.1   GIMNASTIK PENDIDIKAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema iaitu:

i. Kesedaran tubuh badan

ii. Kesedaran ruang

iii. Kesedaran masa

iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan

v. Kesedaran beban

vi. Kesedaran aliran

vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain

viii. Kesedaran ritma

Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:

Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan

Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran

Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi penyelesaian masalah

Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik

 

3.2   KESEDARAN TUBUH BADAN

Kesedaran tubuh badan  melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari dan lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki). Semua pergerakan dalam tema tersebut melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan, imbangan dan kordinasi.

Jadual 3.1: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran Tubuh Badan

Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti

Bergerak secara sentuhan berselang.

Bergerak dengan bahagian pada tubuh badan berselang – seli menyentuh lantai.

Berjalan, berlari, merangkak, dan berjalan secara melutut.

Bergerak secara sentuhan selalu.

Bergerak dengan bahagian tubuh badan menyentuh lantai sentiasa.

Gulingan, guling balak, menarik dan menolak.

Bergerak tanpa sentuhan Bergerak dengan seluruh tubuh Lompat bintang, lompat

Page 39: 95822952 pergerakan-asas

39

seketika. badan di udara seketika dakap dan lompat layang.

Menyokong beban pada bahagian tubuh.

Bergerak dengan beban di bahagian tubuh.

Membawa pundi kacang di atas kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan

 

Membuat berbagai bentuk dengan bahagian tubuh badan.

Membentukkan tubuh badan menjadi besar, kecil, panjang, pendek.

Pergerakan mengikut situasi seperti:

bunga sedang kembang

arnab tidur dalam lubang

galah menjulang awan

kain dilipat dua

Membekukan tubuh badan. Berhenti bergerak apabila isyarat diberi.

Galop

Lompat kanggaru dalam arah zig-zag

Merangkaikan dua atau lebih pergerakan.

Merangkaikan beberapa kemahiran ke dalam satu bentuk permainan kecil.

Lompat ke dalam gelung rotan

Menyusup di bawah palang

Berlari & melompat melepasi palang

 

3.3   KESEDARAN RUANG

Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.  Ruang untuk melakukan pergerakan terbahagi kepada dua iaitu:

Ruang Diri Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

Ruang Am Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan.

Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan.  Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka.  Perasaan gembira dikemukakan bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain.   Daya cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan.

Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut:

Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang

Membuat pergerakan menggunakan ruang diri

Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras

Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah

Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan

Page 40: 95822952 pergerakan-asas

40

a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan RuangPergerakan dalam sub kemahiran ini  dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan.  Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola.  Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.

b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang DiriPergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan.  Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. 

c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai ArasBergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am.  Ia  boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai  aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.

d. Bergerak Menggunakan Pelbagai ArahDalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.

e. Bergerak Menggunakan Pelbagai LaluanDalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.

3.5   KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN

Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan membawa maksud gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan bahagian tubuh badan yang lain  atau antara tubuh badan dengan alatan.

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu Bahagian Tubuh Badan  dengan yang Lain

Dalam kemahiran ini, pelaku akan bergerak  dengan menggunakan dua bahagian tubuh badan.

Aktiviti yang dilakukan adalah:

Melompat sambil  mencangkung dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.

Page 41: 95822952 pergerakan-asas

41

Berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas.

Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan

sebelah lagi memijak lantai.

Page 42: 95822952 pergerakan-asas

42

Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di

udara

Page 43: 95822952 pergerakan-asas

43

Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi dibengkokkan di atas lantai

Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.

Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang LainDalam pelakuan ini, pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain. Dalam kemahiran ini, faktor imbangan akan membantu pertukaran pergerakan.

Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan.

Page 44: 95822952 pergerakan-asas

44

Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan

lantai dengan tangan lurus ke hadapan.

Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan selari dengan

permukaan lantai.

Page 45: 95822952 pergerakan-asas

45

Sebelah tangan dan sebelah kaki yang dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil  tangan dan kaki

sebelah lagi lurus ke atas.

Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah lutut dan hujung jari kaki  jejak ke lantai, badan dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.

Page 46: 95822952 pergerakan-asas

46

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan AlatanKemahiran ini memerlukan pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain.

Berlari menuju ke arah alatan

Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah tangan  diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua

belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.

Page 47: 95822952 pergerakan-asas

47

Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan AlatanPelakuan yang dilakukan dalam kemahiran ini ialah menggerakkan bahagian tubuh badan semasa dialatan. Pergerakan dilakukan sama ada di atas, di bawah atau sebagai halangan.

Bergerak perlahan menyusur di atas peti lombol dengan melembutkan anggota badan.

Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan ke

hadapan di atas bangku gimnastik.

Page 48: 95822952 pergerakan-asas

48

Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk Mendapatkan KestabilanKemahiran ini membolehkan pelakunya diatas bahagian tubuh badan yang stabil contohnya tapak kaki, tangan, lutut, punggung dan lain-lain.

Buat dirian tangan  sambil badan dan kaki lurus ke atas

Buat dirian tangan sambil mendepankan kedua belah kaki ke udara

Page 49: 95822952 pergerakan-asas

49

Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mendahului PergerakanDalam kemahiran ini pelaku akan bergerak, mengalih atau menukar dari keseimbangan asal ke tapak yang lain contohnya dari sokongan tangan ke kaki. Pelaku mesti tahu bahagian tubuh badan yang sesuai untuk memulakan gerakan.

Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan belakang.

Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah tangan apabila tiba di bahagian  tengkuk. Gulingkan

badan ke belakang.

Page 50: 95822952 pergerakan-asas

50

Kembali ke posisi berdekam dengan dengan kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.

Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi

Page 51: 95822952 pergerakan-asas

51

Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan Bahagian Tubuh  BadanDalam kemahiran mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh  badan, pelaku perlu bergerak untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki.

Berdiri tegak, tangan di sisi

Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan

Page 52: 95822952 pergerakan-asas

52

Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang

Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas

Page 53: 95822952 pergerakan-asas

53

Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan diangkat lurus ke atas

 

 

Page 54: 95822952 pergerakan-asas

54

TOPIK 4   PERGERAKAN PENDIDIKAN

PENGENALAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.

 

4.1   KESEDARAN BEBAN

Pergerakan di dalam kemahiran kesederan beban lebih kepada gerakan yang membentuk simulasi dan main peranan. Di dalam pergerakkan kesedaran beban ini, pelajar perlu melakukan pergerakkan yang diiringi dengan beban yang dinyatakan dalam arahan guru. Arahan lisan yang jelas,terang dan mudah difahami amat penting bagi murid untuk memahami dan mengikutinya. Di sekolah dalam mengajar pergerakan ini guru perlu memberikan situasi. Contoh situasi yang dipilih ialah main peranan sebagai sebiji kelapa yang dihanyutkan air dan tumbuh menjadi pokok serta berbuah. Berikut adalah penerangan lanjut untuk kesedaran beban.

Kesedaran  beban  bermaksud  kualiti  pergerakan seperti   kuat,   lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal  kekuatan  serta keupayaan  otot  ketika melakukan  pergerakan. Pergerakan juga dilihat dapat meningkatkan nilai murni seperti keyakinan diri, kreativiti dan estetika dalam diri murid. Sememangnya diharapkan nilai ini dapat dibawa dan diamalkan ke dalam kehidupan seharian murid. Aktiviti ini juga memberi kelebihan dari segi kecergasan murid. Ia dapat meningkatkan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan dan imbangan semasa melakukan pergerakan ini.

 Elemen keselamatan hendaklah diutamakan dalam setiap gerakan ini. Antaranya ialah:

Setiap lakuan pergerakan perlu mengikut kemampuan dan kematangan murid, Jika aspek ini diabaikan ia boleh mengakibatkan kecederaan.

Gunakan ruang yang maksimum dengan selamat tanpa sebarang objek yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada murid.

Guru boleh melakukan sokongan semasa mengawal pendaratan murid.

                                                                                                       Bergerak Berbagai Cara dan MembekuMurid akan bergerak dengan pelbagai cara dan akhirnya akan dalam keadaan statik iaitu membeku. Pergerakan ini memerlukan guru memberi murid-murid satu situasi dan murid perlu main peranan. Contohnya, pergerakan seperti debunga bunga yang berterbangan dan akan menjadi benih. Di dalam situasi ini, murid akan menggerakkan seluruh anggota badan seolah-olah sedang berterbangan dan akhirnya seperti debunga jatuh ke tanah. Ketika jatuh tanah murid akan duduk mencangkung dan berpeluk tubuh dan membeku.

Pergerakan ini dilakukan secara lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap pergerakan menggambarkan beberapa kualiti beban seperti tegap, kuat, tegang, lembut, ringan dan tenang. Kualiti meregang dan mengendur dapat dilihat semasa membeku. Murid bergerak berbagai cara iaitu mereka diberi peluang meneroka, mengenalpasti, memilih dan mencipta. Murid juga boleh bergerak berbagai-bagai cara membeku dengan lebih daya tenaga. Murid akan  menggunakan berbagai bahagian tubuh badan dengan berbagai aras, arah dan kelajuan. Semasa aktiviti membeku, murid bebas pelbagaikan bentuk tubuh badan. Ia bermaksud murid berhenti daripada melakukan pergerakan samada sedang duduk, mencangkung atau berdiri.

Bergerak Berbagai Cara dan Membeku

Page 55: 95822952 pergerakan-asas

55

Arahan:

1. Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.

2. Berdiri dalam keadaan kaki yang terbuka.

3. Depakan tangan anda separas bahu.

4. Bergerak seolah-olah sedang dihanyutkan di dalam laut.

5.

6. Kemudian berhenti dan duduk.

7. Peluk tubuh dan diam.

Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan RinganPergerakkan ini adalah kesinambungan dari pergerakkan sebelum ini iaitu bergerak berbagai cara dan membeku. Dalam keadaan membeku, murid akan mula bergerak seolah debunga sedang bercambah untuk menjadi sepohon pokok. Murid bergerak berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kekuatan otot yang berbeza seperti berat dan ringan. Semasa melakukan aktiviti ini, murid bergerak bebas iaitu beri peluang kepada murid meneroka, memilih dan mencipta. Murid juga bergerak dengan menggunakan samada lebih atau kurang daya dan kekuatan otot. Mereka boleh menumpukan kepada penggunaan pelbagai bahagian tubuh badan semasa bergerak menggunakan berbagai aras, arah, laluan dan kelajuan.

Bergerak Berbagai Cara dengan Kualiti Berat dan Ringan

Page 56: 95822952 pergerakan-asas

56

Arahan:

1. Sekarang bergerak seolah-olah buah kelapa akan bercambah menjadi pokok.

2. Jingkitkan tapak kaki.

3. Angkat kepala dan tangan perlahan-lahan.

4.

5. Gerakkan tubuh badan dan naik secara perlahan-perlahan.

Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan AlatanMurid akan menggunakan alatan seperti bola sebagai beban untuk menunjukkan kualiti berat dan ringan. Dalam situasi ini, murid memainkan peranan sebagai pohon yang telah membesar akan menghasilkan bunga dan buah. Murid bergerak dengan kualiti berat dan ringan sambil menggunakan alatan. Alatan boleh digunakan secara maksimum seperti di atas, bawah, sisi dan keliling. Murid bebas memilih alatan yang ingin digunakan. Semasa aktiviti ini,  murid diberi peluang meneroka, mengenalpasti, memilih dan mencipta berbagai lakuan dengan kualiti berat dan ringan. Murid digalakkan menggunakan ruang yang ada pada alatan.

Bergerak dengan Kualiti Berat dan Ringan Menggunakan Alatan

Page 57: 95822952 pergerakan-asas

57

Arahan:

1. Sekarang pokok kelapa akan mengeluarkan buah dengan lebat.

2. Gunakan bola sebagai buah kelapa.

3. Bongkokkan badan sambil memegang bola.

4. Gerakkan badan dan naik secara perlahan-lahan.

Merangkaikan Dua atau Lebih Pergerakan dengan Kualiti Berat dan Ringan Tanpa atau dengan AlatanPergerakan ini menggabungkan kesemua pergerakan di atas sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan. Murid merangkaikan beberapa pergerakan yang menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot tanpa alatan atau dengan alatan. Semasa melakukan aktiviti ini murid akan merangkaikan beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan. Guru memastikan rangkaian pergerakan dilakukan dengan cekap dan berkesan sambil menggunakan ruang dan alatan secara maksimum.   

Merangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan kualiti berat dan ringan tanpa atau dengan alatan.

Page 58: 95822952 pergerakan-asas

58

Bayangkan kamu sebiji kelapa yang hanyut di laut.

Akhirnya kamu terdampar di pantai.

Kamu bercambah ….

Membesar ….

Dan berbuah lebat.

 

4.2   KESEDARAN ALIRAN

Kesedaran aliran adalah bagaimana cara seseorang individu melakukan beberapa pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan lancar. Ketika  melakukan pergerakan kesedaran aliran, apa yang perlu ialah:

Memilih jenis pergerakan yang sesuai dengan kebolehan kita;

Melakukan rangkaian pergerakan yang tersusun; dan

Page 59: 95822952 pergerakan-asas

59

Memastikan bahawa pergerakan yang dibuat mempunyai kelicinan pergerakan tanpa tersekat-sekat atau terhenti.  

Sekiranya kita mempunyai asas kesedaran aliran yang baik, aktiviti kesedaran aliran yang lebih mencabar boleh dilakukan bagi menambahkan minat.  Rangkaian pergerakan kesedaran aliran boleh dilakukan secara aliran bebas atau aliran terikat.

1. Merangkai Pergerakan Secara Aliran BebasRangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti. Antara perkara yang baik daripada aktikviti ini ialah dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Pergerakan rangkaian ini menguji daya tahan otot pelajar. Disamping itu ia juga turut menguji kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar. Walaubagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat.

Apa yang perlu dilakukan:

Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara sentuhan berselang, sentuhan selalu atau tanpa sentuhan seketika.

Pilihan cara bergerak perlu dipilih oleh guru.

Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara berterusan.

Rangkaian yang ditentukan perlu mempunyai permulaan dan penamat pergerakan.

Rangkaikan beberapa pergerakan secara licin, lancar, berterusan tanpa berhenti.

Aktiviti perlu menggunakan ruang yang maksimum.

Ia perlu turut melibatkan kepelbagaian kegunaan bahagian tubuh badan.

Rangkaian pergerakan secara aliran bebas adalah percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-sekat atau terhenti. Kesimpulannya, kita bebas melakukan pergerakan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji tahap kecergasan daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan dan imbangan.

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Page 60: 95822952 pergerakan-asas

60

Contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran bebas adalah seperti berikut.

Page 61: 95822952 pergerakan-asas

61

Langkah-langkah aktiviti:

Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi.

Kemudian naik ke atas meja secara merangkak

Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku.

Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun secara berhalangan.

Pelajar bergerak melepasi gelung rotan.

Aktiviti akhir sekali pelajar akan melompat melepasi peti lombol.

Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran TerikatRangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkordinasi.

Antara perkara yang baik daripada aktiviti ini ialah dapat membentuk keyakinan diri dan kreativiti pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi aspek kecergasan ia dapat membentuk dayan tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan ketangkasan pelajar. Walau bagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat.

Apa yang perlu dilakukan:

Semasa melaksanakan tugasan ini pelajar perlu bergerak dengan satu cara, berhenti seketika dan bergerak semula.

Rangkaikan beberapa pergerakan sentuhan berselang, membeku seketika dan teruskan ke cara pergerakan yang lain.

Guru boleh mempelbagaikan cara pergerakan dan penggunaan bahagian tubuh badan.

Rangkaian pergerakan dicipta menggunakan alatan.

Pastikan alatan yang disusun mencabar.

Guru boleh menyuruh pelajar menggunakan berbagai arah, laluan dan kelajuan.

Page 62: 95822952 pergerakan-asas

62

Pergerakan aliran terikat membawa maksud lakuan terkawal. Dalam melakukan gerak kerja yang terikat ini, anda boleh berhenti seketika pada tempat-tempat  tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangan badan.  Dengan cara tersebut, rangkaian pergerakan itu masih lagi lancar dan berkordinasi.  Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji daya tahan otot, kekuatan otot, imbangan, kordinasi dan ketangkasan.

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Sebaik muzik dimainkan, anda bergerak ke stesen 1 dan melakukan aktiviti mengengsot punggung. Duduk dalam keadaan berpeluk tubuh. Kali dibengkokkan, kemudian ditunjurkan kaki sambil menolak badan ke depan. (Berehat 30 saat). Kemudian bergerak ke stesen 2. Anda dikehendaki merangkai  di bawah halangan tanpa menyentuhnya.  Selepas melepasi halangan, anda hendaklah berlari dan berhenti di stesen 3.  (Berehat 30 saat dan bersedia di stesen 3). Berdiri di hadapan tali yang direntang.  Kemudian anda dikehendaki melompat dengan kedua-dua kaki melepasi tali yang disusun dalam jarak 1 meter sehingga ke tali yang  terakhir.

Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi pergerakan secara aliran terikat.

Page 63: 95822952 pergerakan-asas

63

Semasa melakukan aktiviti di atas pelajar boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan membekalkan imbangannya.

Langkah-langkah aktiviti:

Pertama, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak badan ke atas dan timbang badan.

Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan.

Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam).

Pelajar belari-lari anak kehadapan.

Kemudian pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan mendepa.

Merangkaikan Pergerakan Secara Aliran Bebas dan TerikatIa merupakan satu pergerakan secara gabungan antara aliran bebas dan aliran terikat bagi menjadikan rangkaian licin, lancar dan berterusan. Seperti aktiviti lain aktiviti ini juga dapat membentuk keyakinan diri, kreativiti dan nilai estetika pelajar dalam melaksanakan aktiviti. Bagi aspek kecergasan pula ia menguji daya tahan otot pelajar. Disamping itu ia turut menguji kekuatan otot, kelembutan, ketangkasan, dan imbangan pelajar. Walaubagaimana pun pergerakan yang diajar perlu dilakukan mengikut kemampuan pelajar dan perlu dilaksanakan dikawasan yang selamat.

Apa yang perlu dilakukan:

Mula-mula rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas

Pengajaran perlu memberi peluang meneroka, mengenal pasti, memilih dan mencipta.

Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran terikat.

Guru harus memilih pergerakan yang sesuai dengan jenis aliran yang dipilih.

Kemudian rangkaikan beberapa pergerakan secara aliran bebas dan aliran terikat dengan menggunakan alatan.

Disamping itu perlu diberi perhatian, gunakan permulaan dan penamat yang berlainan.

Gunakan aliran bebas dan aliran terikat berselang-seli atau pada masa-masa tertentu.

Gunakan berbagai arah, aras laluan dan kelajuan.

Page 64: 95822952 pergerakan-asas

64

Gimnastik pendidikan akan menjadi lebih menyeronokkan dan mencabar sekiranya kita dapat menggabungkan kedua-dua pergerakan aliran bebas dan terikat.  Tujuan ujian ini adalah menguji ketangkasan, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan imbangan. Untuk aktiviti ini, anda dikehendaki melakukan aktiviti pada 6 stesen yang ditetapkan.

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi stesen 1, anda diminta menggunakan tali yang disediakan untuk bergayut melepasi air.  Jika tidak berjaya, anda diminta mengulang semula.  Selepas melepasi stesen 1, bergerak ke stesen 2. Di stesen 2, anda hendaklah meniti kayu tanpa jatuh. Setelah berjaya, berlari ke stesen 3. Di stesen 3, anda diminta memanjat tembok sehingga melepasi tembok tersebut. Kemudian berlari ke stesen  4.  Pada stesen  4, anda hendaklah bergayut di monkey bar dan bergerak sehingga selesai.  Kemudian berlari ke stesen 5. Di stesen 5, anda diminta merangkak ala komando tanpa menyentuh jaring sehingga tamat. Kemudian berlari ke stesen 6. Di stesen 6, anda perlu melalui parallel bar. Pastikan tangan diluruskan dan kaki tidak mencecah tanah.   Buat sehingga selesai. Kemudian anda berlari ke garisan penamat.

Berikut adalah merupakan contoh aktiviti bagi merangkaikan pergerakan secara aliran bebas dan terikat:

Page 65: 95822952 pergerakan-asas

65

Langkah-langkah aktiviti:

Mula-mula pelajar merangkak dibawah kerusi.

Kemudian naik ke atas meja secara merangkak

Selepas itu pelajar lalu di bawah bangku.

Pelajar kemudiannya berdiri dan berjalan melepasi kon yang disusun secara berhalangan.

Pelajar bergerak melepasi gelung rotan.

Kemudian pelajar akan melompat melepasi peti lombol.

Seterusnya, pelajar baring menelentang di atas lantai, lutut dibengkokkan. Juak badan ke atas dan timbang badan.

Kemudian dengan tangan disisi dan kaki rapat guling ke kiri dan ke kanan.

Kemudian dengan secara melutut dari atas meja pendek lompat ke bawah (atas tilam).

Pelajar belari-lari anak kehadapan.

Dan di akhir aktiviti ini pelajar melompat ke udara dengan kaki serta tangan mendepa.

Page 66: 95822952 pergerakan-asas

66

Gaya arahan ketika mengajar Gimnastik Pendidikan adalah penting kerana ia adalah untuk tujuan keselematan pelajar semasa melaksanakan aktivti agar tidak tidak melakukan kesilapan yang boleh membahayakan dirinya.

 

4.3   KESEDARAN RITMA

Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di kenali sebagai kesedaran rithma. Rentak rithma boleh di lakukan sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-putus. Gabungan pergerakan badan akan menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut rentak rithma. Corak rithma adalah hasil gabungan pelbagai rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus. Corak rithma boleh dilakukan secara berulang-ulang. Sementara rentak rithma akan dilakukan secara lembut, pelahan, kuat, cepat, sederhana dan sebagainya. Di peringkat awal latihan kesederan rithma atlet di lakukan pelbagai corak pergerakan badan melalui rithma yang berbeza-beza. Berbagai rentak rithma boleh dihasilkan dengan cara menghentak kaki ke lantai, tepuk tangan dan lain-lain.

Menggunakan Rentak Rithma untuk Menghasilkan Rangkaian PergerakanPergerakan berangkai dalam persembahan yang pelbagai bentuk dibantu oleh rentak rithma.

Page 67: 95822952 pergerakan-asas

67

Mendapatkan Rentak Rithma untuk Koreografi Rangkaian PergerakanKoreografi ialah pergerakan berangkai dengan rentak ritma dan dilakukan mengikut kreativiti individu. Rentak rithma dihasilkan melalui bersiul, tepuk tangan dan melalui alat muzik. Lagu-lagu rakyat seperti ‘burung kakaktua’ dan ‘rasa sayang eh’ juga boleh digunakan. Pergerakan ini dilakukan secara individu dan di ikuti kumpulan.

Page 68: 95822952 pergerakan-asas

68

Mengabung Aliran Pergerakan Diiringi Rentak RitmaCorak aliran pergerakan mengikut kepelbagaian rentak rima. Aliran pergerakan dirancang secara  teratur, kemas, lancar dan menggunakan ruang latihan. Aliran yang di lakukan mesti mempunyai permulaan, penamat serta dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang.

Page 69: 95822952 pergerakan-asas

69

Page 70: 95822952 pergerakan-asas

70

Page 71: 95822952 pergerakan-asas

71

 

TOPIK 5   GIMNASTIK ARTISTIK

PENGENALAN

Gimnastik merupakan sukan yang memerlukan seseorang ahli gimnastik mempunyai kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan diwakili oleh enam orang peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan.

 

5.1   SEJARAH

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu

Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains kemasyarakat. Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan.

Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya.

Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik.

Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan.

Page 72: 95822952 pergerakan-asas

72

Rajah 5.1: Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat

Dalam abad ke 18 dan 19, sukan gimnastik telah mendapat sambutan dinegara-negara Scandinavia dan Jerman. Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan.

Gimnastik Swedeish berdasarkan pergerakan berirama.

Dinegara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan olimpik 1896  acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechosolivakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang di pertandingkan.

Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helisinki pada tahun 1952.Rusia telah memenagi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang di pertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia.

Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu:

Sukan Olimpik

Kejohanan Dunia

Kejohanan Eropah

Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali bergitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua kejohanan kejohanan tidak di pertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja di pertandingkan dan dihadkan penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita.

Page 73: 95822952 pergerakan-asas

73

Rajah 5.2: Pasukan Malaysia mula di segani dalam sukan gimnastik semenjak kejayaan dalam Sukan Komanwel 1988

Bagi kejohanan dunia dan sukan olimpik acara yang di pertandingkan ialah kejuaraan berpasukan, kejuaraan keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Selain daripada sukan-sukan serantau seperti Sukan Komanwel, sukan Asia, Sukan SEA dan juga peringkat kebangsaan mempertandingkan sukan gimnastik sebagai komponen sukannya. Sukan serantau seperti ini di iktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

 

5.2   BENTUK PERTANDINGAN

Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan akan di wakili oleh enam orang peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan.

Kebiasaannya cuma seorang gimnas sahaja yang akan membuat persembahan pada suatu masa namun kadangkala persembahan perlu dilakukan serentak. Kesemua ini bergantung kepada besar atau kecil sesuatu kejohanan tersebut. Dalam satu kejohanan besar biasanya peserta yang terlibat adalah ramai sehingga berjumlah lebih dari 300 orang peserta dengan melibatkan lebih 30 negara yang bertanding dalam masa lima hari. Kekangan ini sudah pasti  memaksa dua atau lebih acara terpaksa dijalankan serentak. Ini bermakna mereka akan melakukan persembahan mengikut urutan acara yang berlainan.

Ahli gimnastik lelaki bertanding dalam enam acara mengikut susunan berikut:

Senaman lantai

Kekuda berpelana

Gelang

Lombol

Palang sejajar

Palang tunggal

Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara mengikut susunan berikut:

Senaman lantai

Lombol

Palang bertingkat

Batang titian

Page 74: 95822952 pergerakan-asas

74

Pada hari terakhir, setiap alatan akan ditandangi oleh enam peserta terbaik bagi merebut kejuaraan individu dan mereka dikehendaki mempersembahkan pergerakan pilihan sahaja. Seorang peserta lelaki boleh memenangi maksimum lapan kejuaran (6 acara lelaki kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan berpasukan). Seorang peserta wanita pula boleh memenangi maksimum enam kejuaraan  (4 acara wanita, kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan berpasukan).

Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik di adakan. Sukan Olimpik yang dianjurkan empat tahun sekali merupakan kejuaraan kedua terbesar selepas kejohanan dunia di mana ramai gimnas berhimpun. Satu lagi pertandingan yang penting dalam kalender gimnastik ialah Kejohanan Piala Dunia yang dianjurkan empat tahun sekali untuk 40 gimnas terbaik dunia. Selain daripada itu kejohanan-kejohanan peringkat benua Eropah, Amerika, Afrika juga boleh dianggap besar.

Dalam kejohanan dunia, setiap negara yang menyertainya akan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita. Setiap pasukan lelaki dan wanita  mengandungi enam peserta. Dua belas pasukan lelaki dan wanita yang terbaik dari kejohanan ini layak untuk bertanding di Sukan Olimpik pada tahun berikutnya. Gimnas terbaik bagi negara-negara yang kurang berjaya, boleh bertanding dalam Sukan Olimpik dan kejohanan dunia dengan cara menyertai negara yang mempunyai kurang dari enam orang.

Pertandingan IPertandingan antara pasukan bagi acara lelaki dan wanita dikenali sebagai pertandingan I. Pertandingan ini terbahagi kepada  dua bahagian, iaitu:

Senaman wajib (IA) Pergerakan senaman wajib mempunyai displinya telah digubal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) yang merupakan badan dunia yang bertanggungjawab mengawal segala jenis aktiviti gimnastik.

Senaman pilihan (IB)Senaman pilihan pula merupakan pergerakan pilihan dan mengiku kretiviti pasukan atau peserta itu sendiri. Namun pergerakan ini mesti mengandungi beberapa pergerakan dari tiga peringkat kesukaran, iaitu mudah, pertengahan dan sukar.

Pertandingan IIDi pertandingkan selepas pertandingan I, 36 gimnas lelaki dan 36 gimnas wanita terbaik akan dipilih untuk bertanding dalam pertandingan individu. Pertandingan II mengandungi senaman campuran. Pertandingan ini melibatkan senaman pilihan untuk menentukan juara keseluruhan.

Pertandingan IIIPertandingan III pula melibatkan pertandingan antara lapan peserta terbaik bagi setiap alatan. Terdapat  6 acara alatan bagi lelaki dan 4 acara alatan bagi wanita.

 5.3   PERALATAN

Peralatan yang disediakan dalam sukan gimnastik bergantung kepada jenis  atau kategori acara yang dijalankan. Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan untuk latihan atau kejohanan. Biasanya semua peralatan atau alatan ini di tempatkan disusun di dalam satu dewan atau gimnasium khas. Sila rujuk rajah Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik.

Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut specifikasi. Selain itu, pegawai teknik dan pegawai lain perlu memastikan aspek-aspek keselamatan, yang antara lain meliputi perkara-perkara berikut:

1. Susunan atau kedudukan setiap alatan hendaklah memikirkan aspek keselamatan peserta.

2. Tebal tilam untuk latihan senaman lantai hendaklah sesuai dengan pertandingan. Tilam-tilam keselamatan harus diletakkan di kawasan yang berisiko.

3. Peralatan di gimnasium mestilah diperiksa pada setiap kali hendak digunakan disamping pemeriksaan berkala.

Page 75: 95822952 pergerakan-asas

75

4. Para peserta hendaklah mengelakkan daripada melakukan kemahiran sukar atau yang berisiko tinggi, tanpa latihan yang cukup.

5. Sukan gimnastik boleh dijalankan dengan syarat diawasi oleh pegawai yang berkelayakan.

Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik

Rajah 5.3: Susunan alatan gimnastik perlu agar tidak menganggu tumpuan pengadil

Page 76: 95822952 pergerakan-asas

76

Kawasan untuk senaman lantai

ALATAN

Rajah 5.4: Alatan gimnastik

Kekuda Lombol

Page 77: 95822952 pergerakan-asas

77

Rajah 5.5: Aksi kekuda lombol

Rajah 5.6: Peralatan untuk acara kekuda lombol

Kekuda Berpelana

Page 78: 95822952 pergerakan-asas

78

Rajah 5.7: Aksi kekuda berpelana

Rajah 5.8: Peralatan untuk acara kekuda berpelana

Palang Bertingkat

Page 79: 95822952 pergerakan-asas

79

Gambarajah 5.9: Aksi palang bertingkat

 

Page 80: 95822952 pergerakan-asas

80

Palang Tunggal

Rajah 5.10: Aksi palang tunggal

 

Gelang

Page 81: 95822952 pergerakan-asas

81

Rajah  5.11: Aksi gelang

 

Page 82: 95822952 pergerakan-asas

82

 5.4   MARKAH PERTANDINGAN

Persembahan Senaman Lantai

Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan di beri sepuluh (10.00) markah sebelum ia memulakan persembahan. Potongan markah akan dibuat sekiranya peserta melakukan perkara berikut:

Kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh kemahiran yang dikehendaki (ditolak 0.5 markah setiap kemahiran yang ditinggalkan).

Kegagalan peserta melakukkan lompatan, gulingan, imbangan dan putaran (ditolak 0.3 markah tiap-tiap satu yang dilakukan).

Kelemahan menggunakan cara yang berlainan, kelajuan dan dinamik, yakni pembinaan persembahan (ditolak sehingga 1.00 markah).

Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (ditolak sehingga 4.00 markah),

Setiap saat yang lebih dari masa yang dihadkan, iaitu 40 saat (ditolak 0.1 markah setiap saat)

Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan ialah:

Unsur-unsur kemahiran (10 unsur @ 0.5)

5.0   markah

Perlaksanaan 4.0   markahPembinaan 1.0   markah  10.0 markah

Rajah 5.12: Senaman lantai

Persembahan di Alatan

Peserta diberi sepuluh (10.00) markah sebelum memulakan persembahannya. Potongan markah akan dibuat mengikut perkara berikut:

Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahiran dari variasinya (dipotong 0.5 markah bagi tiap-tiap kemahiran yangtertinggal).

Kegagal menggunakan tiap-tiap alatan (dipotong 1.00 markah @ alatan).

Page 83: 95822952 pergerakan-asas

83

Pembinaan persembahan yang lemah, iaitu kemahiran yang berbeza jenisnya, (dipotong sehingga 1.00 markah).

Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (dipotong sehingga 5.00 markah).

Pada setiap saat yang lebih dan 40 saat yang diperuntukkan (dipotong 0.1 markah setiap saat).

Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan lalah seperti berikut:

Unsur-unsur kemahiran (8 unsur @ 0.5)

4.0   markah

Perlaksanaan 5.0   markahPembinaan 1.0   markah  10.0 markah

Rajah  5.13: Senaman menggunakan alatan

 

5.5   KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIK

Senaman LantaiSenaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik. Senaman lantai mempengaruhi pergerakan gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian tangan dan kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu pergerakan di palang bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang sejajar, gelang dan palang tunggal.

Page 84: 95822952 pergerakan-asas

84

Rajah  5.14: Senaman Lantai

Acara LombolKekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig Jahn, yang dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Lombol mempunyai enam fasa, iaitu larian penujuan, lonjakan, penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan pendaratan.

Page 85: 95822952 pergerakan-asas

85

Rajah  5.15: Acara Lombol

Acara PalangPalang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan. Para gimnas wanita pernah mengunakan palang sejajar sehingga tahun 1930. Selepas itu, satu daripada palang telah direndahkan dan dikenali sebagai palang bertingkat khas untuk wanita. Pergerakan di kedua-dua alatan ini lebih menumpukan kepada pergerakan ayunan daripada pergerakan kekuatan.

Kekuda BerpelanaAcara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam sukan gimnastik. Kebanyakan peserta memperolehi markah yang rendah dalam acara ini dan merupakan acara yang kurang disukai. Alatan ini lebih sama bentuk dengan kekuda lombol, tetapi mempunyai dua pemegang kayu di atasnya digelar bonjol pelana. Peserta akan menggunakan bonjol pelana ini untuk memindahkan keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau kedua-dua lengannya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda berpelana bergantung kepada tumpuan, imbangan dan rentak.

Page 86: 95822952 pergerakan-asas

86

Rajah  5.16: Kekuda berpelana

Batang TitianBatang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh, kordmasi dan gaya yang baik. Ciri-ciri terpenting dalam acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti dilakukan dengan berhati-hati di atas alatan yang lebarnya hanya 10 cm. Pergerakan ini mestilah mengandungi unsur-unsur akrobatik yang mengandungi pergerakan maju dan undur, putaran penuh (termasuk satu di atas sebelah kaki), pergerakan menapak, berlan, lompatan dan lonjakan. Persembahan ini juga mestllah meliputi unsur-unsur imbangan dalam kedudukan berdiri, duduk dan kedudukan baring atau meniarap. Keseluruhan persembahan, para peserta mestilah melakukannya di atas sepanjang batang titian dengan licin dan kemas, juga perlu mempamerkan perubahan rentak. Masa yang dihadkan bagi keseluruhan persembahan lalah antara satu rnmit 10 saat, sehingga tidak melebihi satu minit 30 saat.

Page 87: 95822952 pergerakan-asas

87

Rajah  5.17: Batang titian

Acara GelangGelang juga telah direkacipta oleh Ludwig Jahn dalam tahun 1980. Acara gelang telah menjadi salah satu acara penting dalam sukan gimnastik. Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan pertama. Jika peserta ini terjatuh dari gelang, dia mempunyai 30 saat untuk naik semula. Semasa mendarat peserta tidak dibenarkan melangkah, tetapi boleh membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah. Purata masa persembahan dalam acara gelang ini ialah di antara 40 saat hingga satu minit.

Page 88: 95822952 pergerakan-asas

88

Rajah  5.18: Acara gelang

Acara Palang TunggalDalam kejohanan gimnastik, acara palang tunggal merupakan satu persembahan yang paling menarik perhatian dibandingkan dengan acara yang lain. Acara Palang Tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas palang tunggal ini melalui tangan dan bahagian depan lengan.

Page 89: 95822952 pergerakan-asas

89

Rajah  5.19: Acara palang tunggal

 

 

  Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu.

Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan senaman sebagai gymnastics serta tempat senaman ini dikenali sebagai gymnasium.

Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antarabangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa.

Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan.

Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik diadakan.

Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan untuk latihan atau kejohanan.

 

Page 90: 95822952 pergerakan-asas

90

Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut specifikasi.

Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan diberi 10.00 markah sebelum ia memulakan persembahan.

Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik.

Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi.

Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan.

Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam sukan gimnastik.

Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh, kordmasi dan gaya yang baik.

Dalam acara gelang, setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan pertama.

Acara palang tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan.

 

 

TOPIK 6   GIMNASTIK ARTISTIK

Page 91: 95822952 pergerakan-asas

91

PENGENALAN

Gimnastik artistik merupakan sukan bercorak pergerakan. Gimnastik artistik banyak melibatkan ketangkasan berangkai serta mementingkan kelenturan, kordinasi, daya tahan, imbangan dan kekuatan. Penguasaan sesuatu kemahiran dalam gimnastik artistik dapat mengembangkan setiap aktiviti yang dipelajari. Dengan itu gimnastik artistik  dapat membina gaya diri dan keyakinan terhadap sesuatu persembahan.

Teknik dan gaya pelaksanaan sesuatu kemahiran perlu dipelajari secara khusus. Gimnas perlu mempunyai kesedaran dan kepekaan terhadap nilai kinestik dan estetik dalam pergerakan yang dipersembahkan.

 

6.1   POLA PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK

Seorang gimnas perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti melentur dan meregang, mengimbang, menghambur, melompat dan melayang, melonjak, menyokong, memusing dan mengilas, mengguling, mengayun, melenting.  Kemahiran asas ini menjadikan seorang gimnas berupaya melakukan pergerakan senaman lantai dan penggunaan  alatan dengan baik dan kemas.

Pergerakan menggunakan lombol lalu, lombol kangkang dan lombol muka di atas peti lombol adalah merupakan pergerakan asas menggunakan alatan yang perlu dikuasai oleh gimnas terlebih dahulu. Pergerakan ini akan membantu  seorang gimnas menguasai pergerakan menggunakan alatan yang memerlukan kekuatan tangan dan pendaratan yang baik.

Beberapa pergerakan asas ketangkasan, imbangan dan lombol akan memberi kesedaran ruang, masa, beban dan aliran serta membina daya kreatif, rekacipta dan pengubahsuaian bagi menghasilkan rangkaian pergerakan yang harmoni dan estetik.

Gaya Dirian

Seorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang sempurna dan kemas bagi setiap permulaan pergerakan. Kedudukan gaya dirian yang baik dapat membantu gimnas memungut mata dalam persembahannya. Ciri-ciri dirian yang baik:

1. Kaki dirapatkan;

2. Kedua-dua lutut ditekan ke belakang;

3. Perut dikempiskan;

4. Dada diangkat tinggi;

5. Bahu direndahkan;

6. Dagu diangkat agar mata memandang ke hadapan; dan

7. Bernafas dengan selesa.

Guling Hadapan

Cara guling hadapan:

1. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri;

2. Lutut dibengkokkan;

3. Tangan diangkat lurus ke hadapan;

4. Pastikan belakang dalam keadaan tegak;

5. Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu;

6. Jongketkan badan dengan meluruskan lutut;

7. Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki;

Page 92: 95822952 pergerakan-asas

92

8. Kepala ditundukkan ke dada;

9. Tangan dibengkokkan;

10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan anda tidak bergolek atas kepala.);

11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling ke hadapan;

12. Berdiri atas kaki semula; dan

13. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.

Rajah 6.1: Teknik guling hadapan

ANSUR MAJU GULING HADAPAN

Rajah 6.2: Ansur maju guling hadapan

GERAK KERJA PENYESUAIAN GULING HADAPAN

Page 93: 95822952 pergerakan-asas

93

Rajah 6.3: Gerak kerja penyesuaian guling hadapan

PERSEMBAHAN BERANGKAI GULING HADAPAN

Page 94: 95822952 pergerakan-asas

94

Rajah 6.4: Persembahan berangkai guling hadapan

Guling Belakang

Bengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai.

Badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat graviti sentiasa diatas pangkal jari-jari kaki.

Duduk rapat ketumit tanpa buntut terhentak.

Dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk belakang badan yang bulat.

Rajah 6.5: Teknik guling belakang

Ansur Maju dalam Guling Hadapan

Page 95: 95822952 pergerakan-asas

95

Rajah 6.6: Ansur maju guling belakang

Dirian Kepala

Kaki diluruskan, gerakan dibuat pada hujung jari kaki.

Tangan menekan kuat ke lantai.

Kepala dan tangan membentuk segitiga sama.

Perlakuan dirian kepala bermula, dengan memastikan hidung mencecah lantai.

Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala, lutut dan badan dirapatkan.

Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan.

Page 96: 95822952 pergerakan-asas

96

Rajah 6.7: Teknik dalam dirian kepala

Rajah 6.8: Gerak dalam dirian kepala

Page 97: 95822952 pergerakan-asas

97

Rajah 6.9: Cara menyokong dalam dirian kepala

Gerakan Penyesuaian dalam Dirian Kepala

Rajah 6.10: Gerak kerja penyesuaian dalam dirian tangan

Dirian Tangan

Badan diregang sebelum kaki ditendang naik.

Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki kehadapan

Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu, menghala ke hadapan searah dengan jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambah keluasan tapaknya.

Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak disokong oleh otot-otot.

Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa diayun ke bawah.

Page 98: 95822952 pergerakan-asas

98

Rajah 6.11: Contoh dirian tangan

Rajah 6.12: Peringkat perkembangan dirian tangan

Page 99: 95822952 pergerakan-asas

99

Rajah 6.13: Ansur maju dirian tangan

Rajah 6.14: Ansur maju berjalan dengan tangan

Page 100: 95822952 pergerakan-asas

100

Rajah 6.15: Menyokong dalam dirian tangan

Page 101: 95822952 pergerakan-asas

101

Rajah 6.16: Gerakan penyesuaian dalam gerak tangan

Roda Kereta

TEKNIK RODA KERETA

1. Muka menghadap ke hadapan.

2. Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari kaki yang bengkok.

3. Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang sama, dan kepala kekal dalam kedudukan biasa dengan lurus.

4. Mata memandang ke arah tangan di lantai belakang, badan jangan dilengkungkan.

5. Kaki dibawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri dalam kedudukan berbentuk bintang (Rajah 6.17).

Rajah 6.17: Gerakan dalam roda kereta

Rajah 6.18: Teknik dalam roda kereta

Page 102: 95822952 pergerakan-asas

102

Rajah 6.19: Gerak kerja penyesuaian dalam roda kereta

CARA-CARA MENYOKONG RODA KERETA

Rajah 6.20: Cara menyokong roda kereta

Page 103: 95822952 pergerakan-asas

103

PENGEMBANGAN RODA KERETA

Rajah 6.2: Pengembang roda kereta

Hambur Belakang/Tengkuk

TEKNIK HAMBUR BELAKANG

1. Mencangkung, lengan lurus ke hadapan, berdiri atas pangkal jari-jankaki.

2. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebarisan dengan kepala.

3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat.

4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat. Pendaratan dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.25).

Page 104: 95822952 pergerakan-asas

104

Rajah 6.22: Teknik hambur belakang

Rajah 6.23: Ansur maju hambur belakang

CARA MENYOKONG DALAM HAMBUR BELAKANG

Page 105: 95822952 pergerakan-asas

105

Rajah 6.24: Menyokong dalam hambur belakang

Hambur Kepala

Teknik Hambur Kepala

1. Mencangkung atas pangkal jari-jari kaki, lengan lurus ke hadapan,

2. Pinggul turun ke hadapan hingga hilang imbangan. Kedua-dua tangan hampir sebaris dengan kepala.

3. Ayun kuat dengan kaki yang dikekalkan lurus. Belakang badan melengkung disebabkan pinggul yang diregang dengan kuat. Tolakan dari tangan yang kuat.

4. Pinggul ditolak ke hadapan semasa mendarat, yang dibuat atas pangkal jari-jari kaki (Rajah 4.30).

Rajah 6.25: Teknik hambur kepala

Page 106: 95822952 pergerakan-asas

106

Rajah 6.26: Pergerakan dalam hambur kepala

ANSURMAJU HAMBUR KEPALA

Page 107: 95822952 pergerakan-asas

107

Rajah 6.27: Ansur maju dalam hambur kepala

CARA MENYOKONG HAMBUR KEPALA

Page 108: 95822952 pergerakan-asas

108

Rajah 6.28: Cara menyokong dalam hambar kepala

Hambur Tangan

Pergerakan hambur tangan boleh dibahagikan kepada empat aras iaitu:

larian

lonjakan

penerbangan

pendaratan.

TEKNIK DALAM HAMBUR TANGAN

1. Tangan diluruskan ke atas, dan bahu dikembangkan. Mula melangkah seperti dalam lompat pagar, laitu rendah dan panjang.

2. Pengembangan bahu dikekalkan, manakala dada ditekan ke bawah arah lantai.

3. Bahu di belakang tangan yang diluruskan, dan kaki ditendang dengan kuat ke belakang.

4. Kaki mula dirapatkan, kepala didongakkan dan badan dikekalkan lurus.

5. Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.

Page 109: 95822952 pergerakan-asas

109

Rajah 6.29: Gerakan dalam  hambur tangan

Page 110: 95822952 pergerakan-asas

110

ANSURMAJU HAMBUR TANGAN

Rajah 6.30: Ansur maju dalam  hambur tangan

CARA MENYOKONG HAMBUR TANGAN

Rajah 6.31: Ansurmaju dalam hambur tangan berpasangan

Rajah 6.32: Menyokong dalam hambur tangan

Page 111: 95822952 pergerakan-asas

111

Hambur TerbangPergerakan hambur terbang boleh dibahagikan kepada empat fasa pergerakan, iaitu lanan muncul, lonjakan, penerbangan dan pendaratan.

TEKNIK LONJAKAN DUA KAKI UNTUK HAMBUR TERBANG

1. Langkah gelongsor rendah dan panjang atas sebelah kaki, sementara lengan dibawa ke belakang.

2. Lengan membantu untuk diregang sepenuhnya, sambil tumit diangkat.

3. Kaki dan pergelangan kaki dikembangkan sepenuhnya (Rajah 6.33).

Rajah 6.33: Teknik dalam hambur terbang

Rajah 6.34: Gerakan dalam hambur terbang

Page 112: 95822952 pergerakan-asas

112

Hambur Lenting

TEKNIK DALAM HAMBUR LENTING

1. Belakang badan dibulatkan tapi tidak lekuk. Tolakan akan bermula dari tumit bukan pangkal jari-jari kaki.

2. Kaki menolak dengan kuat. Badan jangan dilengkung ke belakang terlampau banyak. Kepala hendaklah sebaris dengan badan dan tidak didongakkan.

3. Badan melalui kedudukan dirian tangan. Tolakan yang kuat dari tangan melalui bahu.

4. Kaki menendang turun ke bawah.

Rajah 6.35: Teknik dalam hambur terbang

Page 113: 95822952 pergerakan-asas

113

Rajah 6.36:  Gerakan dalam hambur lenting

Page 114: 95822952 pergerakan-asas

114

ANSURMAJU HAMBUR LENTING

Rajah 6.37: Ansurmaju dalam hambur lenting

CARA-CARA MENYOKONG HAMBUR LENTING

Page 115: 95822952 pergerakan-asas

115

Rajah 6.38: Cara-cara menyokong dalam hambur lenting

 

TOPIK 7   GIMRAMA

PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

 

7.1   SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik, gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan. Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.

Page 116: 95822952 pergerakan-asas

116

Rajah 7.1: Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik dan pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan

Rajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan

Pergerakan asas gimnastik berirama di percayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swis, iaitu Jacques

Page 117: 95822952 pergerakan-asas

117

Dalcroze. Dalcroze yang telah membuka dua buah maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau telah memperkenalkan latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19.

Di awal tahun ke 20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich Medau (1890-1974)  telah memulakan sekolah gimrama mereka sendiri.  Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan di antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimram.

Pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa  telah mengiktiraf Gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalender tetap persatuan dengan di pertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah di pertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

 

7.2   KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMA

Dalam sukan gimrama peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan  lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan. Namun bagi pertunjukan atau persembahan gimnastik peralatan-peralatan lain seperti skarf, bendera atau kayu boleh digunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalah mengikut pilihan.

Rajah 7.3: Peralatan digunakan dalam sukan gimrama

Biasanya gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri, ini disebabkan mereka akan merasa selesa menggunakan peralatan sendiri. Peralatan sendiri juga mempunyai sesuai dengan kehendak dan susuk tubuh gimnas dari segi saiz dan berat.

Page 118: 95822952 pergerakan-asas

118

TaliTali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan kapal. Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas. Gimnas yang lebih kecil fizikalnya boleh menggunakan tali yang berukuran 2 m panjang dan tebal 6 mm. Gimnas dibenarkan menggunakan pita pelekat sepanjang 10 cm namun gimnas tidak dibenarkan menggunakan apa jua pemegang pada hujung tali.

Spesifikasi Tali

Bahan Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama.

Panjang Mengikut tinggi gimnas, tali di ukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di tengah tali dan kedua-dua hujung tali di angkat ke aras ketiak gimnas.

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

Rajah 7.4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik

Page 119: 95822952 pergerakan-asas

119

GelungGelung boleh didapati di kedai sukan atau di kedai permainan. Gelung di buat daripada  plastik, rotan atau kayu biasa  digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan ditepi gimnas. Terdapat juga gimas yang  menu balut gelung dengan pita pelekat  yang   berwarna-warni. Balutan ini bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung   serta menambahkan berat gelung di samping menjadikannya lebih menarik.

Page 120: 95822952 pergerakan-asas

120

Rajah 7.5: Gelung berpita

Spesifikasi Gelung

Page 121: 95822952 pergerakan-asas

121

Rajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas

BolaBola adalah salah satu displin wajib dalam gimrama. Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Namun sekiranya bola tersebut tidak dapat di sediakan bola sepak, bola jaring atau bola getah saiz 4 boleh digunakan untuk berlatih kemahiran asas seperti melantun dan menggolek. Bagi gimnas junior atau kanak-kanak saiz bola yang lebih kecil boleh digunakan.

Spesifikasi Bola

Bahan Getah atau bahan sintetik dengan anjalan.

Garis pusat 18-20 cm

Berat 400 g minimum

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

 

Page 122: 95822952 pergerakan-asas

122

Rajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa

BELANTAN (CLUB) Belantan boleh di dapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk. Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan biasanya di kuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman.

Spesfikasi Belantan

Bahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat.

Panjang 40-50 cm

Berat 150 g minimum bagi satu belantan

Bentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada tapak belantan sekurang-kurangnya 2 ½ cm.Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi 3 cm.

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

 

Page 123: 95822952 pergerakan-asas

123

Rajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak

REBENKebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu ringan dan la cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk dibuat  reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk dibaling.

Page 124: 95822952 pergerakan-asas

124

Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman, mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6 m tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan reben yang panjangnya 4-5 m. Riben di sangkut pada bahagian hujung dengan kayu.

Specifikasi Reben

Bahan Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji.

Lebar 4-6 cm

Panjang Jumlah panjang sebenar ialah 7m, satu meter di lipat pada hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 cm

Berat 35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya)

Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

 

Page 125: 95822952 pergerakan-asas

125

Rajah 7.9: Kain yang paling untuk dibuat  reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera

Specifikasi Kayu

Bahan Kayu, plastik, buluh atau fibre glass. Hujung kayu sepanjang 10 cm maksimum boleh di balut dengan pita untuk cengkaman yang lebih baik.

Bentuk Bulat atau berbentuk kon.

Garis pusat 1 cm maksimum pada bahagian yang lebar sekali.

Panjang 50-60 cm termasuk cincin penyangkut.

Dawai Penyangkut Panjangnya 7 cm maksimum. Boleh menggunakan benang, dawai atau mata kail.

 

Page 126: 95822952 pergerakan-asas

126

Rajah 7.10: Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau ‘fibre glass’

PakaianDalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights. Sementara dalam peringkat pertandingan penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung pada jenis dan taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah atau kelab peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola pertandingan boleh membenarkan pakaian baju T dan seluar trek, manakala dalam pertandingan peringkat antarabangsa, hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tights dibenarkan.

Rajah 7.11: Contoh pakaian yang di pakai oleh gimnas

Mengikut undang-undang sukan ini, leotard yang dipakai semasa pertandingan mestilah berpandukan pada beberapa peraturan. Cans leher depan dan belakang badan tidak boleh terlalu luas di kedua-dua ba hagian depan dan belakang sehingga menjolok mata. Garis di punggung juga  tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkan bahagian punggung. Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kain leotard boleh terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan perak. Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak dibenarkan.

Ramai di antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa memakai kasut. Walau bagaimanapun jika gimnas ingin me-makai kasut semasa pertandingan, dia boleh memakai kasut yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit atau kain.

Page 127: 95822952 pergerakan-asas

127

Rajah 7.12: Contoh kasut  yang di pakai oleh gimnas

 

7.3   TEMPAT LATIHAN

Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup. Di bahagian atas hendaklah kosong dan tidak mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk dan struktur lain. Oleh itu, dewan sekolah, panggung, dewan orang ramai atau gudang merupakan tempat yang sesuai. Pada peringkat permulaan, siling yang tinggi tidak diperlukan tetapi apabila gimnas telah berpengalaman, balingan peralatannya akan menjadi lebih tinggi dan ia memerlukan siling yang lebih tinggi.

Rajah 7.13: Dewan yang digunakan latihan dan pertandingan gimrama mestilah bersesuaian dengan gerakan gimnas

Selain daripada siling, permukaan lantai perlu dipertimbangkan juga. Permukaan lantai mestilah bersih dan tidak terlalu licin. Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama. Ramai di antara gimnas biasanya berlatih di dalam dewan dengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang sukar seperti gulingan. Tetapi kadang-kala, tilam akan menghalang beberapa pergerakan seperti gulingan gelung dan lantunan bola. Luas kawasan bagi pertandingan hendaklah berukuran 12 m X 12 m tetapi untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidak diwajibkan. Gimnas boleh berlatih di mana-mana kawasan yang sesuai.

Page 128: 95822952 pergerakan-asas

128

Rajah 7.14: Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama

 

7.4   UNDANG-UNDANG AM

Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan. Biasanya pada peringkat antarabangsa, pertandingan dan acara adalah mengikut peraturan dan undang-undang teknik seperti yang telah ditetapkan dalam Buku Undang-undang (Code of Points) yang disediakan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Buku ini adalah penting dan sangat berguna bukan sahaja kepada para hakim dan pegawai pertandingan tetapi juga kepada para jurulatih dan gimnas. Dalam buku ini teknik yang diperuntukan untuk sesuatu latihan serta sistem peruntukan markah yang di berikan. Setiap empat tahun sekali buku Undang-undang Gimrama biasanya dikaji semula dan diubah suai mengikut keperluan. Selain itu, terdapat juga perubahan dan pemindaan juga boleh dibuat dari semasa ke semasa. Pertandingan Gimrama Sukan Malaysia dan Kejohanan Peringkat Antarabangsa seperti Sukan SEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

Page 129: 95822952 pergerakan-asas

129

Rajah 7.15: Sukan SEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG)

Pada amnya, bagi pertandingan yang rasmi atau kejohanan yang mengikuti undang-undang FIG terdapat dua acara pertandingan yang utama.

Acara latihan sukarela yang dipersembahkan oleh seorang gimnas sahaja pada suatu kawasan yang tertentu. Gimnas akan menggunakan satu peralatan untuk setiap latihan atau rutinnya. Acara ini disebut pertandingan individu atau latihan sukarela individu.

Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh sekumpulan gimnas (biasanya enam orang gimnas serentak pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap kumpulan akan mengguna kan satu atau dua jenis peralatan yang berlainan bagi setiap latihan. Acara ini disebut pertandingan latihan berpasukan atau latihan berkumpulan.

LATIHAN SUKARELA INDIVIDU

Terdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu:

1. Pertandingan I—Acara berpasukan

Setiap pasukan perlu terdiri daripada tiga atau empat orang gimnas.

Setiap pasukan mesti mempertunjukkan 10 latihan, laitu dua latihan bagi setiap peralatan. Peralatan yang digunakan ialah tali, bola, gelung, belantan dan reben.

Setiap gimnas dalam pasukan boleh mempersembahkan satu hingga empat latihan maksimum dengan menggunakan peralatan yang berlainan. Dengan itu setiap peralatan akan dipersembahkan oleh dua gimnas yang berlainan dalam satu pasukan.

Dalam menentukan johan pasukan, jumlah mata yang diperolehi daripada semua gimnas akan diambil kira. Pasukan yang mendapat agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan johan (jumlah mata maksimum: 100).

Pertandingan I merupakan pusingan kelayakan untuk masuk ke Pertandingan II dan III.

o Pertandingan II—Acara individu keseluruhan

Hanya gimnas yang telah mempersembahkan sekurang-kurangnya tiga latihan dalam Pertandingan I akan dipertimbangkan untuk pertandingan ini, Tiga jumlah mata yang terbaik akan diambil kira untuk setiap gimnas.

Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak bertanding untuk pertandingan individu keseluruhan. Penyertaan ini terhad kepada dua peserta dan setiap pasukan.

Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti mempertunjukkan empat latihan dengan empat peralatan yang ditetapkan oleh Pesekutuan Gimnastik Antarabangsa, (FIG).

Untuk menentukan Johan Individu Keseluruhan, jumlah mata yang diperolehi daripada keempat-empat latihan yang dipertunjukkan akan diambil kira. Peserta yang mendapat mata terbanyak akan menjadi johan individu keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40).

o Pertandingan III—Pusingan akhir untuk setiap peralatan

Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap peralatan yang dipertandingkan dalam Pertandingan I layak menyertai Pusingan Akhir untuk setiap peralatan.

Peserta yang memperolehi mata tertinggi bagi sesuatu acara peralatan akan menjadi johan bagi peralatan berkenaan (jumlah mata maksimum: 10).

Page 130: 95822952 pergerakan-asas

130

7.5   UNDANG-UNDANG AM

Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu  dllakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas.  Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas.

SEMAK KENDIRI 7.1

 

1. Senaraikan spesifikasi alatan yang digunakan untuk pertandingan gimrama.

2. Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan pertandingan gimrama.

3. Nyatakan corak pertandingan gimrama.

 

 

 

RUMUSAN

  Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik.

Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan

Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah.

Pada tahun 1962, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri.

Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963.

Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Dalam sukan gimrama, peralatan  merupakan keperluan yang asas.

Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan.

Tali yang digunakan oleh kebanyakan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal 8mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas.

Gelung dibuat daripada  plastik, rotan atau kayu biasa digunakan oleh gimnas.

Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila   ditegakkan ditepi gimnas.

Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta diiktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan

 

Page 131: 95822952 pergerakan-asas

131

kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak.

Kain yang paling sesuai untuk dibuat  reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera.

Panjang reben boleh diubahsuai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas.

Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergersk, laitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights.

Dalam peringkat pertandingan penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja.

Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan.

Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit atau kain.

Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup.

Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama.

Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan.

 

 

TOPIK 8   GIMRAMA

HASIL PEMBELAJARAN

 

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menyatakan dan mencirikan sejarah gimrama:

Pergerakan melangkah

Ayunan dan pusingn

Putaran dan pivot

Lompatan dan layangan

 

 

PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

 

TOPIK 8   GIMRAMA

Page 132: 95822952 pergerakan-asas

132

HASIL PEMBELAJARAN

 

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menyatakan dan mencirikan sejarah gimrama:

Pergerakan melangkah

Ayunan dan pusingn

Putaran dan pivot

Lompatan dan layangan

 

 

PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

 

8.1   KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN

Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu  dllakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas.

Page 133: 95822952 pergerakan-asas

133

Rajah 8.1: Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri

 

Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:

Pergerakan melangkah

Ayunan dan Pusingan

Putaran dan pivot

Alunan

Lompatan dan layangan

Imbangan,

Lentikan

Gulingan

 

8.1.1   Pergerakan Melangkah

Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini akan dllakukan dalam berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah dilakukan dengan ringan, anjal serta berada di atas bebola kaki. Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung kaki sentiasa dilunjurkan. Contoh-contoh pergerakan ini adalah seperti berjalan, berlari, lompat ketingting, langkah skip, Chasse, langkah Waltz, langkah Grapevine.

Page 134: 95822952 pergerakan-asas

134

BerjalanLangkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan menggunakan bebola kaki serta luruskan hujung kaki dan kaki menghala ke luar sedikit. Ayunan tangan dengan bebas bermula dari bahagian bahu dan pergerakan tangan kehadapan. Tangan yang dihayun kedepan  hendaklah bertentangan dengan pergerakan kaki kehadapan. Berada dalam keadaan badan tegak dan pandang ke depan.

Rajah 8.2: Gerakan melangkah berjalan

BerlariKeseluruhan cara berlari mempunyai persamaan dengan berjalan cuma dilakukan dengan cepat dan kedua-dua kaki diangkat dari lantai seketika. Contoh variasi: langkah besar, langkah kecil, tendang ke belakang dengan kaki lurus atau bengkok.

Page 135: 95822952 pergerakan-asas

135

Rajah 8.3: Gerakan melangkah berlari

Lompat KetintingLompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.

Page 136: 95822952 pergerakan-asas

136

Rajah 8.4: Gerakan melangkah lompat ketinting

Lompat SkipLompat berturut-turut dengan kedua-dua kaki secara bergilir-gilir

Rajah 8.5: Gerakan melangkah lompat skip

ChasseChasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga langkah-tutup-langkah. Gerakan Chasse merupakan kemahiran yang mustahak bagi menyedialan diri untuk gerakan yang lain. Dengan melajukan Chasse ke depan dengan cepat, ia akan membantu persediaan untuk lompatan, layangan atau pusingan.

Terdapat dua gerakan Chasse iaitu:

Rajah 8.6: Gerakan melangkah Chasse kehadapan

Page 137: 95822952 pergerakan-asas

137

Rajah 8.7: Gerakan melangkah Chesse ke sisi

Langkah Waltz

Rajah 8.8: Gerakan melangkah langkah Waltz

Langkah Waltz dilakukan dengan membengkokkan badan dalam kiraan 1 dan di atas bebola kaki dalam kiraan 2 dan 3. Variasinya boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan boleh di mulakan dengan kaki kiri.

Langkah GrapevineLangkah Grapevine merupakan pergerakan ke sisi. Teknik asas adalah seperti benkut:

Berdiri atas kaki kanan hulur kaki kiri ke sisi.

Langkah kaki kiri dan silang kaki kanan ke depan kaki kiri.

Hulur kaki kiri ke sisi.

Langkah kaki kanan dan silang kaki kanan ke belakang kaki kiri.

 

Page 138: 95822952 pergerakan-asas

138

Rajah 8.9: Gerakan melangkah langkah grapevine

 

8.1.2   Ayunan dan Pusingan

Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan. Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk menyambung sesuatu pergerakan. Ayunan dan pusingan boleh dilakukan dengan mana-mana anggota badan seperti tangan, bahagian atas badan dan kaki.

Page 139: 95822952 pergerakan-asas

139

Rajah 8.10: Gerakan ayunan dan pusingan

8.1.3   Putaran dan Pivot

Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain daripada dua kaki putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Terdapat berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada sudut putaran contohnya separuh putaran (180°), putaran penuh (360°) atau lebih daripada satu putaran. Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan.

Page 140: 95822952 pergerakan-asas

140

Rajah 8.11: Gerakan putaran penuh

Rajah 8.12:  Gerakan putaran Chamee. Putaran ini terdiri daripada beberapa putaran separuh

Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan, tangan dan kepala boleh dilakukan mengikut kreativiti gimnas. Contohnya kedudukan kaki yang diangkat boleh diluruskan, dibengkokkan atau diletakkan pada kedudukan estatik. Terdapat dua cara melakukan pivot iaitu ke arah luar (laitu ke arah kaki yang diangkat) atau ke arah dalam (ke arah kaki yang melakukan pivot).

Page 141: 95822952 pergerakan-asas

141

Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot. Sepanjang membuat putaran dan pivot badan gimnas hendaklah berada dalam tegap dan gimnas perlu mengawal pergerakan badannya untuk menetapkan imbangan. Otot-otot perut serta kaki yang melakukan pivot   perlulah kuat dalam melakukan pivot. Bahagian kepala dan tangan digunakan untuk membantu melakukan putaran dan pivot. Contoh putaran dan pivot adalah seperti berikut:

Rajah 8.13: Gerakan pivot

ALUNANAlunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri. Kemahiran alunan badan merupakan kemahiran gerakan gimnas yang agak susah.

Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyupai gerakan ombak. Alunan tidak hanya melakukan pergerakan tangan malah keseluruhan pergerakan tubuh badan. Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam mempratikkan alunan yang akan membantu perlakuan tersebut:

Page 142: 95822952 pergerakan-asas

142

Page 143: 95822952 pergerakan-asas

143

Rajah 8.14: Gerakan teknik alunan

 

8.1.4   Lompatan dan Layangan

Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki. Berikut adalah beberapa variasi lompatan yang di gunakan oleh gimnas.

Page 144: 95822952 pergerakan-asas

144

Rajah 8.15: Gerakan jenis lompatan

Layangan merupakan satu lompatan tinggi dan berjarak besar. Lonjakan menggunakan  satu  semasa  melonjak dan mendarat. Berikut adalah variasi layangan.

Page 145: 95822952 pergerakan-asas

145

Rajah 8.16: Gerakan beberapa jenis layangan

Bagi proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu di bengkokan sedikit. Proses ini akan membantu tolakan kaki dari lantai serta meringankan pendaratan bagi mengelakan kecederaan yang mungkin berlaku dilutut kaki dan belakang. Pendaratan hendaklah dilakukan di atas bebola kaki dan terus kebahagian kaki yang lain.

Page 146: 95822952 pergerakan-asas

146

Rajah 8.17: Contoh gerakan pendaratan

Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara.

Rajah 8.18: Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara

Lompatan  dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus.

Page 147: 95822952 pergerakan-asas

147

Rajah 8.19:   Lompatan  dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus

Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan. Semasa menghayun tangan bahu tidak perlu diangkat sekiranya bahun diangkat  posisi bahagian atas badan kelihatan bengkok.

Rajah 8.20:  Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak  harmoni dengan lompatan

Page 148: 95822952 pergerakan-asas

148

SEMAK KENDIRI 8.1

 

1. Nyatakan komponen yang terdapat dalam pergerakan melangkah.

2. Cirikan dan bezakan antara putaran dan pivot.

3. Cirikan pergerakan berjalan dan berlari dengan betul.

 

 

 

RUMUSAN

  Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu  dilakukan bersesuaian dengan pergerakan badan.

Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas.

Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik.

Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih

Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks

Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung kaki sentiasa dilunjurkan.

Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga langkah-tutup-langkah

Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan.

Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk menyambung sesuatu pergerakan.

Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai.

Selain daripada dua kaki putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang.

Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan.

Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot.

Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan.

Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri.

Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyupai gerakan ombak.

Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki

Proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu dibengkokan sedikit.

Lompatan  dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan

 

Page 149: 95822952 pergerakan-asas

149

tangan yang lurus.

 

 

TOPIK 9   GIMRAMA

PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.

9.1   KEMAHIRAN PERALATAN

Dalam mempelajari kemahiran peralatan pada peringkat asas latihan akan bermula dengan kedudukan statik. Setelah mahir mengawal peralatannya, gimnas boleh mengulangi kemahiran dengan cara bergerak. Selepas dapat menguasai berbagai pergerakan dengan alatan. Gimnas bolehlah cuba menggabungkan beberapa pergerakan dengan muzik supaya dapat melakukan pergerakan yang mempunyai aliran di berbagai satah dan aras.

GelungGelung merupakan suatu peralatan yang menarik. Ruang diperlukan terutama dalam pergerakan apabila menggunakan gelung.

CARA MEMEGANG GELUNG

Page 150: 95822952 pergerakan-asas

150

KEMAHIRAN GELUNG

Page 151: 95822952 pergerakan-asas

151

Ayunan Bulatan dan Angka Lapan

Page 152: 95822952 pergerakan-asas

152

Page 153: 95822952 pergerakan-asas

153

Page 154: 95822952 pergerakan-asas

154

Page 155: 95822952 pergerakan-asas

155

Page 156: 95822952 pergerakan-asas

156

Page 157: 95822952 pergerakan-asas

157

Golekan

Gelung boleh digolekkan atas lantai atau diatas badan. Teknik golekan atas lantai adalah seperti berikut:

Gelung mesti di golekan supaya tegak dan menuju kearah yang dikehendaki.Golekan dalam keadaan berterusan dan licin tanpa tersekat atau bergetar.

Page 158: 95822952 pergerakan-asas

158

Page 159: 95822952 pergerakan-asas

159

Gelung juga digolekkan atas badan teknik yang di buat adalah seperti menggolek bola. Gelung hendaklah di pegang kuat dan pastikan berada di satah tegak. Gelung di tekan sedikit kebawah dan kemudian di tolak seperti menolak bola.

Putaran

Putaran merupakan salah satu ciri-ciri utama peralatan gelung. Putaran dilakukan dalam tiga jenis satah dalam tiga arah.

1. Depan – pusingan ikut jam atau lawan arah jam.

2. Mendatar – ke dalam atau ke luar.

3. Sagital – ke depan atau ke belakang. Terdapat berbagai cara memutar gelung.

Teknik memutar gelung adalah seperti berikut:

a. Gelung haruslah diputar dengan licin tanpa bergetar atau tersekat-sekat.

b. Satah putaran adalah penting dan mesti jelas kelihatan.

Page 160: 95822952 pergerakan-asas

160

Page 161: 95822952 pergerakan-asas

161

LambunganLambungan pada gelung boleh dilakukan dengan satu tangan atau dengan kedua-dua tangan.  Gelung boleh ditangkap dengan satu tangan atau dengan kedua-dua belah tangan. Arah lambungan  gelung boleh terdiri pelbagai  satah — mendatar, menegak, sagital dan oblik,’

Page 162: 95822952 pergerakan-asas

162

Page 163: 95822952 pergerakan-asas

163

 

Page 164: 95822952 pergerakan-asas

164

RebenReben merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah kerana reben kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu Reben boleh digunakan dengan berkesan dalam semua pertunjukan. Persembahan reben memerlukan ruang yang besar dan koreografi yang baik terutamanya untuk latihan berkumpulan supaya reben tidak tersimpul atau tersangkut.

Page 165: 95822952 pergerakan-asas

165

Pergerakan dengan reben yang baik hendaklah besar, licin dan mempunyai aliran yang berterusan. Pergerakan tangan, kaki dan badan juga perlu dikordinasikan dengan pergerakan reben. Jika tidak, reben senang tersimpul dan terkusut atau terjerat pada diri sendiri.

KEMAHIRAN REBEN

Ayunan, Bulatan dan Angka Lapan

Page 166: 95822952 pergerakan-asas

166

Page 167: 95822952 pergerakan-asas

167

 

Page 168: 95822952 pergerakan-asas

168

 

Lingkaran dari Bentuk Ular

Page 169: 95822952 pergerakan-asas

169

 

 

Page 170: 95822952 pergerakan-asas

170

 

Page 171: 95822952 pergerakan-asas

171

 

Lambungan dan SambutanLambungan dan sambutan merupakan kemahiran yang paling sukar dilakukan dengan reben. la dapat dilambung pada satah depan, mendatar atau sagital dengan menggunakan satu atau dua tangan. Lambungan biasa dimulakan dengan ayunan, bulatan dan angka lapan. Reben hendaklah disambut seberapa boleh pada hujung kayu pemegang. la boleh juga disambut pada reben tetapi biasanya di ikuti dengan larnbungan sekali lagi. Ketika di udara, reber lah memanjang serta menunjukkan layangan yang baik.

Page 172: 95822952 pergerakan-asas

172

BELANTANPeralatan yang paling sukar dikendalikan oleh gimnas ialah belantan. Oleh kerana itu bagi mengenadalikan belantan latihan yang tersusun dan kemas perlu di lakukan. Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran dengan kedua-dua belah tangan. Gimnas memerlukan kemahiran dan kordinasi yang baik untuk menyelaraskan pergerakan badan dengan pergerakan belantan di tangannya. Pergerakan belantan yang baik hendaklah mengikuti pergerakan badan dalam keadaan ringan, berterusan dan dilakukan dengan jelas dalam satah yang tertentu,

CARA MEMEGANG BELANTAN

KEMAHIRAN BELANTANAyunan dan Bulatan Besar

Page 173: 95822952 pergerakan-asas

173

 

 

Page 174: 95822952 pergerakan-asas

174

Bulatan Kecil

1. Satah hadapan

2.

3. Satah mendatar

Page 175: 95822952 pergerakan-asas

175

4.

5.

MillsMills merupakan kemajuan dari pergerakan bulatan kecil. la adalah pergerakan pantas dan memerlukan kekuatan dan kelembutan pergelangan tangan.

Page 176: 95822952 pergerakan-asas

176

 

Pergerakan Bukan Simetri

Page 177: 95822952 pergerakan-asas

177

 

Page 178: 95822952 pergerakan-asas

178

Lambung dan Sambut

Ketukan

Page 179: 95822952 pergerakan-asas

179

 

Page 180: 95822952 pergerakan-asas

180

Page 181: 95822952 pergerakan-asas

181

TOPIK 10   PERGERAKAN KREATIF

PENGENALAN

Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan Kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik   dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep pergerakan.

 

10.1   PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri.

Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif Kesemua unsur yang dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur tersebut itu ialah:

Tubuh badan

Ruang

Masa dan

Daya 

 

10.2   TUJUAN

Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera. untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Dengan kata lain tujuan utama  pergerakan   kreatif adalah untuk berkomunikasi melalui pergerakan. Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.

Page 182: 95822952 pergerakan-asas

182

Rajah 10.1: Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan

 

10.3   NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF

Dalam pergerakan kreatif,  banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan   agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu diperhati dan ditegaskan, ialah:

Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan

Keseronokan dan kepuasan

Kesyukuran

Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi

Menghormati orang lain

Menyedari keperluan orang lain

Semangat cintakan keindahan alam sekitar

Bekerjasama

Baik hati

Berhemah tinggi

Kasih saying

Kebebasan

Kejujuran

Rasional

Bekerjasama

Berdikari

Page 183: 95822952 pergerakan-asas

183

Keadilan

Keberanian

Kebersihan fizikal dan mental

Kerajinan

Kesederhanaan

Semangat bermasyarakat

 

10.4   FAEDAH PERGERAKAN KREATIF

Antara faedah yang kita peroleh daripada pergerakan kreatif ialah:

Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.

Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia.

Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.

Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat Jay a diri dan inisiatif.

Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh.

Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi.

Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan.

Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya.

Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam geraktari.

Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.

Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai estetika.

Perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.

Peningkatan kemahiran pergerakan.

Penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri.

Perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif.

Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif.

Pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain.

Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.

Page 184: 95822952 pergerakan-asas

184

Rajah 10.2: Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi

 

10.5   TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF

1. Kesedaran Tubuh BadanDalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.

a. Keseluruhan Tubuh BadanDalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor tubuh badan. Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau terkawal. Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi, misalnya muzik.

Page 185: 95822952 pergerakan-asas

185

Rajah 10.3: Pergerakan berjalan dan buka tutup melibatkan lokomotor dan bukan loko motor

b. Bahagian Tubuh BadanPergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah  dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti  kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut. Tapak tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan.

Page 186: 95822952 pergerakan-asas

186

Rajah 10.4: Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

2. Kesedaran  Rintangan  kepada Beban dan MasaTema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan.

a. BebanSesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri jika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu seolah-olah dia memikul benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan contohnya menyelam.

Page 187: 95822952 pergerakan-asas

187

Rajah 10.5: Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan

b. Masa Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi.

Page 188: 95822952 pergerakan-asas

188

Rajah 10.6: Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat

2. Kesedaran RuangTema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah udalam mentontonkan sesuatu pergerakan.

a. KawasanKawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh

Page 189: 95822952 pergerakan-asas

189

badan digunakan untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan penggunaan arah.

b. Arah Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah. Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta.

Rajah 10.7: Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah

3. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan MasaTema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan menggunakan ruang dan masa

a. AliranAliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam melakukan gerakan.

Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu

Aliran bebasPergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan berada di udara dan sukar diberhentikan.

Aliran terikat Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang

Page 190: 95822952 pergerakan-asas

190

Rajah 10.8: Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang

b. RuangSalah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara menggunakan ruang untuk melakukan pelbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dihasilkan dan dipertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus. Ruang terus ialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam lingkungan kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang di gunakan secara tidak langsung di gunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas berbanding ruang terus.

2. Penyesuaian terhadap RakanPenyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang  berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah:

Page 191: 95822952 pergerakan-asas

191

Rajah 10.9: Penyesuaian terhadap rakan adalah kemahiran yang  berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergeraka

3.

4. Aktiviti 15. Kerja Berpasangan

Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan bersama-sama berdasarkan peralihan tempat meniru sama ada selari atau pergerakan meniru bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan di pertontonkan secara unik

6. Arahan TugasanAnda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan kelas Lakukan tiga tugasan aksi pergerakan meniru selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan. Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan tugasan sebagai ritma.

Page 192: 95822952 pergerakan-asas

192

Meniru selari        Meniru bertentangan

Rajah 10.10: Contoh pergerakan meniru

7.

8. Contoh Aktiviti9. Kerja Berkumpulan

Dalam kerja berkumpulan penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan perlu dilakukan oleh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti yang berikut:

Ketua dengan pengikut.

Kumpulan bekerjasama

Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan.

Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.

10. Penggunaan Tubuh Badan sebagai AlatTema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas.

Page 193: 95822952 pergerakan-asas

193

a. Lompatan AsasTerdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan murid menyedari bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesan yang berbeza.

b. Bentuk Tubuh BadanPenekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan yang melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar (seperti tembok), lurus (seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).

c.

Page 194: 95822952 pergerakan-asas

194

Rajah 10.11: Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang

d.

e. Gaya IsyaratLakuan  gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat badan di sokong oleh kedua belah kaki.

f.

Page 195: 95822952 pergerakan-asas

195

g. Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan.

2. Ritma Berkaitan dengan PekerjaanSalah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif  ialah rithma yang berkaitan dengan pekerjaan. Setiap pelbagai bidang pekerjaan sama ada dalam industri pertanian, perkhidmatan atau perindustrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai rangsangan pergerakan. Antara ciri untuk mengenal pasti lakuan pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut:

Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat.

Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan.

Peralihan antara dua pergerakan.

Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.

Kesedaran Bentuk-bentuk PergerakanDalam kemahiran ini bentuk-bentuk pergerakan dibina daripada pergerakan tubuh badan dalam sesuatu ruang. Terdapat pelbagai bentuk-bentuk pergerakan seperti garisan lurus, lengkung dan bulatan. Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan. Bentuk pergerakan di lantai boleh dilakukan dengan pergerakan kaki secara melompat atau merangkak. Pergerakan tangan seperti melambai-lambai atau ayunan tangan ketika berkawad menghasilkan bentuk di awangan. Bentuk pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.Alat gendang dan alat muzik lain seperti tamborin boleh di gunakan untuk menimbulkan suasana pergerakan.

Rajah 10.12: Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan

Orientasi Ruang Ruang boleh dibahagikan kepada ruang diri, ruangan umum dan persekitaran. Dalam membincangkan tema orientasi ruang. Perbincang lebih mengutamakan arah bahagian tubuh badan yang boleh digerakkan dan perkaitannya dengan beberapa arah yang lain. Orientasi ruang ini dibahagikan kepada tiga bahagian

Page 196: 95822952 pergerakan-asas

196

iaitu dimensi ruang, orientasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan urutan.

PENAIKAN DARI LANTAIDalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara. Kemahiran ini melambangkan perasaan kebebasan. l Kemahiran penaikan dari lantai dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu:

Penaikan dari lantai

Lepas dari lantai ke ruang udara

Membina pelbagai bentuk di ruang

Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang

Kesedaran KumpulanKesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan.Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.

Rajah 10.13: Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama

RUMUSAN

  Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi.

Pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan.

Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau

 

Page 197: 95822952 pergerakan-asas

197

berkumpulan.

Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna.

Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan.

Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.

Dalam pergerakan kreatif,  banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan   agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian.

Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti;

Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia;

Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi;

Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat jaya diri dan inisiatif;

Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh;

Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi;

Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan;

Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya;

Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam geraktari;

Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan

Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai estetika.

Perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.

Peningkatan kemahiran pergerakan.

Penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri.

Perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif.

Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif.

Pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain.

Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.

Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.

Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan.

Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya beban.

Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan.

Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama.

Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut.

Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan dari

Page 198: 95822952 pergerakan-asas

198

lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara.

Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif  ialah rithma yang berkaitan dengan pekerjaan.