peneroka digesa jangan jual bantuan kesihatan untuk kamera ... · selangortv.my mediaselangor...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 20 - 26 Februari 2020, 26 Jamadilakhir - 2 Rejab 1441 Bantuan kesihatan untuk isi rumah bergaji RM3,000 Peneroka digesa jangan jual rumah demi wang segera Atlet larian SUKMA asah bakat di Kenya Kamera badan pantau tugas penguat kuasa MUKA 4 MUKA 3 MUKA 23 MUKA 19 OLEH NORHAYATI UMOR KUALA SELANGOR - Penyelesai- an isu projek perumahan Ranca- ngan Tanah Revolusi Hijau II dan III yang berlarutan selama 20 tahun adalah kenangan manis kepada semua pihak, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari ber- kata walaupun dicerca dan di- serang sehingga bekas Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Az- min Ali terpaksa membawa peta ke sidang Dewan Negeri, namun isu itu berjaya diselesaikan secara tuntas. “Pastinya hari ini berikan ke- nangan manis untuk semua. Detik ini diusahakan dengan je- rih perjuangan. Ada pihak yang tidak mahu perkara ini disele- saikan. “Tetapi dengan usaha dan ikh- tiar berterusan, ia berjaya dise- lesaikan. Saya tidak mahu kata ini usaha saya, tetapi saya akan teruskan usaha baik pimpinan sebelum ini dengan projek Ru- mah Idaman yang menitikberat- kan keselesaan rakyat,” katanya ketika Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Laman Haris di Detik manis semua pihak Projek terbengkalai 20 tahun selesai Eco Grandeur di sini pada 16 Feb- ruari lalu. Mohamed Azmin yang kini menteri hal ehwal ekonomi turut hadir dalam majlis berkenaan. Penantian 987 peneroka ter- lerai selepas masing-masing me- nerima kunci rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,750 kaki persegi bernilai RM450,000 yang dibangunkan Eco World Deve- lopment Group Berhad. Amirudin berkata penyelesai- an itu membuktikan Kerajaan Negeri bertanggungjawab dan jujur dalam pentadbiran. SHAH ALAM - Lima rakyat tempatan yang dijangkiti virus Covid-19 berjaya sembuh setelah menjalani rawatan dan dibenar- kan pulang mulai 17 Februari lalu. Pesakit pertama dirawat selama 13 hari, sementara pesakit kelima dirawat sembi- lan hari di Hospital Sungai Buloh dan di- sahkan sembuh pada 19 Februari. Menurut maklumat rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah ini seba- hagian daripada 15 pesakit yang sembuh. Di Malaysia, seramai 22 orang dijangkiti wabak tersebut yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada hujung tahun lalu. Pada 18 Februari, dua lagi rakyat tem- patan yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban disahkan pulih sepe- nuhnya. KKM dalam kenyataannya di Facebook pada 19 Februari menyebut tiada kes ba- haru dilaporkan dan hanya tujuh orang masih dirawat sejak kes pertama dikesan pada 25 Januari lalu. Daripada jumlah pesakit, seorang lagi warga tempatan belum sembuh. Seorang warga Amerika Syarikat dan 15 rakyat Chi- na dirawat di Malaysia. Sementara itu, semua 107 rakyat Malay- sia yang dibawa pulang dari Wuhan pada 4 Februari lalu dibenarkan keluar dari pusat kuarantin di Nilai, Negeri Sembilan. China merekodkan 74,185 kes dengan angka korban meningkat kepada 2,005 orang, kata suruhanjaya kesihatan nega- ra itu pada 19 Februari lalu. Covid-19, dilaporkan merebak kepada manusia daripada haiwan, menyebabkan batuk, demam dan radang paru-paru. Virus itu merebak ke lebih 20 negara termasuk beberapa negara jiran, United Kingdom, Perancis, Rusia dan India. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai daru- rat kesihatan global. Covid-19: Lima rakyat Malaysia pulih sepenuhnya Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali bersama pemilik pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Laman Haris di Eco Grandeur dekat Shah Alam pada 16 Februari lalu. Foto Remy Arifin

Upload: others

Post on 11-Mar-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 20 - 26 Februari 2020, 26 Jamadilakhir - 2 Rejab 1441

Bantuan kesihatan untuk isi rumah bergaji RM3,000

Peneroka digesa jangan jual rumah demi wang segera

Atlet larian SUKMA asah bakat di Kenya

Kamera badan pantau tugas penguat kuasa

MUKA 4MUKA 3 MUKA 23MUKA 19

OLEH NORHAYATI UMOR KUALA SELANGOR - Penyelesai- an isu projek perumahan Ranca- ngan Tanah Revolusi Hijau II dan III yang berlarutan selama 20 tahun adalah kenangan manis kepada semua pihak, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari ber-kata walaupun dicerca dan di-serang sehingga bekas Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali terpaksa membawa peta ke sidang Dewan Negeri, namun isu itu berjaya diselesaikan secara tuntas.

“Pastinya hari ini berikan ke- nangan manis untuk semua. Detik ini diusahakan dengan je-rih perjuangan. Ada pihak yang tidak mahu perkara ini disele- saikan.

“Tetapi dengan usaha dan ikh-tiar berterusan, ia berjaya dise- lesaikan. Saya tidak mahu kata ini usaha saya, tetapi saya akan teruskan usaha baik pimpinan sebelum ini dengan projek Ru-mah Idaman yang menitikberat-kan keselesaan rakyat,” katanya ketika Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Laman Haris di

Detik manis semua pihak

Projek terbengkalai 20 tahun selesai

Eco Grandeur di sini pada 16 Feb- ruari lalu.

Mohamed Azmin yang kini menteri hal ehwal ekonomi turut

hadir dalam majlis berkenaan.Penantian 987 peneroka ter-

lerai selepas masing-masing me-nerima kunci rumah teres dua

tingkat berkeluasan 1,750 kaki persegi bernilai RM450,000 yang dibangunkan Eco World Deve- lopment Group Berhad.

Amirudin berkata penyelesai- an itu membuktikan Kerajaan Negeri bertanggungjawab dan jujur dalam pentadbiran.

SHAH ALAM - Lima rakyat tempatan yang dijangkiti virus Covid-19 berjaya sembuh setelah menjalani rawatan dan dibenar-kan pulang mulai 17 Februari lalu.

Pesakit pertama dirawat selama 13 hari, sementara pesakit kelima dirawat sembi-lan hari di Hospital Sungai Buloh dan di-sahkan sembuh pada 19 Februari.

Menurut maklumat rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah ini seba-hagian daripada 15 pesakit yang sembuh.

Di Malaysia, seramai 22 orang dijangkiti wabak tersebut yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada hujung tahun lalu.

Pada 18 Februari, dua lagi rakyat tem-patan yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban disahkan pulih sepe-nuhnya.

KKM dalam kenyataannya di Facebook pada 19 Februari menyebut tiada kes ba-haru dilaporkan dan hanya tujuh orang masih dirawat sejak kes pertama dikesan

pada 25 Januari lalu.Daripada jumlah pesakit, seorang lagi

warga tempatan belum sembuh. Seorang warga Amerika Syarikat dan 15 rakyat Chi-na dirawat di Malaysia.

Sementara itu, semua 107 rakyat Malay-sia yang dibawa pulang dari Wuhan pada 4 Februari lalu dibenarkan keluar dari pusat kuarantin di Nilai, Negeri Sembilan.

China merekodkan 74,185 kes dengan angka korban meningkat kepada 2,005

orang, kata suruhanjaya kesihatan nega-ra itu pada 19 Februari lalu.

Covid-19, dilaporkan merebak kepada manusia daripada haiwan, menyebabkan batuk, demam dan radang paru-paru.

Virus itu merebak ke lebih 20 negara termasuk beberapa negara jiran, United Kingdom, Perancis, Rusia dan India.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai daru-rat kesihatan global.

Covid-19: Lima rakyat Malaysia pulih sepenuhnya

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali bersama pemilik pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Laman Haris di Eco Grandeur dekat Shah Alam pada16 Februari lalu. Foto Remy Arifin

2Utama

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Kerajaan Negeri ingin me- ningkatkan mutu perkhidmatan Bas Smart Selangor termasuk menambah laluan untuk kemudahan penduduk, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata se-takat Ogos lalu, terdapat 41 laluan di 11 kawasan pihak berkuasa tempatan yang memberi manfaat kepada 38 juta pe-numpang.

“Inisiatif yang pertama di Malaysia ini dicontohi negeri lain dan memudahkan

rakyat bergerak dari satu kawasan ke ka-wasan lain dengan kos minimum,” kata- nya melalui hantaran di Instagram pada 16 Februari lalu. Bas Smart Selangor yang juga Inisiatif Peduli Rakyat dijenamakan di bawah pentadbiran mantan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Tambah laluan demi manfaat rakyat

Tingkat mutu Bas Smart Selangor

SHAH ALAM - Kejayaan Parasite sebagai filem terbaik Anugerah Oscar 2020 mem-buktikan nilai kreatif tidak dimonopoli sesebuah benua atau peradaban, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari melahir-kan rasa bangga dengan kemenangan filem Korea Selatan berkenaan, sekali gus menganggap karya Bong Joon Ho itu patut dicontohi oleh pembikin filem rantau Asia.

“Inilah ombak kreatif ‘hallyu’ (ge-lombang Korea) yang merangkumi an-

taranya ‘K-pop’. Saya turut terkesan dengan nukilan Joon Ho yang memetik kata-kata pengarah terkenal, Martin Scorsese ketika menerima hadiah Oscar iaitu ‘the most per-sonal is the most creative’,” tulisnya di Insta-gram pada 12 Februari lalu.

Pada 10 Februari lalu, Parasite menga-lahkan beberapa filem besar seperti Ford vs Ferrari, The Irishman, Jojo Rabbit, Joker, Li-ttle Women, Marriage Story dan Once Upon a Time in Hollywood.

Selain filem terbaik, Parasite turut men-gungguli kategori filem antarabangsa ter-

baik, pengarah terbaik serta lakon layar terbaik.

Ia adalah filem pertama dari Asia yang memenangi anugerah Oscar sejak diper- kenalkan 92 tahun lalu.

Mengisahkan kehidupan dua keluarga yang berbeza darjat, Parasite menyam-paikan kritik jurang kaya-miskin di negara tersebut.

Menerusi filem itu, keluarga miskin dipa-parkan begitu licik berjuang meneruskan kehidupan di bandar besar dengan mem-peralatkan keluarga kaya.

‘Parasite’ bukti nilai kreatif tidak dimonopoli

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak sesekali meminggirkan kepentingan masyarakat Me-layu luar bandar dalam agenda pembangu-nan selaras aspirasi Selangor Maju Bersama, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kelompok yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan peniaga wajar mendapat keistimewaan seperti penduduk di bandar.

“Saya sering mengadakan pertemuan ber-sama Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mo-hamad) dan beliau menyebut cita-cita untuk melihat Melayu hidup aman, makmur dan membangun.

“Oleh sebab itu, kita tidak boleh membiar-kan mereka tertinggal di kawasan pedalaman. Kalau boleh kita mahu lihat petani dan penia-ga luar bandar turut menikmati kemudahan infrastruktur yang pesat,” katanya pada Muk-tamar Majlis Ayahanda 2020 di sini pada 16 Februari lalu.

Belanjawan Selangor 2020 memperuntuk-kan jutaan ringgit bagi pembangunan luar bandar dengan merancang pelbagai program memperkasa ekonomi dan institusi kampung.

Tidak pinggir Melayu luar bandar

SHAH ALAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor menyasarkan 64,000 individu yang bekerja sendiri men-carum dalam Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri, kata timbalan pengarahnya.

Mohammad Ramli Ahmad Dahalan berkata pekerja akan menerima manfaat perlindungan perubatan, hilang upaya se-mentara dan kekal, elaun layanan sentia-sa, orang tanggungan, pengurusan mayat,

pemulihan jasmani dan vokasional serta pendidikan.

“Setakat ini, kita menerima banyak pen-carum daripada syarikat milikan tunggal. Lebih banyak pertemuan akan diadakan bersama syarikat e-dagang termasuk per-satuan peniaga bagi menarik ramai pen-carum.

“Kita juga berurusan pada peringkat Dewan Undangan Negeri untuk menda-

pat galakan dan rangsangan daripada wakil rakyat,” katanya yang menambah skim diperluaskan kepada 19 sektor tidak formal sejak 1 Januari lalu.

Mereka yang bekerja sendiri boleh mendaftar dan membuat caruman me-lalui talian http://matrix.perkeso.gov.my atau hadir ke cawangan untuk maklumat lanjut.

Selain itu, orang ramai dijemput hadir

ke Karnival Wow Perkeso di Wisma Perke-so Kuala Lumpur pada 29 Februari hing-ga 1 Mac ini dan sesi jelajah skim berke-naan di Kuala Selangor pada 15 Mac.

Menerusi skim ini, pencarum ha-nya perlu membayar caruman bulanan serendah RM13.10 bagi pendapatan RM1,050 dan RM49.40 sebulan bagi pen-dapatan RM3,950 yang ingin diinsurans- kan.

Sasar 64,000 carum Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri

Kalau boleh kita mahu lihat petani dan peniaga luar bandar turut menikmati kemudahan infrastruktur yang pesatAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Utama3SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR KUALA SELANGOR - Peneroka dari Rancangan Tanah Revolusi Hijau yang menerima kediaman di Laman Haris diingatkan tidak menjual rumah untuk mendapat-kan wang segera.

Dato’ Menteri Besar berkata nilai hartanah di kawasan terse-but akan meningkat berikutan pembangunan pesat di Kuala Se-langor.

“Saya nasihatkan jangan jadi-kan rumah ini untuk mencari wang segera. Jangan jual rumah di kawasan yang membangun pesat berbanding Klang yang sudah tepu untuk dibangunkan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ke-tika Majlis Penyerahan Kunci Ru-

mah Projek Laman Haris di Eco Grandeur, di sini pada 16 Febru-ari lalu.

Hadir sama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali.

Beliau berkata akses lebuh raya seperti Lebuhraya Kuala Lum-pur-Kuala Selangor, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Da-mansara-Shah Alam dan Pantai Barat menjadikan kawasan terse-but pesat membangun.

Penantian 987 peneroka se-lama 20 tahun terlerai selepas masing-masing menerima kun-ci rumah teres dua tingkat se- luas 1,750 kaki persegi bernilai RM450,000 yang dibangunkan Eco World Development Group Berhad.

Jangan jual rumah demi wang segera

Amirudin beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Laman Haris di Eco Grandeur pada 16 Februari lalu

Bukti negeri peduli rakyat

KUALA SELANGOR - Pemba- ngunan pesat yang menjana per-tumbuhan ekonomi di sini selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri hal ehwal ekonomi berkata misi pembangunan ne-gara tidak hanya menumpukan kawasan maju, sebaliknya semua daerah bagi merapatkan jurang pendapatan.

“Sektor perumahan seperti di Kuala Selangor penting bagi menja-min pertumbuhan ekonomi. Kuala Selangor dulu sunyi tetapi dengan pertambahan penduduk, daerah ini menjadi kawasan penting.

“Ini selari dengan WKB di mana pembangunan tidak tertumpu di wilayah yang kaya seperti Shah Alam atau Petaling Jaya,” kata- nya pada Majlis Penyerahan Kun-ci Rumah Projek Laman Haris, di

Eco Grandeur, di sini pada 16 Feb-ruari lalu.

Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan Perdana Menteri tidak lama lagi menumpukan sek-tor pelancongan, pembuatan dan pelaburan domestik serta pembi-naan.

Kuala Selangor pesat selari WKB 2030 Normah Samin, 68, Balu peneroka

“Saya sepatutnya bersama arwah suami (peneroka) hari ini. Sebelum rumah ini siap, arwah selalu cakap dengan cucunya, dia tidak sabar untuk tinggal di rumah ini. Bagaimanapun hasratnya tidak tercapai kerana meninggal dunia pada Jun ta-hun lalu.”

Peneroka sebak terima kunci KUALA SELANGOR - Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek La-man Haris pada 16 Februari lalu amat bermakna buat peneroka apabila kediaman yang dinanti-nanti selama 20 tahun akhirnya siap untuk diduduki.

Projek di Eco Grandeur tertangguh sejak 1999. Seramai 987 ada-lah peneroka daripada Rancangan Tanah Revolusi Hijau II dan III. Berikut adalah reaksi penerima rumah:

Umar Ali Basha, 68, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Projek Laman Haris

“Saya bersyukur dan amat gembira menerima kunci rumah pada hari ini.

“Namun saya juga sedih kera-na 373 peneroka sudah mening-gal dunia tanpa sempat melihat rumah mereka.”

Nilai hartanah dijangka meningkat

KUALA SELANGOR - Penantian 987 peneroka Rancangan Tanah Revolusi Hijau selama 20 tahun berakhir apabila Kerajaan Sela- ngor yang peduli rakyat berjaya menyelesaikan projek terbeng-kalai itu, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri hal ehwal ekonomi percaya masalah yang sukar boleh diselesaikan jika sesebuah kerajaan mempunyai keazaman dan kejujuran yang tinggi.

“Penantian ini cukup menyek-sakan. Benarlah ibarat sebuah lagu, pe- nantian satu

penyeksaan tetapi kerana tabah, sabar dan bekerja sebagai satu keluarga, kita berjaya miliki rumah yang selesa ini.

“Kejayaan ini bukan datang bergolek, ia tidak mudah dicapai. Saya pernah ditekan oleh pihak berkuasa, diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ahli jawatankuasa penduduk ditahan dan pegawai ditekan agar beri kenyataan,” kata bekas Dato’ Men-teri Besar pada Majlis Penyerahan

Kunci Rumah Projek Laman Haris di Eco Grandeur di sini pada 16 Feb-ruari lalu.

Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Mohamed Azmin berkata lebih memilukan seramai 373 peneroka meninggal dunia sebelum mene- rima kunci rumah.

“Ada yang menangis kegembi-raan dan ada yang bersedih kerana kematian ahli keluarga, namun ber-syukur komitmen diberikan dalam merealisasikan harapan dan penuhi aspirasi peneroka berjaya,” katanya.

Menerusi projek itu, EcoWorld Development Group Berhad se-bagai pemaju akan membina se-kolah rendah kebangsaan dan mas-jid seluas 12 ekar untuk kegunaan penduduk.

4Utama

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha & Zul Albani Abd Majid& Zul Albani Abd Majid

SHAH ALAM - Selangor menyertai beberapa ekspo pelancongan antarabangsa terbe-sar sepanjang tahun ini bagi mempromosi pelancong ke negeri ini, kata EXCO pelan-congan.

Dato’ Abdul Rashid Asari berkata ekspo tersebut menjadi landasan terbaik bagi men-capai sasaran lapan juta pelancong.

“Kita akan sertai ekspo di Berlin, Dubai, Mi-ami, dan Tokyo. Peluang sebegini tidak harus dilepaskan kerana ia menjadi tumpuan pe-main industri.

“Dalam kelembapan industri pelancongan kini, kita yakin ia akan memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri,” katanya di sini pada 13 Februari lalu.

Abdul Rashid berkata, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Program Jelajah Pesona Selangor 2020 khusus untuk meningkatkan kehadiran pelancong tempatan.

Promosi negeri di ekspo luar negara

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sedang menambah baik proses perundangan bagi menangani projek perumahan ter-bengkalai.

EXCO perumahan Haniza Talha berka-ta pelaksanaan itu membuktikan Sela- ngor komited mengatasi projek sakit samada projek lama atau baharu.

“Sejak tahun lalu, saya mengadakan siri jelajah ke semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi Jawatankuasa

Pemulihan Projek Terbengkalai pering-kat PBT bagi memperincikan maklumat berkenaan projek terbengkalai.

“Setiap PBT menyenarai projek yang perlu diberi keutamaan serta memberi cadangan pemulihan,” katanya dalam kenyataan pada 13 Februari lalu.

Haniza berkata sebanyak 159 projek perumahan terbengkalai melibatkan 32,755 unit rumah dan kebanyakannya dibina awal 1990-an.

“Pada 2009, Kerajaan Selangor mewu-judkan jawatankuasa pemulihan projek tersebut serta mewujudkan pangkalan data berkenaan projek terbabit.

“Memang ada yang berjaya dipulih- kan namun memandangkan jumlah projek terbengkalai terlampau banyak, ia menyebabkan proses gerak kerja agak perlahan kerana mesyuarat pemulihan perlu fokus kepada sesuatu projek untuk pemantauan lebih terperinci” katanya.

Negeri berazam atasi projek sakit

SHAH ALAM - Shah Alam mendahului senarai lokasi carian pembeli rumah di Lembah Klang sepanjang 2019, lapor firma perunding hartanah terkemuka Nawawi Tie Leung.

Pengarah Urusannya Eddy Wong berkata pemi-lihan didorong nilai hartanah yang berpatutan dan hubungan sistem jalan raya yang baik termasuk pembinaan LRT3 menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia.

“Shah Alam juga dihubungkan dengan bebe-rapa lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Perseku-tuan, Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam.

“Pembukaan pusat beli-belah seperti Setia City Mall dan Central i-City juga menambah nilai ke-hidupan di bandar berkenaan,” katanya seperti di-lapor EdgeProp.

Selain Shah Alam, laporan itu turut menyenarai-kan Cheras, Petaling Jaya, Puchong dan Klang se-bagai lokasi pilihan.

Sementara itu, Perunding Hartanah Reapfield Properties (KL) Sdn Bhd Hayati Husin berkata ins- titusi pendidikan dan hospital yang pelbagai di Shah Alam dan Petaling Jaya menjadi tarikan ke-pada pencari rumah.

Shah Alam lokasi popular cari rumah

SHAH ALAM - Selangor mencadangkan ke-pada pengusaha hotel di negeri ini supaya menurunkan harga bilik untuk menarik pelancong.

EXCO pelancongan Datuk Abdul Rashid Asari berkata ia adalah salah satu cara un-tuk merancakkan sektor pelancongan ne-geri yang terjejas akibat penularan virus Covid-19.

“Banyak tempahan hotel dibatalkan aki-bat penularan virus ini dan atas sebab itu kita cadangkan pengusaha hotel buat pro-mosi turunkan harga bilik.

“Kerajaan Negeri sedang aturkan per-temuan dengan persatuan hotel dan kita harap pertemuan dapat dibuat sebelum Mac,” katanya kepada SelangorKini pada 13 Februari lalu.

Saran turun harga bilik hotel Kandang haram diroboh

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Bantuan Sihat Selangor kini dibuka kepada penduduk berpendapatan isi rumah RM3,000 sebulan ke bawah serta pemastau-tin tinggal lebih 10 tahun di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berka-ta insentif itu menawarkan bantuan kewangan diali-sis buah pinggang, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu, peralatan dan ra-watan lain di hospital kera-jaan.

“Orang ramai boleh mem-buat permohonan online di http://bantuansihat.selan-gor.gov.my sebelum 30 Sep-

tember 2020,” katanya me-nerusi hantaran Facebook pada 19 Februari lalu.

Sementara itu EXCO Kesihatan, Dr Siti Mariah Mahmud berkata sebanyak RM5 juta diperuntuk me- nerusi bantuan itu pada ta-hun ini.

Katanya bagi pesakit diali-sis, penerima perlu membuat rawatan terlebih dahulu dan kemudiannya membuat tun-tutan setelah menerima bil daripada institusi perubatan.

“Pada kali ini, kita turut memperuntukkan khusus buat pesakit barah, ini ke- rana kerajaan prihatin ter-hadap masalah rakyat teru-tama berkaitan kesihatan,” katanya.

Isi rumah bergaji RM3,000 layak

Bantuan Sihat Selangor kini dibuka

Utama5SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

KLANG - Kerja-kerja perobohan kandang perternakan lembu dan kambing serta bi-naan kuil di Jalan Rembia 2, Bandar Bota- nik di sini perlu dilakukan ekoran pemilikn-ya didapati menceroboh tanah yang dikate-gorikan sebagai tanah rizab masjid dan rizab sungai.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang, Mohd Shahrizal Mohd Salleh menjelas-kan, tindakan itu diambil selepas tiga notis pencerobohan yang dikeluarkan sebelum ini mengikut Seksyen 425 dan 426A (1)(c)Kanun Tanah Negara 1965 langsung tidak diendah-kan pemilik struktur binaan berkenaan.

“Tanah seluas kira-kira satu ekar ini dice-roboh untuk dibina kandang lembu dan

kambing,kabin simpanan barang serta kuil. Notis pencerobohan juga telah dihantar ke-pada pemilik struktur pada 13 November 2006, 7 Oktober 2017 dan 9 Januari lepas supaya mereka mengosongkan tapak ber- kenaan namun tidak diendahkan.

“Aktiviti pencerobohan lot tanah di Jalan Rembia 2 ini didapati menghalang kelanca- ran pembinaan projek tebatan banjir di Su-ngai Aur Fasa 5 oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Masjid Jamek Cina Mus-lim oleh Jabatan Agama Islam Selangor,” katan-ya kepada pemberita pada 17 Februari lalu.

Tambahnya, pencerobohan dan pen-dudukan tidak sah di atas tanah kerajaan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 425

Kanun Tanah Negara 1965 dan jika sabit ke- salahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun kata Mohd Shahrizal, pemilik binaan kuil itu diberi tempoh pe- nangguhan selama seminggu bermula hari ini untuk memindahkan sendiri struktur berkenaan sebelum ia dirobohkan agensi penguatkuasaan terlibat jika masih gagal mengambil sebarang tindakan.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri sebelum ini pernah menawarkan dua tapak kandang baharu kepada pemilik kandang berkenaan di bawah Projek Translokasi Pen-ternakan Lembu di Kuala Langat serta sebi-

dang tanah juga di Kuala Langat sebagai lo-kasi baharu kuil itu.

“Tawaran dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini hasil beberapa siri perbincangan yang dilakukan dengan pihak terlibat namun mereka menolak tawaran tersebut,” katanya.

Operasi merobohkan kandang ternakan itu dilakukan hari ini oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK), JPS Klang, Jaba- tan Veterinar Klang, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor Berhad sambil dikawal Po-lis Diraja Malaysia serta kira-kira 50 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingi- ni. – BERNAMA

Kandang haram dirobohPemilik ceroboh rizab masjid

6Utama

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Yayasan Anak Istime-wa Selangor (YAnIS) yang kini dalam proses pendaftaran bakal memula-kan operasinya tidak lama lagi, kata EXCO kebajikan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata yayasan itu yang memberi tumpuan terhadap keperluan orang kelainan upaya (OKU) turut menjalankan pro-gram tanggungjawab sosial.

“Yayasan ini akan menggerakkan program bagi membolehkan pe-megang taruh termasuk agensi ne-geri lebih rapat dengan anak-anak istimewa,” katanya selepas menyam-paikan anugerah kepada petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Hotel De Palma Shah Alam pada 15 Februari lalu.

Turut hadir Pengarah Jabatan Ke-bajikan Masyarakat Negeri, Mohd Hanafi Maulud.

Pada 1 November lalu, Belan-jawan Selangor 2020 menyediakan

YAnIS beroperasi tidak lama lagi

Fokus kebajikan OKU

Dr Siti Mariah menyampaikan anugerah pada Majlis Anugerah Pemulihan Dalam Komuniti Negeri Selangor di De Palma Hotel Shah Alam pada 15 Februari lalu

peruntukan RM1 juta bagi menubuhkan YAnIS.

Penubuhan itu dijangka membantu Kerajaan Negeri mengendalikan keper-

luan semasa seperti pengurusan ope- rasi, pencarian dana dan latihan kema-hiran dalam merealisasikan program pemberdayaan OKU.

SHAH ALAM - Individu yang tidak sihat ter-utamanya mereka yang demam, batuk dan selesema disaran memakai topeng hidung dan mulut, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata mereka yang sihat pula disaran meningkatkan ke-bersihan diri ekoran penularan wabak virus Covid-19 berlaku menerusi sentuhan dan bukannya tersebar melalui udara.

“Sebab itu penting jaga kebersihan diri dan sentiasa basuh tangan dengan sabun. Bukan sekadar menggunakan cecair pem-basmi kuman sahaja.

“Individu yang tidak sihat dinasihat bere-hat sahaja di rumah dan jika perlu keluar ber-jumpa doktor baharulah memakai topeng berkenaan,” katanya pada 14 Februari lalu.

Pakai topeng jika sakit

SHAH ALAM - Beberapa kekangan serta isu teknikal berkaitan undang-undang menye-babkan usaha mencegah denggi sukar dilak-sanakan, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata penguat kuasa berdepan masalah mengeluarkan kom-paun kerana gagal mengenal pasti pemilik ta-pak binaan terbengkalai atau tanah terbiar.

“Penguatkuasaan mudah dilaksanakan jika pemeriksaan menemui jentik-jentik dalam ru-mah atau sekitar kediaman seseorang itu.

“Namun, kita ada masalah untuk melak-sanakan undang-undang membabitkan ka-wasan terbiar kerana kita gagal kesan pemilik untuk sampaikan saman,” katanya.

Pemaju faktor sukar cegah denggi

SHAH ALAM - Usaha mengawal denggi dipergiat dengan menumpukan kawalan berfokus melalui aktiviti penghapusan tempat pembiakan (PTP), kata EXCO ke-sihatan.

Bagaimanapun, Dr Siti Mariah Mahmud berharap aktiviti kendalian pi-hak berkuasa tempatan dan jabatan ke- sihatan negeri mendapat kerjasama ma- syarakat.

“Perang terhadap denggi akan dite- ruskan pada tahun ini dan kita tidak akan sesekali mengalah dengan usaha mewu-judkan negeri bebas denggi.

“Peruntukan tambahan diberikan ke-pada pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan aktiviti PTP, namun usaha hanya berhasil jika komuniti beri kerjasa-ma,” katanya kepada SelangorKini.

Selangor memperuntukkan RM5 juta bagi memerangi denggi termasuk aktiviti pencegahan dan kawalan di seluruh ne-geri berbanding RM3 juta tahun lalu.

Berdasarkan statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan, Selangor merekod-kan denggi tertinggi dengan 11,338 kes antara 29 Disember tahun lalu hingga 8 Februari.

Fokus aktiviti hapus tempat biak nyamuk Perang terhadap denggi akan diteruskan pada tahun ini dan kita tidak akan sesekali mengalah dengan usaha mewujudkan negeri bebas denggiDR SITI MARIAHEXCO kesihatan

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri masih menunggu jawapan Kerajaan Persekutuan berhubung draf enakmen pengurusan sisa pepejal sendiri, kata EXCO kerajaan tem-patan.

Ng Sze Han berharap permohonan tersebut diterima kerana enakmen yang bakal digubal meliputi semua aspek terutama untuk mena- ngani isu sisa pepejal yang banyak di Selangor.

“Setiap negeri mempunyai jumlah sisa pepejal berbeza malah ada enakmen sesuai dan juga tidak sesuai untuk dilaksanakan pe- ringkat negeri.

“Selangor berpendirian kita tidak akan me- laksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam seperti yang di-minta Kerajaan Persekutuan,” katanya sele-pas menghadiri mesyuarat bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini pada 18 Februari lalu.

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pem-bersihan Awam yang diwarta pada 2007 mem-beri kuasa kepada Kerajaan Persekutuan me- ngawal selia sisa pepejal di Semenanjung, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selangor tunggu jawapan Putrajaya

PETALING JAYA – Pengurusan Air Se-langor Sdn Bhd (Air Selangor) mere-kodkan 1,278 kes paip pecah antara 2017 hingga 2019 disebabkan ke- cuaian kontraktor, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata insiden tersebut tidak akan berlaku jika pihak yang me- laksanakan projek pembangunan le-bih berhati-hati di sekitar jajaran paip.

“Bagi mengawal isu ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kua-sa untuk mengarahkan kontrak-

tor berhenti melakukan kerja se-kurang-kurangnya 30 hari.

“Klausa tambahan arahan pember-hentian sementara akan dimasukkan dalam permit kerja bermula 1 Mac ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini pada 18 Februari lalu.

Sze Han berkata, kawasan merekod-kan kes tertinggi dalam tempoh tiga tahun terdahulu adalah di Gombak yang membabitkan 483 kes, Petaling (225) dan Kuala Lumpur (221).

Kontraktor cuai punca banyak paip pecah

Ekonomi7SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menum-pukan usaha mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk belia selain menyedia-kan peruntukan lebih besar kepada B40 dan M40 bagi meningkatkan perbelanjaan rakyat, sekali gus memperkukuh semula ekonomi negara, kata seorang penganali-sis di bank pelaburan.

Beliau berkata kerajaan perlu mencon-tohi inisiatif kerajaan Indonesia dalam menggalakkan rakyatnya berbelanja ketika ekonomi mengalami kelembapan.

“Menerusi pemberian tunai ke dalam poket mereka, terutama belia dapat mem-bantu kerajaan memperkukuh ekonomi.

“Pada masa sama, saya lebih menekan-kan aspek kadar guna tenaga pekerjaan, yang sangat tinggi,” katanya.

Data menunjukkan kadar pengangguran belia adalah 11.9 peratus pada 2009, susut kepada 9.7 peratus (2011) dan mencecah 10.9 peratus (2018), lebih daripada tiga kali ganda kadar pengangguran nasional iaitu sebanyak 3.3 peratus. -BERNAMA

Belia banyak peluang kerja

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berkembang 3.6 peratus pada suku keem-pat 2019, menjadikan per-tumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh sebanyak 4.3 peratus, demikian diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 12 Februari lalu.

Gabenornya Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus ber-kata pertumbuhan KDNK bagi 2019 akan menjadi le-bih tinggi pada 4.7 peratus jika tanpa gangguan bekalan dalam sek-tor komoditi.

Katanya, penularan Covid-19 dijang-ka memberi kesan kepada pertumbuhan

KDNK Malaysia bagi suku pertama 2020, bergantung kepada bagaimana virus itu merebak

“Inflasi keseluruhan ada-lah rendah sebanyak 1.0 pe- ratus bagi suku keempat 2019, menjadikan kadar infla-si 2019 sebanyak 0.7 peratus,” kata Nor Shamsiah.

Beliau berkata beberapa langkah yang dicadangkan

oleh BNM akan diperkenalkan dalam pa-kej rangsangan Covid-19. – BERNAMA

KDNK 2019 berkembang 4.3 peratus

KUALA LUMPUR - Kerajaan berkemung-kinan besar meningkatkan pelaksanaan projek pembinaan pada separuh kedua 2020 bagi menyokong pertumbuhan ekonomi berikutan cabaran di peringkat luaran, demikian menurut Affin Hwang Capital.

Dalam notanya pada 14 Februari lalu, firma penyelidikan itu berkata selain me- rangka pakej rangsangan ekonomi untuk menangani impak Covid-19, kerajaan di-jangka menumpukan aspek perbelanjaan bagi membantu kalangan perusahaan ke-cil dan sederhana (PKS), sektor pengelua- ran dan pelancongan yang terjejas akibat penularan virus tersebut.

“Bagaimana pun, peningkatan perun-tukan perbelanjaan pembangunan se-banyak empat peratus tahun ke tahun kepada RM56 bilion dalam Belanjawan 2020 serta projek infrastruktur berskala besar yang dihidupkan semula adalah memadai untuk merangsang sektor pem-binaan,” katanya.

Menurut Affin Hwang, kerajaan juga di-unjurkan mempercepatkan perbelanjaan infrastruktur pada tahun ini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menyamai langkah pada 2001, 2003, 2008 dan 2009 menerusi pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi untuk menampan sebarang penyusutan. – BERNAMA

Sektor pembinaan pacu ekonomi

PUTRAJAYA - Hala tuju dan promosi Ta-hun Melawat Malaysia (TMM2020) perlu diubah,selari dengan situasi negara yang sedang berhadapan dengan Covid-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penu-laran Covid-19 yang memberi kesan ke-pada negara serta industri pelancongan antarabangsa, memerlukan satu inisiatif dan strategi berkesan, untuk memastikan misi menarik kehadiran pelancong tidak terjejas.

Bagi tujuan itu, beliau berkata kementerian telah memanggil sebahagian besar daripa-da pengurus pemasaran Tourism Malaysia di luar negara untuk berkong-si pandangan dan me- rangka langkah terki-ni, yang boleh diambil bagi menangani ke-san daripada penularan wabak tersebut.

“Pada masa ini, kepriha- tinan utama kita ialah wabak Covid-19 di China, yang boleh dan telah memberi kesan kepada sektor pelanco- ngan tempatan dan global.

“Bagaimanapun, bencana yang melan-da tanah besar China itu, boleh menjadi faktor yang menjejaskan kedatangan pelancong China ke Malaysia, sekali gus memberi kesan kepada TMM2020,” kata- nya pada majlis makan malam sempena persidangan Pengurus Pemasaran Tou-rism Malaysia di luar negara, di sini pada 17 Februari lalu.

Persidangan selama empat hari anju-ran bersama Tourism Malaysia dan Malay-sia Airport Holdings Berhad itu, dihadiri

26 Pengurus Pemasaran serta 11 Penga-rah Pejabat Luar Negara. Ketika ini, ter-dapat 34 Pengurus Pemasaran Tourism Malaysia di luar.

Mohamaddin berkata China adalah pasaran tradisi dan penting bagi Ma-laysia, menjadikan ia antara 10 negara utama menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara, melalui sektor pelan-congan.

Beliau berkata atas faktor itu, strategi berkesan serta pelan tindakan pemulihan

perlu dibangunkan, untuk kem-pen TMM2020, khusus bagi

menangani kesan susulan daripada Covid-19, yang

secara langsung menje-jaskan industri pelan-congan negara.

Katanya untuk tem-poh sementara, pe- ngurus pemasaran

Tourism Malaysia serta pihak yang berkenaan per-

lu beralih fokus kepada pasa-ran tidak terjejas dengan wabak

itu, seperti di rantau ASEAN, India, Asia Barat serta Korea Selatan.

Kementerian berharap persidangan ini akan dapat menghasilkan satu lang-kah atau hala tuju lebih berkesan, dalam meningkatkan aliran trafik pelancong daripada pasaran antarabangsa, ketika kerajaan bekerja keras menangani penu-laran Covid-19, katanya.

Susulan wabak Covid-19 di China, ke- rajaan pada 27 Januari lepas memutus-kan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara itu dari Wilayah Hubei, termasuk Bandar Wuhan. – BERNAMA

Ubah promosi TMM 2020

Susulan penularan Covid-19

8Nasional

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

KUALA LUMPUR - Sumber bacaan terlalu banyak menerusi arus digital tanpa sekatan, boleh menjadi gelanggang menyebar berita palsu dan lain-lain kan- dungan sehingga merosakkan masyarakat, kata perdana men-teri.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata kerajaan dan semua pihak berdepan cabaran pembacaan hari ini dalam mem-bezakan mana yang benar dan palsu, sama ada (kandungan ba-han bacaan) yang dihasilkan me-

GEORGE TOWN - Rakyat dise-ru bersama-sama memberikan mesej positif, bahawa Malaysia masih selamat dikunjungi walau-pun negara kini berdepan penu-laran Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata permulaan tahun ini agak mencabar khususnya untuk sektor pelancongan dan kerajaan sedang merangka pel-bagai strategi bagi membantu industri itu.

“Sehingga hari ini, kerajaan persekutuan masih melaksanakan penganjuran acara atau program serta aktiviti membabitkan orang ramai.

“Namun, kita perlu sentiasa

Malaysia masih selamat dikunjungiberwaspada dengan mengambil langkah perlindungan diri serta kesiapsiagaan seperti saranan Kementerian Kesihatan dalam menangani penularan tersebut,” katanya ketika berucap merasmi-kan majlis Rumah Terbuka Malay-sia Tahun Baharu Cina di Padang Kota Lama, di sini 15 Februari lalu.

Pada masa sama, beliau turut menasihati rakyat untuk tidak menyebarkan dan mempercayai berita tidak benar atau maklumat palsu di media sosial yang me- nimbulkan kesan buruk seperti perasaan panik serta pergadu-han.

Sebaliknya, masyarakat di-galakkan sentiasa merujuk

portal ‘sebenarnya.my’ bagi mendapatkan maklumat terkini yang sahih daripada sumber ras-mi kerajaan.

Katanya, dalam usaha mena- ngani persepsi negatif terhadap penularan Covid-19, Kemen-terian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Pemuli-han Pelancongan bagi merang-ka strategi pemulihan industri pelancongan negara yang terke-san dengan keadaan itu.

Selain itu, Motac turut merang-ka strategi jangka masa pendek untuk pasaran jarak dekat negara ASEAN, sebagai kempen alternatif untuk pemulihan industri pelan-congan negara. – BERNAMA

Bahan bacaan digital picisan tanpa sekatan

PM bimbang rosakkan rakyat

Dr Mahathir bergambar dengan murid pada majlis pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan pada 13 Februari lalu- Foto BERNAMA

lalui kajian atau yang dicipta se-cara picisan.

Katanya, satu cabaran hari ini untuk menggalakkan budaya membaca adalah pengaruh digi-tal ke atas masyarakat begitu be-sar sehingga sumber pembacaan tradisional seperti surat khabar dan buku-buku semakin dike- tepikan.

“Banyak syarikat akhbar ter-paksa gulung tikar kerana jualan merosot manakala buku-buku tinggal mengumpul debu di per-pustakaan atau di atas rak. Na-mun begitu, ini tidak bermakna

rakyat sudah berhenti membaca. Yang berubah ialah sumber pem-bacaan.

“Malahan, hari ini hampir ke-semua akhbar mempunyai versi digital dan buku-buku juga diter-bitkan secara digital. Dari segi itu, pembacaan masih kekal sebagai satu budaya,” katanya dalam uca-pan melancarkan Dekad Mem-baca Kebangsaan di Universiti Ke-bangsaan Malaysia di Bangi pada 13 Februari lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching turut hadir pada majlis itu. – BERNAMA

KOTA KINABALU - Malaysia memiliki pakej lengkap untuk memikat pelancong ke negara ini dan memberi pengalaman indah baik dari segi industri pelancongan kesihatan, lokasi membeli-belah mahu-pun kebudayaannya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ke- tapi berkata Malaysia adalah destinasi pelancongan kesihatan ter- kenal, menawarkan kemudahan bertaraf dunia dengan kepakaran dan nilai yang berbaloi.

Berucap pada majlis makan malam Persidangan dan Pameran Kembara Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik 2020 pada 13 Febru-ari lalu, Mohammadin berkata Malaysia juga adalah syurga pemain golf kerana terdapat lebih daripada 200 padang golf.

Beliau berkata untuk aktiviti bersama keluarga, pelancong boleh ke Legoland (Johor), Sunway Lagoon (Selangor), Genting Highland (Pahang), Escape Penang (Pulau Pinang) atau Taman Tema Air De-saru (Johor) untuk merakam percutian yang tidak dapat dilupakan.

Sabah pula katanya adalah sebuah syurga ekopelancongan yang kaya dengan kepelbagaian kebudayaan yang ditampilkan menerusi lebih daripada 42 kumpulan etnik. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Perpaduan dan keamanan negara tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya perlu sentiasa dikekalkan, kata tim-balan perdana menteri.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keharmonian dalam kalangan rakyat menggambarkan kesatuan yang dibangunkan atas kepelbagaian agama, kaum, bahasa dan budaya.

“Senang untuk mengamalkan mentaliti sekawan iaitu kita dipe- ngaruhi oleh rakan sebaya untuk mempraktikkan tingkah laku mere-ka berdasarkan emosi daripada asas rasional.

“Namun, ia berbahaya kerana kita dapat dipengaruhi untuk me- lakukan sesuatu yang boleh mengancam keharmonian antara ma- syarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya ketika berucap pada sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina bagi Par-limen Pandan di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah di sini, pada 16 Februari lalu.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata rak-yat tidak boleh membenarkan mereka yang mempunyai agenda tersendiri untuk menyemarakkan sentimen perkauman di negara ini. – BERNAMA

PUTRAJAYA - Jumlah penduduk negara berumur 65 tahun dan ke atas meningkat kepada 2.23 juta pada suku keempat 2019 berban- ding 2.14 juta bagi tempoh sama pada 2018, menurut laporan Perangkaan Demografi.

Mengulas laporan itu Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata trend peningkatan itu turut berlaku di negara maju lain yang menuju ke arah negara warga tua. Dalam tempoh sama, beliau berkata komposisi jumlah (golongan muda) berumur 0 hingga 14 tahun pula menurun kepada 7.55 juta daripada 7.65 juta pada suku keempat 2018.

“Populasi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (golo- ngan bekerja) meningkat daripada 22.69 juta (suku keempat 2018) kepada 22.90 juta,” katanya dalam kenyataan pada 11 Februari lalu.

Mohd Uzir berkata penduduk negara ini dianggarkan 32.68 juta pada suku keempat 2019, meningkat 0.6 peratus berbanding 32.48 juta suku keempat 2018. Jumlah itu merangkumi 29.54 juta (90.4 peratus) warganegara dan 3.15 juta (9.6 peratus) bukan wargane-gara, katanya. – BERNAMA

Destinasi pelancongan kesihatan terkenal

Kekal perpaduan, keamanan negara

Menuju negara tua, warga emas bertambah

InformasiTerkinidi jari anda

BUTTERWORTH - Individu yang didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dica-dang dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan sedang me- rangka untuk meminda hukuman terhadap kesalahan itu dengan hukuman penjara bagi pesalah akan turut ditingkatkan kepada 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini.

“Kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman bagi Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) bagi mereka yang menyebabkan kemalangan se- hingga berlaku kematian apabila memandu dalam keadaan ma-

IPOH - Provokasi terhadap ang-gota penguat kuasa Imigresen Se-langor semasa melakukan opera-si di kawasan peniaga haram di Batu Caves, Selangor baru-baru ini memberi kesan buruk kepada negara.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan perbuatan tidak bertanggung-jawab itu bukan sahaja memberi kesan kepada aspek keselamatan negara malah mengganggu pe-niaga tempatan menjalankan ak-tiviti harian mereka.

“Dalam hal ini, bila pegawai dapat maklumat mereka hendak jalankan tugas tapi telah dihalang untuk elak timbul pergaduhan dan kecederaan pegawai telah hentikan operasi.

“Pegawai bertindak bijaksana tidak ambil tindakan tapi timbul masalah lain sedangkan pihak terlibat bertindak secara luar ba-tas iaitu menghalang pegawai dan penjawat awam menjalan-kan tugas, yang merupakan satu kesalahan,” katanya kepada pem-berita selepas merasmikan sam-butan ulang tahun ke-48 Rela

Pemandu mabuk: Penjara 20 tahun denda RM100,000

buk,” katanya.Beliau berkata demikian kepa-

da pemberita selepas menziara-hi lima beradik yang kehilangan bapa mereka, selepas dilanggar pemandu kereta dipercayai ma-buk di kediaman keluarga itu di Jalan Hj Mohd Saad, dekat Bagan Jermal, di sini pada 15 Februari lalu.

Menurutnya, pada masa ini hukuman di bawah seksyen berkenaan memperuntuk-kan penjara maksimum 10 ta-hun dan denda tidak melebihi RM20,000.

Beliau berkata kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia antara yang tertinggi di dunia.

“Kita harus mendapat kerjasa-ma orang ramai walaupun kadar

Provokasi ancam keselamatan negara

Jejas tugaspenguat kuasa

peringkat kebangsaan di Stadi-um Indera Mulia di sini pada 15 Februari lalu.

Muhyiddin berkata berdasar-kan maklumat terdapat ramai peniaga dari India di lokasi itu dengan disokong oleh warga tempatan yang jelas bercanggah dengan undang-undang.

Pada 14 Februari lalu, tular di media sosial bahawa kira-kira 50 anggota penguat kuasa Imi-gresen Selangor dihalau keluar dari kawasan peniaga haram dari India dan Pakistan oleh ahli ja-watankuasa Kuil Batu Caves.

Selain itu, mereka dicemuh dengan bahasa kesat. – BERNAMA

MARANG -Tindakan pantas Kemente-rian Komunikasi dan Multimedia Ma-laysia (KKMM) dengan kerjasama polis berjaya mengurangkan penularan be- rita palsu Covid-19.

Timbalan Menteri KKMM Datuk Ed-din Syazlee Shith berkata sehingga kini, sekurang-kurangnya 12 individu didak-wa atas kesalahan itu di seluruh negara.

“Pada mulanya, ketika amaran diberi-kan kita lihat masih ada pihak yang menganggap amaran itu tiada sebarang kesan, tetapi selepas 12 individu didakwa, barulah mereka sedar apakah kesan dan akibat daripada perbuatan itu (menyebar-kan berita palsu).

“Ketika ini, jumlahnya (berita palsu) sudah semakin berkura- ngan dan semua pihak semakin berhati-hati, ini adalah satu petan-da positif,” katanya.

Kes penyebaran berita palsu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA

LANGKAWI - Kerajaan dilihat berkesan mengawal penularan epidemik Covid-19, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Moham-ad.

Beliau berharap kerjasama pelbagai pihak diteruskan bagi melindungi rakyat daripada di-jangkiti virus itu.

“Kita berjaga-jaga dari awal, kita memeriksa mereka yang datang ke Malaysia terutama dari Chi-na dan kalau kita sangka mereka membawa virus itu kita masukkan mereka dalam kuarantin 14 hari.

“Orang kita di Wuhan yang dibawa balik juga dikuarantin 14 hari …dengan cara ini setakat ini kita bernasib baik kerana ada 19 kes sahaja dan daripada 19 itu kebanyakan orang (rakyat) China juga,” katanya. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Pengalaman Malaysia berdepan dengan kris-is kesihatan seperti virus Zika, Influenza dan Nipah pada masa le- pas membolehkan negara ini sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang penularan penyakit berjangkit.

Ketua dan pakar perunding kanan Jabatan Perubatan Kecemasan Universiti Malaya berkata berdasarkan pengalaman itu, dengan be-berapa penambahbaikan mengikut panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan Covid-19 di negara ini dapat dikawal dan dikendalikan dengan baik.

“Kita pernah diuji dengan penyakit seperti Sindrom Pernafasan Vi-rus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) ataupun Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sebelum ini, jadi kesiap siagaan dapat dilakukan dengan cepat melalui garis panduan Kementerian Kesihatan Malay-sia dan WHO,” kata Dr Rishya A/L Manikam.

Beliau menasihati masyarakat supaya tidak panik kerana jang-kitan Covid-19 di negara ini masih rendah dan mereka perlu menja-ga kesihatan serta mengamalkan tahap kebersihan diri. – BERNAMA

Tindakan pantas kekang berita palsu

Kerajaan berkesan bendung virus

Mampu kawal penyakit berjangkit

sebenarnya sudah menurun. Kita tidak mahu lihat hampir 7,000 nyawa terkorban hampir setiap tahun akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Pada 9 Februari lalu, dalam na-has kira-kira pukul 5 pagi, Khai- rizul Mohamad Noor, 39, me- ninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya Zuriana Hasan, 36, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dalam keadaan koma.

Dalam kejadian itu, motosikal yang ditunggang pasangan sua-mi isteri dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipan-du seorang lelaki dipercayai da-lam keadaan mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, susur ke Perai di Bukit Mertajam. – BERNAMA

Pegawai bertindak bijaksana tidak ambil tindakan tapi timbul masalah lain sedangkan pihak terlibat bertindak secara luar batas iaitu menghalang pegawai dan penjawat awam menjalankan tugas, yang merupakan satu kesalahanTAN SRI MUHYIDDIN YASSINMenteri Dalam Negeri

9SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

Nasional

10Global

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

PUTRAJAYA - Malaysia dan United Kingdom (UK) sedang meneroka bi-dang kerjasama bukan tradisi meli-puti pembaharuan kerajaan, mem-banteras rasuah dan menangani isu hak asasi manusia untuk mengukuh- kan lagi hubungan dua hala, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada sidang akhbar bersama Setiausaha Luar UK Dominic Raab, menteri luar berkata Malaysia juga berharap melihat lebih banyak ker-jasama parlimen dan antara rakyat.

“Sejak beberapa tahun kebe-lakangan ini, hubungan dua hala semakin berkembang merangku-

Kukuh hubungan dua hala

Malaysia-UK teroka kerjasama baharu

Saifuddin bersalaman dengan Dominic Raab (kiri) selepas sidang media di Wisma Putra pada 11 Februari lalu - Foto AFP

mi perdagangan dan pelaburan, pertahanan, minyak dan gas, lati-han, pendidikan, budaya, teknolo-gi hijau, tenaga boleh baharu dan pelancongan; tetapi di bawah pen-tadbiran baharu, terdapat satu di-mensi kerjasama baharu.

“Ia melangkaui kerjasama tradisi,” katanya selepas mengadakan per-temuan selama sejam dengan Raab di Wisma Putra, di sini pada 11 Feb-ruari lalu.

Raab berada di Malaysia untuk mempromosikan UK sebagai des-tinasi perniagaan terbuka dan pe- neraju perubahan iklim, menjelang

Persidangan Perubahan Iklim Per-tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) pada 2020.

Saifuddin berkata Malaysia sen-tiasa menghargai UK sebagai rakan dialog penting, rakan perdagangan dan ekonomi serta sumber pelabu-ran penting.

“Malaysia sentiasa mengalu-alu-kan dan menggalakkan lebih ba- nyak pelabur UK memanfaatkan potensi pelaburan di Malaysia. Kami juga menggalakkan pelabur menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk ke wilayah ASEAN,” katanya. – BERNAMA

PUTRAJAYA - Malaysia dan Vietnam perkukuhkan lagi ker-jasama dalam menangani isu-isu keselamatan melibatkan kedua-dua negara.

Perkara itu dipersetujui dalam pertemuan kira-kira satu jam antara Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Keselamatan Awam Vietnam Jeneral To Lam yang melakukan kunjungan hormat ke atas Muhyiddin di Kementerian Dalam Negeri di sini.

Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan kedua-dua pemimpin itu antara lain menyentuh mengenai kerjasama dalam mendepani isu jenayah rentas sempadan, isu perairan serta penguatkuasaan agensi maritim.

Tumpuan khusus perbincangan adalah mengenai isu-isu keselamatan di kawasan perairan kerana kedua-dua negara adalah bersempadan, katanya. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Moham-ad menyatakan solidariti dan sokongan padu Malaysia kepa-da China dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Dalam perbualan telefon lebih setengah jam dengan Pre- siden China Xi Jinping pada 13 Februari lalu, Dr Mahathir turut menzahirkan keyakinan terhadap setiap usaha dilaku-kan presiden dan kerajaannya berhubung perkara itu.

“Kedua-dua pemimpin bercakap tentang persefaha-man bersama dan hubungan erat untuk membendung dan menangani epidemik Covid-19 , serta meminimumkan ke- sannya,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan.

Menurut kementerian itu, Presiden Xi menghargai per-sahabatan dan bantuan Malaysia, dan memberi jaminan China mempunyai kekuatan menangani wabak Covid-19 dan akan menjaga rakyat Malaysia dan rakyat negara lain yang kini berada di China sama seperti warganegara mere-ka. – BERNAMA

Covid-19: Solidariti kepada China

Tekad tangani isu keselamatan

GENEVA - Ketua Pengarah Pertu-buhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata vaksin pertama untuk Covid-19 dijangka dapat dihasil-kan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi Twitternya beliau berkata “ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak.”

Terdahulu, pada taklimat akhbar beliau berkata “sekarang kita memerlukan pelaburan untuk menghentikan wabak Covid-19,” sambil menambah menghasilkan vaksin dan te- rapeutik adalah agenda penting dalam penyelidikan.

“Kita bukan tidak berupaya untuk mempertahankan diri, kerana sekarang terdapat banyak dasar dan langkah pence-gahan dalam kesihatan awam.

“Jadi, kita perlu terus berusaha dengan mengguna-kan kelebihan yang ada bagi memerangi virus itu, sam-bil bersiap sedia untuk langkah jangka panjang,” kata- nya. – BERNAMA

Vaksin dijangka siap dalam 18 bulan

CHICAGO - Ahli ekonomi ber-pendapat kesan negatif dicetuskan wabak Covid-19 ke atas ekonomi China adalah terhad, lapor agensi berita Xinhua.

Profesor ekonomi di Institut Tek- nologi Illinois, Chicago Khairy Tourk berkata kesan negatif hanya berlaku pada suku tahun pertama, selepas itu sehingga akhir tahun keadaan kembali seperti biasa.

“Pertubuhan Kesihatan Sedun-ia memuji tindakan China dalam menangani wabak itu. Langkah pencegahan yang diambil bersesua-

Ekonomi China pulih akhir tahunian dengan masa dan keadaan,” ka-tanya.

Katanya, jika dibandingkan de- ngan kadar kematian akibat Zika dan Ebola, korban akibat Covid-19 jauh lebih rendah berbanding wabak lain.

“Jadi, apa yang berlaku sebenar- nya ialah terlalu membesar-besarkan kesan negatif wabak itu,” katanya.

“Satu perkara positif menge-nai ekonomi China ialah negara ini mampu membangunkan ekonomi digital, jadi pelajar boleh belajar da-lam talian…saya juga terkejut bila dengar ada beberapa mahkamah

di China sedang menjalankan per-bicaraan secara dalam talian,” kata Tourk.

Katanya rakyat China sangat berdaya cipta dan pelbagai usa-ha diambil untuk mengurangkan kesan penularan penyakit dengan mengambil langkah tepat dalam menangani krisis itu.

Tourk menyeru semua masya- rakat dunia berganding bahu dalam memerangi virus itu.

“Negara China yang sihat ber-makna ekonomi dunia juga sihat,” kata Tourk. – BERNAMA

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MBDARI KACA MATA MB11SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

Izinkan saya mulakan ucapan ini dengan sedikit kutipan dari mantan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon, “17 Matlamat Pembangunan

Lestari (SDG) adalah visi bersama kemanusiaan dan sebuah kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin dunia dengan rakyatnya”.

Berbeza dengan pendahulunya Matlamat Pembangunan Milenium (MDG), SDG yang terdiri daripada 17 matlamat, 169 sasaran dan 304 cadangan petunjuk, berupaya menyediakan kesinambungan dan terus menangkap imaginasi pemimpin-pemimpin politik tempatan dan antarabangsa serta mengarusperdanakannya ke peringkat kerajaan tempatan, lembaga swadaya masyarakat dan kelompok perniagaan dengan penekanan yang kuat terhadap matlamat alam sekitar.

Ini menandakan anjakan yang tuntas daripada “pembangunan manusia” (MDG) seperti yang dijuarai dan dipengaruhi oleh idea Amartya Sen berkenaan “pembangunan kebebasan” kepada “pembangunan lestari” (SDG). Matlamat berpaksikan masa hadapan ini meletakkan sudut pandang baharu dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar. Dengan terangkumnya matlamat dan sasaran secara menyeluruh, menjadi suatu cabaran untuk kita mencapainya dengan bersepadu, lebih-lebih lagi untuk tidak bekerja di bawah tempurung masing-masing, malahan mendapat dukungan dan sokongan daripada semua agensi kerajaan, masyarakat madani dan rakyat Malaysia amnya.

Kerajaan Selangor menggariskan beberapa strategi bagi memastikan hasrat mencapai negeri pintar menjelang 2025 tercapai. Iltizam Kerajaan Negeri dalam membangunkan inisiatif Smart Selangor sejak 2016 menunjukkan beberapa kejayaan memberangsangkan. Antara projek Smart Selangor yang berjaya termasuklah Sistem Pengangkutan Pintar Selangor (SiTS), Wi-Fi Smart Selangor, Parkir Smart Selangor dan Hentian Bas Smart Selangor.

Sebahagian masalah yang cuba diselesaikan melalui inisiatif Smart Selangor sebetulnya serupa dan selari dengan sasaran yang digariskan oleh UNDP dalam SDG. Terdapat banyak lagi inisiatif negeri yang menyokong dalam mencapai matlamat-matlamat tersebut. Skim Peduli Sihat sebagai contoh adalah usaha untuk mencapai SDG ke-3 yakni “Kesihatan dan

Kehidupan Sejahtera”. Empat lagi program seperti Selangor

Slim, pemeriksaan Mammogram secara percuma, projek Rints Pemadam dan pemeriksaan kesihatan penjawat awam semuanya menuju matlamat SDG yang sama.

Sebahagian program lain tidak begitu ketara kaitannya dengan SDG, seperti penubuhan Institut Wanita Berdaya (IWB), Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) malahan pembatasan had umur sah nikah di Selangor. Kesemua ini menuju ke arah matlamat SDG ke-5 yakni mencapai kesetaraan gender. Boleh dikatakan Selangor adalah juara perjuangan hak wanita.

Program-program lain seperti pinjaman mikrokredit Hijrah dan Grow untuk usahawan boleh dilihat sebagai usaha untuk mencapai SDG ke-8 dan SDG ke-10. Usaha

KERAJAAN SELANGOR MENGGARISKAN BEBERAPA STRATEGI BAGI MEMASTIKAN HASRAT MENCAPAI NEGERI PINTAR

MENJELANG 2025 TERCAPAI. ILTIZAM KERAJAAN NEGERI DALAM MEMBANGUNKAN INISIATIF SMART SELANGOR SEJAK 2016

MENUNJUKKAN BEBERAPA KEJAYAAN MEMBERANGSANGKAN. ANTARA PROJEK SMART SELANGOR YANG BERJAYA

TERMASUKLAH SISTEM PENGANGKUTAN PINTAR SELANGOR (SITS), WI-FI SMART SELANGOR, PARKIR SMART SELANGOR

DAN HENTIAN BAS SMART SELANGOR.

menuju SDG ke-8 iaitu pekerjaan baik dan pembangunan ekonomi, juga dilengkapkan dengan penubuhan Institut Pemberdayaan Pekerja dan Dasar Klusterisasi yang telah dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2019.

Yang saya cuba sampaikan di sini adalah betapa Kerajaan Negeri menyedari banyaknya matlamat yang cuba kita capai dengan inisiatif-inisiatif semasa. Pentadbiran ini menginsafi bahawa cabarannya bukan semata-mata untuk menghasilkan penyelesaian yang diperlukan, malah untuk menentukan matlamat SDG yang mana perlu didahulukan.

Saya percaya Shah Alam berada di landasan tepat untuk melakukan perkara ini, kerana mereka menjadi peneraju dan contoh kepada pihak berkuasa tempatan yang lain dalam memperbaiki sistem penyampaian mereka, terutamanya dengan memfokuskan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam menerajui dan kemudiannya Insya-Allah menjadi bandar pintar yang memenuhi SDG.

Saya mengucapkan selamat maju jaya dan semoga Shah Alam menjadi bandar pertama di rantau ini yang membuat pembentangan Kajian Sukarela Tempatan (VLR) di New York menjelang Julai 2020.

Dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, saya melancarkan Laporan SDG Shah Alam.

Terjemahan teks ucapan di Forum Bandar Sedunia ke-10 (WUF10) di Abu Dhabi pada 9 hingga 11 Februari 2020

Tekad capai misi

NEGERI PINTAR

Album Klik!13SelangorKini 20 - 26 Februari 202012 SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

KIRIPersembahan tarian tradisi sebelum acara pelepasan peringkat kelima Le Tour de Langkawi 2020 di Kuala Kubu Bharu I FIKRI YUSOF

KANANPekerja menyusun dan mengemas buah-buahan pada rak di Pasaraya Tesco Extra, Kajang l HAFIZ OTHMAN

KIRIPertunjukan tarian singa oleh Kumpulan Malaysia Xuan Wu pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina DUN Seri Setia di Pasaraya Besar Giant Kelana Jaya, Petaling Jaya I FIKRI YUSOF

KANANSekumpulan kanak-kanak menghabiskan masa lapang dengan aktiviti riadah di Pangsapuri Seksyen 16, Shah Alam l HAFIZ OTHMAN

KIRIKegembiraan penduduk kampung terserlah apabila menerima Notis 5A pada majlis penyerahan notis di Sungai Panjang, Sabak Bernam l ASRI SAPFIE

KANANRokiah Karim, 63, bersama keluarga melihat rumah yang bakal didudukinya pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Laman Haris Eco Granduer, Puncak Alam , Kuala Selangorl REMY ARIFIN

KIRIHadirin menunaikan solat Isyak berjemaah ketika menghadiri kuliah perdana di Stadium Malawati, Shah Alam l ASRI SAPFIE

KANANPengarah filem U Wei Saari (tengah) menerangkan lukisan kepada tetamu di Pameran Kesenian di Galeri Shah Alam, Shah Alam l REMY ARIFIN

Mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada penduduk Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang

ADN SUNGAI RAMALMazwan Johar

Membuat lawatan ke Pejabat Pos Cawangan Jenjarom, Kuala LangatADN BANTING

Lau Weng San

Berkunjung ke rumah penduduk yang kurang bernasib baik di Pangsapuri Permai, Petaling Jaya

ADN TAMAN MEDANSyamsul Firdaus Supri

Menziarahi penduduk yang uzur di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Kuala Selangor

ADN SUNGAI BURONGMohd Shamsudin Lias

Memeriahkan majlis sumbangan Kembali Ke Sekolah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram, Kuala Selangor

ADN JERAMMohd Shaid Rosli

ADN SEMENTADr Daroyah Alwi

Turut serta dalam program Petik Cili di Lorong Puaka Lapis Tiga, Klang

14ADN

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

OLEH ZAREEF MUZAMMIL PETALING JAYA - Pengurusan sisa pepejal di Seri Setia menun-jukkan kesan positif sejak ker-ja itu diambil alih KDEB Waste Management (KDEBWM), kata Ahli Dewan Negerinya.

Halimey Abu Bakar berkata pihaknya tidak menerima ba- nyak aduan berkaitan isu kuti-pan sampah.

“Tahap kebersihan di lokasi juga semakin bersih berban- ding sebelum ini. Justeru, saya berharap KDEBWM sentiasa menjaga prestasi kontraktor supaya tiada aduan,” katanya pada sambutan Tahun Baha-ru Cina di Giant Hypermarket

Kelana Jaya di sini pada 16 Feb-ruari lalu.

Turut hadir Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Ab-dullah dan Ahli Majlis Banda-raya Petaling Jaya Zon 24, Nu-rainie Haziqah Shafi’i.

Halimey berkata tahap ke- sedaran masyarakat terhadap pengurusan sampah yang bermula di kediaman ma- sing-masing juga semakin meningkat.

“Kesedaran masyarakat ber-beza jika dibandingkan sebe-lum ini memandangkan di Seri Setia kebanyakan Badan Pe- ngurusan Bersama berganding bahu antara satu sama lain,” ka-tanya.

RAWANG - Pembangunan infra-struktur di Batang Kali diberi tum-puan pada tahun ini selaras matla-mat mensejahterakan rakyat, kata ahli dewan negerinya.

Harumaini Omar berkata pi-haknya merancang menambah baik kemudahan sedia ada jika ada peruntukan mencukupi bagi melaksanakannya.

“Kita akan lihat perkara yang boleh dibantu antaranya menam-bah baik kemudahan kesihatan

SHAH ALAM - Pembinaan penghadang jalan di hadapan Sekolah Menengah Kebang-saaan Subang Utama yang siap sepenuhnya pada Januari lalu mampu meningkatkan tahap keselamatan.

Ahli Dewan Negeri Subang Jaya berkata penghadang 75 meter yang dibangunkan Ma-jlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengelakkan ibu bapa meletak kenderaan di bahu jalan ketika menghantar atau mengambil anak.

“Tindakan itu bukan sahaja membahayakan nyawa sendi-ri tetapi turut mendatangkan risiko kepada pemandu di sepanjang jalan SS18,” kata Mi-chelle Ng Mei Sze.

Meninjau lokasi bersama ahli

Aduan kurang sejak KDEBWM ambil alih

Kutipan sampah berkesan

Fokus bangunkan Batang Kali

Bina penghadang jalan, tingkat keselamatan

Penghadang jalan sepanjang 75 meter dapat meningkatkan ta-hap keselamatan

majlis dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, beliau bersyukur kerana MPSJ menge-

luarkan peruntukan RM18,000 bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

YB KitaYB KitaAhli Dewan Negeri N24N24 SEMENYIHSEMENYIH

nNama: Zakaria Hanafi

nTarikh lahir: 4 Mac 1961 nNegeri kelahiran Selangor nMakanan kegemaran: Masak lemak cili api

nAktiviti masa lapang: Meluangkan masa bersama keluarga

nFalsafah hidup: Perjuangan harus diteruskan

nPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

nPekerjaan sebelum jadi Ahli Dewan Negeri: Penolong pegawai tadbir UKM

n Alamat pejabat ADN: Lot 2275, Jalan Kampung Sesapan Batu Rembau, 43700 Beranang

nNombor telefon ADN: 03-87660089

nE-mel: [email protected]

nFacebook: zakariahanafi

Halimey (tiga, kanan), Maria Chin (tengah) dan Nurainie (dua, kiri) pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina DUN Seri Setia pada 16 Februari lalu

N24 SEMENYIH

dan meningkatkan kualiti pen-didikan dengan menyediakan persekitaran kondusif kepada pe-lajar di sekolah.

“Saya kenal pasti beberapa se-kolah yang mengalami masalah kekurangan pendawaian sehing-ga menjejaskan proses pembela-jaran,” katanya pada majlis penu-tup Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Selangor 2020 di Bukit Beruntung Golf & Country Resort di sini pada 13 Februari lalu.

15SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

Rencana InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

-dompet menjadi ap-likasi paling banyak dimuat turun di Ma-laysia bagi suku ketiga

tahun lalu berdasarkan penyeli-dikan iPrice, sebuah platform pe-masaran tempatan.

Dengan lebih 61,500 rakan ni-aga dan kira-kira 3.5 juta penggu-na, keadaan itu sekali gus mem-buktikan urus niaga digital kian diminati masyarakat.

Apatah lagi, kadar penembu-san internet di negara ini yang mencecah 87.4 peratus manakala penggunaan telefon pintar men-capai 78 peratus memudahkan lagi proses urus niaga digital.

Setakat ini, Bank Negara Ma-laysia (BNM) mengeluarkan 42 lesen kepada pengendali aplika-si termasuk Touch n’ Go, Grabpay, Boost, BigPay, Paypal, Samsung-Pay dan Ipay88.

E-dompet popular berikutan perkhidmatan itu memudahkan pengguna membuat urus niaga termasuk membeli produk atau perkhidmatan secara dalam tali- an tanpa perlu banyak pergera-kan fizikal.

Keselamatan digital

Pun begitu, di sebalik keteru-jaan sebahagian masyarakat, kaji-an Pengguna Perbankan VMware 2020 mendapati hampir 46 pera-tus pengguna khuatir terhadap ciri-ciri keselamatan dalam hal kewangan.

Mereka bimbang wang da-lam e-dompet terdedah kepada penjenayah digital yang mung-kin menggodam sistem aplikasi tersebut.

Ini mengakibatkan 70 peratus pengguna memilih kaedah tra-disional termasuk pemindahan antara wang dalam talian, mesin juruwang automatik atau tunai kerana tahap kepercayaan mere-ka terhadap ciri-ciri keselamatan e-dompet diragui.

Selain itu, pengguna juga berdepan lambakan pengenda-li e-dompet apatah lagi keba- nyakan perkhidmatan itu tidak menyeluruh hingga mengakibat-kan sesetengah pengguna keliru.

Di negara lain, China misalnya, sebuah negara yang dianggap an-tara kuasa ekonomi dunia masa kini, hanya ada dua pengendali iaitu Alipay dan Wechat Pay.

Di Singapura pula, hanya ada 10 pengendali e-dompet antara-

faedah masalahe-dompet

memenuhi keperluan mereka.“Apa yang penting adalah me-

mastikan ada platform lazim yang memudahkan pembayaran,” kata Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Data peribadi terdedah?Segelintir penguna juga khu-

atir data peribadi mereka ter-dedah jika menggunakan aplikasi e-dompet.

Namun, pensyarah Universiti Teknologi Mara mengingatkan orang ramai, ada banyak per- khidmatan lain yang memerlukan maklumat peribadi mereka untuk pendaftaran pelbagai kad keah- lian dan diskaun produk tertentu.

Dr Irni Eliana Khairuddin juga mengingatkan orang ramai me- ngenai peruntukan undang-un-dang yang melindungi kerahsiaan mereka.

“Oleh itu, pengguna perlu ingat bahawa Malaysia mempunyai Ak-ta Perlindungan Data Periba-di 2010 bertujuan mencegah pe- nyalahgunaan data pengguna justeru pengendali e-dompet pula tidak boleh bertindak sesuka hati menggunakan data pelang-gan mereka,” katanya.

dan

n Beli-belah dalam taliann Tawar rebat dan diskaun

n Pengangkutann Penghantaran makanan

n Tukar mata wangn Beli barang dalam taliann Beli tiket kapal terbang

n Bayar bil utilitin Beli barang dari usahawan kecil

n Minta pulangan wang n Pindah wang dengan rakan

n Beli-belah dalam taliann Bayar makanan di restoran

n Beli-belah dalam taliann Bayar tol n Beli tiket wayangn Beli tiket kapal terbang n Bayar petrol

Perbezaan fungsi sebahagian pengendali e-dompet

nya DBS Paylah, FavePay, SingTel Dash dan AllPay manakala Hong Kong lebih mirip kepada China dengan tambahan Apple Pay dan PayMe yang fungsinya sama.

Isu lambakan pengendali e-dompet pernah dibangkitkan Timbalan Pengerusi Forum Peng-guna Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohamad Yusrizal Yusoff berikutan sesetengah perisian ap-likasi ‘berat’.

Sebaliknya, Gabenor Bank Ne- gara Malaysia percaya lebih ba-nyak pengendali e-dompet ber-makna lebih pilihan ada di tangan pengguna.

“Matlamat adalah untuk me-manfaatkan pengguna. Mere-ka mempunyai pelbagai pilihan perkhidmatan e-dompet yang

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

“Kita saman!”“Tak boleh.”“Kenapa pula?”“Eh, ini bukan perkara main-main.”“Haji, ini hal rumah tangga saya. Tak akanlah

saya anggap ini benda main-main.”Mata tunak menikam wajah Haji Wahid se-

olah-olah memberitahu kejengkelan dalam jiwa saya sudah mula bercambah. Penghawa dingin menderu dengan angin sejuk bersuhu 18 darjah celsius pada kekuatan kipas satu takah. Se-dikit pun tidak mampu menyamankan hati se-orang perempuan yang remuk dihenyak kecewa. Permaidani Kashmir dan kerusi empuk Lorenzo yang mungkin disusun atur untuk menggamit klien-klien itu langsung tidak menenteramkan saya.

“Kita tak boleh saman benda macam ini. Mahkamah tak terima.”

“Tapi kalau haji yakin dia punca segala ma-salah saya, tentu haji boleh yakinkan peguam dan hakim.”

Pelik, geram, marah, sedih, bingung, be-ngang. Kerencaman emosi ibarat bagasi se-orang badut amatur sarkas pinggiran. Percam-puran yang tidak koheren. Saya mula memikirkan hidup ini satu jenaka buruk yang panjang. Entah kenapa Haji Wahid pun saya nampak seperti satu lawak ulangan rancangan petang-petang. Saya memang tak puas hati. Dia yang beria-ia menyalahkan benda itu tapi dia sendiri tidak

SALJU RINDU

Barangkali kutunggui kau seperti salju pertama jatuh tiap tahunsemua orang turun ke tanah, jadi kanak-kanaksemua orang menadah basah, nyanyi dan teriak-teriak

Barangkali kau begitulahbegitu menyenangkanbegitu membuatku girangmemanggilmu datangmembawaku pulangmengasuhku cinta

Barangkali aku begitulahbegitu tak tentudipeluk kau aku lariditakluk kau aku matitapi aku turun menyapamu duluaku yang dulumendepang tanganaku yang dulumenari kau cair di tapak tanganku dicumbu ribuanmu aku beku

Barangkali kita begitulahlima minitsepuluh minitbelum kau hilangaku pulangberkurung selimutberkelubung kerekotmenjauh

dari apapun.

Hidayu Hatta

mahu tegakkan keadilan. “Kita kena ikhtiar supaya jadi pengajaran

kepada orang lain.” Rupanya ada geletar suara yang cuba saya tahan. Dek kerancuan emosi tadi.

“Kita serahkan sahaja pada Tuhan. Kita terus ber-doa. Itulah ikhtiarnya.”

Kalau setakat berdoa buat apa saya jumpa tuan haji. Saya tak suarakan kata hati ini. Bukankah dia se- orang haji? Saya perlu hor-mat. Dia juga seorang yang tersohor. Kata pembantunya tadi, di belakang saya ada berpuluh lagi orang menung-gu.

Cumanya prinsip hidup saya adalah an eye for an eye. Saya tidak boleh biarkan hanya pembalasan di akhirat. Di dunia, kita ada tangan dan akal untuk selesaikan segala yang berselirat. Ada tangan dan akal untuk menegakkan keadilan dan membasmi ke-bodohan zulmat.

Namun, masuk akalkah semua ini? Tiga tahun la-manya berkenalan dan kami semakin mesra. Tiada gelora, tidak peduli orang kata, ha-nya ada hari-hari yang mem-benih cinta. Cinta yang terpa-teri pada janji yang terungkap dan cincin yang tersarung kemudiannya.

Memang tidak masuk akal. Cinta (yang saya sang-kakan) murni itu hanya menatijahkan dua kali pele-buran intim di ruang yang kami gelar kamar pengan-

tin. Sepanjang tiga bulan hidup bersama hanya dua kali sahaja! Terus terang saya tidak boleh menerima keadaan ini. Sudah tentu, semua pe- rempuan moden yang melalui emansipasi seha-rusnya mementingkan hal ini. Apa lagi puncak kebahagiaan paling suci untuk sepasang makh-luk yang terbenam dalam asmara?

Dua kali sahaja dalam tiga bulan. Memang ti-dak masuk akal. Beratur alasan yang dimuntah-kan. Haid yang terlalu panjang – sepuluh hari tidaklah terlalu panjang. Migrain – yang dibeli hanya Panadol, di mana ubat-ubat tahan sakit yang lain? Penat – kau kerja pereka grafik saha-ja, bukannya buruh binaan. Belum bersedia – oh, come on!

“Jadi macam mana, haji?”“Kita tak boleh saman jin.” Haji Wahid men-

jawab tegas. Ini lebih tak masuk akal. Kita tak boleh sa-

man jin? Kalau kita boleh mendiagnosis penya-kit jin – ya kamulah haji antaranya, kalau orang boleh bercakap dengan jin – menurut tajuk buku terkenal, kalau ada yang bela jin, atau tangkap jin, atau nampak jin, kenapa pula kita tak boleh bawa jin ke muka pengadilan dan saman berju-ta-juta ringgit?.

“Kalau haji tak boleh buat begitu apa guna- nya saya datang ke sini? Baik saya jumpa ahli terapi psikologi.”

“Ini sihir pemisah. Kamu tak percaya jin?”“Mestilah saya percaya. Haji kata ada orang

hantar, bos tempat dia bekerja. Saya boleh upah orang untuk siasat dan uruskan perempuan ga-tal itu. Biar dia rasakan akibat mengganggu per-hubungan kami ini. Tapi jin itu pun mesti terima balasan. Yang itu haji kena bantu.”

“Ish, tak logik cara kamu berfikir. Mana boleh kita saman jin.”

Logik hanya ada pada templat kebenaran masing-masing. Logik orang lain barangkali lain acuannya dengan kita. Semua ada kebe-naran sendiri. Saya teringat semula kata-kata kawan saya. Sebenarnya bukan kawan, teta-pi pemandu Grab yang memandu saya dalam

perjalanan satu jam dari Nilai ke Pandan Jaya. Saya luahkan perasaan seolah-olah kusyen be-lakang kereta itu adalah sofa terapi si Freud. Oh ya, Freud itu seorang ateis. Saya masih ingat nasihat pemandu muda ini bahawa ayat Quran yang menyebut tentang sihir pemisah ini (tentulah saya tak ingat ayat yang mana, Al-Baqarah seratus berapa entah) tak semes-tinya bermaksud jin tapi maksud lebih umum seperti batu api atau fitnah.

Dia sarankan saya berjumpa kaunselor per-kahwinan. Ujarnya lagi, walaupun saya tidak minta pun nasihatnya tapi saya relakan, ke-banyakan masalah perkahwinan ada isu-isu psikologi yang sering disapu ke bawah am-bal. Pandai sahaja pemandu Grab ini berlagak seperti pakar psikiatri. Sudah tentulah saya tak peduli sangat kata-katanya. Dia pemandu Grab. Haji Wahid pula seorang... yalah, seorang haji. Pasti iktikad saya lebih kepada Haji Wa-hid. Saya mahu masuk syurga. Seperti ratusan pelanggan-pelanggannya yang lain.

“Kamu teruskan datang berubat di sini. Ba-nyak bersabar. Sihir ini kena buang perlahan-la-han. Jangan gopoh.”

Mesej masuk. Notifikasi whatsapp. Saya mengangkat tangan pada Haji Wahid.

Bukan saya suruh dia bercakap kepada telapak ini tapi saya mengisyaratkannya menunggu sebentar. Entah kenapa saya rasa perlu untuk membaca mesej waktu itu juga.

Maaf sayang. Saya telah kembali. Ringkas mesej di bawah gambar.

Saya terduduk. Bagasi emosi saya tadi ter-burai. Bergolek dan bertabur di atas permaidani gebu. ‘Rasa dicurangi’ tidak cukup untuk me-wakili situasi dan perasaan ini.

Foto di tepi pantai. Cinta saya tidak lagi berambut gaya potongan undercut, berkemeja flanel dan bercelana denim. Dalam busana dan hijab itu, saya akui dia lebih cantik daripada saya.

Haji Wahid masih menunggu jawapan sam-bil tersengih-sengih.

Oleh Zul Azlin

17SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

Rencana InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM

Air Terjun SerendahSATU lagi lokasi perkelahan sesuai adalah Air Ter-jun Serendah yang turut dikenali sebagai Air Terjun Templer Kai.

Terletak 13km dari pusat bandar Rawang, ia di-anggap mesra kanak-kanak berikutan kawasan mandi luas, tidak berbatu dan airnya hanya paras pinggang.

Namun, kedudukannya yang strategik selain kemudahan parkir, bilik persalinan dan kedai makan menyebabkan lokasi itu sesak pada hujung minggu.

Pengunjung juga boleh mendaki 200 meter un-tuk ke bahagian atas air terjun yang menempatkan jakuzi semula jadi yang dinamai Freedo’s Jakuzi. Kenderaan pacuan empat roda juga boleh dipandu ke sana. PERJALANAN sejauh 13km dari Kuala Kubu Bharu tidak tera-

sa apabila disajikan dengan suasana penempatan orang Asli di Kampung Pertak dan Empangan Sungai Selangor.

Santuari yang diuruskan Jabatan Perikanan Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor juga menawarkan pengalaman

sedikit mencabar buat pengunjungnya.Untuk sampai ke air terjun, pengunjung perlu berjalan kaki meredah hutan sejauh

tiga km antara 40 minit hingga satu jam. Sebaik tiba, penat meredah hutan

segera hilang apabila menyaksikan deruan air terjun dan ikan kelah dan tengas berenang jinak di permukaan sungai yang jernih.

Pengunjung juga boleh memberi makan ikan kelah sebesar telapak tangan

orang dewasa dengan membeli makanan di kaunter masuk tapak perkelahan.

Air Terjun Chiling ada tiga tingkat tetapi pengunjung ha-nya dibenarkan bermandi-manda di tingkat pertama sahaja atas faktor keselamatan.

Namun, Sungai Chiling ditutup sementara mulai 1 Novem-ber lalu sehingga 29 Februari ini ekoran ikan kelah dan tengas sedang aktif membiak.

Santuari Ikan Sungai Chiling

Hutan Lipur Kanching HUTAN hujan Kanching yang juga dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching terletak enam kilometer dari bandar Rawang. Ia terkenal sebagai lokasi per- khemahan, perke-lahan, dan kegiatan meredah hutan.

Laluan hutan yang diuruskan Tourism Selangor sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak de-ngan aktiviti itu. Ka-wasan tersebut juga dipenuhi pelbagai spesies tumbuhan yang jarang ditemui.

Hanya RM1 seorang dan RM2 untuk caj parkir, kawasan perkelahan pula ada tujuh lapisan air ter-jun. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan aksi kumpulan monyet bergayutan di pokok.

AIR terjun di pinggir Lebuhraya Karak ter-letak kira-kira 20km dari Gombak. Di lokasi perkelahan, pengunjung boleh menikmati sensasi spa semula jadi dengan membiar-kan ikan-ikan kecil menggigit kulit mati di kaki.

Untuk ke kawasan yang dinamakan Jungle Lodge (terletak di sepanjang Jalan Gombak lama ke Genting Highland), pe- ngunjung perlu meredah hutan kira-kira sejam termasuk menyeberangi sungai.

Pengunjung juga perlu melalui te-rowong yang terletak bawah lebuhraya berkenaan.

Sungai Pisang SUNGAI Tekala yang terletak di Hulu Langat, kira-kira 14km dari Semenyih dan 50km dari Kuala Lumpur.

Pusat perkelahan yang dibuka pada 1982 merupakan tempat ide-al untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana pengunjung hanya memerlukan 10 minit untuk sampai ke air terjun dari pintu masuk utama.

Tiket serendah RM2 bagi dewasa dan RM1 kanak-kanak, ia dilengkapi deretan gerai makan, surau, tandas awam dan bilik persalinan. Jika mahu ber-malam, perkhidmatan sewa chalet disediakan atau sewa tapak khemah untuk lebih jimat.

Lokasi itu sebahagian Hutan Simpan Sungai Lalang yang menjadi Taman Warisan Selangor.

Sungai Tekala

SHAH ALAMSHAH ALAM

Ada banyak tempat semula jadi yang menarik untuk dikunjungi. Malah, keinda-han alam dan variasi air terjun di Selangor antara yang menggamit pelancong dalam dan luar negara.

Berikut lokasi yang menjadi pilihan pe-

ngunjung sama ada untuk berkelah ber-sama keluarga mahupun sekadar mencari ketenangan dari suasana kota-raya. War-tawan NAZLI IBRAHIMNAZLI IBRAHIM memilih beberapa lokasi air terjun yang diminati ramai ber-dasarkan tinjauan beberapa media.

air terjun menarik

KualaKubu Bahru

Kajang

Rawang

Batang Kali

18PBT

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita 14 gerai di sekitar Pasar Bo-rong Selayang kerana berniaga tanpa lesen dalam Operasi Khas Bersepadu13 Februari lalu, kata pengarah jabatan korporatnya.

Dalam operasi bermula 10 pagi, Moha- mad Zin Masoad berkata daripada 14 gerai terbabit, sembilan dimiliki asing tempatan

manakala lima lagi warga asing.“Tindakan sitaan dilaksanakan di bawah

Seksyen 46(1) Akta Jalan, Parit dan Bangu-nan 1974 (Halangan Tred Perniagaan) serta mengikut undang-undang yang dikuat-kuasakan oleh MPS dan agensi lain yang terlibat,” katanya dalam kenyataan pada 17 Februari lalu.

Katanya, operasi itu disertai lebih 90 ang-gota melibatkan pihak berkuasa tempatan

termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

Dalam pada itu, JPJ mengeluarkan 14 notis bagi kesalahan tiada cukai jalan, tiada insurans dan kesalahan berkaitan tempat letak kereta.

Mohamad Zin mengingatkan tindakan tegas akan dikenakan ke atas penjaja yang menjalankan perniagaan di kawasan la- rangan.

MDKL usaha kekang Covid-19SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala La-ngat (MDKL) membekalkan topeng muka dan pembersih tangan kepada kakitangannya bagi mengekang penu-laran Covid-19.

Keutamaan diberi kepada petugas barisan hadapan termasuk penjaga kaunter dengan menggalakkan pema- kaian topeng ketika berurusan dengan orang awam.

Mengikut kenyataan media, kakita- ngan MDKL tidak digalakkan mengun-jungi tempat tumpuan ramai selain mencuci lantai, kaunter dan meja bilik mesyuarat dengan lebih kerap.

“Kakitangan serta ahli keluarga di-nasihatkan mendapatkan rawatan di Hospital Banting atau klinik kesihatan berhampiran jika terdapat tanda seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas,” katanya.

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak berkompromi terhadap kaki- tangannya yang melakukan penyelewe- ngan dan menyalah guna kuasa.

Merujuk kes tiga penguat kuasanya terlibat memeras ugut pekerja asing di Klang Utara baru-baru ini, majlis itu be- kerjasama dengan polis bagi memudah-kan siasatan.

“MPK tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Pekerja (Perlakuan Dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Klang 1995 sekiranya didapati bersalah dan menjejaskan imej,” katanya dalam ke-nyataan.

Pada 14 Februari lalu, tiga penguat kuasa berumur antara 20 hingga 30 ta-hun dikatakan menyamar sebagai polis sebelum mereka ditahan selepas mangsa membuat aduan.

Semua suspek direman tiga hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 384/170 Kanun Keseksaan.

Tidak kompromi salah guna kuasa

RAWANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita lima motosikal di premis perniagaan di Rawang Mutiara pada 12 Februari lalu, kata pengarah jabatan kor- poratnya.

Mohamad Zin Masoad berkata ia beri-kutan pemilik premis menggunakan dua petak parkir di depan kedai sebagai ruang pameran jualan, lapor Sinar Harian.

Tindakan sita dibuat mengikut Sek-syen 46(1) d Akta Jalan, Parit dan Bangu-nan 1974 (Halangan Tred Perniagaan).

Jualan di parkir, lima motor disita

Op khas di Pasar Borong Selayang

14 gerai haram disita

Penguat kuasa MPS menyita gerai penjaja haram di sekitar Pasar Borong Selayang dalam Operasi Bersepadu pada 13 Februari lalu

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengheret empat penghuni Pangsapuri Putrawalk di Seri Kembangan yang enggan melunaskan caj penyeleng-garaan bangunan.

Timbalan pengarah jabatan korporat dan pengurusan strategik berkata majlis juga akan meneruskan tindakan sama ke atas penghuni lain yang melakukan kesa-lahan sama.

“Caj berkenaan diperlukan untuk

Badan Pengurusan Bersama mengurus-kan kediaman berstrata dengan lebih baik,” kata Azfarizal Abdul Rashid dalam kenyataan pada 13 Februari lalu.

Beliau berharap ketegasan itu mampu mendidik pemilik berstrata bawah mem-bayar kepada Badan Pengurusan Bersama atau Perbadanan Pengurusan Pangsapuri.

Tindakan tersebut dibuat mengikut Seksyen 123 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

Penghuni culas bayar didakwa

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling diarah mengambil tindakan bersepadu terhadap kawasan tapak kitar semula di Seksyen 20 di sini.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Rodziah Ismail yang menerima aduan penduduk

berkata kawasan yang tidak diketahui pemiliknya mengundang pembiakan Ae-des dan anjing liar.

“Selain isu sampah, saya dimaklumkan kawasan itu turut dijadikan parkir bas dan laluan lori keluar masuk sehingga meng-ganggu keselamatan penduduk.

“Justeru, saya berharap MBSA dan PDT Petaling segera menyelesaikan isu yang akan mencemarkan lagi kawasan tersebut jika tidak ditangani,” katanya yang menegaskan pihak yang didapati bersalah perlu dikenakan tindakan lebih tegas.

Tangani tapak kitar semula biak Aedes

Caj berkenaan diperlukan untuk Badan Pengurusan Bersama menguruskan kediaman berstrata dengan lebih baik

AZFARIZAL ABDUL RASHIDTimbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ

19SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

PBTInformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Selangor memper-timbang penggunaan kamera web di badan penguat kuasa bagi me-rakam sekali gus memantau aspek keselamatan, kata EXCO kerajaan tem-patan.

Ng Sze Han dalam kenyataannya

berkata penggunaan alat tersebut memudahkan siasatan jika berlaku situasi luar jangka.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa berusaha menyelesaikan aduan tetapi amat mendukacitakan apabila perihal orang awam cuba menghalang anggota menjalankan tugas semakin menjadi-jadi,” katanya.

Beliau mengingatkan orang awam supaya tidak mengasari penguat kua-sa sebaliknya membuat aduan kepada PBT jika mereka tidak berpuas hati.

“Anggota penguat kuasa pula perlu bertenang dan berhemah dalam apa jua keadaan dan melaporkan kepada polis sekiranya mengalami kekasaran sewaktu bertugas,” katanya.

SHAH ALAM - Penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan lelaki warga emas yang bertelagah di USJ 9, Subang Jaya sebelum tular di media sosial kini berdamai.

Mereka bertemu di pejabat Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze, ditemani Tim-balan Yang Dipertua MPSJ, Mohammad Zulkurnain Che Ali.

Michelle berkata pihaknya berbangga kerana pertemuan berlaku secara sukarela dan salah faham mengenai kejadian itu diselesaikan.

“Mereka juga bersetuju supaya kes tersebut di-kira selesai secara muktamad,” katanya dalam ke-nyataan.

Pada 13 Februari, video memaparkan petugas MPSJ dipukul dengan payung sebelum penguat kuasa itu menumbuk warga emas hingga berdarah.

Anggota MPSJ, warga emas berdamai

RAWANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita peralatan segelintir penjaja sekitar Me-dan Putri, Bandar Tasik Puteri di sini kerana mere-ka meletakkan peralatan di bahu jalan.

Pengarah Jabatan Korporat Mohamad Zin Ma-soad berkata sebanyak 21 barangan disita mem-babitkan kerusi, meja lipat dan khemah dalam operasi bersepadu.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada pen-jaja bagi memastikan kawasan perniagaan ber- ada dalam keadaan bersih, selain tidak menimbul-kan kacau ganggu terhadap masyarakat,” katanya.

Sitaan dibuat mengikut Seksyen 46(1)d di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (halangan Tred di tempat awam dengan mening-galkan barangan perniagaan).

Beliau berkata MPS akan terus membuat pe-mantauan terhadap penjaja yang melanggar per-aturan.

Sita alatan penjaja di bahu jalanHULU SELANGOR - Seramai 70 kaki-

tangan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) termasuk penyewa premis ber-gotong-royong membersihkan Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali.

Jurucakap majlis itu berkata lokasi tersebut dipilih berdasarkan kekerapan penyewaan dewan oleh masyarakat se-tempat untuk kenduri, pertandingan su-kan dan ceramah.

“Oleh itu, kebersihan dan keceriaan penting untuk memberi keselesaan kepada penyewa,” katanya dalam ke- nyataan pada 15 Februari lalu.

MDHS menyasarkan program itu di-jalankan tiga kali setahun dengan tum-puan terhadap pasar awam, premis makanan dan dewan komuniti.

“Ia bagi mewujudkan rasa tanggung-jawab dalam menjaga kemudahan yang disediakan dan pembersihan tidak ber-gantung kepada PBT sahaja,” katanya.

Bersih dewan tiga kali setahun

Jamin keselamatan ketika bertugas

Kamera badan pantau tugas penguat kuasa

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Se-langor (PKNS) menawarkan diskaun sehingga 20 peratus bagi projek Antara Gapi, Serendah bermula 22 hingga 23 Februari ini.

PKNS dalam kenyataan berkata tawaran itu bagi memberi peluang kepada orang ramai memiliki har-tanah di lokasi berkenaan selain mendapatkan khid- mat nasihat secara percuma daripada perunding jualan.

“Oleh itu, orang ramai dijemput hadir ke Galeri Jualan Hartanah Antara Gapi dan rebut tawaran is-timewa termasuk kos perjanjian jual-beli ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami.

“Terdapat tiga projek yang terlibat sempena pro-mosi 48 jam mesti beli iaitu Azhara, Cassia dan

Lavender. Kesemua projek ini merupakan rumah berkembar dua tingkat berkeluasan 2,615 kaki perse-gi dan sedia untuk diduduki kecuali Lavender,” ka-tanya.

Terletak di Serendah dan dikelilingi pemanda- ngan hijau semulajadi, projek Antara Gapi sesuai bagi mereka yang menginginkan ketenangan serta kedamaian.

Ia mempunyai akses mudah ke Stesen Komuter Serendah dan dihubungkan Jalan Pintasan Rawang Kuala Lumpur.

Pada masa sama, PKNS menegaskan tidak wu-jud sebarang pemalsuan iklan, malah agensi berke-naan telah memenuhi keperluan konsep projek serta mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Rebut tawaran Rebut tawaran miliki hartanah miliki hartanah

ADVERTORIAL

Potongan Potongan

20 peratus 20 peratus

dalam dalam 48 jam48 jam

Kakitangan MDHS dan penyewa premis menjayakan program gotong- royong di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali di sini pada 14 Februari lalu

20Pendidikan

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jaba- tan Pendidikan Tinggi memper- kenalkan MyUPU, portal berse-padu baharu untuk permoho-nan kemasukan ke Institusi Pe- ngajian Tinggi (IPT) dan Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Ma-laysia (SPM) melanjutkan penga-jian ke peringkat asasi, diploma serta sijil mulai sesi akademik 2020/2021.

Timbalan Menteri Pendidi-kan Teo Nie Ching berkata por-tal tunggal tersebut bertujuan membolehkan lebih ramai le-pasan SPM berpeluang me- lanjutkan pelajaran di samping mengelakkan berlakunya pertin-dihan tawaran.

“Tahun ini kami gabungkan, hanya gunakan ‘single window’ untuk semua penempatan ke IPT kerana tujuan kami adalah untuk mengelakkan berlakunya tawaran bertindih.

“Kami mahu mengelakkan seorang pelajar mendapat dua tiga tawaran seperti tahun-ta-hun sebelumnya. Tahun lepas terdapat 10,000 tempat dari keseluruhan institusi pengajian tidak diisi, jadi, menerusi My-UPU, diharapkan ia dapat me-maksimumkan kapasiti yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program

Portal MyUPU elak tawaran bertindih

KUALA LUMPUR - Perdana Men- teri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku menteri pen-didikan melancarkan Dekad Mem-baca Kebangsaan (DMK) pada 13 Februari lalu, inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat.

Menurut buku atur cara pelan-caran DMK, melalui inisiatif itu, ke-

rajaan memantapkan persekitaran asas galakan membaca dan keter-sediaan mental rakyat secara agre-sif, kreatif dan inklusif selaras hasrat menjadikan Malaysia negara mem-baca dalam tempoh 10 tahun.

Melalui slogan #MalaysiaMem-baca, DMK anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu memberi fokus untuk meningkatkan jum-

lah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh serta melalui pengli- batan semua peringkat masyarakat.

Ini memperlihatkan kesunggu-han pihak kerajaan untuk menjadi-kan amalan membaca satu budaya untuk membentuk satu masyarakat yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat. – BERNAMA

PM lancar Dekad Membaca Kebangsaan

Dr Mahathir melawat ruang pameran pada majlis pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan di UKM pada 13 Februari lalu -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR - Universiti awam mempunyai kuasa autonomi sendi-ri dalam membuat sebarang kepu-tusan melibatkan arahan penang-guhan kelas pengajian susulan penularan jangkitan Covid-19.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata keputusan yang sama dilaksanakan universiti awam apabila negara dilanda je-

rebu sebelum ini, bagi memastikan kesihatan setiap warga universiti terjaga.

“Untuk universiti, mereka memang ada autonomi, sebagai contoh semasa masalah jerebu, uni-versiti juga diberi autonomi untuk membuat keputusan atau penyu- sunan paling sesuai buat mereka,” katanya kepada pemberita selepas

merasmikan majlis prapelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020, di sini pada 13 Feb-ruari lalu.

Dalam pada itu, Teo berkata bagi penutupan sekolah kerajaan pula, ia akan dilaksanakan Kementeri-an Pendidikan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Ke-sihatan. -BERNAMA

Virus: Universiti boleh tangguh kelas

Tingkat budaya membaca rakyat

Jom Masuk IPT 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Per-sada Johor, di sini pada 15 Feb-ruari lalu.

Turut hadir pada program di- sertai 100 pempamer merang-kumi universiti awam dan swas-ta itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sum-ber Manusia Johor Aminolhuda Hasan dan Naib Canselor Uni-versiti Teknologi Malaysia Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar.

Teo berkata terdapat 135,000 peluang melanjutkan pelajaran di semua IPT dan ILKA tahun ini de-ngan diharapkan kesemua kapa-siti itu mampu diisi. – BERNAMA

Tahun ini kami gabungkan, hanya gunakan ‘single window’ untuk semua penempatan ke IPT kerana tujuan kami adalah untuk mengelakkan berlakunya tawaran bertindih

TEO NIE CHINGTimbalan Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR - Keputusan pe- periksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 diumum pada 25 Februari ini, menurut Maj-lis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM dalam kenyataan memak-lumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah pada tarikh berkenaan mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian pula akan memper-olehnya melalui pos.

“Calon juga boleh menyemak keputusan melalui Khidmat Pesa- nan Ringkas (SMS) dengan me-naip STPM RESULT jarak no kad pe- ngenalan dan menghantarkannya ke 15888.

“Mereka juga boleh membuat semakan secara dalam talian de-ngan melayari portal MPM di ala-mat http://www.mpm.edu.my mu-lai pukul 12 tengah hari pada tarikh berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Pada tahun lalu 44,823 calon menduduki peperiksaan STPM di 652 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 44,501 atau 99.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta (167 atau 0.37 peratus), manakala calon persendirian (128 atau 0.29 peratus) dan 27 atau 0.06 peratus calon sekolah kerajaan negeri. -BERNAMA

Keputusan STPM 25 Februari

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (201401006213)

KENYATAAN TENDERBil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

PN0000001284

PN0000001387

PN0000001285

PN0000001273

PN0000000977

SUPPLY AND DELIVERY OF NEW PUMPS AS SPARES FOR AIR SELANGOR CRITICAL PUMP HOUSES

SUPPLY AND DELIVERY OF NEW MOTORS AS SPARES FOR AIR SELANGOR CRITICAL PUMP HOUSES

SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION AND COMMISSIONING OF AMR ENABLED ELECTROMAGNETIC FLOW METERS

SUPPLY AND DELIVERY OF DATA LOGGERS COMPLETE WITH ACCESSORIES FOR 2020 NRW PROGRAM

SUPPLY AND DELIVERY OF CORPORATE UNIFORMS FOR PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/service/tenderlists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-registration-guideline dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

21SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

Portal MyUPU elak tawaran bertindih

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan portal Penolong Amil Kariah untuk memudahkan urusan agihan zakat di negeri ini.

Dibangunkan peringkat fasa pertama 2020, portal berkenaan dijangka memudahkan proses permohonan pendaftaran asnaf fakir atau miskin.

Mengikut kenyataan, seramai 306 kariah mas-jid dari sembilan daerah dipilih menggunakan portal tersebut bagi memudahkan kariah me- ngenal pasti dan menyemak status asnaf.

“Ia sekali gus membolehkan permohonan dibuat secara terus dalam talian tanpa hadir ke cawangan LZS,” kata kenyataan itu.

LZS mencatatkan kutipan RM635.3 juta an-tara Januari hingga November 2019 manakala RM703.4 juta diagih dalam tempoh sama.

Babit 306 kariah masjid

Lancar portal mudahkan agihan zakat

Ahli kariah masjid dan surau meneliti portal Penolong Amil Kariah yang memudahkan uru-san agihan zakat di Selangor

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyediakan 27 pu-sat pengislaman bagi memudahkan penganut agama lain memeluk Islam.

Ia membabitkan pejabat agama Islam daerah, badan bukan kerajaan (NGO), masjid dan universiti awam.

Antara pusat pengislaman ber-daftar adalah NGO termasuk Per-tubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Hidayah Centre Foundation dan Ma-laysian Chinese Muslim Association.

Masjid sekitar Selangor yang

menguruskan pengislaman ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Al-Falah USJ 9 Subang Jaya dan Masjid Al-Azim, Hulu La-ngat.

Bagi universiti awam, proses itu dilakukan di Masjid Universiti Ke-bangsaan Malaysia (UKM), Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Masjid Universiti Islam Antarabang-sa Malaysia (UIAM).

Mereka yang mahu memeluk Is-lam mesti berumur atas 18 tahun

dan membawa MyKad atau pasport visa atau pas sosial selain dua foto ukuran pasport berserta dua saksi lelaki Islam.

Bagi yang berumur bawah 18 tahun atau kanak-kanak, mereka perlu membawa ibu bapa atau pen-jaga yang sah semasa pendaftaran pengislaman.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Ba-hagian Pendaftaran Mualaf, Kom- pleks Mais di Klang atau hubungi ta- lian 03-33614000.

27 pusat pengislaman serata negeri

SHAH ALAM - Seramai 200 pegawai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah pada per-himpunan di Dewan Auditori-um Sirim, di sini pada 15 Feb-ruari lalu.

Setiausahanya berkata Mais menyahut seruan kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Ra-suah Malaysia bagi memasti-kan kakitangannya menjaga integriti, jujur, amanah dan bebas rasuah.

Dr Ahmad Shahir Makhtar juga mengingatkan mereka supaya mengutamakan peng-hasilan program kerjasama an-tara agensi agama Islam dan anak syarikat Mais.

Lafaz ikrar dipimpin Ketua Audit Mais Zaharuddin Salim.

Staf Mais lafaz Ikrar Bebas Rasuah

Kakitangan Mais melafazkan Ikrar Bebas Rasuah semasa perhimpunan warga kerjanya pada 15 Februari lalu

20 - 26 Februari 202026 JAMADILAKHIR - 2 Rejab 1441

20 Khamis 6:08 6:18 7:25 1:30 4:48 7:29 8:3921 Jumaat 6:08 6:18 7:24 1:30 4:47 7:29 8:3922 Sabtu 6:08 6:18 7:24 1:30 4:47 7:29 8:3923 Ahad 6:08 6:18 7:24 1:29 4:47 7:29 8:3924 Isnin 6:08 6:18 7:24 1:29 4:46 7:29 8:3925 Selasa 6:08 6:18 7:24 1:29 4:46 7:29 8:3926 Rabu 6:07 6:17 7:23 1:29 4:45 7:29 8:39

20 Khamis 6:11 6:21 7:26 1:33 4:51 7:32 8:4221 Jumaat 6:11 6:21 7:26 1:32 4:50 7:32 8:4222 Sabtu 6:11 6:21 7:26 1:32 4:50 7:32 8:4223 Ahad 6:11 6:21 7:26 1:32 4:49 7:32 8:4224 Isnin 6:11 6:21 7:26 1:32 4:49 7:32 8:4125 Selasa 6:10 6:20 7:25 1:32 4:49 7:32 8:4126 Rabu 6:10 6:20 7:25 1:32 4:48 7:32 8:41

20 Khamis 6:08 6:18 7:25 1:30 4:48 7:30 8:4021 Jumaat 6:08 6:18 7:25 1:30 4:47 7:30 8:4022 Sabtu 6:08 6:18 7:25 1:30 4:47 7:30 8:4023 Ahad 6:08 6:18 7:25 1:30 4:47 7:30 8:4024 Isnin 6:08 6:18 7:25 1:30 4:46 7:30 8:4025 Selasa 6:08 6:18 7:24 1:30 4:46 7:30 8:4026 Rabu 6:07 6:17 7:24 1:30 4:45 7:30 8:40

22Wanita & & Kebajikan

SelangorKini 20 - 26 Februari 2020

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Golongan ibu harus me- ngawal emosi bagi mengelak kejadian mendera anak kandung dari terus me- ningkat, kata pengerusi Institut Wanita Berdaya.

Mengulas lebih 39 peratus atau 192 kes daripada 685 kes dera dilakukan ibu kandung sepanjang tahun lalu, Juwairiya Zulkifli berkata emosi ibu membentuk persekitaran positif kepada anak.

“Saya juga meminta masyarakat me-mainkan peranan dengan mengambil tahu antara satu sama lain bagi mengelak kes dera berlaku dalam kejiranan mereka,” katanya.

Pada masa sama, Juwairiya meminta masyarakat tidak membuat perbandingan antara ibu kandung atau ibu tiri.

Selain ibu, statistik Kementerian Pem-bangunan Wanita, Keluarga dan Masya-

PUTRAJAYA - Wanita memainkan pera-nan penting membantu kerajaan me- merangi rasuah di negara ini, kata tim- balan perdana menteri.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia ter-bukti apabila Latheefa Koya mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay-sia (SPRM) bagi memerangi kegiatan itu.

“Di Malaysia, saya dengan penuh rasa bangga ingin kongsikan bahawa kita juga mempunyai tiga wanita pem-beri maklumat daripada Jabatan Ketua Audit Negara yang wajar dicontohi,” ka-tanya semasa merasmikan Simposium Mengarusperdanakan Gender dan Mem-perkasakan Wanita bagi Memerangi

Rasuah pada 11 Februari lalu.Mereka ialah bekas Ketua Audit Nega-

ra Tan Sri Dr Madinah Mohamad, bekas Pengarah Prestasi Audit Saadatul Nafisah Bashir Ahmad dan Pengarah Au-dit Datuk Nor Salwani Mu-hammad.

Ketiga-tiga wanita ini adalah saksi utama SPRM dalam kes rasuah berprofil tinggi, katanya.

Dr Wan Azizah berka-ta pewujudan ruang yang jelas bagi pemberi mak-

lumat dan ruang selamat untuk wa- nita melaporkan rasuah dengan salu-ran menangani sebarang insiden adalah tunjang kepada usaha dan inisiatif itu. - BERNAMA

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghu-lurkan sumbangan kepada tujuh keluarga yang ditim-pa bencana ribut di Jalan Kebun baru-baru ini, kata pengurus operasinya.

Md Ariffin Jaafar berka-ta keadaan ribut luar biasa menyebabkan rumah pen-duduk rosak dan bumbung diterbangkan angin.

“Sumbangan kecemasan bertepatan dengan salah satu fokus utama Yide iaitu membantu mangsa yang ditimpa mu-sibah serta malapetaka.

“Kami turut membuka ruang kepada

orang ramai untuk menghubungi talian hotline Yide (017-7569476) sekiranya ber-laku musibah di kawasan masing-masing,” katanya.

Md Ariffin Jaafar (kiri) menyerahkan sumbangan kepada mangsa

(Gambar bawah)Rumah rosak selepas kejadian

Mangsa ribut Jalan Kebun dibantu

Elak kes dera anak meningkat

Ibu kena kawal emosi

Wanita main peranan penting perangi rasuah

rakat juga menunjukkan golongan bapa mencatatkan 158 kes atau 32 peratus.

Selain itu, 29 kes atau enam peratus membabitkan pengasuh taska atau pen-jaga pusat jagaan manakala kes melibat-kan ibu tiri hanya tiga peratus atau 15 kes.

Saya juga meminta masyarakat memainkan peranan dengan mengambil tahu antara satu sama lain bagi mengelak kes dera berlaku dalam kejiranan mereka

JUWAIRIYA ZULKIFLIPengerusi Institut Wanita Berdaya

23SelangorKini 20 - 26 Februrari 2020

SukanInformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Atlet olahraga Selangor dihantar ke Kenya bagi menjalani lati-han intensif sebagai persediaan meng-hadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor, Julai ini.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Adi Faizal Ah-mad Tarmizi berkata dua atlet lelaki ke sana sejak Januari lalu bagi men-ingkatkan prestasi di bawah kendalian jurulatih Kenya.

“Kita hantar atlet ke Kenya bagi melihat sendiri pusat latihan olahraga dilaksanakan. Kita (MSN) bayar tiket sa-haja. Jurulatih ikut sekali dan semua di-tanggung di sana.

“Kita pilih jurulatih Kenya kerana mereka melahirkan pelari jarak jauh yang sangat bagus di samping olah-raga,” katanya kepada SelangorKini di Kompleks Belia Selangor, di sini 10 Feb-ruari lalu.

Atlet olahraga yang berlatih di Ken-ya adalah Berchmans Aruldass dan Jeff Lim Zhe Yu.

Sementara itu, Rhaasrikanesh Kana-vathi, Muhammad Afif Mohd Fathi dan Liyana Azizan Durisic bagi sukan golf menjalani latihan di Amerika Syarikat.

Adi Faizal berkata beberapa program sukan disusun menjelang SUKMA selain penyertaan atlet dalam kejohanan di luar negara seperti berbasikal, renang dan tenis.

RAWANG - Daerah Petaling Utama mun-cul juara keseluruhan Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Selangor 2020 di Bukit Beruntung Golf & Country Resort di sini pada 13 Februari lalu.

Mengutip 51 mata, pemain meneri-ma piala dan sijil yang disampaikan Ahli Dewan Negeri Batang Kali, Harumaini Omar.

Petaling Perdana pula sekadar ber-puas hati di tempat kedua dengan 46

mata manakala Hulu Langat yang men-catat 34 mata pada kedudukan ketiga.

Kejohanan dua hari itu menghimpun-kan 160 peserta membabitkan kategori lelaki dan perempuan bawah 12,15 dan 18 tahun.

Harumaini berkata kejohanan itu memberi pendedahan kepada atlet golf dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah yang berdaftar dengan MSS Selangor.

“Golf adalah industri menguntungkan dan dunia pada hari ini menjadikannya sebagai satu kerjaya memandangkan pendapatan pemain golf terkenal mam-pu mencecah jutaan dolar.

“Ganjaran wang lumayan menyebab-kan golf sangat popular dalam kalangan belia, malah atlet yang mengambil ba-hagian pada kejohanan hari ini adalah sebahagian daripada mereka (belia),” katanya.

LANGKAWI - Pelumba Perancis Johan Le Bon dari pasukan B&B Hotel Vital Concept berjaya mengatasi saingan hebat daripada pelumba lain di garisan penamat untuk memenangi Perlumbaan Klasik Antarabangsa Malaysia, sejauh 159 kilometer di Kuah di sini hari ini.

Juara perlumbaan lebuh raya remaja dunia 2008 itu mengalahkan pelumba dari Australia Jesse Ewart (Team Sapura Cycling) dan rakan senegara Lucas De Rossi (Nippo Delko One) pada acara perlumbaan yang berlangsung selepas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

Kemenangan itu membolehkan, Le Bon membawa pulang RM10,000 serta 125 mata ranking dunia UCI, manakala Ewart di tem-pat kedua memenangi RM5,500 dan 85 mata dan De Rossi di tempat ketiga (RM3,000 dan 70 mata).

Raja Bukit LTdL 2020 Muhamad Nur Aiman Zariff, berjaya membuktikan keunggulannya apabila memenangi anugerah ‘Pendaki Ter-baik’ dengan mengutip 11 mata dan mem-bawa pulang RM1,000.

Persiapan SUKMA 2020

Atlet olahraga berlatih di Kenya

Petaling Utama juara Kejohanan Golf MSS

Harumaini (tengah) bersama pasukan Petaling Utama pada majlis perasmian penutup Kejohanan Golf MSS Selangor di Rawang pada 13 Februari lalu

Pelumba Perancis menang perlumbaan

Azizulhasni buru slot Olimpik Tokyo

Kita hantar atlet ke Kenya bagi melihat sendiri pusat latihan olahraga dilaksana-kan. Kita (MSN) bayar tiket sahaja. Jurulatih ikut sekali dan semua ditanggung di sana

ADI FAIZAL AHMAD TARMIZIPengarah Eksekutif MSN Selangor

NILAI - Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Berlin, Jerman, pada 26 Februari hingga 1 Mac ini menjadi landasan skuad negara meraih satu lagi slot tambahan dalam aca-ra keirin dan pecut individu pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang berkata justeru dalam usaha meraih sasaran itu, beliau serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Mohd Zonis perlu berada di kedudukan enam ter-baik secara keseluruhan dalam acara pecut pada kejohanan tersebut.

“Fokus pada kejohanan dunia adalah un-tuk mendapatkan satu lagi slot dalam aca-ra pecut supaya di Olimpik Tokyo nanti kita dapat sekurang-kurangnya dua individu bersaing dalam acara keirin dan pecut,” ka-tanya pada sidang media mengenai persia-pan skuad trek negara ke Berlin, di sini, pada 13 Februari lalu.

Selain sasaran berada di pentas podi-um, katanya, beliau akan menggunakan kejohanan itu untuk melakukan sebarang pelarasan sebelum menghadapi Sukan Olimpik 2020. -BERNAMA

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, No 16, Jalan U8/85, Taman Perindustrian Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor