naskhah percuma bil. 11/2017 (oktober–november) • safar

16
NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar–Rabiul Awal 1439H facebook.com/maiwp.hq facebook.com/baitulmal.wp @MAIWPHQ @hqmaiwp BAITULMAL MAIWP 1-800-88-5222 TALIAN BEBAS TOL HOTLINE SKUAD JEJAK ASNAF 012-518 3614 012-512 7614 Menarik dalam edisi ini Empat Negara Kongsi Pengalaman Majukan Asnaf Mukasurat 4 PAZA Inovasi untuk Mudahkan Asnaf Mukasurat 6 Publisiti Agihan Zakat Mukasurat 10 Kenali Kami: Aktif Kutip Zakat, Agih Bagaimana? Mukasurat 13 Cakna Minda: LGBT, Apa yang kita tahu mengenainya (Siri 1) Mukasurat 14 17,890 Anak Keluarga Asnaf Mula Terima Pakaian Sekolah Mukasurat 15 BULETIN BULETIN MAIWP MAIWP MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN >> Baca selanjutnya di muka surat 5 USAHAWAN ASNAF DIKETENGAH PAZA WANGSA MAJU DIBUKA >> Baca selanjutnya di muka surat 3 PAZA WANGSA MAJU DIBUKA >> Baca selanjutnya di muka surat 3

Upload: others

Post on 06-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar–Rabiul Awal 1439Hfacebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp

@MAIWPHQ @hqmaiwp

BAITULMAL MAIWP

1-800-88-5222TALIAN BEBAS TOL

HOTLINE SKUAD JEJAK ASNAF

012-518 3614012-512 7614

Menarikdalam

edisi ini

Empat Negara Kongsi

Pengalaman Majukan AsnafMukasurat 4

PAZA Inovasi untuk

Mudahkan Asnaf

Mukasurat 6

Publisiti AgihanZakat

Mukasurat 10

Kenali Kami:Aktif Kutip Zakat, Agih Bagaimana?

Mukasurat 13

Cakna Minda: LGBT, Apa yang kita tahu

mengenainya(Siri 1)

Mukasurat 14

17,890 Anak Keluarga Asnaf

Mula Terima Pakaian Sekolah

Mukasurat 15

BULETINBULETINMAIWPMAIWP

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

>> Baca selanjutnya di muka surat 5

USAHAWANASNAF

DIKETENGAH

PAZAWANGSA MAJUDIBUKA>> Baca selanjutnya di muka surat 3

PAZAWANGSA MAJUDIBUKA>> Baca selanjutnya di muka surat 3

Page 2: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

Sebarang komen atau cadangan penambahbaikan sila hubungi:Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)Aras 10, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah,51200 Kuala Lumpur.(u/p: Unit Komunikasi Korporat)No. Tel: 03-4047 9444 No. Faks: 03-4044 9444Email: [email protected]

facebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp

@MAIWPHQ @hqmaiwp

www.maiwp.gov.my

SidangRedaksiPenasihatDato’ Haji Paimuzi bin YahyaKetua Pegawai Eksekutif MAIWP

Ketua Sidang RedaksiZahed bin Saidin

Sidang RedaksiWan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Md ZainNur Najihah binti Abdullah SampitAzri bin IberahimMohd Fauzi bin AhmadNorrol Asikin binti Md SharifNoraini binti IsmailNor Aiza binti Mohd AdnanNik Ahmad Afham bin Nik AbdullahMuhammad Ruzaimi bin IbrahimSutera Manis binti ZamzamMuhammad Zuwairi bin Abu BakarAbdullah As-Siddiq bin Mohd SubkiNoor Nazlia binti NordinNorazila binti ShariffKhairul Fazli bin TohfahBadrul Shah bin BasriNorazlin binti AsninSibraton Norehan binti Md. NordinIshak bin ChikMuhamad Naqiuddin bin Md. Yusoff

JurufotoMohd Fadhil bin Shoimi

Isi KandunganPAZA: Permohonan Bantuan Zakat Lebih Mudah ................................................................3Empat Negara Kongsi Pengalaman Majukan Asnaf ..............................................................4KUASA ASNAF 2017 ..................................................................................................................5Jauhi Penyelewengan dan Rasuah ..........................................................................................6PAZA Inovasi untuk Mudahkan Asnaf ....................................................................................6Pelajar Tadika Islam Dirai .......................................................................................................... 7Pengambilan Pelajar Baharu IKB ............................................................................................. 7Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan MAIWP September 2017 ..................................... 7Lensa MAIWP .............................................................................................................................8Publisiti Agihan Zakat .............................................................................................................10Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Gabungan Pelajar (SMAM) ........................................10Aplikasi Solat dalam Pesawat: MAIWP Hulur Sumbangan .................................................11Memanah SMA MAIWP Jadi Tumpuan .................................................................................11Integriti Kukuhkan Organisasi ................................................................................................12Pondok Moden Pusat STAM Pertama di Wilayah ................................................................12Kenali Kami: Aktif Kutip Zakat, Agih Bagaimana? ...............................................................13Cakna Minda: LGBT, Apa yang kita tahu mengenainya (Siri 1) ..........................................1417,890 Anak Keluarga Asnaf Mula Terima Pakaian Sekolah...............................................15IKB MAIWP Perkenal Kursus Pengurusan Sukan ................................................................15Tular Media Sosial: Mak Cik Tolak Troli ..................................................................................16

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bersua kembali dalam Buletin MAIWP November 2017.

MAIWP pada bulan ini sekali lagi meraih pencapaian yang membanggakan. Projek Pusat Agihan Zakat (PAZA) yang dijadikan sebagai projek inovasi telah sekali lagi menerima Gold Award pada 16-18 November yang lalu di Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC 2017) yang diadakan di Pahang.

Pencapaian yang membanggakan ini membuktikan agensi pengurusan Islam juga sentiasa terkehadapan dalam membuat penambahbaikan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pada 23–24 November yang lalu, buat julung-julung kalinya, MAIWP telah mengadakan Karnival Usahawan Asnaf 2017 atau ringkasnya KUASA ASNAF ’17. Karnival ini diadakan bersempena Seminar Pembangunan Asnaf Serantau yang diadakan serentak dengan pelancaran Bulan Zakat Kebangsaan.

Dalam seminar dan karnival ini, MAIWP mewakili Malaysia telah membentangkan pengalaman agihan zakat untuk membangunkan golongan asnaf. Usahawan asnaf yang berjaya telah diketengahkan dalam Karnival KUASA ASNAF ’17 di mana sebahagian mereka kini telah meniadi pembayar zakat pula.

Inilah usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh MAIWP dalam menyebarluas kepada masyarakat bagaimana wang zakat dimanfaatkan. Selari dengan usaha ini, MAIWP baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Utusan Malaysia bagi meneroka kerjasama yang boleh dijalinkan.

Adalah diharapkan para pembaca Buletin ini dapat membantu menjadi “orang tengah” menyalurkan maklumat tentang aktiviti agihan zakat MAIWP.

Semoga usaha anda semua akan dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Sekian.ZAHED BIN SAIDIN

Dari MejaKetua Editor

2

Page 3: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

7 November – Majlis Perasmian Pusat Agihan Zakat (PAZA) Parlimen Wangsa Maju telah diadakan di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.

Pembukaan PAZA ini terbukti telah memudahkan asnaf dalam memohon bantuan zakat. Ia telah memberi impak dan manfaat yang besar dalam pengurangan kos, masa dan tenaga asnaf itu sendiri. Selain itu pembukaan PAZA mampu meluaskan lagi agihan zakat.

Dalam ucapan perasmian, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir menyatakan MAIWP sentiasa mencari jalan bagi memudahkan asnaf mendapatkan bantuan zakat. Penubuhan PAZA menurutnya merupakan salah satu usaha terbaru di mana asnaf tidak lagi perlu hadir ke ibu pejabat Baitulmal MAIWP, sebaliknya hanya perlu hadir ke PAZA yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

PAZA: PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT LEBIH MUDAH

YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merasmikan Pusat Agihan Zakat (PAZA) Wangsa Maju.

Oleh: Noor Nazlia

Impak PAZA ini diiktiraf dan mempunyai nilai inovasinya tersendiri apabila ia menerima pengiktirafan Gold Award dalam beberapa pertandingan anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada tahun ini.

Sehingga kini MAIWP telah membuka 10 buah PAZA iaitu di: • Parlimen Bukit Bintang • Parlimen Bandar Tun Razak • Parlimen Batu • Parlimen Setiawangsa • Parlimen Titiwangsa • Parlimen Seputeh • Parlimen Lembah Pantai • Parlimen Segambut • Parlimen Labuan • Parlimen Wangsa Maju

Diharapkan menerusi pembukaan satu lagi PAZA ini, maka bantuan zakat akan dapat diagihkan semaksima mungkin bagi memastikan tiada lagi asnaf yang tercicir dari mendapat manfaat dana zakat.

3www.maiwp.gov.my

Page 4: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

23 November – Usaha MAIWP dalam membangunkan taraf hidup asnaf telah dikongsi dalam Seminar Pembangunan Asnaf Serantau pada 23 hingga 24 November yang lalu bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Kertas kerja bertajuk “Program Pemerkasaan Asnaf: Pengalaman MAIWP” telah dibentangkan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP yang mewakili Malaysia.

Negara-negara lain yang turut membentangkan kertas kerja adalah Brunei, Indonesia dan Singapura. Negara-negara ini adalah negara yang terlibat dalam Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) yang diurusetiakan oleh JAKIM.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapannya beliau menyatakan zakat merupakan instrumen ekonomi Islam terbaik dalam membasmi kemiskinan. Oleh itu, semua pihak diseru dapat memberikan kerjasama kepada agensi mengurus zakat bagi memastikan manfaat zakat dapat digembleng sebaik yang mungkin.

Seminar Pembangunan Asnaf Serantau dianjurkan bersama oleh MAIWP dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan diadakan serentak dengan perasmian Bulan Zakat Kebangsaan. Penganjurannya adalah rentetan keputusan Mesyuarat

Oleh: Wan Fadhli

Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) ke-41 dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS ke-17 Tahun 2016 pada November 2016.

Program ini dihadiri hampir 1,200 orang peserta daripada 4 buah negara MABIMS. Mereka terdiri daripada amil, asnaf, warga agensi mengurus zakat, pensyarah dan pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi serta orang awam.

Negara Brunei Darussalam menghantar 5 orang peserta, Rebublik Singapura seramai 2 orang manakala Rebulik Indonesia menghantar seorang peserta.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Tabung Haji (LTH), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Turut bekerjasama adalah Bank Islam Malaysia Berhad dan Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy.

EMPAT NEGARA KONGSI PENGALAMAN MAJUKAN ASNAF

Pembentangan kertas kerja oleh YBhg. Dato’ Hj Paimuzi Yahya mewakili Malaysia.

Bapak Fuad Nasar, Dikrektorat Zakat dan

Wakaf, Kementerian Agama Republik Indonesia.

Puan Muzaiyanah Hamzah Ketua Unit Strategik

Pembangunan, Majlis Ugama Islam Singapura.

Yang Mulia Awang Haji Hamzah bin Haji Sabtu,

Penolong Setiausaha, Majlis Ugama Islam Brunei.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi (6 dari kiri) bergambar kenangan bersama penerima-penerima anugerah sempena Bulan Zakat Kebangsaan 2017 ketika hadir merasmikan program

tersebut yang diadakan serentak dengan Seminar Pembangunan Asnaf Serantau.

Delegasi daripada setiap negara bergambar kenangan di majlis penutup.

4

Page 5: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

23 November – Aktiviti agihan zakat oleh MAIWP membantu asnaf daripada pelbagai aspek. Dalam membantu mereka keluar daripada kemiskinan, terdapat skim bantuan yang membantu mereka untuk berdikari antaranya Bantuan Perniagaan.

Menerusi bantuan ini, mereka menerima bantuan zakat samada dalam bentuk modal tambahan atau kelengkapan perniagaan.

Sempena Seminar Pembangunan Asnaf Serantau yang diadakan serentak dengan perasmian Bulan Zakat Kebangsaan 2017, MAIWP telah mengadakan Karnival Usahawan Asnaf 2017 atau ringkasnya KUASA ASNAF ’17.

Karnival tersebut berlangsung selama 2 hari iaitu pada 23 hingga 24 November lalu bertempat di perkarangan Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.

Seramai 30 orang yang menerima bantuan zakat bagi menjalankan perniagaan atau dikenali sebagai usahawan asnaf telah diketengahkan dalam karnival tersebut. Mereka terdiri daripada penerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain.

Karnival KUASA ASNAF ’17 ini membuktikan kepada masyarakat bahawa agensi mengurus zakat di seluruh negara telah memainkan peranan proaktif dalam membantu asnaf. Turut menyertai KUASA ASNAF ’17 adalah asnaf daripada Brunei.

Usahawan asnaf yang telah berjaya telah dijemput dalam sesi forum Bicara Asnaf pada 24 November 2017. Dalam sesi forum tersebut, mereka telah berkongsi pengalaman bagaimana zakat telah membantu mereka sehingga berjaya. Lebih membanggakan apabila mereka kini telah menjadi pembayar zakat pula.

Mereka adalah:1. En. Abdul Razak bin Hamid, tokoh Asnaf daripada Wilayah

Persekutuan2. Pn. Dayang Salmiah binti Hj. Tarang, tokoh asnaf dari Negara

Brunei Darussalam3. Pn. Nur Aisyah Tey binti Abdullah, tokoh asnaf daripada Negeri

Melaka4. Cik Nurhayati binti Abdullah tokoh asnaf daripada Negeri

Perak

Oleh: Nur Najihah

Karnival KUASA ASNAF ‘17 yang diadakan di Perkarangan Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur mengenengahkan pelbagai produk usahawan asnaf.KUASA ASNAF 2017

Kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan yang dibuka memudahkan pengunjung membuat urusan seperti pembaharuan

lesen, semakan dan bayaran saman dan lain-lain. KUASA ASNAF ‘17 turut menarik perhatian pelancong luaregara.

Forum Bicara Asnaf berkongsi pengalaman asnaf yang kini telah berjaya.

5www.maiwp.gov.my

Page 6: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

PAZA INOVASI UNTUK MUDAHKAN ASNAF Kejayaan Kumpulan Sufi diraikan dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan MAIWP November 2017.17 November – Pusat Agihan Zakat (PAZA) Baitulmal MAIWP yang diketengahkan sebagai projek inovasi sekali lagi mencipta kejayaan.

Baru-baru ini, projek PAZA yang dibentangkan oleh Kumpulan Sufi sekali lagi menerima pengiktirafan Gold Award.

Ia diraih dalam Pertandingan Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (NTEx) sempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC 2017) pada 15–16 November 2017 di Genting Highlands, Pahang. Konvensyen ini dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Sebelum ini, pada Ogos yang lalu, projek ini menerima Gold Award dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2017 anjuran MPB yang diadakan di Pulau Pinang.

Penubuhan PAZA terbukti telah memudahkan asnaf dalam memohon bantuan zakat. Ia telah memberi impak dan manfaat yang besar dalam pengurangan kos, masa dan tenaga asnaf itu sendiri.

Oleh: Azwan Hafiz

MAIWP memikul amanah para pembayar zakat. Dana yang diterima harus diurus dan diagihkan dengan

penuh amanah, telus dan bertanggungjawab. Oleh itu

sebarang perbuatan penyelewengan dan

rasuah harus dihindari.

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP

Pembentangan projek inovasi PAZA di NTEx APIC 2017.

Perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Puan Wan Azira.

Penerima Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan September 2017 bergambar

kenangan.

30 November – “Semua warga MAIWP adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan sebagai penjawat awam dan tidak terlibat dalam penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa”.

Pesanan tersebut disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP di Perhimpunan Bulanan MAIWP November 2017 yang diadakan di Dewan Seminar ibu pejabat MAIWP.

Menurut beliau, MAIWP memikul amanah para pembayar zakat. Dana yang diterima harus diurus dan diagihkan dengan penuh amanah, telus dan bertanggungjawab. “Oleh itu sebarang perbuatan penyelewengan dan rasuah harus dihindari,” tegas beliau.

Tambah beliau lagi, MAIWP harus proaktif dalam membuat hebahan tentang aktiviti agihan zakat yang dilaksanakan. Perkara

JAUHI PENYELEWENGAN DAN RASUAHOleh: Nur Najihah

ini akan mampu meningkatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat untuk menunaikan zakat kepada MAIWP.

Pada majlis kali ini turut diadakan slot perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Puan Wan Azira binti Wan Salleh, Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat. Beliau baharu sahaja selesai mengikuti Kursus Khas Pengurusan di United Kingdom anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selama sebulan bermula 16 Oktober hingga 17 November yang lalu.

YBhg. Dato’ KPE turut menyampaikan Anugerah Pegawai Breprestasi Bulanan September 2017 dan sijil kepada kumpulan Sufi yang telah mendapat Gold Award di Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 18 November yang lalu.

6

Page 7: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

9 November – Peranan MAIWP dalam membangunkan modal insan bermula daripada peringkat awal lagi. Bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun, MAIWP menyediakan pendidikan pra sekolah menerusi Tadika-tadika Islam MAIWP.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 81 buah Tadika Islam di bawah MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Pada 9 November baru-baru ini, telah berlangsung Majlis Konvokesyen Tadika Islam MAIWP Zon Titiwangsa di Masjid Wilayah Persekutuan.

Majlis ini diadakan setiap tahun bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya menamatkan persekolahan prasekolah. Penganugerahan ini juga dapat

Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) telah mengadakan sesi temuduga bagi pemilihan pelajar baharu 2018/2019. Seramai 150 orang hadir ke sesi temuduga yang dikendalikan oleh tenaga pengajar setiap kursus.

Calon-calon yang layak untuk ditemuduga dipilih berdasarkan minima kelulusan akademik tamat darjah 6 yang telah diperolehi dan bersesuaian dengan kursus yang dipohon.

IKB yang beroperasi di Kampung Pandan menawarkan 7 kursus kemahiran iaitu Kursus Kejuruteraan Elektrik, Kursus Penyediaan

PELAJAR TADIKA ISLAM DIRAIOleh: Norrol Asikin

Oleh: Norazlin binti Asnin

Tahniah Penerima AnugerahPegawai Berprestasi Bulanan MAIWP September 2017

Wan Azmera binti Wan Alkamar ShahPembantu Tadbir (P/O)Bahagian Pembangunan & Pelaburan

Sulaiha binti AhmadPembantu Tadbir (P/O)Bahagian Baitulmal

Helmi Hasbullah bin Muhammad Zin PemanduBahagian Pembangunan Insan

Azmimi bin Abdul Ghapar Pemandu Kompleks Darul Kifayah, BPI MAIWP

memberi motivasi dan menyuntik semangat murid-murid untuk meneruskan sesi persekolahan di Tahun Satu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU IKB

Dan Penyajian Makanan, Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki, Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita, Kursus Teknologi Binaan Bangunan dan kursus baharu iaitu Kursus Pengurusan Sukan.

7www.maiwp.gov.my

Page 8: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP bersama Ahli Parlimen Setiawangsa

10 Nov – Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah turun menyantuni dua buah keluarga asnaf bersama YB Ahli Parlimen Setiawangsa di Menara Merak Kayangan Setiawangsa Kuala Lumpur.

Bantuan kepada Warga Emas

Nenek Soo, 83 tahun yang tinggal di Jalan Air Kuning, Ayer Panas, Setapak menerima kunjungan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal  MAIWP. Beliau sakit lumpuh dan dijaga oleh anak angkatnya. 

Santuni Bayi 52 Hari

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP menziarahi Adik Khalif Ahnaf berusia 52 hari di Wangsa Maju yang mengalami masalah jantung.

8

Page 9: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

Kunjungan Hormat kepada Ketua Audit Negara

MAIWP Kongsi Pengalaman Urus Wakaf

10 Nov – MAIWP menerima lawatan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi mengadakan perbincangan berkaitan wakaf. Lawatan MAIDAM diketuai oleh YBhg. Dr. Che Omar bin Haji Awang, Ahli Jawatankuasa Ad-Hoc Wakaf Zuriat

MAIDAM disambut oleh Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pengurus Baitulmal MAIWP.

Program Sembelihan, Pelajar SMISTA

10 Nov – Seramai 81 orang pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP didedahkan dengan teknik sembelihan yang betul. Pelajar mendapat pendedahan berharga apabila berpeluang mengikuti sepenuhnya daripada

proses penyembelihan, membersih, memasak hingga proses menghidang makanan.

17 Nov – Kunjungan Hormat Jawatankuasa Audit Dalam (JKAD) MAIWP diketuai YBhg. Datuk Ibrahim bin Thamby Chik kepada YBhg. Tan Sri Dr. Madinah

binti Mohamad, Ketua Audit Negara Malaysia. Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut

adalah YBhg. Lt. Kol (K) Datuk Haji Anwari bin Suri dan YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Che Yacob selaku

Ahli JKAD.

9www.maiwp.gov.my

Page 10: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

20 November – MAIWP merupakan satu-satunya agensi bertanggungjawab di Wilayah Persekutuan dalam pengurusan zakat. Kutipan zakat harta dilaksanakan oleh MAIWP menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP manakala agihan dilaksanakan oleh MAIWP menerusi pelbagai kaedah.

Sehingga kini, terdapat 28 skim bantuan zakat yang ditawarkan oleh MAIWP. Selain itu, pelbagai institusi pendidikan telah ditubuhkan oleh MAIWP hasil manfaat zakat yang dibayar bermula peringkat pendidikan awal sehingga pengajian tinggi.

MAIWP juga dari masa ke semasa sentiasa memudahkan prosedur permohonan bantuan zakat dengan pembukaan Pusat Agihan Zakat, penubuhan Skuad Jejak Asnaf, meringkaskan borang permohonan dan banyak lagi.

Perkara ini telah dikongsikan oleh Encik Zahed bin Saidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP dalam sesi kunjungan

PUBLISITI AGIHAN ZAKAT Oleh: Wan Fadhli

hormat kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Lawatan MAIWP disambut oleh YBhg. Datuk Othman Mohamad, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan dan pegawai-pegawai kanan Utusan.

Menurut Encik Zahed lagi, perkara ini perlu dihebahkan kepada masyarakat kerana institusi zakat sering dilabel tidak proaktif dalam membantu golongan asnaf. Walhal, pelbagai usaha telah dilaksanakan dan setakat hari ini, hampir 23,000 keluarga menerima bantuan zakat setiap bulan daripada MAIWP.

YBhg. Datuk Othman dalam ucapannya menyatakan Utusan Malaysia sedia membantu MAIWP. Menurut beliau, mereka mempunyai pelbagai medium yang dapat membantu menyalurkan maklumat kepada masyarakat dengan berkesan samada menerusi media cetak atau media sosial.

Rombongan MAIWP telah dibawa melihat bagaimana berita dihasilkan, disemak sehingga disahkan untuk dicetak.

Terdapat 4 institusi pendidikan menengah di bawah MAIWP yang diselaraskan menerusi Bahagian Pembangunan Insan (BPI). Institusi tersebut adalah Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Pondok Moden Al-’Abaqirah dan pusat pengajian hadith dikenali Maalim Sunan Li Dirasati Hadis Nabawiyyah.

Pada 8–9 November yang lalu, seramai 160 orang pelajar daripada kesemua institusi ini telah mengikuti Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab bagi Gabungan Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Agama, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAM) yang diadakan di Dewan Besar Darul Kifayah

Bengkel ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berbangsa Arab lantikan MAIWP daripada semua institusi. Fokus utama yang diberikan adalah meningkatkan kesedaran kepada para pelajar tentang mudahnya menguasai Bahasa Arab.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Rushdan bin Ab. Hamid, Pengurus BPI MAIWP. Beliau menasihatkan para pelajar agar dapat menguasai Bahasa Arab yang akan menjadi satu kelebihan di samping kecemerlangan dalam akademik.

Encik Zahed mengetuai rombongan MAIWP membuat kunjungan hormat kepada Utusan Malaysia.

BENGKEL PENGUKUHAN BAHASA ARAB GABUNGAN PELAJAR SMAM Oleh: Abdul Halim

10

Page 11: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

7 November – Satu perisian yang menggabungkan aplikasi solat dan Sistem Hiburan Dalam Penerbangan (SHDP) pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS) kini sedang dibangunkan oleh Persatuan Falak Syar’ i Malaysia (PFSM) bersama MAS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Perisian yang dikenali sebagai Mymuwaqqit ini merupakan sebuah projek inovasi yang dibangunkan oleh gabungan saintis dan ulama’ dari Malaysia. Ia dikategorikan sebagai hadiah Malaysia kepada Dunia (Malaysia’s Gift To The World) dan belum pernah dilakukan dalam sejarah sains falak syar’ i dunia.

Aplikasi ini membolehkan musafir muslim mengetahui kedudukan kiblat serta waktu solat ketika dalam penerbangan.

Sebagi tanda sokongan kepada pembangunan aplikasi ini, MAIWP telah menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM420,000 di bawah Skim Bantuan Kebajikan Agensi-Agensi Bukan Kerajaan (NGO) kepada PFSM.

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ketika menyampaikan sumbangan menyatakan aplikasi ini dilihat sebagai satu usaha dakwah dan dapat membantu menyemarakkan syiar Islam. “Kita berharap sumbangan ini dapat melancarkan proses pembangunan perisian yang akan memudahkan umat Islam ketika bermusafir,” kata beliau.

MEMANAH SMA MAIWP JADI TUMPUAN25 Oktober – Acara memanah merupakan antara acara “kegemaran” para pelajar Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur (SMA-MAIWP KL). Baru-baru ini kemahiran mereka telah disaksikan oleh para peserta Bengkel Majlis Kokurikulum Sekolah Agama (MAKSA) Malaysia, Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (BKI-JAKIM). Bengkel tersebut yang menghimpunkan wakil setiap majlis dan jabatan agama negeri diadakan bertujuan meneliti kokurikulum sekolah agama. Sempena bengkel tersebut, para peserta turut

dibawa melihat simulasi acara memanah oleh para pelajar SMA-MAIWP KL. Mereka turut diberi peluang merasai sendiri acara berkenaan.

Lawatan simulasi acara memanah ini dibuat sebagai pendedahan awal sebelum ia dimasukkan sebagai salah satu acara dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) bagi tahun 2018. Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ketua Penolong Pengarah BKI, Ustaz Azizan bin Muhammad

Oleh: Nik Syafawati Nik Nasir

Oleh: Noor Nazlia

APLIKASI SOLAT DALAM PESAWAT: MAIWP HULUR SUMBANGAN

11www.maiwp.gov.my

Page 12: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

6 November – MAIWP melalui Unit Integriti telah mengadakan Hari Integriti MAIWP di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur.

Program ini diadakan bersempena Hari Integriti Kebangsaan yang disambut pada 5 November setiap tahun.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP. Beliau menyarankan agar setiap penjawat awam sentiasa menjadikan kerja sebagai satu ibadah.

Menurutnya, integriti dalam organisasi dicerminkan dengan pelaksanaan etika, piagam pelanggan, sistem atau peraturan kerja mengikut amalan terbaik. Kod etika organisasi sentiasa

5 November – Baru-baru ini berlangsungnya peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA).

Walaupun baru ditubuhkan, PMA kini mencatatkan satu kejayaan besar dalam sejarah pendidikannya apabila berjaya menjadi pusat STAM yang pertama di Wilayah Persekutuan. Seramai 21 orang pelajar PMA menjadi kumpulan pertama menduduki peperiksaan ini.

Bagi mendapatkan keputusan yang baik dalam STAM, maka para pelajar perlu menguasai bahasa Arab.

“Minat yang mendalam terhadap bahasa Arab ketika menengah rendah lagi mendorong saya menyambung pengajian di pondok dan mengambil peperiksaan STAM di sini,” ujar Muhammad Ikhwan Haziq, salah seorang calon STAM.

Oleh: Nur Najihah

Oleh: Norazila Shariff

diterapkan, dihayati, dan diamalkan oleh anggota organisasi sehingga ia menjadi amalan dan budaya keseluruhan organisasi.

Pada hari tersebut, telah diadakan pelbagai aktiviti antaranya booth jualan produk-produk kesihatan, persembahan coral speaking dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL), pertandingan kuiz dan ceramah oleh Ustaz Shamsul bin Ismail atau lebih dikenali Shamsul Debat.

Semoga Hari Integriti yang dilaksanakan ini dapat membantu mengingatkan warga MAIWP agar sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh kejujuran, bertanggungjawab, amanah dan sebagai yang boleh meningkatkan kredibiliti MAIWP.

INTEGRITI KUKUHKAN ORGANISASI

PONDOK MODEN PUSAT STAM PERTAMA DI WILAYAH

PMA merupakan sebuah institusi yang memperkenalkan kurikulum pengajian Tahun 3 (Semester 5 dan 6) dengan pengajian beberapa subjek seperti al-Quran dan Tajwid, Hadis dan Mustolah, Fiqh dan Faraid, Tauhid dan Mantiq, Tarikh Adab dan Nusus serta Tafsir dan Ulum. Dalam masa yang sama, para pelajar juga menghafal Juzuk Lima dan Juzuk Enam serta mempelajari subjek Turath Jawi seperti Bughyah al-Tullab, Bahrul Mazi dan Siyarus Salikin.

Adalah diharapkan kumpulan pertama calon STAM ini beroleh keputusan yang cemerlang seterusnya melonjakkan nama PMA sebagai institusi pendidikan yang berpotensi tinggi.

Sekalung penghargaan kepada Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana telah membantu sepanjang peperiksaan berlangsung.

Ceramah oleh Shamsul Debat.

Para pelajar PMA yang merupakan kumpulan pelajar pertama menduduki peperiksaan STAM.

12

Page 13: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

Menjelang hujung tahun, publisiti kutipan zakat mula rancak dibuat oleh agensi-agensi kutipan zakat di setiap negeri. Cukup tempoh setahun atau cukup haul, secara umumnya adalah antara syarat wajib bagi menunaikan zakat harta selain cukup nisab. Menerusi publisiti ini, ia dapat mengingatkan umat Islam tentang kefarduan berzakat yang merupakan rukun Islam yang ke-4.

Di Wilayah Persekutuan, aktiviti kutipan zakat diuruskan oleh MAIWP menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP). Pelbagai kempen dan program kesedaran dibuat khususnya di penghujung tahun ini bagi menarik lebih ramai pembayar zakat.

Dalam kerancakan menarik umat Islam untuk menunaikan zakat, timbul pertanyaan bagaimana pula zakat yang dikutip itu diagih. Lebih mendukacitakan ia disusuli dengan tanggapan dan dakwaan seperti “hanya tahu kutip, agihnya tidak”, pegawai agihan zakat malas dan tidak proaktif, prosedur yang menyusahkan dan banyak lagi.

Pada ruangan ini, ingin dijelaskan beberapa usaha yang telah dilaksanakan oleh MAIWP dalam mengagihkan zakat di Wilayah Persekutuan ini. Penulis percaya usaha yang sama turut dijalankan oleh agensi mengurus zakat di negeri-negeri lain.

KAUNTER AGIHAN ZAKAT-PAZADalam memudahkan pemohon bantuan zakat, MAIWP telah membuka 10 kaunter agihan zakat yang dinamakan Pusat Agihan Zakat (PAZA).

Melalui pembukaan PAZA mengikut kawasan Parlimen, golongan asnaf tidak lagi perlu ke ibu pejabat Baitulmal MAIWP yang mungkin terletak jauh dari rumah. Mereka hanya perlu hadir ke PAZA yang berhampiran untuk permohonan bantuan zakat dan mendapatkan kit keperluan asasi.

Tidak cukup dengan itu, Kaunter Bergerak Baitulmal MAIWP disediakan dan berada di lokasi tumpuan orang ramai seperti di tapak pasar malam, kawasan PPR, masjid dan lain-lain lagi untuk memudahkan asnaf berurusan memohon bantuan zakat.

BORANG BANTUAN ZAKAT YANG RINGKASPemohon bantuan zakat tidak perlu mengisi borang yang tebal. Borang permohonan bantuan Baitulmal MAIWP telah diringkaskan kepada sehelai sahaja dengan dua halaman. Hanya maklumat dan dokumen sokongan asas yang diperlukan bagi mengesahkan maklumat yang diberikan.

Banyak lagi usaha yang telah dibuat bagi memudahkan permohonan bantuan zakat dan memaksimum agihan zakat kepada mereka yang layak.

SKUAD JEJAK ASNAF BAITULMALPegawai agihan zakat Baitulmal MAIWP tidak hanya tunggu di pejabat. Skuad Jejak Asnaf Baitulmal sentiasa turun padang mencari dan mengenalpasti mereka yang tercicir menerima bantuan zakat.

Orang ramai juga diharap dapat turut membantu menyalurkan maklumat tentang mereka yang memerlukan kepada Skuad Jejak Asnaf ini menerusi talian bebas tol 1-800-88-5222 atau hotline 012-518 3614/ 012-512 7614.

AGIHAN ZAKAT BERJALAN SEPANJANG TAHUN Proses kutipan zakat berjalan sepanjang tahun dan tidak hanya pada bulan tertentu seperti bulan Ramadhan atau penghujung tahun. Cuma pada waktu ini kempen kesedaran dipertingkatkan mengikut suasana bulan-bulan tersebut.

Ini tidak bermakna agihan zakat juga hanya dibuat pada ketika itu. Agihan zakat oleh MAIWP berjalan sepanjang tahun. Sebanyak 28 skim bantuan zakat ditawarkan oleh Baitulmal MAIWP.

Salah satu skim iaitu Skim Bantuan Kewangan Bulanan membantu hampir 23,000 keluarga setiap bulan di Wilayah Persekutuan dengan komitmen perbelanjaan hampir RM7 juta sebulan.

Begitu juga dengan skim-skim bantuan lain yang merangkumi keperluan asasi, pendidikan, bantuan berdikari, kebajikan dan dakwah

BAGAIMANA?

KUTIP ZAKAT,AKTIF

AGIH

Oleh: Wan Fadhli

Maklumat lanjut sila layari www.maiwp.gov.my atau facebook.com/maiwp.hq dan facebook.com/baitulmal.wp

13www.maiwp.gov.my

Page 14: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

Apa yang kitatahu mengenainya?Lgbt

(Siri 1)

Oleh: Wan Azira binti Wan Salleh(peserta Kursus Pengurusan Khas di United Kingdom)

LESBIANGolongan wanita yang tertarik melakukan hubungan songsang sesama wanita.

GAYGolongan lelaki yang tertarik melakukan hubungan songsang sesama lelaki.

BISEKSUALGolongan yang tertarik melakukan hubungan seksual dengan lelaki dan juga wanita.

TRANSGENDERGolongan yang lebih selesa menjadi jantina yang berlainan dari jantina asalnya.

LGBT adalah singkatan atau akronim kepada lesbian, gay, biseksual dan transgender yang mengamalkan seks songsang.

Golongan LGBT sebenarnya telah lama wujud di United Kingdom. Walaubagaimanapun perlakuan ini dianggap sebagai satu jenis penyakit dan ada masanya perlakuan ini dianggap sebagai jenayah dan pelakunya dihukum sebagai penjenayah.

Bermulanya usaha menghalalkan perlakuan ini dan mendapatkan pengiktirafan dari kerajaan

The Wolfenden Committee menerbitkan laporan yang mencadangkan perlakuan homoseksual 2 orang dewasa secara tertutup tidak sepatutnya dianggap jenayah. Laporan ini walau bagaimanapun telah ditolak oleh kerajaan United Kingdom.

Organisasi lesbian pertama dikenali Minorities Research Group telah ditubuhkan.

The North West Homosexual Law Reform Committee telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kesaksamaan dari segi undang-undang dan sosial untuk golongan LGBT.

Sejarah Gerakan LGBT di Barat(United Kingdom)

Perjuangan golongan ini akhirnya membuahkan hasil apabila Civil Partnership Act telah diluluskan oleh Parlimen Britain. Akta ini membenarkan pasangan sejenis mendapat hak dan tanggungjawab yang sama sebagaimana pasangan suami isteri yang normal di Britain, Scotland, Ireland Utara dan Wales.

Turut diluluskan Gender Recognition Act yang mengiktiraf golongan transgender dan membenarkan golongan ini mendapatkan sijil kelahiran yang baru dengan jantina yang baru. Dengan kata lain jantina asal lelaki boleh ditukar kepada perempuan.

Kejayaan terbesar gerakan ini apabila Parlimen Britain meluluskan Marriage (Same Sex Couples) Act yang membolehkan perkahwinan sesama jenis dijalankan dan diiktiraf oleh undang-undang Britain. Walaupun demikian, Church of England sehingga kini tidak membenarkan perkahwinan sejenis dijalankan di mana-mana gereja di Britain.

1957

1957

1963

1964

2004

2014

Pada masa ini, masyarakat Malaysia masih belum berbicara mengenai isu

LGBT secara terbuka. Ini menyebabkan masih ramai yang belum tahu akan bahayanya ancaman ini dalam masyarakat.

Di Malaysia telah ada gerakan untuk menuntut pengiktirafan undang-undang kepada golongan ini atas dasar hak asasi manusia. Mereka mendapat inspirasi dari gerakan-gerakan yang dijalankan di negara-negara barat yang didakwa berteraskan hak asasi manusia.

AWAS

Ikuti siri seterusnya dalam buletin keluaran akan datang yang mengaitkan LGBT dan Muslim.

Warna/bendera yang menjadi simbol kumpulan LGBT

14

Page 15: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

17,890 ANAK KELUARGA ASNAF MULA TERIMA PAKAIAN SEKOLAH25 November – Bermulanya cuti persekolahan akhir tahun 2017, Baitulmal MAIWP telah mula mengagihkan peralatan persekolahan kepada 17,890 orang pelajar bagi sesi persekolahan tahun 2018.

Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan yang datang daripada keluarga asnaf. Bantuan pakaian sekolah ini adalah daripada dana zakat yang diterima daripada para pembayar di Wilayah Persekutuan.

Setiap keluarga asnaf telah diberikan baucer dan mereka boleh menuntut pakaian persekolahan bermula 25 November sehingga 24 Disember 2017 di Plaza Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di majlis tersebut menyatakan bantuan ini merupakan salah satu daripada 28 skim bantuan zakat yang disediakan oleh MAIWP. MAIWP membelanjakan sebanyak RM4.98 juta bagi bantuan ini.

“MAIWP tidak mengharapkan sebarang balasan. Cukuplah anak-anak ini belajar bersungguh-sungguh dan membalas budi para pembayar zakat dengan keputusan akademik yang cemerlang,” ujar beliau.

Menerusi bantuan ini, setiap pelajar akan menerima 2 pasang pakaian sekolah, sebuah beg dan sepasang kasut sekolah. Manakala tambahan 2 pasang pakaian sekolah lagi diberikan kepada para pelajar yang mengikuti kelas SRA/KAFA.

Oleh: Noor Nazlia

30 November – Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP mulai tahun 2018 akan memperkenalkan satu kursus baharu iaitu Kursus Pengurusan Sukan.

IKB yang terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur merupakan sebuah pusat latihan kemahiran khusus kepada anak-anak keluarga yang kurang berkemampuan. Pengambilannya terbuka kepada seluruh Malaysia dengan keistimewaan kepada anak-anak dari Wilayah Persekutuan.

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP berkata pengenalan kursus ini merupakan satu nilai tambah kepada IKB. Ia dilihat mampu membuka laluan kerjaya baharu kepada para pelatih yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

IKB setakat ini menawarkan 5 bidang pengajian iaitu Kursus Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian, Senilukis & Senireka, Perkhidmatan & Penyajian Makanan, Kejuruteraan Elektrik dan Teknologi Binaan Bangunan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.maiwp.gov.my atau menghubungi IKB di talian 03-9283 0198.

Oleh: Wan Fadhli

IKB MAIWP PERKENAL KURSUS PENGURUSAN SUKAN

15www.maiwp.gov.my

Page 16: NASKHAH PERCUMA Bil. 11/2017 (Oktober–November) • Safar

MAIWP DAGANG SDN BHD (961756-V)Level G Bangunan Perkim, No.150 Jalan Sultan Azlan Shah(Jalan Ipoh), 51200 Kuala Lumpur.Tel: 03-4050 7886 Faks: 03-4045 7885 E-mel: info_maiwpdagang @yahoo.com

A) SET LELAKI SEKOLAH RENDAH / MENENGAH (RM156.50/RM175.50)

B) SET PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH/MENENGAH

PAKEJ PAKAIAN SEKOLAHC) SET SEKOLAH AGAMA PEREMPUAN

/ LELAKI (RM87.00/RM89.00)

D) STATIONERY

PERCUMA

RM10B A U C E R

Untuk setiap pembelianRM150 dan keatas didalamsatu resit bagi promosi ini.** tertakluk pada terma dan syarat.

PROMOSI

MAIWP DAGANG10 NOVEMBER 2017 – 3 JANUARI 2018

Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang makcik tua yang sedang menolak troli bersama anak kecil di Jalan Semarak KL.

Tulisan tersebut telah mengundang komen-komen negatif yang antaranya menyalahkan institusi zakat kerana tidak membantu.

Adalah dimaklumkan bahawa wanita tersebut adalah Puan Norazian binti Yusof. Beliau tinggal di PPR Sg. Bunos dan menjaga anak Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu, beliau turut menjaga cucu-cucunya ketika ibu bapa mereka keluar bekerja.

Beliau sememangnya telah menerima bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP sejak tahun 2010 hingga sekarang.

Bantuan zakat yang diterima adalah Bantuan Kewangan Bulanan berjumlah RM400 sebulan dan Bantuan Perubatan bagi anaknya dalam bentul susu khas dan lampin bernilai RM800 sebulan.

MAIWP menyeru agar netizen mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu apabila menerima kisah sebegini. Tanggapan dan dakwaan tidak tepat yang terlalu cepat diberikan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap institusi zakat.

Bagi memudahkan netizen, sebarang pertanyaan/penjelasan boleh disampaikan kepada MAIWP menerusi facebook:

facebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp

MAKCIKTOLAK TROLI

TULARMEDIAMASSA

AMALKAN 3SSemak Sebelum Sebar