08.1 asas-asas hafazan al-quran.docx

Download 08.1 Asas-Asas Hafazan al-Quran.docx

Post on 07-Feb-2016

110 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TAJUK 1ASAS-ASAS HAFAZAN AL-QURAN

SINOPSIS

Tajuk ini memfokuskan kepada enam perkara pokok berkaitan dengan hafazan al-Quran iaitu beberapa perkara asas dalam hafazan al-Quran. Perkara asas dalam hafazan al-Quran yang dibincangkan di dalam tajuk ini meliputi Ihklas niat dan DOA hafazan, motivasi dalaman (Ad-Dafiyyah Az-Zatiyyah), ketekalan Rasm dan Mashaf, mengelokkan sebutan, memilih kaedah hafazan dan memilih waktu dan tempat menghafaz.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti beberapa perkara asas sebelum menghafaz al-Quran2. Menerangkan panduan hafaz Al-Quran secara sistematik3. Mengenalpasti masa dan tempat yang sesuai untuk hafazan al-Quran4. Menerangkan panduan mengelokkan sebutan ketika bacaan al-Quran5. Menerangkan kaedah-kaedah penulisan rasm Uthmani secara ringkas6. Membaca dan menghafaz doadoa hafazan al-Quran

Kerangka Tajuk-tajuk

MOTIVASI DALAMAN

KETEKALAN RASM DAN MUSHAFIKHLAS NIAT

Asas hafazan al-quran

MEMILIH KAEDAH HAFAZANMENGELOKKAN SEBUTAN

MEMILIH TEMPAT DAN WAKTU MENGHAFAZ

1. IKHLAS NIAT DAN DOA HAFAZAN

1.1Pengertian Niat Niat menurut bahasa ialah qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati). Maka dengan tujuan hati dan kehendaknya sendiri, terjadilah sesuatu `amal atau pekerjaan. Ulama` fiqh mengertikan niat sebagai qasad mengerjakan suatu bersamaan dengan melakukannya dan tempatnya di hati.

Menurut istilah syara`, niat ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahNya. Inilah yang dikatakan ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu `amal.

Maksud niat, menurut pendapat ulama, ialah untuk menyatakan perbezaan antara `amal ibadat dengan pekerjaan `adat atau antara jenisnya `ibadat itu sendiri. Sebagai contoh : Duduk di dalam masjid kerana beriktikaf dan berehat adalah sama. Mandi kerana sesuatu kewajipan syara` dan kerana kebiasaan adalah sama jua keadaannya. Tetapi yang dapat membezakan antara keduanya ialah niat.

Sembahyang, puasa, dan sedekah yang wajib sama keadaannya dengan sembahyang, puasa dan sedekah yang sunat. Semuanya dinamakan ibadat, tetapi yang membezakan antara jenis dan martabatnya ialah niat atau qasad orang yang melakukannya.

Sementara itu ada pula perbuatan yang diluar lingkungan `ibadat, iaitu perbuatan yang menjadi tabi`at hidup manusia itu sendiri seperti makan, minum dan sebagainya. Sekalipun demikian, perbuatan itu dianggap satu kebaikan pula yang mungkin diberikan pahala kalau diqasadkan (diniatkan) melakukannya untuk memelihara keselamatan badan supaya dapat meneruskan bakti kepada Ilahi sepanjang hayat.

1.2Ikhlaskan Niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasululah saw bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu.

`Amal yang memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan syara` yang hendak ditunaikan. Adapun amal atau perbuatannya yang bersifat meninggalkan segala yang haram atau bersifat menghilangkan segala kekotoran atau mengembalikan segala pinjaman atau menyampaikan segala pemberian atau hadiah, maka tidaklah dikehendaki kepada niat yang tertentu kerana sah berlakunya segala `amal yang tersebut itu dengan ketiadaan niat kecuali kalau bermaksud hendak mendapatkan ganjaran. Maka pada masa itu diperlukan kepada niat atau qasad melakukannya semata-mata hendak mendampingkan diri kepada Allah swt dan tidak kerana sebab-sebab yang lain.

Daripada hadis ini, kita dapat merumuskan bahawa orang yang ingin menghafal Al-Qu`an itu memerlukan kepada niat yang betul-betul ikhlas kerana Allah swt dan bukannya untuk mengharapkan pujian, sanjungan atau kemahsyuran daripada manusia. Oleh itu, andai kita menghafal Al-Qur`an semata-mata kerana sanjungan manusia, tidak mustahil hafalan kita itu tidak akan kekal dan memberikan manfaat kepada kita bahkan ia menambahkan murka Allah swt terhadap kita.

Disamping itu, tanpa niat yang ikhlas juga menyebabkan hafalan manusia itu dijual beli untuk kepentingan diri sendiri supaya terus dapat makan dan hidup dalam kesenangan dan kuasa. Firman Allah swt :

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

(Al-Baqarah 1: 41 )

Kesimpulannya, niat yang ikhlas adalah sangat penting untuk menghafal Al-Qu`ran yakni kalam Allah swt. Andai hilang ikhlas dalam hati maka bermacam perkara buruk akan timbul walaupun kita seorang penghafaz Al-Qur`an.

1.3Doa Hafazan

.

Ya Allah, pancarkanlah cahaya KitabMu kepada pandanganku dan lapangkanlah dengannya dadaku gunakanlah dengannya badanku mudahkanlah sebutan lidahku dan kuatkanlah ingatanku dan segerakanlah dengannya kefahamanku dan kuatkanlah dengannya azamku dengan daya dan kekuatanMu,bahawasanya tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

AKTIVITIBINCANGKAN TANDA-TANDA IKHLAS BERSAMA RAKAN ANDA

2. MOTIVASI DALAMAN (Ad-Dafiyyah Az-Zatiyyah) Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam. (Surah an-Nahl : 89) Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya : Yang terbaik dari kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya. (Bukhari dan Muslim) 2.1Pandangan Terhadap al-Quran

2.1.1Imam al-Ghazali: Ajarkan kepada anak-anak al-Quran, hadis-hadis, kisah orang-orang soleh, dan hukum-hukum agama. 2.1.2 Ibnu Khaldun:Pengajaran al-Quran menjadi dasar pengajaran bagi seluruh negara-negara Islam kerana al-Quran merupakan salah satu syiar ad-din yang menguatkan aqidah dan meresapkan keimanan.

2.1.3 Ibnu Sina;Mula ajarkan anak-anak dengan pengajaran al-quran, untuk melengkapkan anak-anak dengan kecerdasan fizikal dan mental.

2.1.4 Gladstone [PM:1864-1894]: Selama al-Quran ini berada di tangan orang-orang Islam, maka Eropah sama sekali tidak akan dapat menguasai dunia Timur, bahkan Eropah itu sendiri akan terancam 2.1.5 William Jeford Balcrof ; Jika al-Quran dapat disisihkan dan kota Mekah dapat diputuskan hubungannya dengan negara-negara Arab, maka sangat memungkinkan bagi kita melihat seorang Arab secara bertahap mengikut kemajuan barat, terjauh dari ajaran Muhammad dan sekitarnya.

2.2 Kekaguman Barat Terhadap al-Quran 2.2.1 Henry de Costrie:Bahawasanya al-Quran menawan fikiran dan lubuk hati manusia, dan ianya telah diturunkan kepada Muhammad yang membuktikan kebenaran risalahnya.

2.2.2 Gothe [penyair Barat:Bahawa pengajaran-pengajaran al-Quran adalah praktikal dan selaras dengan kepe rluan-keperluan pemikiran

2.2.3. William Jeford Balcrof ; Jika al-Quran dapat disisihkan dan kota Mekah dapat diputuskan hubungannya dengan negara-negara Arab, maka sangat memungkinkan bagi kita melihat seorang Arab secara bertahap mengikut kemajuan barat, terjauh dari ajaran Muhammad dan sekitarnya.

3. KETEKALAN RASM UTHMANI

Ketekalan bermaksud kebolehpercayaan, keteguhan tentang rasm uthmani. Oleh itu ketekalan bolehlah dikaitkan dengan kebolehpercayaan dengan al-Quran rasm uthmani. Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula di zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh kerana usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka dipanggil Mushaf Uthmani iaitu disandarkan kepada nama beliau. Inilah mushaf yang ada pada kita sekarang.

Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. amat terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan.Bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran.Para ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani.

Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa tempat daripada tulisan biasa bahasa Arab.Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani dipanggil Rasm Uthmani. Dalam al Quran lama cetakan Pulau Pinang, Singapura dan Thailand yang terdapat di Malaysia sebelum tahun 70an dahulu yang bernama Quran Majid tulisannya dipanggil Rasm Imlaei atau Qiyasi.

3.1Pengertian Rasm

Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan.Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.

3.2Pengertian Ilmu Rasm

Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah yang diikuti secara ijma (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyahdan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad.

3.3Pengertian Rasm Uthmani

Rasm

Recommended

View more >