garis panduan program hafazan murid asrama harian

Download GARIS PANDUAN Program Hafazan Murid Asrama Harian

Post on 02-Jan-2017

257 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • GARIS PANDUAN

    Program Hafazan Murid Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

    Unit Pengurusan Asrama Sektor Pengurusan Kesihatan Intervensi Asrama (SPKIA)

    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 2

    1Pengenalan

    1.1 Pendahuluan

    1.1.1 Murid asrama menghabiskan 70% dalam setahun tinggal di

    asrama berjauhan daripada keluarga / ibubapa. Sepanjang

    tempoh itu tugas mendidik adalah menjadi tanggungjawab pihak

    pengurusan sekolah. Pembangunan sahsiah merupakan tunjang

    kepada kemenjadian murid dalam aspek kerohanian dan

    keagamaan.

    1.1.2 Waktu kritikal ini perlu diisi dengan program kerohanian dan

    keagamaan seperti menghafaz surah-surah pilihan, wirid selepas

    solat, doa-doa harian dan lain-lain.

    1.1.3 Sehubungan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

    menyedari betapa pentingnya program ini dilaksanakan di semua

    asrama harian. Melalui program ini diharapkan murid-murid

    memililki asas keagamaan yang kukuh setelah keluar dari alam

    persekolahan. Sekiranya kita tidak membekalkan murid-murid ini

    dengan asas yang kukuh dibimbangi akan menghasilkan generasi

    yang kurang mempunyai kefahaman dan penghayatan Islam dalam

    kehidupan.

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 3

    1.2 Matlamat

    1.2.1 Melahirkan murid asrama yang mempunyai sahsiah terpuji,

    mengamalkan penghayatan Islam yang kukuh dan mempunyai

    keyakinan hidup bermasyarakat apabila keluar dari alam

    persekolahan.

    1.2 Objektif

    1.2.1 Murid dapat menghafaz dan menguasai sekurang-kurangnya

    Modul Tahap 1 bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

    1.2.2 Murid dapat mengetahui maksud dan terjemahan surah/wirid/doa

    yang dihafaz.

    1.2.3 Murid mampu memimpin bacaan doa, wirid dan tahlil.

    1.2.4 Murid mampu melaksana dan mengimamkan solat berjamaah

    serta solat jenazah.

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 4

    2Kaedah Pelaksanaan

    2.1 Pendahuluan

    2.1.1 Bagi menjayakan program yang amat memberi manfaat kepada

    semua murid asrama harian, program hafazan ini dirangka dan

    disusun untuk memberi impak yang maksimum kepada

    penghasilan murid yang bersahsiah terpuji dan mampu

    diketengahkan apabila bersama komuniti dan masyarakat

    setempat.

    2.1.2 Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan dan cara pelaksanaan

    Program Hafazan Murid Asrama Harian. Panduan ini menyentuh

    taarif, kumpulan sasaran, strategi pelaksanaan, agihan dan kaedah

    penilaian.

    2.2 Taarif

    2.2.1 Program Hafazan Murid Asrama Harian ialah program yang

    menumpukan kepada penguasaan membaca dan menghafaz

    perkara-perkara asas seperti wirid harian selepas solat, doa-doa

    yang mathur dan surah-surah pilihan sepanjang tahun.

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 5

    2.3 Kumpulan Sasaran

    2.3.1 Murid beragama Islam yang tinggal di asrama sekolah harian di

    bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH),

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    2.3.2 Asrama Sekolah Rendah - Murid Tahap 2 (Tahun 4 hingga

    Tahun 6)

    2.3.3 Asrama Sekolah Menengah - Murid Tingkatan 1 hingga

    Tingkatan 6

    2.4 Strategi Pelaksanaan

    2.4.1 Tempoh Pelaksanaan

    Murid Asrama Harian sekolah menengah dan sekolah rendah akan

    mengikuti Program Hafazan Murid Asrama Harian sepanjang

    tahun. ( Januari hingga November )

    2.4.2 Peruntukan Waktu

    Waktu yang diperuntukan bagi pelaksanaan program ini boleh

    diselaraskan mengikut perancangan sekolah. Namun begitu

    melalui Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM bertajuk

    Penambahbaikan Aktiviti Pembangunan Sahsiah Murid Di Asrama

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 6

    Harian Kementerian Pendidikan Malaysia, rujuk KP(BPSH-

    SPKIA)703/17(18) bertarikh 3 April 2014 yang menetapkan Solat

    Maghrib, Isyak dan Subuh hendaklah dilaksanakan secara

    berjemaah dan melalui surat tersebut juga diwujudkan masa kualiti

    untuk murid asrama iaitu hari Sabtu tidak pulang bermalam dari

    jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi, maka pihak sekolah

    diminta untuk memanfaatkan waktu-waktu tersebut dengan

    pengisian program ini. Cadangan waktu hafazan ialah seperti di

    bawah :

    a. Selepas solat berjemaah Maghrib sementara menunggu Isyak

    b. Selepas solat berjemaah Subuh

    c. 15 minit sebelum tidur

    d. Waktu kualiti asrama (8.00 pagi 11.00 pagi) setiap Sabtu

    tidak pulang bermalam

    e. Waktu Senggang Murid (sepanjang masa)

    2.4.3 Proses Bacaan dan Hafazan

    a. Menggunakan Modul mengikut tahap yang disediakan oleh

    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian

    Pendidikan Malaysia.

    b. Proses semakan bacaan dan hafazan akan dibimbing oleh

    guru, guru pendidikan Islam, guru luar yang dilantik,

    ketua/naqib usrah dan dalam kalangan murid turus yang

    berkemampuan.

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 7

    c. Penilaian dan perekodan hendaklah dilaksanakan

    menggunakan format dan buku rekod yang disediakan.

    Kaedah penilaian hendaklah mengikut prosedur yang

    ditetapkan.

    d. Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang

    diharapkan dalam tempoh yang ditetapkan, murid akan

    dikekalkan pada tahap dan modul yang sama.

    2.5 Peranan Pengurusan

    Tumpuan utama dasar Transformasi Asrama Harian adalah penglibatan

    menyeluruh pihak sekolah, asrama, ibubapa dan masyarakat dalam

    pembangunan murid di asrama hendaklah dijadikan sebagai asas dalam

    perancangan pelaksanaan program ini. Pelaksanaan program ini

    hendaklah dilakukan melalui satu jawatankuasa yang dilantik dan bukan

    diletakkan kepada hanya satu pihak sahaja.

    2.5.1 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab

    i. Mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana Program.

    ii. Memberikan taklimat khusus kepada semua guru, personel

    asrama, waris dan komuniti berkaitan program.

    iii. Memastikan program ini dilaksanakan dengan penglibatan

    semua guru.

    iv. Memantau pelaksanaan program.

    v. Mengesahkan laporan dan perekodan yang dibuat oleh

    penyelaras program.

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 8

    2.5.2 Penyelaras

    i. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana

    peringkat asrama.

    ii. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan

    Program Hafazan Murid Asrama Harian.

    iii. Menyediakan perancangan dan jadual kerja serta peranan

    dan fungsi JK serta guru-guru lain.

    iv. Menyelaras tugasan guru, guru Pendidikan Islam, guru luar

    yang dilantik, ketua/naqib usrah dan murid turus yang

    dilantik membimbing bacaan dan hafazan.

    v. Menyediakan rekod dan pelaporan pencapaian.

    2.5.3 Guru Pembimbing (SEMUA GURU, guru Pendidikan Islam, guru

    luar yang dilantik, ketua/naqib usrah dan murid turus yang dilantik )

    i. Membantu dan membimbing murid.

    ii. Mengenal pasti kelemahan murid dan mencatat dalam

    rekod pencapaian.

    iii. Membuat pengesahan, pencapaian dan penguasaan

    hafazan.

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 9

    2.5.4 Jawatankuasa Pelaksana Program

    Jawatankuasa Pelaksana Modul Hafazan Murid Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia

    Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Naib Pengerusi 1 : GPK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 2 : GPK Pentadbiran Penyelaras (S/U) : Ketua Panitia Pendidikan Islam Pen. Penyelaras : Guru Pendidikan Islam AJK : Guru Pembimbing

    Guru Bimbingan & Kaunseling (B&K) Warden Penyelia Asrama Waris / Ibubapa

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 10

    3Modul Hafazan

    MODUL HAFAZAN SEKOLAH RENDAH

    Modul ini disusun sebagai panduan kepada murid dan penilai. Murid akan

    merujuk modul ini bagi menentukan kandungan hafazan dan aras hafazan

    mereka. Penilai akan merujuk modul ini sebagai instrumen untuk menilai tahap

    penguasaan hafazan murid tersebut. Modul ini mengandungi TIGA tahap yang

    disusun berdasarkan aras penguasaan murid :

    BIL MODUL KANDUNGAN CATATAN

    1 TAHAP1

    Surah Hafazan

    (Surah 1, 99 hingga 114)

    Wirid dan doa asas

    Azan dan Iqamah

    Rujuk RT1

    2 TAHAP 2

    Surah Hafazan

    (Surah 86 hingga 98)

    Wirid dan doa

    Jawab Azan dan Iqamah

    Rujuk RT2

    3 TAHAP 3

    Surah Hafazan

    (Surah 78 hingga 85)

    Wirid dan doa

    Doa selepas Azan dan Iqamah

    Rujuk RT3

  • [Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM] 11

    RT1

    MODUL HAFAZAN TAHAP 1 SEKOLAH RENDAH

    BIL. BULAN PERKARA

    1. JANUARI Surah al-Fatihah & Al-Naas.

    Wirid dan doa asas selepas solat fardu.

    2. FEBRUARI Surah al-Falaq & al-Ikhlas.

    Wirid dan doa asas selepas solat fardu.

    3. MAC Surah al-Masad & al-Nasr.

    Wirid dan doa asas selepas solat fardu.

    4. APRIL Surah al-Kaafirun & al-Kauthar.

    Wirid dan doa asas selepas solat fardu.

    5. MEI Surah al-Maauun & al-Quraisy.

    Wirid dan doa asas selepas solat fardu..

    6. JUN Surah al-Fiil & al-Humazah.

    Azan dan Iqamah.

    7. JULAI Surah al-Asr & al-Takathur.

    Azan dan Iqamah.

    8. OGOS Surah al-Qariah.

    Azan dan Iqamah.

    9. SEPTEMBER Surah al-Aadiyaat.

    Azan dan Iqamah.

    10. OKTOBER