muka 3 muka 8 muka 15 muka 21 negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya influenza A dan kaedah rawatan Kadar tol sedia ada kekal, tiada kenaikan baharu LZS bantu ringan beban pelakon Puteri Balqis MUKA 15 MUKA 8 MUKA 21 Skim Air Darul Ehsan dibuka semula pada Mac MUKA 3 Penduduk lega 40 peratus kesesakan jalan selesai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani plak perasmian ketika melawat depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) di Serendah pada 14 Januari lalu. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari (empat, kanan) dan Pengerusi DMIA Tan Sri Panglima Mohd Azumi Mohamed (tiga, kanan). - Foto BERNAMA SHAH ALAM - Projek Menaik Taraf Jalan B49 Persiaran Mokhtar Dahari yang menelan kos RM111.5 juta melegakan pen- duduk apabila berjaya mengu- rangkan kesesakan trafik se- hingga 40 peratus sejak ia siap pada September lalu. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pro- jek berkenaan memberi manfaat kepada penduduk yang men- diami kawasan Sunway Kaya- ngan, Kayangan Height dan Alam Budiman. Katanya, projek itu mem- babitkan naik taraf jalan sedia ada sepanjang empat kilometer bermula dari Persimpangan Ca- haya SPK hingga Persimpangan Jalan Buloh FT 3214, dua jejam- bat baharu dan kerja-kerja pe- ngalihan utiliti. “Setiap kawasan perumahan dianggarkan mempunyai 1,000 hingga 2,000 penduduk. “Persatuan penduduk di ke- tiga-tiga kediaman mengakui pembinaan laluan ini bukan sa- haja dapat mengatasi masalah trafik dan memudahkan perge- rakan mereka, malah mengu- rangkan risiko kemalangan yang kerap berlaku,” katanya. Beliau berucap pada majlis perasmian penyerahan projek itu di sini pada 10 Januari lalu. Amirudin berkata pembangu- nan projek itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memantapkan infrastruk- tur dan memberi kemudahan asas kepada rakyat. Katanya, jalan raya menja- di penyumbang utama kepada peningkatan taraf hidup pen- duduk sama ada dari aspek per- niagaan, pendidikan, keselama- tan dan sosioekonomi. “Walaupun kos perlu ditang- gung bagi pelaksanaan projek infrastruktur jalan raya sangat tinggi, namun kita sanggup me- laksanakannya demi memenuhi kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya. Projek berkenaan mula diba- ngunkan pada 1 Ogos 2016 de- ngan mengambil masa selama 144 minggu sebelum disiapkan. OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN GOMBAK - Kerajaan Negeri yakin akan terus mencatat nilai pelaburan terting- gi di negara ini selama tiga tahun ber- turut-turut sejak 2018, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata di sebalik jangkaan kelembapan ekonomi global tahun ini, pihaknya optimis un- tuk mencapai nilai pelaburan sebanyak RM12 bilion seperti disasarkan. “Sebanyak RM18.9 bilion nilai pelabu- ran luar yang dibawa ke Selangor pada 2018 merupakan pertumbuhan 239 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. “Kejayaan ini kita teruskan pada tahun lalu apabila sekali lagi melepasi sasaran ditetapkan,” katanya selepas menghadi- ri Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Gombak di sini pada 14 Januari lalu. Amirudin berkata dasar Kerajaan Negeri yang mesra pelabur dan kemu- dahan infrastruktur berkualiti tinggi an- tara faktor menarik mereka untuk men- jadikan Selangor destinasi pelaburan pilihan. Setakat suku ketiga tahun lalu, Se- Di sebalik jangkaan kelembapan ekonomi global langor mencatat nilai pelaburan RM16.4 bilion. Terdahulu, EXCO pelaburan Dato’ Teng Chang Khim berkata beberapa strategi diatur antaranya memperhebatkan Misi Menggalak Pelaburan ke 10 negara ter- masuk Asean. Katanya, Invest Selangor sudah memu- lakan kerja lebih awal bagi merancakkan pelaburan selain turut yakin pelaburan asing dan tempatan tahun ini seimbang seperti tiga tahun lalu. Negeri optimis capai pelaburan RM12 bilion

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441

Bahaya influenza A dan kaedah rawatan

Kadar tol sedia ada kekal, tiada kenaikan baharu

LZS bantu ringan beban pelakon Puteri Balqis

MUKA 15MUKA 8 MUKA 21

Skim Air Darul Ehsan dibuka semula pada Mac

MUKA 3

Penduduk lega 40 peratus kesesakan jalan selesai

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani plak perasmian ketika melawat depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) di Serendah pada 14 Januari lalu. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari (empat, kanan) dan Pengerusi DMIA Tan Sri Panglima Mohd Azumi Mohamed (tiga, kanan). - Foto BERNAMA

SHAH ALAM - Projek Menaik Taraf Jalan B49 Persiaran Mokhtar Dahari yang menelan kos RM111.5 juta melegakan pen- duduk apabila berjaya mengu-rangkan kesesakan trafik se- hingga 40 peratus sejak ia siap pada September lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pro-jek berkenaan memberi manfaat kepada penduduk yang men-

diami kawasan Sunway Kaya-ngan, Kayangan Height dan Alam Budiman.

Katanya, projek itu mem-babitkan naik taraf jalan sedia ada sepanjang empat kilometer bermula dari Persimpangan Ca-haya SPK hingga Persimpangan Jalan Buloh FT 3214, dua jejam-bat baharu dan kerja-kerja pe- ngalihan utiliti.

“Setiap kawasan perumahan

dianggarkan mempunyai 1,000 hingga 2,000 penduduk.

“Persatuan penduduk di ke- tiga-tiga kediaman mengakui pembinaan laluan ini bukan sa-haja dapat mengatasi masalah trafik dan memudahkan perge- rakan mereka, malah mengu-rangkan risiko kemalangan yang kerap berlaku,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian penyerahan projek

itu di sini pada 10 Januari lalu.Amirudin berkata pembangu-

nan projek itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memantapkan infrastruk-tur dan memberi kemudahan asas kepada rakyat.

Katanya, jalan raya menja-di penyumbang utama kepada peningkatan taraf hidup pen-duduk sama ada dari aspek per- niagaan, pendidikan, keselama-

tan dan sosioekonomi.“Walaupun kos perlu ditang-

gung bagi pelaksanaan projek infrastruktur jalan raya sangat tinggi, namun kita sanggup me- laksanakannya demi memenuhi kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Projek berkenaan mula diba- ngunkan pada 1 Ogos 2016 de-ngan mengambil masa selama 144 minggu sebelum disiapkan.

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN GOMBAK - Kerajaan Negeri yakin akan terus mencatat nilai pelaburan terting-gi di negara ini selama tiga tahun ber-turut-turut sejak 2018, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata di sebalik jangkaan kelembapan ekonomi global tahun ini, pihaknya optimis un-tuk mencapai nilai pelaburan sebanyak RM12 bilion seperti disasarkan.

“Sebanyak RM18.9 bilion nilai pelabu-ran luar yang dibawa ke Selangor pada 2018 merupakan pertumbuhan 239 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

“Kejayaan ini kita teruskan pada tahun lalu apabila sekali lagi melepasi sasaran ditetapkan,” katanya selepas menghadi-ri Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Gombak di sini pada 14 Januari lalu.

Amirudin berkata dasar Kerajaan Negeri yang mesra pelabur dan kemu-dahan infrastruktur berkualiti tinggi an-tara faktor menarik mereka untuk men-jadikan Selangor destinasi pelaburan pilihan.

Setakat suku ketiga tahun lalu, Se-

Di sebalik jangkaan kelembapan ekonomi global

langor mencatat nilai pelaburan RM16.4 bilion.

Terdahulu, EXCO pelaburan Dato’ Teng Chang Khim berkata beberapa strategi

diatur antaranya memperhebatkan Misi Menggalak Pelaburan ke 10 negara ter-masuk Asean.

Katanya, Invest Selangor sudah memu-

lakan kerja lebih awal bagi merancakkan pelaburan selain turut yakin pelaburan asing dan tempatan tahun ini seimbang seperti tiga tahun lalu.

Negeri optimis capai pelaburan RM12 bilion

Page 2: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

2Utama

SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Penjawat awam perlu lebih peka memberikan reaksi terhadap sesuatu isu se- iring perkembangan teknologi kerana rakyat kini mahu penyele-saian lebih pantas.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerjasa-ma antara jabatan pada pering-kat negeri atau persekutuan perlu dipertingkatkan bagi memasti-kan keberkesanan penyampaian kepada masyarakat.

“Saya percaya semua orang sekurang-kurangnya memiliki satu akaun (laman sosial) tidak kira Facebook, Twitter atau Insta-gram. Dengan kewujudan akaun seperti ini sebenarnya ia menun-tut kita lebih prihatin dengan persekitaran.

“Kita tidak boleh harap berita akan tersebar sama ada satu atau dua jam selepas berlaku tetapi ia akan tersebar dalam satu saat atau kurang kerana semua orang kini mampu melaporkannya,” ka-tanya.

Amirudin berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak pada 13 Januari lalu.

Beliau berkata penjawat awam perlu memahami lang-kah ditetapkan Kerajaan Negeri bagi merealisasikan perancangan yang digariskan ke arah Negeri Pintar 2025 dan Wawasan Kemak-muran Bersama 2030.

Katanya, dasar digariskan Ke- rajaan Negeri dan perubahan pengurusan pentadbiran yang dilaksanakan perlu diikuti dan di-hayati.

Penjawat awam perlu pantasPenuhi kehendak rakyat

SHAH ALAM - Penjawat awam perlu melaksanakan transfor-masi bagi memastikan Sela- ngor kekal sebagai perintis da-lam perkhidmatan awam seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), kata setiausaha kerajaan negeri.

Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata dimensi baharu ini menyaksikan semua pihak terutama ketua jabatan harus lebih berani dan terbuka men-erima gelombang pembaharu-

an akan datang.“Kita perlu melaksanakan trans-

formasi perkhidmatan awam se- iring IR 4.0 dengan Selangor se-bagai perintisnya.

“Selangor mampu menjadi ‘The Brain Of Malaysia’ sekiranya kita mampu menterjemah hasrat Ke- rajaan Negeri menjadikannya se-bagai sebuah kerajaan digital men-jelang 2025 nanti,” katanya.

Mohd Amin berucap pada Maj-lis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan

Jubli Perak pada 13 Januari lalu.Katanya, sudah tiba masan-

ya budaya negatif dalam kala- ngan jabatan diketepikan su-paya semua pihak berganding bahu menyelesaikan masalah membelenggu rakyat.

Malah, penjawat awam juga perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di samping mengekalkan nilai integriti su-paya menjadi warga kerja ser-ba boleh dalam melaksanakan tugas.

Transformasi perkhidmatan kerajaan seiring IR 4.0

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih operasi syari-kat pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) bagi memasti-kan pelepasan air menepati kua- liti ditetapkan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketiadaan jaminan berkenaan menyebab-kan pihaknya terpaksa memikul tanggungjawab termasuk isu pencemaran bau.

“Kita akan teruskan sebab out-put (hasil keluaran) IWK memberi kesan langsung kepada kualiti air yang akan mengalir ke pintu muka sauk.

“Kalau sudah beberapa kali tidak ada jaminan, adalah lebih baik kita uruskan dan tentukan kualiti air sendiri. Masalahnya kua- liti itu tidak ditentukan,” katanya, pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Selangor di Dewan

Kerajaan Negeri timbang ambil alih IWK

Kita akan teruskan sebab output (hasil keluaran) IWK memberi kesan langsung kepada kualiti air yang akan mengalir ke pintu muka saukAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Jubli Perak, pada 13 Januari lalu.Sebelum ini, Pengurusan Air

Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berhasrat untuk mengambil alih operasi IWK bagi mengawal kua- liti air supaya tidak memberikan kesan di loji rawatan.

Langkah itu bagi memastikan masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang tidak berulang terutama membabitkan pence-maran bau.

Page 3: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

Utama3SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

SHAH ALAM - Masyarakat ne-gara ini perlu menghindari bu-daya fitnah, bermain politik kotor dan keji, kata Dato’ Men-teri Besar.

Sebaliknya, Dato’ Seri Amiru-din Shari berkata rakyat wajar kekal istiqamah untuk beker-jasama dan berusaha memak-murkan negara.

“Marilah kita berdoa agar ne-gara dan masyarakat kita terhin-dar daripada bencana sedemiki-an,” tulisnya menerusi hantaran di Twitter pada 12 Januari lalu.

Pada malam sebelumnya, beliau menghadiri Majlis Ke- syukuran, Tausiah dan Doa Se-lamat di Masjid Jamek Al-Ama-niah, Gombak.

Majlis anjuran Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali itu dihadiri

hampir 1,000 jemaah.Sementara itu, Imam Besar

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Muhammad Farhan Wijaya dalam ucapannya ber-pesan supaya jemaah sentiasa memperkukuhkan diri bagi men-depani cabaran masa depan.

“Oleh itu, dapatlah kita mem-bangunkan negara menjadi maju selaras dengan wawa-san ummah, mudah-mudahan ia diberkati dan diberi keam-punan,” katanya.

Pada 9 Januari lalu, peguam negara berkata tiada pendak-waan dibuat terhadap ma-na-mana pihak dalam siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Tan Sri Tommy Thomas ber-kata timbalan pendakwa raya memutuskan demikian sebulat

suara berikutan laporan analisis yang diterima polis mengesah-kan pengenalan identiti dalam klip video itu tidak boleh dibuat secara pasti.

Hindari fitnah, tolak politik keji

OLEH AFIX REDZUAN KUALA LANGAT - Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan akan di- buka semula selepas proses peringkat pertama selesai sepe-nuhnya pada Mac hadapan, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berka-ta proses pendaftaran dibuka sepanjang tahun bagi mem-bolehkan pengguna yang ter-lepas tempoh awal berbuat de-mikian.

“Peringkat pertama kita sele-saikan sehingga Disember dan

pemberian bermula pada Mac kepada semua penerima.

“Setakat ini semua terima air percuma dan kemudian selepas pelaksanaan itu yang tidak sem-pat daftar kita akan buka untuk pendaftaran dan kita akan ke-mas kini dua atau tiga bulan.

“Dahulu kita rancang setiap empat bulan tetapi sekarang mungkin ada pendaftaran masih dalam proses maka kita akan buka pendaftaran bagi yang ter-lepas. Pendaftaran akan dibuka sepanjang tahun,” katanya.

Fasa pertama pendaftaran

berakhir 31 Disember lalu sejak dibuka pada 30 September 2019.

Pemohon yang layak akan terus memperolehi air percuma bermula 1 Mac bagi isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

Setakat 15 Disember 2019, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd hanya menerima 83,382 permohonan dengan 46,941 pemohon mempunyai mak-lumat lengkap sementara 27,415 permohonan lagi tidak boleh diproses kerana mak-lumat tidak lengkap.

Skim Air Darul Ehsan dibuka semula selepas Mac

Pastikan lebih ramai mendaftar

GOMBAK - Penjawat awam di Selangor perlu membuang kerenah birokrasi dan tataca-ra operasi piawai (SOP) remeh yang boleh menjejaskan ke-hadiran pelabur, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penjawat awam perlu meletakkan kedudukan mere-ka pada piawaian tinggi serta profesional dalam setiap uru-san.

“Dalam sesetengah perkara, kita jangan susahkan urusan yang sepatutnya boleh dilaku-kan dengan mudah. Isu tentang SOP ini saya selalu tekankan.

“Janganlah kita lakukan SOP yang menyusahkan sebalikn-ya pendekkan atau permu-dahkannya. Semua perkara ini akan mempengaruhi kehadiran pelabur,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Gombak di sini pada 14 Januari lalu.

Amirudin berkata amalan yang memerlukan kelulusan

Buang kerenah birokrasi, SOP remeh

sehingga 400 hari proses mem-peroleh kebenaran merancang dan urusan pembangunan tan-ah perlu dibuang.

“Sebab itu Kerajaan Negeri memperkenalkan Dasar Kelulu-san 100 Hari untuk menarik ke-masukan pelaburan.

“Kerajaan Negeri tidak boleh tawarkan benda murah dan percuma contohnya tanah mu-rah atau tanah percuma kerana ia akan jejaskan pendapatan negeri,” katanya.

Janganlah kita lakukan SOP yang menyusahkan sebaliknya pendekkan atau permudahkannya. Semua perkara ini akan mempengaruhi kehadiran pelaburAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Dapatlah kita membangunkan negara menjadi maju selaras dengan wawasan ummah, mudah-mudahan ia diberkati dan diberi keampunanMUHAMMAD FARHANImam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

GOMBAK - Bekalan vaksin influenza A di hospital dan klinik kerajaan serta swasta di negeri ini mencukupi, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau sendiri sudah menghubungi Menteri Ke- sihatan Datuk Seri Dr Dzulke-fly Ahmad dan kementerian memberi jaminan bekalan itu mencukupi.

“Sebelum ini klinik swasta ada kehabisan bekalan vak-sin, tetapi saya dimaklum-kan oleh menteri kesihatan bahawa bekalan sebenarnya cukup, tetapi berlaku pembe-lian panik.

“Mungkin masyarakat ter-peranjat, jadi ramai ambil vaksin. Kita jangka bekalan vaksin akan kembali stabil pada minggu ini,” katanya ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmi-an Perpustakaan Awam Sela- ngor (PPAS) Gombak di sini, pada 14 Januari lalu.

Amirudin juga sudah men-garahkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud untuk memantau perkembangan influenza A dari semasa ke semasa.

“Jika ada perkembangan kurang baik berhubung pe-nularan virus ini atau ber-kaitan vaksin, kita akan ambil tindakan sewajarnya.

“Namun, isu membabitkan penularan virus ini membu-ka mata masyarakat betapa pentingnya vaksin kepada tubuh kita,” katanya.

Bekalan vaksin influenza A cukup

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 4: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

4Utama

SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Seramai 1,202 guru menerima latihan kursus melalui program Cikgu Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi mendidik anak-anak kelain-an upaya (OKU) di 452 taska seluruh negeri.

EXCO Pemberdayaan Wa- nita dan Keluarga Dr Siti Ma-riah Mahmud berkata se-

kurang-kurangnya empat tenaga pengajar terlatih ditem-patkan di setiap pusat jagaan berkenaan.

“Sebelum ini, ibu bapa men-galami kesukaran memilih pu-sat jagaan yang boleh meneri-ma anak istimewa kerana tiada guru terlatih selain kos mahal.

“Namun, Selangor menjadi perintis dalam meningkatkan kemudahan kepada kanak-

kanak berkeperluan khas se-suai dengan misi Melestarikan Pembangunan dan Kemakmu-ran Simetri serta Peduli Rakyat,” katanya pada sidang media se-lepas merasmikan Majlis Simpo-sium Cikgu AnIS 2020 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di sini pada 12 Januari lalu.

Setakat ini, seramai 650 anak istimewa didaftarkan di bawah jagaan taska berkenaan.

Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri

Latih 1,202 guru didik anak istimewa

Dr Siti Mariah bergambar bersama peserta ketika Majlis Simposium Cikgu Anak Istimewa Selangor (AnIS) 2020 di Bangunan IDCC, Shah Alam pada 12 Januari lalu

SHAH ALAM - Sistem pangkalan data i-asuh yang membolehkan ibu bapa mengesan pengasuh berdaftar dilancarkan pada 18 Januari ini.

EXCO Pemberdayaan Wani-ta dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah men-cari penjaga sesuai dan terla-tih dibuat bagi menjamin ke- selamatan anak-anak ketika ibu bapa bekerja.

“Data lengkap sudah diperole-hi dan Kerajaan Negeri akan men-

ganjurkan aktiviti serta kursus bersesuaian kepada pengasuh berdaftar,” katanya.

I-asuh dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor diwujudkan susulan in-siden kematian bayi dan kanak-kanak yang menyayat hati di ru-mah pengasuh.

Katanya, sistem sama turut mengumpulkan data suri ru-mah yang bekerja dari rumah di bawah program Kasih Ibu Smart Selangor.

Sistem carian pengasuh dilancar 18 Januari

SHAH ALAM - Program Per-pustakaan Bergerak ‘Riang Ria Dunia Membaca’ anjuran Yaya-san Warisan Anak Selangor (YAWAS) di perkampungan Orang Asli bakal diperluaskan ke seluruh Selangor bermula Mac ini, kata Gan Pei Nei.

Pengurus Besar YAWAS ber-kata kampung Orang Asli yang akan mendapat perkhidmatan terbabit adalah Kampung Orang Asli Sungai Buah, Ba-ngi; Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Dengkil dan Kampung

Orang Asli Busut Baru, Banting.“Projek perintis di Kampung

Orang Asli Ayer Kuning dan Gombak Batu 12 sebelum ini mendapat sam-butan mem-b e r a n g s a n g -kan. Susulan itu kita bercadang

untuk menambah bilangan per-pustakaan bergerak di bebe-rapa lagi kampung Orang Asli pada tahun ini.

“Setakat ini kita bercadang perkhidmatan itu dilaksana-kan mengikut kekerapan se-kurang-kurangnya tiga kali se-

tahun dan ketika musim cuti persekolahan,” katanya.

Pei Nei berkata projek dilak-sanakan dengan kerjasama Per-badanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu dapat me- rapatkan jurang aksesibiliti ke-pada kemudahan membaca an-tara bandar dan luar bandar.

“Kita juga bercadang mahu bekerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kam-pung (MPKK) untuk membuka perpustakaan mini di kampung terbabit agar dapat menerap-kan amalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Kempen membaca ke kampung Orang Asli diperluas bermula Mac

SHAH ALAM - Proses perbin-cangan dengan semua pihak termasuk kerajaan persekutu-an masih berlangsung sebe-lum keputusan kenaikan tarif air dimuktamadkan pada per-ingkat Kerajaan Negeri, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya tidak boleh bergerak sendirian dan perlu menung-gu maklum balas pada pering-kat persekutuan sebelum ia dilaksanakan.

“Kalau dilaksanakan (kenai-kan tarif ) ia secara menyeluruh bersama negeri-negeri lain, maka saya tidak boleh berge-rak sendirian. Saya harus menunggu maklum balas da- ripada (kerajaan) persekutuan,” katanya.

Beliau menjawab berhu- bung status perbincangan tarif air selepas Majlis Perhimpunan

Bulanan Penjawat Awam Ne-geri Selangor di Dewan Jubli Perak pada 13 Januari lalu.

Katanya, semua aspek dinilai sebelum sebarang ca-dangan termasuk pemberian rebat dikemukakan kepada kerajaan persekutuan kerana ia turut membabitkan pro-gram pemberian air percuma.

“Kita baru ambil alih (pe- ngurusan) air sekitar satu dua tahun. Selepas ambil alih kita sudah membuat pelan per-niagaan dan semua perlu diperincikan kerana kita mem-punyai dasar pemberian air percuma.

“Kita kena melihat semua aspek sebab yang paling penting bagi saya adalah ke-mampanan bekalan air dan kemampuan untuk menye-lenggara oleh syarikat air sendiri,” katanya.

Tarif air belum muktamad

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

Page 5: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

Utama5SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

KLANG - Sidang Kemuncak Per-niagaan Antarabangsa Sela- ngor (SIBS) 2020 yang bakal ber-langsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ok-tober ini mengorak langkah ke arah hab perdagangan antara-bangsa.

EXCO Pelaburan, Perindustri-

an dan Perdagangan, Dato’ Teng Chang Khim berkata pemilihan lokasi terkenal mampu mening-katkan mutu dan taraf pengan-juran sidang tahunan itu.

“Dengan menetapkan KLCC sebagai lokasi, ini membukti-kan mutu dan taraf SIBS sebagai ekspo terbesar dan terkenal di

Malaysia dikekalkan dan akan terus mengorak langkah di are-na antarabangsa dalam bidang komersial,” katanya.

Katanya, Ekspo Antarabangsa Selangor, Persidangan Selangor Smart City dan Ekonomi Digi-tal, Ekspo Kajian Penyelidikan dan Pembangunan dan Inovasi Selangor serta Persidangan An-tarabangsa Selangor-Asean juga dikekalkan.

Chang Khim berkata pihak-nya menjemput lebih ramai to-koh dan bekas pemimpin nega-ra untuk berkongsi pengalaman selain menumpukan teknologi kecerdasan buatan.

“Pada tahun lalu, seramai 149 pembeli antarabangsa direkod-kan berbanding 20 pada 2018. Justeru, kita merancang untuk menambah bilangan itu supaya kita menjadi pasaran utama are-na ini,” katanya.

SIBS tahun ini akan diadakan bermula 14 hingga 17 Oktober.

Sidang Perniagaan Antarabangsa Selangor di KLCC Oktober ini

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan melaksanakan sistem caj RM1 kepada warga asing untuk bayaran perkhidmatan Bas Smart Selangor menerusi mekanisme terbaik, kata EXCO Kerajaan Tempatan dan Pen-gangkutan Awam, Ng Sze Han.

“Pelaksanaan caj ini tetap akan dijalankan dalam masa terdekat, namun waktunya sahaja belum dimuktamadkan lagi,” katanya.

Dalam Belanjawan Selangor 2020, Kerajaan Negeri bercadang mengenakan caj RM1 kepada

warga asing yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Sela- ngor mulai tahun ini.

“Kutipan caj ini akan diguna-kan untuk menyelenggara ser-ta menambah jumlah laluan bas pada masa depan. Pada masa ini, Bas Smart Selangor mempunyai 41 laluan membabitkan 11 ka-wasan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM30 juta tahun ini untuk kemudahan itu.

Kaji mekanisme terbaik caj RM1 warga asing

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG - Seramai 950 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang me- nerima baucar Jom Shopping bagi membeli kelengkapan men-yambut Tahun Baharu Cina.

Ahli Dewan Negerinya, Dato’ Teng Chang Khim berkata bau-car bernilai RM100 memberi ke-utamaan kepada orang kelainan upaya (OKU) dan penerima beru-sia bawah 60 tahun.

Katanya, sumbangan itu ber-tujuan meringankan beban ke- luarga berpendapatan rendah dalam menyediakan keperluan menjelang sambutan tersebut.

“Terdapat 75 peratus atau 60,000 pengundi kaum Cina DUN Bandar Baru Klang. Oleh itu, pe- nerima baucar di sini tinggi ber-banding DUN lain.

“Berbanding tahun lalu, tahun ini ada peningkatan 150 penerima.

“Justeru, pihak kami mengam-bil inisiatif bertukar baucar di kawasan DUN yang lain bagi memastikan peratusan penerima bagi semua jenis kaum lebih adil,” katanya pada Program Penyera-

Ceriakan 950 warga emas, OKUBaucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina

Teng Chang Khim bergambar bersama penerima baucar Jom Shopping sempena Tahun Baru Cina di Econsave Klang Parade

Terdapat 75 peratus atau 60,000 pengundi kaum Cina DUN Bandar Baru Klang. Oleh itu, penerima baucar di sini tinggi berbanding DUN lainTENG CHANG KHIMADN Bandar Baru Klang

han Baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina di Econsave Klang Parade pada 11 Januari lalu.

Sementara itu, penerima Tee Swee Ek, 38, gembira kerana menerima bantuan baucar yang dimulakan sejak 2008.

Seorang OKU, Swee Ek me- nyifatkan pemberian itu sebagai penghargaan kepada golongan sepertinya.

“Saya sangat gembira, ini kali pertama saya terima baucar. Ka-wan-kawan senasib dengan saya turut menerimanya dan tahun ini kami akan meraikan hari raya le-

bih meriah,” katanya.Mah Thang Ling, 41 pula ber-

kata program ini memberi man-faat kepada penduduk miskin dan wajar diteruskan pada masa

akan datang.“Program ini sangat bagus

kerana membantu orang susah membeli keperluan perayaan un-tuk semua kaum.

“Saya penerima kali pertama dan saya sangat gembira. Terima kasih kepada wakil rakyat dan Kerajaan Negeri,” kata penerima itu.

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 6: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

6Utama

SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Orang ramai disa-ran menjaga kesihatan terutama ketika musim jangkitan influenza A semakin merebak di negeri ini, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berka-ta walaupun penularannya masih terkawal, namun langkah berja-ga-jaga penting terutama dalam kalangan ibu bapa bagi memas-tikan anak mereka tidak terdedah dengan penyakit itu.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak ke-rap ke kawasan mudah terdedah contohnya di pusat membeli be-

lah atau taman permainan.“Masyarakat juga disaran le-

bihkan minum air, memakai pe-nutup muka dan hidung, meng-gunakan tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin,” ka-tanya.

Beliau berkata perkongsian peralatan peribadi seperti tuala dengan individu lain perlu dielak-kan selain mendapatkan rawatan segera jika batuk, demam atau sakit tekak.

Terdahulu, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan penularan influenza A di Selangor terkawal dengan pemantauan berterusan supaya tidak merebak ke kawa-san lain namun Kerajaan Negeri

Jaga kesihatan elak jangkitan

Influenza A masih terkawal

KAJANG - Kerajaan Negeri ter-us memantau kawasan yang sering dikaitkan dengan pence-maran terutama Sungai Selan-gor dan Sungai Semenyih, kata EXCO Alam Sekitar.

Hee Loy Sian berkata Selan-gor juga bertekad tiada pence-maran sungai seperti tahun lalu.

“Setakat ini kilang yang per-nah dikaitkan sehingga menjadi punca pencemaran sudah dipin-dahkan, namun kita tetap akan pantau memandangkan musim perayaan tidak lama lagi,” katan-ya selepas penyampaian baucar

Jom Shopping Tahun Baharu Cina untuk DUN Kajang di Tesco Extra pada 12 Januari lalu.

Katanya satu mesyuarat juga akan diadakan untuk memfok-uskan penyelesaian isu berke-naan.

Pada 26 November lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru-din Shari berkata kesedaran masyarakat berhubung alam se-kitar semakin meningkat.

Katanya, perkara itu terbuk-ti apabila masyarakat berani membuat aduan jika ternampak aktiviti mencurigakan.

Pantau sungai, pastikan tiada lagi pencemaran

SHAH ALAM - Trend pening-katan wabak denggi bukan ha- nya berlaku di Selangor malah di seluruh negara, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud ber-kata, sebanyak 306 kes dica- tatkan setakat 11 Januari lalu, menjadikan kes terkumpul di negeri ini meningkat kepada 3,708 sejak 29 Disember 2019.

“Dalam dua minggu ini, kes denggi meningkat di seluruh negara dan ia bukan hanya di Selangor kerana negeri-negeri lain juga banyak kes sama seka-rang ini,” katanya.

Dr Siti Mariah berkata Ke- rajaan Negeri sudah berusa-ha dengan pelbagai cara bagi menangani kes ini tetapi trend terus meningkat, mungkin ber-punca daripada musim hujan.

Menjangka penularan denggi meningkat bagi tempoh bebe-

rapa minggu akan datang, beliau menyeru setiap pihak berkuasa tempatan (PBT), pe- mimpin komuniti dan pen-duduk supaya lebih peka menja-ga kebersihan di kediaman ma- sing-masing.

“Kes denggi dicatatkan pa-ling tinggi berlaku di daerah Petaling, jadi kita mahu PBT dan Jabatan Kesihatan Negeri terus memerangi masalah ini dengan lebih berkesan.

“Peruntukan tambahan se-banyak RM1 juta disalurkan, oleh itu program ‘kembali ke-pada asas’ seperti memusnah-kan tempat pembiakan di tapak terbengkalai perlu lebih efektif,” katanya.

Menerusi Belanjawan Se- langor 2020, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi memastikan negeri ini be-bas denggi.

Denggi: Dua minggu catat 306 kes

SHAH ALAM - Lima empangan air di Selangor pada tahap ter-baik iaitu pada kapasiti 100 pe- ratus setakat 10 Januari lalu.

Berdasarkan maklumat di la-man sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), lima em-pangan terbabit adalah Stesen Semenyih, Stesen Langat, Stesen Sungai Selangor, Stesen Tasik Subang dan Stesen Sungai Tinggi.

Empangan Stesen Semenyih mencatatkan 59.07 juta meter padu, Stesen Langat (34.10 juta

meter padu) Stesen Sungai Se-langor (230.0 juta meter padu) Stesen Tasik Subang (4.21 juta meter padu) dan Stesen Sungai Tinggi (114.52 juta meter padu).

Paras takungan air empa- ngan Stesen Batu mencatat 99.73 peratus dengan 31.88 juta meter padu, Klang Gates pula berada pada tahap memuaskan 99.39 peratus iaitu 25.18 juta meter padu.

Sementara itu, Kolam Taku- ngan Sungai Labu pula menca- tatkan 99.62 peratus pada kadar

9.26 juta meter padu.Sebelum ini, Pejabat Ketua

Pengarah Jabatan Meteorolo-gi Malaysia (MET Malaysia) me-maklumkan cuaca kering berla-ku terutamanya di utara negeri Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Perak, selain Kelantan dan Terengganu.

Katanya, Malaysia kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut yang kurang taburan hujan dan menyebabkan cuaca kering serta panas sehingga hujung Mac.

Lima empangan air pada kapasiti 100 peratus

akan memberikan pelepasan cuti sekolah sekiranya jangkitan terus meningkat.

Setakat ini kilang yang pernah dikaitkan sehingga menjadi punca pencemaran sudah dipindahkan, namun kita tetap akan pantau memandangkan musim perayaan tidak lama lagiHEE LOY SIANEXCO Alam Sekitar

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 7: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

Ekonomi7SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih pesat pada 2020 berdasar-kan indeks pengurus pembe-lian pembuatan (PMI) Disember 2019 yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 15 bu-lan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya, kerajaan juga akan memperbanyakkan peluang pe- kerjaan dan meningkatkan pen-dapatan belia, graduan baharu serta wanita melalui program #MalaysiaKerja bernilai RM6.5 bi- lion dan pelaksanaan projek in-frastruktur bernilai RM120 bilion.

Guan Eng dalam satu ke-nyataan pada 11 Januari lalu berkata projek infrastruktur be-sar lain yang akan menyokong ekonomi Malaysia termasuk pembangunan Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar

RM140 bilion dan inisiatif e-Tunai Rakyat bernilai RM450 juta yang menyediakan wang belanja per-cuma RM30.

PMI sektor pembuatan Malay-sia yang meningkat 0.5 kepada 50.0 mata pada Disember 2019, merupakan paras tertinggi da-lam tempoh 15 bulan yang di-catatkan selepas peningkatan PMI pembuatan pada November sebanyak 0.2 kepada 49.5 mata daripada 49.3 mata pada Oktober 2019.

Katanya, peningkatan bacaan PMI menunjukkan ekonomi ne-gara berkembang lebih pantas dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“PMI bukan satu-satunya pe-tunjuk pengembangan masa de-pan yang lebih mampan.

“Jabatan Perangkaan Malay-sia baru-baru ini menerbitkan

petunjuk pelopor ekonomi bagi bulan Oktober 2019 yang naik 1.4 peratus kepada 120.3 mata ber-banding 118.6 mata pada bulan sebelumnya.

“Ini adalah peningkatan ketara daripada perubahan -0.4 peratus dan 0.3 peratus masing-masing pada Ogos dan September,” ka-tanya.

Guan Eng berkata trend indeks keyakinan Perniagaan oleh agen-si penarafan tempatan RAM, juga menyokong unjuran positif yang ditunjukkan oleh data PMI dan Jabatan Perangkaan.

Menurutnya, RAM menyata-kan sentimen dalam kalangan syarikat Malaysia sedang beran-sur pulih apabila keyakinan kor-porat naik 3.2 mata kepada 56.4 untuk tempoh suku pertama ke suku kedua 2020 berbanding tempoh suku keempat 2019 ke

suku pertama 2020.Pada masa sama, keyakinan

dalam kalangan perusahaan ke-cil dan sederhana meningkat satu mata kepada 54.2, iaitu paras tertinggi sejak indeks berkenaan mula diterbitkan pada 2017.

“Semua data ini selari dengan unjuran kerajaan bagi pertumbu-han ekonomi negara pada 2020.

Kerajaan mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Ma-laysia berkembang secara mam-pan pada kadar 4.7 peratus pada 2019, sebelum memecut kepada 4.8 peratus tahun ini.

“Bagi tempoh tiga suku perta-ma 2019, KDNK Malaysia berkem-bang 4.6 peratus tahun ke tahun,” katanya. – BERNAMA

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat

Susulan indeks pengurus pembelian pembuatan meningkat

SHAH ALAM - Yayasan Hijrah Se-langor (Hijrah) membantu usaha-wan kecil menerusi peruntukan tambahan RM30 juta daripada Kerajaan Negeri, kata ketua pe- gawai eksekutifnya.

Roslim Md Akhir berkata Hi-jrah menyasarkan 3,000 usaha-wan baharu pada tahun ini un-tuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Katanya, setakat ini pihaknya menyalurkan RM487 juta sejak 2015 hingga kini bagi membantu 48,151 peserta dalam usaha me- lahirkan usahawan berjaya.

“Fungsi Hijrah sebagai pem-beri modal perniagaan sangat bermakna dalam mencapai has-rat Kerajaan Negeri untuk me- ningkatkan sosio ekonomi.

“Kita akan meneruskan usaha membantu usahawan menerusi skim pinjaman mikrokredit bagi membolehkan golongan kelas menengah di Selangor ditam-bah,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini seramai 9,189 usahawan telah menyelesaikan pinjaman dan dijangka akan memohon pem-biayaan semula.

Hijrah: Tambahan RM30 juta bantu usahawan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) berusaha meminimumkan proses birokrasi membabitkan perkem-bangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya dapat menyumbang 41 peratus kepa-da Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata ia antara cabaran besar kementerian se-laras dengan dasar yang digaris-kan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).

“Proses birokratik ini perlu dinilai kembali dan perlu ditam-bah baik. Banyak keluhan daripa-da PKS melibatkan isu ini, nak buat itu lambat, nak buat ini lambat. Kami sedang berusaha mengatasi isu ini memandangkan ini tahun kedua kerajaan Pakatan Harapan (Pakatan),” katanya di kementerian itu di sini, 10 Januari lalu.

Tahun 2020 bakal menjadi ta-hun terbaik untuk membuktikan kemampuan Malaysia menem-puh ketidaktentuan gelombang ekonomi dunia sekiranya isu ke- renah birokrasi dapat ditangani

dengan baik.Beliau secara optimis berkata

tahun ini kementerian menyusun pelbagai program dan latihan bagi menyediakan golongan usa-

hawan PKS dalam menghada-pi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), antaranya Kursus Asas Ke-usahawanan (KAK).

“Latihan dan kesedaran untuk IR4.0 perlu dipertingkatkan, ini kerana masih ramai usahawan kita enggan bermigrasi kepada peng-gunaan digital,” katanya.

Beliau turut yakin kerajaan berada di landasan terbaik bagi mewujudkan 250,000 usahawan sebagai langkah merealisasikan sejuta peluang pekerjaan di Ma-laysia, dalam tempoh lima tahun selaras dengan manifesto Paka-tan.

“Ikut data 2018-2019, kita su-dah berjaya wujudkan lebih 50,000 usahawan baharu, jadi dengan kerjasama semua agensi dan kementerian lain kita mam-pu capai sasaran mewujudkan 250,000 usahawan baharu itu.

“Lagipun negara kita bertuah kerana ada ‘goldmine’ iaitu indus-tri pertanian, ia boleh dibangun-kan begitu besar. Ini kerana kita belanja lebih RM50 bilion untuk barangan makanan dari luar ne-gara,” katanya. – BERNAMA

Kurangkan birokrasi, majukan peniaga kecil

Banyak keluhan daripada PKS melibatkan isu ini, nak buat itu lambat, nak buat ini lambat. Kami sedang berusaha mengatasi isu iniMOHD REDZUANMenteri Pembangunan Usahawan

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 8: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

8Nasional

SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

SHAH ALAM - Pendaftaran subsidi petrol bagi isi rumah kumpulan berpendapatan se- derhana (M40) dijangka dibuka awal suku kedua tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggu-na (KPDNHEP) Datuk Seri Sai-fuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kementeri-annya dan Kementerian Kewa- ngan sedang mengkaji meka-nisme yang lebih sesuai untuk menyalurkan subsidi berkenaan kepada penerima M40 sama ada melalui kad atau tunai.

“Data untuk penerima bagi golongan B40 kami telah leng-kapkan dan kaedah yang se- suai bagi pengagihan subsidi antara yang sedang dibincang-kan oleh kedua-dua kementeri-an, apabila program subsidi ini dilaksanakan kelak.

“Pada masa sama KPDNHEP menjalankan kajian untuk B40 (dan) berpendapat sumbangan tunai untuk pengagihan subsidi lebih cekap berbanding kaedah lain.

“Jadi dengan penanggu-han (pelaksanaan subsidi) ini, ia memberi peluang kepada kedua-dua kementerian un-tuk mencapai satu keputusan sama,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin

PETALING JAYA - Kerajaan Pakatan Hara-pan (Pakatan) mengekalkan keputusan membekukan semua kenaikan kadar tol di seluruh negara tahun ini, sebagai usaha untuk terus membantu rakyat, kata Men- teri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata keputusan itu diambil dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat walaupun kerajaan ter-paksa menampung kos membayar pam-pasan lebih RM1 bilion kepada pengenda-li-pengendali tol.

“Sungguhpun kerajaan membekukan kenaikan kadar tol tahun ini, rakyat perlu ingat bahawa apabila kadar tol dibeku-kan maka kerajaan perlu bayar ganti rugi (pampasan).

“Ini bukan satu angka yang kecil, ten-tu lagi banyak (wang) kerana kadar (tol) meningkat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri hari bertemu pelang-

Subsidi petrol M40 selepas Mac

Nasution berkata program sub-sidi petrol dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengelakkan subsidi berkenaan digunakan oleh golongan mewah dan war-ga asing.

“Rakyat perlu memahami bahawa kebaikan pelaksanaan petrol subsidi ini adalah kita ambil subsidi yang dinikmati oleh orang berada, orang kaya atau warga asing yang tinggal di negara kita dan beri kepada golongan yang layak,” katanya. – BERNAMA

Kerajaan tanggung lebih RM1 bilion

Kekal beku kenaikan kadar tolgan di Kompleks Kastam Wilayah Perse-kutuan, Kelana Jaya, di sini pada 9 Januari lalu.

Beliau berkata kerajaan perlu menang-gung lebih RM1 bilion susulan keputusan itu.

Guan Eng berkata rakyat masih boleh menikmati kadar lama di semua tol dan perkara itu akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan.

Beliau turut menzahirkan kekesalan ke- rana kurangnya liputan berhubung kepu-tusan kerajaan membekukan kenaikan ka-dar tol yang memberikan impak besar ke-pada rakyat berbanding isu lain.

Pada 2019, kerajaan membekukan ke-naikan kadar tol di 21 lebuh raya di seluruh negara bagi semua kelas kenderaan, ber-dasarkan kepada rasa tanggungjawab ke- rajaan Pakatan untuk meringankan beban sara hidup yang dipikul rakyat. – BERNAMA

KPDNHEP menjalankan kajian untuk B40 (dan) berpendapat sumbangan tunai untuk pengagihan subsidi lebih cekap berbanding kaedah lain.SAIFUDDIN NASUTION ISMAILMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

KUALA LUMPUR - Pembayaran saman trafik Polis Diraja Malay-sia (PDRM) secara dalam talian dilaksanakan dengan pemberi-an diskaun sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Januari hingga 1 Februari ini.

Pengarah Jabatan Siasa-tan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azis-man Alias lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.

“Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu seba- nyak 50 peratus. Ini tidak per-nah kami buat maka saya fikir-kan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam la-manya.

“Anda semua boleh mem-buat pembayaran secara dalam talian dengan MyEg dan Rilex.com,” katanya pada sidang me-dia khas sempena pencapaian 2019 dan perancangan 2020 PDRM di Bukit Aman pada 13

Januari lalu.Selain itu, Azisman berkata

sejumlah 5,763 kes kemalangan maut telah dilaporkan pada ta-hun 2019 berbanding 5,870 kes pada 2018.

“Ini adalah KPI (Petunjuk Prestasi Utama) JSPT yang kami berjaya turunkan sebanyak 107 jumlah kemalangan maut, atau 1.8 peratus. Walaupun jumlah kecil tapi ini KPI kita, dan kami berharap jumlah ini semakin berkurang setiap tahun,” katanya. – BERNAMA

Polis beri diskaun saman 50 peratus

KUALA LUMPUR - Pesakit di-jangkiti virus influenza disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan antiviral, kata Ke- tua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata penggunaan ubat antiviral dapat mengurang-kan simptom serta komplikasi penyakit namun ia perlu diguna-kan secara rasional bagi menge-lakkan kerintangan antimikrobial (antimicrobial resistance) yang menyebabkan rawatan tidak berkesan.

“Ubat Oseltamivir adalah ubat antiviral yang digunakan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus influenza. Di Malaysia, ter-

Influenza: Perlu panduan doktor sebelum ambil ubat antivirus

dapat pelbagai jenama Oselta- mivir yang berdaftar antaran-ya Tamiflu, Fluhalt, Osmivir dan Starflu.

“Pesakit disaran menda- patkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubat-an. Doktor akan memberi ra-watan yang bersesuaian selepas penilaian ke atas keadaan sema-sa pesakit dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada 15 Januari lalu.

Beliau berkata bagi fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), Oseltamivir dibekalkan di bawah syarikat konsesi untuk memasti-kan bekalan di fasiliti KKM men-cukupi walaupun permintaan telah meningkat empat kali gan-

da pada Disember lalu.Bagaimanapun, katanya ter-

dapat permintaan mendadak di fasiliti kesihatan swasta, menye-babkan lima pembekal berdaftar sedia ada tidak dapat menam-pung permintaan berkenaan dan bagi mengatasi masalah itu, KKM telah memberikan kelulu-san khas untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal al-ternatif.

Katanya, KKM telah melulus-kan hampir 1.1 juta kapsul bagi tempoh Disember 2019 hingga Januari untuk memenuhi per-mintaan fasiliti kesihatan swasta dan jumlah itu dianggarkan da- pat merawat sejumlah 110,000 pesakit. – BERNAMA

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 9: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

Nasional9SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

KUALA LUMPUR - Perdana Men-teri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (Pa-katan) tiada hala tuju sebalik- nya memberikan contoh terdap-at pelbagai perkembangan posi-tif untuk membuktikan sebalikn-ya.

Beliau berkata kerajaan telah melancarkan skim Kemakmu-ran Bersama yang menggaris-kan laluan jelas untuk berkem-bang maju yang sesetengah pengkritik mungkin tidak da- pat melihatnya.

“Tetapi bagi kerajaan, hala tu-junya adalah jelas. Kami tidak mahu sekadar pulih dan menja-di makmur. Kami mahu kongsi-kan kekayaan negara kita secara saksama,” kata Dr Mahathir dalam catatan bertajuk ‘Kerajaan Paka-tan’ di dalam blognya pada 10 Januari lalu.

Untuk itu, beliau berkata kera-jaan melaksanakan inisiatif pelan perindustrian baharu, dilengkapi dengan pelan pertanian baharu.

“Kami tahu hala tuju kami. Orang luar mungkin tidak. Tetapi kami tahu. Kami amat jelas den-gan apa yang kami mahu laku-kan dan bagaimana kami akan lakukannya.

“Pelan-pelan mungkin men- gambil masa seminggu atau lebih untuk dirumuskan tetapi pelaksa-naannya akan mengambil masa lebih lama, sekurang-kurangnya dua tahun atau lebih. Tetapi kerja sudahpun bermula,” katanya.

Bagi pemerhati, ia tampak seolah-olah tiada apa yang bergerak, katanya sambil meng-gunakan pepatah ‘Rome tidak dibina dalam masa sehari’ untuk menunjukkan bahawa pelbagai inisiatif yang dilaksanakan akan mengambil masa untuk mem-

BATU CAVES - Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali mahu kekal fokus melaksanakan tugas men-teri Kabinet tahun ini selepas beliau melalui ujian getir.

Menyifatkan beliau menjadi mangsa percaturan politik ke-jam, menteri hal ehwal ekonomi bagaimanapun bersyukur diri- nya bebas daripada kes fitnah susulan penyebaran video.

“Saya melalui tempoh yang panjang menghadapi ujian ini tetapi Alhamdulillah.

“Saya yakin dari awal ini adalah percaturan politik yang amat kejam dan tidak baik bagi negara,” katanya selepas Ma-jlis Kesyukuran Tausiah dan

Doa Selamat di Masjid Jamek Al-Amaniah di sini pada 11 Ja- nuari lalu.

Majlis itu disertai ratusan jemaah dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Muhammad Farhan Wijaya.

Hadir sama isteri kepada Mohamed Azmin, Datin Seri Shamshida Taharin, Dato’ Men-teri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia Muhammad Hilman Idham dan ADN Pela-buhan Klang Azmizam Zaman Huri.

Mohamed Azmin berka-ta tahun ini penting kerana

Malaysia dipilih tuan rumah sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan pimpinan ne-gara bertungkus lumus men-jadikannya.

Pada 9 Januari lalu, peguam negara berkata tiada pendak-waan dibuat terhadap ma-na-mana pihak dalam siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Tan Sri Tommy Thomas ber-kata timbalan pendakwa raya memutuskan demikian secara sebulat suara berikutan lapo-ran analisis yang diterima po-lis mengesahkan pengenalan identiti tidak boleh dibuat se-cara pasti.

Pelbagai perkembangan positif

Hala tuju jelasbuahkan hasil.

“Beri kerajaan sedikit masa dan ambil bahagian sepenuhnya dalam dasar-dasar Kemakmuran Bersama, dan dalam dua tahun lagi anda akan sedar bahawa hala tuju kerajaan adalah betul,” kata Dr Mahathir dalam tulisannya.

Beliau berkata tuduhan baha-wa kerajaan Pakatan tiada hala tuju dibuat oleh mereka yang enggan menerima hakikat.

“Mari lihat apa yang ia telah lakukan. Di sebalik hutang be-sar lebih satu trilion ringgit, yang jelas bahawa ia dapat mengek- alkan kemampuan negara. Pem-beri hutang tidak menyaman ker-ajaan.

“Malah, ada antaranya yang mahu meminjamkan lebih ban-yak wang pada kadar rendah. Kerajaan jelas mempunyai keper-cayaan kredit. Hutang telah di-kurangkan,” katanya.

Dr Mahathir turut menegas-kan bahawa negara turut stabil dari segi politik.

“Ya, terdapat sedikit gangguan oleh anggota dalam parti gabu- ngan kerajaan. Tetapi itu ada-lah lazim. Tiada siapa yang cuba menggulingkan kerajaan meneru-si undi tidak percaya. Mereka tahu ia tidak akan berjaya,” katanya.

Berhubung ekonomi, per-dana menteri berkata ia masih berkembang pada kadar baik bagi sebuah negara yang pem-bangunannya pada tahap ini dan bahawa Malaysia masih mempu-nyai simpanan terbesar, antara lain, rizab Bank Negara amat ting-gi – lebih RM400 bilion.

Dr Mahathir berkata dana lain seperti Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan dana lebih kecil yang lain keseluruhannya berjumlah lebih RM1.5 trilion dan syarikat

minyak negara milik kerajaan Pet- ronas turut cemerlang dengan pendapatan lebih RM100 bilion.

Di sebalik semua itu, perdana menteri mengakui bahawa ring-git menyusut.

“Di banyak negara lain, ri- zab pada saiz ini akan menjamin kekukuhan mata wang negara. Tetapi pasaran tampaknya tidak percaya dengan kekukuhan ke-wangan dan mata wang Malay-sia,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan ekonomi dan mata wang Ma-laysia adalah kukuh. Beliau turut menulis bahawa Malaysia se-makin pulih daripada bencana yang disebabkan oleh kerajaan kleptokratik terdahulu dan kini menikmati tadbir urus lebih baik.

Katanya Pakatan mengambil alih daripada kerajaan kleptokra-tik yang telah merompak negara selama bertahun-tahun, memus-

nahkan kewangannya, mem- perlekehkan pentadbiran agen-si-agensinya, melanggar un-dang-undang, membuat pinja-man lebih tinggi daripada had dibenarkan, meletakkan negara di laluan untuk muflis, menjadi-kan rakyat bergantung kepada kerajaan dengan rasuah dan am-nya menghakis moral rakyat.

“Sudah tentu, banyak orang yang gembira untuk menikma-ti wang rasuah dan banyak keis-timewaan yang salah di sisi un-dang-undang. Mereka mahu amalan buruk ini diteruskan.

“Tetapi majoriti rakyat tahu akan keadaan teruk dialami ne-gara dan memastikan kerajaan rasuah digulingkan,” kata perda-na menteri.

Dr Mahathir berkata satu kea-jaiban berikutan pihak yang mengambil alih negara merupa-kan pakatan “bercampur-aduk” empat parti, bersama-sama den-gan satu lagi parti di luar pakatan itu dan “malah seorang individu yang tiada kaitan pun dengan parti-parti berkenaan”.

Dr Mahathir berkata mereka akhirnya membentuk kerajaan dan saling bekerjasama, selepas membentuk Kabinet tanpa seba-rang perjanjian bertulis berhubu-ng siapa yang akan memegang jawatan apa.

“Ini adalah keajaiban kedua. Kabinet berjalan lancar. Se-kurang-kurangnya mereka boleh bertemu, berbincang dan mem-buat keputusan. Sudah tentu, ra-mai mengkritik keputusan mere-ka. Ini perkara biasa.

“Tiada kerajaan yang boleh mendapat persetujuan daripada semua orang pada setiap masa. Apa yang penting adalah Kabinet yang ‘rapuh’ ini masih berfungsi,” katanya. – BERNAMA

Selesai ujian getir, Azmin mahu fokus 2020

Mohamed Azmin Ali bersalaman dengan pelajar tahfiz ketika Ma-jlis Kesyukuran Tausiah dan Doa Selamat di Masjid Jamek Al-Ama-niah, Batu Caves pada 11 Januari lalu

Foto

ole

h BE

RNA

MA

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 10: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

10Global

SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas akan terus bersuara walaupun terdapat laporan India mahu memboikot minyak sawit Malaysia.

Beliau juga menjelaskan isu perdaga- ngan itu harus dicari penyelesaiannya.

“Jika kita biarkan perkara salah berlaku dan hanya memikirkan mengenai jumlah wang yang terlibat, banyak perkara sa-lah akan terus dilakukan,” katanya kepa-da pemberita selepas menghadiri Forum

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar memindahkan 19 pelajar Malaysia yang menuntut di Ad-ventist University of Philippine dari Batangas ke Manila ekoran letusan Gunung Berapi Taal.

Kementerian dalam ke- nyataannya berkata semua pela-jar Malaysia dipindahkan ke Ma-nila mulai 13 Januari lalu.

“Semua pelajar dipindahkan berikutan keadaan semakin kriti-kal termasuk pengisytiharan cuti kecemasan yang diumumkan Pe-

Cari jalan tangani tindakan India

Kerajaan tegas bersuara

Letusan gunung berapi: 19 pelajar Malaysia dipindah ke Manila

Penduduk terus melakukan aktiviti menangkap ikan di tasik Taal walaupun berlaku letusan gunung berapi di selatan Manila pada 14 Januari lalu - Foto AFP

jabat Presiden Filipina,” jelas ke- nyataan itu.

Rakyat Malaysia juga dinasihat menangguhkan perjalanan ke Fi- lipina. Bagi warga Malaysia yang berada di Filipina dan memerlu-kan bantuan mereka boleh me- nghubungi Kedutaan Malaysia di Manila.

Sementara itu, memetik agen-si berita Vietnam (VNA) melapor-kan, Gunung berapi Taal yang terletak 90 kilometer ke selatan Manila terus menghamburkan la-

har dan abu ke udara, memaksa penduduk kampung melarikan diri. Lapangan terbang antara-bangsa, pejabat dan sekolah di-tutup.

Abu panas memenuhi ruang udara sehingga lebih 100 kilo- meter dan menyebabkan ibu kota Manila terjejas.

Lebih 24,000 orang dipindah-kan dari kawasan gunung berapi yang popular sebagai destinasi pelancongan di negara itu.- BERNAMA

KUALA LUMPUR - Perdana Men-teri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, komuniti global per-lu membantu Australia dalam menangani kebakaran hutan yang telah memusnahkan kawa-san yang luas di negara itu.

Beliau berkata kebakaran yang membadai Australia bukanlah semata-mata urusan bersendi-rian Australia.

“Malah ia menjejas keseluru-han dunia. Ia satu bencana an-tarabangsa,” katanya menerusi hantaran dalam laman blognya, Chedet, pada 14 Januari lalu.

“Seluruh dunia perlu memban-tu Australia memadamkan keba-karan itu,” kata Dr Mahathir, dan menambah bahawa malangnya, perkara ini tidak dilakukan.

Malaysia menawar untuk menghantar pasukan pemadam-nya ke Australia bagi memban-tu menangani krisis kebakaran hutan itu.

Sejumlah negara telah pun mula membantu Australia dalam usaha memadamkan kebakaran itu.

Adalah dilaporkan lebih 7.3 juta hektar hutan terbakar me- libatkan enam negeri di Austra- lia dengan New South Wales di-laporkan mengalami keadaan yang paling teruk.

Manakala sekurang-kurang- nya 28 orang di seluruh Australia terbunuh dalam kebakaran yang disifatkan sebagai kebakaran hutan paling teruk dalam beber-apa abad ini. – BERNAMA

Dunia perlu segera bantu Australia

Kebakaran hutan yang berlaku di bandar Moruya, selatan Teluk Batemans di New South Wales pada 4 Januari lalu - Foto AFP

Integriti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) 2020 di sini pada 14 Ja- nuari lalu.

Beliau mengulas pertanyaan menge-nai sama ada kerajaan bimbang terhadap tindakan India menghentikan belian mi- nyak sawit Malaysia susulan kritikan be-liau mengenai tindakan India di Kashmir selain undang-undang baharu kewar-ganegaraan.

Ditanya sama ada kritikan terhadap

India akan mengorbankan industri me-mandangkan India merupakan pengim-port terbesar minyak sawit Malaysia, Dr Mahathir berkata penyelesaian perlu di-cari.

“Itu kita perlu lakukan, cari penyelesa-ian.

“Namun hakikatnya ialah apa yang berlaku di India itulah yang menimbul-kan lebih banyak masalah dan rasa tidak gembira dalam kalangan penduduk di

sana,” katanya dan menambah ‘seluruh dunia merasakan tindakan diskriminasi terhadap sesiapa di sana adalah tindakan yang salah’.

Laporan berita baru-baru ini menyebut bahawa kerajaan India meminta pengim-port minyak sawit negara itu menghenti-kan pembelian minyak sawit dari Malay-sia, namun Menteri Industri Utama Teresa Kok mengatakan berita itu tidak benar. – BERNAMA

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 11: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

lhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T ke- rana dengan izin dan hi-dayah-Nya, kita diberi pe- luang dan kesihatan yang

baik untuk bersama-sama berhimpun dan menjayakan Majlis Perasmian Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Se-langor Tahun 1441H / 2020M yang ber-langsung pada 14 hingga 17 Januari.

Saya yakin bahawa majlis yang pe-nuh barakah ini akan memperkukuh dan menyemarakkan ikatan ukhuwah Islamiah, di samping menggalakkan pembacaan kitab suci al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada tenaga penggerak yang komited serta dedikasi dalam menjayakan penganjuran program ini.

Penganjuran majlis seperti ini adalah pro-gram rasmi Kerajaan Negeri dan ia mem-bantu dalam meningkatkan kecintaan mas-yarakat Islam seterusnya memberi peluang kepada umat Islam untuk mengenali mukji-zat al-Quran.

Majlis ini juga adalah usaha murni dalam menyuburkan kembali penghayatan kita ter-hadap al-Quran yang menjadi rujukan dan panduan utama sebagaimana ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Isra’, ayat 9 yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi

petunjuk ke jalan yang amat benar (aga-ma Islam), dan menyampaikan berita yang menggembirakan bagi orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal yang soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”

Sesungguhnya, membaca al-Quran ada-lah ibadah yang diberi pahala berlipat ganda oleh Allah SWT. Selain itu, dengan mem-baca al-Quran akan menjadi penawar bagi mereka yang resah gelisah jiwanya.

Dalam erti kata lain, al-Quran adalah pe-lengkap kehidupan manusia, ia mengandu- ngi hukum-hakam, adab sebagai hamba Al-lah S.W.T yang bertaqwa, suruhan dan teg-ahan serta pelbagai ilmu untuk dipelajari seterusnya dipraktikkan oleh umat manusia.

Tema tahun ini ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’ dipilih dengan hasrat kerajaan bagi menyemarakkan semangat toleransi, hormat menghormati dan saling bekerjasa-ma atas perpaduan ummah.

Sebagai negeri yang dilatari dengan rak-yat yang berbilang kaum dan latar belakang, adalah menjadi tanggungjawab kita umat Islam menunjuk dan mengamalkan sikap saling menghormati serta belas ihsan sesa-ma makhluk dalam membentuk perpaduan negara rahmah.

Justeru, penting bagi umat Islam un-tuk mengamalkan sikap-sikap mahmudah yang bertindak berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah demi kesejahteraan sejagat.

Sebagaimana firman-Nya dalam surah

al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud :“Wahai umat manusia! Sesungguhnya

Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan be-ramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturu- nan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Ayat tersebut jelas menunjukkan baha-wa Islam itu merupakan satu agama yang mencintakan kedamaian dan penuh dengan sikap dan kasih-sayang sesama makhluk. Ini merupakan asas dan tunjung utama bagi membentuk perpaduan dan menjaga kehar-monian dan ikatan persaudaran dalam ka- langan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Justeru, besar harapan saya agar majlis yang diadakan ini akan dapat memberi ruang dan peluang kepada umat Islam untuk sa-ma-sama berfikir dan bermuhasabah untuk mempereratkan ikatan persaudaraan demi kebaikan umat Islam di negeri yang sangat bertuah ini. Untuk memperkukuhkan lagi syiar Islam, Kerajaan Negeri mengambil peduli akan keperluan bagi menyemarakkan sistem pendidikan Islam di Selangor dengan

melulus dan memperuntukkan RM237 juta bagi tujuan pembangunan sekolah-sekolah agama Islam termasuk maahad tahfiz, pem-bayaran gaji para guru KAFA serta kakita- ngan kontrak bagi sektor pendidikan.

Semoga dengan peruntukan yang disalur-kan ini dapat melahirkan lebih ramai gene- rasi huffaz dan rabbani yang bakal menera-jui kepimpinan pentadbiran Islam yang ung-gul pada masa akan datang. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta yang telah berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri pada kali ini.

Saya ingin mengambil kesempatan di- sini, untuk mengingatkan kepada para hu- ffaz, qari dan qariah agar mempersembah-kan bacaan anda semua dengan sebaik-bai-knya.

Kepada bakal huffaz, qari dan qariah yang dinobatkan sebagai johan nanti, buatlah per-sediaan yang terbaik untuk terus bersaing di peringkat kebangsaan sekali gus menghar-umkan nama Selangor. Insya-Allah.

Di kesempatan ini saya merakamkan uca-pan terima kasih kepada semua yang telah memberikan berbagai bentuk sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga segala usaha diterima oleh Allah S.W.T sebagai amal soleh.

Ucapan di Majlis Perasmian Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1441H/2020M

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

A

‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’

SILA JELASKAN BAYARAN

ANDA SEKARANG

SEBUAH MESEJ DARIPADA

Page 12: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

Album Klik!13SelangorKini 16 - 22 Januari 202012 SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

KIRIOrang ramai bersantai sambil merakam foto pesawat mendarat dari luar kawasan lapangan terbang KLIA, Sepangl REMY ARIFIN

KANANSukarelawan Rusia, Jane Koluga, 25, menyiapkan lukisan dinding bertemakan masyarakat majmuk di Heritage Walk, Klang l ASRI SAPFIE

KIRISeorang nelayan mengemudi bot pulang daripada menangkap ikan berdekatan jeti Sungai Labu, Sekinchan l ASRI SAPFIE

KANANPeserta program Royal Klang Heritage Walk 2020 berjalan kaki di sekitar Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang l REMY ARIFIN

KIRIAzlan Mohd Kham menunjukkan jenis pokok hiasan di Ekspo Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang I FIKRI YUSOF

KANANMahasiswa Pengurusan Perniagaan Universiti Selangor mengecat rumah ketika Program Khidmat Masyarakat dan Ziarah Asnaf di Kampung Sentosa, Batang Kalil HAFIZ OHMAN

KIRIPelajar tahfiz membaca surah Yasin ketika Majlis Kesyukuran Tausiah dan Doa Selamat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves l HAFIZ OTHMAN

KANANWan Muqarram Sidek menunjukkan produk penggilap cat kenderaan ketika Majlis Pelancaran Park Here Ke Arah Hub Automobil di Kompleks PKNS, Shah Alam I FIKRI YUSOF

Bersama penerima baucar Program Kembali ke Sekolah di Balai Masyarakat Alam Jaya, Puncak Alam

ADN JERAMMohd Shaid Rosli

Menziarahi penduduk di Kampung Tebuk Mufrad, Sabak BernamADN SUNGAI AIR TAWAR

Rizam Ismail

Bergotong-royong bersama penduduk membersihkan kawasan di SS7, Petaling Jaya

ADN SERI SETIAHalimey Abu Bakar

Memeriahkan Majlis Ramah Mesra sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Flat Chi Leong Port Klang, Klang

ADN PELABUHAN KLANGAzmizam Zaman Huri

Meraikan peserta membuat Batik Shibori anjuran Pusat Wanita Berdaya di Kajang

ADN SUNGAI RAMALMazwan Johar

ADN KAMPUNG TUNKULim Yi Wei

Memberi buah limau sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Sungai Way, Petaling Jaya

Page 13: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

14ADN

SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS KAJANG - Penerima sumbangan Jom Shopping Tahun Baharu Cina bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang digalak-kan membawa beg sendiri sekiranya mahu menebus baucar masing-masing di pasar raya.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Eh-wal Pengguna berkata ia seiring dengan kempen bebas plastik dan tekad Kera-jaan Negeri mencapai status Negeri Pintar menjelang 2025.

“Hasilnya, majoriti penerima memba-wa beg sendiri dan tidak menggunakan plastik dari pasar raya. Ini perkembangan baik,“ kata Hee Loy Sian pada majlis pe- nyampaian baucar berkenaan di Pasaraya Tesco Extra di sini pada 12 Januari lalu.

“Diharap penerima baucar Jom Shop-ping di kawasan lain turut mengikuti jejak

Penerima baucar Jom Shopping proalam sekitar

Peserta bawa beg sendirilangkah ini”.

Pada program berkenaan, Loy Sian yang juga Ahli Dewan Negeri Kajang menyerahkan baucar kepada 450 pene- rima.

Dalam perkembangan lain, beliau ber-kata pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah mengambil alih kutipan caj bayaran beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor sejak 1 Januari lalu.

“Selain berperanan mengutip caj plas-tik melalui invois, PBT akan menjalankan pemantauan penggunaan beg plastik di pasar raya dan kemasukan barang itu da- ripada pengilang yang membekalkannya kepada pasar raya.

“Wang yang dikutip akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah untuk diserah-kan kepada Kerajaan Negeri dan PBT bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat membabitkan alam sekitar,” katanya.

YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N17N17 GOMBAK SETIAGOMBAK SETIA

nNama: Muhammad Hilman Idham

nTarikh lahir: 2 Februari 1989 nNegeri kelahiran Klang, Selangor

nPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sains Politik), Universiti Kebangsaan Malaysia nAktiviti masa lapang Riadah, sukan & diskusi kedai kopi nJawatan lain: Setiausaha politik menteri hal ehwal ekonomi, Timbalan ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Pengerusi Persekutuan Pengakap Daerah Gombak

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Pegawai khas kepada Dato’ Menteri Besar Selangor

n Alamat pejabat ADN: Jalan Berjaya 6, Taman Berjaya, Gombak nNombor telefon ADN:

03-6178 3408

nE-mel: [email protected]

nFacebook: Hilman Idham

N17 GOMBAK

SETIA

Page 14: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

Bahaya influenzainfluenza dan kaedah rawatan

15SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

INFLUENZA ada sejarah panjang yang hitam dalam kehidupan manusia. Pada ta-hun 2018, genaplah 100 ta-hun malapetaka kesihatan da-

lam sejarah moden manusia. Pada awalnya, 1918, influenza hanya disebut sebagai “selesema Sepan-yol”.

Namun, masih ramai yang men-ganggap jangkitan tersebut tidak berbahaya sekalipun virus itu membunuh 650,000 manusia se- tiap tahun.

Lebih parah, influenza merebak pantas, bahkan sentiasa bermutasi hingga muncul virus baru, dari in-fluenza A, B dan C.

Mengikut Pertubuhan Kesi-hatan Sedunia (WHO), wabak itu dilaporkan meragut satu hingga dua juta nyawa pada 1957 apabi-la jangkitan virus yang bermula di China tersebar ke seluruh dunia.

Pada 2003, muncul pula influ-enza A (H5N1), atau selesema bu-rung, yang boleh berjangkit dari haiwan kepada manusia tetapi ia hanya dianggap tahap epidemik. H5N1 tidak menjangkiti manusia kepada manusia.

Jangkitan mencapai tahap pan-demik apabila virus menyerang dalam skala besar. Umpaman-ya selesema babi yang bermula di Mexico pada 2009, kemudian merebak ke 214 negara pada kadar cepat.

Dalam masa singkat, kira-kira 105,000 hingga 395,000 orang meninggal dunia akibat selesema babi – digelar sedemikian kera-na virus itu bermula dari haiwan berkenaan sebelum ia merebak ke-pada manusia.

Di Malaysia, kes pertama ber-laku pada Mei 2009 apabila se-orang pelajar berusia 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat dikesan positif influen-za A (H1N1). Mangsa mengala-mi demam, sakit tekak dan sa- kit badan kemudian dirawat di Hospital Sungai Buloh sebelum keadaannya kembali stabil.

Sekitar sebulan kemudian, kes pertama penularan tempatan dike-san di Malaysia apabila seorang pelajar perempuan 17 tahun yang tiada sejarah mengunjungi negara luar dijangkiti. Jangkitan berlaku akibat kelemahan kuarantin.

Sejenis selesema biasa?

Secara am, ada beberapa persa-maan antara selesema biasa den-gan jangkitan influenza. Seperti simpton selesema biasa, influenza juga menyebabkan hidung berhin-gus, tersumbat dan bersin akibat jangkitan pada saluran pernafasan.

Namun, kadarnya jauh lebih cepat dan lebih bahaya.

Sebenarnya, wabak itu terja-di mengikut musim. Bagi nega-ra beriklim sederhana, penularan jangkitan itu ada variasi yang jelas dengan kemuncaknya berlaku pada musim sejuk.

Namun bagi negara rantau tropika termasuk Malaysia, tiada musim penularan influenza yang jelas. Dengan kata lain, ia boleh berlaku sepanjang tahun.

Perbezaan influenza

Ada tiga jenis influenza iaitu A, B dan C. Kategori A dikenal pasti paling berbahaya kerana ia boleh menjadi pandemik.

Berbanding influenza B yang hanya menjangkiti manusia, influ-enza A juga boleh menular kepada haiwan. Keadaan ini menjadikan influenza A lebih mudah tersebar.

Virus influenza A yang men-jangkiti haiwan boleh tersebar ke-pada manusia melalui cecair dar-ipada mulut haiwan. Lazimnya, penternak ayam, itik atau babi mu-dah dijangkiti.

Istilah selesema burung dan se-lesema babi merujuk kepada virus influenza A yang dijangkiti ma-nusia daripada haiwan. Walaupun kes sedemikian jarang berlaku

tetapi simptomnya jauh lebih teruk dan risiko maut lebih tinggi.

Influenza B pula, walau seseka-li mendatangkan bahaya, tetapi ia kurang teruk berbanding influenza A.

Walaupun sering berlaku tetapi influenza B hanya ditemui dalam kalangan manusia sahaja seka-li gus kadar penyebarannya lebih terkawal. Namun, ia berpotensi mengakibatkan simptom yang te- ruk. Tidak seperti virus A, ia tidak menyebabkan pandemik.

Influenza C juga boleh men-jangkiti manusia tetapi lebih ‘ringan’, jarang berlaku dan bu-kan bersifat epidemik. Kadang kala, orang yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda.

Simptom

Tanda-tanda dijangkiti boleh dikesan melalui simptom demam panas, batuk, sakit kepala, sakit tekak, menggigil, muntah, sukar bernafas, letih lesu, cirit-birit dan sakit perut. Selain itu, ada juga kes pesakit mengalami muntah darah.

Kerap kali juga jangkitan virus sekadar menyebabkan gejala jang-kitan pada orang yang memiliki tahap kekebalan tubuh yang baik.

Justeru, ibu bapa perlu sentiasa memantau tahap kesihatan anak

masing-masing kerana kanak-kanak khasnya berusia bawah lima tahun antara golongan yang mu-dah dijangkiti.

Namun golongan paling be- risiko adalah wanita hamil, warga emas berumur 65 tahun ke atas, individu dengan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi atau asma, dan individu obes.

Individu yang memiliki daya ketahanan tubuh yang rendah se- perti pesakit barah, penghidap HIV, pesakit yang menjalani kemoterapi juga berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Vaksin

Cara paling berkesan untuk mengelakkan dijangkiti ialah me- lalui pengambilan vaksin kerana ia berkesan untuk semua golongan termasuk kanak-kanak.

Vaksin yang boleh didapati di kebanyakan klinik perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza dikemas kini ber-

Influenza merebak pantas, bahkan

sentiasa bermutasi dengan kemunculan virus baru, dari influenza A, B dan C.

dasarkan saranan WHO. Formulasi itu bagi memastikan

kandungan vaksin sepadan den-gan virus berikutan strukturnya berubah-ubah mengikut musim. Proses itu dikenali sebagai “anti-genic drift”.

INFO Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengamalkan lapan langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan.

Dapatkan rawatan segera jika ada simptom tertentu termasuk demam panas, batuk, sakit kepala, sakit tekak, menggigil, muntah, cirit-birit dan letih lesu.

Elakkan berjumpa saudara mara, rakan atau tempat awam.

Pakai penutup hidung jika berada di tempat awam.

Tutup hidung dan mulut dengan sapu tangan, tuala atau tisu apabila batuk atau bersin. Tisu yang sudah dipakai hendaklah dibuang.

Kerap membasuh tangan menggunakan sabun terutama selepas batuk atau bersin.

Elak berkongsi barangan peribadi seperti sapu tangan dan tuala.

Pastikan pengudaraan dan cahaya yang baik di rumah atau tempat kerja.

Bersihkan lantai dan meja yang tercemar dengan cecair hidung dan mulut.8

7

6

5

4

3

2

1

Page 15: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

OLEH ABANG MEDIAN ABANG SAID

Khabar yang saya bawa pasti akan menggemparkan dan melem-parkan Aku dalam gentar dan gusar. Aku pasti akan dipanah

gundah dan resah. Masa lampau se-olah-olah berulang membuktikan baha-wa manusia tidak pernah belajar daripa-da sejarah.

Saya akan cuba menceritakan semua ini dengan bahasa yang mudah. Akuan bersumpah mahupun sumpah laknat perlu diucapkan dengan bahasa yang relatifnya mudah biarpun sukar untuk dimengerti. Jikalau bahasa saya menjadi kian rumit, jangan segan untuk meng- ingatkan saya.

Saya mengalami metamorfosis se- hingga menjadi lelaki yang tampan. Sebenarnya saya ialah sesumpah. Ra-mai yang membuat justifikasi yang ke-sasar. Saya tidak pernah berubah wajah oleh rasa takut. Saya tidak perlu menu-kar mimik wajah untuk melepaskan diri daripada kepungan musuh. Musuh dan manusia tidak boleh terpisah. Semua mempunyai musuh yang tersendiri. Ke-hidupan moden yang tidak boleh lari dari gajet pun tetap ada yang meletakkan gajet sebagai musuh. Wang yang boleh memberikan kemewahan juga boleh menjadi musuh. Manusia yang hidup tan-pa musuh adalah kegilaan kerana musuh itu menjadikan hidup itu waras.

Anda susah hendak memahaminya? Tapi saya menggunakan bahasa yang mudah. Sama seperti akuan bersumpah, bahasanya mudah tetapi tetap susah di-fahami.

Saya tidak pernah bertukar perwa-takan untuk penyamaran. Saya hanya bertukar perwatakan oleh refleksi pada keadaan sekeliling atau emosi. Saya akan bertukar perwatakan jikalau saya marahkan seseorang. Saya boleh men-jadikan seseorang itu musuh biarpun sebelum ini dia merupakan sahabat saya. Saya sekarang bermusuh dengan Aku. Saya mahu Aku dimasukkan ke da-lam penjara. Dia merupakan majikan saya yang baik. Tetapi saya masih mahu

menganiaya Aku. Kebaikannya tidak se-mestinya menyebabkan kami berbaik. Dalam dunia, semuanya boleh berubah dengan pantas. Bukankah saya sesum- pah? Ramai yang tidak tahu bahawa saya mampu berlari pada kelajuan 34 km/jam. Lihatlah betapa liciknya saya untuk melepaskan diri dari kepungan musuh. Aku pasti tidak terkesan dengan helah saya sebelum ini. Dia terpedaya dengan tindakan saya yang nampak perlahan. Saya pantas menggunakan kelebihan saya sebagai sesumpah.

Ingat. Jangan bayangkan saya se- perti sesumpah iaitu haiwan reptilia her-bivor itu. Sudah saya katakan, saya telah mengalami metamorfosis. Mungkin sifat reptilia dan herbivor itu sudah saya ce- rakinkan. Ada ketikanya saya menyerupai buaya yang membaham mangsa biar-pun orang itu tidak bersalah. Ah, terpu-langlah ikut emosi dan kehendak saya! Saya boleh berubah mengikut keadaan.

Anda tidak tahu bukan? Saya mem-punyai penglihatan panorama yang mencecah 360°. Saya mempunyai pan-dangan monocular dan binocular. Maaf kerana menggunakan istilah yang sukar. Saya mempunyai kebolehan menga- wal setiap satu mata di sisi kepala secara sendiri tanpa menjejaskan pengliha-

Teluk Kumbar- selepas Anis Mojgani

kalau kau pantai, kau pantaipaling pasir berwarna gulakalau kau laut, kau lautpaling laut memeluk setiappantai yang paling aku& aku ingin menjadi anginpaling hawa menyentuh brehiudara yang paling penuh yang paling kamu.

Jack Malik

tan mata yang satu lagi. Yah, saya boleh mengelirukan sesiapa sahaja jika mereka melihat mata saya kerana mereka hanya melihat mata saya dari satu sisi. Satu sisi lagi, saya melihat dari arah yang berbe-za. Yah, pandangan mata saya pun sudah boleh menipu!

Jangan terpedaya dengan tubuh saya yang kecil biarpun tidak sekecil Par-son’s Chameleon dengan saiz sekitar 68 sentimeter iaitu sebesar kucing ru-mah. Bukankah saya sudah mengalami metamorfosis? Wajah saya yang tampan hanya dari segi luaran. Dalamannya saya masih seperti sesumpah dengan wajah menakutkan. Dengan wajah itulah saya menjatuhkan sesiapa sahaja.

Sisik sesumpah boleh menukarkan warna dengan memantulkan semula ca-haya yang terkena pada sisik tubuh. Sisik atau iridophore cells akan merapat da-lam keadaan tenang dan akan meregang apabila dalam keadaan terangsang. Warnanya juga berbeza-beza. Begitulah saya berlakon mengikut situsi. Perwa-takan saya berubah mengikut keadaan. Semuanya bertukar mengikut ganja-ran yang ditawarkan. Wajah saya boleh bertukar sayu untuk meminta simpati. Kadangkala wajah itu tampak berse-mangat untuk meyakinkan sesiapa sa-haja. Keberanian ditonjolkan biarpun di dalam hati penuh ketakutan. Saya akan menjulang kitab suci. Itu cuma kitab. Sedangkan hukum yang jelas di dalam kitab itu pun diingkari oleh manusia. Apa yang menakutkan dengan sumpah laknat? Manusia tetap berzina biarpun tahu dengan jelas bahawa perbuatan itu dilaknat oleh Allah.

Nasib baik saya dimetamorfosiskan menjadi manusia yang menggunakan seluar. Saya sebenarnya masih lagi mempunyai ekor. Bolehlah ekor itu di- sembunyikan. Pada waktu malam, saya akan tunjukkan ekor saya yang sebe-nar. Saya akan bergerak di celah-celah

dahan tanpa seluar dengan ekor saya yang menggenggam. Dari celah pokok itulah saya mengintip Aku. Saya mahu mencari kelemahan Aku. Saya mahu mentelajanginya dengan pelbagai ke- salahan. Biar pun tidak logik. Orang akan percaya dengan saya kerana saya ialah sesumpah.

Begini pengakuan yang saya buat: Aku telah memperkosa saya. Saya tidak tahu di mana tempatnya. Siang atau malam juga tidak penting. Kepala saya pusing. Yang pasti, saya telah diperkosa.

Pengakuan saya itu telah ditularkan. Semuanya telah dirancang.

Aku pula bersungguh-sungguh menafikan keadaan tersebut. Dia me- ngakui mengenali saya tetapi dia tidak mengakui melakukan perbuatan terse-but. Tetapi Aku tidak berani bersumpah. Saya ketawa apabila mengetahui perka-ra tersebut. Entah bagaimana, sewaktu saya ketawa, lidah saya tertangkap oleh snap kamera. Lidah saya belum lagi di-metamorfosis dan masih lagi bercabang dan panjang iaitu dua kali ganda dari tubuh badan sendiri. Tetapi saya jadi musykil. Bukankah lidah saya mampu bergerak pantas iaitu lima kali lebih pan-tas daripada pesawat tempur F16? Jadi bagaimana gambar lidah itu tertangkap? Lelaki yang menangkap gambar saya itu bernama Kau. Namun, Kau tidak mahu mendedahkan gambar tersebut. Dia ha-nya akan mendedahkan gambar itu pada waktu yang sesuai.

Jikalau sesumpah menggunakan lidah untuk menyambar serangga kecil tetapi saya yang telah dimetamorfosiskan akan menyambar ganjaran yang besar. Saya akan mengabaikan sasaran yang sebesar serangga.

Rupa-rupanya Aku bertindak nekad menafikan sumpah yang saya buat. Aku menelanjangi dirinya dengan menga-takan, “Doktor mengesahkan bahawa saya mengalami Impoten Premier. Jadi bagaimana saya boleh memperkosa?”

Pengakuan itu dikukuhkan lagi oleh pendedahan Kau tentang gambar saya yang berlidah panjang. Sepatutnya pen-gakuan akuan bersumpah apatah lagi pandangan yang dikongsikan secara langsung melalui Facebook tidak datang kepada masyarakat sebagai serangkai rumus. Semua itu perlu dicerna dan dibi-arkan tumbuh dalam minda.

Pengakuan itu melemparkan saya da-lam tajam dan gentingnya suasana. Saya terpelanting dari persepsi yang saya cip-ta. Saya cuba melarikan diri tetapi dengan mudah penyamaran saya dipatahkan. Saya ditangkap di lapangan terbang.

Saya yakin, anda semua tertipu de-ngan cerita saya. Betul bukan? Sebenar- nya, saya tidak pernah mengalami meta-morfosis. Saya bukannya sesumpah. Ja-ngan marahkan saya. Aku juga tidak per-nah memperkosa saya. Bagaimana Aku boleh memperkosa saya sedangkan saya sebenarnya seorang lelaki? Adakah lela-ki berpenampilan perempuan itu adalah metamorfosis?

Aku pula bersungguh-sungguh menafikan

keadaan tersebut. Dia mengakui mengenali saya tetapi dia tidak mengakui melakukan perbuatan tersebut.

Tetapi Aku tidak berani bersumpah. Saya ketawa

apabila mengetahui perkara tersebut. Entah bagaimana, sewaktu

saya ketawa, lidah saya tertangkap oleh snap

kamera. Lidah saya belum lagi dimetamorfosis dan masih lagi bercabang

dan panjang

Sumpah sesumpah

Page 16: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

17SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

Wanita & & KebajikanInformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - “Jangan malu lahirkan anak istimewa, mereka anugerah Allah yang tidak ternilai.”

Itu pesan penerima Anugerah Cikgu AnIS Terbaik 2019 Nurul Azzura Mohamad Jafri, 25, yang memin-ta ibu bapa menghargai anak istimewa dan memberi didikan sewajarnya kepada mereka.

“Terima anak ini, hantar mereka ke pusat jagaan bagi mendapat pendidikan untuk masa depan. Mereka amanah yang dihantar kepada ibu bapa,” katanya pada Majlis Simposium Cikgu Anak Istimewa Selangor (AnIS) 2020 di IDCC di sini pada 12 Januari lalu.

Walaupun baru bergelar pendidik, pemegang ijazah bidang psikologi dari Australia itu menanamkan rasa cinta dan menerima ragam anak berkeperluan khas dengan hati terbuka.

“Banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi kera-na mereka bukan seperti kanak-kanak lain dan ketika itulah kesabaran menjadi kunci utama,” katanya yang turut memuji usaha Kerajaan Negeri kerana peka terhadap keperluan golongan berkenaan.

Sementara itu, Hana Ilyani Mohamad Yatim, 33, dari Tadika An Nur Sri Kandi Telok Pangli-ma Garang menyarankan guru su-paya tidak takut dan putus asa mem- bimbing kanak-kanak istimewa.

“Saya beralih daripada bidang sumber manu-sia kepada guru kerana mahu mendidik mereka.

“Kegembiraan men-didik bukan hanya pada hasil tetapi bagaima-na mereka faham dan mengikuti arahan itu sudah bermakna bagi saya,” kata- nya yang ber-pengalaman selama sem-bilan tahun.

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh menyarankan Ahad dijadikan sebagai hari rehat bersa-ma keluarga.

Katanya, saranan itu sebagai langkah pencegahan dan penyelesaian dalam menghadapi tekanan kerja.

“…ini supaya mereka yang bekerja mem-punyai masa untuk berehat pada Ahad. Jika tidak berbuat demikian (berehat), badan akan letih seterusnya mereka rasa tertekan untuk bekerja pada hari berikutnya.

“Secara tidak langsung, keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal,” katanya selepas melancarkan Hari Keluarga Kiara Green Townhouse yang di-

hadiri hampir 100 penduduk berbilang kaum dan usia di taman perumahan ber- kenaan pada 11 Januari lalu.

Hannah yang juga ahli parlimen Segam-but turut menggalakkan semua persatuan penduduk kerap mengadakan program komuniti, bertujuan mengeratkan hubu- ngan silaturahim bukan sahaja dalam kala-ngan keluarga tetapi jiran tetangga.

“Langkah penting dalam menganjur-kan program berasaskan keluarga yang memberi lebih masa untuk penduduk saling bermesra dan mengenali antara satu sama lain.

“Mungkin program komuniti seperti ini boleh dilakukan pada Sabtu misalnya,” ka-tanya. - BERNAMA

Pesan Cikgu AnIS

Hargai anak istimewa

Jadikan Ahad hari bersama keluarga

Terima anak ini, hantar mereka ke pusat jagaan bagi mendapat pendidikan untuk masa depan. Mereka amanah yang dihantar kepada ibu bapaNURUL AZZURA

MOHAMAD JAFRIAnugerah Cikgu AnIS Terbaik 2019

Peserta Majlis Simposium Cikgu Anak Istimewa Selangor (AnIS) 2020

Page 17: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

18PBT

SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Penubuhan Team Pantau (Skuad Pantau Bersih Sepang) mampu meningkatkan tahap kebersihan di kawasan itu bagi mencapai kawasan si-far sampah, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata peman-tauan perbandaran sempurna, pengurusan bersepadu dan sis-tematik mengurangkan dampak negatif terhadap alam sekitar.

“Isu kebersihan amat penting untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat se-

perti denggi, banjir kilat dan sampah.

“Selangor perlu ke hadapan dalam mengurus pembersihan awam dan sisa pepejal meng-gunakan pelbagai kaedah ser-ta penggunaan teknologi baru,” katanya pada majlis pelancaran skuad berkenaan dan Sistem Pe-mantauan Kebersihan (pCOM) di Sepang pada 10 Januari lalu.

Sementara itu, Sze Han berka-ta pCOM yang juga sistem per-tama di Selangor akan meman-tau prestasi kebersihan ke atas perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam

oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd.

Justeru, katanya inisiatif Maj-lis Perbandaran Sepang (MPSe-pang) untuk menyelesaikan isu kebersihan perlu dipuji bagi membina masyarakat prihatin serta bertanggungjawab.

“Sasaran utamanya un-tuk memperkasakan perkhid- matan kepada orang ramai serta mendekati masyarakat melalui jalinan mesra supaya menyokong aspirasi MPSepang dan memberikan komitmen ter-hadap budaya penjagaan alam sekitar,” katanya.

Skuad Pantau Bersih Sepang

Pastikan kawasan sifar sampah

Ng Sze Han (tengah) ketika merasmikan Team Pantau (Skuad Pantau Bersih Sepang) dan Sistem Perfect Clean on Monitoring (pCOM) di Sepang pada 10 Januari lalu

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan kadar caj sewa parkir khas atau bermusim sebanyak 50 peratus bermula 1 Januari lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Per-hubungan Awamnya, Shahrin Ah-mad berkata kenaikan kadar itu tertakluk di bawah Perintah Pengang-

kutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MBSA) 2007.

Katanya, kadar baharu caj sewa pe-tak pertama RM150 manakala RM250 (petak kedua dan seterusnya) bagi jenis perniagaan seperti kedai mencuci kere-ta, kedai perabot dan alatan rumah, ho-tel bajet, pasar raya serta bank.

“Sebelum ini, kadar caj sewa terse-but RM100 bagi petak pertama, RM200 untuk petak kedua dan sete- rusnya.

“Bagaimanapun, kadar caj sewa ta-hun ini dinaikkan selain dipinda mengi-kut kategori jenis perniagaan,” katanya dalam kenyataan pada 10 Januari lalu.

Sementara itu, katanya, kategori jenis perniagaan seperti kedai aksesori kere-ta/motosikal, kedai alat ganti kereta/motosikal, kedai tayar dan rim kereta serta ruang pameran kereta/motosikal, kadar caj sewaan adalah RM150 bagi petak pertama dan RM300 (petak kedua dan seterusnya).

Caj sewa parkir khas MBSA naik 50 peratus

SHAH ALAM - Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama Syarikat Tet-ra Pak & KPT menyediakan 21 kabin kitar semula di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata buat masa ini sebanyak 16 kabin kitar semu-la disediakan MPSJ, manakala syarikat itu menyumbangkan 15 kabin lagi.

Katanya, pada tahun lalu MPSJ melupuskan 684 tan sam-pah sehari dengan anggaran satu rumah menghasilkan 1.9 kilogram dalam tempoh sama.

“Penduduk digalak menga- singkan sampah dengan ba-rang yang boleh dikitar semula.

“Sebagai contoh, 15 kabin yang dijadikan pusat kitar se- mula diperbuat daripada bekas kotak minuman,” katanya sele-pas merasmikan Majlis Penem-patan Kabin Kitar Semula Tet-ra Pak & KPT di Pangsapuri Sri Mutiara di sini pada 12 Januari lalu.

Beliau optimis penduduk serius menyertai program pe- ngurangan sampah dengan

21 kabin kitar semula di MPSJ

Noraini Roslan merasmikan ‘Drop-Off Centre’ Tetra Pak & KPT ser-ta Perpustakaan Mini Sri Mutiara MPSJ 2020 di Pangsapuri Sri Mu-tiara pada 12 Januari lalu

melakukan pengasingan sisa barang terpakai.

“Statistik kitar semula MPSJ meningkat daripada 13.2 pera-tus pada 2018 kepada 18.2 pe- ratus pada tahun lalu,” katanya.

Orang awam diseru meng-gunakan kemudahan pusat ki-tar semula dengan cara betul.

Penduduk digalak mengasingkan sampah dengan barang yang boleh dikitar semula. Sebagai contoh, 15 kabin yang dijadikan pusat kitar semula diperbuat daripada bekas kotak minuman

NORAINI ROSLANYang Dipertua MPSJ

Page 18: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

19SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

PBTInformasiTerkinidi jari anda

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya me- ngenal pasti 14 lokasi panas kes denggi di kawasan pentadbirannya.

Unit kawalan vektornya ber-kata pengawa-san berteru-san dijalankan bagi menga-tasi masalah itu berikutan kes terbabit agak tinggi.

Katanya, kawasan tumpuan adalah di PJU 1A (Pro-jek Perumahan Rakyat Miskin Tegar Lembah Subang), PJU 9 SD 3, PJU SD 12, PJU 10, SS 2, SS 6, SS 7, SS 20, Seksyen 17, 20, 51 A, PJS 2C (Pangsapuri Me-dan Cahaya), PJS 2B (Pangsapuri Desa Mentari) dan PJS 5 (Pang-

sapuri Desa Ria).“Sebanyak 130,000 kes deng-

gi direkodkan di seluruh nega-ra tahun lalu iaitu dua

kali ganda ber-banding 78,066 kes pada 2018.

Daripada jum-lah itu, Selangor m e n y u m b a n g separuh daripa-da keseluruhan

kes.“Manakala Peta-

ling adalah daerah dengan kes denggi ter-

tinggi di negeri ini,” katanya.Selangor mencatatkan kes

denggi tertinggi dengan 2,828 kes antara 29 Disember tahun lalu hingga 8 Januari menurut statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan Kementerian Kesi-hatan.

MBPJ tumpu 14 lokasi panas cegah denggi

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus melaksanakan Program Hari Tanpa Kenderaan pada tahun ini bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida.

Datuk Bandarnya berkata pro-gram pada Ahad minggu kedua se-tiap bulan bakal menonjolkan pel-bagai kelainan mengikut tema yang ditetapkan.

“Ini selaras dengan hala tuju MBSA menjadikan Shah Alam sebagai ban-dar raya rendah karbon menjelang 2030.

“Malah, program ini akan sentia-sa ditambah baik pada setiap bulan dengan pelbagai aktiviti yang lebih

menarik khusus buat penduduk Shah Alam,” kata Dato’ Haris Kasim ketika ditemui di Dataran Kemerdekaan Sek-syen 14 di sini pada 12 Januari lalu.

Aktiviti menarik yang diadakan an-tara jam 7 hingga 11 pagi termasuk-lah Larian Ulang Tahun Ketiga Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, acara berbasikal, senamrobik dan cabaran mendaki dinding.

Program itu turut membolehkan orang ramai menderma barangan dan pakaian terpakai.

Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels dan Perpustakaan Bergerak juga disediakan untuk orang awam mendapatkan maklumat yang mere-ka perlukan.

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pupuk gaya hidup sihat

SHAH ALAM - Orang ramai kini boleh menggu-nakan khidmat e-dompet Touch `n Go jika ingin membuat ba-yaran caj tempat letak kenderaan di Majlis Per-bandaran Subang Jaya dan Majlis Daerah Kuala Langat.

Aplikasi yang boleh dimuat naik menerusi telefon memu-

dahkan orang ramai meletak kenderaan di ka-wasan terbabit.

Pada 5 Disem-ber lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengu- mumkan kera-jaan menawarkan bantuan sekali

sahaja RM30 menerusi e-dom-pet sebagai rangsangan digital kepada 15 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Caj parkir MPSJ, MDKL guna e-dompet

OLEH NORHAYATI UMOR

PUTRAJAYA - Kerajaan Ne-geri memperkenalkan perkhid- matan bas `coaster’ atau bas mini secara percuma pertama di Selangor bagi meningkatkan kemudahan kepada penduduk.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata bas mini yang beroperasi di Majlis Per-

bandaran Sepang (MPSepang) mampu menurunkan pe-numpang di lobi Hospital Ser-dang.

“Berdasarkan saiznya yang kecil, bas ini dapat mengambil dan menurunkan penumpang sampai di lobi hospital.

“Saya berharap pihak hospi-tal memberi kerjasama dari as-pek keselamatan ketika bas ini menurun dan mengambil pe-numpang,” katanya pada Ma-

jlis Perasmian Pelancaran Bas ‘Coaster’ Smart Selangor di Ter-minal Bas IOI City Mall di sini pada 14 Januari.

“Inisiatif yang direalisasikan MPSepang ini harus menjadi contoh kepada pihak berkuasa tempatan lain,” katanya.

Selain ke Hospital Serdang, dua bas berkenaan turut me-lalui kawasan pinggir dan ban-dar seperti universiti, kolej, ser-ta kompleks perniagaan utama.

Bas mini MPSepang percuma dan pertama di Selangor

Mudahkan ulang-alik ke hospital

Ng Sze Han menaiki bas ‘coaster’ Smart Selangor di Terminal Bas IOI City Mall, Serdang pada 14 Januari lalu

Page 19: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

20Pendidikan

SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

KAJANG - Program ICT Boot Camp Selangor 2019 lan-dasan terbaik kepada pela-jar memupuk minat untuk membangunkan aplikasi dig-ital selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah Re- volusi Industri 4.0 (IR4.0).

EXCO teknologi dan inovasi berkata program yang masuk tahun keempat pelaksanaan- nya itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM220,000.

Hee Loy Sian berkata ia ber-tujuan merangsang daya kreati- viti dan inovasi pelajar terutama

berkaitan bidang sains dan mul-timedia selain membangunkan potensi pelajar melalui kemahi-ran komunikasi.

“Memandangkan zaman se-karang ramai pelajar kurang minat terhadap ilmu sains dan teknologi, jadi Kerajaan Nege-ri mengambil inisiatif mem-buat program ini supaya dapat memupuk minat mereka.

“Sepanjang enam hari pelak-sanaannya, ia mendapat sam-butan memberangsangkan de- ngan penglibatan 300 pelajar dari seluruh Selangor,” kata- nya selepas merasmikan pro-

gram berkenaan di Kolej Uni-versiti Islam Antarabangsa Sela- ngor (KUIS) pada 13 Januari lalu.

Beliau turut berkata pihaknya optimis program itu ditambah baik lagi pada masa akan da-tang melalui pembabitan lebih ramai pelajar.

Menerusi program tersebut, pelajar akan didedahkan de- ngan empat kursus iaitu pem-bangunan infografik dan video- grafik; rekabentuk aplika-si mudah alih; pembinaan la-man sesawang dan pembenta- ngan kreatif serta pembangu-nan permainan mudah alih.

Pupuk bangunkan aplikasi digital

Ke arah Negeri Pintar 2025

Pastikan belia sedia depani Revolusi Industri 4.0OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

GOMBAK - Kerajaan Negeri akan memastikan anak muda berse-dia untuk berdepan Revolusi In-dustri 4.0 selaras dengan sasaran mencapai Ne-geri Pintar 2025, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari ber-harap Selangor mencapai sasa-ran itu dan terus mampu kekal bersaing pada peringkat global.

“Jadi persiapan untuk anak-anak kita menghadapi Revolusi Industri 4.0 sebenarnya perlu bermula dari semalam.

“Apabila Revolusi Industri 4.0 mula menghubungkan orang di seluruh dunia, pekerjaan baha-ru yang memerlukan lebih ba- nyak kemahiran dan pengeta-

huan telah menguasai ekonomi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Gombak di sini pada 14 Januari lalu.

Amirudin berkata dasar Kera-jaan Negeri yang meletakkan pendidikan sebagai salah satu fokus utama bertujuan menca-pai Negeri Pintar 2025.

“Dalam konteks ini, perpusta-kaan adalah antara ejen transfor-masi yang penting bagi mereali- sasikan Gagasan Selangor Ne-geri Pintar.

“Selangor mempunyai rang-kaian perpustakaan yang baik sama ada di bandar dan desa. Perpustakaan boleh diibarat-kan antara batu bata yang akan mencantum masa depan negeri ini,” katanya.

Dato’ Seri Amirudin Shari (kiri) bersa-ma Pengarah PPAS, Masturah Muha-mad (kanan) serta EXCO Kerajaan Ne- geri, Dr. Mariah Mahmud (tengah) melawat Perpus-takaan Awam Se-langor Daerah Gombak pada 14 Januari lalu

SHAH ALAM - Jabatan Pendidi-kan Negeri Selangor merekod-kan 387 kes influenza A di 10 da- erah membabitkan 149 sekolah di negeri ini.

Namun tiada sekolah ditutup setakat 15 Januari lalu, kata jaba- tan itu dalam kenyataannya.

Daerah paling tinggi ialah Klang sebanyak 127 kes daripada 42 sekolah diikuti Petaling Perda-na (97 kes daripada 38 sekolah), Sepang (53 kes daripada 12 se-kolah), Petaling Utama (23 kes daripada 10 sekolah).

Selain itu, Kuala Langat (17 kes daripada lapan sekolah), Gom-bak (28 kes daripada 16 sekolah), Hulu Selangor (16 kes daripada lima sekolah), Hulu Langat (10 kes daripada lapan sekolah), Kua-la Selangor (8 kes daripada enam sekolah), Sabak Bernam (7 kes daripada tiga sekolah).

Kesemua mangsa dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.

“Mereka diberi cuti dan di-nasihatkan untuk dikuarantin di rumah dalam tempoh tiga hing-ga tujuh hari. Pesakit yang me- nerima rawatan di wad ada yang telah dibenarkan pulang,” kata jabatan berkenaan.

387 kes influenza A, tiada sekolah ditutup

Bagi mencegah penularan wabak itu jabatan menyarankan:

l Aktifkan Bilik Rawatan (sick bay) sebelum persekolahan bermula

l Bekerjasama dengan PIBG dan wajib menyediakan termome-ter untuk saringan awal

l Mewujudkan pasukan khas penyakit berjangkit

l Mengadakan sesi pendenga-ran awam, pendidikan ke-sihatan sebagai takwim ta-hunan

l Memasukkan slot penya- kit berjangkit dalam taklimat semasa mesyuarat PIBG

Page 20: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

21SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Gara-gara dihalau dari rumah sewa, se-pasang suami isteri dan tiga anak mereka terpaksa men-jadikan kereta sebagai `rumah’ hampir seminggu.

Kejadian disedari kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Bangunan Sultan Idris Shah yang kemu-dian membuat laporan kepada Skuad Saidina Umar (SSU) LZS.

Agensi itu dalam kenyataan berkata lima beranak tersebut dihalau kerana mereka tidak mampu membayar sewa bulanan.

“Ketua keluarga menghidap beberapa jenis penya- kit dan hanya mampu bekerja sambilan sebagai tukang masak,” katanya.

Tindakan segera SSU berjaya menempatkan semula lima beranak ini di rumah sewa baharu.

“Keluarga ini didaftarkan di bawah asnaf fakir buat se-mentara waktu, bantuan kewangan bulanan dan bantu-an sewa rumah juga akan diuruskan LZS,” katanya.

Kereta jadi rumah lima beranak

16 - 22 januari 2020 20 - 26 jadilawal1441

16 Khamis 6:03 6:13 7:22 1:25 4:48 7:23 8:3717 Jumaat 6:03 6:13 7:23 1:26 4:48 7:23 8:3718 Sabtu 6:04 6:14 7:23 1:26 4:48 7:24 8:3719 Ahad 6:04 6:14 7:23 1:26 4:49 7:24 8:3720 Isnin 6:04 6:14 7:23 1:27 4:49 7:24 8:3821 Selasa 6:05 6:15 7:24 1:27 4:49 7:25 8:3822 Rabu 6:05 6:15 7:24 1:27 4:49 7:25 8:38

16 Khamis 6:06 6:16 7:24 1:28 4:50 7:25 8:3817 Jumaat 6:06 6:16 7:25 1:29 4:51 7:25 8:3918 Sabtu 6:07 6:17 7:25 1:29 4:51 7:25 8:3919 Ahad 6:07 6:17 7:25 1:29 4:51 7:26 8:3920 Isnin 6:07 6:17 7:25 1:30 4:52 7:26 8:3921 Selasa 6:08 6:18 7:26 1:30 4:52 7:27 8:4022 Rabu 6:08 6:18 7:26 1:30 4:52 7:27 8:40

16 Khamis 6:03 6:13 7:23 1:26 4:49 7:24 8:3717 Jumaat 6:03 6:13 7:23 1:26 4:49 7:24 8:3818 Sabtu 6:04 6:14 7:24 1:27 4:49 7:25 8:3819 Ahad 6:04 6:14 7:24 1:27 4:49 7:25 8:3820 Isnin 6:04 6:14 7:24 1:27 4:50 7:25 8:3921 Selasa 6:05 6:15 7:24 1:28 4:50 7:26 8:3922 Rabu 6:05 6:15 7:25 1:28 4:50 7:26 8:39

SHAH ALAM - Keperitan hidup yang ditempuh Puteri Balqis Azizi mendo- rong Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan kecemasan selepas kisah pelakon cilik berbakat itu disiarkan stesen televisyen tem-patan.

Lembaga tersebut dalam ke-nyataan di Facebook memaklum-kan keluarga remaja 13 tahun itu la- yak didaftarkan sebagai asnaf mis-kin semasa dan menerima bantuan bersesuaian.

“Selain bantuan kewangan bula-nan dan tunggakan bil utiliti, bantu-an perubatan juga dipertimbangkan bagi meringankan beban keluarga ini.

“Marilah bersama kita doakan se-moga adik Puteri Balqis diberi ke- sembuhan segera dan ibunya tabah dengan dugaan ini,” kata LZS.

Puteri Balqis sebelum ini berkong-si kisah terpaksa mengikat perut dan berjimat-cermat.

Beliau yang tinggal bersama ibu-nya Norashikin Mohd Aziz menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupan seharian selepas kali terakhir berlakon pada awal 2018.

“Diakui, kami pernah terputus ma-kan dalam masa dua hingga tiga hari. Tetapi tiadalah sampai seminggu. Mummy (emak) selalunya memanas-kan lauk, bungkus dan kami berjimat cermat.

“Kalau terputus makanan, kena

Jual buku puisi demi kelangsungan hidup

LZS bantu ringan beban Puteri Balqis

ikat perut sebab kami perlu mencari jualan. Kalau mendapat jualan, bole-hlah makan, isi perut,” katanya seper-ti dilaporkan Berita Harian.

Walaupun bersyukur atas ujian yang dilalui dan menyifatkannya se-bagai indah namun sikap temannya mula menjauhkan diri meruntunkan jiwa beliau.

“Kami pernah susah dan senang. Untuk kami, perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya.

“Tuhan tak mahu kami lupa diri,

apabila kami kaya beli beg dan kasut mahal. Jadi, kami syukur dapat ujian begini kerana tidak mahu kami lupa diri... Terima kasih Tuhan,” katanya.

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 pernah diuji dengan penyakit berkaitan jantung dua tahun lalu.

Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2014 sebelum ini ada masalah kesihatan tetapi dok-tor belum dapat mengesahkan pe- nyakitnya.

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar menyeru penduduk berbilang kaum dan latar belakang di negeri ini menga-malkan sikap saling menghormati, be-las ihsan sesama makhluk bagi membentuk per-paduan negara rahmah.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bagi men-capai perpaduan itu, Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Sela- ngor Tahun 1441/2020M memilih

tema ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’.

“Tema tersebut selaras dengan hasrat Kera-

jaan Negeri mahu menyemarakkan se-

mangat toleransi, hormat-menghor-mati dan saling bekerjasama sesa-ma ummah,” kata-

nya ketika berucap merasmikan di Mas-

jid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini

pada 14 Januari lalu.Beliau berkata penganjuran maj-

lis itu diyakini dapat membantu

meningkatkan kecintaan sesama masyarakat Islam sekali gus mem-beri peluang kepada mereka me- ngenali mukjizat al-Quran.

“Ia juga tunjang utama bagi membentuk perpaduan dan men-jaga keharmonian ikatan persau-daraan dalam kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum,” ka-tanya.

“Besar harapan saya agar majlis yang diadakan ini dapat memberi ruang dan peluang kepada umat Is-lam untuk sama-sama berfikir dan bermuhasabah dalam mengerat ikatan persaudaraan demi kebai-kan umat Islam di negeri yang sa-ngat bertuah ini,” katanya.

Majlis tilawah Selangor pilih tema erat perpaduan

Page 21: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

22 SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

Cukai petak untuk hak milik strata

Rasionalisasi cekap, adil dan telus

OLEH NORHAYATI UMOR

T AHUKAH anda apa itu cukai pe-tak? Cukai petak bukan perkara baharu,

sebaliknya ia hanya meng-gantikan cukai tanah yang dikenakan kepada pemilik harta tanah yang memiliki hak milik strata.

Selangor merupakan ne- geri peneraju apabila mem-perkenalkan cukai petak bagi mengantikan cukai tanah melalui pindaan Akta Hakmilik Strata, bermula 1 Januari 2018.

Sehingga kini, sebanyak 551,055 hak milik petak yang berdaftar dicatatkan hasil rasionalisasi cukai petak berkenaan.

Pengarah Tanah dan Ga-lian Selangor (PTGS), Dato’ Zul-kefli Khalid berkata, Kerajaan Negeri mensasar-kan kutipan RM30 juta tahun ini berbanding jumlah keseluruhan RM55 juta.

“Bagi tahun 2020 pula, PTGS menyasarkan 80 pera-tus daripada jumlah kese- luruhan yang perlu dikutip.

“Kita akan berusaha keras supaya pemilik petak kediaman atau komersial ini menunaikan tanggung-jawab,” katanya kepada SelangorKini.

Menerusi usaha itu, ke- rajaan mengambil pertim-bangan sewajarnya dalam pelaksanaan cukai petak dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Cukai lebih adil

Tujuan utama pelaksa-naan cukai petak ini bagi membantu menyelesaikan isu berbangkit membabitkan tunggakan bayaran cukai tanah ke atas pembangunan skim strata berdaftar.

Perubahan cukai ini dibuat pada Jun 2018 bagi mem-bantu pemilik unit yang ingin menjual atau memindah milik hartanah mereka.

Sebelum ini, pemilik yang ingin berbuat demikian kerap menghadapi masalah jika rekod di pejabat tanah menunjukkan pemilik har-tanah masih belum men-jelaskan cukai mereka.

Zul-kefli berkata pelak-sanaan cukai petak itu juga dilihat sebagai satu me-kanisme pembetulan dan rasionalisasi kepada penge-naan cukai ke atas pemba-ngunan strata yang lebih sistematik, telus dan adil.

“Sebagai contoh, se-banyak 86,800 direkodkan tahun ini bagi penyerahan pindah hak milik. Manakala, pada tahun 2018, sebanyak 77,957 permohonan dilapor-kan.

“Ia mencatatkan jumlah peningkatan berbanding

tahun sebelum pelaksa-naan,” katanya.

Beliau ber-kata antara

manfaat lain dalam pelaksa-naan cukai petak itu adalah memudahkan urus niaga dan pusaka dilaksanakan, cukai petak dikenakan se-cara adil mengikut syarat petak iaitu kediaman, per- niagaan dan perusahaan.

“Melalui peralihan cukai petak itu, transaksi pem-bayaran cukai adalah lebih telus kerana pemilik petak tidak perlu lagi membayar caruman cukai tanah kepa-da perbadanan pengurusan (MC) atau badan pengurusan bersama (JMB), tetapi terus kepada PTGS.

“Pelaksanaan cukai petak menetapkan formula pengi-raan cukai berdasarkan jum-lah keluasan petak termasuk petak aksesori dimiliki, kate-gori kegunaan petak sama ada kediaman, perniagaan atau industri dan jenis pegangan hak milik sama ada pajakan atau selama- lamanya,” katanya.

Jelaskan sebelum 31 Mei

Bayaran cukai petak perlu dijelas-

kan sebelum 31 Mei

setiap tahun. Zul-Kefli berkata penguat

kuasa berkanun bertang-gungjawab menyelia dan mengurus hak milik strata sekiranya wujud perampas-an dalam milik dan cukai petak.

“Jika dulu tidak bayar, kita boleh rampas. Kesalahan seorang ditanggung oleh semua. Sebelum ini wujud satu geran tanah iaitu kongsi, tiada petak berasingan dan tiada pemilik secara individu. Maka, mereka semua dikenakan denda.

“Tetapi apabila cukai petak diperkenalkan, tinda-kan rampasan hanya untuk pemilik individu, tidak mem-babitkan orang lain secara keseluruhannya. Hanya pemilik yang tidak mem-bayarnya dikenakan denda atau rampasan.

“Kadar tetap cukai pe-tak bagi pemilik kos rendah adalah sebanyak RM16 setahun. Manakala, bagi “service apartment”, kadar berkenaan mengikut kadar komersial.

“Nampak ada kemam-puan kepada rakyat, sebab setahun sekali. Kutipan ini

hasil kerajaan dan dikem-balikan semula kepada rakyat. Untuk kebaikan rakyat juga.

“Justeru, saya memohon supaya pemilik dapat men-jelaskan bayaran sebelum tarikh ditetapkan. Ia bagi mengelakkan tindakan denda lewat dan rampasan dikenakan kepada pemilik yang gagal,” katanya.

Kesedaran kurang

Beliau berkata PTGS se-dang giat mempromosikan dan membuat hebahan berkenaan pelaksanaan cukai petak terbabit.

Katanya, sasaran kutipan tidak dicapai ekoran tahap kesedaran dalam kalangan pemilik hak milik strata masih rendah.

“PTGS masih lagi mem-buat penerangan, kita ada beberapa program yang sudah dan sedang dilak-sanakan contohnya Hari Bersama Pelanggan.

“Kita sering turun padang berjumpa dengan MC dan JMB untuk memberikan penerangan selain mem-buat hebahan di televisyen dan risalah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, usaha berkenaan masih belum dapat mem-berikan kesedaran kepada pemilik.

“Sehubungan itu, kami berharap semua pemilik dapat memberikan kerjasa-ma kerana pelaksanaan ini bukan untuk menyusahkan pemilik malah, memudah-kan urusan.

“Pemilik dapat tahu be-rapa jumlah sebenar yang perlu dibayar jika sebelum ini, perlu mendapatkan pengesahan dari JMB dan MB, mungkin ada caj tambahan yang dikenakan,” katanya.

Terdahulu, pemilik har-tanah berstrata di Selangor menikmati tempoh penge- cualian denda bayaran cukai petak selama tiga bulan ber-mula 1 Jun lalu sehingga 31 Ogos lalu.

Ia adalah satu bentuk in-sentif kepada semua rakyat Selangor yang memiliki hak milik strata, selain meng- galakkan pembayaran cukai petak demi kelangsungan pembangunan negeri yang holistik selaras dengan agen-da ‘Selangor Maju Bersama’.

ADVERTORIAL

Page 22: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

23SelangorKini 16 - 22 Januari 2020

SukanInformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Khidmat pemain baharu bakal digunakan bagi mengukuhkan pertahanan Red Giants dalam Kejohanan Asia Challenge (SAC) 2020 ketika me-nentang kelab dari Asia Tenggara pada 18 dan 19 Januari ini.

Ketua Jurulatih Selangor, B Sathianathan mahu menilai ta-hap kemampuan pemain berban- ding musim lalu terutama selepas skuad kendaliannya diperkuatkan dengan pemain baharu.

Enggan menggunakan pe-main sama dalam tempoh 48 jam, beliau lebih mementing-kan perlawanan pembukaan liga pada hujung Februari ini.

“Pasukan dijemput adalah kuat seperti Persib Bandung (Indonesia), mereka baharu menamatkan liga dan bermain dengan pasukan yang masih lagi dalam musim sukar kerana mere-ka sedang bermain pada tahap tertinggi.

“Memandangkan SAC adalah kejohanan pramusim, ia adalah bonus jika kita mampu menjadi juara, malah kita mahu menyedi-

akan pemain ke arah persaingan dan memastikan mereka cukup cergas,” katanya.

Sathianathan berkata Selangor berada pada tahap terbaik mu-sim ini dengan kewujudan kemu-dahan latihan, masa persediaan panjang selain kehadiran pemain baharu yang mempunyai aura positif.

“Kita mempunyai karakter seperti Brendan Gan, dia adalah contoh terbaik kepada pemain muda, Taylor (Regan) sebagai ketua dan (Nick) Swirad yang sangat berdisiplin.

“Semua pemain senior sudah

mula kembali dari cuti panjang bagi menjala-ni latihan dengan giat bersama pihak kejuru-latihan demi memasti-kan mereka cukup ber-sedia untuk kejohanan ini,” katanya.

Setiap pasukan akan bermain dua perla-wanan sahaja dan pasu-kan yang mempunyai rekod terbaik daripada setiap perlawanan akan dinobatkan sebagai juara.

Untuk menambahkan kemeriahan perlawanan, sistem pengiraan mata dan jumlah gol bakal di-ambil kira seperti kejo-hanan Emirates Cup di Eropah.

Sebagai ganjaran, jua- ra akan membawa pulang wang tunai RM41,353.81 (AS$10,000) dan naib ju-ara membawa pulang RM20,676.91 (AS$5,000) selain piala pusingan yang ditempa oleh Royal Selangor.

Bantu kukuh pertahanan Red Giants

Selangor Asia Challenge uji pemain baharu

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengumumkan pelantikan ke-tua jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) yang ba-haru pada Mac nanti.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam memaklumkan se-takat ini badan induk itu meneri-ma 12 permohonan termasuk em-pat jurulatih asing yang berminat mengisi jawatan berkenaan.

Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Hami-din Mohd Amin bakal bersidang pada awal Mac nanti bagi menilai kesemua calon berkenaan sebe-lum menamakan individu yang layak.

“Kita tidak terburu-buru untuk pelantikan segera memandang- kan tiada sebarang kejohanan

untuk skuad berkenaan pada tahun ini.

“Prestasi petun-juk utama (KPI) dan beberapa perka-ra lain yang perlu dicapai calon ber- kenaan diputuskan pada Mac nanti,” ka-tanya.

FAM sebelum ini memutuskan untuk tidak me- nyambung kontrak Datuk Ong Kim Swee sebagai pengenda-li skuad B-22 negara susulan prestasi hambar yang ditampil-kan pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Disember lalu.

Malaysia gagal melepasi pe- ringkat Kumpulan A, selain diaib-kan dengan kekalahan 1-3 kepa-da pasukan kerdil, Kemboja pada aksi pusingan awal temasya su-kan dwitahunan berkenaan.

Dalam pada itu, Stuart mengesahkan badan induk itu se-dang memukta- madkan pelanti-kan Kim Swee se-bagai Ketua Unit P e m b a n g u n a n

Belia FAM, susulan pengalaman luas yang dimiliki pengendali

kelahiran Melaka itu dalam bola sepak belia di negara ini.

“Kita akan membuat pengu- muman berhubung perkara berkenaan tidak lama lagi,” kata Stuart.

Kim Swee bukanlah nama asing dalam bola sepak belia di negara ini, termasuk mengenda-likan skuad B-22 negara sejak Su-kan SEA 2011 di Indonesia yang menyaksikan Malaysia meraih pingat emas. - BERNAMA

Pengendali baharu skuad bola B-22 diumum Mac

B Sathianathan

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD(201401006213 (1082296-U))

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/service/tenderlists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-registration-guideline dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

PN0000000946

PN0000000976

PN0000000968

VALVE MAINTENANCE AND APPURTENANCES WORKS FOR NORTHERN & SOUTHERN ZONE

BIG DATA ANALYTICS – DEVELOPMENT AND IMPLEMENTATION OF DATA LAKE, DASHBOARD & REPORTING AND EXPLORATORY & PREDICTIVE ANALYTICS

SUPPLY AND DELIVERY OF DELL PERSONAL COMPUTERS, WORKSTATION COMPUTERS, NOTEBOOKS AND RUGGED NOTEBOOKS

3 x 10cm

Page 23: MUKA 3 MUKA 8 MUKA 15 MUKA 21 Negeri optimis capai … · 2020-01-15 · selangortv.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 16 - 22 Januari 2020, 20 - 26 Jamadilawal 1441 Bahaya

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bangga dapat mengundang tiga kelab dari rantau Asia dalam Kejohanan Asia Challenge 2020, kata setia- usaha agungnya.

SHAH ALAM - Tiga pemain baha-ru Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bersemangat melakukan yang terbaik buat Red Giants da-lam Kejohanan Asia Challenge 2020.

Brendan Gan, pemain kacukan Malaysia-Australia tidak sabar un-tuk beraksi dalam kejohanan yang menjadi medan pasukan mempa-mer kehebatan masing-masing.

“Ini adalah ujian terbaik bagi

pembukaan 2020, malah saya sendiri akan melakukan yang terbaik supaya penyokong teru- ja menyaksikan pasukan Selangor.

“Sama ada bermain dengan pasukan terkenal atau tidak, fokus utama adalah memenangi perlawanan,” katanya selepas pro-gram ‘Meet & Greet’ di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 12 Januari lalu.

Sementara itu, Rodney Celvin

Akwensivi mengakui barisan pe-main Selangor memiliki prestasi hebat dan menjadi motivasi ke-padanya untuk melakukan per- kara sama.

“Saya menyasarkan sekurang- kurangnya satu atau dua piala untuk Selangor selain berusa-ha menambah baik prestasi dari semasa ke semasa,” kata pemain pertahanan itu.

Muhammad Syahmi Safari pula

berkata peluang beraksi dengan pasukan hebat Asia memberi pe- ngalaman baharu untuk meman-tapkan diri.

“Kejohanan ini persediaan baik untuk pembukaan musim dan pa-sukan yang menyertai juga bukan calang-calang, justeru kami ber-harap persaingan kali ini memberi pengalaman berharga kepada Se-langor,” kata pemenang Anugerah Gol Terbaik Piala AFF Suzuki 2018.

KOTA BHARU - Kementerian Be-lia dan Sukan (KBS) memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur sukan di kawasan luar bandar untuk dimanfaatkan masyarakat setempat.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ia bagi memastikan peruntukan untuk membina dan menaik taraf infra-struktur sukan tidak hanya ter-tumpu di kawasan bandar.

“KBS memberi tumpuan ke-pada sukan luar bandar dan menambah baik infrastruktur di kawasan itu berikutan banyak negeri yang mempunyai kawasan luar bandar dan separuh bandar yang memerlukannya.

“Sebagai contoh kami menam-baik baik dewan dan gelanggang futsal di kawasan luar bandar,” katanya kepada pemberita sele-pas Majlis Penyampaian Amanat dan Sijil kepada Youth Power Club (YPC) di Kompleks Belia dan Sukan Kelantan pada 12 Januari lalu.

Syed Saddiq berkata tumpuan diberikan di kawasan luar bandar yang mempunyai jumlah belia yang ramai agar prasarana sukan dapat dimanfaat sepenuhnya.

“Pembinaan sesuatu kompleks sukan… pihak kami akan melihat kepada keperluan di kawasan itu, jika perlu, kami akan usaha yang terbaik,” katanya.

Katanya begitu juga dalam as-pek penganjuran program, belia ketika ini tidak mahu satu pro-gram yang berskala besar namun mereka mahu program berskala kecil tetapi ia diperbanyakkan di seluruh kawasan. - BERNAMA

Asia Challenge 2020

FAS bangga undang tiga kelab besar

Dr Johan Kamal Hamidon berkata kelab berkenaan ialah Bangkok United FC dari Thailand, Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia).

“Kejohanan ini sebagai isyarat kepada pemain kita yang sedang mempersiapkan pasukan meng-

hadapi Liga Malaysia, sekali gus menjadi ke-lab bola sepak terung-gul di Asia,” katanya.

Beliau berkata kejohanan dua hari akan menjadi landasan terbaik untuk Selangor mengenal pasti dan memperbaiki kelemah-

an serta menga- tur strategi ke

pertandingan Asia tahun depan.

Kejohanan julung kali diadakan di Stadium

Shah Alam berlangsung pada 18 dan 19 Januari ini.

Tiga tonggak baharu, Brendan Gan, Muhammad Syahmi dan Rodney Celvin Akwensivi menjawab soalan dalam program ‘Meet & Greet’ di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 12 Januari lalu

Tiga tonggak baharu janji aksi terbaik

KBS tingkat prasarana