percuma 3 - 9 oktober 2019, 4 - 10 safar 1441 fileselangortv.my mediaselangor @media_selangor...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah Pengguna boleh tuntut hingga RM50,000 MUKA 15 PM bantah cubaan haramkan minyak sawit MUKA 9 OLEH AFEEQA AFEERA SHAH ALAM - Penduduk Selangor ber- pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah bakal menikmati skim baru air per- cuma, bermula 1 Mac 2020. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Skim Air Darul Ehsan dibuat bagi mencapai matlamat asal untuk membantu golongan berpendapatan rendah. “Selain itu, Skim Air Darul Ehsan ini juga akan dapat menyasarkan golongan yang amat memerlukan, di samping menjamin perbelanjaan subsidi bersasar yang tepat. “Penjajaran ini adalah perlu bagi men- jana pembangunan dan kedudukan kewa- ngan yang mampan,” kata Amirudin dalam kenyataan, pada 27 September lalu. Katanya, skim itu menyasarkan peng- guna domestik yang mempunyai meter individu dan meter pukal bagi yang men- diami pangsapuri kos rendah. Amirudin berkata, untuk meter pukal, pengguna perlu mendapat pengesahan daripada Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan. “Setiap pemohon hanya layak memo- hon untuk satu akaun air atau premis sa- haja,” katanya. Bermula 1 Jun 2008, Selangor melak- sanakan program air percuma sebanyak 20 meter padu pertama atau bernilai RM11.40 setiap bulan kepada semua pengguna, di negeri itu. Air percuma kekal SHAH ALAM - Sebanyak 65 peratus pe- nerima manfaat air percuma sedia ada dijangka layak menikmati subsidi itu menerusi usaha penjajaran semula pro- gram yang dijenamakan Skim Air Darul Ehsan. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, dapatan jangkaan pengguna itu diperoleh hasil kajian Kerajaan Negeri ter- hadap rakyat Selangor sebelum ini. “Penerima berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah adalah formu- la terbaik walaupun pada asalnya kita mahu memberikan 25 meter padu air per- cuma kepada keluarga berpendapatan RM2,500. “Tetapi kita naikkan kepada RM4,000 ke bawah kerana golongan B40 Selangor ialah RM6,000 dan ke bawah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Konvensyen Tranformasi Pengurusan Hal Ehwal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah, Masjid Negeri, di sini, pada 1 Oktober lalu. Amirudin berkata, usaha penjajaran semula adalah bagi memastikan penerima yang benar-benar layak menikmati man- faat program berkenaan. “Kita tidak mahu beri kepada yang memiliki kolam renang atau berpendapa- tan tinggi. Bagi saya, rebat RM11.40 itu tidak membantu kehidupan mereka,” katanya. Pada masa sama, beliau berkata, isi rumah yang berpendapatan melebihi RM4,000 serta memiliki tanggungan ra- mai boleh menghantar permohonan dan butir terperinci. Katanya, penyewa kediaman yang layak juga boleh mendaftarkan akaun se- cara terus bagi memastikan mereka layak menerimanya. “Mereka yang mempunyai tanggu- ngan ramai juga boleh memohon. Kita akan membuat penilaian melalui butir ter- perinci yang mereka perlu nyatakan bersa- ma borang permohonan. “Malah, penyewa kediaman boleh daf- tarkan akaun secara terus kerana kita akan memberikan rebat itu kepada mereka,” ka- tanya. Ketika ini, seramai 1.6 juta pemegang akaun yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu akan terus menikmati rebat RM11.40 se- hingga 29 Februari 2020. Manakala bagi yang layak boleh me- neruskan rebat itu melalui pendaftaran yang dibuka permohonananya hingga 31 Disember ini. Pengguna boleh membuat permoho- nan secara dalam talian melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my 65 peratus dijangka nikmati Skim Air Darul Ehsan Laporan Lengkap Muka Surat 2 dan 5 Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari (kiri) mendengar penerangan Penyelia Kanan Bahagian Pendidikan Islam, Yuszaimi Muslil berkaitan pameran ketika Konvensyen Transformasi Pengurusan Hal Ehwal JAIS di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Oktober 2019.- Foto Fikri Yusof Daftar segera, terus nikmati air percuma MUKA 2 Siapa layak dapat Skim Air Darul Ehsan? MUKA 5

Upload: others

Post on 01-Nov-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441

Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah

Pengguna boleh tuntut hingga RM50,000

MUKA 15

PM bantah cubaan haramkan minyak sawit

MUKA 9

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Penduduk Selangor ber-pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah bakal menikmati skim baru air per-cuma, bermula 1 Mac 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Skim Air Darul Ehsan dibuat bagi mencapai matlamat asal untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

“Selain itu, Skim Air Darul Ehsan ini juga akan dapat menyasarkan golongan yang amat memerlukan, di samping menjamin perbelanjaan subsidi bersasar yang tepat.

“Penjajaran ini adalah perlu bagi men-jana pembangunan dan kedudukan kewa- ngan yang mampan,” kata Amirudin dalam kenyataan, pada 27 September lalu.

Katanya, skim itu menyasarkan peng-guna domestik yang mempunyai meter individu dan meter pukal bagi yang men-diami pangsapuri kos rendah.

Amirudin berkata, untuk meter pukal, pengguna perlu mendapat pengesahan daripada Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan.

“Setiap pemohon hanya layak memo-hon untuk satu akaun air atau premis sa-haja,” katanya.

Bermula 1 Jun 2008, Selangor melak- sanakan program air percuma sebanyak 20 meter padu pertama atau bernilai RM11.40 setiap bulan kepada semua pengguna, di negeri itu.

Air percuma kekal

SHAH ALAM - Sebanyak 65 peratus pe- nerima manfaat air percuma sedia ada dijangka layak menikmati subsidi itu menerusi usaha penjajaran semula pro-gram yang dijenamakan Skim Air Darul Ehsan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, dapatan jangkaan pengguna itu diperoleh hasil kajian Kerajaan Negeri ter-hadap rakyat Selangor sebelum ini.

“Penerima berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah adalah formu-la terbaik walaupun pada asalnya kita mahu memberikan 25 meter padu air per-cuma kepada keluarga berpendapatan RM2,500.

“Tetapi kita naikkan kepada RM4,000 ke bawah kerana golongan B40 Selangor ialah RM6,000 dan ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Konvensyen Tranformasi Pengurusan Hal Ehwal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah, Masjid Negeri, di sini, pada 1 Oktober lalu.

Amirudin berkata, usaha penjajaran semula adalah bagi memastikan penerima yang benar-benar layak menikmati man-faat program berkenaan.

“Kita tidak mahu beri kepada yang memiliki kolam renang atau berpendapa-tan tinggi. Bagi saya, rebat RM11.40 itu tidak

membantu kehidupan mereka,” katanya.Pada masa sama, beliau berkata, isi

rumah yang berpendapatan melebihi RM4,000 serta memiliki tanggungan ra-mai boleh menghantar permohonan dan butir terperinci.

Katanya, penyewa kediaman yang layak juga boleh mendaftarkan akaun se-cara terus bagi memastikan mereka layak menerimanya.

“Mereka yang mempunyai tanggu- ngan ramai juga boleh memohon. Kita akan membuat penilaian melalui butir ter-perinci yang mereka perlu nyatakan bersa-ma borang permohonan.

“Malah, penyewa kediaman boleh daf-

tarkan akaun secara terus kerana kita akan memberikan rebat itu kepada mereka,” ka-tanya.

Ketika ini, seramai 1.6 juta pemegang akaun yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu akan terus menikmati rebat RM11.40 se- hingga 29 Februari 2020.

Manakala bagi yang layak boleh me-neruskan rebat itu melalui pendaftaran yang dibuka permohonananya hingga 31 Disember ini.

Pengguna boleh membuat permoho-nan secara dalam talian melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my

65 peratus dijangka nikmati Skim Air Darul Ehsan

Laporan Lengkap Muka Surat 2 dan 5

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari (kiri) mendengar penerangan Penyelia Kanan Bahagian Pendidikan Islam, Yuszaimi Muslil berkaitan pameran ketika Konvensyen Transformasi Pengurusan Hal Ehwal JAIS di Masjid Negeri,

Shah Alam pada 1 Oktober 2019.- Foto Fikri Yusof

Daftar segera, terus nikmati air percuma

MUKA 2

Siapa layak dapat Skim Air Darul Ehsan?

MUKA 5

Page 2: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

2Utama

SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

Waktu Operasi Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi - 4.30 petang

Kuala LumpurJalan Pantai Baharu59990 Kuala LumpurTel: 03-2088 5400

Kuala LangatTelok Datok, 42700 BantingSelangor Darul EhsanTel: 03-3187 1620

GombakBandar Baru Selayang68100 Batu CavesTel: 03-6126 2500

Hulu SelangorJalan Bukit Kerajaan44000 Kuala Kubu BharuTel: 03-6064 1270 / 03-60641273

PetalingJalan Templer46050 Petaling JayaTel: 03-7841 1000

Hulu LangatJalan Semenyih, 43000 KajangTel: 03-8733 5717

KlangJalan Kota, 41000 KlangTel: 03-3371 0144

Sabak BernamJalan Besar, 45300 Sungai BesarTel: 03-3224 2936

Kuala SelangorNo. 13, Jalan Bendahara, 1/2B,Taman Bendahara45000 Kuala SelangorTel: 03-3280 5400

SepangNo. 46 & 48, Jalan 2Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi,43900 Sepang,Tel: 03-8706 1154 / 03-8777 4000

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Pengguna Sel-angor berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah boleh terus menikmati air percuma melalui pendaftaran, antara 30 September hingga 31 Disember 2019.

Pendaftaran baharu itu diperkenalkan dalam usaha pen-jajaran semula program air per-cuma yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan, bermula pada 1 Mac 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, proses itu bagi mengumpul dan mengemaskini data pemohon yang layak mel-alui semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Semakan silang butiran pemohon dengan LHDN bermu-la tahun depan, selepas tempoh pendaftaran ditutup.

“Pemohon akan dimaklum-kan selewat-lewatnya penghu-jung Februari 2020 iaitu sebelum pelaksanaan Skim Air Darul Eh-san yang akan bermula, pada 1 Mac 2020.

“Sehingga tarikh berkenaan, 1.6 juta pemegang akaun yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 me-ter padu akan terus menikmati rebat itu, sehingga 29 Februari 2020,” katanya dalam kenyataan, pada 27 September lalu.

Pengguna boleh membuat permohonan secara dalam tal-ian melalui laman sesawang Sis-tem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my.

Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan boleh juga dimuat turun atau diperole-hi melalui saluran berikut:

• Laman web: www.airselan-gor.com

• Kaunter Perkhidmatan disemua sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (lihat jadual di sebelah kiri)

• Pusat Khidmat Masyarakat(PKM) Ahli Dewan Negeri

• Hubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan

Borang permohonan yang di-isi dengan lengkap boleh dihan-tar melalui e-mel kepada [email protected] atau diserahkan

di kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.

Amirudin juga berkata, Skim Air Darul Ehsan dibuat bagi men-capai matlamat asal untuk mem-bantu golongan berpendapatan rendah.

Dalam belanjawan negeri ta-hun lalu, katanya, Dewan Negeri Selangor meluluskan penjajaran semula program air percuma bagi “meringankan beban kum-

pulan sasar yang benar-benar memerlukan dan layak.”

“Selain itu, Skim Air Darul Eh-san ini juga akan dapat men-yasarkan golongan yang amat memerlukan, di samping men-jamin perbelanjaan subsidi ber-sasar yang tepat.

“Penjajaran ini adalah perlu bagi menjana pembangunan dan kedudukan kewangan yang mampan,” katanya.

Mulai 30 September hingga 31 Disember

Daftar segera, terus nikmati air percuma

Pemohon akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Februari 2020 iaitu sebelum pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan yang akan bermula pada 1 Mac 2020AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

SHAH ALAM - Dalam masa lebih sedekad, Selangor membelanja-kan lebih RM1.8 bilion bagi me- laksanakan Program Pemberian Air Percuma, sehingga 31 Disember ta-hun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kos bagi program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) berke-naan dijangka meningkat sehingga mencecah RM220 juta lagi hujung tahun ini.

“Bermula 1 Jun 2008, Kerajaan Negeri melaksanakan program air percuma sebanyak 20 meter padu pertama atau bernilai RM11.40 se-tiap bulan kepada semua penggu-na, di Selangor.

“Selain itu, penghuni rumah pangsa menggunakan meter pukal yang layak turut menikmati program air percuma ini, bermula dari Jun 2010.

“Ia dapat dinikmati semua per-ingkat pendapatan walaupun tujuan asal adalah untuk mengu-rangkan beban kos sara hidup rak-yat di negeri ini, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya dalam kenyataan pada 27 September lalu.

Katanya, program air percuma akan disusun semula bermula 1 Mac tahun hadapan bagi isi rumah

berpendapatan RM4,000 dan ke bawah dalam Skim Air Darul Ehsan.

“Bagi pengguna di pangsapuri kos rendah yang mempunyai me-ter pukal pula dengan kumpulan pendapatan sama perlu mendapat pengesahan daripada Badan Pen-gurusan Bersama (JMB) atau Perba-danan Pengurusan (MC).

“Keputusan menjajarkan semu-la skim air percuma ini diambil atas faktor peningkatan jumlah pen-duduk saban tahun yang mem-beri kesan besar kepada jumlah kewangan yang dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan skim air percuma ini,” katanya.

Belanja lebih RM2 bilion

SHAH ALAM - SKIM baharu pemberian air percuma yang akan di-hadkan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah bermula 1 Mac tahun hadapan mendapat reaksi positif warga Se-langor, khususnya golongan B40.

Tinjauan SelangorKini mendapati, kebanyakan mereka menyokong penjajaran semula program Inisiatif Peduli Rakyat dengan penjenamaan Skim Air Darul Ehsan itu selaras hasrat mem-

bantu meringankan beban golongan berkenaan.

Ahli Perniagaan, Rusli Osman, 51 “Pelaksanaan itu sekurang-kurangnya

memberi dorongan kepada golongan B40 seperti saya untuk bekerja lebih keras pada masa hadapan bagi mengubah taraf kehidu-

pan ke arah lebih baik”

Rakyat sambut baik Skim Air Darul Ehsan

Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor

Pengurus Kewangan, Rohaida Abu Bakar, 41

“Pelaksanaan program ini membantu Kerajaan Negeri untuk menjana pendap-atan yang akan digunakan semula demi manfaat seluruh rakyat”

Pegawai Jualan, Logendran Segar, 29“Skim air percuma ini wajar dijenama-

kan semula dengan memberi tumpuan terhadap golongan sasar bagi memasti-kan golongan yang benar-benar memer-

lukan dan layak sahaja mendapat manfaat berkenaan”

Keputusan menjajarkan semula skim air percuma ini diambil atas faktor peningkatan jumlah penduduk saban tahun yang memberi kesan besar kepada jumlah kewangan yang dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan skim air percuma ini

Page 3: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan membina rangkaian pro-gram khusus bersama Smart Se-langor Delivery Unit (SSDU) bagi memudahkan pemantauan ber-kala di sungai utama negeri.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, usaha itu bertujuan untuk mengurangkan kejadian pencemaran sumber air mentah sehingga menyebabkan loji di-henti tugas.

“Kita perlu bertindak melak-sanakan langkah pencegahan awal. Ketika ini, Kerajaan Negeri sedang membina program untuk memantau sungai utama khusus-nya sungai yang berpotensi ter-cemar.

“Kita sedang aturkan untuk di-

tangani. Kerajaan Negeri komited bukan hanya mengambil tinda-kan undang-undang tetapi di per-ingkat pemantauan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Konvensyen Tranfor-masi Pengurusan Hal Ehwal Jabat-an Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah, Masjid Negeri di sini, pada 1 Oktober lalu.

Setakat ini, Amirudin berkata, pemantauan hanya dilakukan jika terdapat aktiviti pencemaran di-laporkan.

“Pemantauan berlaku apabi-la adanya pencemaran sahaja dan bukannya bagaimana perlu mengelak pihak yang menjalan-kan aktiviti berkaitan.

“Sebab itu wujudnya rizab sun-gai. Tetapi apabila kita bertindak

tegas kepada mereka yang ting-gal di rizab sungai, kita dituduh macam-macam.

“Apabila pencemaran berlaku, marah pula kepada Kerajaan Neg-eri. Jadi, perkara ini perlu diteliti dengan serius,” katanya.

Pada 29 September lalu, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ter-paksa dihenti tugas sepenuhnya selepas berlaku insiden pencema-ran bau dengan bacaan lima ton, di sumber air mentah Sungai Se-menyih.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, henti tugas loji itu akan menyebabkan 204 kawasan membabitkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di Petaling, Hulu Langat, Kuala Lan-gat dan Sepang terjejas.

Komited tangani isu pencemaran sungai

Program khusus mudahkan pemantauan

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bakal menambah jumlah pelajar negeri itu untuk melanjutkan pen-gajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Beliau meluahkan hasrat itu ke-tika mengadakan sesi lawatan ker-janya ke universiti berkenaan yang disambut Timbalan Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Saleh Abbas.

Amirudin berkata, Sheikh Saleh Abbas turut memuji imej pelajar Malaysia yang sentiasa menun-jukkan nilai serta moral yang baik sepanjang belajar di institusi pen-gajian yang terkenal di Timur Ten-gah itu.

“Sheikh Saleh Abbas dalam uca-pannya juga memberitahu, Ma-laysia adalah negara aman yang sentiasa bertoleransi, sekali gus menjadi negara contoh yang ber-jaya menghimpunkan kepelba- gaian kaum.

“Justeru, sebagai negeri paling maju di Malaysia, saya berkeya- kinan penuh bahawa Selangor menjadi negeri pemain serantau, di Asia Tenggara.

“Kerajaan Negeri menggabung-kan kemajuan ekonomi dengan nilai kemanusiaaan yang harmo-ni membolehkan kita menggapai matlamat negeri pintar di ASEAN, menjelang 2025,” tulisnya dalam hantaran di laman Facebooknya, pada 28 September lalu.

Baru-baru ini, Amirudin mengetuai delegasi Selangor ke Mesir dan turut berkunjung ke Pe-jabat Majis Amanah Rakyat, di Al-exandria.

Turut sama dalam delegasi itu ialah Ketua Pegawai Operasi Pe-merbadanan Menteri Besar, Sof-fan Affendi Aminudin dan Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Ah-mad Zawawi Mohd Mughni yang juga pembantu EXCO Agama.

Hantar lebih ramai pelajar ke Al-Azhar

Data tanah penuhi keperluan semasaSHAH ALAM - Pembangunan data tanah yang tepat dan mudah dica-pai umum dengan cepat sangat diperlukan seiring dengan kema-juan semasa ke arah Revolusi In-dustri 4.0.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kegagalan mem-bangunkan data tanah yang efisien akan menimbulkan masa-lah untuk jangka panjang kerana dinamik pengurusan masa kini berbeza mengikut perubahan se-tempat.

“Ini (data tanah) adalah satu permintaan daripada umum yang datang dari semasa ke semasa. Sudah pasti kewujudan apa yang kita panggil sebagai e-tanah su-dah diperkatakan, sejak beberapa tahun lalu.

“Secara realitinya, kita masih belum mampu membangunkan

satu sistem menyeluruh yang boleh diakses pegawai untuk mengemukakan data tanah se-cara cepat dan tepat.

“Pengalaman Selangor, kita sudah mula pada 2009 dan 2010 dengan mewujudkan jawatankua-sa untuk memastikan data tanah itu didigitalkan serta mudah diak-ses pegawai kita (Kerajaan Negeri).

“Dengan pendekatan perla-han-lahan itu, apa yang boleh saya katakan hampir 90 peratus daripa-da cukai tanah semasa di negeri ini dapat dikutip kerana kemampuan kita mengurus dan mendapatkan data yang tepat,” katanya.

Katanya, kewujudan data tanah mampu meminimakan masalah yang sering dibangkitkan seper-ti penipuan dan pertindihan per-mohonan.

Seminar anjuran Universiti Te-

knologi Malaysia (UTM) melalui program pascasiswazah Pentad-biran dan Pembangunan Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur den-gan kerjasama Kumpulan Kajian Pengajian Pentadbiran dan Pem-bangunan Tanah (LAnDS) serta Pe-jabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan tema ‘Pentadbiran Tanah di Malaysia: Dinamik Men-depani Pembangunan Negara’, seminar itu juga salah satu lang-kah bagi mengeratkan hubungan antara universiti dan badan kera-jaan juga swasta dalam menan-gani pelbagai isu pentabiran serta pembangunan tanah, di Malaysia.

Ia juga dilihat memainkan per-anan penting dalam menerangkan hala tuju baharu pentadbiran dan pembangunan tanah untuk pem-bentukan negara yang lestari.

Amirudin Shari menyempurnakan perasmian Seminar Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah 2019 di Hotel De Palma Shah Alam, pada 1 Oktober lalu

SHAH ALAM - Penduduk di Se-langor berpeluang mendengar secara langsung taklimat pelak-sanaan Skim Air Darul Ehsan dari-pada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sehingga akhir Disember ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Air Se- langor, Abdul Raof Ahmad berka-ta, program itu bagi memboleh-kan orang awam mengetahui skim berkenaan dengan lebih lanjut, selain berpeluang menyertai sesi soal jawab jika terdapat kemus-ykilan.

Katanya, sesi jelajah taklimat itu akan dilaksanakan di seluruh ne- geri dan akan dimaklumkan mel-alui pusat khidmat masyarakat, badan pengurusan bersama (JMB), persatuan penduduk, pe-jabat daerah dan tanah serta ketua kampung masing-masing.

“Justeru, kami amat menggalak-kan orang ramai untuk turut ber-sama menyertai sesi taklimat ini

dan pada masa sama, mereka boleh membuat pendaftaran Skim Air Darul Ehsan ketika acara ber-langsung.

“Air Selangor akan membuat hebahan melalui pelbagai saluran dan di tempat awam lain seperti pusat membeli-belah dan masjid,” katanya ketika dihubungi Selan-gorKini.

Program pemberian air percu-ma yang dilaksanakan Kerajaan Selangor sejak 1 Jun 2008 di-jenamakan sebagai Skim Air Darul Ehsan, berkuat kuasa 1 Mac 2020.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, keputusan itu ekoran peningkatan jumlah pen-duduk setiap tahun yang memberi kesan besar kepada kedudukan kewangan negeri.

Skim Air Darul Ehsan akan menyasarkan kumpulan pen-duduk dengan pendapatan isi ru-mah RM4,000 dan ke bawah, bagi pengguna domestik yang mem-punyai meter individu.

Taklimat skim air percuma hingga 31 Disember

Page 4: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

4Utama

SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

SIDANG PENGARANG

OLEH AFIX REDZUAN

AMPANG - Pengurusan Air Sel-angor Berhad (Air Selangor) men-yasarkan penurunan satu liter perkapita sehari (LCD) penggu-naan air bagi setiap individu di Lembah Jaya Utara kepada 266 LCD berbanding 267 LCD masa kini.

Penolong Presiden 1, Unit Pe-mantauan Prestasi dan Konservasi Air, Vasan Ramachandran berka-ta, terdapat 1,671 akaun penggu-na di kawasan Lembah Jaya Utara dengan purata jumlah penggu-naan 60,752 meter padu.

“Secara purata, penggunaan air domestik isi rumah di sini ada-lah 8.3 meter padu dan kita men-sasarkan penurunan kepada 7.3 meter padu, pada masa hadapan.

“Di Kampung Pinggir Tiga, Lembah Jaya Utara terdapat 733 akaun yang menggunakan air sekitar 0.00 sehingga 26.0 me-ter padu; 563 menggunakan 26.1 sehingga 50.0 meter padu manakala 375 lagi menggunakan air melebihi 50.1 meter padu,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat Program Jimat Air Bersama Air Selangor di Dewan Kampung Pinggir Tiga, Lembah Jaya Utara, pada 28 September lalu.

Hadir sama, EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar merang-kap Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Haniza Talha.

Haniza dalam ucapannya ber-kata, pengguna dinasihatkan ber-jimat cermat kerana pembaziran

air bakal merugikan banyak pihak terutama dalam keadaan sumber air yang terhad kini.

Beliau turut bersama-sama menyaksikan teknik pemasangan bidal pada pili air bagi menjimat-kan penggunaan di setiap rumah.

“Kita lihat penggunaan air di Lembah Jaya juga tinggi. Saya harap penduduk Lembah Jaya ambil maklum dan menggunakan air secara berhemah,” katanya.

Pada program sama, Haniza menjelaskan berhubung Skim Air Darul Ehsan yang bakal diper- kenalkan pada 1 Mac 2020 bagi keluarga berpendapatan isi ru-mah RM4,000 dan ke bawah.

Haniza turut menyampaikan sumbangan bank makanan ke-pada 70 penerima yang layak di DUN Lembah Jaya.

Pasang bidal pili jimat guna air

Sasar penurunan satu liter perkapita sehari

Haniza Talha memeriksa bidal air yang dipasang dalam Program Jimat Air DUN Lembah Jaya 2019, pada 28 September lalu

KAJANG - Kempen larangan menggunakan penyedut minu-man plastik dilihat masih lemah berikutan promosinya tidak me- luas, kata EXCO Alam Sekitar, Te-knologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Peng-guna, Hee Loy Sian.

Katanya, berikutan itu pihaknya akan memperhebatkan lagi kem-pen berkenaan dengan menge-darkan lebih banyak poster di kesemua premis minuman dan juga makanan, tidak lama lagi.

“Buat masa ini Kerajaan Ne-geri tidak mahu menyalahkan ma-na-mana pihak kerana kempen ini masih di peringkat awal, oleh se-bab itu kesemua pihak perlu me-mainkan peranan masing-masing.

“Pada waktu ini, kami masih dalam peringkat mendidik mas-yarakat dan saya berharap supaya mereka peka terhadap kempen ini,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian sele-pas merasmikan Program Kebun-ku Geran Kecil Teknologi Hijau 2019 anjuran Sekolah Jenis Ke-bangsaan Cina Bandar Sungai Long, di sini, pada 28 September lalu.

Loy Sian berkata, bermula ta-

hun depan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor akan me-letakkan klausa tiada pemberian penyedut minuman plastik pada borang permohonan pembahar-uan lesen perniagaan.

Katanya, langkah itu bertepatan sebagai penguatkuasaan larangan penggunaan penyedut minuman plastik, di Selangor.

“Kerajaan Negeri menggalak-kan pengusaha mengambil in-isiatif menggantikan penyedut minuman plastik kepada penyedut minuman kertas, manakala pel-anggan pula boleh membawa sendiri penyedut minuman mas-ing-masing jika perlu.

“Langkah ini membantu meng-gurangkan pencemaran alam se-kitar dan masyarakat digalak sama-sama menjaga alam seki-tar,” katanya.

Pada 1 Julai lalu, Majlis Mesyu-arat Kerajaan Negeri sebulat su-ara memutuskan semua premis makanan di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan.

Premis juga tidak dibenar menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan.

Giat kempen larangan guna penyedut plastik

AMPANG - Jelajah Kemasyaraka-tan Generasi Selangor (Gen S) akan diteruskan di tiga lokasi terpilih se-kitar negeri, kata EXCO Pemban-gunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman.

Katanya, program berkenaan di-anjurkan bagi menggalakkan belia bekerjasama dengan penduduk se-tempat untuk melaksanakan akti- viti dirancang.

“Menerusi jelajah ini, pembab-itan aktif anak muda dalam aktiviti kemasyarakatan akan menyum-bang bakti belia untuk komuniti akar umbi.

“Contohnya, aktiviti memelihara alam sekitar dengan membersih- kan kawasan di Kampung Batu Pu-tih ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Jelajah Kemas-yarakatan Gen S, di Kampung Bukit Sungai Putih, 29 September lalu.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan EXCO Peruma-han dan Kehidupan Bandar, Ha-niza Talha.

Pada masa sama, Khairuddin ber-kata, aktiviti kemasyarakatan itu se-bagai landasan memupuk semangat perpaduan dan silaturahim selain

menggalakkan amalan hidup sihat.“Pelbagai inisiatif dilakukan oleh

Kerajaan Negeri bagi memperkasa-kan komuniti supaya lebih aktif.

“Kampung ini dipilih menjadi tuan rumah untuk Siri jelajah pertama ini dengan melaksanakan pelbagai ak-tiviti antaranya, plogging, sampah kepada tunai, gebang pemuda posi-tif, gunting rambut percuma dan persembahan artis,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 300 pen-duduk setempat dan sukarelawan Team Selangor melaksanakan ak-tiviti mengutip sampah di sekitar kawasan perumahan kampung berkenaan.

Jelajah Kemasyarakatan Gen S galak kerjasama penduduk

Page 5: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

Apakah itu Skim Air Darul Ehsan?Skim Air Darul Ehsan adalah program penjajaran sem-

ula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar pen-duduk Negeri Selangor.

Siapakah yang layak menikmati Skim Air Darul Ehsan?

Skim Air Darul Ehsan ini layak dinikmati penggu-na-pengguna yang menepati syarat-syarat seperti berikut:

i. Pemohon atau pasangan adalah warganegara Ma-laysia dan menetap di Negeri Selangor.

ii. Pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri atau salah seorang sekiranya bujang/tiada pasangan) RM4,000 dan ke bawah.

iii. Premis kediaman meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah).

iv. Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat peng-esahan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC).

v. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

Sebelum ini saya dapat menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan. Ada-kah saya masih layak untuk masa akan datang?

Pengguna yang menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pada setiap bulan akan terus menikmati keistimewaan sehingga 29 Februari 2020. Pengguna hendaklah membuat permohonan yang baharu.

Sekiranya layak, pemohon dapat menikmati bekal-an air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan bermula pada 1 Mac 2020.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan isi rumah bawah RM4,000?

Pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri atau salah seorang, bujang atau tiada pasangan) di bawah RM4,000.

Apakah pemohon dan pasangan keluarga yang berpendapatan lebih dari RM4,000 boleh memo-hon Skim Air Darul Ehsan?

Tidak layak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Kami mempunyai pendapatan isi rumah lebih dari daripada RM4,000 kerana termasuk pendapatan anak kami yang tinggal serumah. Adakah kami layak memohon Skim Air Darul Ehsan?

Permohonan hanya mengambil kira pendapatan sua-mi dan isteri sahaja, sekiranya pendapatan suami dan isteri melebihi RM4,000, anda tidak layak menikmati Skim Air Darul Ehsan.

Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, tidak ada slip gaji dan tidak pernah mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), adakah saya layak memohon?

Ya, anda layak memohon tertakluk kepada syarat per-mohonan dan semakan kelayakan.

Adakah isteri yang kematian suami layak memohon?Ya, layak memohon tertakluk kepada syarat permo-

honan dan semakan kelayakan.

Saya tinggal di Putrajaya tetapi mempunyai rumah di Selangor, adakah saya layak memohon?

Anda layak memohon bagi akaun air di Selangor ter-takluk kepada syarat permohonan dan semakan kelay-akan.

Adakah penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya layak untuk memohon Skim Air Darul Ehsan?

Tidak, hanya untuk penduduk di Negeri Selangor sahaja.

Adakah penyewa layak memohon Skim Air Darul Ehsan ini?

Ya, penyewa layak memohon sekiranya menyewa di Negeri Selangor dan menepati syarat-syarat permo-honan.

Kami menyewakan rumah. Bolehkah penyewa saya memohon walaupun akaun air adalah didaft-ar atas nama saya?

Ya, penyewa Tuan/Puan boleh memohon sekiranya layak dan menepati syarat-syarat permohonan.

Kami adalah pelajar yang tiada pendapatan dan menyewa beramai-ramai di Selangor. Adakah kami layak memohon?

Ya, penyewa layak memohon jika menepati syarat-syarat permohonan tertakluk kepada semakan Kera-jaan Negeri Selangor.

Saya ada 5 buah rumah dan layak menerima. Ada-kah semua premis akan menerima Skim Air Darul Ehsan?

Hanya SATU akaun/premis sahaja boleh dipohon.

Sekiranya saya berpindah, bolehkah menerima Skim Air Darul Ehsan?

Ya, pemohon boleh memohon sekiranya masih me-netap di Negeri Selangor.

Saya tinggal di rumah pangsa kos rendah dan tiada akaun air dengan Air Selangor. Akaun kami adalah dengan JMB. Adakah saya layak dan bagaimana cara untuk memohon?

Ya, anda boleh memohon dan perlu merujuk serta mendapatkan pengesahan MC/JMB Pangsapuri kedi-aman anda.

Bagaimanakah cara untuk memohon Skim Air Darul Ehsan?

i. Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang www.ssipr.selangor.gov.my

ii. Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:

• www.airselangor.com• Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat

wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

iii. Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke [email protected] atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Bilakah tempoh pendaftaran Skim Air Darul Eh-san bermula?

Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan akan bermula pada 30 September 2019 sehingga 31 Disember 2019.

Bilakah Skim Air Darul Ehsan akan dilaksanakan?Perlaksanaan Skim Air Darul Ehsan ini akan bermula

pada 1 Mac 2020.

Setelah saya mendaftar, bilakah saya akan dimak-lumkan tentang status permohonan ini?

Sebelum 1 Mac 2020 dan setelah tempoh pendaft-aran berakhir.

Selepas tamat tempoh pendaftaran yang ditetap-kan, bila lagi masa yang saya boleh mendaftar?

Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan baharu sebaik pendaftaran dibuka semula tertakluk ke-pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Neg-eri Selangor.

Setelah pendaftaran, berapa lamakah tempoh pemprosesan untuk kelulusan permohonan pem-berian air percuma diterima oleh pemohon yang berjaya?

Permohonan anda akan diproses selepas tempoh pendaftaran tamat dan keputusan akan diketahui sebe-lum tarikh perlaksanaan pada 1 Mac 2020.

Adakah wakil boleh membuat permohonan bagi individu yang layak memohon?

Permohonan hendaklah dibuat oleh pemohon sendi-ri atau pasangan.

Perlukah saya melampirkan dokumen sokongan untuk permohonan Skim Air Darul Ehsan?

Tidak perlu, asalkan borang permohonan yang dis-erahkan lengkap. Sekiranya borang permohonan tidak lengkap, borang tersebut tidak akan diproses.

Siapa layak dapat air percuma?

5SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

Skim Air Darul Ehsan

Untuk maklumat lanjut layariwww.airselangor.com atau hubungi talian 15300

Kerajaan memperkenalkan program baharu air percuma untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah mulai 1 Mac 2020. Permohonan sedang dibuka hingga 31 Disember.

Jika ingin kepastian anda layak atau tidak, dapatkan maklumat lengkap di bawah.

Page 6: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

6Utama

SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

OLEH ZAFEEF MUZAMMIL

KUALA LUMPUR - Inisiatif pro-jek ‘Makanan Harga Patut’ akan menyokong usahawan secara menyeluruh melalui program sun-tikan modal, kelengkapan niaga, teknologi, keperluan cawangan, latihan dan sokongan kepada ahli berkenaan.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Talha berkata, pelaksanaan itu, sekali gus mem-bolehkan usahawan memasuki pasaran dan terus berdaya saing dalam setiap cabang perniagaan diceburi.

“Melalui bantuan teknologi Re- volusi Industri 4.0 (IR 4.0), golon-gan B40 di kawasan bandar mam-pu memiliki perniagaan sendiri dan secara langsung meningkatkan ekonomi keluarga.

“Program ini bermula di Selangor sebelum diperluaskan ke seluruh Malaysia pada masa akan datang.

“Ia akan menggalakkan pen-gusaha makanan halal menjual-nya pada harga lebih kompetitif yang mampu dibeli pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Persidangan Inovasi Makanan IN4TEC 2019 di Dewan Pameran Tingkat 4, Pusat Konven-syen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, pada 27 September lalu.

Pada majlis sama, Memoran-dum Persefahaman (MoU) antara Jawatankuasa Tetap Perumahan Dan Kehidupan Bandar Negeri Se- langor, IN4TEC dan Hijrah Sel-angor serta pelaksanaan Projek Perintis Inisiatif Meningkatkan Ke-hidupan Bandar B40 turut dimete-rai dan ditandatangani.

MoU ‘Makanan Harga Patut’ itu ditandatangani antara Haniza, Pengerusi Eksekutif Hijrah Selan-gor, Dato’ Mansor Othman dan wakil IN4TEC, Loke Lee Sah.

Haniza berkata, penganjuran

‘Makanan Harga Patut’ bantu peniaga berdaya saing

Golongan B40 di bandar mampu berniaga

Haniza Talha bergambar selepas Majlis Persidangan Inovasi Makanan IN4TEC 2019 di Dewan Pam-eran Tingkat 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 27 September lalu

persidangan inovasi yang mem-fokuskan kepada usahawan mikro amat bertepatan dalam usaha Ke- rajaan Negeri untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat, khususnya kumpulan B40.

IN4TEC Enabled adalah jaminan mutu kepada pengguna bahawa pembelian makanan mematuhi ‘Halalan Toyyiban’ iaitu asal-usul dan sumber daripada keseluru-han rantai ladang ke meja dapat

dikesan.Sementara IN4TEC Produce

adalah ikrar kepada pengguna ba-hawa makanan yang dibeli dan di-makan dihasilkan sejajar dengan teknologi pengilangan IR4.0.

KUALA LUMPUR - KDEB Waste Management (KDEBWM) seka-li lagi menempa sejarah apabila menerima Anugerah Prominent BestBrands 2019 oleh The Brand Laureate, pada 26 September lalu.

Anugerah berkenaan diterima melalui kategori Syarikat Penguru-san Sisa Pepejal Terbaik yang ber-langsung di Grand Ballroom, The Majestic Kuala Lumpur.

Ketua Media dan Perhubungan Awamnya, Mahfuzah Muhamad Tarmidi berkata, pengiktirafan itu julung kali diterima KDEBWM atas kejayaan menguruskan kuti-pan sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor.

“Pengikitirafan ini adalah ting-gi terhadap kualiti perkhidmatan yang dijalankan berharap men-jadi pemangkin untuk kami te-rus komited dalam memberikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam terbaik kepada rakyat Selangor.

“KDEBWM juga berharap da-pat memperkembangkan perkh-idmatan di seluruh Malaysia dan seterusnya antarabangsa,” katanya kepada SelangorKini.

Dalam majlis itu, Pengarah Uru-san KDEBWM, Ramli Mohd Tahir hadir menerima pengiktirafan yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Pengerusi Lemba-

ga Asia Pacific Brands Foundation, Tan Sri Rainer Althoff dan Presi-dennya, Dr KK Johan.

KDEBWM adalah anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri yang dilantik sebagai ’Project Manage-ment Company’ untuk mengutip sisa pepejal dan melakukan pem-bersihan awam di Selangor secara berperingkat.

Syarikat itu pernah memenangi Anugerah Amalan Baik Asia Pasifik Frost & Sullivan 2019 bagi kategori ‘Smart Waste Solutions Company Of The Year’.

The Brand Laureate iktiraf KDEBWM

KLANG - Seramai 45 peserta daripada pelbagai agensi diba-wa melawat Istana Alam Shah, di sini, bertujuan untuk mengena-li sejarah kesultanan Selangor.

Program setengah hari itu dis-ertai kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Commu-nication Corporation Sdn Bhd, KDEB Waste Management ser-ta wakil dari pejabat EXCO Ke-budayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

Pemangku Pengurus Besar Tourism Selangor, Zaim Nashir ketika ditemui berkata, peserta didedahkan berhubung adat is-tiadat dan protokol di istana Se-langor.

“Program ini adalah lanjutan daripada kursus protokol yang diadakan baru-baru ini dengan peserta dibawa melawat Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz untuk sesi penerangan dan pameran barangan antik kesultanan Se-

langor,” katanya kepada Selan-gorKini.

Istana Alam Shah adalah tem-pat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menjalankan tugasan rasmi dan adat istiadat mem-babitkan institusi diraja.

Pejabat Sultan Selangor diikti-raf sebagai pengurusan istana pertama di Malaysia yang me-nerima pengiktirafan Malaysia Book of Records, pada 26 Jun lalu.

Kenali sejarah Kesultanan Selangor

Sebahagian peserta mengambil gambar di hadapan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz selepas men-gadakan lawatan di situ, pada 26 September lalu

Page 7: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Seramai 2,076 pemohon berjaya mendaftar bagi Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) menerusi sesi penerangan dijalankan di 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di Selangor.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Is-mail berkata, jumlah itu melepasi sasaran ditetapkan pada peringkat awal perbincangan untuk melak-sanakan taklimat berkenaan.

Katanya, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mencatatkan bi-langan permohonan paling ramai iaitu sebanyak 426 pemohon terdiri daripada usahawan sedia ada ter-masuk mereka yang mahu memu-lakan perniagaan.

“Kita menyasarkan tidak melebi-hi 100 peserta yang akan menyer-tai sesi taklimat di setiap PBT, tetapi dengan penyertaan seramai ini jelas menunjukkan petanda posi-tif daripada masyarakat India.

“Kebanyakan mereka adalah usahawan sedia ada yang su-

dah menjalankan perniagaan masing-masing dan selebih- nya mereka yang berminat un-tuk mendengar taklimat selain mengambil peluang ditawarkan sepanjang taklimat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penerangan SITHAM peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di Dewan Ber-ingin Seksyen 24A, di sini, pada 29 September lalu.

Turut hadir, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashi-di Ruslan; Timbalan Pengarah Pelesenan MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif dan Ketua Kordinator SITHAM, Thiban Subramaniam.

Terdahulu, MBSA dipilih men-jadi lokasi terakhir selepas Majlis Perbandaran Klang bagi jelajah SITHAM sejak ia dimulakan pada Ogos lalu.

SelangorKini sebelum ini me- laporkan, sejumlah RM1 juta dipe-runtukkan Kerajaan Negeri dalam usaha menggerakkan program itu dengan menyasarkan penyertaan seramai 100 hingga 200 peserta di setiap PBT.

Ia merangkumi kursus Geran

2,076 peniaga, bakal usahawan berjaya daftar SITHAM

Inisiatif memajukan masyarakat India

Bantuan Peralatan Perniagaan, GROW Bimbingan Perniagaan, Kursus Kemahiran dan Pembuatan serta Latihan Pembangunan Usa-hawan.

Mengulas lanjut, Rodziah ber-kata, pihaknya akan memulakan

kesemua program yang diletak-kan dalam senarai tawaran berk-enaan kepada pemohon, pada Oktober ini.

“Selepas itu, kita ada lebih kurang dua minggu sebagai tem-poh bertenang untuk membuat

semakan dan menyusun program yang sesuai kepada peserta.

“Paling penting kita akan buat kajian impak daripada program ini untuk dijadikan sebagai do-kumen penting Kerajaan Negeri,” katanya.

Rodziah Ismail bergambar bersama peserta pada Majlis Penerangan Program Pembangunan Usa-hawam India Selangor (SITHAM) Daerah Shah Alam di Dewan Beringin Seksyen 24, Shah Alam, pada 29 September lalu

AMPANG - Menteri Perumahan dan Kera-jaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memu-ji usaha Kerajaan Negeri yang menggalakkan program Sisa Kepada Tunai dalam kalangan penduduk setempat.

Beliau percaya dengan inisiatif berkenaan akan dapat menjadi budaya masyarakat sam-bil menjana sumber pendapatan.

“Kita percaya inisiatif ini menggalakkan penduduk setempat membersihkan sesua-tu kawasan dan hasilnya dapat menjadi sum-ber pendapatan ekonomi.

“Saya percaya dalam tempoh lima tahun, Malaysia akan dapat imej baharu iaitu lebih bersih dan komuniti yang mempunyai kese-daran tinggi dalam kebersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Jelajah Kemasyarakatan Gen S, di Kampung Bukit Sungai Putih, di sini, pada 29 September lalu.

Hadir sama, EXCO Pembangunan Gene- rasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Khairuddin Othman dan EXCO Peru-mahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha.

Pada masa sama, Zuraida berkata, aktiviti plogging dan Sisa Kepada Tunai yang mem-babitkan golongan Gen S itu akan diadakan di 24 zon Ahli Majlis Majlis Perbandaran Am-pang Jaya (MPAJ).

“Ini kawasan ke lima dan ia akan dilaksan-akan di semua zon Ahli Majlis MPAJ. Usaha ini akan dapat meningkatkan kebersihan dan

Zuraida puji program Sisa Kepada Tunai

Saya berharap pelaksanaan ini akan menjadi contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain untuk sama-sama memastikan kawasan perumahan bersihZURAIDA KAMARUDDINMenteri Perumahan

kualiti penduduk sekitar Ampang.“Saya berharap pelaksanaan ini akan men-

jadi contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan lain untuk sama-sama memastikan kawasan perumahan bersih,” katanya.

Selain itu, katanya, aktiviti kemasyarakatan membabitkan sukarelawan dalam kalangan golongan muda perlu diperluaskan.

“Inilah masa golongan muda memberi sumbangan kepada pembangunan nega-ra, justeru saya amat menggalakkan semua rakyat Malaysia, khususnya golongan muda untuk membabitkan diri dalam program ke- sukarelawan,” katanya.

Page 8: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

8Nasional

SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

Sasar objektif utama IRBM

Pastikan sungai tidak terancam

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji melepaskan ikan ke dalam sungai ketika perasmian Program Hari Sungai Sedunia peringkat kebangsaan di Dataran Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu, pada 29 Sep-tember lalu

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA KUBU BHARU - Kemen-terian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menerusi Jabatan Pengair- an dan Saliran (JPS) sedang giat melaksanakan Pengurusan Lem-bangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi memastikan sungai sedia ada tidak tercemar dan akhirnya mati.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Yang Mulia Teng-ku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, jumlah sungai bagi Kelas 4 iaitu tercemar dan Kelas 5, hampir mati semakin bertambah berbanding Kelas 1 dan 2.

“Kajian Jabatan Alam Sekitar 2017 mendapati hampir 40 per-atus sungai-sungai di sekitar Se- langor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya didapati ter-cemar teruk atau dikategori dalam kelas 5 iaitu hampi mati.

GEORGE TOWN - Kerajaan tidak akan bayar walau satu sen kos bagi menghantar kontena berisi sisa plastik kembali ke negara asaln-ya, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC), Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, kementeriannya sedang bekerjasama dengan ke- rajaan Pulau Pinang dalam men-guruskan perkara itu dan sudah menghubungi pejabat-pejabat kedutaan yang terlibat bagi meng-hantar balik bahan sisa itu kepada syarikat-syarikat dan negara yang terlibat.

“Ia bukan saja soal kos, ia men-genai maruah. Mengapa mereka hantar barang-barang ini kepada

Hantar balik sisa plastik haram ke negara asalkita, dan kita masih perlu mem-bayar untuk mengembalikannya.

“Pihak yang bertanggunjawab perlu membayar denda kerana mengimport sisa secara haram se- hingga mereka ambil balik sisa berkenaan,” katanya kepada pem-berita selepas merasmikan edisi kelapan pameran Penang Inter-national Green Conference & Ex-hibition (PGIGCE) 2019 bersama dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di sini, pada 28 September lalu.

Beliau berkata, wakil dari Unit-ed Kingdom tiba di Pulau Pinang beberapa hari lepas bagi menge-nal pasti pemilik 42 daripada 265 kontena yang berisi dengan sisa plastik yang ditemui ditinggalkan

di Terminal Utara Butterworth se-jak Januari lepas.

“Mengenal pasti penghantar bukan isunya, tapi prosedur itu sendiri akan mengambil masa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bee Yin berkata, kerajaan akan mem-berikan bantuan sokongan yang sewajarnya kepada kerajaan Pu-lau Pinang dalam menangani isu berkaitan peningkatan paras laut disebabkan perubahan iklim.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mempunyai rancangan ke arah menjadikan Pulau Pinang se-bagai negeri berdaya tahan dalam menangani isu perubahan iklim. “ - BERNAMA

“Kita sudah lakukan beberapa tindakan IRBM terhadap sungai yang dikenal pasti bagi menca-pai empat objektif utama IRBM iaitu memastikan air mencukupi, bersih, mengurangkan risiko banjir serta meningkatkan pemuliharaan alam sekitar.

“Antara sungai yang sudah dilaksanakan IRBM adalah Sungai Kuantan, Sungai Kelantan, Sungai Perak dan Sungai Kemaman,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ke-pada media selepas merasmikan Hari Sungai Sedunia 2019 dengan tema “Waterways In Our Commu-nities” (Jalan Air di Komuniti Kita) di Dataran Sungai Selangor, Am-pang Pecah, di sini, pada 29 Sep-tember lalu.

Katanya, sungai Kelas 1 adalah airnya boleh terus diminum tanpa rawatan manakala air sungai Kelas 2 memerlukan rawatan biasa sebe-

KOTA KINABALU - Kegiatan pem-balakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini menjadi fok-us Suruhanjaya Pencegahan Ra-suah Malaysia (SPRM) kerana isu membabitkan alam sekitar itu ada-lah isu kepentingan awam dan perlu dibanteras habis-habisan, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

“Oleh itu kita sedang menyusun strategi yang melibatkan kaedah-kaedah yang lebih cangih disebab-kan ada pelaku yang sudah terlalu selesa melakukan kegiatan itu ke- rana mereka mengetahui sistem yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Media Sabah di sini, pada 27 September lalu.

Turut hadir Presiden Persatuan

Wartawan Sabah (SJA), Muguntan Vanar.

Selain itu, Latheefa berkata, SPRM kini akan lebih fokus untuk menjalankan tugas dan tanggu-ngjawab utamanya iaitu pence- gahan rasuah.

“Ramai tidak mengetahui ba-hawa tugas utama SPRM adalah pencegahan namun SPRM kini lebih terkenal sebagai badan yang melakukan tangkapan dan reman. Sebenarnya dua pertiga dalam Akta SPRM adalah untuk tujuan pencegahan,” katanya.

Katanya, untuk usaha penc- gahan, pihaknya akan mendatangi jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai masalah rasuah terla-lu kerap.

“Kita akan berjumpa mereka dan meminta maklumat bagaima-

na mereka melakukan kerja se-hingga menjadi lubuk rasuah. Sekiranya kita dapati ada perkara yang tidak betul apa-apa arahan yang kita berikan wajib dipatuhi,” tambahnya.

Sementara itu, mengulas men-genai syor SPRM sebelum ini yang mahu menempatkan pegawai kanannya di pejabat menteri besar dan ketua menteri, Latheefa ber-kata cadangan itu diterima positif.

“Kita cadangkan perkara itu sebagai satu usaha pencegahan demi memastikan tidak berlaku sebarang rasuah dan salah guna kuasa kerana di peringkat negeri mempunyai banyak potensi untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Katanya, SPRM akan memi-lih beberapa pegawai kanannya

SPRM: Banteras pembalakan, perlombongan haram habis-habisan

lum digunakan.Tengku Zulpuri Shah berka-

ta, jika keadaan itu berterusan, ia akan memberikan kesan kepada

untuk dicalonkan kepada ketua menteri atau menteri besar untuk ditempatkan di pejabat mereka.

“Setakat ini, semua ketua men-teri dan menteri besar menyam-

but baik usaha ini dan mereka akan umumkan sendiri sekiranya pegawai kanan SPRM itu sudah ditempatkan di pejabat mereka,” katanya. - BERNAMA

Fot

o BE

RNAM

A

bekalan air negara dan menjejas-kan penduduk sekitar kerana ke-kerapan penutupan loji rawatan air disebabkan pencemaran.

Secara keseluruhan terdapat 189 lembangan sungai di Malay-sia termasuk 75 di Sabah dan 40 di Sarawak.

Pegawai penguat kuasa memeriksa kontena berisi buangan plastik sebelum dihantar pulang ke negara asal di Pelabuhan Klang pada 28 Mei 2019. - Foto AFP

Page 9: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

NEW YORK - Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan banta-han Malaysia berhubung cubaan untuk mengharamkan import minyak sawit di Pertubuhan Bang-sa-Bangsa Bersatu, menyatakan ia merupakan kes yang jelas untuk menafikan perdagangan bebas.

Berucap pada Debat Umum Sesi Ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersa-tu di sini, Perdana Menteri itu me-negaskan pendiriannya terhadap langkah seumpama itu, menyata-kan minyak sawit masih penyum-bang besar terhadap ekonomi negara.

“Tiada bukti yang ia berba-haya. Kami merayu kepada budi bicara golongan kaya untuk tidak memiskinkan kami, untuk tidak menghalang ratusan ribu pek-erja kami daripada menyara ke-hidupan. Anda akan berbuat kebajikan dengan mengguna-kan minyak sawit,” katanya keti-ka beliau menyentuh mengenai pengharaman import minyak sawit yang dicadangkan oleh negara Eropah.

Beliau berpandangan bahawa, berikutan tidak mampu mengeka-lkan daya saing minyak makan mereka sendiri, kempen dilancar-kan untuk mengharamkan min-yak sawit, dengan mendakwa minyak sawit berbahaya kepada kesihatan, memusnahkan habitat monyet hidung panjang, mengu-rangkan penyerapan karbon diok-sida dan lain-lain lagi.

KUALA LUMPUR - Menteri Per-tahanan, Mohamad Sabu mahu Lembaga Tabung Angkatan Ten-tera (LTAT) mempertingkat strategi bagi menjana pulangan yang lebih baik, mampan dan bertanggung-jawab demi kebaikan dan kebaji-kan ahli.

Mengulas tindakan sege- lintir pihak yang mempertikai kadar dividen yang diumumkan LTAT, Mohamad berkata, LTAT telah menjalankan tanggungjawabnya menjana pulangan mampan untuk ahli-ahlinya.

Beliau berkata, pengurusan LTAT mewarisi organisasi yang sarat dengan pelbagai ketidak-patuhan serta kelemahan pengu-rusan, kesan daripada kepimpinan yang tidak telus sebelum ini.

“Untuk LTAT mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi, ia me-merlukan pulangan yang baik, hasil daripada pelaburannya.

“Pelaburan tidak munasabah yang dijalankan oleh kepimpinan

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan sembilan individu termasuk seorang wan-ita berhubung rakaman video memaparkan sekumpulan indi-vidu yang dilihat enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis di Sarawak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Un-dang-Undang D5 Jabatan Sia-satan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, proses mengambil keterangan kesemua suspek berusia 34 dan 64 tahun dibuat Jabatan Siasa-tan Jenayah Kontinjen Sarawak.

“Siasatan kes dilakukan mengikut disiasat mengikut Sek-syen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan ia telah selesai.

“Kertas siasatan berhubung kes ini telah dirujuk kepada Pe-jabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” kata- nya dalam sidang media di Bukit

Cubaan haramkan import minyak sawit

Tun M suarakan bantahan Malaysia

Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) berucap pada Sidang Ke-muncak Matlamat Pembangunan Mampan“ Dialog Pemimpin 6 mengenai “Wawasan 2020-2030” di ibu pejabat Pertubuhan Bang-sa-bangsa Bersatu (PBB) , pada 26 September lalu. - Foto BERNAMA

Menegaskan bahawa Malay-sia juga prihatin terhadap alam sekitar sepertimana masyarakat Eropah, beliau berkata liputan kawasan hutan negara ketika ini sebanyak 55.3 peratus, melebihi ikrar yang dibuat pada Sidang Ke-muncak Bumi Rio pada 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangn-ya 50 peratus kawasan tanah yang diliputi hutan.

Mengenai perang perdagan-gan, beliau berkata ia adalah satu pembaziran dan akan mengekang potensi setiap orang untuk men-

jadi kaya.Berhubung sekatan yang

dikenakan terhadap negara tert-entu, Dr Mahathir berkata, tidak diketahui di bawah undang-un-dang mana sekatan seumpama itu dikenakan.

“Ia dilihat sebagai keistimewaan pihak yang kaya dan berkuasa. Jika kita mahu mengenakan sekatan, kita perlu ada undang-undang un-tuk mentadbirnya.

“Hakikatnya adalah apabila se-katan dikenakan ke atas sebuah negara, negara lain turut terkena

sekatan itu. Malaysia dan banyak negara lain kehilangan pasaran besar apabila sekatan dikenakan ke atas Iran,” kata perdana men-teri.

Beliau percaya semua negara di dunia ingin mengecapi kemakmu-ran dan dibenarkan membangun-kan negara mereka sendiri, tetapi mereka dihalang daripada berbuat demikian.

Disebalik banyak cakap-cakap mengenai perdagangan bebas, beliau berkata peraturan baharu yang diperkenalkan pada setiap masa telah merencatkan pemban-gunan di negara-negara miskin.

“Ini kerana cadangan bagi per-aturan dan kawal selia dibuat oleh pihak yang kaya, sering kali secara rahsia. Pihak yang miskin secara praktikalnya dipaksa untuk me- nerimanya,” katanya sambil mem-berikan contoh Perkongsian Trans Pasifik.

“Ia dibuat di Washington den-gan input daripada perniagaan besar mereka. Dalam perjanjian itu, kerajaan negara-negara ke-cil akan dipaksa untuk memba-yar pampasan wang pada jumlah besar kepada syarikat besar as-ing, sekiranya keputusan mereka menjejaskan keuntungan syari-kat besar berkenaan, termasuk keuntungan di masa depan,” ka-tanya.

Nasib baik, Dr Mahathir ber-kata, kini negara berkuasa yang menyediakan perjanjian itu telah menolaknya.

“Dengan mengecualikan ne-gara ini, perjanjian itu telah men-jadi lebih boleh diterima. Tetapi perjanjian itu masih menetapkan yang menafikan perdagangan bebas. Kami diberitahu bahawa kami perlu memansuhkan duti import, atau mengurangkannya supaya produk asing boleh men-galahkan industri kami yang ke-cil.

“Kami dipaksa untuk han-ya mengeksport bahan mentah. Macam mana kami hendak men-jadi negara perindustrian dan mewujudkan kerja untuk rakyat kami?,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau percaya dengan kapitalisme teta-pi kapitalisme telah menjadi tidak keruan.

“Mereka kini bercakap menge-nai meraih bertrilion. Adalah ba-haya bagi seorang individu atau sebuah syarikat untuk mempun-yai begitu banyak wang. Ia boleh mempengaruhi perkara lain. Ia boleh beli kuasa. Sekalipun un-dang-undang anti-amanah. Kami melihat ini dalam Perkongsian Trans Pasifik (TPP), apabila syari-kat-syarikat kaya memberikan diri mereka sendiri kuasa untuk men-yaman kerajaan.

“Terma perjanjian dirumus-kan oleh mereka. Dan mereka semua bukan seperti Bill Gates. Kebanyakannya cenderung un-tuk mengeksploitasi kuasa mere-ka dengan adanya wang,”katanya.-BERNAMA

Pelaburan LTAT tidak munasabah, pulangan dividen kurang

terdahulu telah menyebabkan kurangnya pulangan untuk ta-hun ini” katanya dalam kenyataan, pada 30 September lalu.

Mohamad berkata, LTAT telah menerima Pendapat Berteguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Tahun Kewangan 2017 dan jumlah keuntungan bersih ta-hun itu telah diselaraskan kera-na mengambil kira hasil daripada jualan tanah yang belum dimuk-tamadkan.

“Untuk rekod, pendapatan bersih LTAT pada 2017 turun se-banyak lebih 30 peratus daripada RM686.8 juta kepada RM459.5 juta.

“Bagi Tahun Kewangan 2016,

pendapatan bersih LTAT juga turun sebanyak 48 peratus daripa-da RM685.5 juta kepada RM356.2 juta setelah mengambil kira penyelarasan daripada penjualan tanah yang tidak dimuktamadkan namun hasil daripada jualan itu telah diambil kira sebagai penda- patan LTAT,” katanya.

Beliau berkata, LTAT juga diin-gatkan supaya terus menjaga ke-bajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk jangka masa panjang.

“Tumpuan kerajaan Pakatan Harapan dan pentadbiran baharu LTAT adalah bagi menjaga keba-jikan anggota ATM dan kerajaan tidak gusar untuk mengisytiharkan pulangan yang rendah kerana ia seiring dengan kemampuan LTAT pada ketika ini,” katanya.

Pada 30 September lalu, LTAT mengumumkan dividen sebanyak 2.0 peratus bagi ahlinya untuk ta-hun kewangan 2018 berakhir 31 Disember 2018.- BERNAMA

Polis panggil individu tidak hormat Negaraku

Aman, pada 2 Oktober lalu.Ditanya alasan individu itu

tidak menghormati lagu Nega- raku, beliau berkata, berdasarkan keterangan mereka bertindak sedemikian sebagai tanda protes.

“Siasatan polis tidak mengam-bil kira apa jua alasan yang di buat kerana undang-undang telah tetapkan yang jika lagu Ne-garaku dimainkan, warga Malay-sia perlu beri penghormatan dan berdiri,”katanya.

Kesemua individu berkenaan dipercayai merupakan ahli Kum-pulan Sarawak For Sarawakians (S4S) yang bertindak demikian sebagai tanda protes terhadap janji kerajaan Persekutuan ke-pada negeri itu yang tidak dipe-nuhi.

Video berdurasi 22 saat berk-enaan dipercayai dirakam di satu majlis makan malam, min-ggu lepas, sebelum dimuatnaik di media sosial dan dikongsi le- bih 4,000. “ BERNAMA

Page 10: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

10Global

SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

JAKARTA- Sebanyak 14 artis Indonesia, an-tara 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Indonesia untuk penggal 2019-2024, pada 1 Oktober lalu.

Antara 14 artis itu, dua daripadanya ada-lah penyanyi yang turut popular di Malaysia iaitu Krisdayanti dan penyanyi lagu “Mah-kluk Tuhan Paling Seksi” , Mulan Jameela.

Proses angkat sumpah bermula jam 10 pagi dilakukan di hadapan Ketua Mah-kamah Agung, Prof Dr H M Hatta Ali di ban-gunan parlimen Indonesia.

Kawasan sekitar parlimen Indonesia di Jalan Gatot Soebroto, Senayan itu turut dikawal ketat oleh lebih 20,000 anggota pasukan keselamatan, berikutan rentetan

NEW YORK - Malaysia dan Pakistan akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama dalam usaha memperkemaskan lagi pe- luang perdagangan dan pelaburan di kedua-dua negara.

Ini antara hasil daripada perbincangan dua hala antara Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan seja-watannya dari Pakistan, Imran Khan, di sini, pada 23 September lalu.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi mengenalpasti peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia dan Pakistan,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malay-sia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali me- lalui Twitter.

Mohamed Azmin, yang turut hadir sema-sa perbincangan itu bersama-sama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ke-menteriannya akan mengambil tindakan

Mulan, Krisdayanti antara 575 angkat sumpah

14 artis bergelar Ahli Parlimen

Krisdayanti dan Mulan Jameela antara 14 artis yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Indonesia pada 1 Oktober lalu

kejadian rusuhan sejak minggu lepas, men-jelang majlis angkat sumpah itu.

Memetik laporan media tempatan, ar-tis-artis lain yang mengangkat sumpah hari ini adalah Eko Hendro Purnomo, Desy Ratnasari, Dede Yusuf Macan Effendi, Tom-my Kurniawan, Primus Yustisio, Rieke Diah Pitaloka, Arzeti Bilbina, Rano Karno, Nurul Arifin, Farhan, Rachel Maryam Sayidina dan Nico Siahaan.

Beberapa siri demonstrasi berskala kecil bermula sejak tiga minggu lepas, menjadi semakin buruk bermula 24 September lepas dan terbaharu malam tadi, apabila ribuan mahasiswa, pelajar dan pihak tertentu me- ngadakan demonstrasi di luar kawasan par-limen Indonesia, membantah pelaksanaan

Malaysia-Pakistan-Turki tangani sentimen anti-Islam

pindaan Rang Undang-undang Kitab Hu-kum Pidana (RUU KUHP) atau pindaan un-dang-undang berkaitan jenayah.

Rancangan pindaan undang-undang itu didakwa mengurangkan kuasa Komisi Pembanterasan Korupsi atau badan yang menangani kes-kes rasuah di Indonesia, menyekat kebebasan hak asasi manusia serta melindungi kepentingan politik pi-hak-pihak tertentu.

Menurut laporan media tempatan, ma-hasiswa Indonesia merancang untuk men-

gadakan lagi demonstrasi besar-besaran petang ini. Presiden Indonesia Joko Wido-do telah mengarahkan penangguhan un-dian parlimen terhadap undang-undang itu pada 20 September lepas, dan pastinya menjadi tanggungjawab anggota baharu DPR yang mengangkat sumpah untuk pro- ses tindakan selanjutnya.

Jokowi yang turut hadir pada majlis itu, dijadual mengangkat sumpah sebagai Pres-iden Indonesia untuk penggal kedua pada 20 Oktober ini. - BERNAMA

Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Imran Khan ketika mengadakan perbincangan dua hala, di New York, pada 23 September lalu. - Foto BERNAMA

segera bagi menerajui inisiatif ini.Dr Mahathir dan Imran Khan berada di

bandar raya itu untuk menghadiri Sesi Per-himpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu ke-74.

Sementara itu, Malaysia, Pakistan dan Turki membuat keputusan untuk menubu-hkan bersama sebuah rangkaian berbahasa Inggeris bagi menangani isu Islamophobia dan menjelaskan berhubung Islam.

Perkara ini dinyatakan oleh Imran Khan dalam akaun Twitternya.

“Presiden Erdogan, Mahathir dan saya sendiri mengadakan mesyuarat hari ini (Rabu) di mana kami membuat keputusan bahawa tiga negara ini akan memulakan bersama satu rangkaian berbahasa Inggeris bagi menangani cabaran yang dibawa oleh Islamophobia dan penjelasan berhubung agama Islam yang agung ini,”katanya.-BERNAMA

Page 11: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

ejak diperkenalkan di Jer-man pada 2011, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) adalah cabaran baharu kepada ke-hidupan manusia. Sebelum

ini, revolusi perindustrian pertama bergan-tung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustrian ketiga berasaskan teknolo-gi maklumat dan komputer sebagai tong-gaknya.

Bagaimanapun, IR 4.0 mencakupi pen-emuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Teknologi Berasaskan Internet (IoT), analisis dan data besar, simulasi, inte-grasi sistem, penggunaan robotik dan peng-komputeran awan yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Malaysia antara negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkemban-gan IR 4.0. Perkembangan ini memerlu-kan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi tinggi disamping menuntut pe-rubahan kepada individu serta sistem pen-yampaian perkhidmatan kepada pelanggan agar lebih efisien dan efektif.

Saydina Umar al-Kahattab mengatakan “œdidiklah anak-anakmu itu berlainan den-gan keadaan kamu sekarang kerana mere-ka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman kamu”.

Pesanan ini menggambarkan keperluan menguasai ilmu (pelengkap) yang diperlu-kan pada zamannya. Maknanya IR 4.0 perlu kita kuasai dan bukan dikuasai.

Menyedari fungsi masjid dan surau amat signifikan dalam konteks Selangor ke arah untuk membina peradaban dan kelestarian ummah, usaha berterusan perlu diperkuku-hkan bagi menjadikan masjid sebagai zon aman, bebas politik kepartian, kondusif dan mesra jemaah, bahagian pengurusan masjid terus konsisten meningkatkan ke-cekapan seluruh jawatankuasa masjid dan surau, menguatkuasakan enakmen, pera-turan serta garis panduan yang diluluskan, pewujudan sistem juga aplikasi yang akan

meningkatkan kecekapan dan keberkesan-an pengurusan serta menjadikan masjid se-bagai benteng (Firewall) pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui pewujudan modul pengajian bersilibus yang akan di-wujudkan.

Memperkasa penyampaian perkhid-matan kekeluargaan berkaitan urusan nikah, cerai dan rujuk secara menyeluruh, berkesan, inovatif, pintar, pantas dan sal-ing terhubung dengan beberapa perkara: pertamanya, penggunaan tan-datangan digital pada Surat Perakuan Nikah, Surat Per-akuan Cerai dan Surat Pera-kuan Rujuk.

Keduanya, menaiktaraf sis-tem berkaitan permohonan nikah, pendaftaran nikah, ce-rai dan rujuk, dan seterusnya pendigitilan dokumen nikah, cerai dan rujuk.

Namun terdapat juga cabaran mendatang yang perlu dilihat antaranya latar belakang masyarakat den-gan keupayaan berbeza un-tuk mengakses sistem serta kekangan bajet untuk peruba-han segera seiring perubahan semasa.

IR 4.0 juga berpotensi memberi banyak manfaat kepada perkembangan industri ha-lal. Menerusi gabungan teknologi terutama dalam subsektor Teknologi Berasaskan In-ternet, Rantaian Blok (blockchain), nanote-knologi, analisis data besar dan teknologi mudah alih mampu mewujudkan kemung-kinan baharu bagi industri halal.

Sejak 2012, Bahagian Pengurusan Ha-lal (BPH) JAIS menggunapakai sistem MY-eHALAL dalam pengurusan pensijilan halal.

Malah JAIS sedang dalam proses men-guji sistem ‘MyHALAL-INGREDIENT’ yang dibangunkan bagi memperkasakan peman-tauan ke atas pegang Sijil Pengesahan Halal di Selangor.

Sistem ini turut membantu Jawatankua-sa Halal Dalaman Syarikat pemegang Sijil

Pengesahan Halal (SPH) untuk menyimpan rekod dan data ramuan bahan yang digu-nakan dalam pemprosesan produk halal.

Ini secara tidak langsung membantu syarikat membina Rantaian Blok di samp-ing sistem jaminan halal. Dengan itu, konsep “Halal build from the inside” dapat diter-apkan. Perlanggaran kepada undang-un-dang dan prosedur halal dapat dielakkan. Integriti halal terjamin. Pada masa ini, masih terdapat masyarakat Islam yang kurang

memahami undang-undang jenayah Syariah dan tidak kurang juga terdapat kelom-pok yang menentang pelak-sanaannya.

Dengan memanfaatkan perkembangan teknolo-gi semasa, masyarakat perlu difahamkan dengan Un-dang-undang Jenayah Syariah yang berkuatkuasa.

Dakwah terbuka luas me-nerusi alam siber. Maka ia perlu dimanfaatkan. target dan kumpulan sasar juga perlu di lihat seiring dengan perkembangan teknologi itu. Namun ia juga perlu dikawal agar tiada pihak-pihak yang mengambil kesempatan un-

tuk menyebarkan dakyah ajaran sesat. Institusi latihan perlu melahirkan modal

insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Pembangunan modul dan pelak-sanaan program latihan diharap mam-pu meningkatkan tahap penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pembentukan keperibadian mulia.

Institusi latihan wajar mengaplikasikan sistem elektronik dalam pelaksanaan pro-gram latihan agar semua maklumat latihan dapat diakses dengan mudah dan cepat.

Pendidikan Islam di Selangor berkem-bang secara tersusun mulai 1947 terus mengorak langkah bagi memastikan anak-anak Islam Selangor mendapat Pendidikan Islam yang sempurna.

Ia berperanan sebagai wadah dan ben-

teng dalam usaha mengukuh serta mem-pertahan aqidah, akhlak dan kepercayaan nilai hidup beragama dalam kalangan mas-yarakat Islam. Seiring perkembangan masa, telah menuntut kita menyediakan ruang pengintegrasian ilmu wahyu dan aqli se-bagai usaha mempersiapkan generasi mus-lim yang kukuh pengetahun Islam, beradab serta menguasai teknologi moden selari dengan zaman dan lingkungan kehidupan.

Sesuai dengan perkembangan dan jum-lah pelajar yang diuruskan maka di sana beberapa cabaran antaranya seperti menye-diakan infrastruktur yang kondusif selaras Selangor negeri maju. Sumber manusia (guru) terlatih dan menguasai penguru-san pendidikan serta berwatak mudaris, mualim, muadib, murabbi dan murshid serta modul (ini memerlukan pusat lati-han guru bagi memastikan guru dapat dibi-na dan dikukuhkan watak-watak tersebut) serta kurikulum pendidikan agama harus bersedia menerima perubahan dan bersi-fat akomodatif terhadap perubahan zaman.

Tanpa mengenepikan perkara asas dalam agama tauhid, syariah, akhlak agar pembi-naan watak muslim soleh dapat dijelma-kan sesuai dengan peringatan Allah dalam Al-Quran surah Al-Anbiya ” ayat 105: “Dan sesungguhnya telah kami tulis di dalam az Zikr (Luh Mahfuz) bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh” .

Saya mengucapkan tahniah kepada JAIS sepanjang tujuh dekad penubuhannya telah banyak melakukan transformasi dalam kon-teks memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan mudah dan pantas. Se-moga usaha-usaha penambahbaikan dap-at diteruskan.

Saya juga berharap agar JAIS terus ber-peranan dan terkehadapan memanfaatkan segala teknologi yang ada untuk meningkat-kan keupayaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Ucapan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari sempena Konvensyen Transformasi Pengu-rusan Hal Ehwal Islam JAIS pada 1 Oktober 2019

S

Malaysia antara negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkembangan IR 4.0. Perkembangan ini memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi tinggi di samping menuntut perubahan kepada individu serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan agar lebih efisien dan efektif.

DARI KACA MATA MB11SelangorKini SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

Hala tuju dan cabaraninstitusi Islam dalam IR 4.0

Page 12: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

Album Klik!13SelangorKini 3 - 9 Oktober 201912 SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

KIRIPasukan Selangor meraikan gol dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Perak di Stadium Shah Alam l REMY ARIFIN

KANANPekerja KDEB Waste Management membersihkan sampah di sekitar Pulau Ketam, Pelabuhan Klang l HAFIZ OTHMAN

KIRIKanak-kanak bermain air sempena Program Hari Sungai Sedunia di Dataran Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharul REMY ARIFIN

KANANShieda Manap, 41, dari Ecobio Pack menunjukkan pelbagai jenis penyedut minuman kertas dalam program keusahawanan di Puchongl HAFIZ OTHMAN

KIRIKhairuddin Zahari, 22, dari Persatuan Pelajar Islam Selangor melihat pameran Konvensyen JAIS di Masjid Negeri, Shah AlamI FIKRI YUSOF

KANANAliya Khaisara, 9, membaca risalah penjimatan air oleh Air Selangor di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang l ASRI SAPFIE

KIRIProgram derma darah sempena Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Everest Base Camp Tracking Challenge, di SACC Mall, Shah AlamI FIKRI YUSOF

KANANAnggota bomba menuruni tiang kecemasan di Balai Bomba dan Penyelamat, Subang Jayal ASRI SAPFIE

Berbincang isu keselamatan bersama polis dan penduduk di Sri Gombak, Batu CavesADN GOMBAK SETIA

Hilman Idham

Menghadiri program Kelas Masakan di Pangsapuri Meru Ehsan, Klang

Bersama penerima Baucar Program Jom Shopping SMUE di Giant Banting, Kuala Langat

ADN MERU

ADN TANJONG SEPAT

Fakhrulrazi Mokhtar

Borhan Aman Shah

Menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kampung Mahkota, Selayang

ADN TAMAN TEMPLERSany Hamzan

Menyerahkan bantuan kepada penduduk di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya

ADN BANDAR UTAMAJamaliah Jamaluddin

Meraikan Pesta Tanglung bersama penduduk di Kampung Baru Kundang, Rawang

ADN KUANGSallehuddin Amiruddin

Page 13: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

14ADN

SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SABAK BERNAM - Lebih RM1.73 juta dipe-runtukan kepada 596 mangsa yang terkesan berikutan ribut Lekima membabitkkan De-wan Undangan Negeri (DUN) Sabak, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang dan Sekinchan.

Peruntukan berkenaan disumbangkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Kum-pulan Semesta Berhad (KSSB) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Unit Pengurusan Bencana Negeri me- maklumkan, sumbangan fasa pertama itu diserahkan kepada 225 penerima dari DUN Sabak membabitkan sejumlah RM678,600. Sumbangan itu disampaikan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Dewan Negeri Sabak, Ah-mad Mustain Othman.

Hadir sama, Pengurus Kanan Perhubu-ngan Awam dan Hal Ehwal Korporat KSSB, Abdul Wahab Nordin dan Pengurus Besar Kewangan LZS, Ahmad Nasaruddin Mohd Ali.

“Sementara itu, bagi fasa kedua dan ke- tiga diserahkan kepada DUN Sungai Air Ta-war membabitkan peruntukan RM655,400 (273 penerima); Sungai Panjang berjumlah RM383,180 (93 penerima) dan Sekinchan berjumlah RM13,300 (lima penerima),” ka-tanya dalam kenyataan, pada 25 Septem-ber lalu.

KLANG - Seramai 5,800 warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang bakal menerima Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) secara berperingkat.

EXCO Kebudayaan, Pelancon-gan, Peradaban Melayu dan Wa- risan, Datuk Abdul Rashid Asari, berkata pemberian baucer RM100 itu diagih mengikut bulan kelahi-ran golongan berkaitan bermula September.

“Jom Shopping SMUE ini adalah salah satu produk Inisiatif Pedu-li Rakyat (IPR) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri selepas dijena- makan semula pemberian khairat kematian.

“Ini membuktikan keprihati-nan Selangor kepada warga emas yang memerlukan tanpa mengira kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program pemberian Jom Shopping SMUE, di Pasaraya Econmart di sini, pada 30 Septem-ber lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Se-lat Klang itu berkata, pemberian berkenaan juga bertepatan de- ngan hasrat Kerajaan Negeri yang

Ribut Lekima musnahkan kediaman

596 mangsa terima bantuan lebih RM1.73 juta

Mangsa yang terkesan berikutan Taufan Lekima gembira setelah menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri, pada 25 September lalu. - Foto Unit Pengurusan Bencana Selangor

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melawat mangsa Taufan dan kedia-man mereka di kawasan berkenaan serta meluluskan bantuan kewangan segera ber-jumlah RM500 bagi setiap rumah serta ban-tuan baik pulih selepas laporan penilaian

kerosakan rumah dibentang.Bantuan baik pulih rumah itu diberi

mengikut kerosakan iaitu kecil, sederhana dan kritikal.

Beliau percaya kejadian ribut di kawasan itu mempunyai kaitan dengan Taufan Leki-

ma yang melanda Taiwan berikutan kawa-san terbabit berhampiran laut.

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, hujan lebat dan angin kencang memusnahkan ke-diaman penduduk dan premis perniagaan di beberapa DUN di negeri itu.

Lebih 5,000 warga emas terima Jom Shopping SMUE

Datuk Abdul Rashid Asari beramah mesra bersama penerima ketika Program Jom Shopping Skim Mesra Warga Emas DUN Selat Klang di Econmart Sungai Bertih, pada 30 September lalu

menghargai warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri. Beliau turut berharap war-ga emas yang menerima manfaat itu dapat berbelanja dengan ber-hemah mengikut keperluan.

Pada program itu, seramai 128 warga emas menerima baucer pada peringkat pertama bagi DUN berkenaan.

Kerajaan Negeri memperuntuk-kan RM20 juta setahun untuk pro-

gram terbabit dan semua warga emas berdaftar layak menerima- nya bermula September ini.

Menerusi langkah ini, Kera-jaan Negeri menjangkakan lebih 200,000 warga emas akan dapat menikmati manfaatnya di sepan-jang hidup mereka.

Pelaksanaan program terbabit akan dibuat secara berperingkat mengikut bulan kelahiran ma-sing-masing.

YB KitaAhli Dewan Negeri N01 SG AIR TAWARnNama: Rizam Ismail

nTarikh lahir: 30 Januari 1981

nNegeri kelahiran: Selangor nStatus perkahwinan Berkahwin

nMakanan kegemaran: Masakan kampung

nAktiviti masa lapang: Memancing dan berbasikal

nPekerjaan sebelum menjadi ADN: Ahli perniagaan

nAlamat pejabat ADN: Lot 2854A, Jalan Sungai Air Tawar, Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, 45200 Sabak Bernam nE-mel: [email protected]

nNombor telefon ADN: 03-3213 6303

N01 SG AIR TAWAR

Page 14: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

15SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

Tribunal Tuntutan Pengguna Ma-laysia (TTPM) adalah satu badan kehakiman bebas yang ditubuh-kan mengikut Seksyen 85, Baha-

gian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 bagi melindungi hak pengguna.

Berkuat kuasa pada 15 November 1999, TTPM berfungsi mendengar dan mengadili tuntutan yang difailkan pengguna di bawah akta terbabit.

Bagaimanapun, TTPM dijangka mener-ima lebih banyak aduan selepas Akta Per-lindungan Pengguna 1999 (Pindaan) 2019, berkuat kuasa 1 Oktober lalu, yang antara pindaannya membabitkan peningkatan had nilai tuntutan kepada RM50,000 daripada RM25,000 sebelum ini.

Ia berkuat kuasa selepas Rang Un-dang-Undang (RUU) Perlindungan Peng-guna (Pindaaan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat pada 8 Julai lalu bagi menggantikan nilai tuntutan lama.

Sebelum penubuhan tribunal, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pem-bekal perkhidmatan difailkan dan didengar di mahkamah sivil membabitkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi serta membabit-kan masa panjang untuk diselesaikan.

Sebagai satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil, bidang kuasa tribunal ada-lah untuk pengguna menuntut tebus rugi

berkenaan pembelian barang atau perkh-idmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa, jumlah amaun tuntutan tidak melebi-hi RM50,000 dan tuntutan yang dijelaskan dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

(1) Prosedur membuat tuntutan:A) Borang 1Semua tuntutan yang dikemukakan pihak yang menuntut (pembeli) perlu dibuat da-lam Borang 1 yang boleh didapati secara percuma dari pejabat tribunal berdekatan.

Pihak yang menuntut perlu mengisi em-pat salinan Borang 1 dan kemudian mem-failkannya di pejabat tribunal terdekat dengan bayaran fi pemfailan sebanyak RM5.00.

Borang 1 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai oleh Setiausa-ha Tribunal. Dua salinan Borang 1 yang su-dah dimeterai tribunal akan dikembalikan kepada pihak yang menuntut untuk serahan ke atas penentang (penjual).

Jika penentang adalah seorang individu, Borang 1 boleh ditinggalkan, diberi atau dipos dalam satu surat berdaftar berbayar dahulu kepada alamat terakhir yang diketa-hui. Jika penentang adalah sebuah syarikat, Borang 1 boleh ditinggalkan atau diberikan kepada pengarah, pengurus, setiausaha atau atau dipos dalam satu surat berdaftar ber-

bayar dahulu kepada alamat terakhir yang diketahui.

B) Borang 2Penentang yang menerima Borang 1 yang dimeterai daripada pihak yang menuntut perlu mempertikaikan tuntutan, memfail-kan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas (jika ada) dalam Borang 2 yang boleh didapatkan secara percuma daripada pe-jabat tribunal.

Borang 2 perlu difailkan dalam empat salinan di pejabat tribunal dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima Borang 1. Bayaran bagi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5 dan resit rasmi akan dikeluarkan ke-pada penentang. Borang 2 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai tribunal oleh Setiausaha Tribunal. Dua salinan Borang 2 yang su-dah dimeterai akan dikembalikan kepada penentang untuk serahan satu salinan ke-pada pihak yang menuntut.

C) Borang 3Pihak yang menuntut yang sudah menerima Borang 2 daripada penentang perlu mem-buat pembelaannya kepada tuntutan balas penentang (jika ada) dalam Borang 3 yang boleh didapati secara percuma daripada pejabat tribunal.

Borang 3 perlu difailkan dalam empat salinan di pejabat tribunal yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh pihak yang

menuntut menerima Borang 2. Tiada fi pemfailan dikenakan bagi Borang 3.

Borang 3 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan mete-rai tribunal oleh Setiausaha Tribunal dan 2 salinan Borang 3 yang sudah dimeterai akan dikembalikan kepada pihak yang menun-tut untuk diserahkan satu salinan kepada penentang.

Borang-Borang 1, 2, 3 dan 12 boleh juga didapati melalui laman sesawang www.kpdnkk.gov.my atau ttpm.kpdnkk.gov.my. Panduan atau senarai semakan ber-hubung cara pengisian Borang 1, 2, 3 dan 12 boleh juga didapati dari pejabat tribunal.

(2) Tatacara PendengaranApabila suatu tuntutan difailkan di tribu-nal, setiausaha kepada tribunal perlu mem-berikan notis tentang butir-butir mengenai hari, masa dan tempat pendengaran dalam Borang 4 kepada pihak yang menuntut dan penentang tidak kurang dari 14 hari sebe-lum tarikh pendengaran. Kedua-dua pihak tidak boleh diwakili peguam bela atau pe-guam cara ketika prosiding pendengaran yang bersifat terbuka kepada orang ramai.

Jika pihak yang menuntut seorang belum dewasa atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga, manakala jika pihak penen-tang adalah sebuah firma atau syarikat, ia boleh diwakili oleh seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa.

Pendengaran tuntutan dalam tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota tribunal digelar sebagai ‘presiden’ ketika pendengaran dan beliau boleh pada bila-bi-la masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka. Ketika pendenga-ran, tribunal perlu membantu kedua-dua pihak untuk membuat suatu penyelesa-ian tuntutan itu melalui persetujuan jika ia wajar. Kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing.

(3) Award TribunalSelepas presiden membuat keputusan, tem-poh ‘Award Tribunal’ perlu dibuat dalam masa 60 hari dari hari pertama pendenga-ran di hadapan tribunal.

Dalam pendengaran yang dilakukan, tri-bunal boleh membuat satu atau lebih kepu-tusan ‘Award Tribunal’ antaranya membayar wang, penggantian atau pemulangan sem-ula barangan, pengubahan kontrak ser-ta menolak tuntutan. Setiap penyelesaian yang dipersetujui direkodkan tribunal dan ‘award’ yang dibuat adalah muktamad serta mengikat semua pihak kepada prosiding itu.

‘Award’ yang dibuat tribunal perlu disifat-kan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan oleh mana-ma-na pihak kepada prosiding di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat ‘award’ diperoleh.

Pihak yang gagal mematuhi ‘award’ se-lepas 14 hari dari tarikh dibuat oleh tribu-nal disabitkan melakukan suatu kesalahan jenayah dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; Da-lam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh sebagai tambahan kepada penalti di atas, didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama ke-salahan itu berterusan selepas sabitan.

Tribunal lindungi hak pengguna

Boleh tuntut sehingga RM50,000

Page 15: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

Percakapan dua penyair(dari Kampung Karyawan Malim ke Wangsa Maju)

I

Aku memakai rantai sumpahan di leherku sejak lahir,menulis puisi adalah mengirim hadiah perpisahanbuat perempuan yang kucintai. Aku menjahit kegelapandi langit sajak dan menjualnya sebagai pakaian tidur

Tidak ada jalan keluar bagikuaku akan terus menggigit urat dagingkumembahagi ketul-ketulnya pada yang kucintaihingga aku hanya ada jantung untuk berdegupkali terakhir: melihat kau meratap menangis keranaku

Aku melarikan diri kerana ingin pulangsuara ibu yang memanggil namakuterasa hampir di telinga saat aku terlenatetapi malam memaksaku melupakanhasrat untuk berehat

Aku akan terus mengembara, seperti bibir mencari bibirhingga ada darah yang terlalu racun untuk kulepaskan

II

Barangkali akulah parasit yang mendampingimudengan senyuman dan dada berdarah, kau mempercayaikukau memberiku sehiris hati, tetapi aku meratahmu seluruh tubuh

Aku parasit yang menghisap segala keinginanmu pada hidup,ketenangan kebun bunga yang memuja purnamaaku di situ menanti kekasihmu melucutkan gaunnya

Tentang persoalanmu dalam perjalanan tiada hujung ini:sampai bila aku akan menghantui? Selamanya. Selama tubuh inimenagih darahmu, selama itu. Aku akan berlalu setelah tubuhku tidakperempuan lagi.

Teman penyair, antara kita siapakah yang lebih kejam?

Shafiq SaidMentakab, Pahang

OLEH HAIZIR OTHMAN

Jumaat lalu, Lili mati. Sejak la-hir Disember lalu, dia tidak membesar seperti tiga ekor anak kucing lain yang dila-

hirkan Tam. Dia lebih kecil, lebih kurus daripada yang lain. Walau kadang kala dia tetap bermain, bergumpal dengan adik-bera-diknya, dia sering kalah dibuli dan tertinggal dalam persaingan mere-but puting susu ibunya sehingga perlu campur tangan kami untuk menyuakan mulutnya yang kecil ke perut Tam apabila yang lain-lain sudah selesai urusan mereka.

Saiznya yang ketara berbeza selain kedua-dua belah matan-ya berkurap menghantar kami ke klinik veterinar, memeriksa keadaan. Doktor memaklumkan perkara yang kami sudah tahu, bahawa dalam beberapa ekor anak kucing yang lahir, akan ada seekor tidak sihat seperti yang lain. Dan besar kebarangkalian pendek umurnya.

Walau bagaimanapun, kami tetap mendapatkan ubat mata

dan susu untuk Lili - ikhtiar be-lum berakhir selagi nyawa masih ada. Lili kelihatan sedikit lebih sihat selepas itu. Kami mema-sukkannya ke dalam bakul, dan menyimpan dia di dalam rumah

demi mengelakkannya digang-gu kucing-kucing jantan yang liar berkeliaran di sekeliling taman perumahan.

Jumaat, 25 Januari adalah tarikh akhir kami bersama-sama Lili. Pu-lang kerja, isteriku menemui tubuh berbulu putihnya keras tergeletak di atas lantai dapur. Semut men-ghurungi kedua matanya yang berkurap. Isteriku membawa tu-buh ringannya dengan penuh hati-hati ke depan rumah, apabi-la linangan air mata mula tump-ah ke pipi. Sehingga aku kembali dari tempat kerja malam itu, jasad kaku Lili kekal menemani isteriku di ruang tamu yang telah bertukar gelap akibat dipenuhi pengap dan bau kematian dari kucing yang kami sayangi.

Roh Lili mungkin masih be-lum jauh meninggalkan tubuh-nya sewaktu aku keluar ke depan rumah dengan sebilah cangkul di tangan, kerana kaki kurusnya keli-hatan bergerak-gerak menampar angin. Seperti mahu memberita-hu - dia tidak mahu dibawa keluar meninggalkan tempat bermain-nya sejak beberapa minggu lalu.

Berbantukan cahaya bulan penuh pertengahan bulan Me-layu yang tersangkut di pucuk dahan pokok mangga, aku mem-belah tanah keras dan berbatu di luar pagar, tempat Lili pernah ber-lari ke bawah kereta menyorokkan diri daripada tiga ekor adik-bera-dik yang sering mengejarnya; Kiki, Momo, dan Nana.

Agaknya seperti mataku, mata cangkul juga tumpul - tidak membantu kerjaku tengah-ten-gah malam itu menggali kubur Lili di atas tanah berselirat banir dari pokok mangga di sebelahn-ya. Keadaan ini ditambah badan letih yang dibawa dari tempat kerja, menghalang aku meng-gali dalam-dalam dan lebar-leb-ar lubang kubur Lili, cuma cukup sekadar muat-muat tubuh kecil si putih gebu yang telah dibalut seh-elai kain batik lepas, basahan is-

teriku sebagai kain kafan buatnya.Peluh membasahi tubuhku

yang tidak berbaju seperti disim-bah, titis-titisnya jatuh ke tubuh Lili yang telah dibungkus sebagai jenazah sewaktu aku perlahan-lah-an menurunkannya ke liang lahad dengan penuh rasa hormat.

Sewaktu mengambus lubang kubur, aku berasa sedang men-gambus kesepianku sendiri. Dalam-dalam. Secara literal. Aku berasa kehilangan apabila jasad Lili benar-benar hilang daripada pandangan mataku, tertanam be-berapa kaki di bawah tanah.

Tanpa Lili, tidur kami lebih le-wat malam itu walaupun masing-masing bungkam seribu bahasa - seperti banduan pada malam pertamanya di penjara. Tiada sepa-tah kata dapat memberi keadilan untuk menerangkan, apatah lagi mewajarkan pemergian Lili ke alam baqa’.

Keesokan malam, Lili meman-jat keluar dari lubang kubur dalam rupa seorang perempuan cantik berkulit putih gebu dengan han-ya bersarungkan kain batik lepas basahan isteriku - sebagai menu-tupi kemaluan bawah dan atasnya.

Anehnya, kurap di atas kelopak matanya telah tiada, entah kerana ubat titis dari klinik veterinar, atau secara magis disembuhkan Tuhan, digantikan dengan sepasang mata besar dan bersinar, berbiji bola guli hijau dan biru, permainan dia dan tiga ekor anak kucing lain saban waktu di laman rumah.

Lebih mencolok mata, bong-gol di dada dan lengkuk pung-gungnya mengambil bentuk seorang perempuan dewasa wal-hal dia mati muda, malah bayi. Dari manakah datangnya segala keg-anjilan ini?

Aku sedang cuba memahami situasi ini perlahan-lahan ketika Lili mula merangkak ke atas katil seperti seekor kucing betina kami yang mati semalam. Kucing beti-na yang akan tidur dengan kami saban malam selepas mengge-

sel-gesel ekor dan menjilat-jilat badannya sendiri.

“Meoww..,” ngiaunya. Mata biji gulinya galak memandang. Sebe-lah hijau. Sebelah biru.

Aku bangun pagi itu menuju ke pejabat dengan kepala berat, seperti tangki besar menampung air yang penuh. Sehingga tengah hari, Lili belum keluar dari kepal-aku, mencakar-cakar dengan ku-kunya yang sudah tidak tajam lagi setelah bertukar manusia.

Lewat perbualan dengan Lai Ping di kafe, rakan sebelah me-jaku itu berkata Lili telah men-galami kelahiran semula. Rohnya telah berpindah dari jasad kucing Lili kepada seorang wanita muda dalam proses transmigrasi mengi-kut ajaran Samsara.

Aku tidak mengimani reinkar-nasi tetapi menurut kefahamanku proses itu hanya berlaku melibat-kan permulaan hidup baru. Lili dalam bentuk manusia di rumah-ku adalah seorang gadis remaja, bukannya bayi baru lahir.

Tambah Lai Ping, roh Lili teri-kat kuat di bumi, tidak mahu per-gi kerana kasih sayang yang kami berikan kepadanya setiap hari. Memikirkannya, aku teringat kaki kurus dari jasad matinya yang me-nampar angin sebelum dia ku-masukkan ke lubang kubur dua malam lalu.

Tiba di rumah lewat malam itu, Lili kudapati berada di bilik air, di bawah sudut rak kecil tempat kami menyusun berus dan ubat gigi, sabun, pencuci muka dan lain-lain. Di sana juga ada syampu Pet Joy yang kami gunakan untuk membersih-bersihkan tubuhnya sebelum ini bersama rendaman air suam-suam kuku.

Kain batik lepas basahan kepu-nyaan isteriku yang membaluti tu-buhnya sejak dua hari lalu kulihat elok tergantung di penyangkut tuala.

Aku memang sudah letih, tam-bahan baru balik kerja. Aku me-mang perlu mandi.

Page 16: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

17SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

erbadananan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) menyediakan sewaan pejabat dengan

kadar sewaan serendah RM60 sebulan bagi memberi peluang kepada usahawan Bumiputera untuk memiliki pejabat sendiri.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Mahfizul Rusydin berkata, PKNS komited meneruskan pelbagai usaha dan inisiatif kepada usahawan bumiputera negeri ini memula atau memajukan perniagaan, sekali gus meningkatkan keuntungan.

“Inisiatif baharu itu memberi kemudahan kepada ramai usahawan kecil dan sederhana di negeri ini untuk memiliki pejabat sementara bagi memulakan perniagaan mereka.

“Kini perniagaan lebih mudah dengan adanya ‘VIO by PKNS’ iaitu program sewaan pejabat dikendalikan oleh BPU PKNS,” katanya.

Operasi sejak 2010

Dengan kadar sewa yang rendah, ‘VIO by PKNS’ terletak di PKNS BizPoint, Shah Alam itu mula beroperasi, sejak 2010.

Sehingga kini, Mahfizul berkata, sebanyak 518 syarikat menyertai pakej itu yang menawarkan tiga pakej sewaan pejabat iaitu pejabat fizikal, pejabat maya dan alamat korporat.

Beliau berkata, sehingga kini, seramai 25 usahawan sudah menikmati pakej tawaran itu.

Antara perniagaan yang dijalankan oleh usahawan ini adalah servis rundingan perniagaan, produk makanan dan pakaian.

“Pakej yang berbaloi atau ‘value-for-money’ ini menawarkan kepada usahawan menerusi tambahan satu lagi pakej sewaan yang baharu diperkenalkan iaitu ‘Business Address’ dengan kadar sewaan serendah RM60 sebulan.

“Pakej yang ditawarkan ini semestinya menarik kerana bukan sahaja kadar sewaan

‘VIO by PKNS’ peluang Bumiputeramiliki pejabat sendiri

Sewa serendah RM60

sebulan

dengan harga yang rendah tetapi usahawan turut menikmati pelbagai kemudahan menarik,” katanya.

Tawar kemudahan inklusif

‘VIO by PKNS’ menawarkan kemudahan yang inklusif kepada usahawan adalah alamat pejabat sendiri, bilik mesyuarat, pengurusan surat menyurat, kawalan keselamatan pejabat selama 24 jam dan kemudahan wifi tanpa had.

Pada masa sama, Mahfizul berkata, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama julung kali bersama empat agensi iaitu Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agro Bank dan SME Corporation Malaysia (SME Corp).

Tawaran berkenaan hanya berlangsung selama enam bulan bermula dari 1 Oktober 2019 sehingga 31 Mac 2020 sahaja.

Penyertaan hanya terbuka kepada usahawan yang berdaftar di bawah kendalian empat agensi berkenaan dan berstatus bumiputera.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan adanya kemudahan pakej itu sedikit sebanyak dapat membantu usahawan mengurangkan kos perbelanjaan permulaan perniagaan dan meningkatkan kemampuan usahawan untuk menceburi bidang perniagaan.

“PKNS sentiasa menggalakkan lebih ramai usahawan, terutama yang baharu menceburi bidang perniagaan supaya merebut peluang dan kemudahan yang disediakan sebagai usaha untuk mempertingkatkan perniagaan mereka.

“Ini mendorong kerjasama ini untuk me- wujudkan ruang yang serupa dan mendapat tempat, terutama dalam kalangan usaha-wan baharu,” katanya.

ADVERTORIAL

Page 17: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

18PBT

SelangorKini 3 -9 Oktober 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS KAJANG - Kerajaan Selangor akan menyerahkan tanggungjawab mengutip duit pembelian beg plas-tik sebanyak 20 sen di semua kedai dan pasar raya di negeri ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing bermula tahun depan.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inova-si (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bulan depan.

Katanya, kertas kerja telahpun disiapkan sepenuhnya sebelum ia dibentangkan kepada barisan EXCO Selangor.

“Langkah ini terpaksa diam-bil apabila Kerajaan Negeri meli-hat ada pasar raya yang culas dan tidak melaksanakan kempen be-bas plastik ini dengan bersung-guh-sungguh.

“Saya juga dapat laporan, ada segelintir pasaraya yang mem-beri pelanggan lebih dari satu beg plastik sedangkan hanya 20 sen sa-

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertegas akan mengambil tindakan kompaun ke-pada peniaga yang meghalang laluan pejalan kaki dengan mele-takkan barangan mereka di kawa-san terbabit.

Yang Dipertuanya, Noraini Ros-lan berkata, peniaga yang degil akan dikenakan kompaun RM250 mengikut Seksyen 46 (1) (d) Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana halangan awam ber-hubung dengan tred.

“Semua kedai tahu peraturan ini namun tetap ada segelintir yang ingkar dengan arahan kami.

“Namun, jika peniaga itu tetap ingin menggunakan laluan terbabit mereka perlu meminta lesen dari-pada MPSJ dan ruang dibenarkan hanya kira-kira dua kaki sahaja dari- pada kelebaran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Sesi Perjum- paan Awam bagi Menaik Taraf Ka-wasan Komersial SS15, di sini pada 26 September lalu.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

Pada masa sama, Noraini ber-kata, beliau akui ramai dalam

kalangan peniaga tetap berdegil walaupun tindakan pernah diam-bil sebelum ini.

“Justeru, saya menegaskan su-paya peniaga mengikut arahan ini dalam memastikan kemudahan awam tidak dikacau ganggu dan dihormati,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 200 pen-duduk dan komuniti niaga sekitar SS15 terlibat pada Sesi Perjumpaan Awam bagi Menaik Taraf Kawasan Komersial SS15.

Sesi Perjumpaan Awam itu bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat berkenaan pelaksanaan projek menaik taraf, sekali gus mendapatkan kesepa-katan serta cadangan bagi mening-katkan nilaian komersial sesebuah kawasan.

Antara kawasan yang bakal di-naik taraf adalah dua kawasan uta-ma di SS15 iaitu di pasar moden SS15/4 dan kawasan rojak ma-mak SS15/4G dengan meletakkan lebih 100 unit kamera litar tertu- tup (CCTV) yang lebih efisien ser-ta membina laluan pejalan kaki dengan kemudahan jubin pandu arah kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melak-sanakan Kempen Pengurangan Kompaun sehingga 50 peratus sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-19 mu-lai 1 hingga 30 Oktober.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, kempen berke-naan bagi memberi peluang ke-pada Orang Kena Kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan kom-paun mereka.

“Ia adalah inisiatif MBSA mem-bantu dan menggalakkan OKK menyelesaikan tunggakan kom-paun sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka.

“Antara jenis kompaun yang layak mendapat pengurangan sehingga 50 peratus adalah Un-dang-undang Kecil (UKK) Kedai

Gunting Rambut 1983, UKK Taman 2005, UKK Vandalisme 2005, UKK Establisymen Makanan, UKK Pe- ngendali Makanan, UKK Iklan, UKK Penjaja, UKK Pasar dan Pe- rintah Pengangkutan Jalan 2007,” katanya.

Selain itu, Shahrin berkata, kom-paun Tempat Letak Kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) akan diberikan pengurangan sehing-ga RM30 daripada jumlah asal di semua kaunter pembayaran MBSA.

“Bagi menggalakkan orang ra-mai membuat pembayaran kom-paun, MBSA akan menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) di setiap hari Sabtu.

“Orang ramai dinasihatkan su-paya mengambil peluang ini untuk menjelaskan tunggakan kompaun mereka sebelum tindakan tegas

diambil ke atas OKK antaranya sekatan urusniaga atau tindakan mahkamah,” katanya.

Orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun di Kaunter Utama, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Se-tia Alam.

Untuk kompaun kesalahan tempat letak kereta, OKK boleh menjelaskan bayaran melalui Maybank2U, kaunter Bank Mu-amalat dan Bank Rakyat.

Selain itu, saluran bayaran Jom-PAY diperkenalkan untuk memu-dahkan OKK kesalahan yang sama membuat bayaran dengan hanya memasukkan kod bil 6726, nombor kompaun pada ref1 serta nombor telefon pada ref2 dan seterusnya jumlah bayaran.

PBT akan kutip caj beg plastik

Denda RM250 jika peniaga halang laluan

Tawaran potongan kompaun hingga 50 peratus

Ada pasar raya tidak bersungguh-sungguh

haja yang dibayar, dipercayai mere-ka berbuat demikian kerana tidak mahu dimarahi pelanggan.

“Pada masa sama, ada pasaraya yang tidak menggunakan wang ku-tipan 20 sen itu dengan sewajar- nya, hakikatnya sebelum itu mere-ka berjanji untuk mengadakan program berkenaan alam sekitar, namun mengecewakan apabila ada yang tidak berbuat seperti di-janjikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kebunku Ge-ran Kecil Teknologi Hijau 2019 anju-ran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Bandar Sungai Long, di sini pada 28 September lalu.

Mengulas lanjut, Loy Sian berka-ta, Kerajaan Selangor tidak pernah berhasrat untuk menaikkan kadar bayaran beg plastik yang kini ber-jumlah 20 sen untuk setiap satunya.

“Tidak ada gunanya jika kita naikkan caj tetapi masyarakat tetap bayar, sebolehnya sasaran kami ia-lah tidak ada langsung penduduk yang membeli beg plastik dan biar-lah pembelian ini berkurangan.

“Sekiranya pembelian beg plas-tik kurang, maka secara automa-tik kita tahu kempen bebas plastik menjelang 2025 di Selangor akan berjaya,” katanya.

Terdahulu, Selangor mula me- laksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada 2010 dengan soko-ngan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan pada setiap Sabtu.

Kempen itu kemudiannya dilan-jutkan kepada setiap hari mulai 1 Januari 2017 dan merangkumi kempen bebas bekas makanan polistirena serta perlu membayar 20 sen bagi setiap beg plastik yang diminta.

SHAH ALAM - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mem-perolehi pendapatan RM92 juta, sekali gus menjadi antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mencatatkan pendapatan ter-tinggi di negara ini.

Jabatan Perangkaan Ma-laysia melalui laporan presta-si sosioekonomi 2018 yang membabitkan lima negeri iaitu Selangor, Johor, Sabah, Kedah dan Perak menyatakan MDHS antara majlis daerah yang me-rekodkan prestasi kewangan tertinggi.

MDHS berkata pendapatan PBT itu yang bermula dengan RM83.5 juta pada 2017 dijang-ka meningkat kepada RM99 juta pada 2020.

“Angka ini hampir memberi saingan kepada Majlis Banda-raya Kuching Selatan yang men-catatkan bilangan pendapatan sebanyak RM105.7 juta pada 2017.

“Secara tidak langsung, jum-lah pendapatan MDHS menun-jukkan saingan bukan sahaja kepada perbandaran tetapi ban-dar raya,” kata kenyataan itu.

MDHS turut menyahut caba-ran untuk mentadbir Hulu Se-langor setanding dengan PBT lain yang berstatus perbanda-ran atau bandar raya, walaupun

MDHS catat perolehanpendapatan RM92 juta

ia terletak di hujung utara Se-langor.

Kenyataan sama turut me-nyebut PBT berkenaan berusaha menaikkan status majlis daerah kepada majlis perbandaran bagi memberi perkhidmatan lebih profesional.

Sehingga kini MDHS mentad-bir kawasan seluas 175,630.11 hektar dengan jumlah pen-duduk sebanyak 237,600 orang.

Secara tidak langsung, jumlah pendapatan MDHS menunjukkan saingan bukan sahaja kepada perbandaran tetapi bandar raya

Page 18: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

19SelangorKini 3 -9 Oktober 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

Sebagai sebuah syarikat yang terbabit aktif dalam aktiviti per-lombongan mineral dan galian, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) meletakkan piawaian

yang tinggi terhadap kualiti, keselamatan, kesihatan serta persekitaran di tapak kerja.

Baru-baru ini, pihak syarikat telah mem-berhentikan operasi kontraktor yang ga-gal mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan Kualiti, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (QSHE) syarikat itu.

Tindakan menghentikan operasi itu membabitkan 10 tapak selepas mendapa-ti kontraktor gagal menyediakan peralatan jika terjadi tumpahan minyak dan perka-ra yang menjejaskan keselamatan serta kualiti air di kawasan tempat kerja kon-traktor.

Ketua Jabatan QSHE, Mohamad Fadzil Yahya berkata, selain itu, rebakan tebing kawasan kerja juga men-jadi faktor p e m b e r -

hentian tugas sementara jika gagal di-tangani kontraktor.

"Syarikat juga memperkenalkan kepa-da semua kontraktor yang menggunakan 'pontoon' dengan mewajibkan mereka memasang 'oilboom' dan menjalankan pemeriksaan berkala oleh pihak ketiga bagi memastikan tiada tumpahan mi- nyak serta kawalan tumpahan minyak se-cara optimum supaya tidak menjejaskan sumber air, di Selangor.

"Arahan pemberhentian ini menyebab-kan hampir separuh produksi serta pem-bekalan pasir di Lembah Klang terbantut selama beberapa hari yang mungkin memberi impak kepada sektor pembi-naan.

"Walaupun langkah menghentikan ker-ja ini mengurangkan keuntungan syarikat dan pendapatan kerajaan, namun syarikat tetap tidak berkompromi disebabkan kon-traktor terbabit tidak mematuhi piawaian ditetapkan dan untuk menjaga kepentin-gan lebih besar iaitu alam sekitar serta ke-selamatan," katanya.

Sejajar misi syarikat yang mementing-kan keselamatan, kesihatan dan perseki-taran, Jabatan QSHE turut menganjurkan beberapa aktiviti bagi membudayakannya di semua peringkat.

Adakan latihan kawalan tumpahan minyak

Beberapa siri latihan pengawa-lan tumpahan minyak sepanjang tahun 2019 membabitkan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Sa-

bak Bernam turut diadakan. Antaranya, latihan untuk pi-

hak Selpump & Machineries Sdn Bhd (SELPUMP) pada 17 Julai 2019 untuk mening-katkan pengetahuan pihak

SELPUMP dalam menguruskan tumpahan minyak di kolam-kolam takungan air, manakala latihan bersepadu untuk berhadapan insiden sama turut di-jalankan untuk kakitangan KSSB, pada 26 Ogos dan 11 September lalu.

Latihan ini untuk memastikan pihak terbabit diberikan pengetahuan dan ber-siap sedia dalam menangani sebarang in-siden kecemasan.

Pada 22 Ogos lalu, KSSB mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan pelan tindakan jika ber-laku kecemasan di kawasan lembangan sungai dengan agensi berkaitan.

Selain memastikan keselamatan, kesi-hatan pekerja dan kelestarian alam sekitar di tapak kerja, KSSB juga percaya langkah ini mampu mencapai tahap 'lost time in-jury' yang baik dalam kerja harian di tapak.

Jabatan QSHE juga sudah memasti-kan kesemua kontraktor mendaftar de-ngan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia supaya pemantauan berkala terhadap kontrakor dapat dibuat.

Satu latihan akan dillaksanakan di ka-wasan Lembangan Sungai Selangor yang dijangka pada Oktober nanti bagi menguji tahap kesiap siagaan Kumpulan 'Emer-gency Response Team'.

Sesi dialog turut diadakan dengan Per-satuan Nelayan Darat dan Orang Asal con-tohnya bagi mendapatkan informasi serta pandangan mereka mengenai keadaan ekologi, sosiologi dan sebagainya.

Perolehi ISO 9001:2015

Bagi memperkasakan lagi sistem audit dalaman ISO 9001:2015, pihak Jabatan QSHE mengadakan satu sesi latihan 'Re-fresher Training' kepada semua juruaudit dalaman KSSB, pada 19 Ogos lalu.

Latihan ini bertujuan memantapkan

kebolehan juru au-dit dalaman urusan

pengauditan ISO 9001:2015 bagi tahun audit 2019, manakala 'Survil-lance Audit' bagi tahun berakhir 2019 akan dijalankan pada awal 2020.

Pihak syarikat juga menghantar kaki-tangan mengikuti latihan bagi memantap-kan modal insan dalam menguruskan isu keselamatan, kesihatan dan persekitaran.

Dua kakitangan sudah dihantar mengi-kuti kursus 3S (Site Safety Supervisor) dan lulus dengan jayanya serta dalam urusan mendaftar dengan pihak JKKP Malaysia.

Jabatan QSHE juga mengadakan me-ngadakan promosi KKP di tapak kerja terpilih dengan menjadikan tapak kerja sebagai Desa Kita.

Tapak Desa Kita diharap menjadi mo-del kepada syarikat yang menjalankan perusahaan melombong pasir khususnya di Selangor dan Malaysia amnya.

Desa Kita dicalonkan Asean Mineral Award

Lebih membanggakan, Desa Kita yang bakal dibuka untuk lawatan pihak berke-pentingan dalam industri sama turut dipi-lih sebagai tapak contoh yang dicalonkan sebagai Asean Mineral Award' di Bangkok, Thailand, pada November 2019.

Pihak Jabatan QSHE akan terus mengembeleng tenaga dan usaha dalam mencari idea baharu bagi memastikan ni-lai-nilai KKP terus unggul serta bermanfaat kepada semua baik bagi KSSB atau pihak berkepentingan.

Tindakan-tindakan diambil KSSB ini adalah kesungguhan syarikat terbabit mengelakkan insiden daripada tragedi yang memberi kesan terutama kepada orang ramai seperti tumpahan diesel pada 21 Julai lalu daripada berulang.

Komitmen jitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd

Tidak kompromi isu keselamatan, kesihatan dan persekitaran

ADVERTORIAL

Page 19: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

20Pendidikan

SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

KLUANG - Kerajaan belum membuat ke- putusan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak Sijil Peper-iksaan Bersama (UEC) di Semenanjung Ma-laysia.

Menteri Pendidi-kan, Dr Maszlee Malik, berkata buat ma- sa ini kementerian-nya masih menunggu laporan berhubung perkara itu daripada Jawatankuasa Kajian UEC.

“Bagi Semenanjung Malaysia,

kita masih menung-gu laporan daripa-da Jawatankuasa Kajian UEC yang kita tubuhkan dan hasilnya kita akan bawa ke Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pro-gram Sentuhan Kasih Sijil Pelaja-

ran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Par-limen Simpang Renggam di sini, pada 29 September lalu.

KEBERANGKATAN tiba Tun-ku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada kira-kira jam 8.25 malam disambut oleh Mente- ri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Turut hadir, Pengarah Bahagi-an Sukan, Kokurikulum dan Kese- nian (BSKK) Kementerian Pendidi-kan Malaysia (KPM), Zainal Abas.

Konsert itu membuka tirai dengan persembahan tarian tra-disional negeri Pahang iaitu Wali-nongsari oleh 36 murid daripada pelbagai sekolah rendah dan me-nengah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Tunku Azizah dan lebih 1,400 penonton yang hadir turut di-hiburkan dengan persembahan nyanyian yang didendangkan oleh murid serta guru sekolah di bawah KPM antaranya Sekolah Seni Sabah Malaysia.

Konsert Diraja KPM 2019 dian-jurkan BSKK dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) itu disertai 127 peserta terdiri daripada murid dan guru selain menampil-kan persembahan penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat.

Tunku Azizah yang berkenan menyaksikan konsert yang ber-langsung hampir dua jam itu be-rangkat pulang kira-kira pukul 11.20 malam sebelum berkenan bersalaman serta bergambar kenangan bersama peserta yang menjayakan konsert.

Konsert diakhiri dengan persembahan lagu medley irama tradisional, antaranya ‘Joget Pa-hang’ dan ‘Joget Sayang Di Sayang’ sebelum semua peserta menyany-ikan lagu ‘Dirgahayu Tuanku’ se-bagai tanda ‘Sembah Tuanku’.

Sementara itu, Zainal ketika di-

temui Bernama berkata, konsert berkenaan mula diperkenalkan pada 1997 sebagai tanda menjun-jung kasih warga KPM kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

“Konsert itu diilhamkan sejajar dengan hasrat untuk mewujud-kan bangsa Malaysia yang kaya dengan budaya warisan dan kes-enian yang luhur serta beridentiti.

“Konsert ini juga adalah lan-

dasan kepada generasi muda mempamerkan bakat dan poten-si mereka dalam seni persemba-han yang merangkumi seni muzik, tarian, teater dan seni visual,” kata- nya. – BERNAMA

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Konsert Diraja Kementerian Pendidikan (KPM) 2019, di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 29 September lalu. - Foto BERNAMA

Raja Permaisuri Agong ke Konsert Diraja KPM

Konvensyen Pelajar Selangor Timur Tengah

Himpun siswa tiga negara

Iktiraf UEC: Kerajaan tunggu laporan

TANJUNG MALIM - Bahasa Me-layu perlu kembali dipercayai menjadi bahasa ilmu dan peng-etahuan agar istilahnya kekal se-gar seiring kemunculan istilah dalam pelbagai bidang antaran-ya ekonomi, politik, undang-un-dang termasuk bidang digital dan teknologi.

Menteri Pendidikan, Dr Masz-lee Malik, berkata semua pihak seperti badan dan agensi dari da-lam dan luar negara perlu terus memainkan peranan bagi mem-budayakan, memartabatkan, memasyarakatkan dan mengan-tarabangsakan Bahasa Melayu.

“Sebar luaskanlah usaha-us-aha yang mengangkat bahasa rasmi negara ini. Biar ia kembali lahar dan gempita,” katanya ket-ika berucap merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabang-sa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2019 di Kampus Sultan Azlan Shah Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Id-ris (UPSI) di sini, pada 28 Septem-

ber lalu.Turut hadir, Timbalan Menteri

Pendidikan Teo Nie Ching, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidi-kan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari.

Terdahulu, Mohammad Shatar dalam ucapannya berkata, Bahasa Melayu wajar mendapat pengikti-rafan bukan sahaja di peringkat Asia Tenggara tetapi juga di se-tiap pelosok dunia merangkumi Asia, Eropah, Timur Tengah, Afri-ka dan Amerika Syarikat.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam PABM iai-tu kategori Alam Melayu, kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia, dan kategori Antarabangsa.

Bagi kategori Alam Melayu ia dimenangi Amirul Iqmal Ra-zlan dari Universiti Islam An-tarabangsa Malaysia (UIAM), manakala juara kategori pelajar Antarabangsa di Malaysia men-jadi milik Moustapha Koutoub

Sano yang merupakan penun-tut UIAM dari Guinea, sementara Qurbanov Ozad Nurmuhammad Ugli dari Uzbekistan State Uni-versity of World Languages, di-nobatkan pemenang kategori Antarabangsa.

Sementara itu, Sano berkata, beliau yang telah berada di Ma-laysia selama 10 tahun berasa gembira dan bersyukur kerana memenangi pertandingan ini.

“Saya gembira ramai cikgu-cik-gu dan rakan-rakan banyak to-long saya. Saya hanya mengambil masa sebulan untuk berlatih dan tidak menyangka boleh menang pertandingan ini,” katanya yang berusia 22 tahun.

Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima RM10,000, piala pusingan, pia-la iringan dan sijil penyertaan manakala tempat kedua dan keti-ga bagi setiap kategori membawa pulang RM8,000 dan RM5,000 ser-ta piala iringan dan sijil penyer-taan. - BERNAMA

Bahasa Melayu perlu kembali dipercayai

Ditanya mengenai langkah kerajaan Sabah mengiktiraf UEC, Maszlee berkata, itu dalah kepu-tusan kerajaan negeri berkenaan.

Pada 28 September lalu, Ket-ua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke insti-tusi pengajian tinggi awam dan se-ktor perkhidmatan awam negeri.

“Kerajaan negeri telah mengikti-raf UEC di Sabah. Kami telah buat keputusan mengiktiraf sijil ini,” ka-tanya seperti dilaporkan. – BER-NAMA

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Konvensyen Maha-siswa Selangor Timur Tengah 2019 berjaya menghimpunkan hampir 200 pelajar Selangor dari Jordan, Maghribi dan Mesir.

Konvensyen julung kali yang berlangsung di Kaherah, Mesir di- sempurnakan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Amirudin berkata, konvensyen itu meliputi pembentangan ker-tas kerja oleh mahasiswa yang menyentuh isu semasa dalam kon-teks politik ekonomi sosial.

Katanya, forum berkenaan turut mengupas kebolehpasa-ran graduan yang berada di ne-gara Arab sebaik mereka pulang ke Malaysia.

“Matlamat Kerajaan Negeri ia-lah untuk menggilap potensi ma-hasiswa Timur Tengah ini supaya dapat menjadi pemangkin kepa-da agenda merealisasi negara rah-mah di Selangor,” tulisnya melalui hantaran di Facebook, pada 25 September lalu.

Pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) awal Mac lalu, Amirudin berkata, konvensyen itu dilaksanakan bertujuan meman-faatkan hubungan antara Kera-jaan Negeri dengan mahasiswa Selangor yang berada di Timur Tengah.

Katanya, konvensyen itu antara lain bagi menggarap pemikiran positif mahasiswa untuk diterap-

kan dan dijadikan asas pemban-gunan jati diri yang kukuh dan mampan.

“Manfaat yang bakal diper-oleh adalah dapat menyediakan sumber manusia dalam bidang Pendidikan Islam dan Sains Kesi-hatan kepada Kerajaan Negeri se-cara khususnya dan negara serta keprihatinan Kerajaan Negeri ter-hadap aspek kebajikan mahasiswa ini,” katanya.

Amirudin bersama delegasi Se-langor mengadakan lawatan kerja ke negara berkenaan selama lima hari bermula 21 hingga 25 Sep-tember lalu.

Beliau turut bertemu dengan mahasiswa Selangor di Kaherah dan melancarkan pusat aktiviti pelajar di Bangunan Pelajar Sel-angor dan bertemu mahasiswa di Pejabat Majis Amanah Rakyat (MARA), Alexandria, pada Selasa.

Pada pertemuan itu, beliau ber-setuju memberikan sumbangan kepada mahasiswa berkenaan melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menjalankan ke-giatan mereka.

Turut menyertai delegasi itu, pembantu EXCO Hal Ehwal Aga-ma dan Pendidikan merangkap Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin serta Pengeru-si Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi.

Page 20: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

21SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/service/tenderlists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-registration-guideline dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

3 cols x 11 cm

KENYATAAN TENDER

Bil. KETERANGAN

1. TAWARAN PRA-KELAYAKAN SEBAGAI KONTRAKTOR PANEL BAGI “INSTALLATION WORKS FOR ESTABLISHMENT OF NEW DISTRICT METERING ZONE (DMZ) AND PRESSURE MANAGEMENT ZONE (PMZ)”

KENYATAAN PRA-KELAYAKAN

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1. AIS/PCW/T47/9/2019

DESIGN AND BUILD FOR PROPOSEDIMPROVEMENT WORKS OF WATER STRESS AND LOW PRESSURED AREAS IN GOMBAK DISTRICT – BUKIT LELA RESERVOIR

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD(1082296-U)

03 Khamis 5:38 5:48 7:00 1:08 4:19 7:09 8:18 04 Jumaat 5:37 5:47 7:00 1:08 4:19 7:09 8:18 05 Sabtu 5:37 5:47 7:00 1:07 4:19 7:08 8:17 06 Ahad 5:37 5:47 7:00 1:07 4:20 7:08 8:17 07 Isnin 5:37 5:47 6:59 1:07 4:20 7:08 8:17 08 Selasa 5:36 5:46 6:59 1:06 4:20 7:07 8:16 09 Rabu 5:36 5:46 6:59 1:06 4:20 7:07 8:16

03 Khamis 5:35 5:45 6:58 1:05 4:16 7:06 8:15 04 Jumaat 5:35 5:45 6:58 1:05 4:16 7:06 8:15 05 Sabtu 5:34 5:44 6:58 1:05 4:17 7:06 8:15 06 Ahad 5:34 5:44 6:58 1:04 4:17 7:05 8:14 07 Isnin 5:34 5:44 6:58 1:04 4:17 7:05 8:14 08 Selasa 5:34 5:44 6:57 1:04 4:17 7:04 8:14 09 Rabu 5:33 5:43 6:57 1:03 4:17 7:04 8:13

03 Khamis 5:35 5:45 6:59 1:06 4:16 7:07 8:16 04 Jumaat 5:35 5:45 6:59 1:05 4:16 7:07 8:16 05 Sabtu 5:35 5:45 6:59 1:05 4:17 7:06 8:15 06 Ahad 5:34 5:44 6:59 1:05 4:17 7:06 8:15 07 Isnin 5:34 5:44 6:59 1:05 4:17 7:06 8:15 08 Selasa 5:34 5:44 6:58 1:04 4:17 7:05 8:14 09 Rabu 5:34 5:44 6:58 1:04 4:17 7:05 8:14

3 - 9 OKTOBER 20194 - 10 SAFAR1441

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SEPANG - Seramai 60 peserta terdiri daripada pembayar zakat syarikat korporat, wakil majikan dan pengamal media menyertai Program Ziarah Korporat Dan Me-dia Bersama Asnaf (ZIKRA) 2019, 24 September 2019.

Bertemakan ‘Jalinan Kasih’, pro-gram tahunan anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu membawa pengeluar zakat merasai pengala-man turun padang bagi melihat realiti kehidupan asnaf di daerah Sepang.

Jurucakap LZS berkata, pro-gram berkenaan bertujuan me- ngeratkan hubungan antara pengeluar zakat dengan asnaf se-lain menyemai sikap prihatin terh-adap golongan memerlukan.

“Di samping mendedahkan aktiviti agihan secara langsung kepada peserta, ZIKRA mem-beri peluang kepada kita untuk mendapatkan maklum balas se-cara terus terhadap keberkesanan agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor,” katanya dalam ke-nyataan.

LZS berkata, peserta dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rawang yang juga antara 213 sekolah terbabit dalam Program Sekolah Angkat Zakat Se-langor (PROSAZ).

Ziarah Korporat dan Media Bersama Asnaf (ZIKRA)

LZS bawa pembayar santuni asnaf

Katanya, ia adalah kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Selan-gor (JPS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memfokus-kan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama, iaitu Ujian Penilaian Sekolah Ren-dah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Peserta seterusnya dibawa ke Kampung Orang Asli Bukit Bang-kong dan mereka berpeluang mendekati serta beramah mesra dengan penduduk.

“Di sini, terdapat seramai 105 keluarga Islam dalam kalangan Orang Asal yang disantuni den-gan bantuan zakat dan kita men-yampaikan bantuan agihan zakat kepada beberapa individu serta institusi berjumlah RM82,261.40.

“Syarikat korporat terbabit da-lam program ZIKRA turut mem-beri sumbangan melalui Kasihku Zakat Selangor dalam pelbagai bentuk bantuan bukan sahaja un-tuk penduduk di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, malahan ke-pada pelajar PROSAZ di SMK Sun-gai Rawang,” katanya.

Pada destinasi terakhir di Masjid KLIA, LZS berkata, peserta bertemu dengan salah sebuah syarikat kor-porat di LZS iaitu Malaysia Airports

Holdings Berhad (MAHB) yang konsisten menunaikan zakat per-niagaan dan potongan zakat bu-lanan untuk kakitangannya.

“Peserta juga berpeluang menyaksikan demo daripada us-ahawan asnaf di bawah projek usahawan berkelompok yang diperkenalkan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) iaitu My-bidan, Mytabib Malaya dan Blue Fabric.

“Mereka ini terdiri daripada asnaf fakir dan miskin yang me-nerima bantuan perniagaan dari LZS dan dibimbing serta dipan-tau oleh TERAS bagi memastikan perniagaan berkelompok yang dilaksanakan berjaya. Menarikn-ya ada di antara usahawan asnaf ini kini menjadi pengeluar zakat,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Ek-sekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop dan Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat korporat ber-jumlah kira-kira RM7.8 juta bagi pihak Lembaga Zakar Selangor (LZS) pada majlis di Istana Bukit Kayangan, di sini, pada 27 September lalu.

Baginda menerima bayaran zakat sebanyak RM5,402,317 daripada Tena-ga Nasional Berhad (TNB) yang diwa- kili Ketua (Perkhidmatan Pelanggan)

Selangor, Datuk Ir Md Yuslan Yusof bagi tahun kewangan 2017 dan 2018.

QSR Brands (M) Holdings Berhad pula yang diwakili Pengarah Urusan-nya, Datuk Seri Azahari Mohamed Kamil menyerahkan zakat berjumlah RM2,361,481 bagi tahun 2018.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi LZS, Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ke-tua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan Mat Yusop. – BERNAMA

DYMM Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah (dua, kanan) berkenan menerima zakat perniagaan daripada Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad, Datuk Seri Azahari Moahamed Kamil (tiga, kanan) berjumlah RM2.36 juta di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, pada 27 September lalu– Foto BERNAMA

Sultan Sharafuddin berkenan terima zakat perniagaan RM7.8 juta

Terdapat seramai 105 keluarga Islam dalam kalangan Orang Asal yang disantuni dengan bantuan zakat dan kita me-nyampaikan bantuan agihan zakat kepada beberapa individu serta institusi berjumlah RM82,261.40.

Page 21: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Diskriminasi gen-der yang berlaku di tempat kerja boleh diubah dengan masyarakat dinasihat membentuk mentaliti anak-anak daripada kecil supaya tidak membezakan tanggung-jawab mengikut wanita atau le-laki.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Kelu-arga, Dr Siti Mariah Mahmud ber-kata, perkara itu berlaku apabila wujudnya mentaliti dalam kalan-gan lelaki yang menganggap ker-ja rumah hanya perlu dilakukan oleh wanita.

Katanya, sebenarnya masya-rakat tidak kira lelaki atau wa- nita mereka perlu sama-sama ber-tanggungjawab dalam menggalas komitmen dan tidak menetapkan tugasan kepada satu-satu golo- ngan sahaja.

“Apabila kita bercakap soal diskriminasi di tempat kerja, penekanan atau kesedaran itu perlu bermula dari rumah iaitu keluarga.

“Mentaliti ini juga antara pun-ca majikan teragak-agak mahu mengambil pekerja wanita kerana mereka telah beranggapan tugas wanita hanya di rumah manakala lelaki pula seolah-olah tiada komit-men di rumah.

“Justeru, saya menyarankan ibu bapa untuk mendidik anak-anak

Lelaki dan wanita perlu bertanggungjawab

Ubah mentaliti anak bermula dari rumah

daripada kecil dengan meneu-tralisasikan mereka bahawa tugas lelaki dan wanita adalah sama,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Pembentan-gan Hasil Penyelidikan dan Perbin-cangan Meja Bulat Diskriminasi Gender Dalam Amalan Pekerjaan Di Kalangan Penjawat Awam Se-

langor, di sini, pada 27 Septem-ber lalu.

Terdahulu, satu kajian bertajuk Diskriminasi Gender Dalam Ama-lan Pekerjaan Di Kalangan Pen-jawat Awam Selangor dilakukan lima pensyarah dari Universiti Is-lam Antarabangsa Malaysia yang diketuai Dr Syaza Farhana Mo-hamad Shukri.

Kajian itu dilakukan terhadap 349 responden lelaki dan wanita membabitkan penjawat awam di Selangor.

Antara dapatan kajian itu menunjukkan 45.7 peratus res- ponden di Selangor berasa gen-der diambil kira semasa pemi-lihan pekerja manakala 43.86 peratus wanita berasa mereka

tidak berpeluang menerima ke-naikan pangkat.

Difahamkan, kajian itu dilaku-kan bertujuan mengenalpas-ti diskriminasi gender di setiap peringkat amalan pekerjaan se- perti pengambilan, kenaikan pangkat, pembangunan kendiri, pengurangan pekerja dalam sek-tor awam di Selangor.

Dr Siti Mariah Mahmud bergambar bersama peserta Program Pembentangan Hasil Penyelidikan dan Perbincangan Meja Bulat Kajian Gender Dalam Amalan Pekerjaan Dalam Kalangan Golongan Profesional Negeri Selangor di MTES SUK, Shah Alam pada 27 September 2019

Page 22: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

OLEH AFIX REDZUAN

Pemergian pemain legenda, Datuk M Chandran, men-inggalkan kesan men-dalam terhadap lipatan

sejarah bola sepak negara yang pernah mengharungi ranjau suka duka, di era 70an.

Sebagai seorang pemain per-tahanan tengah terbaik Asia yang pernah dilahirkan, M Chandran juga seorang jurulatih hebat apa-bila berjaya memimpin Selangor memenangi beberapa kejuaraan Piala Malaysia.

Menyingkap perjalanan sukan bola sepak anak kelahiran Sungai Siput, Perak itu, beliau memulakan karier bermain dengan Persatuan India Selangor (SIA) sebelum di-panggil beraksi bersama Selangor.

Bermula dari situ, beliau mene-mpa nama sebagai pemain perta-hanan tengah kental dan pernah memakai lilitan kapten bersama Selangor selama lima tahun dan Malaysia tiga tahun.

M Chandran membentuk gan-dingan mantap bersama Dato’ Soh

Shahruddin Abdullah, Wan Zawawi Wan Yusof, V Krishnasami, Ibrahim Salleh, Harun Jusoh, Wong Kam Fook, Ali Bakar dan Lim Fung Kee.

Selain aksi di Munich, M Chan-dran turut memainkan peranan be-sar dalam pasukan Malaysia yang berjaya memenangi pingat gang-sa pada Sukan Asian 1974 di Teh-ran, Iran.

Salah seorang jurulatih berjaya bersama Selangor dengan beber-apa kejuaraan Piala Malaysia, be-liau juga pernah membimbing skuad kebangsaan dari tahun 1982 hingga 1988.

Atas sumbangan dan jasa dalam sukan bola sepak, beliau dianuger-ahkan pangkat Datuk oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah pada tahun 2000 dan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafud-din Idris Shah (2010).

M Chandran, 77, yang mening- gal dunia pada 28 September 2019 akibat penyakit motor neuron (MND) meninggalkan isteri, Datin A Pushpalatha serta dua anak lelaki berusia 38 dan 36 tahun.

BELASUNGKAWA

M Chandran permata berharga Selangor, Malaysia

mengikat tuan rumah tanpa ja-ringan pada babak pertama.

Bagaimanapun, Malaysia ber- jaya melakar kemenangan per-tama pada perlawanan seterus- nya apabila membelasah Amerika Syarikat 3-0 sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan de-ngan kekalahan 6-0 di tangan Mo-rocco pada perlawanan terakhir.

Skuad negara ketika itu terdiri daripada Namat Abdullah, M Chan-dran, Othman Abdullah, Chin Aun, Khoo Huan Khen, Hamzah Hussain,

Chin Aun ketika membantu Malay-sia layak beraksi di Sukan Olimpik buat kali pertama pada 1972 di Munich, Jerman.

Keampuhan itu dibuktikan apabila gawang Malaysia tidak dibolosi sebarang gol pada aksi

kelayakan Olimpik, pada 1971.

Ketika itu, Malaysia ada-lah sebuah pa- sukan digeruni

di peringkat Asia apabila menang ke atas Korea Se-

latan (1-0), Jepun (3-0), China (3-0) dan Filipina (5-0), hasil kepimpinan hebat M Chandran.

Aksi di pentas Olimpik men-yaksikan Malaysia tewas 3-0 ke atas Jerman walaupun berjaya

23SelangorKini 3 - 9 Oktober 2019

SukanInformasiTerkinidi jari anda

Page 23: PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 fileselangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 3 - 9 Oktober 2019, 4 - 10 Safar 1441 Khusus untuk isi rumah berpendapatan RM4,000

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

SHAH ALAM - Persatuan Bolasepak Se- langor (FAS) melancarkan program pem-bangunan akar umbi pertama dikenali sebagai ‘FAS Soccer School’ bagi men-cungkil bakat si cilik untuk menjadi pe-main bola sepak profesional.

Pelancaran program berkenaan di- sempurnakan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, di Padang Latihan SUK, Seksyen 5, di sini, pada 29 September lalu.

Program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor itu membabitkan lima buah sekolah ke-bangsaan di negeri ini antaranya Se-kolah Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik (Petaling Perdana), SK Kota Kemuning (Klang), SK Sungai Binjai (Klang), SK Sri Kelana (Petaling Utama) dan SK SS6 Kota Damansara (Petaling Utama).

Tengku Amir yang juga Presiden FAS bertitah, program berkenaan akan mem-beri manfaat kepada semua pihak yang terlibat bertepatan dengan pelan pem-bangunan lima tahun persatuan bola sepak itu.

“Untuk memastikan kualiti dan kele-starian program ini, FAS bertanggung-jawab untuk menyediakan kepakaran khidmat jurulatih, kursus kejurulatihan,

SHAH ALAM - Pemain tengah, Khyril Muhymeen Zambri muncul wira Sel-angor apabila dua jaringannya berjaya membawa skuad Red Giant ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewas-kan Perak 3-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadi-um Shah Alam di sini, pada 29 September lalu.

Kemenangan itu mem-bolehkan Selangor me- nyingkirkan Perak yang merupakan juara bertahan dengan keputusan agre-gat 3-2 dan bakal berdepan juara Liga Super 2019, Jo-hor Darul Ta’zim (JDT).

Dua gol dijaringkan Khyril Muhymeen hadir pada minit ke-45 dan minit ke-67 selepas Mohd Syaz-wan Zainon meletakkan skuad kenda-lian ketua jurulatih, B Sathianathan di depan menerusi gol pembukaan pada minit ke-33.

Skuad The Bos Gaurus yang tertekan cuba bangkit di separuh masa kedua permainan dengan melancarkan seran-gan ke kubu pertahanan tuan rumah, namun berjaya meledak hanya satu gol pada minit ke-83 menerusi pemain ke-

bangsaan, Brendan Gan.Juara 2016, Kedah melakar ke-

menangan bergaya di laman sendiri menewaskan PKNP FC 4-1 pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk

mengesahkan tempat di saingan separuh akhir den-gan keputusan agregat 6-2.

Menanti Kedah di separuh akhir adalah juara sebanyak empat kali, Pa-hang yang menewaskan Melaka 3-1 sekali gus men-catat kemenangan agregat 6-1 pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pahang terpaksa menunggu sehingga minit

ke-41 untuk memecah kebuntuan me-nerusi penyerang kelahiran Namibia, Lazarus Kaimbi sebelum Mohd Nazrin Mohd Nawi menyamakan kedudukan buat Melaka pada minit ke-54.

Penyerang import sensasi Pahang, Dickson Nwakaeme menjadi wira pasu-kan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-65 dan minit ke-76 sekali gus mengubat kekecewaan gagal mara ke separuh akhir musim lalu selepas ke-cundang di tangan JDT. – BERNAMA

PUCHONG - Pasukan Selangor memena- ngi tempat kedua bagi kategori beregu lela-ki pada Kejohanan Badminton Sukan Orang Pekak peringkat kebangsaan, pada 29 Sep-tember lalu.

Pertandingan yang diadakan di Michael’s Badminton Academy, Bukit Puchong itu di-juarai pasukan dari Melaka manakala tempat ketiga dan keempat, dimenangi pasukan Sa-bah dan Kelantan.

Hadiah disampaikan EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairudddin Othman dan diiringi Pengarah Eksekutif Maj-lis Sukan Negeri, Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

Turut sama, Presiden Persatuan Sukan

Orang Pekak Malaysia, Ong Shin Ruenn dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Sel-angor, Sarkunan Balakrishnan.

Sementara itu, Mohd Khairudddin berka-ta, Selangor sentiasa memberi ruang kepada semua jenis bentuk sukan terutamanya ke-pada Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Saya faham penganjur terpaksa melalui cabaran yang besar untuk menjayakan aca-ra ini, namun dengan kehadiran pemain dari seluruh negara menbuktikan kejayaan kejo-hanan kali ini.

“Tahniah kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor dan semoga acara lebih be-sar akan diadakan pada masa akan datang,” katanya.

Beregu lelaki Selangor memenangi tempat kedua pada Kejohanan Badminton Sukan Orang Pekak peringkat kebangsaan di Michael’s Badminton Academy, Bukit Puchong pada 29 September lalu

Beregu badminton lelaki Selangor raih perak

peralatan bola sepak dan peluang per-mainan kepada murid terbabit.

“Sementara itu, sekolah-sekolah yang terlibat juga bertanggungjawab un-tuk menyediakan padang bola sepak, manakala guru-guru akan menjadi juru-latih kepada murid mereka,” titah bagin-da ketika berucap pada majlis berkenaan.

Dalam majlis itu, Tengku Amir ber-kenan menyampaikan sijil pelantikan ke-pada sekolah yang terpilih sebagai ‘FAS Soccer School’ selain menandatangani memorandum persefahaman (MoU) FAS bersama Les’ Copaque dan Westports Malaysia.

Baginda turut mencemar duli turun ke padang latihan bersama-sama pela-tih dan menyaksikan sendiri kira-kira 400 pemain yang menyertai Klinik Bolasepak ‘FAS Soccer School’.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon ketika ditemui berkata, program pembangunan itu menjadi titik permulaan kepada kanak-kanak di Selangor yang mempunyai se-mangat juang tinggi untuk menyertai ‘FAS Homegrown Pathway’.

Perak tersingkir

Red Giant mara ke separuh akhir

Sekolah bola sepak FAS cungkil bakat si cilik