pergerakan asas 1

58
TOPIK 2 PERSEPSI MOTOR Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan dan mencirikan kemahiran persepsi motor; 2. Menamakan dan mendefinisikan kemahiran yang terdapat dalam persepsi motor; dan 3. Merancang dan menyatakan aktiviti pendidikan jasmani dalam kemahiran persepsi motor. PENGENALAN Pendidikan pergerakan asas - satu wacana yang menyumbang kearah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estatik. Tujuan pendidikan pergerakan di peringkat pra sekolah - membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat dengan betul mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul. Manipulasi alat - bantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan bila pelajar dewasa. 2.1 KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR Aktiviti persepsi motor - penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi. Persepsi motor membolehkan kanak-kanak: Merasa kehadiran dirinya dalam ruang HA SI L PE MB EL AJ AR AN

Upload: rex-kkc

Post on 30-Jun-2015

1.762 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pergerakan asas 1

TOPIK 2   PERSEPSI MOTOR

 

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan dan mencirikan kemahiran persepsi motor;

2. Menamakan dan mendefinisikan kemahiran yang terdapat dalam persepsi motor; dan

3. Merancang dan menyatakan aktiviti pendidikan jasmani dalam kemahiran persepsi motor.

 

 

PENGENALAN

Pendidikan pergerakan asas - satu wacana yang menyumbang kearah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estatik.

Tujuan pendidikan pergerakan di peringkat pra sekolah - membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan.

Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat dengan betul mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul.

Manipulasi alat - bantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan bila pelajar dewasa.

2.1   KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Aktiviti persepsi motor - penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi.

Persepsi motor membolehkan kanak-kanak:

Merasa kehadiran dirinya dalam ruang

Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau belakang

Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan

Kemahiran persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra sekolah:

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Pergerakan asas 1

Mengimbang

Kesedaran badan

Kesedaran ruang

Kesedaran arah

Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

Mengimbang

Imbangan - kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti.

Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada dalam satu garis.

Terdapat dua jenis imbangan iaitu:

Imbangan Statik- Kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.

Imbangan Dinamik – Mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari.

Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan Jasmani

Imbangan Dinamik

Pelajar berjalan diatas bangku atau meniti diatas tali, berjalan menggunakan kaki tempurung, ketinting dan lain-lain.

Page 3: Pergerakan asas 1

Rajah 2.1: Meniti di atas bangku

Rajah 2.2: Meniti di atas tali

Page 4: Pergerakan asas 1

Imbangan menggunakan kaki tempurung

Lompat ketinting (imbangan dinamik)

Imbangan Statik

Pelajar menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan sebelah kaki untuk mengimbang.

Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-lain.

Page 5: Pergerakan asas 1

Mengimbang badan menggunakan buai dalam keadaan pegun (imbangan statik)

Aktiviti Kumpulan

Page 6: Pergerakan asas 1

Tolak patung

Ketintingan bertiga

Page 7: Pergerakan asas 1

Meniti diatas tali bersama rakan

Ayun kaki serentak

Page 8: Pergerakan asas 1

Berdiri diatas papan imbang

Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi boleh menarik minat pelajar. Kanak-kanak boleh membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang beraksi mengimbang badan dalam aktiviti persembahannya.

Page 9: Pergerakan asas 1

Laluan Imbangan

Guru boleh membina laluan imbangan dan pelajar diminta melalui laluan imbangan ini.

Contoh laluan imbangan

Kesedaran Tubuh BadanKesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Perkara yang penting tentang kesedaran ini ialah:

Bentuk dan saiz tubuh badan

Bahagian-bahagian tubuh badan

Keupayaan melakukan gerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan

Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza

Pelbagai cara untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak contohnya dengan arahan aktiviti atau soalan yang berkaitan pergerakan tubuh badan seperti kepala, tangan, kaki dan lain-lain bahagian tubuh badan.

Page 10: Pergerakan asas 1

Berjalan

Golek balak

Lompat bintang

Page 11: Pergerakan asas 1

Dirian bangau

Membongkok

Page 12: Pergerakan asas 1

KESEDARAN RUANG

Ruang - kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita. Ruang membolehkan manusia dan objek lain bergerak kesana-sini.

Ruang diri - ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

Ruang am - kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

Pelajar perlu diajar memenuhi ruang di persekitaran dengan pelbagai cara

Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui ruang diri

Bergerak bagai burung terbang (ruang am)

Page 13: Pergerakan asas 1

KESEDARAN ARAH

Kesedaran arah - bolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang persekitaranya.

Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar.

Kesedaran hala datar - kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang kiri kanan di sisi tubuh badan seseorang.

Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak.

Umpamanya bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah boleh membina kesedaran arah.

Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)

Page 14: Pergerakan asas 1

Melompat kanggaru pelbagai arah (Kesedaran ruang)

Kordinasi

Kordinasi - keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan badan.

Kordinasi - penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan angota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda.

Kordinasi - keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Kordinasi boleh di capai dengan menyediakan latihan yang sistematik. Jika seorang pelajar mempunyai kordinasi, mereka akan dapat menjalankan aktiviti seperti menangkap bola, menahan bola, menyangga bola, melakukan rejaman serta apa saja aktiviti sukan dengan baik dan tepat.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek dalam hoki

Page 15: Pergerakan asas 1

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam bola dengan baik dalam permainan bola sepak.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola pada sasaran yang tepat dalam permainan skuasy.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola dengan tepat ke arah sasaran.

Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang membantu pelajar membentuk kordinasi yang baik di kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:

Page 16: Pergerakan asas 1
Page 17: Pergerakan asas 1
Page 18: Pergerakan asas 1
Page 19: Pergerakan asas 1
Page 20: Pergerakan asas 1
Page 21: Pergerakan asas 1
Page 22: Pergerakan asas 1
Page 23: Pergerakan asas 1

 

Page 24: Pergerakan asas 1

TOPIK 3   PERGERAKAN PENDIDIKAN

 

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan dan mencirikan gimnastik pendidikan; dan

2. Mengkategori kemahiran dalam gimnastik pendidikan.

 

 

PENGENALAN

Gimnastik pendidikan - pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma.

Pergerakan dalam gimnastik pendidikan - asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.

 

3.1   GIMNASTIK PENDIDIKAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema iaitu:

i. Kesedaran tubuh badan

ii. Kesedaran ruang

iii. Kesedaran masa

iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan

v. Kesedaran beban

HASIL PEMBELAJARAN

Page 25: Pergerakan asas 1

vi. Kesedaran aliran

vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain

viii. Kesedaran ritma

Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:

Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan

Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran

Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi penyelesaian masalah

Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik

3.2   KESEDARAN TUBUH BADAN

Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari dan lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki).

Semua pergerakan - melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan, imbangan dan kordinasi.

Jadual 3.1: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran Tubuh Badan

Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti

Bergerak secara sentuhan berselang.

Bergerak dengan bahagian pada tubuh badan berselang – seli menyentuh lantai.

Berjalan, berlari, merangkak, dan berjalan secara melutut.

Bergerak secara sentuhan selalu.

Bergerak dengan bahagian tubuh badan menyentuh lantai sentiasa.

Gulingan, guling balak, menarik dan menolak.

Bergerak tanpa sentuhan seketika.

Bergerak dengan seluruh tubuh badan di udara seketika

Lompat bintang, lompat dakap dan lompat layang.

Menyokong beban pada bahagian tubuh.

Bergerak dengan beban di bahagian tubuh.

Membawa pundi kacang di atas kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan

 

Membuat berbagai bentuk dengan bahagian tubuh badan.

Membentukkan tubuh badan menjadi besar, kecil, panjang, pendek.

Pergerakan mengikut situasi seperti:

bunga sedang kembang

arnab tidur dalam lubang

Page 26: Pergerakan asas 1

galah menjulang awan

kain dilipat dua

Membekukan tubuh badan. Berhenti bergerak apabila isyarat diberi.

Galop

Lompat kanggaru dalam arah zig-zag

Merangkaikan dua atau lebih pergerakan.

Merangkaikan beberapa kemahiran ke dalam satu bentuk permainan kecil.

Lompat ke dalam gelung rotan

Menyusup di bawah palang

Berlari & melompat melepasi palang

 

3.3   KESEDARAN RUANG

Ruang - kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.  Ruang untuk melakukan pergerakan terbahagi kepada dua iaitu:

Ruang Diri Ruang diri - ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

Ruang Am Ruang am - kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan.

Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan. 

Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka.  Perasaan gembira dikemukakan bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut:

Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang

Membuat pergerakan menggunakan ruang diri

Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras

Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah

Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan

a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang

Page 27: Pergerakan asas 1

Pergerakan dalam sub kemahiran ini  dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan.  Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola.  Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.

b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri

Pergerakan menggunakan ruang diri - melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan.  Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. 

c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras

Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras - pergerakan yang dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am.  Ia  boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai  aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.

d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah

Dalam bergerak menggunakan berbagai arah - satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.

e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan

Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan - satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.

4   KESEDARAN MASA

Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat dan serta merta. Faktor ruang seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan akan mempengaruhi Kelajuan sesuatu pergerakan.

Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan BerbezaAktiviti yang dilakukan ialah bergerak dengan pelbagai kelajuan contohnya cepat, lambat dan serta merta.

Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza

Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan

Page 28: Pergerakan asas 1

Berjalan dengan cepat

Berhenti dan berdiri tegak

Page 29: Pergerakan asas 1

Berjalan dengan lambat

Berhenti dan berdiri tegak

Page 30: Pergerakan asas 1

Berjalan dengan serta-merta

Berhenti dan berdiri tegak

Page 31: Pergerakan asas 1

Bergerak dengan Memilih Kelajuan yang Sesuai

Pelaku boleh memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat, dan kemampuan murid.

Konsep yang diutarakan ialah perbezaan pergerakan dan kelajuan yang sesuai dengan kemahiran atau alatan yang digunakan.

Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza. Contoh aktiviti:

Bergerak seperti ulat

Page 32: Pergerakan asas 1

Berhenti dan berdiri tegak

Bergerak dengan Mengawal Kelajuan (Serta-merta)Pelaku akan bergerak dengan pelbagai kelajuan yang terkawal sama ada secara pantas (serta-merta) atau secara lambat mengikut arahan atau keperluan gerakan. Contoh aktiviti:

Page 33: Pergerakan asas 1

Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan

Berjalan dengan cepat

Page 34: Pergerakan asas 1

Berjalan dengan lambat

Melompat

Page 35: Pergerakan asas 1

Mendarat

Berguling ke hadapan

Page 36: Pergerakan asas 1

Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan

Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menghasilkan Kelajuan yang berbezaMengerakkan tubuh badan untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza - Grakkan anggota tubuh badan untuk kelajuan yang berbeza. Kelajuan yang berbeza adalah dalam  bentuk cepat, lambat, serta-merta dan kawalan lambat.

Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan

Hayun tangan dengan perlahan

Hayun tangan dengan cepat

Page 37: Pergerakan asas 1

Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Memilih Kelajuan yang Sesuai

Pelaku dikehendaki meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai.

Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas

Buat dirian tangan dan kedua belah kaki lurus ke atas

Page 38: Pergerakan asas 1

Turunkan sebelah kaki perlahan-lahan ke lantai

Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas

Page 39: Pergerakan asas 1

Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mengawal KelajuanPelakunya melakukan pergerakan serta merta dan kawalan lambat.

Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan segera

Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan laju

Page 40: Pergerakan asas 1

Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan perlahan

Merangkai Pergerakan dengan Menggunakan Dua atau Lebih AspekPelakunya perlu meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan:

Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan

Page 41: Pergerakan asas 1

Berlari

Melompat dengan meluruskan tangan di atas

Page 42: Pergerakan asas 1

Menghayunkan tangan dan kaki ke arah berlawanan

Mendarat dengan meluruskan tangan ke belakang dan membengkokkan kedua-dua lutut

Page 43: Pergerakan asas 1

Duduk mencangkung dengan meluruskan kedua belah tangan ke hadapan.

Melompat sambil mendepakan tangan dan mengangkangkan kedua-dua belah kaki.

Page 44: Pergerakan asas 1

3.5   KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN

Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan - gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan bahagian tubuh badan yang lain  atau antara tubuh badan dengan alatan.

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu Bahagian Tubuh Badan  dengan yang Lain

Dalam kemahiran ini, pelaku akan bergerak dengan menggunakan dua bahagian tubuh badan.

Aktiviti yang dilakukan adalah:

Melompat sambil mencangkung dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.

Page 45: Pergerakan asas 1

Berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas.

Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan sebelah lagi memijak lantai.

Page 46: Pergerakan asas 1

Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di udara

Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi dibengkokkan di atas lantai

Page 47: Pergerakan asas 1

Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.

Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang LainPelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain. Faktor imbangan akan membantu pertukaran pergerakan.

Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan.

Page 48: Pergerakan asas 1

Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan lantai dengan tangan lurus ke hadapan.

Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan selari dengan permukaan lantai.

Page 49: Pergerakan asas 1

Sebelah tangan dan sebelah kaki yang dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas.

Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah lutut dan hujung jari kaki jejak ke lantai, badan dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.

Page 50: Pergerakan asas 1

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan AlatanPelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain.

Berlari menuju ke arah alatan

Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah tangan diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.

Page 51: Pergerakan asas 1

Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan AlatanPelakuan yang dilakukan dalam kemahiran ini ialah menggerakkan bahagian tubuh badan semasa dialatan. Pergerakan dilakukan sama ada di atas, di bawah atau sebagai halangan.

Bergerak perlahan menyusur di atas peti lombol dengan melembutkan anggota badan.

Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan ke hadapan di atas bangku gimnastik.

Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk Mendapatkan KestabilanPelakunya diatas bahagian tubuh badan yang stabil contohnya tapak kaki, tangan, lutut, punggung dan lain-lain.

Buat dirian tangan sambil badan dan kaki lurus ke atas

Page 52: Pergerakan asas 1

Buat dirian tangan sambil mendepankan kedua belah kaki ke udara

Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mendahului PergerakanPelaku akan bergerak, mengalih atau menukar dari keseimbangan asal ke tapak yang lain contohnya dari sokongan tangan ke kaki. Pelaku mesti tahu bahagian tubuh badan yang sesuai untuk memulakan gerakan.

Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan belakang.

Page 53: Pergerakan asas 1

Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah tangan apabila tiba di bahagian tengkuk. Gulingkan badan ke belakang.

Kembali ke posisi berdekam dengan dengan kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.

Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi

Page 54: Pergerakan asas 1

Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan Bahagian Tubuh  BadanDalam kemahiran mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh  badan, pelaku perlu bergerak untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki.

Berdiri tegak, tangan di sisi

Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan

Page 55: Pergerakan asas 1

Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang

Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas

Page 56: Pergerakan asas 1

Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan diangkat lurus ke atas