perbandingan kaedah hafazan al-quran tra

9
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 827 PERBANDINGAN KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN TRADISIONAL DAN MODEN: SATU KAJIAN AWAL Nor Musliza Mustafa Fakuti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected] Dr. Mokmin Basri Fakuti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected] ABSTRAK Berbagai usaha telah dilaksanakan dalam mengkaji dan menganalisa isi kandungan Al-Quran dan ternyata makin banyak menganalisa dan membahaskannya, makin diketahui betapa kecilnya kemampuan manusia apabila dibandingkan dengan kebesaran Allah s.w.t. Kertas kerja ini membincangkan kajian lepas berkaitan dengan kaedah hafazan Al-Quran secara tradisional dan moden bagi mengenalpasti kajian lanjutan yang diperlukan untuk pengukuhan kaedah hafazan sedia ada. Kajian ini memilih reka bentuk kajian kualitatif kerana sesuai dengan tujuan kajian iaitu meneroka isu dan kaedah hafazan Al-Quran yang masih belum terbangun sepenuhnya. Perkembangan pembangunan beberapa institusi Tahfiz Al-Quran menjadikan sistem hafazan Al- Quran diperkemaskan dengan pelbagai teknik dan kaedah berkesan serta bersistematik dalam membantu memudahkan proses menghafaz Al-Quran dengan sempurna. Kata kunci: kaedah hafazan, talaqqi, musyafahah, tasmik. ----------- ------------ ----------- ------------- ------------- ----------- ------------ ------------------------------------ ----------- 1.0 PENGENALAN Al-Quran merupakan kalam Allah atau kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw kepada umatnya sebagai panduan kehidupan manusia seluruhnya. Al-Quran merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw yang terpelihara sehingga hari perhitungan. Allah menurunkan Al-Quran kepada semua hambaNya sebagai pegangan yang kukuh, agar dalam setiap kehidupan makhlukNya berada di dalam rahmat dan keberkatanNya. Al-Quran akan menjadi panduan yang sangat berharga dan bernilai bagi orang yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Iaitu hambaNya yang benar-benar ingin mengambil panduan sahaja yang akan diberikan petunjuk taufik dan hidayah dalam mengharungi setiap detik dalam kehidupan di dunia dalam menuju akhirat yang kekal abadi. Sebagai hambaNya yang diberikan taufik dan hidayah, adalah menjadi kewajipan untuk mengkaji, memahami, menghafaz, menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian sepenuhnya dengan penuh ikhlas mencari keredhaan Allah swt. Mempelajari isi kandungan Al-Quran akan menambahkan perbendaharaan baru, memperluaskan pandangan dan pengetahuan, meningkatkan perspektif baru dan perkara-perkara yang baru. Hal ini menambahkan keyakinan terhadap keunikan isi kandungannya yang menunjukkan Maha Besar Allah yang Maha Pengasih Penyayang, sebagai penciptanya. Berbagai usaha telah dilaksanakan dalam mengkaji dan menganalisa isi kandungan Al-Quran dan ternyata makin banyak menganalisa dan membahaskannya, makin diketahui betapa kecilnya kemampuan manusia apabila dibandingkan dengan kebesaran Allah s.w.t. Bertepatan dengan fi rmanNya:

Upload: afifah

Post on 13-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

7/26/2019 Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

http://slidepdf.com/reader/full/perbandingan-kaedah-hafazan-al-quran-tra 1/8

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net  827

PERBANDINGAN KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN TRADISIONAL DAN MODEN:

SATU KAJIAN AWAL

Nor Musliza Mustafa

Fakuti Sains dan Teknologi Maklumat

Kolej Universiti Islam Antarabangsa [email protected]

Dr. Mokmin Basri

Fakuti Sains dan Teknologi Maklumat

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Berbagai usaha telah dilaksanakan dalam mengkaji dan menganalisa isi kandungan Al-Quran dan

ternyata makin banyak menganalisa dan membahaskannya, makin diketahui betapa kecilnyakemampuan manusia apabila dibandingkan dengan kebesaran Allah s.w.t. Kertas kerja ini

membincangkan kajian lepas berkaitan dengan kaedah hafazan Al-Quran secara tradisional dan

moden bagi mengenalpasti kajian lanjutan yang diperlukan untuk pengukuhan kaedah hafazan sedia

ada. Kajian ini memilih reka bentuk kajian kualitatif kerana sesuai dengan tujuan kajian iaitu

meneroka isu dan kaedah hafazan Al-Quran yang masih belum terbangun sepenuhnya.

Perkembangan pembangunan beberapa institusi Tahfiz Al-Quran menjadikan sistem hafazan Al-

Quran diperkemaskan dengan pelbagai teknik dan kaedah berkesan serta bersistematik dalam

membantu memudahkan proses menghafaz Al-Quran dengan sempurna.

Kata kunci:  kaedah hafazan, talaqqi, musyafahah, tasmik.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 PENGENALAN

Al-Quran merupakan kalam Allah atau kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw

kepada umatnya sebagai panduan kehidupan manusia seluruhnya. Al-Quran merupakan mukjizat

Nabi Muhammad saw yang terpelihara sehingga hari perhitungan. Allah menurunkan Al-Quran

kepada semua hambaNya sebagai pegangan yang kukuh, agar dalam setiap kehidupan makhlukNya

berada di dalam rahmat dan keberkatanNya. Al-Quran akan menjadi panduan yang sangat berharga

dan bernilai bagi orang yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Iaitu hambaNya yang benar-benar

ingin mengambil panduan sahaja yang akan diberikan petunjuk taufik dan hidayah dalam

mengharungi setiap detik dalam kehidupan di dunia dalam menuju akhirat yang kekal abadi. Sebagai

hambaNya yang diberikan taufik dan hidayah, adalah menjadi kewajipan untuk mengkaji,

memahami, menghafaz, menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian

sepenuhnya dengan penuh ikhlas mencari keredhaan Allah swt.

Mempelajari isi kandungan Al-Quran akan menambahkan perbendaharaan baru, memperluaskan

pandangan dan pengetahuan, meningkatkan perspektif baru dan perkara-perkara yang baru. Hal ini

menambahkan keyakinan terhadap keunikan isi kandungannya yang menunjukkan Maha Besar Allah

yang Maha Pengasih Penyayang, sebagai penciptanya. Berbagai usaha telah dilaksanakan dalam

mengkaji dan menganalisa isi kandungan Al-Quran dan ternyata makin banyak menganalisa dan

membahaskannya, makin diketahui betapa kecilnya kemampuan manusia apabila dibandingkan

dengan kebesaran Allah s.w.t. Bertepatan dengan firmanNya:

Page 2: Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

7/26/2019 Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

http://slidepdf.com/reader/full/perbandingan-kaedah-hafazan-al-quran-tra 2/8

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net  828

Katakanlah : Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh

habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan

tambahan sebanyak itu (pula).

(Surah Al-Kahfi: 109)

Al-Quran dan isi kandungannya dipelihara oleh Allah swt dari sebarang bentuk penyelewengan.

Sejak zaman nabi Muhammad saw menghafaz Al-Quran merupakan salah satu kaedah berkesan

dalam memelihara keaslian isi kandungan Al-Quran. Pada zaman ini, kesedaran terhadap usaha

memelihara Al-Quran masih diteruskan dan banyak sekolah dan institusi tahfiz Al-Quran

dibangunkan di semua peringkat di seluruh negara. Dengan kelebihan ilmu teknologi yang Allah swt

kurniakan pada zaman ini proses pemeliharaan Al-Quran menjadi semakin mudah untuk dikawal dan

dipantau oleh panel ulamak yang berautoriti melalui penguatkuasaan terhadap pengesahan keaslian

isi kandungan Al-Quran. Seperti janji Allah s.w.t yang bermaksud :

Sesungguhnya Aku (Allah) telah menurunkan Az-Zikir (Al-Quran ini dan sesungguhnya Akulah yang

bertanggungjawab memeliharanya (atas kesuciannya).

(Surah Al-Hijr : 9)

2.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ilmu teknologi dijangka membantu teknik hafazan Al-Quran menjadi mudah, cepat dan

berkesan dalam melahirkan huffaz yang berkualiti dan professional. Kajian ini memilih reka bentuk

kajian kualitatif kerana sesuai dengan tujuan kajian iaitu meneroka isu dan kaedah hafazan Al-Quran

yang masih belum terbangun sepenuhnya. Perkembangan pembangunan beberapa institusi tahfiz

Al-Quran menjadikan sistem hafazan Al-Quran diperkemaskan dengan pelbagai teknik dan kaedah

berkesan serta bersistematik dalam membantu memudahkan proses menghafaz Al-Quran dengan

sempurna. Menurut (Hashim, 2014), antara faktor yang telah dikenal pasti punca kelemahan dalamkaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz ialah guru didapati masih mengekalkan kaedah

tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz (Mohamad Marzuqi, 2008; Azmil

Hashim, 2010) walaupun mereka menyokong sepenuhnya bahawa penggunaan teknologi membantu

dalam meningkatkan mutu hafazan al-Quran (Mohamad Marzuqi, 2008). Selain itu, kelemahan

dalam pencapaian hafazan pelajar juga dikenal pasti berpunca daripada kekurangan dalam strategi

gaya pembelajaran tahfiz iaitu dari aspek strategi, kaedah dan motivasi dalam pembelajaran tahfiz

(Misnan dan Ahmad Sadadi, 2003; Azmil Hashim, 2010). Proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan kaedah hafazan yang bersistematik masih belum dapat dilaksanakan dengan

sempurna kerana kurangnya sumbangan terhadap kemahiran ikhtisas dalam perguruan tahfiz (Azmil

Hashim et. al., 2013).

3.0 KAJIAN SUSASTERA

Berikut dibentangkan dua kerangka utama berkaitan kaedah hafazan Al-Quran iaitu kaedah

tradisional teknik hafazan Al-Quran dan kaedah moden melalui pengaplikasian teknologi kepada

sistem hafazan Al-Quran.

3.1 ISU DAN CABARAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Rangka kerja kurrikulum Imam Al Ghazali jelas mewakili cita-cita beliau meletakkan agama dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, pendidikan anak-anak yang berusia 6 tahun

Page 3: Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

7/26/2019 Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

http://slidepdf.com/reader/full/perbandingan-kaedah-hafazan-al-quran-tra 3/8

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net  829

perlu menumpukan perhatian pada pembelajaran Al-Quran seperti membaca, menghafal Al-Quran

dan Hadis serta membangunkan kemahiran sastera mereka. (Ariffin, 2012).

Tempoh pengajian dalam bidang hafazan Al-Quran bergantung kepada keupayaan tahap ingatan

pelajar. Hafalan Al-Quran dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu pembelajaran Al-Quran dengan

hati (Tilawa), menghafal (Hafizi ) dan menyempurnakan keupayaan untuk menulis seluruh Al-Quran

tanpa ralat sama ada di papan tulis atau di dalam kertas (Darasi)(Osman, 2013; Taiwo, 2014).

Pembelajaran dilakukan secara manual kerana pelajar perlu duduk membaca secara bersemuka dan

pakar-pakar menunjukkan dan membetulkan kesilapan (Muhammad & Qayyum, 2012).

Menghafal ayat-ayat al-Quran memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai

 jumlah sasaran ayat-ayat yang perlu dihafal pada satu-satu masa. Pelajar perlu mempersiapkan diri

dalam menghadapi segala bentuk permasalahan apabila ia mula menghafal dan mengekalkan

hafalan dengan cara melaksanakan pengulangan hafalan secara konsisten. Hafalan Al-Quran terlalu

mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang benar-benar memastikan pemeliharaannya

(Abdullah & Rahman, 2010). Terdapat pelbagai teknik dan sistem yang digunakan di institusi

menghafal Al-Quran untuk memastikan pelaksanaan proses hafazan adalah teratur dan sistematik.

Proses pengulangan dalam ayat-ayat al-Quran menghafal dijalankan menggunakan solat lima waktudan zikir setiap hari untuk memastikan bahawa ayat-ayat Al-Quran yang dihafal terpelihara.

Peringkat menghafal bermula dari hafalan individu dan diikuti dengan Tasmik bersama rakan-rakan

dan seterusnya guru. Tasmik adalah salah satu proses penting dalam menghafal Al-Quran bagi

memastikan hafalan yang dilaksanakan mencapai kesempurnaan dan mentashihkan aspek tajweed

dan makhraj. Tahap memori yang berbeza di kalangan pelajar memberi kesan kepada proses dan

prestasi hafalan yang dilaksanakan. Guru akan menilai tahap hafazan pelajar melalui penyediaan

buku hafalan prestasi seterusnya memudahkan proses penggredan pelajar.

Integrasi antara hafalan dan pemahaman pada ayat-ayat Al-Quran dalam proses hafazan Al-Quran

akan menghasilkan kesan yang baik dari segi kualiti ilmu dan pengetahuan yang diterima. Hasilanalisis menunjukkan bahawa pemahaman dan menghafal memerlukan komitmen kepada memori

dalam pengulangan pembelajaran kerana kedua-dua menyumbang kepada penghasilan

pengetahuan (Entwistle & Entwistle, 2003). Yang paling penting dalam pembelajaran Al Quran

adalah bagaimana untuk memastikan pengetahuan yang bernilai digunakan dalan kehidupan

seharian dan kekal dalam ingatan. Menurut Benta & Cremene (2004) pengekalan ingatan pelajar

adalah hasil daripada peningkatan motivasi pelajar dan pemahaman kepada pembelajaran.

3.2 KAEDAH TRADISIONAL TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN

Kajian lepas menunjukkan pelbagai teknik dan kaedah hafazan telah digunakan dalam mencapai

matlamat suci menghafaz Al-Quran secara konsisten dan usaha mengekalkan hafazan di dada parahuffaz. Antara kaedah dan teknik hafazan Al-Quran yang dikenalpasti adalah Talaqqi, Musyafahah,

Takrar, Tadarus, Semaan, Tasmik, Tashil, Tarkiz, Tarsikh, Tafaqqud dan Muraja’ ah, kefahaman dan

 penulisan.

Antara pengkaji yang mengesahkan penggunaan teknik ini ialah seperti (Abdullah et al., 2005) yang

membuktikan Kaedah Talaqqi  dan Musyafahah dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz Al-Quran

merupakan kaedah yang paling asas dalam pendidikan tahfiz. Cara terbaik untuk belajar dan

menghafal Al-Quran adalah melalui kaedah Talaqqi  dan Musyafahah  Talaqqi dilaksanakan melalui

bersemuka atau berurusan dengan guru-guru. Musyafahah bermakna bacaan dari mulut ke mulut

dengan melihat bibir guru untuk mendapatkan sebutan yang betul pada tajweed dan makhraj huruf.

Berdasarkan dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kaedah Talaqqi   dan Musyafahah  yang

Page 4: Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

7/26/2019 Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

http://slidepdf.com/reader/full/perbandingan-kaedah-hafazan-al-quran-tra 4/8

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net  830

dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz masih tidak mencukupi dan tidak

mencapai tahap yang sepatutnya.

Kaedah Tadarus  bersama rakan-rakan berperanan dalam mentashihkan hafazan, mengukuhkan

hafazan dan melakukan penilaian terhadap hafazan dengan melihat mushaf manakala kaedah

Semaan adalah tanpa melihat mushaf. Menurut (Mazaayaa, 2006), cara semak menyemak banyakmemberikan kesan positif terhadap athar (keberkesanan) daya ingatan. Istilah Semaan  Al-Quran

yang mana salah seorang huffaz menghafal Al-Quran tanpa melihat mushaf sedangkan yang lain

menyemaknya dengan penuh perhatian bagi memberikan teguran sekiranya Hafiz  yang

menghafalnya mengalami kesilapan ataupun terlupa apa yang dihafalnya.

Kaedah Takrar   dan Tasmik   merupakan kaedah yang sering dilaksanakan oleh pelajar di dalam

pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Kaedah Takrar   merupakan kaedah yang utama di

dalam menghafaz al-Quran dan jumlah takrar  merupakan penentu kepada kekuatan hafazan pelajar

(Hashim ,2014).

Kekuatan hafazan seseorang pelajar berkait rapat dengan sejauh mana jumlah perlaksanaan kaedahTakrar  yang dilakukan iaitu cara mengulang hafalan yang masih baru dan hafalan yang telah lama

(Mazaayaa, 2006). Kaedah Tasmik   (Abdullah et al., 2005) adalah untuk memperbetulkan hafazan,

mengukuhkan hafazan dan melakukan penilaian terhadap hafazan. Teknik hafazan Sistem Turki

memperkenalkan satu teknik hafazan al-Quran yang tidak menumpukan pada satu-satu juzuk terlalu

lama. Ini menyebabkan pelajar tidak merasa jemu kerana ayat atau mukasurat yang dihafaz

berlainan dari sehari ke sehari. Sistem ini mempraktikkan hafazan dari helaian belakang untuk tiap-

tiap juzuk dan memulakan Tasmik  dengan juzuk 1, pada mukasurat akhir (al-Quran cetakan Saudi)

yang dianggap mereka sebagai helaian pertama digelar sayfar  1 dalam bahasa Turki (Abdul Hafiz &

Norhanan , 2010)

Kaedah Tashil (Omar, 2005) adalah kaedah melancarkan bacaan dengan laju sehingga melepasikalimah-kalimah yang susah disebut dan menguasai makhraj-makhraj huruf. Ia terbahagi kepada tiga

bentuk bacaan iaitu bacaan hadar   , bacaan terang sambil melihat dan bacaan yang diulang-ulang.

Bacaan hadar adalah bacaan cepat pada bahagian ayat yang dihafaz. Bacaan terang sambil melihat

adalah bacaan kuat dengan melihat mushaf. Kedua-dua deria bunyi dan deria melihat adalah penting

dalam membantu pengekalan ingatan manusia. Manakala bacaan yang diulang-ulang adalah bacaan

satu himpunan ayat untuk hafazan berulang kali tidak kurang dari bilangan yang ditentukan. Proses

mengulang adalah proses menyemat atau mengekalkan ingatan pada ayat-ayat tertentu.Kaedah

Tarkiz  (Omar, 2005) adalah kaedah pemusatan bacaan iaitu usaha diri dan akal untuk

mengembalikan apa yang telah disematkan atau dikekalkan dalam ingatan. Kaedah ini memerlukan

bacaan secara  jahar   iaitu bacaan secara kuat tanpa melihat ayat-ayat yang dihafaz.Kaedah Tarsikh 

(Omar, 2005) adalah kaedah pengukuhan bacaan yang memperincikan ingatan dan mengembalikanhafalan bunyi dan imej ayat-ayat hafazan yang disertai dengan banyak mengulang akan membantu

proses pengekalan ingatan.Kaedah Tafaqqud   (Omar, 2005) adalah kaedah menyemak bacaan

dengan mengulang ayat-ayat yang dihafaz dengan membandingkannya pada mushaf untuk

memastikan kesahihannya termasuk keselarasan dengan bentuk tulisan di dalam mushaf rasm

Uthmani .Kaedah Muraja’ah  (Omar, 2005) adalah kaedah mengulang bacaan ayat-ayat yang telah

dihafaz tanpa sebarang kesusahan secara berterusan.

Kaedah kefahaman ayat merupakan kaedah untuk mengetahui kepentingan menghayati dan

memahami ayat dalam menghafaz al-Quran. Di samping itu juga kaedah penulisan turut berperanan

dalam mengukuhkan hafazan terutama pada ayat-ayat yang sukar dihafaz. Kaedah pembelajaran

tahfiz mempunyai perkaitan yang kuat dengan pencapaian pelajar (Hashim, 2014). Oleh yang

demikian elemen-elemen kaedah pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian khusus dalam

Page 5: Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

7/26/2019 Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

http://slidepdf.com/reader/full/perbandingan-kaedah-hafazan-al-quran-tra 5/8

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net  831

merangka kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz. Kajian yang dilaksanakan oleh Ahwani

(1995), Al-Syarbini (2004) dan Abu al-Fida’ (2006) menyatakan bahawa kaedah kefahaman

merupakan kaedah yang membantu dalam menghafaz dan mengukuhkan hafazan kerana dengan

memahami maksud ayat dan makna kalimat pelajar akan dapat menumpukan perhatian terhadap

ayat yang dihafaz semasa amalan Takrar  dan seterusnya akan menambahkan kekhusyukan dalam

membaca ayat al-Quran. Kaedah memahami Asbab Nuzul  telah ditegaskan oleh Abu al-Wafa (1999)bahawa dengan mengetahui makna ayat yang dihafaz dan mengetahui  Asbab Nuzul   akan

membantu pelajar dalam menghafaz dan meyakinkan ingatan. Manakala hasil kajian Al-Qabisi

(1955), Muhammad Muhsin (1994), Abu al-Wafa (1999) dan Abu al-Fida’ (2006), kaedah penulisan

merupakan kaedah sokongan yang membantu dan mengukuhkan hafazan al-Quran. Ini adalah

kerana penggunaan pelbagai deria dengan menggunakan tangan dalam menghafaz Al-Quran akan

mengukuhkan ingatan pelajar terutama pada ayat yang susah dan ayat Mutasyabihat . Menurut

Entwistle & Entwistle (2003), hafalan dan pemahaman akan menghasilkan kesan yang lebih

berkualiti. Analisis menunjukkan bahawa perbezaan di antara memahami dan menghafal tidak

mudah untuk digambarkan, dengan keterikatan kepada ingatan dan pengulangan hafalan butiran

kedua-duanya menyumbang kepada penghasilan objek pengetahuan. Yang paling penting dalam

pembelajaran Al-Quran ialah bagaimana untuk memastikan pengetahuan tersebut berharga untukdilaksanakan dalam kehidupan yang sebenardan kekal dalam ingatan. Seterusnya, kajian oleh Benta

& Cremene (2004) meningkatnya pengekalan ingatan pelajar adalah hasil daripada peningkatan

motivasi pelajar dan pemahaman. Pembelajaran adalah berdasarkan kepada keyakinan yang

mendalam dan semangat motivasi hanya untuk Allah. Kualiti hafalan yang kekal adalah melalui

pemahaman pengetahuan yang dihayati dan digunakan dalam kehidupan seharian.

Temuan kajian di atas membuktikan keperluan kepada kaedah moden yang mempelbagaikan teknik

dan alat bantuan yang menggunakan teknologi bagi memudahkan pengekalan ingatan. Justeru,

 justifikasi kajian ini penting untuk mengatasi masalah di atas.

3.3 KAEDAH MODEN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Pelaksanaan proses secara tradisional tidak menyelesaikan masalah yang timbul apabila melibatkan

generasi muda masakini yang terdedah dengan penggunaan telefon pintar. Satu kajian lepas telah

membuktikan kaedah tradisional gagal untuk menarik minat dan motivasi pelajar untuk belajar

membaca surah (Purwanto, 1990). Dengan penciptaan Teknologi Maklumat dan penggunaan

teknologi telefon pintar, pelbagai perisian dan aplikasi mudah alih telah dibangunkan untuk

menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bidang hafazan Al-Quran mudah dan cepat

berbanding secara tradisional. Pelbagai aspek pengetahuan tentang Al-Quran dikaji dan dibangunkan

bagi menghasilkan rekaan aplikasi dan sistem yang mampu memberi kesan yang baik kepada

pengguna. Kaedah dan teknik hafalan Al-Quran menjadi mudah dengan kemudahan capaian

Internet. Terdapat pelbagai sistem dan aplikasi yang dibangunkan dalam membantu proses

menghafal Al-Quran. Dengan adanya pembangunan perkakasan dan perisian dalam bentuk

pendigitan (Muhammad, 2013), pelbagai aplikasi dan perisian Al-Quran yang berkaitan telah

dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam talian dan luar talian. Ramai pendidik

percaya bahawa komputer dapat membantu pelajar belajar membaca dengan betul melalui kaedah

interaktif (Ismail dan Zakaria, 2010).

Menurut kajian Md Ghalib (2006), kandungan subjek boleh dilaksanakan secara berkesan melalui

aplikasi agen pedagogi animasi (APA) kerana ia berjaya meningkatkan penglibatan dalam proses

pembelajaran. Kajian oleh Hj, Omar, & Sharif (2013), membuktikan antara sebab utama pelajar

mempunyai tahap kecekapan yang rendah dalam membaca surah adalah kerana pelajar tidakmempunyai minat dalam pembelajaran surah. Berdasarkan pemerhatian, proses ajaran surah adalah

Page 6: Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

7/26/2019 Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

http://slidepdf.com/reader/full/perbandingan-kaedah-hafazan-al-quran-tra 6/8

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net  832

bukan secara interaktif dan guru agama mengajar secara satu arah dan jelas bahawa pelajar secara

membuta tuli mengulangi dan membaca surah selepas guru dan kaedah ini boleh menyebabkan

motivasi pelajar semakin merosot. Di samping itu, kajian rintis yang sama, tiga agama guru telah

ditemubual dan mereka berpandangan pembelajaran dan motivasi pelajar dapat dipertingkatkan

melalui pembangunan reka bentuk pengajaran yang interaktif dan di lengkapi teknologi moden.

Melalui pembangunan Quran Voice Memorizer  selepas menghafal semua surah, pengguna boleh kemod semak yang membolehkan aplikasi mendengar dan memperbetulkan hafalan. Ia membantu

pengguna menghafal Al-Quran dalam tujuh cara dikenali sebagai kaedah tujuh Al-Chatibiah (Sameh,

El-Hazmi, Zarrad, & Noreldean, n.d.).

Aplikasi Quran Audio Recitation (QAR) (Muhammad & Qayyum, 2012), membantu dalam mengesan

kesalahan bacaan atau hafalan Al-Quran tetapi ia tidak boleh menilai ketepatan dan prestasi

pengguna. Menurut Elhadj (2010), E-Halagat direka berasaskan web dengan pendekatan menyerupai

situasi halaqah yang dibangunkan secara elektronik terdiri daripada tutor, penyelia dan pelajar

berdaftar. Sistem ini mempunyai dua kaedah pengesahan menggantikan kaedah tasmik iaitu

pengesahan sendiri dan pengesahan automatik. Pengesahan sendiri dilaksanakan dengan merekod

dan mendengar semula suara sendiri bagi mengetahui kesilapan dalam hafalan. Pengesahan

automatik pula menggunakan teknik pengecaman pertuturan automatik untuk mengikuti pembaca

dan untuk membetulkan bacaan atau hafalan ayat Al-Quran dengan adanya alat pengiraan yang

diperlukan untuk membetulkan kesalahan hafalan secara elektronik.

Kaedah pembelajaran Tahfiz mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian pelajar (Hashim,

2014). Oleh itu unsur-unsur pembelajaran tahfiz perlu memberi pertimbangan khas oleh semua

pihak dalam reka bentuk pengajaran dan pembelajaran kurikulum tahfiz terutamanya dalam

pembangunan sistem dan aplikasi yang menggunakan teknologi maklumat. Beberapa faktor dalam

pembelajaran yang menyumbang kepada keberkesanan sesuatu aplikasi atau sistem adalah reka

bentuk sistem pembelajaran yang interaktif (Baldwin & Sabry, 2003).

4.0 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini berjaya mengenalpasti beberapa kaedah dan teknik hafalan Al-Quran secara tradisional

iaitu Talaqqi, Musyafahah, Takrar, Tadarus, Semaan, Tasmik, Tashil, Tarkiz, Tarsikh, Tafaqqud dan

Muraja’ah, kefahaman dan penulisan. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti kaedah hafalan

Al-Quran secara moden menggunakan pengaplikasian teknologi yang dapat membantu proses

pengekalan ingatan ayat-ayat hafalan yang dihafaz. Reka bentuk pembangunan sistem dan aplikasi

yang interaktif dan bersistematik juga sangat penting dalam memastikan keberkesanannya kepada

pengguna. Ini kerana kepelbagaian gaya dan strategi pembelajaran yang dibangunkan akan

melahirkan huffaz yang berkualiti dari segi ilmu dan profesional.

RUJUKAN

Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu Kajian

Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Sains Kognitif dan

Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Misnan Jemali & Ahmad Sadadi Hafidz. (2003). Hubungan antara Kaedah Menghafaz al-Quran

dengan Pencapaian Kursus Tahfiz wa al-Qiraat Pelajar Semester Empat dan Lima di Maahad Tahfiz

wal Qiraat di Perak. Seminar Kaedah Pengajaran Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan. KolejUniversiti Islam Malaysia.

Page 7: Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

7/26/2019 Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

http://slidepdf.com/reader/full/perbandingan-kaedah-hafazan-al-quran-tra 7/8

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net  833

Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan

Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. Vol. 1

Issue 1 28-39.

Abdullah, U. A. H. B. H., Salamon, P. M. D. H. , Suratman, U. A. S., Noor, U. S. S. B. M., Jasmi, U. K. A.,& Darawi, U. A. B. B. S. @. (2005). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-QuranYang Efektif :

Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu.

Mazaayaa, A.-H. A. (2006). Panduan Menghafal Al-Quran.

Entwistle, N., & Entwistle, D. (2003). Preparing for Examinations: The Interplay of Memorizing and

Understanding, and the Development of Knowledge Objects. Higher Education Research &

Development. Doi :10.1080/0729436032000056562

Abdul Hafiz, A., & Norhanan, A. R. (2010). Kaedah Hafazan Al-quran Sistem Turki: kajian di tahfiz al-

quran darul tuba. Jurnal Teknologi 2.

Ariffin, A. (2012). Islamic Education: A Contrastive Analysis of Ibn S n’s and Al -Ghazali's views. Journal

of Islam in Asia. Retrieved from http://www.iium.edu.my/jiasia/ojs-

2.2/index.php/Islam/article/viewArticle/257 

Muhammad Khurram Khan, Yasser M. Alginahi. 2013. The Holy Quran Digitization: Challenges and

Concerns, Life Science Journal. Vol.10, no.2: 156-164.

Taiwo, F. (2014). Transforming the Almajiri Education for the Benefit of the Nigerian Society.

International Letters of Social and Humanistic Sciences. Retrieved from

http://www.ceeol.com/aspx/getdocument.aspx?logid=5&id=6128b808dfc94ceebaf76ece274c878c 

Muhammad, A., & Qayyum, Z. ul. (2012). E-Hafiz: Intelligent System to Help Muslims in Recitation

and Memorization of Quran. Life Science, Retrieved from

http://www.lifesciencesite.com/lsj/life0901/080_8204life0901_534_541.pdf . 

Vikram P. Munishwar et. al,  “On the  accuracy of RFID-based Localization in a Mobile Wireless

Network Testbed,” in IEEE ISBN 978-1-4244-3304-9, 2009.

Vikram P. Munishwar et. al, RFID Based Localization for Miniaturized Robotic Platform for Wireless

Protocol Evaluation, in IEEE ISBN 978-1-4244-3304-9, 2009.

R. Tesoriero, J.A Gallud, M. Lozano, V.M.R. Penichet. A location aware System using RFID and Mobile

Devices for Art Museums. In IEEE Fourth International Conference on Autonomic and AutonomousSystems, pages 76-81, 2008.

Rong  – Jhang Liao, Pei-Lun Suei, Yung-Feng Lu, Tei-Wei Kuo and Chun  –Sho Lee. A signature based

Grid Index Design for RFID Main-memory Databases. In IEEE/IFIP International Conference on

Embedded and Ubiquitous Computing, pages 519-525, 2008.

Elhadj, Y. (2010). E-Halagat: An E-Learning System for Teaching the Holy Quran. Turkish Online

Journal of Educational.

Purwanto, N. (1990). Educational psychology. Bandung: Rosdakarya.

Page 8: Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

7/26/2019 Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tra

http://slidepdf.com/reader/full/perbandingan-kaedah-hafazan-al-quran-tra 8/8

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,

pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net  834

Hj, D., Omar, A., & Sharif, N. (2013). The Systematic Development and Implementation of a Blog in

the Teaching and Learning of a Religious Verse. Journal of Education.

Ismail, M., F., & Zakaria, S., N. (2010). Research on Surah Al-Fatihah recitation among Politeknik

Kuching students. Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching: Sarawak.

Md. Ghalib, M., F.. (2006). Design, development & evaluation of a Web Courseware with a

Pedagogical Agent. Ph.D. Thesis, Universiti Sains Malaysia.

Sameh, A., El-Hazmi, O., Zarrad, A., & Noreldean, S. (n.d.). Conversional, Animated Mobile App for

Qur’an Memorization and Teaching its Sciences. Nooritc.org.