perbandingan kurikulum

38
1.0 Pendahuluan Graduan yang kompeten tentu sekali lahir dari kurikulum yang kompeten kerana ia merupakan wadah dalam menjana paradigm dan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan dinamik dalam kehidupan. Untuk menentukan sesuatu kurikulum itu memenuhi spesifikiasi tersebut, mencakupi segenap aspek serta graduannya nanti akan mendapat tempat dalam segenap bidang. Mereka juga diterima baik oleh majikan tentu sekali harus digubal sebaik mungkin dan melalui proses penilaian dan perubahan dari semasa ke semasa. Aspek- aspek yang dinilai itu meliputi rekabentuk yang mencakupi cara ia dikonsepsikan, matlamat, objektif, kandungan, struktur, cara penyampaian, pentaksiran dan penilaian dan lain-lain yang disusun atur bagi menghasilkan satu instruksi yang kekal relevan dan holistik. Kertas ini akan menganalisis kurikulum di dua institusi yang menjalankan program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Islam iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) di Institut Pendidikan Guru Malaysia 1

Upload: anuarwan-anuar

Post on 16-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Membandingkan kurikulum dibeberapa negara

TRANSCRIPT

1.0 Pendahuluan Graduan yang kompeten tentu sekali lahir dari kurikulum yang kompeten kerana ia merupakan wadah dalam menjana paradigm dan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan dinamik dalam kehidupan.

Untuk menentukan sesuatu kurikulum itu memenuhi spesifikiasi tersebut, mencakupi segenap aspek serta graduannya nanti akan mendapat tempat dalam segenap bidang. Mereka juga diterima baik oleh majikan tentu sekali harus digubal sebaik mungkin dan melalui proses penilaian dan perubahan dari semasa ke semasa. Aspek-aspek yang dinilai itu meliputi rekabentuk yang mencakupi cara ia dikonsepsikan, matlamat, objektif, kandungan, struktur, cara penyampaian, pentaksiran dan penilaian dan lain-lain yang disusun atur bagi menghasilkan satu instruksi yang kekal relevan dan holistik.Kertas ini akan menganalisis kurikulum di dua institusi yang menjalankan program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Islam iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) di Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam/Pendidikan Al-Quran) di Universiti Malaya. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah), Institut Pendidikan Guru Malaysia, selain dari analisis dokumen yang dikeluarkan, analisis temubbual, pemerhatian dan seumpamanya adalah dibuat di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam/Pendidikan Al-Quran) di Universiti Malaya, analisisnya juga berdasarkan dokumen serta beberapa temubual yang dijalankan di Negeri Kelantan. 2.0 Latar Belakang Program

Sebelum tinjauan terhadap inovasi kurikulum dan pelaksanaannya dibincangkan, latar belakang bagi kedua-dua institusi yang dipilih ini perlu ditinjau terlebih dahulu agar gambaran dan kefahaman mengenainya akan lebih jelas. Latar belakang bagi kedua-dua institusi ini adalah seperti berikut :2.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah), Institut Pendidikan Guru Malaysia

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) Institut Pendidikan Guru Malaysia dijalankan di beberapa kampus cawangan termasuk di Kampus Kota Bharu. Bekas Ketua Program bagi program ini, Tuan Othman b. Tuan Yaacob mengatakan bahawa program ijazah ini memulakan pengambilan pelajar sulungnya pada bulan Januari 2008 dan berjaya melahirkan graduan pada akhir tahun 2011 bersama-sama dengan pelajar dari opsyen Sains Pendidikan Rendah, Bahasa Melayu Pendidikan Rendah dan Matematik Pendidikan Rendah di beberapa buah kampus cawangan. Empat opsyen ini merupakan kumpulan pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan rendah yang memperolehi akreditasi penuh dari Malaysian Qualifications Agency (MQA). Bagi Dr. Khair Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kemeterian Pendidikan, kejayaan ini merupakan satu kejayaan melakar sejarah baru bagi 27 kampus IPG seluruh Malaysia.(Bahagian Pendidikan Guru 2010)Kini, bersama-sama dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) ini, terdapat 14 lagi program-program Ijazah Sarjana Muda yang lain ditawarkan oleh IPGM di 27 buah IPG kampus seperti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah, Pendidikan Bahasa Arab Pendidikan Rendah, Pendidikan Bahasa Cina Pendidikan Rendah, Pendidikan Bahasa Tamil Pendidikan Rendah, Pengajian Sosial Pendidikan Rendah, Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah, Pendidikan Seni Visual pendidikan rendah dan sebagainya. (Bahagian Pendidikan Guru 2010). Sehingga ini tiada lagi pelajar luar Negara ditawarkan untuk mengikuti program ini. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan profesionalisme selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2.2 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Malaya.

Program ini merupakan salah satu dari berbagai-bagi program ijazah dasar yang ditawarkan di Universiti Malaya. Ia memulakan pengambilan pelajar pada tahun 1982. Ia dijalankan oleh Bahagian Pengajian Bersama, Akademi Pengajian Islam dan kerjasama Fakulti Pendidikan di mana kakitangan akademik yang ditugaskan adalah dari kedua-dua institusi tersebut. (Bahagian Ijazah Dasar APIUM, 2013). Program ini ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan pelajar luar Negara dengan sedikit perbezaan kurikulumnya.Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sepertimana yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara Jabatan Pengajian Islam dan Akademi Islam. Sebelum ini kedua-dua institusi tersebut merupakan institusi yang tersendiri dalam Universiti Malaya. Jabatan Pengajian Islam ditubuhkan pada tahun 1959 hasil dari hubungan yang formal antara Kolej Islam Malaya pada waktu itu dan Universiti Malaya. Sejak dari waktu itu Majlis Kolej Islam berfungsi sebagai penguasa eksekutif kepada jabatan berkenaan, manakala Senat Universiti Malaya pula mengawasi segala yang berhubung dengan hal-hal akademik. Apabila Majlis Kolej Islam Malaya dibubarkan pada tahun 1970, Jabatan Pengajian Islam telah diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis dan Senat Universiti Malaya. Selama tempoh tersebut sehingga ia bergabung dengan Akademi Pengajian Islam pada bulan April 1996, jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Akademi Islam pula ditubuhkan pada tahun 1981 hasil pengambilalihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang telah ditubuhkan pada tahun 1965. Ia mengandungi dua buah fakulti, iaitu Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin, satu program ijazah, iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, dan satu program matrikulasi, iaitu Pra Akademi Islam.

Pada tahun 1996, Akademi terus berkembang dengan penubuhan 9 buah Jabatan dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian Pengajian Syariah yang mengandungi Jabatan Fiqh dan Usul serta Jabatan Syariah dan Undang-undang. Bahagian Pengajian Usuluddin pula terdiri dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Jabatan al- Hadith dan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, sementara Bahagian Pengajian Bersama pula mengendalikan program Pendidikan Islam dan Program Pengajian Islam iaitu meneruskan program pengajian bersama dengan Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Program pra-Akademi pula diteruskan dan dijalankan di kampus cawangan di Nilam Puri, Kelantan.(Bahagian Ijazah Dasar APIUM 2013).Program ini mensasarkan visinya untuk melahirkan graduan yang mempraktikkan pengetahuan, kaedah dan nilai akhlak seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan semasa. Misinya pula adalah untuk melihat mereka berfikir berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Semua ini akan menjurus kepada objektif yang satu iaitu melahirkan graduan yang berdaya saing dan kompeten dalam menghadapi cabaran dunia Pendidikan Islam.3.0 Perubahan Dan Inovasi Kurikulum.

Perubahan dan inovasi kurikulum bukan sahaja setakat menjalankan kajian semula terhadap kurikulum dan membuat penambahbaikan dalam aspek senarai isi kandungan sahaja. Ia hendaklah dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa. (Robert DeFillippi & Laurie L. Levesque, 2011). Yusup Hashim (2000) memetik tulisan Nicholls dan Nocholls (1987) dan Ornstein dan Hunkins (1993) dan menegaskan bahawa perubahan kurikulum bukan sahaja setakat meneroka idea baru tetapi menjangkaui aspek perancangan peluang-peluang dan kesempatan-kesempatan yang bertujuan melahirkan perubahan-perubahan tertentu. Oleh itu perubahan kurikulum ini bukan hanya satu perkara tetapi melibatkan melibatkan satu siri langkah-langkah yang meliputi perancangan, penghasilan bahan pengajaran, percubaan dan ujian penilaian serta pelaksanaan pengajaran. Reid (1978) sebagaimana yang dipetik oleh Bee Bee Sng (2008) turut menegaskan bahawa ia melibatkan proses mengelola dan menilai. Dengan kata lain, penekanan yang lebih juga perlu diberi kepada proses dalaman yang melibatkan banyak elemen-elemen penting seperti para ahli akademik, pelajar, majikan dan sebagainya.Bagi Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) di IPGM, perubahan kurikulum paling besar bermula pada perubahan program itu sendiri. Tanpa meninjau sejarah awal, sejarah 1986 hingga kini sudah cukup banyak untuk dilihat perubahan kurikulum yang berlaku. Seebelum 1986 program ini hanya ditawarkan sebagai Kursus Perguruan Asas selama lima semester namun pada tahun 1996 ditingkatkan kepada Diploma Perguruan Malaysia sebelum ia ditingkatkan lagi ke peringkat Ijazah sarjana Muda melalui pindaan Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 25 Ogos 2008 seterusnya menaik taraf dari berkuasa menawarkan Diploma Perguruan Malaysia kepada menawar program Ijazah. .(Bahagian Pendidikan Guru 2010).Apabila program ini mengambil pelajar sulung pada tahun 2008, satu set proforma telah dilancarkan bersama-sama dengan struktur pengajiannya. Proforma ini hanya mengandungi nama kursus, kod kursus, kredit, jam kontak, bahasa pengantar dan hasil pembelajaran sahaja. Proforma ini telah digunakan selama 5 tahun. Pada tahun 2014 satu perubahan dibuat terhadap semua proforma tersebut dengan ditukar kepada Jadual 3 yang mengandungi banyak maklumat tambahan kepada kursus tersebut meliputi Kemahiran Boleh Pindah, Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Pentaksiran, Mod Penyampaian, Kaedah dan Jenis Pentaksiran, Pemetaan Hasil Pembelajaran Program, Kerangka Kursus/Modul dan Jumlah Jam Pembelajaran Pelajar dan sebagainya. Inovasi terhadap struktur pengajian juga telah dibuat untuk pelajar ambilan Jun 2014 berdasarkan surat arahan rasmi dari pihak IPGM. (Sila lihat lampiran A). Inovasi ini dapat dilihat dari aspek susunan dan turutan kursus yang pelu diduduki oleh pelajar mengikut semester.

Perubahan kod kursus juga dilakukan. Sebagai contoh, jika dahulu kod kursus bagi pedagogi Pendidikan Islam ialah PIM3102 di mana digit pertama bermaksud tahap pengajian, digit kedua bermaksud bilangan versi dan digit ketiga dan keempat bermaksud turuttan kursus dalam program ini namun dengan pengenalan kod baru ini, maksud tersebut juga berubah. Kod Kursus Pedagogi pendidikan Islam itu telah berubah kepada PIM3023 dimana nombor turutan kursus diletakkan pada digit kedua dan ketiga. (Lihat lampiran B)Untuk kursus Elektif 1 iaitu Bahasa Arab, Perubahan kepada urutan atau tertib kursus telah diubah melalui surat bertarikh 24 januari 2014 (Sila Lihat lampiran C). Serentak dengan perubahan urutan ini, satu kursus baru telah diperkenalkan iaitu BAM3116 Pengurusan Sumber Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Arab. Ini adalah satu inovasi kepada kurikulum Elektif Bahasa Arab kerana ia telah menyusun satu sukatan kursus yang baru dan tersendiri. Kod Kursus bagi Eelektif bahasa Arab juga telah diubah di mana dulu ia dikenali dengan kod BAE tetapi kini diubah kepada BAM kerana merupakan sedutan 4 kursus dari kursus-kursus Major bagi pelajar yang menduduki opsyen Bahasa Arab sebagai major. Selepas 4 digit angka, ditambah pula dengan E bagi menggambarkan bahawa ia adalah kursus elektif. (Sila lihat lampiran D)Bagi pernyataan tentang jumlah jam kredit, akan ada dihujungnya penjelasan tentang peruntukan jam kuliah, tutorial dan amali. Sebagai contoh, jika sesuatu kursus itu 3 jam kredit dan dijalankan secara kuliah/tutorial sepenuhnya tanpa amali, akan ditulis 3(3+0). Jika dijalankan secara amali sepenuhnya pula akan ditulis 3(0+3).

Bagi Ijazah Sarjana Muda pendidikan di Universiti Malaya, inovasi dan perubahan yang dilakukan juga melibatkan kursus-kursus tambahan. Mengikut Mohd Bakri Mohd Nor, graduan dari program ini, Kursus GXEX1401 iaitu Kemahiran Maklumat adalah merupakan kursus baharu kerana ia tidak diajar di Akademi Islam mahu pun di Fakulti Pendidikan di awal-awal pengenalan program ini dahulu. Proses pembuatan Bahan bantu Mengajar pun tiada yang berteraskan kemudahan computer. Di masukkan bersama-sama dengan Kursus Teknologi maklumat ini bersama-sama dengan kursus-kursus lain seperti GXEX1414 Tamadun islam dan tamadun Asia serta GXEX1411 Hubungan Etnik ke dalam senarai Kursus Wajib Universiti untuk memenuhi dasar kerajaan pada masa itu. Dalam aspek kemahiran berbahasa, dimasukkan pula syarat wajib lulus Malaysian Universiti Engish Test (MUET) sebagai satu syarat baharu setelah ia menjadi ketetapan dasar Kementerian Pengajian Tinggi yang menghendaki semua pelajar hendaklah lulus peperiksaan itu sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lain-lain ijazah.

Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan juga diberikan nilai inovasi apabila diperkenalkan pilihan baru kepada pelajar samada ingin menduduki pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dalam Pengkhususan Pengajian Islam atau Pengajian Al-Quran. Pengkhususan Pengajian Islam adalah pilihan yang ditawarkan oleh Akademi Pengajian Islam untuk pelajar yang berminat untuk mempelajari kursus Pengajian Islam secara umum manakala pengkhususan Pengajian al-Quran ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk mendalami bidang pengajian al-Quran secara khusus. (Lihat lampiran E)Satu lagi aspek yang amat penting dalam perubahan kurikulum ini ialah soal pentaksiran. Bermula pada tahun 2014, tiada lagi peperiksaan untuk kursus-kursus elektif. Pemarkahan dan pentaksiran adalah bergantung 100% kepada kerja kursus. Bagi sesetengah kursus, kerja kursus ini pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu projek dan Ujian Akhir Kursus dan sesetengah pula bergantung kepada amali. Periksaan hanyalah untuk kursus-kursus Major dan Pengajian professional sahaja. 4.0 Peranan Dan Tanggung-Jawab Dalam Perubahan Kurikulum.

Dalam membincangkan soal peranan dan tanggung-jawab dalam perubahan kurikulum ini elok di tinjau secara ringkas hasil kajian yang dilakukan di Sekolah Pengajian Kejuruteraan, Universiti Singapura. Menurut Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Kejuruteraan tersebut, proses pelaksanaan perubahan ini bermula dari pihak atasan terutama presiden universiti, dekan dan jawatankuasa akademik dalam kitaran berulang. Namun begitu, kitaran ini tidaklah sampai ke peringkat mengambil kira pandangan pensyarah-pensyarah. Kebanyakan mereka menyatakan bahawa perubahan berlaku secara tiba-tiba hanya menerima arahan untuk melaksanakannya sahaja. Tiada perundingan dengan mereka sama ada mereka bersetuju atau tidak. Dari kajian ini jelas menunjukkan bahawa proses perubahan kurikulum ini masih berlegar di pihak atasan sahaja sedangkan pelaksanaannya terletak di atas bahu para pensyarah. Ia sepatutnya diubah dan dilibatkan semua ahli akademik agar hasil perubahan itu akan mencapai matlamatnya secara maksimum. Jika tidak, pensyarah akan menjalankan tugas pengajaran secara tidak sepenuh hati dan terpaksaan serta rasa kepunyaan tidak meresap dijiwa mereka. Jika tidak, maka akan berlarutanlah apa yang ditemui oleh (Richardson, 1994) dalam kajiannya sebagaimana yang dipetik oleh Sng Bee Bee (2008) dalam tinjauan literaturnya bahawa pada awal tahun 1985, kekurangan kepercayaan pengajar dalam melaksanakan perubahan kurikulum akan membawa kepada hasil yang mengecewakan .

Dalam konteks Malaysia sebagaimana lazimnya, sesuatu arahan adalah datang dari pihak atasan ditujukan kepada pihak bawahan. Begitulah juga dalam urusan perubahan kurikulum. Walau pihak pensyarah adalah golongan pelaksana kepada segala bentuk kurikulum yang ingin diimplimentasikan namun perubahan adalah diputuskan oleh pihak atasan. Berani ditegaskan bahawa kuasa autonomi yang diberikan kepada pensyarah amatlah terbatas. Pelajar dan majikan yang mengambil mereka bekerja tidak dilibatkan sedangkan dalam konteks ini, jika kita fokuskan kepada ahli akademik yang akan terlibat secara langsung dengan kurikulum yang ingin diperkenalkan itu, sudah tentu mereka merupakan golongan yang akan memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kejayaannya.

Dalam konteks penglibatan majikan dalam mengubah kurikulum Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Malaya dan IPGM ini, pihak-pihak seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah amat wajar dilibatkan. Namun oleh kerana ruang dan peluang yang terhad serta untuk mengelakkan kerenah birokrasi, pandangan dan pendapat mereka dalam bentuk edaran soalan kaji selidik, tinjauan dan pungutan suara amat wajar dilakukan dan diambil kira oleh pihak universiti dan IPGM. Edaran soalan dan kajian ini sudah sering dilakukan dan banyak kita dapati kesimpulan kajian dan penemuan dibuat. Sebagai contoh, sat kajian yang bertajuk Keberkesanan Kurikulum PISMP Pengkhususan Pengajian Islam Di IPG Kampus Ipoh telah dibuat pada tahun ini namun sejauh mana penemuan kajian-kajian sebegini diambil kira oleh pihak atasan perubahan kurikulum. (Kartini 2014)Dalam ruang yang ada , ahli akademik juga boleh melakukan inovasi dengan meningkatkan penyeliaan mereka dengan menambah elemen-elemen baru seperti penilaian kendiri, refleksi, membangunkan portfolio elektronik dan lain-lain. pelajar pula bukan sahaja menerima arahan semata-mata semasa proses penyeliaan dan penilaian tetapi mereka harus diberi faham objektif tugas, penilaian dan lain-lain yang mereka laksanakan .Dalam konteks IPGM, semua keputusan tentang kurikulum adalah diputuskan oleh Rektor melalui mesyuarat Senat IPGM dengan kerjasama Bahagian Kurikulum, IPGM yang berpejabat di Cyberjaya. Semua perbincangan, keputusan dan arahan akan diturunkan kepada pengarah-pengarah kampus yang kemudiannya memanjangkan kepada Setiausaha Akademik Kampus dan Ketua-Ketua Program. Prosedur ini dapat dilihat melalui surat-surat arahan sebagaimana dalam lampiran A Begitulah juga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Malaya.Kelulusan tentang tentang penawaran adalah datang dari Naib Canselor dan Majlis Senat Universiti. Apa yang berbeza dengan IPGM ialah soal penstrukturan dan penawaran kursus. Jika di IPGM, semua itu dibincangkan di peringkat Bahagian Kurikulum IPGM tetapi di UM ia dibincangkan antara dua pihak iaitu Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan untuk dibawa ke peringkat Majlis Senat untuk kelulusan. Bahagian Ijazah Dasar Akademi Pengajian Islam (2013). Dalam menjalankan kursus, para pensyarah digalakkan menambah unsur inovasi dan kreativiti khususnya dalam menjalankan penilaian pembelajaran berterusan.5.0 Perbandingan Kurikulum.5.1 Syarat kemasukan.

Syarat kemasukan ke program PISMP P.Islam di IPG adalah melalui Program Persediaan yang dilaksanakannya sendiri. Pelajar dibenarkan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah ini jika lulus semua syarat kursus yang telah didaftarkan samada dalam peperiksaan asal atau ulangan dengan mendapat sekurang-kurangnya 2.9 nilai mata gred. (Institut Pendidikan Guru Malaysia 2013)

Untuk memasuki program persediaan itu pula calon hendaklah berumur tidak melebihi 20 tahun, sihat fizikal dan mental, aktif dalam kegiatan kokurikulum, mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapatgred cemerlang (A+, A, A-)dalam mana-mana tiga (5) mata pelajaran. dan sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah serta lulus Bahasa Inggeris dan memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon. Tiada pelajar antarabangsa dibenarkan memasuki program ini.

Syarat kemasukan ke Program Ijazah Sarana Muda Pendidikan di UM pula dibahagikan kepada 2 jenis iaitu syarat am university dan syarat keperluan khas. Bagi syarat am, calon dikehendaki lulus SPM/setaraf dengan serta lulus STPM dengan sekurang-kurangnya: Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) DUA (2) mata pelajaran lain. Calon juga hendaklah mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET). Bagi syarat keperluan khas, calon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Syariah / Usuluddin dan Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi (Lulus Sijil Thanawi boleh diterima sebagai ganti kelulusan Bahasa Arab Tinggi pada peringkat SPM) serta dan lulus Ujian MEdSI dan temuduga. Bagi pelajar lepasan diploma atau setaraf dengannya, kelulusan tersebut hendaklah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya. (Universiti Malaya 2012).

Bagi pelajar lulusan STAM , calon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya tahap Jayyid dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dengan Gred 6C pada peringkat SPM. Program Ijazah ini juga menerima masuk pelajar antarabangsa jika mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya. 5.2 Struktur Kursus

Struktur Kurikulum dikonsepsikan sebagai kerangka yang merangkumi komponen-komponen penting yang menetapkan wajaran, jumlah kredit dan kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar.

Struktur kurikulum pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (PISMP P.Islam) di IPGM dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu Kursus Wajib, Kursus Teras dan Kursus Elektif. Kursus Wajib pula terbahagi kepada 2 kategori iaitu Wajib IPT dan Wajib IPG dimana kedua-dua kategori ini mewakili 17% dari keseluruhan kursus dengan 23 kredit.Kursus teras pula terbahagi kepada 3 kategori iaitu Pengajian Profesional, Major dan Amalan Professional dengan mewakili 65% dari keseluruhan kursus dengan 86 kredit. Kursus Elektif pula dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Elektif 1 dan Elektif 2 dengan mewakili 18% kursus dengan 24 kredit.

Struktur pengajian Ijazah Sarjana Muda P.Islam di Universiti Malaya juga di bahagi kepada 3 bahagian iaitu Kursus Universiti, Kursus Teras Akademi dan Kursus Major. Kursus Universiti mempunyai 8 kandungan yang mengumpulkan 21 kredit. Kursus Teras Akademi pula mempunyai 5 kandungan dengan 11 kredit. Kursus Major pula mempunyai 6 kandungan dengan 112 kredit.

PISMP P.Islam di IPGM dilihat membuat pembahagian kursus kepada kumpulan-kumpulan tertentu seperti Wajib, teras dan elektif kemudian diikuti dengan kategori-kategori-kategori kecil dalam setiap kumpulan seperti wajib IPG dan Wajib IPT. Kategori-kategori kecil inilah pula di bahagi kepada unit-unit kursus bagi setiap semester manakala di UM, dari bahagian-bahagian kursus terus kepada unit-unit kursus tanpa ada kategori-kategori dalam sesuatu bahagian. PISMP Pendidikan Islam di IPG hanya memperuntukkan 86 kredit untuk kursus teras yang terdiri dari Kursus Profesional, Kursus Major dan Amalan Profesional (Latihan Mengajar) dengan mengambil 65% dari keseluruhan kursus. Di UM pula, kursus-kursus sedemikian (Kursus Major, Latihan Mengajar dan Kursus-Kursus Profesinal) diperuntukkan 112 kredit dengan kadar 77.7% dari keseluruhan kursus.Dari dokumen yang diperolehi menunjukkan bahawa di kedua-dua institusi pendidikan ini, faktor yang diambil kira dalam pembinaan struktur kursus adalah sebahagiannya untuk memenuhi keperluan dasar kerajaan seperti memasukkan Kursus Tamaddun Islam Dan Tamadun Asia, Hubungan Etnik dan sebagainya manakala lain-lain kursus adalah atas keperluan pihak Institut Pendidikan Guru dan Universiti Malaya sendiri yang masing-masing berusaha menyediakan kursus-kursus yang diharapkan akan melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di sektor pendidikan. Selain itu, apa yang dapat dilihat di sini juga ialah kredit terkumpul untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah di IPG ialah 133 manakala Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UM adalah 146 kredit.( Bahagian Ijazah Dasar Akademi Pengajian Islam (2013). Ringkasan struktur bagi kedua-dua institusi ini di jelaskan melalui jadual di bawah :

BIL.KURSUSKREDIT

1.KURSUS WAJIB 23 (17%)

Kursus Wajib IPT

Kursus Wajib IPG

2.KURSUS TERAS 86 (65%)

Pengajian Profesional

Major

Amalan Profesional

3.KURSUS ELEKTIF24 (18%)

Pakej Elektif 1

Pakej Elektif 2

JUMLAH133 (100%)

Jadual 1 : Struktur Kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPGKursusKandunganKredit

Kursus Universiti (21 kredit)

Kursus Teras Wajib Universiti

*

Kursus TITAS

*

Hubungan Etnik

*

Kemahiran Maklumat

*

Ko-Kurikulum

*

Asas Pembudayaan Keusahawanan

*

Bahasa Inggeris Komunikasi

*

Kursus Elektif Luar Fakulti

*

Kursus Elektif Akademi

2

2

1

2

6

3

3

Kursus Teras Akademi (11 Kredit)

Bahasa Arab IBahasa Arab II

Hafazan

Pengantar Syariah

Pengantar Usuluddin22

1

3

3

Kursus Major ( 112 Kredit) Kursus Asas PendidikanKursus Asas Pendidikan Islam

Kursus Asas Pendidikan

Kursus Kaedah Pertama

Kursus kaedah Kedua

Latihan Mengajar2717

27

18

15

8

Jadual 2 : Struktur Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UM5.3 Hasil Pembelajaran :Bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam), pada akhir akhir kursus para graduan diharapkan dapat:i. Menjelaskan ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang menjadi asas dalam pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia.ii. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam secara berkesan.iii. .Menggunakan pengetahuan asas dalam Pengajian Islam dan Pendidikan Islam sebagai teras dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.iv. Mengamalkan etika perguruan dan bersikap profesional selaras dengan akhlak Islamiyah.v. Berkomunikasi secara berkesan dengan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalam melakukan kerja secara berkumpulan.vi. Menganalisis masalah berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam secara berkesan.vii. Berdikari dalam pencarian ilmu dan pengurusan maklumat yang menjadi asas kepada pembelajaran berterusan.viii. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.

Bagi Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran), mereka diharapkan dapat :

i. Menjelaskan ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang menjadi asas dalam pengajaran Pendidikan Islam di Malaysia.ii. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan al-Quran sebagai teras dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.iii. Menggunakan pengetahuan asas dalam pengajian al-Quran sebagai teras dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.iv. Mengamalkan etika perguruan dan bersikap profesional selaras dengan akhlak Islamiyah.v. Berkomunikasi sesama guru dan pelajar untuk menunjukkan ciri-ciri kepimpinan Islam yang baik dan mampu bekerja secara berpasukan.vi. Berkemahiran untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara berkesan.vii. Berkemahiran menjalankan pengurusan maklumat dalam menilai kepentingan ilmu dan kemahiran dalam Pengajian al-Quran kontemporari sebagai asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.viii. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pendidikan al-Quran.Jika ditinjau kepada Hasil pembelajaran yang diharapkan dari PISMP IPGM pula, di akhir kursus ini mereka diharapkan akan mencapai :

i. Menunjukkan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan;

ii. Menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal;iii. Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan;iv. Berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar;v. Memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia;

vi. Menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat;

vii. Mempamerkan kesungguhan meneruskan pembelajaran sepanjang hayat; dan

viii. Mempraktikkan semangat keusahawanan dalam mengendalikan kehidupan seharian.

Hasil pembelajaran yang diharapkan mampu dicapai oleh para graduan diakhir program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Universiti Malaya samada untuk Pengajian Islam mahu pun Pengajian al-Quran adalah hamper sama. Perbezaan hanya wujud di dalam fokus bidang sahaja di mana untuk Pengajian Islam ia lebih umum manakala Pengajian al-Quran dilihat lebih khusus dan berfokus kepada pengajian al-Quran.Namun begitu analisis yang lebih penting di sini ialah perbezaan antara Hasil Pembelajaran program di Universiti Malaya dan di IPGM. Hasil pembelajaran di Universiti Malaya didapati melibatkan kemahiran, kebolehan dan amalan pelajar di dalam kelas-kelas pembelajaran dan masyarakat manakala hasil pembelajaran di IPGM kelihatan hanya memfokuskan kepada kemahiran, kebolehan dan amalan di dalam sekolah dan kelas-kelas pengajaran sahaja tanpa melibatkan kehidupan sebagai seorang guru agama di dalam masyarakat. Sebagai contoh, dimasukkan dalam hasil pembelajaran Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Malaya :

Menggunakan pengetahuan asas dalam Pengajian Islam dan Pendidikan Islam sebagai teras dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.Hasil ini tidak dimasukkan dalam hasil pembelajaran PISMP di IPGM. Impak dari kekurangan ini para pelajar hanya mahir dengan isu-isu berkaitan dengan pendidikan Islam di sekolah sahaja. Mereka kurang berkemahiran untuk bersama masyarakat dan menyelesaikan masalah-masalah agama yang mereka hadapi. Tambahan pula ilmu-ilmu kandungan yang diberikan kepada mereka amat sedikit berbanding dengan ilmu-ilmu kandungan yang dimasukkan dalam struktur pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Malaya. Seorang pelajar semester 8 Kursus PISMP P.Islam, Nor Hamizah Kamaruddin dalam sesi temubual menyarankan agar pengarah institut membawa isu ini ke pihak atasan untuk penilaian semula. Aspek keusahawanan juga didapati menjadi fokus dalam hasil pembelajaran di kedua-dua institusi ini. Kurikulum di Universiti Malaya dimasukkan:Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Pendidikan al-Quran.

Di IPGM pula, dimasukkan dalam senarai hasil pembelajaran :

Mempraktikkan semangat keusahawanan dalam mengendalikan kehidupan seharian.Dalam aspek-aspek lain seperti pembelajaran sepanjang hayat, penggunaan ilmu dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah di situasi sebenar (dalam kelas-kelas pembelajaran), penghayatan akhlak dan nilai murni turut ditekankan oleh kedua-dua institusi ini. 5.4 Bahasa Pengantar dan Kaedah Penyampaian.Program PISMP P.Islam di IPGM dijalankan dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya kecuali bagi empat kursus elektrif Bahasa Arab yang dijalankan dalam bahasa tersebut serta kursus-kursus English Profiecency yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Kursus dilaksanakan melalui kuliah, amali dan projek. Strategi berpusatkan pelajar juga diamalkan meliputi Project base Learning, Problems Based Learning dan sebagainya. Penggunaan portlio, unit plan, kajian tindakan, kajian kes dan lain turut dilaksanakanBagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, walaupun pada asalnya bahasa pengantar pengajian kebanyakannya dilaksanakan melalui pengantar bahasa Melayu, namun semakin banyak kursus ditawarkan melalui pengantar bahasa Inggeris. Ini membolehkan para pelajar luar negara yang tidak fasih dalam bahasa Melayu dapat mengikuti pengajian ijazah tinggi melalui pengantar bahasa Inggeris di Fakulti ini. Bagi Kursus Wajib Akademi, sebahagiannya dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab.5.5 Kurikulum Ilmu Kandungan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UM dan di IPGM mematuhi dasar Kementerian Pengajian Tinggi dengan memasukan kursus wajib. Di UM disebut Kursus Teras Wajib Universiti manakala di IPGM ia disebut Kursus Wajib IPT dan Wajib IPG. Selain itu, dimasukkan juga ilmu tentang kaedah pengajaran dan ilmu-ilmu berkaitan dengan pendidikan di kedua-dua institusi ini mengikut peratusan tertentu. Perbandingan ini tidak berhasrat untuk memfokuskan kepada aspek itu. Apa yang ingin difokuskan disini ialah berkaitan dengan ilmu kandungan yang diharapkan dapat mengukuhkan pengetahuan ilmu pengetahuan para pelajar dalam opsyen yang dipilihnya seperti yang telah dibincangkan di halaman sebelum ini. Di UM, bagi mrealisasikan hasrat ini, ia memasukkan Kursus Wajib Akademi/Fakulti dengan peruntukan 11 kredit dan kursus Wajib Pengkhususan (Pendidikan Islam dengan Pengajian Islam atau Pendidikan Islam dengan Pengajian al-Quran) sebanyak 27 kredit. (Sila lihat lampiran F). Perkara sebegini tiada kurikulum PISMP IPGM. Untuk mendapatkan ilmu kandungan, pelajar hanya diwajibkan mengambil kursus 2 kursus sahaja iaitu PIM3112 Pengajian Aqidah di semester 7 dan PIM3114 Pengajian Fiqh di semester 8 sahaja dengan agihan 3 kredit setiap satu. Ia dimasukkan dalam senarai kursus-kursus major. Lain-lain ilmu dan kemahiran mengenai opsyen yang dipilih diserapkan secara tidak langsung melalui kursus-kursus major yang lain. (Sila lihat lampiran G). Hal ini dianggap tidak mencukupi. Memang benar mereka adalah guru agama yang hanya untuk mengajar para pelajar sekolah rendah tetapi mereka juga perlu melengkapkan diri untuk lahir sebagai guru agama yang mampu masuk ke dalam masyarakat selaku pemimpin dan rujukan kepada masalah-masalah agama dalam kehidupan.5.6 Tempoh Pengajian Program.Tiada beza antara tempoh pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UM dan Ijazah Sarjana Muda Perguruandi IPGM dimana kedua-dua institusi ini memperuntukkan empat tahun atau lapan semester bagi menyelesaikan semua kursus dan mencukupkan kredit yang diperlukan untuk menamatkan pengajian. Pengajian adalah dijalankan secara sepenuh masa.5.7 Kemahiran Insaniah.Dalam era globalisasi, pencapaian tahap akademik yang tinggi tidak lagi mencukupi untuk para graduan diterima terus ke pasaran pekerjaan. Dengan ekspektasi majikan dan cabaran pekerjaan yang semakin meningkat, graduan perlu memiliki bukan sahaja kelayakan akademik tetapi kebolehan dan kemahiran yang memberikan nilai tambah yang mampu menarik minat majikan. Dari aspek ini, kemahiran insaniah ataupun dikenali sebagai soft skills dilihat sebagai penyumbang yang kritikal dalam menjana modal insan yang menyeluruh di samping mampu membawa persaingan di peringkat global. Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan tujuh elemen kemahiran insaniah yang wajar dimiliki oleh graduan. Tujuh elemen tersebut ialah: (1) Kemahiran Berkomunikasi

(2) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

(3) Kemahiran Kerja Berpasukan

(4) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

(5) Kemahiran Keusahawanan (6) Etika dan Moral Profesional

(7) Kemahiran Kepimpinan

Setiap elemen berkenaan diperincikan kepada 2 kumpulan iaitu:(a) Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) :KIM merupakan kemahiran yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar Institut Pengajian Tinggi. Jika kemahiran ini tidak ada, pelajar dianggap tidak kompeten dalam elemen berkaitan.(b) Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) :KIT dianggap sebagai kemahiran generik yang memberi nilai tambah kepada pelajar. Jika pelajar memiliki kemahiran KIT & KIM mereka boleh dianggap memiliki kompeten cemerlang dalam elemen berkaitan. Dalam menjamin tujuh kemahiran insaniah ini diimplementasikan, pihak Universiti Malaya telah memasukkan garis panduan tahap pelaksanaan dan pencapaian dalam setiap kursus Universiti yang wajib diambil oleh pelajar. Kemahiran ini diberi penilaian berdasarkan tahap-tahap tertentu antara 1 hingga 8 . Kursus yang terlibat dengan penerapan kemahiran insaniah ini adalah Kursus Universiti dan Kursus Asas yang mengumpulkan sebanyak 22 kredit. Kursus Universiti yang dimaksudkan itu adalah Kursus GXEX1401 Kemahiran Maklumat, GXEX1411 Hubungan Etnik, GXEX1412 Asas Pembudayaan Keusahawanan, GXEX1414 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), GTEE1101 Fundamentals of English, GTEE1102 English for Academic Purposes, GTEE1103 Professional Writing in English, GTEE1104 Effective Presentation Skills dan PBET 2106 Kemahiran Berfikir. Kursus Asas pula ialah PDET 1105 Asas Pendidikan Jasmani, Kesihatan & Kokurikulum, PAET1102 Asas Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, PPET2104 Psikologi Pendidikan, PPET3104 Prinsip Teknologi Pengajaran, PAET3101 Etika dan Perguruan, PDET4101 Kepimpinan Diri dan Organisasi serta PAET4101 Sosiologi Persekolahan. Untuk lebih jelas, sila lihat Lampiran H.Berlainan dengan PISMP Pendidikan Islam di IPGM, dasar Kementerian Pengajian Tinggi dalam memperkasakan kemahiran insaniah ini diimplementasikan melalui Kursus Wajib IPT dan Kursus Wajib IPG. Dalam dua kategori kursus wajib ini dimasukkan WAJ3101Tamadun Islam dan Tamadun Asia. WAJ3102 English Language Proficiency I, WAJ3103 English Language Proficiency II, WAJ3104 Literasi Bahasa, WAJ3105 Numerical Literacy, WAJ3106 Hubungan Etnik, WAJ3107 Seni dalam Pendidikan, WAJ3108 Kokurikulum Pengurusan, WAJ3109 Kokurikulum Permainan WAJ3110 Kokurikulum - Unit Beruniform I, WAJ3111 Kokurikulum - Unit Beruniform II WAJ3112 Kokurikulum Olahraga WAJ3113 Kokurikulum Persatuan dan WAJ3114 Bina Insan Guru (BIG) Fasa I hingga Fasa IV (120 jam interaksi, dengan 3 kredit terkumpul selama 6 semester). Semua Kursus Wajib IPT dan Wajib IPG ini mengambil menempati 17% dari keseluruhan kursus dengan 23 kredit. Tiada sebarang tahap implimentasi yang diletakkan sebagaimana dalam pengukuran di UM. Untuk lebih jelas, sila rujuk Lampiran I.5.8 Latihan Mengajar :

Latihan mengajar (praktikum) adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meningkatkan kemahiran kendiri dan kemahiran mengajar semasa mereka ditempatkan di sekolah dan pendedahan dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan menyediakan ruang kepada pelajar untuk memerhati, menilai amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan mencuba pengajaran dan pembelajaran sendiri melalui bimbingan dan kolaborasi dengan pembimbing, pensyarah pembimbing dan rakan pelajar dalam pelbagai situasi.

Di UM, latihan ini peruntukkan selama 16 minggu. Di IPGM, mereka diberikan peluang menjalani latihan selama 24 minggu yang diagihkan kepada 3 fasa. Fasa 1 diperuntukkan 4 minggu, Fasa 2 diperuntukkan 8 minggu dan Fasa 3 diperuntukkan 12 minggu. (Universiti Malaya 2012) Selain dari praktikum ini, pelajar diwajibkan menjalani internship selama 4 minggu semasa mereka berada di semester 8. Hal ini tidak dilaksanakan di Universiti Malaya. Semua amalan professional ini diperuntukkan 14 kredit di IPGM sedangkan di Universiti Malaya, latihan ini hanya diperuntukkan 8 kredit sahaja.. Oleh itu dapat disimpulkan di sini bahawa peruntukan masa dan kredit untuk latihan mengajar adalah jauh lebih lama dan mendalam berbanding dengan di Universiti Malaya.5.9 Kaedah Dan Jenis Pentaksiran.Aspek pentaksiran merupakan di antara aspek yang amat penting dalam sesuatu kurikulum. Dalam Kursus PISMP P.Islam di IPGM telah dinyatakan secara jelas bahawa bagi kursus major, penilaian adalah berdasarkan kerja kursus dan peperiksaan di mana wajarannya adalah 50% : 50 %. Bagi Kursus Elektif, pentaksiran adalah bergantung kepada kerja kursus 100%. Kerja kursus ini terdiri daripada dua (2) komponen, iaitu projek (70%) dan UAK (30%). Bagi Kursus Ko-Kurikulum, TITAS dan Hubungan Etnik, pentaksiran adalah juga bergantung kepada Kerja Kursus 100% dengan 2 komponen juga iaitu projek 60% dan Ujian Akhir Kursus 40%. Kursus Bina Insan Guru (BIG) dan Latihan Mengajar pula pemarkahan adalah bergantung 100% kepada amali tanpa sebarang kerja kursus atau ujian. Di Universiti Malaya pula, pentaksiran untuk Program Sarjana Muda Pendidikan Islam juga dijalankan secara peperiksaan pada sebahagian kursus dan penilaian berterusan sepanjang belajar bagi sesetengah kursus. Namun begitu pencapaian pelajar bagi kebanyakan kursus adalah dinilai berdasarkan kedua-dua bentuk pentaksiran itu mengikut pemberatan yang berbeza-beza. Bagi Kursus Universiti, pemberatan adalah 50% : 50 bagi kursus Kemahiran maklumat dan 80%:20 bagi kursus Asas Keusahawanan. Lain-lain kursus dalam kategori ini adalah berdasarkan 100% kepada penilaian berterusan. Bagi kursus Teras Akademi dan Kursus Wajib Pengkhususan, pemberatannya adalah 40% bagi penilaian berterusan dan 60 % bagi peperiksaan. Bagi kursus Asas Pendidikan Dan Kursus Teras Pendidikan, pentaksiran adalah berbeza-beza namun berkisar sekitar 60:40 dan 40:60. (Lihat lampiran J dan K).6.0 Kesimpulan dan Penutup.Kurikulum adalah suatu yang dinamik, bukan statik. Oleh itu ia menuntut perubahan yang berterusan agar terus selari dengan perubahan persekitaran dan relevan dengan tuntutan semasa. Para graduan yang lahir tentu sekali akan mampu memenuhi tuntutan zaman. Dalam konteks Pendidikan Islam, dengan perubahan kurikulum yang dilalui oleh para bakal guru, mereka akan mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam pendidikan dunia, tidak hanya mewarisi dogma-dogma statik peninggalan sarjana Islam zaman silam yang sesuai untuk zaman mereka sahaja. Mereka mampu meberikan nafas baru dan merubah meningkatkan tradisi ilmu Islam ini dengan inovasi yang tidak bercanggah dengan hokum, malah merupakan suatu tuntutan. Khalifah Omar pernah berkata sebagaimana yang dipetik oleh Dr. Muhammad Baltaji (2007) bermaksud : Didiklah anak-anak kamu untuk hidup di zaman mereka.Melihat kepada analisis dokumen dan tembual, banyak perubahan dilakukan terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPGM. Perubahan ini dilakukan kerana ia adalah program baru apatah lagi IPGM itu sendiri baru dalam menawarkan program ijazah. Banyak pengubahsuaian terpaksa dilakukan terhadap isi kandungan kurikulum malah turut dilakukan terhadap pengurusan apatah lagi apabila mendapat teguran dan cadangan dari pihak MQA. Lihat sahaja surat-surat yang dilampirkan, disebut dengan jelas bahawa perubahan tersebut dilakukan atas keperluan akreditasi badan tersebut. Bagi Universiti Malaya, oleh kerana ia merupakan institusi pengajian tinggi tertua di Malaysia, penuh pengalaman dan program yang dikaji ini sendiri pun telah bermula sejak 1982 maka ia telah mantap tidak banyak perubahan struktur perlu dilakukan kecuali dalam memasukkan aspek-aspek penggunaan ICT, memasukkan tuntutan semasa dalam pendidikan dan seumpamanya.

Walau apa sebab dan matlamat sekali pun dan sebanyak mana sekali pun perubahan yang berlaku, ia adalah suatu yang positif apatah lagi jika kajian menyeluruh dilakukan terlebih dahulu dan pihak-pihak yang patut dilibatkan telah dimaklum dan dilibatkan sewajarnya. Kemajuan dan perkembangan semasa perlu diikuti dan keunggulan institusi perlu dijaga samada penntadbiran, reka bentuk kurikulum, struktur pengajian, syarat kemasukan, tempoh pengajian, mod pembelajaran, kaedah pengajaran dan sebagainya.

Rujukan : Bahagian Ijazah Dasar Akademi Pengajian Islam (2013) Buku Panduan Ijazah Dasar Sesi Akademik 2013/2014, Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya.

Bahagian Pendidikan Guru KPM (2010), Buku Panduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2013), Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian, Cet.2, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kartini Abdul Mutalib et.al (2014) Keberkesanan Kurikulum PISMP Pengkhususan Pengajian Islam Di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, diakses pada 20 Nov 2014 dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/research/read/69/

Laurie L. Levesque & Robert DeFillippi (2011) Innovation Integration and Crossing Disciplinary Borders in Curriculum Assessment and Program Development Journal of Higher Education Theory and Practice vol. 11(1, Suffolk University. 68-75

Muhammad Baltaji (2007) Ijtihad Umar Bin Khattab Dalam Penetapan Syariat Islam, H. Abdul Rachman Saleh (Terj.) Berlian Publications Sdn. Bhd : Selangor Universiti Malaya (2012), Buku Panduan Program Ijazah Dasar Sesi 2011/2012, Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya.

Sng, Bee Bee (2008):.Surface or deep change? How is a curriculum change implemented at ground level? The International Journal of Educational Management, 22.190-106.Yusup Hashim (2000), Konsep Dan Perkembangan Kurikulum Dan Instruksi, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, Temubual :

Nor Hamizah kamaruddin (November 2014), Pelajar Semester Akhir Program PISMP P.Islam IPGM, Temubual Personal . Kota BharuTuan Othman Tuan Yaacob (November 2014), Bekas Programme Owner PISMP P.Islam IPGM, Temuramah Personal. Kota BharuMohd Bakri Mohd Nor (November 2014), Bekas Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (P.Islam), Universiti Malaya, Temuramah Personal, Kota Bharu.

25